Warisan Kerajaan Sepenggal. Benarkah?

Ucapan DSSA. Sebelum PRU14. 

Parti Waris

Ucapan DSSA. Sebelum PRU14.

Parti Warisan terus diserang. Tanpa mengira bulan suci ramadhan. Pihak lawan terus menghasut rakyat untuk membenci Warisan dengan pelbagai fitnah dan hasutan.

Mereka tak habis habis membuat provokasi di media sosial menggunakan fake akaun. Bantuan belum sampai. Duit belum masuk dan terbaru, borang manual memohon bantuan Covid 19. Sampai buat vote lagi di internet.

Pembangkang cuba meyakinkan rakyat dengan gigih.Macam tak puasa. Berhabis menfitnah. Anak anak berudu pula begitu yakin. Gabungan mereka bakal menumbangkan Kerajaan Parti Warisan. Ada yang kata Warisan ni sampai bulan 3 tahun 2021 sahaja. Ada cubaan cubaan untuk membeli ADUN ADUN Warisan untuk lompat ke team mereka.

Hakikatnya, Politics is all about numbers. And numbers don’t lie. Sebelum mereka mempersoalkan kekuatan Warisan. Adakah mereka yakin akan kekuatan so called “ Gabungan” mereka? . Adakah Gabungan mereka ini lebih baik dari team Warisan??? Mari kita kupas satu persatu.

Jumlah Kerusi.
Total Team Warisan dan rakan sekutu adalah sebanyak 43 kerusi.Team pimpinan Warisan ini memiliki 2/3 DUN.

Kerjasama Warisan, UPKO, DAP, PKR cukup utuh. Warisan memegang 31 kerusi,DAP 6, UPKO 4, dan PKR 2.Warisan memiliki Lebih daripada separuh daripada kerusi DUN.

Kerjasama.
Kerjasama dikalangan Warisan UPKO PKR dan DAP cukup kuat. Semua Adun2 kerajaan akur dengan kepimpinan YAB DSSA. Kerajaan Negeri Sabah stabil.

Kerjasama pembangkang pula sangat rapuh. PPBM dengan UMNO sahaja tidak sehaluan ibarat gunting dalam lipatan.

Jumlah kerusi yang STAR, PBS dan PBRS ada tidak dapat menggambarkan mereka mewakili KDM.

Gabungan ini tidak mewakili masyarakat cina. Lihat sahaja kabinet negeri yang mereka bentuk yang Cuma bertahan 2 hari. Tiada langsung menteri mereka dari kaum Cina.

PRU 15 mereka akan berlanggar sesama sendiri. Mereka dijangka tidak mampu mencapai kata sepakat berkenaan pembahagian kerusi.

Parti Malaya. Sekiranya gabungan ini memenangi pilihanraya umum ke 15, usaha Rakyat sabah untuk menuntut hak hak Sabah seperti MA63, royalty minyak dan lain lain tidak akan tercapai.

Bung membuat Uturn mengatakan sukar untuk capai MA63. Presiden mereka pula telah bersumpah akan tunai MA63 sekiranya ambil alih Putrajaya semasa kempen di Kimanis.

STAR tidak mungkin akan menjadi parti dominan sekiranya bersama pasukan ini. Sekiranya bentuk kerajaan pun, STAR akan menjadi ekor. Bukan kepala.

Sekiranya gabungan ini menang, ia akan didominasi oleh UMNO atau PPBM. STAR selama lamanya akan jadi parti ekor yang hanya akan mengintai peluang mendapat jawatan.

Berbanding dengan Warisan. Ya betul, dalam team warisan ada parti Malaya. Iaitu PKR dan DAP. Tetapi kekuatan kerajaan ini terletak pada Warisan. Warisan kepala. Bukan ekor.

Gabungan Parti racist.
UMNO dan PPBM hanya akan memperjuangkan hak hak orang Melayu. STAR pula memperjuangkan hak hak KDM/Dayak. Banyak kali mereka melaungkan slogan kesukuan dalam ceramah ceramah dan perhimpunan mereka.

Perhimpunan STAR di Ranau. Laungan yang mereka buat jelas tidak menggambarkan STAR untuk semua kaum.

Datuk Shafie tidak pernah berteriak “ MANA BAJAU SULUK!” dimana mana ceramah dan pidatonya. Malah yang Datuk Seri Shafie perjuangkan hak semua kaum dan agama di Sabah.

Dendam kesumat UMNO- PPBM.
PPBM dan UMNO tidak mungkin akan bersatu kembali. PPBM memiliki 9 kerusi, UMNO Cuma ada 1 kerusi. Dari sudut elit atasan, PPBM Menang. Tapi dari segi akar umbi, UMNO jauh lebih kuat.

Semasa penghijrahan pemimpin pemimpin UMNO ke PPBM, yang melompat masuk hanyalah YB YB, dan golongan yang laparkan projek dan habuan.

Sebaliknya, majoriti ahli ahli UMNO masih kekal dalam UMNO.
PPBM langsung tak beri peluang kepada UMNO untuk dapatkan apa apa jawatan dalam kabinet dan GLC. Setiausaha politik pun habis PPBM sapu.

Di peringkat atasan, PPBM nak kuburkan UMNO. Tapi di peringkat bawahan, dendam kesumat akar umbi UMNO menunggu masa sahaja untuk menikam.

Gabungan di peringkat persekutuan yang rapuh.
Walaupun PH Warisan gagal membentuk kerajaan, tetapi gabungan mereka cukup Solid. 103 ahli parlimen . Satu hati. Tiada goyang.

UMNO tidak ragu ragu untuk menentang PPBM pada PRU15.

Berbanding gabungan perikatan Nasional yang cukup lemah menanti masa untuk lemas. PM tak mampu lantik Timbalan Perdana Menteri. Walaupun UMNO paling banyak kerusi dalam gabungan mereka. PPBM tanpa segan silu membuli UMNO.

UMNO ibarat kucing pondan yang tak mampu menggigit dan hanya pasrah dengan keadaan.

STAR, PBS, PBRS Cuma parti pinggiran dalam gabungan tersebut. Mereka tidak mungkin dapat bersuara. Ibarat jaguh kampung dengan tin kosong. Hari ini mereka diam seribu Bahasa selepas mendapat jawatan kabinet. . tiada lagi launga laungan MA63. Tiada lagi laungan wujudkan 3 negara dalam 1 Malaysia.

Jeffrey Kitingan Diam seribu bahasa selepas dilantik jawatan Kabinet Persekutuan.

Adakah Jeffrey berani membuat tuntutan yang sama selepas ini??

Dari fakta fakta dan nombor nombor yang ada, sangat jelas Warisan masih kekal sebagai Parti yang terbaik untuk mentadbir Sabah dan memperjuangkan hak hak Sabah.

Hanya Warisan yang mampu membawa Negeri Sabah ke arah kegemilangan dan kemajuan.
Rakyat Sabah, beri sokongan penuh pada Warisan. Beri peluang pada Warisan untuk baiki labu yang dirosakkan BN.

Mari kita berganding bahu, beri masa dan peluang kepada YAB Datuk Seri Shafie mentadbir.

Tiada yang sempurna. Sekiranya anda rasa Warisan teruk. Percayalah. STAR UMNO lagi teruk.

Pepatah mengatakan, “Jangan kerana seekor nyamuk. Habis kelambu dibakar”.

Warisan perlu segera mencari jalan. 3 Tahun bukan lama. Warisan tidak boleh duduk selesa. Masalah ekonomi rakyat, pengangguran,dan lain lain perlu diselesaikan. Suara lantang pejuang asal yang kecewa bakal menjadi time bomb kepada Warisan sekiranya tidak dicerna dan dituntaskan dengan baik.

Ibarat game bola sepak . Paling penting, jangan terperangkap dengan game plan pihak lawan. Owner pasukan hebat saja tidak cukup. Coach kena lakukan perkara betul. Nilai pemain anda. Mana yang sesuai jadi keeper. Jangan letak jadi striker. Dan sebaliknya. Mesti pantas dan berani. Pemain yang tak perform. Terus simpan di bangku simpanan. Pemain simpanan yang perform. Kena segera masuk gelanggang.

Baru penyokong, dan penonton dalam stadium akan happy!.

Sejarah tercipta. Warisan tumbangkan BN 2 tahun lepas.

https://wordpress.com/read/blogs/176313100/posts/52

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s