Dimana Zahid Simpan USD50 juta sumbangan dari Qatar Untuk Rohingya ?

1 DANA QOTAR

1 MELAYU BODOH 3 SEKAWAN.

KAK WAN JAWAB ZAHID HAMIDI

Siaran Media – Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

ALHAMDULILLAH
TOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
29 April 2020


 

“Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dlm Hadis lain disebut sesungguhnya orang2 yg beriman itu bersaudara.

Apakah dengan sebab ada sekumpulan Rohingya yang biadab & samseng, boleh u all musuhi kesemua etnik ini? Kuat rasis/asobiyah mu ni. Mu bkn umat nabi Muhammad s.a.w jika ada sifat rasis sebegini. Dah jika bkn umat nabi, umat siapa mu? Umat Pok Loh Tut atau umat Ayah Pin?

Isu Rohingya di Msia ni dah mkn masa hampir 40 th x silap aku iaitu bermula th 1982. Silap kerajaan ialah biarkan mereka berselerak di sluruh negara. Kenapa x tempatkan mereka di suatu tempat berpusat sbgmna kita tempatkan org hanyut Vietnam di Pulau Bidong sblum dihantar pulang ke negara asal, negara2 dunia ketiga, Eropah & USA? Bilangan Rohingya kini sekitar 200K. Apakah x mustahil berlaku penyelewengan dana dari UNHCR, OIC dll negara penyumbang?

Semasa pelarian vietnam dan kemboja dahulu kerajaan Malaysia sempat guna dana sumbangan kerajaan Libya untuk membina Bangunan Perkim (bersebelahan PWTC) secara senyap2.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s