Ustaz Ebit Lew, Jutawan Penyayang Berhati Mulia.

 

1 EBIT RUMAH MEWAH

Syukur pada Allah yang Maha Kaya dan Maha Penyayang. Berkat doa mak ayah. Berkat cinta kasih sayang pada bidadari. Doa ramai orang baik-baik. Allah beri rezeki mencurah-curah. Ramai tanya saya soalan bukan-bukan. Saya bekerja dan berniaga dah lebih 10 tahun.

Dulu saya tidur masjid. Pernah tidur atas guni. Dari kecil berdakwah dan menyebarkan kasih sayang. Soalan paling banyak saya dengar nanti kau sibuk tolong orang sana sini habis hilang dunia. Kau nak jadi apa dah besar. Sampailah universiti. Ramai tak nak ambil saya kerja sebab selekeh. Dengan janggut kopiah lagi. Kasut pun buruk. Dulu sekolah stokin pun takde. Masa tu susah betul. Duit gaji dekat mak semuanya rm800 dengan banyak kerja. Saya walau ada sepinggan nasi share dengan kawan. Ada orang masuk rm2 dekat poket sebab tolong isi minyak. Saya menangis dapat rm2 tu. Besar nilai untuk saya.

Saya mula kerja dengan Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dan Prof Hanim Mohd Tahir. Sebagai trainer atau motivator. Program korporat teambuilding selama 4tahun. Selepas itu saya mula buat sendiri. Syukur syarikat minyak dan kapal buat teambuilding dengan saya. Syarikat kerajaan ada buat program untuk seluruh kementerian. Program keluargasunnah sekali hadir 7000 orang. Prokids remaja. Saya tour seluruh Malaysia. Syukur ramai yang mendapat manfaat. Buat dekat hotel 5 bintang dan dewan besar. Persiapan macam konsert sebagai daya tarikan dan lebih selesa. Teambuilding training sebelum ini mereka bayar syarikat luar negara dan syarikat besar. Mereka mula mencari yang ada nilai islamic.

Saya ada 3 restoren Paramount Coffee House. Sebenarnya dah plan nak buka seluruh Malaysia. Dan nak buka di luar negara. Belum sempat jer. Butik hari pertama buka sale habis jubah semua. Selepas itu makin semangat. Syukur rezeki makin melimpah ruah. Saya tulis 9 buku. Semua buku laris. Buku yang dah 8 tahun tulis masih laris sampai sekarang.. Tambahan lain Youtube dan Facebook. Rupanya youtube dan facebook bayar banyak juga kerana mereka tumpang iklan dekat fb dengam youtube.

Syukur saya ada 2 program Tv. 2 tahun dah. Door to door ebit lew astro aosis. A bit with ebit di Tv Al Hijrah. Dua program saya sendiri dah 2 musim. Dapat juga bayaran syarikat media untuk iklan sedikit sebanyak. Staf kakitangan tetap saya ada 55 orang. Ramai juga yang lain dekat 40 orang on off sukarelawan saya yang ada bayaran juga.

Begitulah rezeki Allah beri. Tapi saya yakin Allah beri semua sekali. 2 perkara penting. Rajin dan Yakin. Tiada tempat dunia dan akhirat untuk orang malas.

Yakin pada Allah. Allah beri rezeki. Dia punya semua. Tiada kita punya. Jaga solat awal waktu. Bila susah selalu beri masa solat sunat. Tahajud dan Dhuha. Jaga mak ayah dan mertua dengan baik.

Jangan kedekut dengan isteri dan anak-anak. Beri kasih sayang. Pelukan dan kasih sayang. Tanpa doa bidadari saya dan anak-anak pasti tak dapat semua ini. Allah beri rezeki.

Dulu ingat lagi selalu bila jumpa orang susah baju buruk pergi masjid. saya tanggal jubah saya beri dekat dia. Dia nak selipar beri selipar. Sampai orang kata saya bodoh. Kau susah nak tolong orang. Saya sedih. Tapi saya yakin Allah pasti balas. Sekarang anak jalanan saya bawa shoping dekat sogo.

Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dunia sementara sahaja. Akhirat selamanya. Miskin atau kaya bukan pada rumah kereta. Tapi pada hati. Walau ada sepinggan share dengan orang lain. Sahabatku percayalah disebalik ujian ada rahmat.

Barangsiapa bekerja untuk membantu seramai mungkin orang miskin dan anak yatim dia sedang berjihad di jalan Allah. Penting didik anak rajin. Didik anak jadi orang kaya takwa. Didik anak jadi pemimpin. Didik anak jadi terkenal dunia dan akhirat. Supaya kita semua jadi Duta Islam dan bawa akhlak Nabi saw..-ebitlew

Dimana Zahid Simpan USD50 juta sumbangan dari Qatar Untuk Rohingya ?

1 DANA QOTAR

1 MELAYU BODOH 3 SEKAWAN.

KAK WAN JAWAB ZAHID HAMIDI

Siaran Media – Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Ahli Parlimen Pandan

ALHAMDULILLAH
TOLONG SEBARKAN KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.

2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia
29 April 2020


 

“Tidak beriman salah seorang diantara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri”. (Riwayat Bukhari & Muslim)

Dlm Hadis lain disebut sesungguhnya orang2 yg beriman itu bersaudara.

Apakah dengan sebab ada sekumpulan Rohingya yang biadab & samseng, boleh u all musuhi kesemua etnik ini? Kuat rasis/asobiyah mu ni. Mu bkn umat nabi Muhammad s.a.w jika ada sifat rasis sebegini. Dah jika bkn umat nabi, umat siapa mu? Umat Pok Loh Tut atau umat Ayah Pin?

Isu Rohingya di Msia ni dah mkn masa hampir 40 th x silap aku iaitu bermula th 1982. Silap kerajaan ialah biarkan mereka berselerak di sluruh negara. Kenapa x tempatkan mereka di suatu tempat berpusat sbgmna kita tempatkan org hanyut Vietnam di Pulau Bidong sblum dihantar pulang ke negara asal, negara2 dunia ketiga, Eropah & USA? Bilangan Rohingya kini sekitar 200K. Apakah x mustahil berlaku penyelewengan dana dari UNHCR, OIC dll negara penyumbang?

Semasa pelarian vietnam dan kemboja dahulu kerajaan Malaysia sempat guna dana sumbangan kerajaan Libya untuk membina Bangunan Perkim (bersebelahan PWTC) secara senyap2.

MB TERENGGANU MASIH KEBAL DENGAN PKP, TANPA DENDA DAN PENJARA.

Malaysiakini

KORONAVIRUS | Menteri Besar Terengganu yang baru-baru ini menjadi perhatian kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) tidak akan didakwa.

Memetik kenyataan Ketua Polis Terengganu, Roslee Chik, portal berita Malay Mail melaporkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengelaskan kes melibatkan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar itu sebagai “tiada tindakan lanjut” (NFA).

Kata Roslee, AGC memulangkan semula kertas siasatan yang dibuka polis memaklumkan kepada mereka bahawa tiada pendakwaan akan dibuat.

“Kami dah selesaikan dan hantar kertas siasatan kepada mereka (AGC).

“Mereka buat keputusan bahawa mereka tak akan dakwa sesiapa dan mereka telah (arahkan) NFA untuk kes ini,” beliau dipetik berkata.

Isu pelanggaran PKP itu timbul apabila beberapa gambar tersebar di media sosial, memaparkan Ahmad Samsuri menikmati hidangan bersama bekas menteri besar Terengganu, Ahmad Said, yang juga pengerusi Umno negeri berkenaan.

Dimaklumkan, Ahmad juga tidak akan dikenakan sebarang tuduhan di mahkamah.

Dua YB didenda mahkamah

PKP dikuatkuasakan di negara ini pada 18 Mac bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ia dijangka tamat pada 12 Mei ini, setelah dilanjutkan sebanyak tiga kali.

Mengikut peraturan PKP, semua perusahaan diarahkan menutup operasi melainkan perkhidmatan penting, dan rakyat diarahkan untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing kecuali untuk hal-hal kecemasan, bekerja bagi yang mendapat kebenaran, dan mendapatkan barangan keperluan seperti ubat-ubatan dan barangan runcit dalam persekitaran 10km dari kediaman.

Pagi tadi, timbalan menteri kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dan exco Perak Razman Zakaria didakwa di mahkamah majistret kerana melanggar PKP.

Kedua-duanya mengaku bersalah untuk kesalahan yang boleh dihukum penjara atau denda itu. Mereka berdua dikenakan denda RM1,000.

Di bawah Seksyen 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, seseorang yang ingkar PKP boleh didenda tidak lebih RM1,000 atau dipenjarakan tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya.

Sejak tengah hari semalam, wabak Covid-19 telah menjangkiti 5,820 orang dan meragut 99 nyawa di negara ini.

Seramai 3,957 telah pulih dan seramai 1,764 lagi masih dalam rawatan.

Covid-19 telah menjangkiti lebih tiga juta orang di seluruh dunia dan meragut 211,520 nyawa.

https://www.malaysiakini.com/news/522966

AZMIN AMAT JIJIK PADA PANDANGAN UMNO DAN RAKYAT MUAK DENGAN POLITIK KERANA GENG PEROMPAK KEMBALI MEMERINTAH NEGARA.

1 UMNO TOLAK AZMIN.

Conspiracy of silent🤫🤫😁

UMNO CUCI TANGAN DARI LANGKAH SHERATON. Tok Mat lebih berprinsip, beridealisme, bahkan bermaruah.

Oleh Hasmi Hashim

MUNGKIN seluruh dunia mahu dia mati. Sebab itu berita “kehilangan” Kim Jung-un mendapat liputan meluas di tengah-tengah ribut wabak Covid-19. Dan jangan-jangan memang dia sudah mati. Beberapa pihak, sama ada media atau orang perorangan, berkata sang diktator sudah mati akibat pembedahan jantung yang gagal.

Bagi rakyat di negara-negara tetangga Korea Utara, sama ada Korea Selatan, Jepun atau mungkin juga Taiwan atau China, mereka sudah muak bercakap tentang politik. Dalam hal ini, “politik” yang dimaksudkan ialah ancaman Korea Utara untuk melancarkan senjata nuklear.

Memang di lain tempat, maksud politik berbeza-beza.

Di Malaysia, apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata “rakyat kini muak bercakap tentang politik”, itu tidak bermakna orang awam melupakan terus peristiwa rampasan kuasa 24 Februari 2020 – peristiwa yang dikenali sebagai “Langkah Sheraton”.

Sepertimana kediktatoran, pengkhianatan mustahil untuk dilupakan mudah-mudah. Terutama sebuah bentuk rampasan kuasa yang terbesar dalam sejarah Malaysia. Cuma memang sekarang bukanlah waktu yang tepat untuk membincangkannya.

Tumpuan masyarakat adalah mengenai nasib, hidup dan kesihatan mereka.

Kebetulan wabak gelombang kedua merupakan akibat buruk rentetan Langkah Sheraton. Tidak cuma netizen yang bercakap mengenainya, tapi turut diakui oleh Profesor Jomo K Sundram dalam satu temubual baru-baru ini. Semua itu tidak lain ialah petanda, rakyat tidak lupakan titik hitam dalam perjalanan bangsa ini meski tidak membincangkan dengan tajam serta rancak.

Nama Muhyiddin dan kelompok Azmin Ali dalam melakukan rampasan kuasa itu tidak akan mudah dipadam – walau apa pun justifikasi dan alasan yang diberikan. Termasuklah dengan cara mendiamkannya, atau apa yang diungkap dalam Bahasa Inggeris sebagai “conspiracy of silent”.

Macam juga Jung-un, sekali pun sah dia sudah mati, kisah dia mengarahkan membunuh abangnya sendiri, Kim Jung-nam dalam sebuah plot penganiayaan di KLIA tiga tahun lalu akan tetap menjadi buruan berita dan ingatan dunia. Begitu juga dengan perintah membunuh pakciknya, Jang Song-theak, enam tahun lalu.

Umno cuci tangan

Menyedari bahawa beban dan pertanggungjawapan terhadap Langkah Sheraton terlalu berat, maka Umno juga mula mahu menjauhkan diri. Hendak cuci tangan.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan nampak paling jelas berusaha mahu memisahkan Umno daripada rampasan kuasa tersebut. Hujung minggu sudah, selain Muafakat Nasional dan Barisan Nasional (BN), katanya, Umno tiada kena mengena dengan apa juga bentuk gabungan lain. Terutama apa yang dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN).

Dalam pertimbangan ini, nampak sekali Tok Mat lebih berprinsip, beridealisme, bahkan bermaruah. Jauh sekali kalau hendak dibandingkan dengan beberapa pemimpin muda Umno yang terhegeh-hegeh mahu menjadi menteri walau dengan apa cara. Asalkan dapat kembali memakai sut dan tali leher ke pejabat.

Bagi Tok Mat, PN tidak wujud. PN haram. PN tidak didaftarkan secara sah! Noktah.

Memang. Bukan setakat itu, PN juga tidak ada logo sendiri. Tidak ada manifesto. Tidak ada kantor. Jauh sekali alamat, nombor telefon, emel, portal, mahupun laman FB yang rasmi. Semua itu menandakan dengan jelas sejelasnya PN tidak ada struktur pentadbiran dan pengurusan.

Tidak seperti BN atau Pakatan Harapan (PH). Dalam BN, ada pengerusi dan mesyuarat berkala – termasuk menyentuh keputusan kerajaan atau dasar dari masa ke masa. Begitu juga PH yang ada tempat rujuk serta membuat keputusan tertinggi yang dikenali sebagai Majlis Presiden.

Dalam PN, satu hapah pun tidak ada. Seolah-olah semua perjalanan negara diputuskan dan ditadbir secara malar dan konspirasi. Berpakat sesama sekelompok kecil elit politik di meja makan, di rumah Muhyiddin. Sudah!

Keadaan ini menyamai politik kawalan penuh atau totalitarian seperti di Korea Utara – meski bentuk “pentadbiran sulit” dan gelap sedemikian belum benar-benar muncul dalam koridor politik Putrajaya. Namun ciri-cirinya sudah ada. Termasuklah fungsi parlimen yang dimatikan ketika negara berhadapan bencana wabak.

Kita selalu mengikuti banyak usul yang dibawa ke Parlimen sebelum-sebelum ini, ditolak. Alasan penolakan ialah sesuatu usul berkenaan tidak mendesak untuk dibincangkan. Antara usul yang mendesak ialah apabila wujudnya bencana dalam negara. Sekarang bencana berkenaan ialah wabak Covid-19.

Kalau wabak seteruk ini dan tidak pernah dihadapi negara, apa lagikah yang dimaksudkan sebagai “bencana”? Gila!

Demikianlah selain sebuah rampasan kuasa, pelanggaran demokrasi berparlimen yang dilakukan oleh kerajaan tanpa rupa itu ialah menafikan peranan parlimen ketika negara dilanggar bencana – sesuatu yang telah disedak bukan sahaja oleh ahli-ahli Parlimen PH, tetapi juga boleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Tanpa perbincangan dan kelulusan Parlimen juga, dana negara digunakan. Jumlahnya sekitar RM35 bilion, di mana RM25 bilion untuk satu pakej rangsangan yang dinamakan “Pakej Prihatin”, dan RM10 bilion pula sebagai tambahan kepada pakej asal – dikhususkan kepada peniaga kecil dan sederhana (PKS).

Pakej bantuan kepada rakyat bukan dilakukan hanya di Malaysia. Banyak negara yang terkesan oleh wabak, juga mengumumkan pengeluaran dana besar kerajaan masing-masing. Termasuklah Australia, Singapura, United Kingdom mahupun Amerika Syarikat.

Bezanya di kebanyakan negara, setiap sen dana negara yang hendak digunakan perlu dibahas di parlimen. Di situlah peranan dan kedudukan parlimen berfungsi – terutama ketika krisis atau pandemik begini.

Niat baik, cara betul

Maknanya, niat baik bukanlah alasan untuk melanggar prinsip demokrasi berparlimen. Apa yang sama penting dengan niat ialah, caranya kena betul. Setiap peraturan kewangan – begitu istilah yang digunakan dalam kerajaan – perlulah dipatuhi. Dana negara bukan milik peribadi PM. Apatah lagi menteri kewangan, menteri ekonomi atau menteri MITI.

Sekiranya pelanggaran sebegitu rupa dibenarkan, bayangkan sahaja bagaimana pengurusan dana dan kewangan kerajaan akan diperlakukan selepas ini.

Kita tidak perlu terkejut nanti bilamana negara akan diperlakukan seperti milik dua-tiga orang menteri. Di situlah punca rasuah, dan salah guna kuasa besar-besaran bisa terjadi.

Tidak sekadar itu, bencana yang lebih besar ialah pemalsuan demokrasi itu sendiri. Seperti di Korea Utara: di sebuah negara yang namanya “Republik Demokratik Rakyat Korea”, kenyataannya tidak seindah nama.

Demokrasi palsu

Di negara yang mendakwa sistem politiknya “demokratik” itulah sebenarnya kezaliman paling kejam pada era moden terjadi. Juga kediktatoran yang paling brutal.

Ada pelarian Korea Utara yang ditemubual beberapa media atau memberikan ucapan ketika mereka sudah bebas, masih berharap ada matahari di ufuk Pyongyang. Rumusan kata-kata pelarian ialah, tekanan luar tidak akan banyak mengubah keadaan politik di negara mereka. Harapan terakhir ialah kesedaran serta kebangkitan dari dalam; dari keinsafan dan azam rakyatnya sendiri.

Kita berdoa Malaysia tidak terhala ke arah kediktatoran – sama ada diktator yang keras atau pun halus.

Ciri-cirinya sudah ada sejurus kerajaan beralih tangan, pada 24 Februari hitam. Sangat sedih apabila mereka yang membuka gerbang ke arah kediktatoran ialah dalam kalangan orang yang sama yang pernah perjuangan untuk kononnya melakukan reformasi dan demokrasi.

Sebentar! Ada berita baru masuk.

Menurut maklumat perisikan Amerika Syarikat, Jung-un tidak jadi mati. Dia masih hidup. Kalau benar nyawanya panjang, sudah tentu bukan hanya bernafas di negaranya sahaja. Jiwa rakus dan kebinatangan juga boleh berada di mana-mana.

Termasuk di negara kita. – 28 April, 2020.

* Hasmi Hashim atau Budi Hekayat adalah penulis lirik dan antara pendiri kelompok kebudayaan Jalan Telawi.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.

 

RAKYAT AMAT AMAT MUAK DENGAN POLITIK NEGARA KERANA PEMIMPIN MELAYU/ISLAM YANG AMAT RASIS SEDANG MEMERINTAH NEGARA.

MALAYSIA sedang menghadapi ancaman PATI Tanpa Kapal Laut Dan Helikopter Perang ?

RAKYAT MALAYSIA SERING MENJADI MANGSA PENIPUAN UMNOBN, RAKYAT MALAYSIA TERLALU AMAT BAIK, SEHINGGA PERALATAN PERTAHANAN NEGARA DIROMPAK OLEH MENTERI PERTAHANAN UMNOBN TIDAK MELAKUKAN, APA-APA BANTAHAN. KINI MENJADI MENTERI KDN DALAM KERAJAAN PINTU BELAKANG UMNOPAS YANG RASIS DAN MENIPU. RAKYAT MALAYSIA TERLALU AMAT BAIK, KINI MALAYSIA TAKUT MENGHADAPI KEDATANGAN PATI, BUKAN KEDATANGAN TENTERA CHINA ATAU USA. BAGAIMANA PERTAHANAN NEGARA DAPAT MENJADI MAJU DAN CANGGIH, JIKA MENTERI PERTAHANAN UMNOBN SENDIRI YANG MERUNTUHKAN SISTEM PERTAHANAN NEGARA.

Dengar sini wahai saudara-saudaraku rakyat Malaysia, ketahuilah apa yang diberitakan ini adalah benda yang sedang berlaku pada negara kita.

MALAYSIA sedang menghadapi ancaman PATI yang cuba mengambil kesempatan untuk menceroboh dan mendarat di negara kita semasa penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan sedang berjalan.

Seperti COVID-19, kehadiran mereka tidak diundang dan kedatangan mereka akan membawa masalah kepada kita semua.

Selain itu, terdapat juga pihak yang bersekongkol terlibat dalam membawa masuk PATI ke negara ini.

Demi kepentingan diri, mereka sanggup gadaikan keselamatan dan kedaulatan negara kita cintai.

Oleh itu, mana-mana rakyat Malaysia yang sayangkan negara, yang mengambil peduli akan tanah air kita DIGALAKKAN untuk MENYALURKAN MAKLUMAT kepada kami untuk membanteras kegiatan sebegini.

Maklumat boleh disampaikan dengan pelbagai cara untuk tindakan pihak kami dalam membantu sahabat-sahabat lain untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan tanah air kita.

Maklumat boleh disalurkan melalui laman Facebook kami.

Oleh itu, beringatlah bahawa, mungkin pada hari ini kita lihat perkara sebegini seperti tiada apa-apa dan tidak memberikan impak – sikap sebegini akan menyebabkan kita merana.

Pada waktu itu, menangis berair mata darah pun tiada gunanya.

Inilah saatnya kepada rakyat Malaysia untuk berbakti kepada tanah air tercinta.

Ayuh, laksanakan peranan anda dalam doktrin Pertahanan Menyeluruh (HANRUH)

====================

Tekong musuh negara, awas anda sedang diperhati

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Rakyat Malaysia perlu menjadi mata dan telinga kepada negara untuk menumpaskan ‘tekong’ yang membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui ‘laluan tikus’.

Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam paparan Facebook rasminya berkata, kegiatan tekong ini merupakan sebahagian musuh kepada negara.

“Jangan biarkan mereka (tekong) berkuasa, kelak kluster wabak pandemik COVID-19 bertambah,
“Kita (rakyat Malaysia) juga yang akan merana, Jangan biarkan PATI menjejak kaki ke Malaysia angkara tekong yang bermaharajalela,” katanya.

Pasukan keselamatan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia (APMM) kini giat mempertingkatkan kawalan dan pemantaun di sempadan dan perairan negara.

Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih wujud cubaan untuk membawa masuk PATI ke Malaysia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mendedahkan terdapat PATI yang cuba masuk ke negara ini secara senyap-senyap melalui sempadan negara semasa PKP.

Manakala menurut sumber, PATI diramal memasuki Malaysia kerana kes positif dan kematian wabak COVID-19 di negara asal mereka semakin meningkat dan seolah-olah tidak terkawal.

Ramai dikalangan mereka memilih untuk ke Malaysia walau berisiko tertangkap asalkan diberi makanan dan kemudahan perubatan sekiranya dijangkiti COVID19.

Sebarang maklumat mengenai kegiatan ini boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Malaysia (MCC), Bukit Aman melalui talian talian 03-22663333/ 03-22663444 atau e-mel ke mcc@rmp.gov.my.

Pusat Kawalan Malaysia atau MCC (Malaysia Control Centre) adalah nadi operasi PDRM yang penting sekali.

Selain daripada berfungsi sebagai pusat penerimaan dan penyaluran maklumat berkaitan jenayah dan ketenteraman awam, ia juga bertindak sebagai koordinator PDRM dalam mengendalikan ketenteraman awam di Malaysia.

Gambar: Cubaan pendatang Rohingya yang cuba masuk ke negara ini berjaya dipatahkan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru kerajaan melaksanakan dengan segera salah satu bab Rancangan Malaysia ke-11

1 HARAM KERJA KAFIR.

PERSATUAN Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER) menyeru kerajaan melaksanakan dengan segera salah satu bab Rancangan Malaysia ke-11 mengenai penutupan agensi tindih tugas dan pegawai yang tidak kompeten (incompetent). Kami telah mengemukakan masalah ini berkali-kali dan ia selalu akan di selindung oleh agensi-agensi yang berkenaan dan ketua setiausaha atau menteri masing-masing. Di sektor air, tenaga dan alam sekitar ada beberapa agensi yang dapat di tutup serta-merta dan tidak akan mempengaruhi operasi kerajaan. Pada masa ini, kerajaan sedang berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat untuk mengatasi kesan ekonomi akibat Covid-19.

Agensi-agensi ini juga menyulitkan kerja penguatkuasaan yang dilakukan oleh pengawal selia yang bertanggungjawab terhadap sektor air dan tenaga. Terdapat kes-kes di mana peruntukan projek yang dikendalikan oleh agensi-agensi yang bertindih tugas ini tidak berjaya dan ada yang dibangunkan tanpa bukti statistik atau faedah kos yang tepat. Keadaan ini akan menyebabkan pembaziran wang pembayar cukai sekaligus mewujudkan lebih banyak projek gajah putih dan kelewatan kecekapan perkhidmatan.

Sektor Air

Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) mempunyai fungsi bertindih tugas dengan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Indah Water Konsortium (IWK). Jabatan Bekalan Air (JBA) pula mempunyai fungsi bertindih dengan PAAB, SPAN dan operator-operator air. Seharusnya tidak ada usaha untuk mengurangkan fungsi PAAB, SPAN, Indah Water Konsortium atau operator-operator air untuk membenarkan kewujudan JBA dan JPP. Kedua-dua JBA dan JPP mesti ditutup dan tenaga kerjanya dapat diserap ke SPAN, PAAB, Indah Water Konsortium, operator air atau jawatan kosong kerajaan yang lain.

Sektor Tenaga dan Alam Sekitar

Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Yayasan Hijau boleh ditutup juga. Fungsi SEDA dapat dijalankan oleh Suruhanjaya Tenaga di bawah sebuah jabatan. Sementara itu, fungsi Yayasan Hijau dapat dijalankan oleh Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia. Pembentukan SEDA adalah kerana politik pejabat dan bukan keperluan dasar nasional yang sebenar. Akta Tenaga Boleh Diperbaharui telah disiapkan sebelum tahun 2011 oleh Pusat Tenaga Malaysia (sekarang Pusat Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia). Lebih menyedihkan adalah apabila kabinet dan parlimen telah dipergunakan oleh individu-individu yang terlibat dalam pembentukan SEDA. Sekarang, kerana ada jalan keluar dalam Rancangan Malaysia ke-11, individu-individu ini juga harus dikeluarkan dari perkhidmatan kerajaan.

Agensi Persekutuan Baru untuk Sumber Air

Terdapat juga rancangan untuk membentuk agensi persekutuan sumber air yang baru melalui Rancangan Malaysia ke-12. Ini akan mewujudkan lebih banyak politik pejabat dan peningkatan kos operasi. Sekiranya kerajaan masih mahu meneruskan cadangan ini, portfolio tersebut boleh diletakkan di bawah SPAN. Ini akan menyempurnakan peranan SPAN untuk mengawal selia sumber air, perawatan air, bekalan air dan pembentungan. Jabatan Alam Sekitar akan menjalankan tugas mereka dalam pencegahan pencemaran dan peguatkuasaan terhadap pencemaran sumber air. Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran akan terus melaksanakan kerja-kerja mitigasi banjir dan penjagaan sungai. Kami tidak melihat keperluan mati-matian untuk membentuk agensi baru. Apa-apa undang-undang baru yang akan dibangunkan untuk sumber air boleh diletakkan di bawah bidang kuasa SPAN. Secara amnya ini disebut sebagai pengoptimuman.

Rancangan Malaysia ke-12 Perlu Di Kaji Semula

AWER juga telah menghantar surat dan mengemukakan cadangan kepada YAB Perdana Menteri dan YB Dato ‘Sri Mustapa Mohamed untuk mendesak kerajaan mengkaji semula Rancangan Malaysia ke-12 agar sesuai dengan keadaan ekonomi semasa dan cabaran yang akan dihadapi oleh ekonomi global . Kami juga telah memasukkan lebih daripada 40 cadangan untuk memperbaiki Rancangan Malaysia ke-12 dan menjadikannya lebih berpusatkan kepada negara dan rakyat.

Kami berharap Kerajaan Persekutuan akan memimpin melalui teladan untuk menutup empat agensi yang bertindih tugas ini bagi memastikan tidak ada pertindihan fungsi. Begitu juga, kerajaan juga harus mengkaji pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-12 untuk meningkatkan keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan serta penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai dan membentangkannya di Parlimen berdekatan dengan pembentangan Belanjawan 2021.

Piarapakaran S., Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER)

‘Malaysia era BN tak terima sesen pun dana luar bantu Rohingya’ – Zahid Hamidi, Kemana Pergi Dana Qatar ?

1 DANA QOTAR

Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan ketika diperintah BN tidak satu sen pun dana asing yang dijanjikan bagi membantu pelarian Rohingya di negara ini.

Sebaliknya, jelas beliau, bantuan itu dikatakan diterima Malaysia ketika BN bukan lagi menjadi pemerintah, lapor Umno Online semalam.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut dengan khusus sama ada dana itu disalurkan di era PH bawah pentadbiran Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

“Saya sendiri telah mengusahakan bantuan daripada sebuah negara dan ketika BN memerintah, tidak ada satu sen pun bantuan itu diperolehi oleh kerajaan Malaysia atau masuk dalam mana-mana yayasan atau akaun peribadi seseorang… tidak ada langsung.

“Saya difahamkan bantuan itu telah dihantar ke Malaysia ketika BN tidak lagi menjadi pemerintah dan tentunya bantuan itu adalah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan BN di mana saya sendiri telah memohon bantuan itu tetapi kita tidak bernasib baik kerana kita tidak lagi menjadi kerajaan.

“Perkara ini harus dijelaskan kerana saya tidak mahu timbul pelbagai tuduhan apatah lagi mereka yang menuduh itu menjadi orang yang menjana dosa kering terutama dalam bulan Ramadan ini,” beliau dipetik sebagai berkata.

Media rasmi Umno itu melaporkan, ketika Zahid menjadi timbalan perdana nenteri, beliau mengumumkan Qatar antara negara Islam berikrar memberikan penajaan untuk menyokong usaha Malaysia membantu pelarian Rohingya.

Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) dilaporkan akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Dana itu akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah anak Rohingya dan skim perlindungan insurans untuk rawatan dan perubatan.
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

Qatar beri dana khas bantu pelarian Rohingya di Malaysia

DOHA: Qatar kini antara negara Islam terbaru tampil menyatakan ikrar memberikan penajaan dana untuk menyokong Malaysia dalam melaksanakan projek kemanusiaan membantu pelarian Rohingya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata

Qatar bersetuju untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi membiayai usaha membantu rakyat Rohingya yang berada di Malaysia.

Melalui kerjasama itu, katanya, Qatar menerusi Qatar Development Fund (QDF) akan menyalurkan bantuan kewangan kepada pelarian Rohingya yang mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata dana tersebut akan digunakan untuk pelaksanaan tiga projek tumpuan iaitu memberi latihan kemahiran dalam sektor perladangan dan perkilangan; mengendalikan prasekolah dan sekolah rendah bagi anak-anak Rohingya dan skim perlindungan insuran untuk rawatan dan perubatan.

“Persetujuan menyalurkan dana ini adalah respons positif Qatar terhadap usaha berterusan Malaysia menangani isu-isu mengenai Rohingya,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas mengakhiri lawatan kerja empat hari ke Qatar, malam tadi.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata Majlis Keselamatan Negara (MKN) diberi tanggungjawab sebagai penyelaras projek bantuan itu bersama-sama beberapa kementerian, jabatan dan agensi kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan.

Menurutnya, komitmen Qatar itu diperolehi hasil daripada beberapa siri perjumpaan beliau dengan pucuk pimpinan negara itu.

Katanya, selepas tamat latihan separa mahir dan mahir, pelarian berkenaan diberi peluang bekerja di sektor perkilangan dan perladangan di Malaysia untuk tempoh masa tertentu sementara menunggu konflik di kampung halaman mereka selesai.

Menurutnya, Qatar juga meminta supaya jalinan kerjasama dibuat dengan beberapa NGO yang dikendalikan oleh rakyat Myanmar di Malaysia dalam menyediakan kemudahan pendidikan prasekolah dan sekolah rendah untuk anak-anak Rohingya.

“Perjalanan sekolah ini hendaklah mengikut silibus sistem pendidikan Myanmar sekarang dengan tujuan apabila konflik yang berlaku di negara itu tamat, anak-anak ini dapat melanjutkan pelajaran menggunakan silibus sama,” katanya.

Selain itu, katanya, Qatar juga meminta Malaysia menyediakan satu pelan perlindungan insurans menerusi sebuah syarikat insurans bagi memastikan pelarian Rohingya itu mendapat rawatan perubatan yang terbaik.

Menurutnya, QDF akan membiayai bayaran premium insurans itu dan kemudahan itu hanya khas kepada pelarian Rohingya yang berlindung di Malaysia.

Malaysia selama ini menjuarai usaha membantu nasib minoriti rakyat Rohingya di Myanmar daripada terus menjadi mangsa diskriminasi oleh kerajaan negara itu.

Terbaru, Malaysia menganjurkan misi menghantar Flotila bantuan kemanusiaan untuk masyarakat Rohingya di Myanmar oleh lebih 25 NGO Malaysia dan antarabangsa.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-dunia/qatar-beri-dana-khas-bantu-pelarian-rohingya-di-malaysia-131526

Rakyat Malaysia Hanya Ada Simpanan Kurang 1 Bulan – Satu Peringatan Untuk Muhyiddin.

1 rakyat tak ada duit.

 

SHAH ALAM – Kajian Jabatan Perangkaan mendapati 71.4 peratus rakyat yang bekerja sendiri mempunyai simpanan yang hanya mencukupi kurang daripada satu bulan susulan kesan daripada wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, 77.2 peratus majikan dan 82.7 peratus pekerja swasta pula mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga dua bulan.

“Manakala 78.9 peratus pekerja syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 75.2 peratus pekerja syarikat multinasional (MNC) mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga empat bulan,” katanya menerusi Kajian Khas Kesan Covid-19 Kepada Ekonomi dan Individu (Pusingan 1) di dikeluarkan di sini hari ini.

Kajian itu dilaksanakan oleh Jabatan Perangkaan secara atas talian pada 18 hingga 31 Mac lalu dan ia mengandungi 21 soalan meliputi modul umum, modul pekerjaan dan modul perbelanjaan

Seramai 168,182 responden meliputi seluruh Malaysia mengikuti kajian tersebut dan kakitangan awam dikecualikan daripada analisis.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, tempoh bekerja mempengaruhi simpanan seseorang pekerja dan didapati sebanyak 69.7 peratus yang telah bekerja dalam tempoh kurang daripada satu tahun dan 63.2 peratus yang bekerja dalam tempoh satu hingga tiga tahun, masing-masing simpanan kewangannya hanya bertahan kurang daripada satu bulan.

“Sebanyak 25.4 peratus yang bekerja empat hingga 10 tahun dan 27.5 peratus yang bekerja 11 hingga 20 tahun pula mempunyai simpanan yang mencukupi sehingga dua bulan, manakala 11.4 peratus yang bekerja 21 hingga 30 tahun dan 11.7 peratus yang bekerja lebih daripada 30 tahun mempunyai simpanan kewangan yang mencukupi sehingga empat bulan,” katanya.

*media[676928]*
Mohd Uzir menjelaskan, sebanyak 46.6 peratus daripada 168,182 responden yang menyertai kajian itu mengakui telah hilang pekerjaan kesan daripada wabak tersebut.

“Sembilan daripada 10 responden yang masih bekerja juga mengakui mengalami pengurangan pendapatan daripada biasa dengan sektor pertanian dan perkhidmatan merekodkan peratusan kehilangan pekerjaan lebih tinggi berbanding lain,” ujarnya.

Selain itu, hasil dapatan kajian ini menunjukkan sektor pertanian dan perkhidmatan mencatat peratusan kehilangan pekerjaan yang lebih tinggi berbanding sektor lain iaitu masing-masing sebanyak 21.9 peratus dan 15.0 peratus.

“Sebanyak 33 peratus pekerja di sub sektor perikanan melaporkan kehilangan pekerjaan manakala di pertanian dan perladangan sebanyak 21.1 peratus, manakala di sub sektor perkhidmatan makanan dan minuman pula merangkumi 35.4 peratus diikuti sub sektor pengangkutan dan penyimpanan dengan 18.7 peratus.

Tambah beliau, secara keseluruhan, didapati perubahan pola perbelanjaan keperluan harian yang signifikan sebelum dan semasa penularan Covid-19.

“Aktiviti membeli bahan mentah untuk dimasak di pasar, pasar raya dan kedai runcit menunjukkan pola pembelian semasa penularan Covid-19 mula bergerak ke arah kelompok kekerapan kadang-kadang dan jarang-jarang berbanding sebelum penularan Covid-19.

“Berlaku perubahan bagi aktiviti makan di restoran, makan di restoran makanan segera dan menonton wayang di panggung wayang di mana kelompok pengguna lebih tertumpu kepada tidak melaksanakan aktiviti tersebut semasa penularan,” ujar beliau.

 

Semoga Umnopas Tidak Amat Dayus Dengan MCA, Buktikan Umnopas Adalah Jantan Bukan Golongan LGBT.

1 RENUNGAN MELAYU1 KERA SUMBANG 21 KHADAM YANG SESAT1 KERA SUMBANG 31 RIDHUAN TEE MCA1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD

Sebelum habis Ramadan aku cuma nak dengar orang Pas sebut tiga perkara .

1. Tangkap penyebab kematian Adib.
2. Bawa RUU 355 ke parlimen.
3. Laksana hudud.

Banyak lagi yg lain, tapi yg tiga ni dulu.
Aku nak dengar orang Pas sebut saja. Aku ulang, sebut saja.

Bukan nak buat, sebut saja pun cukup.