Mohon Sumbangan Ikhlas Kepada Hidayah Centre Foundation

1 HIDAYAH CENTRE

SEDEKAH RAMADAN – untuk Dakwah dan Pemerkasaan Mualaf.
Boleh bantu kami SHARE video ini?
Semoga PAHALA dapat dikongsi bersama..Ameen…
.
Klik DONATE NOW untuk mulakan sedekah.
ATAU salurkan terus ke akaun bank

Hidayah Centre Foundation

:

Maybank : 5622 0962 4421
Ref : SR
WSP : 013-46668794 (Azrul)
ansar@hcf.org.my

Kekayaan sebenar bila tidak â€˜dimiliki’.

Image may contain: 1 person, sky, cloud, grass, outdoor and nature
Kekayaan sebenar bukanlah kerana ‘memiliki’. Kekayaan sebenar bila tidak ‘dimiliki’. Justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya. Benar, milik Allah segala yang ada. Tetapi bukan kerana itu DIA digelar Al Ghani – Yang Maha Kaya. Allah itu Maha Kaya kerana DIA tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatu yang memerlukan-Nya.
Begitulah manusia. Jika inginkan kekayaan sejati, kurangkanlah keperluan dan keinginan terhadap dunia dan manusia … bukan dengan meningkatkan keinginan kepada keduanya.
Pernah aku temui orang kaya yang memilki harta berjuta. Segala-galanya bagai berada di hujung jarinya. Kereta, rumah, hartanah dan wang simpanannya berjuta-juta. Tetapi alangkah sedih, dia begitu miskin di sudut jiwanya.
Keinginannya pada dunia sentiasa meluap-luap. Ingin itu, ingin ini. Selepas satu, satu pula keinginannya. Jiwanya sentiasa resah. Dia umpama meneguk air laut, makin banyak diminum semakin haus. Pantang ada kereta model terbaru… dia resah. Pantang ada hartanah yang nak dijual… dia gelisah. Oh, alangkah siksanya sikaya yang hidup dalam kemiskinan itu.
Lihatlah perancangan kewangan musim yang lalu. Betapa kekadang berlaku sesuatu di luar di luar dugaan. Disangka cukup, tiba-tiba mengurang. Dijangka sempit, tiba-tiba lapang. Tidak salah merancang di batas tadbir… tetapi segalanya terlaksana di alas takdir.
Justeru, pasakkan ke dalam hati selalu, Allah itulah Ar Razzak – Maha Pemberi Rezki – yang mampu memberi melalui jalan-jalan yang misteri. Jalan yang tidak mampu dijangkau oleh akal yang terbatas, justeru upaya-Nya yang Maha Luas.

6 Jam Bekerja Tanpa Henti, Frontliner Tersandar Mengigil Kepenatan

 

1 TAHNIAH FRONLINER1 KABINET TOLOL1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 A TIKTOK1 A TITOK B

6 Jam Bekerja Tanpa Henti Di Awal Ramadan, Frontliner Tersandar Mengigil Kepenatan
Sedang kita tenang menjalani ibadah puasa di rumah masing2, namun buat para petugas barisan hadapan, bulan Ramadan mungkin lebih mencabar berbanding hari biasa.
Bayangkanlah, mereka masih perlu bertugas seperti biasa, dalam keadaan terik mentari sambil memakai sut PPE sehari suntuk, tanpa makan dan minum sudah pasti satu dugaan yang besar buat para petugas
Seperti perkongsian yang dibuat oleh Nurul Nadirah di facebook, yang merupakan salah seorang petugas barisan hadapan, bercerita mengenai pengalaman bekerja dalam misi Covid19 ketika di awal Ramadan.
Nurul Nadirah memaklumkan, pasukannya menerima lebih kurang 20 bas pelajar yang baru pulang daripada Cairo. Kira-kira, 400 pelajar yang baru tiba di Malaysia perlu disaring.
Nadirah memaklukan, ada dalam kalangan rakan sekerja sudah kehabisan tenaga, kerana bekerja tanpa henti sehingga membuatkan ramai di antara mula berasa lemah, muntah dan hampir pengsan
Bukan mudah pekerjaan mereka ini, semoga berkat bulan Ramadan yang mulia, wabak virus segera pulih agar dapatlah para petugas barisan hadapan berehat dan berpeluang memperbanyakkan ibadah.
Kredit : Nurul Nadirah

Muhammad Hafiz

TAHNIAH UST EBIT DAN TERIMA KASIH PDRM KERANA BEKERJASAMA DI JALAN KEBAIKAN.

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor

Image may contain: 1 person, standing and outdoor

Image may contain: 1 person, sitting and outdoor

Image may contain: 3 people, meme, text that says 'KAMI TIDAK ADA ADIWIRA KHAYALAN TERKENAL SATU DUNIA MACAM AVENGERS ATAU JUSTICE LEAGUE TAPI KAMI ADA MEREKA... MEN THE REAL SUPERHEROES'

Sahabatku usahlah bersedih dan jangan putus asa.
Seorang anak muda tanya saya, “tak sangka dunia tak indah seperti yang kita sangka. Kita cuma ingin beri kasih sayang. Kasih sayang tanpa batasan bangsa dan agama. Rupanya boleh jadi pesalah macam jenayah. Dulu saya jahat ustaz. Ramadhan kali ini pertama kali saya puasa. Saya solat. Saya berubah ustaz. Tapi tak berhenti orang cari pasal dengan kita kenapa yer. Kita tak kacau orang pun. Tak lawan orang pun. Tak langgar undang-undang pun. Anak muda tadi menangis.
Kerana Allah sayang kita. Untuk dekat pada Allah memang ada ujian. Diugut,ditakutkan, dimarah, dihina, dipermainkan, dipersalahkan, dijatuhkan, dimalukan,dicari salah..begitulah perjalanan ini. Dari saya kecil perkara sama saya lalui. Dari orang kecil sampai orang yang berkuasa. Tugas kita maafkan semua orang yang hina atau buat tak baik pada kita. Doakan mereka. Takde apa kita lalui ini berbanding Nabi saw dan sahabah rhum. Semoga Allah temukan kita dengan Nabi Muhammad saw. Kita tak payah balas. Biarlah Allah tentukan. Bukan kita nak. Allah yang beri. Kita reda dengan ketentuan Allah. Dulu kini selamanya yang beri rezeki dan jaga kita Allah.
Percayalah, Allah memiliki segala sesuatu. Kepadanya kita berserah. Jangan bersedih kita ada Allah. Dulu kini dan selamanya. Kita tak hidup untuk penghormatan orang, kita hidup untuk Allah sayang. Kita hidup bila Allah tentukan. Kita mati pun Allah yang tentukan.
Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Cukuplah Allah tempat kita berserah.
1 ISLAM VS PAS1 ROHINGYA D.1 US SYAFIQ RASUAH1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.1 EBIT KAFIR 2
MELAYU/ISLAM/ASWAJA TETAPI TIDAK BERAKHLAK MULIA.

Jika Tuhan mencipta sesuatu, siapa yang mencipta Tuhan?

Image may contain: cloud, sky and text
DUA SOALAN MENCABAR TENTANG KEWUJUDAN TUHAN
.
Dalam masyarakat dunia hari ini, wujud satu golongan yang tidak tahu cara untuk mereka mempercayai Tuhan kerana pada pandangan mereka kewujudan Tuhan tidak dapat dibuktikan. Fahaman ini dikenali sebagai agnotisme. Kebiasaannya fahaman ini dianuti oleh mereka yang pada asalnya menyembah Tuhan, namun kemudiannya memilih untuk menjadi agnostik lantaran keraguan yang mula timbul mengenai kewujudan Tuhan.
.
Berbeza dengan ateis, golongan agnostik tidak seratus peratus menolak kewujudan Tuhan, namun mereka menuntut jawapan bagaimana kewujudan Tuhan dapat dibuktikan. Menurut pengalaman dan pengkajian penulis, terdapat dua kemusykilan yang lazim ditanyakan oleh golongan agnostik (juga oleh sebahagian ateis) mengenai kewujudan Tuhan. Ia boleh menjadi soalan yang mencabar jika kita sebagai Muslim tidak mempunyai ilmu dan teknik yang betul untuk menjawabnya.
.
Soalan pertama: “Jika Tuhan mencipta sesuatu, siapa yang mencipta Tuhan?”
.
Untuk memulakan jawapan kepada soalan ini, kita boleh bertanyakan kembali satu soalan santai kepada agnostik yang bertanya, “Anda mempunyai seorang kawan bernama Peter, dia pergi ke hospital untuk bersalin dan kemudiannya telah melahirkan seorang anak. Adakah anda boleh meneka sama ada anak yang dilahirkan oleh Peter itu lelaki atau perempuan?” Hampir pasti dia akan menjawab, “Soalan ini tidak logik, bagaimana mungkin seorang lelaki boleh melahirkan anak?” Dengan jawapan itu sebenarnya dia juga telah memberikan jawapan kepada soalan yang ditanyakannya tadi.
.
Katakan kepadanya, “Soalan anda juga adalah soalan yang tidak logik kerana Tuhan itu adalah Yang Maha Pencipta, bukan yang dicipta. Jika ada pihak lain yang mencipta Tuhan, maka logiknya Tuhan itu sudah tidak sewajarnya dianggap Tuhan kerana ada yang lebih berkuasa daripada-Nya. Sedangkan Tuhan itu sifatnya juga adalah Yang Maha Berkuasa, bermaksud tiada satu pun yang boleh mengatasi kekuasaan-Nya.” Ini proses awal untuk mengajak orang agnostik berfikir.
.
Malah sebenarnya manusia akan menemui jalan buntu jika mereka terus berusaha mencari jawapan siapa pencipta Tuhan. Katakanlah ‘X’ adalah pencipta Tuhan, maka akan timbul pula persoalan lain, “Siapa yang mencipta ‘X’?” Andai ‘Y’ pula adalah pencipta ‘X’, maka soalan seterusnya, “Siapa yang mencipta ‘Y’?” Dan begitulah seterusnya persoalan ini tidak akan berkesudahan.
.
Mari kita fikirkan analogi berikut pula. Dari manakah asalnya angka ‘1’? Angka selepasnya iaitu ‘2’ berasal daripada ‘1 + 1’, manakala angka ‘4’ berasal daripada ‘2 + 2’, dan begitulah angka-angka lain seterusnya yang semuanya tercipta daripada angka ‘1’. Tidak seperti angka-angka yang lain, angka ‘1’ adalah angka tunggal, ia boleh mencipta angka lain, tetapi ia tidak tercipta daripada angka apa pun. Justeru daripada analogi tersebut, sebenarnya adalah munasabah untuk kita menerima kenyataan bahawa Tuhan itu adalah Tunggal, iaitu Tuhan yang mencipta segala sesuatu tetapi tidak diciptakan.
.
Kita terus berikan jawapan yang lebih serius mengenai persoalan ini dengan menerangkan ciri-ciri Tuhan yang dinyatakan di dalam Al-Quran, melalui ayat-ayat berikut (yang bermaksud):
.
“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Dia tidak beranak, dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya.’” (Al-Ikhlas 112 : 1-4)
.
Melalui surah Al-Ikhlas ini, kita mengenali Tuhan kepada sekalian alam ini ialah Allah. Perkataan “Allah” disebut lebih 2,500 kali di dalam Al-Quran. Perkataan “Allah” adalah kata ganti nama khas yang merujuk kepada Tuhan yang Maha Esa, yang telah mencipta, mentadbir dan memiliki alam semesta ini beserta isinya. Segala yang ada di dalam alam semesta ini bergantung kepada Allah.
.
Melalui surah ini juga, kita mengetahui bahawa Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan. Ini bermaksud Allah tidak mempunyai ibu atau bapa dan tidak mempunyai anak. Logiknya jika Tuhan mempunyai ibu dan bapa, sudah tentu ibu dan bapa Tuhan itu lebih berkuasa daripada-Nya. Sedang Allah itu bersifat Al-‘Aziiz, bermaksud Maha Berkuasa. Tidak ada satu pun kekuatan yang dapat mengatasi kekuasaan-Nya. Dengan sifat tersebut membuktikan Allah tidak sekali-kali diciptakan, malah Dialah Tuhan yang mencipta segala kejadian.
.
Firman Allah di dalam Al-Quran (yang bermaksud):
.
“Allah tidak sekali-kali mempunyai anak, dan tidak ada sama sekali sebarang tuhan bersama-Nya; (kalaulah ada banyak tuhan) tentulah tiap-tiap tuhan itu akan menguasai dan menguruskan segala yang diciptakannya dengan bersendirian, dan tentulah setengahnya akan bertindak mengalahkan setengahnya yang lain. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan oleh mereka (yang musyrik) itu.” (Al-Mu’minun 23 : 91)
.
Melalui ayat “Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan-Nya” pula, kita memahami bahawa Allah Yang Maha Pencipta mestilah berbeza dengan apa yang dicipta-Nya. Kalaulah Tuhan itu cirinya sama dengan ciptaan-Nya, maka Tuhan itu juga adalah bersifat sementara (temporal) sebagaimana ciptaan-Nya. Tuhan tidak sepatutnya terikat dengan masa, kerana masa itu sendiri adalah ciptaan Tuhan.
.
Allah adalah bersifat Al-Awwal, bermaksud Maha Permulaan. Allah adalah awal daripada segala segala sesuatu. Sebelum makhluk dan seluruh jagat raya ini diciptakan, Allah sudah ada. Allah juga bersifat Al-Aakhir, bermaksud Maha Akhir, iaitu Allah tidak ada masa berakhirnya. Tidak seperti makhluk, keberadaan Allah itu kekal. Semua makhluk ada masa berakhirnya, iaitu kematian atau kehancuran. Sedang Allah adalah abadi sepanjang masa.
.
“Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zahir dan Yang Batin, dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Al-Hadid 57 : 3)
.
Soalan kedua: “Jika Tuhan itu ada, kenapa Tuhan biarkan manusia dalam kesusahan dan ditimpa bencana?”
.
Tidak dinafikan, ramai manusia yang menjadi tidak percaya kepada Tuhan apabila sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka. Mereka merasakan Tuhan itu tidak adil kerana menyebabkan mereka ditimpa kesusahan, sehingga kemudiannya mereka mula meragui kewujudan Tuhan, malah ada yang langsung menolak kewujudan Tuhan. Ini adalah sesuatu yang normal bagi mereka yang tidak mengetahui hikmah di sebalik kesusahan yang mereka alami. Mungkin juga mereka beranggapan, disebabkan Tuhan itu Maha Berkuasa, sepatutnya Tuhan menghapuskan sahaja semua kesusahan yang ada di atas dunia ini dan memberikan hanya penghidupan yang baik kepada semua manusia.
.
Ironinya, mereka tidak pula memikirkan bahawa tidak semua manusia di atas dunia ini yang dirundung kesusahan. Jika diperhatikan sebenarnya lebih ramai manusia hidup dalam kesenangan berbanding mereka yang hidup melarat. Lebih ramai manusia yang sihat berbanding yang sakit. Lebih ramai juga manusia yang hidup dalam suasana aman berbanding kacau-bilau. Semua itu juga adalah kurniaan Tuhan kepada manusia. Maka adalah tidak adil untuk kita beranggapan bahawa Tuhan hanya memberikan kesusahan kepada manusia. Sewajarnya apabila kita melihat sekeping duit syiling, haruslah kita melihat kepada kedua-dua belah permukaannya!
.
Untuk menjawab persoalan di atas, mari kita amati kisah berikut. Pada suatu hari terdapat seorang lelaki ke kedai gunting rambut untuk menggunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, dia dan si tukang gunting rambut berbual tentang banyak perkara termasuk mengenai Tuhan, sehinggalah si tukang gunting rambut itu berkata, “Saya tidak percaya kewujudan Tuhan.” Pelanggan itu bertanya, “Mengapa awak berkata demikian?” Si tukang gunting rambut itu menjawab, “Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.” Mendengar jawapan tersebut, pelanggan tersebut mendiamkan diri sambil tersenyum. Apabila rambutnya siap digunting, lelaki tersebut terus keluar dari kedai tersebut.
.
Namun tidak lama kemudian lelaki itu datang semula ke kedai tersebut dengan membawa seorang pengemis yang keadaan rambutnya sangat kusut. Lantas dia bertanya kepada si tukang gunting rambut, “Benarkah tukang gunting rambut wujud di bandar ini?” Tukang gunting rambut itu menjawab, “Mestilah wujud, saya ni kan tukang gunting rambut.” Lantas pelanggan itu membalas, “Kalau betul tukang gunting rambut wujud, mengapa ada orang yang rambutnya kusut masai seperti ini. Kalau betul tukang gunting rambut wujud, sudah pasti rambutnya terurus.” Si tukang gunting rambut pun berkata, “Dia yang tak pernah mencari tukang gunting rambut, mestilah rambutnya tak terurus.” Mendengar jawapan tersebut, pelanggan itu pun berkata, “Maka, itulah jawapan saya untuk soalan kamu tadi. Manusia ditimpa kesusahan kerana mereka jauh daripada Tuhan. Kalau mereka mencari atau mendekati Tuhan dengan cara melaksanakan segala perintah Tuhan, pasti Tuhan akan membantu mereka keluar daripada kesusahan.”
Berdasarkan kisah tersebut, kita akan memahami bahawa kesusahan yang dialami oleh manusia sebenarnya adalah berpunca daripada diri mereka sendiri. Malah disebabkan nafsu serakah manusia, muncullah pelbagai kerosakan, kesesatan dan kemaksiatan di dalam dunia ini. Bencana yang menimpa manusia juga adalah balasan daripada Tuhan kepada mereka yang melampaui batas. Allah berfirman di dalam Al-Quran (yang bermaksud):
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (Ar-Ruum 30 : 41)
Walaupun punca kepada segala kerosakan dan kemaksiatan adalah disebabkan oleh manusia, namun Allah tetap memberikan peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan di atas muka bumi ini. Itulah tanda pemurahnya Tuhan kepada manusia. Jika mereka terus melakukan kerosakan dan kemaksiatan, Tuhan berjanji akan memberikan balasan yang setimpal kepada mereka pada Hari Pembalasan yang telah ditetapkan. Firman Allah di dalam Al-Quran (yang bermaksud):
“Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah Dia tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (Dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Dia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hamba-Nya.” (Fatir 35 : 45)
Hakikatnya sebagai Muslim, kita meyakini bahawa segala kesusahan yang menimpa manusia adalah ujian daripada Tuhan. Malah itulah sebenarnya antara tujuan penciptaan manusia, juga merupakan salah satu jawapan kepada persoalan asas manusia “Mengapa manusia diciptakan?” Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa tujuan kehidupan manusia adalah untuk Dia menguji siapa yang paling baik amalannya.
“Dia lah yang telah menciptakan mati dan hidup (kamu) untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Berkuasa (membalas amal kamu) lagi Maha Pengampun (bagi orang-orang yang bertaubat).” (Al-Mulk 67 : 2)
Realitinya setiap manusia berhadapan dengan ujian hidup yang berbeza-beza. Ada manusia yang diuji dengan penyakit. Ada manusia yang diuji dengan hidup melarat. Juga ujian-ujian kehidupan lain seperti kehilangan insan tersayang, bebanan hutang keliling pinggang, dilemparkan cemuhan dan cacian, kediaman ditimpa bencana alam dan kegagalan dalam suatu pekerjaan. Malah, ramai juga manusia yang diuji Tuhan dengan kemewahan dan limpahan harta kekayaan.
“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati, dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kami-lah kamu semua kembali.” (al-Anbiya’ 21 : 35)
Salah satu bentuk ujian yang dihadapi oleh manusia ialah musibah. Musibah bolehlah diertikan sebagai segala sesuatu yang tidak disukai oleh manusia seperti kemiskinan, kegagalan, bencana, kesakitan, kematian dan lain-lain. Musibah pasti menimpa semua manusia, tidak kira apa latar belakangnya. Yang kaya atau yang miskin, yang baik atau yang jahat, yang muda dan yang tua, semuanya tidak terkecuali daripada merasai musibah dalam kehidupan mereka.
Malah Tuhan turut menimpakan musibah ke atas orang beriman yang melakukan kebaikan. Musibah ini adalah tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-Nya yang beriman. Mereka yang merasai musibah ini akan mendapat pahala yang berganda serta ditinggikan darjatnya di sisi Tuhan.
Antara orang beriman yang turut diuji Tuhan dalam bentuk musibah ialah para Nabi dan Rasul. Melalui Al-Quran, kita mengetahui kisah Nabi Nuh a.s. yang diuji dengan banjir besar, Nabi Ibrahim a.s. dicampakkan ke dalam api besar yang marak membara, Nabi Yusuf a.s. difitnah dan dipenjarakan oleh pemerintah Mesir, Nabi Ayub a.s. ditimpa penyakit kulit yang berat, serta Nabi Yunus a.s. yang ditelan oleh ikan Nuun. Namun mereka semua diselamatkan oleh Tuhan daripada ujian-ujian tersebut kerana kesabaran dan keteguhan iman mereka kepada Tuhan.
“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: ‘Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?’ Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Al-Baqarah 2 : 214)
Sesungguhnya dunia ini adalah tempat ujian, bukan syurga. Jika tiada ujian di dunia ini, maka tidak perlulah Tuhan mencipta syurga sebagai tempat pembalasan. Disebabkan dunia ini bukan syurga juga, maka setiap manusia akan merasai kematian. Bagi manusia yang berjaya menghadapi ujian Tuhan sewaktu mereka hidup di atas dunia ini, Allah menjanjikan syurga buat mereka di hari Akhirat kelak.
*
Wan Muhammad Wan Ibrahim @ Wan Am
Penolong Pengurus, Hidayah Centre Foundation
24 April 2020
*
Rujukan:
– Gejala Agnostik Satu Ancaman Akidah, Majlis Agama Islam Selangor, 2015
.
– Islam Questions & Answers, Muhammad Nabil Fikri Suberi dan Kamarudin Abdullah, Islamic Propagation Society International, Januari 2016
.
– Why Does Allah Allow Bad Things to Happen?, Sharifah Khadijah Husien Alkaff, Islamic Dawah Centre Bunei Darussalam, 2017
Hidayah Centre Foundation Sarawak

BERSYUKURLAH RAKYAT MALAYSIA KEPADA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG BERJAYA MENYEDIAKAN DANA UNTUK RAKYAT MALAYSIA MENGHADAPI COVID 19 DENGAN SELESA.

1 Dr Nor Hisham1 A 250 BILION1 DR ZUL CAKAP BENAR

Semalam saya baca di satu page berita Asia, rata-rata rakyat Singapura mendesak kerajaan mereka mencontohi kerajaan Malaysia menguruskan Covid-19.

Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak ‘lockdown’ seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.

Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.

Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa ‘berperang’ dengan polis demi mencari makanan.

Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada ‘abah’ kita.

MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.

Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.

Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.

Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.

Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.

Kehidupan di negara kita masih lebih baik jika ingin dibandingkan dengan negara lain.

Walaupun kita selalu bergaduh antara satu sama lain, tapi bila ada manusia dari negara luar cuba memburukkan negara kita, kita anak Malaysia mampu bersatu untuk ‘menyerang’ mereka.

Rakyat Malaysia, bersyukurlah. Bersyukur kerana walau dalam keadaan susah sekarang ni, kita masih mampu tersenyum. Masih boleh duduk dengan keluarga dan bermain dengan anak-anak. Masih dapat makan, masih dapat minum. Masih ada pemimpin dan barisan hadapan yang menjaga kita semua.

Redha dan bersyukurlah. Wabak ini akan segera berakhir. Kita mesti menang.

HEBAT SANGATKAH BANGSA MELAYU ?

HEBAT SANGATKAH BANGSA MELAYU ?

Kenapa Bangsa ini MESTI di Takluki, di Pecahkan, di Murtadkan atau di Sekularkan ?
~~~~~~~~~~
– Roujin d’Umi
18 Jumadil Akhir 1441 H
12 February 2020 M; 00:09

1] BANGSA MELAYU
(The Malay Race)

Dahulu Kepulauan Melayu (Malay Archipelagos) memang popular di dunia dengan perairan dan lautan yang dikuasai oleh Kuasa Maritim dan Pembina kapal-kapal yang jauh lebih hebat dari teknologi pembinaan kapal Barat dengan teknologi logam besi dan emas (Metallurgy) yang jauh lebih canggih dari teknologi Eropah.

Bangsa Melayu Nusantara memang hebat dengan negeri-negeri yang diperintah oleh Kesultanan-Kesultanan Islam dan Syiwa-Buddha sebelum dijajah dan dipecah-pecahkan oleh Penjajah Portugis, Belanda, Inggeris, Sepanyol dan akhirnya Amerika.

Sehingga kini, Fatani masih dijajah oleh Thailand hasil “Ayer Tangan Inggeris” dengan “Perjanjian Bangkok, 1909”.

Kesultanan Melayu akhirnya terpecah-pecah kepada Indonesia, Malaysia, Brunei, Filipina dan Fatani, yang masih dibawah Jajahan Thailand.

2] LINGUA FRANCA
Bahasa Perantara

Bahasa Perantara (Lingua Franca) ketika itu adalah bahasa Melayu walaupun kita berbeza-beza dari segi dialek etnik Aceh, Minangkabau, Sunda, Jawa, Madura, Sulawesi (Bugis, Gowa dan Makassar), Tausug (Sulu, Mindanao) dan Tagalog (Filipina).

Namun Bangsa Melayu semuanya tahu berbahasa Melayu sehinggakan di Indonesia kini lagu-lagu popularnya dinyanyikan dalam bahasa Melayu baku, dan tidak dalam bahasa Belanda, Inggeris atau bahasa ke-etnikan atau kedaerahan.

Cuma di Indonesia kini bahasa Melayu kesatuan republik disebut Bahasa Indonesia.
~~~~~~~~~~

[3] UGAMA BANGSA MELAYU
SEBELUM MENERIMA ISLAM :

REKOD PENGEMBARAAN I-TSING

Berita tentang kerajaan Melayu antara lain diketahui dari dua buah buku karya Pendeta I-Tsing atau I-Ching (義淨; pinyin Yì Jìng, 634-713 M), yang termasyhur yaitu,

1) “Nan-hai Chi-kuei Nei-fa Chuan”
(Catatan Ajaran Buddha yang
dikirimkan dari Laut Selatan);

2) “Ta-T’ang Hsi-yu Ch’iu-fa Kao-seng
Chuan”
(Catatan Pendeta-pendeta yang
menuntut ilmu di India zaman
Dinasti Tang);

Dalam pelayarannya dari China ke India pada tahun 671 M, l-Tsing telah singgah di Sriwijaya 6 bulan lamanya untuk mempelajari “Sabdawidya”, bahasa Sanskrit dan menterjemahkan naskah-naskah Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa China.

Kisah pelayaran I-Tsing dari Kanton tahun 671 M diceritakannya sendiri, dengan terjemahan sebagai berikut,

“Ketika angin timur laut mulai bertiup, kami belayar meninggalkan Kanton menuju selatan …. Setelah lebih kurang 20 hari belayar, kami tiba di negeri Sriwijaya. Di sana kami bermukim selama 6 bulan untuk belajar “Sabdawidya”. Sri Baginda sangat baik kepada kami. Beliau menolong mengirimkan kami ke negeri Malayu, di mana kami telah
singgah selama 2 bulan. Kemudian kami kembali meneruskan belayar
ke Kedah …. Belayar dari Kedah menuju utara lebih dari 10 hari, kami sampai di Kepulauan Orang Telanjang (Nikobar) … Dari sini belayar ke arah barat laut selama
setengah bulan, lalu kami sampai di Tamralipti (pantai timur India)”

Perjalanan pulang dari India pada tahun 685 M diceritakan oleh I-Tsing sebagai berikut,

“Tamralipti adalah tempat kami naik kapal untuk kembali ke Tiongkok.
Belayar dari sini menuju tenggara, dalam dua bulan kami sampai di
Kedah. Tempat ini sekarang telah menjadi Jajahan Sriwijaya. Saat kapal tiba adalah bulan pertama atau kedua … Kami tinggal di Kedah sampai musim dingin, lalu
naik kapal ke arah selatan. Kira- kira sebulan, kami sampai di negeri Malayu, yang sekarang menjadi bagian Sriwijaya. Kapal-kapal umumnya tiba pada bulan pertama atau kedua. Kapal-kapal itu senantiasa tinggal di Malayu sampai pertengahan musim
panas, lalu mereka berlayar ke arah utara, dan mencapai Kanton dalam
waktu sebulan”.

Menurut catatan I-Tsing, Sriwijaya menganut agama SIWA-BUDDHA aliran HINAYANA, KECUALI Ma-la-yu.

Tidak disebutkan dengan jelas agama apa yang dianut oleh Kerajaan Melayu dan Tanah Melayu di dalam catatan I-Tsing kerana agama mereka agak asing dari Siwa-Buddha.

Berita lain mengenai kerajaan Melayu berasal dari T’ang-Hui-Yao yang disusun oleh Wang P’u pada tahun 961 M.

T’ang-Hui-Yao merekodkan Kerajaan Melayu mengirimkan utusan ke China pada tahun 645 M untuk pertama kalinya, tetapi setelah munculnya Sriwijaya sekitar 670 M, kerajaan Melayu tidak lagi mengirimkan utusan ke China.
~~~~~~~~~~

[4] LANTAS KENAPAKAH BANGSA INI
MESTI DILUMPUHKAN ?

Barat tidak bimbang selagi Bangsa Melayu menganut agama Siwa-Buddha atau Hindu. Tetapi bila Bangsa Melayu dengan rela memeluk ugama Islam, berita ini amat membimbangkan kerana mereka juga mengkaji “Nubuat Nabi” Muhammad ï·º melalui Hadis-Hadis ini.

HADIS 1 :

Daripada Tsauban r.a. katanya: Rasulullah ï·º bersabda: Tiga orang akan berbunuh-bunuhan pada harta simpanan, kesemua mereka adalah anak Pemerintah tetapi tidak seorang pun memperolehinya, kemudian muncul Panji-Panji Hitam dari Timur memerangi mereka dalam peperangan yang tiada tolok bandingnya kemudian dia menyebut sesuatu, dan sabda Rasulullah ï·º lagi : Bila kamu melihatnya berbaiahlah kepadanya walaupun terpaksa merangkak diatas salji kerana sesungguhnya dialah Khalifah Allah Imam Mahdi.”

– Mustadrak Al Hakim (Hadis 8432);
– Misbah Azzujajah (Juzuk 4 m/s 203);
– Kitab Annihayah oleh Ibnu Katsir
(Juzuk 1 m/s 29).

HADIS 2 :

Al Hasan bin Sufyan dan Abu Nuaim telah meriwayatkan dari Tsauban katanya : Telah bersabda Rasulullah ï·º: Akan datang Panji-Panji Hitam (kekuasaan) dari sebelah Timur, seolah-olah hati mereka (pendukung-pendukung) seperti kepingan-kepingan besi (berjiwa berani), barangsiapa mendengar tentang mereka hendaklah datang kepada mereka dan berbaia’hlah kepada mereka sekalipun terpaksa merangkak di atas salji.”

– Alurful Wardi (m/s 64);
– Alburhan (Bab 7 Hadis 5);
– Uqdud Durar (m/s 95).

Lantas, inilah MAKSUD SEBENAR Penjajahan demi Penjajahan untuk menghalang Bangsa Timur ini (Bangsa Melayu) dari menegakkan SYI’AR ISLAM dan membantu “PASUKAN PANJI-PANJI HITAM DARI TIMUR”.

MAKA, inilah maksud sebenar kenapa Kepulauan Melayu Jawi Nusantara MESTI DIJAJAH dan DIMURTADKAN.

Dengan demikian, perlu ada satu pelan terancang untuk melemahkan Bangsa Melayu ini dengan satu MASTERPLAN yang cukup teliti dan terancang.
~~~~~~~~~~

[5] THE MASTERPLAN :

[5a] PORTUGIS :

Portugis ditugaskan untuk menakluki Melaka dan Wilayah Empayarnya dengan objektif berikut;

a) Musnahkan Melaka dan sistem feudal di mana Raja dan Sultan sebagai Khalifah Islam hancur.
– Matlamat TERCAPAI.

b) Musnahkan segala manuskript-manuskript Ilmu Logam & Senjata,
Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll.
– Matlamat SEPARA TERCAPAI.

c) Kristiankan atau murtadkan umat Islam Melaka dan Empayar Melaka.
– Matlamat GAGAL.

[5b] BELANDA :

Belanda pula ditugaskan untuk menakluki Melaka dan Wilayah Kepulauan Melayu dengan objektif berikut;

a) Kristiankan atau murtadkan umat Islam Melaka dan Wilayah Kepulauan Melayu.
– Matlamat GAGAL.

b) Musnahkan sistem feudal Malaka (Sistem Kesultanan ISLAM) dan
Kepulauan Melayu Nusantara di mana Raja dan Sultan sebagai
Khalifah Islam.
– Matlamat SEPARA TERCAPAI.

c) Musnahkan segala manuskript- manuskript Ilmu Logam & Senjata,
Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll. dan ubah atau palsukan SEJARAH MELAYU.
– Matlamat SEPARA TERCAPAI.

[5c] BRITISH (INGGERIS) :

Setelah Portugis dan Belanda gagal untuk meMurtadkan umat Islam di Tanah Melayu khususnya, dan di Kepulauan Melayu Nusantara, British pula ditugaskan KHAS untuk menakluki Wilayah Tanah Melayu dengan objektif berikut;

a) Lemahkan Sistem Feudal Melayu (Sistem Kesultanan ISLAM) di mana Raja dan Sultan hanya berfungsi sebagai Khalifah Islam dalam bab-bab urusan ugama dan
ibadah ritual Islam sahaja.

– Matlamat TERCAPAI.

b) Miskinkan bangsa Melayu dan pisahkan mereka dari industri- industri utama perlombongan, perladangan dan perusahaan
utama dengan cara :-

– mengimport buruh kerja asing;
– majukan sistem prasarana
bandar-bandar dan membiarkan kampong-kampong terus mundur
dan terpisah dari aktiviti industri utama.

– Matlamat TERCAPAI.

c) Musnahkan segala manuskript- manuskript Ilmu Logam & Senjata,
Ilmu Sejarah Bangsa, Ilmu-Ilmu Perubatan dll. dan ubah atau palsukan SEJARAH MELAYU.

– Matlamat TERCAPAI.

d) RUMI kan literasi pembacaan umat dengan “Romanised Alphabet” dan BUTA kan mereka dari tulisan JAWI kerana hampir kesemua manuskript-manuskript purba
Melayu yang disimpan di University Cambridge dan Oxford, juga yang
bersepah di serata universiti dunia adalah dalam tulisan JAWI atau
dalam bahasa Sanskrit.

Jika umat Islam Melayu terpaksa membaca Al Quran dalam Versi
RUMI, itulah KEJAYAAN TERBESAR PENJAJAHAN.

– Matlamat HAMPIR BERJAYA.
~~~~~~~~~~

[6] THE BACK-UP PLAN :
(The Grand Design)

Tugas terakhir dan lebih UTAMA British ke atas Bangsa Melayu adalah;

“LIBERAL” kan Bangsa Melayu dari agamanya dan budaya yang berasas
kan Islam dan menjadikan mereka “BANGSA YANG SEKULAR”.

METODE :

a) Muliakan Sistem Pendidikan Sekular dengan tajaan pendidikan
di luar negeri untuk anak-anak raja, anak-anak pembesar negeri dan
orangkaya-kaya yang bakal jadi pemimpin dan para pentadbir
negara bila di Merdekakan.

Sistem Pendidikan Sekular telah berjaya dimuliakan mengatasi Sistem Pengajian Pondok di mana Graduan Sekular diutamakan dan diserapkan ke dalam jawatan- jawatan penting Pentadbiran Kerajaan Tanah Melayu.

b) Tegakkan Sistem Pemerintahan Sekular dan lemahkan Sistem KeSultanan Islam dengan;

– Demokrasi BerParlimen;
– Sistem Perundangan Civil;
– Sistem Mahkamah Civil;
– Sistem Pendidikan Sekular;
– Sistem Perbankan Kapitalis;
– Sistem Kewangan Kapitalis;

Matlamat dijangka TERCAPAI dalam tempoh 100 tahun selepas Tanah Melayu MERDEKA.

PRODUK UTAMA :

“BANGSA MELAYU ISLAM
SEKULAR & LIBERAL”

AGENDA UTAMA :
Mencegah kemunculan “PANJI HITAM” dari Timur.
~~~~~~~~~~

[7] FAHAMAN ISLAM LIBERAL :
– pusatislam. usm. my

Terdapat dua fenomena utama yang mempengaruhi psikologi dan jiwa umat Islam.

Pertama :
Fenomena penjajahan barat ke atas negara-negara Islam merangkumi penjajahan dalam bentuk pemikiran, penjajahan ekonomi, budaya dan sebagainya.

Kedua :
Fenomena kemunduran dan ketinggalan umat Islam dalam bidang teknologi dan kemajuan masa kini.

Akibat dua fenomena ini, umat Islam secara umumnya terbahagi kepada 4 kumpulan.

[1] Kumpulan pertama adalah mereka yang putus asa secara menyeluruh
dan menerima hakikat bahawa umat Islam sememangnya lemah dan
tidak akan mampu menyaingi barat untuk selama-lamanya. Maka
hiduplah mereka ibarat “melukut di tepi gantang”, adanya tidak beri
tambah, tiadanya tidak mengurang. Mereka menumpang di penjuru dunia tanpa mengganggu sesiapa dan tidak mahu sesiapapun juga mengganggu mereka.

[2] Kumpulan kedua adalah mereka yang mengambil kesimpulan
bahawa agama adalah faktor penghalang utama bagi mengejar
kemajuan barat dan agama mesti dipisahkan daripada kehidupan
harian jika berhajat untuk sebaris dengan kemajuan barat.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai golongan yang berfahaman sekular.
Golongan ini cuba mengasingkan agama dari kehidupan mereka dan
mengasingkan agama di masjid- masjid dan di institusi-institusi
agama sahaja.

[3] Kumpulan ketiga adalah mereka yang juga menganggap agama sebagai penghalang tetapi juga berpendapat penyelesaiannya adalah dengan membuka dan membebaskan agama daripada tafsiran lama yang dikatakan jumud dan tidak upaya menjadi pemangkin kepada kemajuan Umat.

Golongan inilah yang dikenali sebagai golongan Muslim Liberal yang dipelopori oleh golongan cendikiawan dan intelek yang di didik dengan sistem pendidikan sekular dan merasa mereka telah pandai dengan kehebatan ilmu sekular dan pemikiran mereka yang dirasakan terlalu hebat.

Mereka tidak mahu memisahkan diri dengan agama, namun ingin
menggunakan agama sebagai agenda pelindung terhadap kekacauan pemikiran mereka.
Mereka amat memerlukan agama tetapi agama sekadar dijadikan kosmetik untuk mencapai tujuan kepentingan dunia dan mereka menganggap merekalah sebenarnya pejuang agama.

[4] Manakala kumpulan keempat adalah mereka yang mengakui kelemahan dan kemunduran umat Islam tetapi tidak pernah menyalahkan agama terhadap kemunduran tersebut.

Mereka memuhasabah atas diri mereka sendiri dan menyalahkan kelekaan mereka dalam ilmu memahami ajaran Islam serta kegagalan mempraktikkan Islam dalam kehidupan mereka.

Golongan terakhir inilah sebenar nya yang dapat diharapkan untuk mengembalikan kegemilangan Islam sepenuhnya.

Artikel ini hanya akan menumpukan perbincangan kepada kumpulan yang Ketiga iaitu kumpulan MuslimLiberal.

Hal ini kerana kumpulan ini terlalu berbahaya kepada kesucian ajaran Islam dan umat seluruhnya. Walaupun kumpulan ini tidak menamakan kumpulan mereka secara jelas tetapi manhaj dan pendirian mereka sama sahaja dan amat mudah dikenali.

Antara pendirian mereka bahawa Islam adalah agama yang benar, namun dalam waktu yang sama agama selain Islam juga benar. Mereka mengatakan bahawa apabila seseorang mendakwa hanya tuhannya dan ajaran agamanya sahaja yang betul, maka dakwaan tersebut adalah bersifat relatif dan terhad dalam konteks agamanya sahaja.

Hakikat sebenar kebenaran tiada sesiapapun yang mengetahuinya dan manusia tidak perlu membuang masa dan membazirkan usaha untuk membenarkan dan mengagongkan agama mereka sahaja.

Kumpulan Muslim Liberal ini juga membahagikan wahyu kepada dua;
iaitu

– wahyu secara bertulis (al-Quran);
– wahyu tidak bertulis (Akal Manusia).

Mereka mengatakan bahawa akallah yang sebenarnya yang menghidupkan Teks Al-Quran berdasarkan tujuan, konteks dan suasana semasa. Oleh itu al-Quran dikatakan hanya bersifat menerangkan tujuan-tujuan agama manakala akal manusialah yang sebenarnya bertanggungjawab menyesuaikan al-Quran dengan kehendak kontemporari.

Sebagai contohnya ayat-ayat tentang hukum jenayah Islam dikatakan hanya bertujuan menjatuhkan hukuman kepada penjenayah sedangkan bentuk hukuman seharusnya ditentukan oleh akal manusia selaras dengan peradaban dan ketamadunan manusia.

Mereka bermaksud membuka dan membebaskan tafsiran al-Quran daripada tafsiran silam yang muktabar untuk memajukan umat manusia. Malah mereka menyindir ulama’ yang berpegang kuat kepada tafsiran muktabar dan disiplin ilmu yang ketat sebagai “penyembah teks al-Quran” semata-mata.

Pemikiran ini jika dibiarkan akan menjerumuskan mereka kepada takwilan akal sendiri terhadap al-Quran yang amat menyimpang sehingga ada yang mengatakan bahawa syaitan dan malaikat hakikatnya tidak wujud melainkan sikap buruk dan sikap baik yang saling bertentangan dalam jiwa manusia.

Syurga dan neraka juga dikatakan sebagai kesan psikologi kegembiraan, kepuasan dan kekecewaan manusia dalam kehidupan. Cerita-cerita ghaib dan alam akhirat dianggap semata-mata rekaan ulama’ sebagai strategi menambahkan keberkesanan dakwah.

Golongan liberal juga mengatakan disiplin ilmu Islam seperti Usul Fiqh, Mustalah Hadis dan sebagainya adalah buatan ulama’ yang tidak sunyi daripada kecacatan. Segala hukum yang dinyatakan oleh ulama’ semuanya adalah bersifat ijtihadi dan boleh diterima atau ditolak.

Penetapan sesuatu hadis samada mutawatir, sahih atau dhaif juga adalah pandangan ulama’ yang boleh ditolak dan dipertikaikan.

Malah, mereka mempunyai kaedah usul fiqh tersendiri iaitu yang penting adalah tujuan hukum disyariatkan bukan hukum atau syariat itu sendiri. Maka lahirlah hukum-hukum pelik seperti hak dan tanggungjawab yang sama antara lelaki dan perempuan, arak tidak haram jika tidak memabukkan, aurat wanita perlu disesuaikan dengan zaman, azab kubur adalah sesuatu yang tidak masuk akal dan berbagai-bagai lagi hukum yang tidak pernah dijangkakan akan dilemparkan kepada masyarakat.

Golongan liberal ini tetap ada di mana-mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Walaupun nama dan identiti mereka berbeza, namun manhaj dan pembawaan mereka sama sahaja. Kesemua mereka mendapat didikan dari barat atau pernah berkhidmat dalam mana-mana institusi di barat.

Negara-negara Timur Tengah banyak menyaksikan lahirnya golongan ini yang sebahagiannya ada yang ditarik balik kelulusan dan ijazah mereka oleh universiti asal pengajian mereka. Maka apakah jaminan bahawa golongan ini tidak akan wujud dan berkembang di negara kita yang tercinta ini?

Golongan ini sudah pun muncul dan mula memasukkan jarum “anaesthetic” mereka di sekolah-sekolah berasrama penuh (SBP) seperti yang telah berlaku pada Pertandingan Debat Piala Tun Razak bertempat di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban. Penganjur debat cuba berselindung di sebalik nama sekolah tempat di mana pertandingan debat itu berlangsung.

Satu daripada tajuk debat, “ISLAM TIDAK MENGHALANG HOMOSEKSUAL” telah diundi untuk dicadang oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP), namun peserta debat bertindak bijaksana apabila berdiam diri di sepanjang debat tersebut.

Kes ini masih disiasat sekarang.

Bersamalah kita mengawasinya dan berjuang mempertahankan ajaran Islam yang tulen dan tidak memberikan sebarang ruang kepada golongan sesat seperti ini untuk menimbulkan keraguan terhadap agama Islam.

Inilah yang berlaku terhadap kita yang masih berada dalam lingkungan zon selesa, masih bermaharajakan hiburan yang melampau, meninggalkan masjid-masjid sunyi sepi sedangkan stadium bolasepak dan panggung wayang penuh sesak.

Justeru, umat Islam wajib bangkit dengan ilmu dan wajib beramal dengan tuntutan ALLAH swt serta perlu segera kembali mempertahankan kedaulatan Islam.

Sumber :

[1] THE MASTERPLAN:
Cetusan idea penulis, Roujin d’Umi.

[2] FAHAMAN ISLAM LIBERAL:
Teks: Mohd Zamrus Mohd Ali
Adaptasi oleh Nazrul Hassan dari
Khutbah Jumaat yang disampaikan
oleh Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali
al-Hafiz, Imam Besar Masjid al-Malik
Khalid, Pusat Islam USM.

KINI AMERIKA DAN YAHUDI SERTA SYIAH TIDAK PERLU BERPERANG DAN BERBALAH DENGAN HUJJAH-HUJJAH ILMIAH YANG MEMBEBANKAN FIKIRAN, TETAPI CUKUPLAH DENGAN MENGGUNAKAN PERBEZAAN MAZHAB 4 DALAM BIDANG FEQAH DAN PERBAHASAN DALAM BIDANG AQIDAH YANG BERKAITAN AYAT-AYAT AL-MUTASHABIHAT, SIFAT 20, TAHLIL, ISTIWA’ DAN SEBAGAINYA UNTUK MEMECAH BELAHKAN UMAT ISLAM.

BAGI MEROSAKKAN AQIDAH ISLAM SECARA HALUS KHUSUSNYA GOLONGAN YANG MINAT KEPADA TASWWUF, SUFI, TAHLIL, NUR MUHAMMAD. MAKA PERANAN INI AMERIKA MENGGUNAKAN AJARAN DARI NEGARA SYIAH DI YAMAN, IRAQ, SYRIA, DAN SYIAH YANG BERSEMBUNYI DI BUKIT-BUKIT DI SEKITAR BANDAR MEKAH, ARAB SAUDI SEBAGAI GURU MEREKA TERKENAL DENGAN GELARAN HABIB, SYEID, MAULANA DAN SEBAGAINYA.

GOLONGAN HABIB AKAN MEMANCING UMAT ISLAM DENGAN MAJLIS SELAWAT, TAHLIL, ZIKIR, QASIDAH DAN NASYID MEMUJI RASULULLAH SAW. SECARA BERAMAI-RAMAI. MEREKA MENGGUNAKAN HADIS-HADIS PALSU YANG MENGAGONGKAN DIRI MEREKA SEBAGAI PEWARIS TAHTA RASULULLAH SAW, MEREKA YANG TIDAK MENGHORMATI MEREKA ADALAH GOLONGAN DERHAKA KEPADA RASULULLAH SAW.

MENDERMA KEPADA MEREKA DAN MENCIUM TANGAN MEREKA (GOLONGAN HABIB) MENDAPAT PAHALA YANG AMAT BESAR SEPERTI MENCIUM TANGAN RASULULLAH SAW. TUMPUAN MEREKA ATAU GOLONGAN SYIAH INI ADALAH PONDOK-PONDOK YANG MEMBACA KITAB-KITAB LAMA YANG TERDAPAT BANYAK HADIS-HADIS DHOIF YANG MENGAGONGKAN RASULULLAH SAW SECARA BERLEBIHAN DIKESEMPATAN TERSEBUT MEREKA AKAN MENDAKWA MEREKA ADALAH KETURUNAN NABI MUHAMMAD SAW, SEDANGKAN KETURUNAN RASULULLAH SAW (BANI HASYIM) YANG PALING TERKENAL KINI KEBANYAKKANNYA TINGGAL DI JORDAN.

MATLAMAT AKHIR MEREKA ADALAH MENGHINA KHULAFA’ AR-RASYIDIN, KERANA PADA AQIDAH MEREKA ADALAH KHULAFA’ AR-RASYIDIN ADALAH GOLONGAN YANG DERHAKA KERANA MERAMPAS JAWATAN KHALIFAH DARI KETURUNAN AHLI BAIT. MEREKA AMAT MEMBENCI KHULAFA’ AR-RASYIDIN.

KINI EMPAYAR SYIAH DENGAN KERJASAMA AMERIKA  DAN YAHUDI, MEREKA TELAH MENGEMBANGKAN KUASA MEREKA BERMULA DARI IRAN, IRAQ, SYRIA, LIBYA DAN YAMAN, DI NEGARA-NEGARA KUWAIT, IMARAT, OMAN, BAHRIN, LUBNAN DAN SEBAGAINYA MEREKA TELAH LAMA BERTAPAK DAN MEREKA BERGERAK SECARA RAHSIA.

TUGAS AMERIKA, YAHUDI DAN SYIAH ADALAH MEREKA BEREPRANG DAN MERMUSUH SECARA LUARAN, AGAR MEREKA TIDAK DIKATAKAN SEKUTU. ISU NUKLEAR DAN SEBAGAINYA SENGAJA DIHANGAT-HANGATKAN AGAR DUNIA MENGANGGAP MEREKA BERSETERU, SEDANGKAN TIDAK ADA TINDAKAN TEGAS DILAKUKAN.

KINI YAHUDI DAN IRAN TELAH MENJADI KUASA NUKLEAR YANG BESAR DI DUNIA. NEGARA-NEGARA ISLAM SPERTI KUWAIT, ARAB SAUDI, IMARAT DAN SEBAGAINYA KETINGGALAN DALAM BIDANG KUASA NUKLEAR DAN KETENTERAAN.

FAHAMAN ISLAM DAN SYIAH KINI SUDAH BERCAMPUR ADUK, SYIAH MENJADIKAN SIFAT 20, TAHLIL, AMALAN KHURAFAT DI KUBUR SEBAGAI SENJATA UNTUK MEMERANGI GOLONGAN AHLI SUNNAH YANG SEBENAR. BAGI NEGARA YANG TIDAK MENGENALI IRANM PASTI MEREKA MENGANGGAP SYIAH SEBABAHAGIAN DARI MAZHAB ISLAM TETAPI BAGI MEREKA YANG PERNAH KE IRAN DAN MELIHAT TEKANAN IRAN TERHADAP AHLI SUNNAH. MEREKA AKAN  TAHU BAGAIMANA AHLI SUNNAH DI BUNUH DI NEGARA IRAN.

IRAN MENJADIKAN QASIDAH, SYAIR, ZIKIR, TAHLIL BERTAWASSUL DENGAN ORANG-ORANG YANG DIANGGAP SOLEH SEBAGAI AMALAN UTAMA DI KUBUR-KUBUR PARA IMAM YANG DIANGGAP SUCI SEBAGAIMANA SUCINYA JASAD NABI.

BERAPA RAMAI REMAJA KITA YANG MENGENALI AHLI SUNNAH YANG SEBENAR ?, BERAPA RAMAI YANG TAHU TENTANG SALAF DAN KHALAF YANG TIDAK BERMUSUHAN DAN TIDAK SYIRIK KEPADA ALLAH SWT.

APA YANG SYIAH CANANG DAN YANG DITANAM OLEH GOLONGAN HABIB, GOLONGAN SALAF ADALAH SYIRIK TETAPI GOLONGAN KHALAF SAHAJA YANG BENAR. PADA HAKIKATNYA MEREKA AMAT TAKUT DENGAN GOLONGAN SALAF KERANA GOLONGAN SALAF TAHU RAHSIA MEREKA, SYIAH SEBENARNYA  ADALAH GOLONGAN KHAWARI DAN RAFIDAH YANG TELAH MEMBUAT AGAMA ISLAM HANCUR DIZAMAN KHULAFA’ AR-RASYIDIN. SYIAH AMAT SUKA KEPADA GOLANGAN KHALAF  YANG BERALIRAN ASYA’RAH KERANA MUDAH UNTUK MELAKUKAN AMALAN KHURAFAT DALAM BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT. MEREKA HANYA PENTINGKAN ZIKIR, TAHLIL DAN TAWASSUL DENGAN ORANG-ORANG YANG DIANGGAP SOLEH SEBAGAI TEMPAT MEREKA MEMOHON HAJAT.

SYIAH TIDAK MENGAJAR KITA MENJADI ISLAM YANG MAJU TETAPI SYIAH MENGAJAR SUPAYA BERDENDAM DENGAN PARA SAHABAT NABI DAN HANYA MEMULIAKAN AHLI BAIT SECARA BERLEBIHAN SEHINGGA HILANG PERANAN SEBENAR RISALAH ISLAM. KEMAJUAN SENJATA NUKLEAR YANG IRAN MILIKI SEKARANG SEBENARNYA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MERAMPAS KAABAH DAN KUBUR NABI KERANA MEREKA TIDA RELA KOTA MEKAH DAN MADINAH BERADA DI TANGAN BGOLONGAN AHLI BAIT, SEDANGKAN AJARAN ISLAM SEBENAR, KOTA MEKAH DAN MADINAH ADALAH DUA TANAH SUCI MILIK UMAT ISLAM.

PERJALANAN AGAMA ISLAM MASIH LAGI JAUH DAN HATI-HATI KERANA DAJJAL AKAN LAHIR DI IRAN DAN AKAN BERLAWAN DENGAN IMAM MAHDI DI PALESTIN SEBELUM TURUNNYA NABI ISA ALAIHISSALAM. KINI UMAT YAHUDI SUDAH BERSIAP SEDIA MENANTI TURUNNYA NABI ISA DI BUMI PALESTIN DAN PADA PANDANGAN MEREKA NABI ISA TIDAK AKAN MENGIKUT SYARIAT NABI MUHAMMAD SAW, MALAH AKAN MENGIKUT AGAMA YANG MEREKA ANUTI SEKARANG. WALLAHU A’LAMMU BISSOWAB.

KITA DI ALAM MELAYU MASIH MENIPU SESAMA MELAYU DAN BERPERANG POLITIK SESAMA MELAYU HANYA UNTUK MUSLIHAT MENGISI PERUT SENDIRI.

 

 

USTAZ PAS RASIS DAKWA FB MILIKNYA DIGODAM – PAS WAJIB MENIPU DEMI PARTI.

1 ISLAM VS PAS1 EBIT KAFIR 21 US SYAFIQ RASUAH1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.

‘Kafirkan’ Ebit Lew: Abu Syafiq dakwa akaun FB kena godam

Ahmad Tumpat
Khamis 23 April 2020

Pendakwah bebas yang dikenali sebagai Abu Syafiq memaklumkan bahawa laman Facebooknya telah digodam pihak tertentu.

Ini setelah laman itu meninggalkan komen yang mengkafirkan seorang lagi pendakwah bebas, Ebit Lew, berdasarkan gambar tangkap layar laman berkenaan hari ini.

“Penting. Page Facebook saya kena godam. Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary atas nama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary.

“Harap maklum. Saya Ahli Sunnah wal Jamaah, tidak kafirkan orang Islam. Harap maklum,” kata Abu Syafiq dalam satu teks pesanan kepada Malaysiakini malam tadi.

Bersama pesanan itu, turut dihantar sekeping gambar tangkap layar interaksi komen antara laman berkenaan dengan warganet lain yang mengugut mahu melaporkan laman itu kepada Facebook.

“Report-lah. Sokonglah Ebit Liew kapiaq hampa tu. Hiduplah di dalam masyarakat yang riak. Semoga Allah SWT laknat puak-puak ini,” menurut komen yang dibuat atas namanya itu.
💟ı|ı🔥GAK☆ORG🔥ı|ı ﷽
https://babab.net/artikel/kafirkan-ebit-lew-abu-syafiq-dakwa-akaun-fb-kena-godam.html

5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

1 ISLAM VS PAS

5 KERUGIAN SEORANG MUSLIM DI BULAN RAMADHAN

1. Bangun sahur tanpa mendirikan sekurang-kurangnya 2 rakaat SOLAT SUNAT.
2. Meninggalkan hari-hari Ramadhan TANPA BERSEDEKAH.
3. Menunggu waktu berbuka TANPA MEMOHON DOA.
4. Menghabiskan waktu siang BERBARING DAN TIDUR (sepanjang masa) atas alasan letih berpuasa.
5. Langsung tidak membuka/membaca ALQURAN.

Jangan biarkan Ramadhan kali ini berlalu begitu sahaja kerana mungkin ini menjadi Ramadhan terakhir buat kita. Hargai dan manfaatkan peluang yang dipinjamkan sebaiknya. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan orang yang rugi di bulan Ramadhan. Insha-Allah

PN GIAT AKTIV TETAPI PERTUBUHAN HARAM ?

1 PENGKHIANAT BERDOA B

25 April 2020

Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.

ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.

1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.

3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.

4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.

5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.

6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.

Saya yang melapor

RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.

(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).