Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) Terpaksa Jual Aset Negara Untuk Membayar Gaji 72 Menteri.

1 PN GADAI ASET

Makan Untuk Hidup :

Tabiee semulajadi manusia dilahirkan untuk makan, walaupun anda kaya raya dengan berjuta wang sekalipun tiada guna jika anda tidak dapat makan dan menikmatinya. Kejadian Adam dan Hawa diturunkan ke Bumi juga disebabkan hanya kerana memakan buah khuldi yang dilarang.

Manusia bekerja adalah keutamaannya untuk makan serta memberi makan kepada kaum keluarga. Itu sememangnya kenyataan.

Dikala ekonomi dunia sedang menjunam runtuh dan wabak penyakit yang melanda ini sudah pasti kebimbangan utama bagi ketua keluarga adalah untuk menyediakan makanan untuk perut masing masing. Dikala banyak syarikat besar dalam semua industri sudah mula memotong gaji pekerjanya, terpaksa membuang pekerja dan memberi cuti tidak bergaji sudah pasti kesan ini akan bersifat Domino yang meluas kepada rantaian ekonomi negara Malaysia.

Terdengar juga cerita hiba dimusim PKP ini terdapat keluarga dengan anak kecil yang menaiki motosikal dari lembah klang atau pemuda yang berjalan kaki berhari hari untuk pulang ke kampung masing masing diutara dan ke Kelantan akibat sudah dibuang kerja dan duit dipoket juga sudah kering. Mereka tidak sanggup lagi untuk tinggal dibandar besar Kuala Lumpur.

Bukan tidak menghargai dan bersyukur, cuma apalah sangat setakat sumbangan bakul makanan pemberian Kebajikan Masyarakat yang bernilai rm35 satu plastik, berapa hari boleh bertahan ? Takkan nak makan nasi dengan gula atau garam sahaja. Lebih baik pulang ke kampung halaman, sekurangnya boleh juga bercucuk tanam dan mengisi perut keluarga.

Kesan kepada ekonomi yang menjunan ini sememangnya amat menakutkan. Lihatlah, Industri minyak juga sudah memberhentikan sesetengah operasinya. Ratusan para juruterbang serta kakitangan kabin juga sudah beberapa bulan tidak bergaji akibat tidak bekerja. Bidang professional berkaitan pembinaan seperti akitek, jurutera, perancang bandar, quantity surveyor, akitek lanskap, site supervisor dan lain lain bidang berkaitan dalam kerja pembinaan kontraktor, pembekal juga sudah mula membuang pekerja, memotong gaji sehingga 50% gaji bulanan untuk kelangsungan hidup syarikat masing masing. Malah ada akitek yang sebelum ini bergaji puluhan ribu ringgit sebulan terpaksa menerima gaji cuma sekitar RM2000 sahaja sebulan atau terpaksa berhenti kerja jika tidak sanggup gaji dipotong.

Industri pemotoran juga sudah mula bertindak memotong gaji pekerja masing masing akibat hasil jualan yang merosot teruk.

Begitu juga dengan industri retails/peruncitan. Contoh, seperti syarikat peruncitan Mydin yang sudah mula memotong gaji pekerja masing masing.

Jika sektor jualan perumahan(pembinaan) , permotoran, pelancongan atau peruncitan tidak stabil ekonominya sudah pasti kesan Domino ini akan berjangkit pula kepada sektor perbankan. Berapa lama sektor perbankan boleh bertahan ? Bergantung kepada simpanan masing masing. Akan ada selepas ini bank yang terpaksa bergabung demi kelangsungan perbankan. (tiada istilah gulung tikar dalam perbankan 🤭)

Walaupun harga minyak telah menghampiri kepada rm1.25 seliter, tapi harga barang dapur serta kos sara hidup masih lagi tinggi dan tidak turun atau terkesan. Tidak tahu apa alasan kerajaan PN dan Menteri berkaitan kenapa ianya tidak selari dengan penurunan harga minyak. Menteri tengah tidur kottt….atau masih lagi panik dengan Covid-19 🤭🤭🤣.

Kerajaan Malaysia sendiri sudah mula menjual saham saham yang dipegang dalam syarikat GLC berkepentingan untuk kelangsungan memerintah atau untuk membayar gaji 72 Menterinya. Kerajaan kini telah buntu sumber keewanganya, jadi jalan paling mudah adalah dengan menjual saham yang ada. Kerajaan pasti rugi kerana semua saham didagang dalam harga yang paling minima pada waktu ini. Sebelumnya, kerajaan cuba mendapatkan hasil yang tinggi melalui percukaian arak, namun bila kecoh dan viral kenapa kilang arak dibenarkan beroperasi maka keputusan tersebut telah ditarik balik.

Nyata, akibat kesan Ekonomi yang menjunam teruk ini sudah kedengaran pemimpin tertinggi UMNO yang berkata kerajaan Pakatan Nasional (PN) bukanlah kerajaan Muafakat Nasional.

Amboii….. bila beban dibahu Umno dan Pas sudah nampak tidak terpikul akibat kemelesatan ekonomi yang akan mengakibatkan pengangguran yang teruk, pasti kesannya perut perut rakyat akan memberontak marah kepada kerajaan memerintah kerana imej ini pasti akan memberikan kesan tidak baik kepada Umno dalam Pru-15 nanti maka mulalah Umno atau Pas berkata sedemikian.

Amboiiiii… masa seronok angkat sumpah jadi kerajaan bulan Mac 2020 dan bila nikmat mendapat Ghanimah tidak terfikirkan kesannya ?

Nampak jelas sekarang Umno dan Pas mula meletakan beban bala petaka ekonomi dan wabak ini keatas Perdana Menteri, TSMY semata mata. Terbukti juga luahan kesal PM ke-8 kepada wartawan diputrajaya sewaktu ditemu bual baru baru ini.

Balasan Allah terhadap mereka yang telah mengkhianati Amanah Rakyat melalui proses Demokrasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s