Kerajaan Melayu/Islam Rasis (PN) amat rapuh di Johor.

1 KERA SUMBANG 1

Perikatan Nasional (PN) dilihat rapuh di Johor apabila suatu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Bersatu (PPBM) Johor, Mohd Solihan Badri semalam yang mula bersuara soal keutuhan PN di negeri ini.

Menurut Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Abdul Hamid Jamah (gambar atas), ia menggambarkan bahawa parti muda (PPBM) tersepit dalam gabungan baharu mereka.

Katanya, mandat yang diberikan rakyat sebelum ini untuk menyaksikan perubahan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) telah disia-siakan oleh Bersatu dengan isu menubuhkan kerjasama bersama dengan Umno dan Pas.

“Kita simpati dengan nasib yang dialami oleh Bersatu dan sememangnya kita juga maklum dengan sikap Umno yang akan meminggirkan siapa sahaja rakan mereka selepas mendapat kuasa.

“Dalam pada itu pastinya Bersatu yang sebelum ini bersungguh-sungguh bergabung bagi membentuk kumpulan baharu untuk memerintah negeri ini pasti akan terpinggir selepas Umno mulai berkuasa.

“Sikap Umno yang tidak mahu berubah selepas kekalahan pada PRU14 yang membuatkan mereka ditolak oleh rakyat kini dijelmakan kembali dengan mula menunjukkan diri mereka sebenar yang kerap meminggirkan kawan mereka selepas tujuan mendapatkan mandat selesai diperolehi,” katanya.

Sehubungan itu, Setiausaha Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Mohd Faizul Mohd Salleh bersimpati dengan nasib rakan sejawatnya dari parti Bersatu itu.

Beliau turut menyatakan bahawa Bersatu hanya akan dijadikan alat oleh Umno untuk berkuasa di Johor tanpa memikirkan soal semangat setia kawan yang diterjemahkan oleh Bersatu.

“Bersatu sebelum ini sanggup melepaskan jawatan Menteri Besar (MB) Johor kepada Umno bertujuan untuk menjalinkan hubungan bagi menubuhkan kerajaan, namun hasilnya hari ini Bersatu mula dipinggir oleh PN yang diketuai Umno di negeri ini.

“Teguran dari Solihan semalam jelas menunjukkan bahawa wujudnya perbalahan dalaman sehingga beliau terpaksa mengingatkan gabungan PN berkenaan dengan peranan mereka dalam PN.

“Sebelum ini pada 25 April 2020 yang lalu, Timbalan Presiden Umno Dato Seri Mohamad Hasan telah menyatakan bahawa gabungan PN itu tidak berdaftar dan ini lebih menakutkan ahli pelbagai peringkat dari Bersatu yang melihat gabungan ini rapuh,” ujarnya.

Tambahnya, gabungan haram PN tidak akan mampu bertahan bagi menghadapi PRU15 kerana pemimpin Umno pelbagai peringkat jelas memberi Isyarat bahawa mereka tiada sebarang ikatan perjanjian dengan Muafakat PN.

PN rapuh di Johor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s