Kerajaan Melayu/Islam Pintu Belakang menganggarkan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari semasa PKP.

1 KERAJAAN MELAYU ISLAM NAZAK

KUALA LUMPUR: Malaysia menganggarkan berdepan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari akibat penutupan perniagaan susulan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) untuk membendung penularan Covid-19.

Sejak itu, Putrajaya memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM260 bilion bagi mengelakkan rakyat kehilangan pekerjaan dan memastikan perusahaan kecil dan sederhana dapat terus bertahan, kata Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dalam wawancara yang disiarkan di televisyen malam tadi.

Sementara itu, kerajaan menggunakan peluang ini untuk mempercepatkan pembangunan ekonomi digital.

“Disebabkan PKP, impak boleh dikatakan amat besar ke atas kehidupan rakyat dan ekonomi,” katanya.

Malaysia mula melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu dan melanjutkan sekatan itu buat kali ke-3 sehingga 12 Mei ini.

Kadar jangkitan baru mula menunjukkan penurunan dan Kementerian Kesihatan melaporkan kurang daripada 90 kes baru setiap hari sejak 9 hari lalu.

DIJANGKA 2.4 JUTA ORANG HILANG PEKERJAAN SEMASA PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAYU/ISLAM PINTU BELAKANG.

1 HILANG KERJA.

KUALA LUMPUR : : Kira-kira satu juta pekerja sektor pelancongan di Malaysia dijangka hilang pekerjaan pada tahun ini susulan penularan jangkitan COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi dunia.

Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri, industri itu juga merekodkan kerugian kira-kira RM20 bilion dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Beliau yang menyatakan kebimbangan dengan perkembangan itu menyifatkan angka itu sebagai ‘menakutkan’.

“Daripada data kementerian, kira-kira 17,000 pemandu pelancong barangkali tergolong dalam kategori ini.

“Ini belum mengambil kira keluarga dan anak-anak mereka,” katanya kepada Astro AWANI di sini pada Jumaat.

MP BERSATU DAH MULA BERASA KESAL BERSAMA MUHYIDDIN DAN ADA MP UMNO AKAN SOKONG TUN M (Jika berlaku “no-confidence vote” terhadap kerajaan Muhyiddin).

1 MAHA FIRAUN PENGKHIANAT

SEMOGA TUN M TIDAK MENGAJHIRI HAYATNYA DENGAN GELARAN PENGKHIANAT.

MP BERSATU DAH MULA BERASA KESAL ✍️

Komentar

Difahamkan Tun sekarang mendapat lebih ramai sokongan MP Bersatu kerana mereka sedar bahawa mereka tidak boleh menang lagi dalam PU akan datang jika masih berada dalam PN. Mereka ini sudah berasa kesal kerana keluar dari Pakatan Harapan. Difahamkan juga akan ada MP Umno yang akan sokong Tun jika berlaku “no-confidence vote” terhadap kerajaan Muhyiddin. Umno sebenarnya mahu menguasai kerajaan. Malah PAS akan turut diketepikan jika Umno sudah kuat nanti. Sejarah telah membuktikan perkara ini. Harap PAS berwaspada dengan Umno.

Umno mahu pun PAS tidak akan semudah itu melepaskan kerusi mereka kepada Bersatu untuk bertanding. Malah PU nanti akan melihat kecelaruan dalam pembahagian kerusi dalam kalangan Umno dan PAS. Di Terengganu sudah pun nampak ura-ura Umno akan lawan PAS.

Habis di mana kedudukan Bersatu nanti jika masih bersama Umno dan PAS?

@The Insider

KERAJAAN MELAYU/ISLAM, PINTU BELAKANG SONGLAP DUIT BANTUAN GOLONGAN MISKIN MASA PKP ?

Malaysiakini

Ahli Parlimen Pakatan Harapan terus mempersoalkan nilai bantuan makanan yang diagihkan kepada golongan miskin yang terjejas dari pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Meskipun Jabatan Kebajikan Masyarakat mendakwa hampir 10 peratus daripada jumlah RM100 dipotong untuk membayar kos pembungkusan dan pengangkutan, ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil menyifatkannya sebagai tidak wajar.

“Saya menerima 250 bungkus makanan dan masing-masing bernilai sekitar RM85. Saya tidak diberitahu apa yang berlaku dengan baki nilai itu.

“Saya diberitahu oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pembungkusan dan pengangkutan menjadikannya RM85 dan bukan RM100,” katanya seperti dipetik oleh The Malaysian Insight.

 Katanya, jika RM15 diambil daripada setiap bungkusan, maka ia menelan belanja sebanyak RM3.3 juta.

Oleh itu, beliau menggesa supaya kerajaan mengadakan sidang parlimen khas supaya ahli parlimen pembangkang dapat menuntut jawapan daripada menteri yang bertanggungjawab dalam tugas pengagihan makanan itu, iaitu Rina Harun.

Selain Fahmi, ahli parlimen pembangkang yang lain seperti Maria Chin Abdullah dan P Prabakaran berkata bahawa pengagihan makanan tersebut dilakukan dengan tidak telus serta mengelirukan.

“Tidak begitu telus pada masa ini. Mereka harus memberi laporan berapa bungkusan makanan RM50 dan RM100 yang diberikan.

“Jawapannya mesti daripada menteri bertugas (Rina Harun). Dia harus menjawab dan menjelaskan apa yang ada di dalam bungkusan RM50 dan apa yang ada di dalam bungkusan RM100, bukan menteri pertahanan,” kata Maria yang merupakan ahli Parlimen Petaling Jaya.

Maria Chin Abdullah 

Sementara itu, Prabakaran yang merupakan ahli Parlimen Batu berkata beliau bukan sahaja tidak pasti 131 bungkusan makanan yang diterima dari JKM termasuk dari kategori mana, malah mendakwa barang dalam setiap bungkusan itu mungkin bernilai kurang daripada RM35.

“Setakat ini saya menerima ini dan semua telah diedarkan. Tidak pasti bila saya akan menerima baki agihan dan bertanya-tanya mengapa mereka tidak dapat mengagihkan 1,000 bungkusan sekali gus,” katanya.

P Prabakaran

Beliau turut menunjukkan setiap bungkusan makanan mengandungi beras 5kg, sepaket teh, 6 pek mi segera, sepaket gula, sepaket tepung dan setin sardin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan kerajaan membekalkan bakul makanan yang tidak bernilai RM100 seperti dijanjikan.

Sebaliknya, kata beliau, bantuan itu adalah daripada NGO yang menghantarnya ke JKM untuk diagihkan.

Ia susulan wakil rakyat Rasah Cha Kee Chin mendakwa bahawa 150 bakul makanan yang diterima oleh pasukannya untuk diedarkan daripada kerajaan, hanya berharga RM35 setiap satu.

Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

https://www.malaysiakini.com/news/522727

Putera Charles Berhati Mulia Berbanding Parti Islam Rasis Yang Mendoakan Kematian Kepada Orang Bukan Islam.

Malaysiakini

Putera Charles dukacita kanak-kanak muslim di UK korban Covid-19

1 DOA PAS GILA.1 COVID DAP

 

26 April 2020

Pewaris takhta Britain, Putera Charles menzahirkan penghormatan beliau terhadap kanak-kanak muslim Ismail Mohamed Abdulwahab, 13 tahun yang meninggal akibat Covid-19.

Anak sulung Ratu Elizabeth itu berkata demikian dalam perutusan Ramadan kepada umat Islam di United Kingdom bersempena majlis ‘Iftar maya’ anjuran yayasan putera itu, The Mosaic Initiative dan Naz Legacy Foundation.

Charles, 71 tahun yang juga Prince of Wales turut memuji umat Islam yang menjadi petugas kesihatan awam NHS (United Kingdom National Health Service).

“Saya amat berdukacita dengan kisah tragis Ismail Mohamed Abdulwahab, sebelum ini dia seorang kanak-kanak 13 tahun yang sihat namun meninggal dunia tanpa ditemani keluarga di sisinya.

“Setiap kematian, apa pun sebabnya, menjadi sukar buat keluarga susulan beberapa sekatan kini terhadap pengebumian. Saya sangat faham betapa seksa buat pihak yang terkesan dan saya juga tahu seberapa besar pun kesedihan itu, ia akan dikongsi oleh ramai orang – termasuk saya.

“Ekoran keadaan yang mencabar ini, saya dan isteri hanya mampu menawarkan anda semua yang terbaik dari kami dan dengan ucapan khas ini bagi menzahirkan betapa besar pengorbanan umat Islam kepada United Kingdom (UK) cukup dihargai,” katanya dipetik media antarabangsa Evening Standard.

Tragis doktor, jururawat hilang nyawa

Ismail, berasal dari Brixton di Selatan London dilaporkan menjadi kanak-kanak pertama di UK yang meninggal setelah disahkan positif Covid-19.

Kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital King College pada 26 Mac lalu dan disahkan positif pada keesokan hari.

Dia dikebumikan empat hari kemudian tetapi ahli keluarganya tidak dapat menghadiri upacara tersebut kerana terpaksa mengkuarantin diri.

Sementara itu, Charles dalam ucapannya juga menzahirkan rasa simpati kepada keluarga doktor dan jururawat Islam yang kehilangan orang yang mereka sayang ekoran wabak Covid-19.

“Ramai umat Islam di Britain sudah tentu akan melalui Ramadan di barisan hadapan krisis Covid-19, bekerja bersama NHS dan dalam peranan utama lainnya.

“Paling tragis, saya tahu ramai doktor dan jururawat berpengalaman daripada masyarakat muslim telah hilang nyawa akibat wabak berbahaya ini.

“Kepada keluarga dan rakan sekerja mereka, saya hanya boleh menzahirkan rasa simpati saya yang mendalam, dan kepada semua termasuk petugas barisan hadapan tanpa mengira agama, saya ucapkan terima kasih dan kagum atas semua yang mereka lakukan untuk diri kita semua,” katanya.

Pada 30 Mac lalu, Charles yang diuji positif Covid-19 sebelum ini telah dibenarkan keluar daripada pengasingan diri di Scotland dan tidak lagi dikuarantin.

Data yang dikeluarkan minggu ini di UK mendedahkan lebih 16 peratus rakyat yang meninggal akibat Covid-19 berasal dari masyarakat kulit hitam, etnik Asia dan minoriti (Bame).

Lebih 80 pekerja NHS- sebahagian besar- yang meninggal dunia akibat Covid-19 berasal dari latar belakang Bame.

https://www.malaysiakini.com/news/522626

APA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU ROHINGYA?

1 TABUNG MEMALI.1 ROHINGYA D.

Berhati hati isu Rohingya
APA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU?

Tiba2 isu Rohingya menjadi panas selepas seramai 60 etnik Rohingya maut dlm sebuah bot yg sarat dgn ratusan org yg terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan. Kejadian itu berlaku selepas Thailand dan Malaysia menolak utk menerima mereka mendarat.

Pada awalnya emosi saya juga hampir terpengaruh dgn isu ini tetapi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Najib dan Hadi Awang 4 tahun lalu berdiri satu pentas dlm himpunan di panggil Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya dgn nada keras Najib mengutuk dan akan membela nasib Rohingya, begitu juga Hadi Awang. Berteriak rakyat Rohingya dan penyokong kedua parti. Lihatlah Melayu UMNO dan PAS sebagai pembela Islam.

Yg menghairankan saya kenapa Hadi Awang yg kini bergelar Menteri dan Menteri2 UMNO berdiam diri ke atas isu Rohingya? Dah ada kuasa atau dulu Hadi hanya retorik utk menarik undi Melayu ?

Tak nafikan dalam setandan pisang tak semuanya elok. Memang ada perangai2 buruk dilakukan kaum Rohingya ini. Tapi adilkah ketika ini netizen diusik emosi mereka seolah Rohingya begitu keji sekali berbanding pendatang yg lain?

Tiba2 sejarah Rohingya pengganas muncul. Tiba2 Rohingya dianggap pendatang yg menggugat peluang pekerjaan warga tempatan. Tiba2 Rohingya difitnah mahu mempunyai hak seperti rakyat Malaysia?????? Tiba2 Rohingya dianggap pengotor seolah olah bangsa Bangladesh itu bersih.

Mari kita baca hujahan DS Anwar Ibrahim. Menurut Anwar Ibrahim ada 6.7 juta pekerja asing di Malaysia, yakni 40% dari tenaga kerja Malaysia. Mereka terdiri……

a) 2.7 juta yg ada permit yg sah (pekerja asing yg sah)

b) 4 juta yg tiada permit (PATI – pekerja asing yg tidak sah)

Perlu dijelaskan di Malaysia ada 60,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yg berdaftar dgn UNHCR. Mereka bukan tenaga kerja di Malaysia. Mereka tak dibenarkan bekerja di Malaysia secara rasmi. Kebanyakannya bekerja sendiri. Maka mereka tidak pernah membolot peluang pekerjaan utk orang Melayu.

YANG BOLOT PELUANG PEKERJAAN DARI ORANG MELAYU IALAH WARGA INDONESIA DAN BANGLADESH.

SOALNYA MENGAPA PANIK DENGAN 60 RIBU ROHINGYA…

PADAHAL YG PATUTNYA – IALAH PANIK DENGAN 6.7 JUTA INDON & BANGLA – MEREKA INILAH YG SEBABKAN MELAYU MENGANGGUR DAN MEREMPIT !

BANYAK WARGA INDON DAH DAPAT KERAKYATAN MALAYSIA

MAKA JANGAN PANIK.. NANTI KENA PENDEMIK DALAM OTAK!

Apa yg dikatakan oleh DS Anwar ada kebenarannya dan perlu kita fikirkan. Mengapa rakyat difokuskan oleh media ke arah isu Rohingya?

Lebih pelik video yg memaparkan ucapan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani telah dibuat subtitles yg kononnya dia meminta hak sama rata, kerakyatan dan mengatakan Melayu bodoh ( berlainan dari ucapannya )?

Malah ada suara penyamaran kononnya org Rohingya menghina Melayu tersebar di Whatsapp. Tak cukup dgn itu Rohingya dituduh sebagai pembawa Covid-19. Sdgkan fakta dari jumlah pesakit bukan begitu.

Atas dasar itu kita kena berhati hati atas isu Rohingya yg saya anggap sedikit complicated. Kita memahami kita tidak boleh menerima kehadiran mereka dlm jumlah yg begitu ramai tetapi mengapa ada agenda memburuk burukkan Rohingya.

Mengapa Rohingya sahaja dianggap ancaman bukannya kpd warga Indonesia dan Bangladesh yg memonopoli pekerjaan rakyat tempatan?

Sedangkan warga Bangladesh menguasai pekerja di kedai2 minyak, Pasaraya, Kedai Serbaneka, hotel 1/2/3 bintang, pengawal keselamatan dan bermacam macam lagi di KL. Dulu semua pekerjaan itu dimiliki anak muda Melayu.

Adakah ada agenda utk menghalalkan kemasukkan warga Bangladesh ke negara ini dlm jumlah yg begitu ramai? Kita kena tunggu dan lihat sebelum emosi kita dipengaruhi oleh pihak2 tertentu. Atau adakah ada isu lain yg cuba dialihkan?

Kita sebagai rakyat atau netizen berhati hati menulis dlm isu Rohingya. Lagi pun kita bukan seperti lembu yg dicucuk hidung kan….👍 Fikir di luar kotak.

Cukuplah emosi anti Cina Dap itu telah merosakkan minda kita. Cukuplah kita melihat perangai busuk hati agamawan. Enough is enough…. kita mesti menjadi masyarakat yg berfikir dan tidak mudah dibuli

Kita sudah jadi mangsa emosi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun… cukuplah minda kita dibodohkan begitu sekali…rajinlah membaca dan rajin berfikir… Never trust anyone who has not brought a book with them🤣

SUDAH LAMA UMNOPAS MENGGUNA NAMA PELARIAN ROHINGYA UNTUK MENGUMPUL DANA DEMI KEPENTINGAN PARTI, APAKAH DANA DARI QATAR DAN LAIN-LAIN DANA UNTUK ROHINGYA UMNOPAS TELAH TUNAIKAN DENGAN BAIK, KALAU TABUNG SYUHADA’ MEMALI PUN, BOLEH DISALAHGUNAKAN OLEH PAS ?

 

 

Ingkar PKP, Timbalan Menteri Kesihatan, EXCO Perak dituduh esok

1 PKP KKM 51 exco perak1 ULAMAK PENIPU SOLAT HAJAT1 ULAMAK JAHAT SATU

 

Ingkar PKP, Timbalan Menteri Kesihatan, EXCO Perak dituduh esok

27 April 2020 | 06:00pm
IPOH: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan EXCO Perak, Razman Zakaria akan didakwa di mahkamah esok atas kesalahan mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kedua-dua mereka dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Gerik kira-kira jam 9 pagi.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain ketika dihubungi, hari ini.

“Esok pagi boleh pergi ke Mahkamah Majistret Gerik,” katanya ringkas.

Baru-baru ini, tular di media sosial gambar Dr Noor Azmi dan Razman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak menghadiri jamuan di sebuah Maahad Tahfiz di Lenggong ketika PKP sedang dilaksanakan.

Tindakan mereka berdua itu mengundang kecaman orang ramai yang meminta pihak berkuasa supaya tidak ‘memilih bulu’ dalam mengambil tindakan.

Susulan kejadian itu, Dr Noor Azmi dan Razman mengeluarkan kenyataan memohon maaf di atas tindakan mereka selain mengakui kesilapan yang dilakukan.
Sumber dari :
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/04/682372/ingkar-pkp-timbalan-menteri-kesihatan-exco-perak-dituduh-esok

Pihak polis sedang menyiasat hantaran media sosial berkaitan isu Rohingya – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

1 MUR1 ROHINGYA D.1 ROHINGYA C

Rakyat diminta bertenang, hantaran media sosial membenci pelarian Rohingya disiasat

Rakyat diminta bertenang, hantaran media sosial membenci pelarian Rohingya disiasat

Oleh MALAYSIA DATELINEApril 27, 2020 4:16 pm

Kerajaan menasihatkan supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sehingga boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini ekoran isu pelarian Rohingya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis sedang menyiasat segala bentuk hantaran media sosial berkaitan cubaan masuk etnik tertindas tersebut ke negara ini.

Menurutnya, polis sedang menyiasat audio, video dan berita terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan sentimen kebencian dalam masyarakat.
“Malaysia adalah sebuah negara aman dan kita terkenal dengan negara sangat bertimbang rasa oleh sesiapa saja yang ada di bumi Malaysia ini.
“Jadi saya harap kita bertenang dan kita beri peluang kepada pihak polis untuk menyiasat perkara-perkara yang ditimbulkan. Insyaallah polis akan siasat semua perkara yang ditimbulkan di dalam media sosial, YouTube dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini apabila diminta mengulas bagaimana pihak keselamatan mengendalikan sentimen antipelarian Rohingya supaya tidak mengundang keganasan.

Ismail Sabri turut menyuarakan kehairanannya mengapa isu kedatangan Rohingya secara tiba-tiba meletus memandangkan rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib dialami mereka sebelum ini termasuk dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.
“Semua berita itu menyebabkan kita sebagai sebuah negara menerima mereka waktu itu dan tak ada isu pun.
“Tapi akhir-akhir ini tiba-tiba isu ini menjadi besar dan ini juga menghairankan pihak berkuasa.
“Pihak polis terutamanya kerana akhir-akhir ini terlalu banyak berita-berita melalui media sosial, video misalnya dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak polis, ujarnya, sedang menyiasat hal tersebut memandangkan ada dakwaan menyatakan sesetengah video dan audio itu adalah palsu.
“Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun boleh menentukan kesahihan palsu atau tidak kecuali pihak polis,” tambahnya lagi.
Tidak terkecuali
Pemerhatian Malaysia Dateline mendapati reaksi kemarahan sebahagian besar rakyat berhubung isu pelarian Rohingya begitu ketara apabila aktivis warganegara Malaysia turut menjadi sasaran kebencian mereka.
Duta Malaysia Majlis Rohingya Eropah (ERC), Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi antaranya bukan sahaja digelar pengkhianat negara bahkan dilihat berdepan dengan buli siber yang turut mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Selain gambar lengkap dengan kenyataan palsu, data peribadi berkaitan saman nombor plat kereta serta nombor kad pengenalan beliau dikongsi sejumlah individu dan pentadbir kumpulan Facebook tidak bertanggungjawab termasuk membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasional.
Tiga laman kumpulan Facebook (FB) yang telah dikenal pasti menceroboh keselamatan privasi Tengku Emma Zuriana serta menggalakkan serangan netizen terhadapnya adalah “32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya” (29,809 pengikut); Bersatu.Tv (7,597), dan Bersatutv (104,000).
Laman kumpulan FB Bersatu.Tv dan Bersatutv difahamkan media rasmi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Turut menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap aktivis tersebut secara peribadi adalah pemilik akaun FB Web Schneider dengan 3,402 rakan dan Ammar Daniel yang menyembuntikan jumlah rakan.
Tidak terkecuali menjadi serangan orang ramai adalah pemimpin parti politik sama ada di pihak Perikatan Nasional (PN) lebih-lebih lagi Pakatan Harapan (PH).
Paling teruk diserang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendiriannya dalam Tazkirah Nuril Anwar semalam serta Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam melalui siri ciap di Twitter beliau.
Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang antara lain menasihatkan orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan membantu umat yang tertindas serta berfikir untuk menyelesaikan isu bukannya menghamburkan kebencian dan dendam turut mendapat serangan netizen.

Ustaz Pas Rasis Tidak Akan Minta Maaf Kepada Ustaz Ebit Lew

 

1 ISLAM VS PAS1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.

1 US SYAFIQ RASUAH1 SYAFIK RASIS

 

Masih hangat diperkatakan mengenai isu berkenaan kerja khidmat masyarakat yang dilakukan oleh ustaz Ebit Lew telah mendapat tentangan beberapa pihak.

Antara nama yang sering dikaitkan dalam isu ini adalah Ustaz Abu Syafiq, yang didakwa memuat naik status di Facebook mempertikaikan cara ust Ebit Lew berkongsi mengenai sumbangan yang disalurkan.

Bagaimanapun, Ustaz Abu Syafiq dalam satu temubual telefon oleh bekas wartawan TV3, Ryzal Ibrahim, telah menjelaskan segala isu yang berbangkit kini.

Menurut Ustaz Abu Syafiq, kenyataan awalnya berkenaan menjaga aib orang miskin sebenarnya tidak ditujukan khusus kepada Ustaz Ebit Lew.

“Saya larang kalau sehingga mengaibkan orang tu,” katanya.

Namun, disebabkan kenyataan itu berpadanan dengan aktiviti kerja amal yang dilakukan oleh Ustaz Ebit, membuatkan ramai mula menyangka bahawa status tersebut di buat untuk pendakwah tersebut.

“Kenyataan saya tiada kaitan pun dengan Ebit Lew sebelum ini…saya tidak kenal dan tak pernah bercakap dengan dia,” katanya.

Akan tetapi selepas isu itu mula tular, pendakwah tersebut terus membincangkan mengenai soal cara perkongsian ustaz Ebit mengenai golongan yang menerima sumbangan dirasakan tidak menjaga aib.

Justeru, apabila ditanya mengenai permohonan maaf, Ustaz Abu Syafiq menyatakan ia bukanlah keperluan untuk kerana dia tidak melakukan apa-apa kesalahan.


 

“Saya tidak akan buat permohonan maaf, sebab saya tak buat salah,” katanya.

 


Netizen bagaimanapun skeptikal dengan pengakuan Ustaz Abu Syafiq yang kedengaran seperti tidak meyakinkan.

Rata-rata mereka merasa kecewa dengan sikap angkuh Ustaz Abu yang sangat susah untuk meminta maaf yang mana tidak padan dengan gelaran ‘ustaz’ yang disandangnya.

“Sepatutnya apabila sudah bergelar ustaz tu mudahlah untuk meminta maaf, berlembut, sopan, adab yang tinggi. Tapi ini terbalik. Tak nampak macam ustaz. Nampak macam penyamun je,” komen Nabeel. – RyzalIbrahim/Cinca

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/saya-tak-akan-minta-maaf-pada-ebit-lew.html#ixzz6KrE0K9N3

https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/saya-tak-akan-minta-maaf-pada-ebit-lew.html