5 BALA MENIMPA PN DAN 13 ISU MARUAH ISLAM/MELAYU TERKUBUR DI ZAMAN KERAJAAN PINTU BELAKANG.

1 RENUNGAN MELAYU

1 BUKTI TSMY KHIANAT

52 hari berlalu

Apa yg telah terjadi selepas PH tumbang :

1. Solat Jumaat tidak dibenarkan.
2. Kuliah agama tidak dibenarkan di masjid.
3. Bazar Ramadhan tidak dibenarkan.
4. Solat tarawih tidak dibenarkan di masjid.
5. Solat 5 waktu tidak dibenarkan di masjid.
6. Mereka yg ingkar PKP solat berjemaah ditahan.
7. Kluster Tabligh menjadi fokus utama.

Ya, kita faham, larangan dan tindakan yg diambil itu utk kebaikan semua.

Cuma, bayangkan jika PH masih memerintah. Apa yg mereka akan kata?

Mesti teruk PH kena hentam dan mereka akan main sentimen PH anti Islam.

Apa yg berlaku, ada hikmah disebalik kejadian.

Kenapa PH tumbang, tp perkara ini masih berlaku :

1. Pemandu mabuk terus wujud.
2. Aktiviti judi dan parti liar masih ada.
3. Penjualan arak masih beroperasi.
4. Hina agong, hina Islam, hina polis dan hina tentera.
5. Isu LGBT

Kalau ikut logik mereka, bila PH tumbang, maka semua isu ini menjadi sifar.

Golongan ini masih wujud walaupun keterbatasan PKP.

Boleh dikatakan zaman PH, saban hari mereka hangatkan dan ‘up’ kan isu di atas.

Dan disambut oleh mereka yg ada kepentingan politik utk hentam PH.

Ya, kita faham, ada isu yg telah diselesaikan. Cuma bayangkan jika PH masih memerintah.

Apa yg mereka tak kata kat menteri agama? Liberal, tunduk dgn kapir, rambutan pak amin.

Walaupun zaman PH byk tindakan telah diambil mengikut lunas undang-undang.

Selepas mereka ambil alih dan mendapat habuan, isu ini menjadi suam-suam kuku.

Bila mahu selesaikan isu ini :

1. Pembunuh adib, bila mahu tangkap?
2. RUU355 dan hudud apa khabar?
3. Bila nak tubuhkan RCI TH?
4. Bila nak dakwa pemimpin PH?
5. Apa status isu LTTE?
6. Bila nak haramkan DAP?
7. Apa status UEC?
8. Bila DZN boleh beri syarahan?

Kalau zaman PH tiap-tiap hari mereka minta parlimen dibubarkan.

Dan tuntut kes dan isu di atas diselesaikan segera. Tp smp skrg status kes² unknown.

Saban hari mereka menunggang agama bg menyebarkan kebencian.

Mereka guna sentimen perkauman demi meraih sokongan.

Skrg, dari presiden sampai lah ajk. Dari ‘pakar’ sampai lah cybertrooper jd sunyi sepi.

Ya, kita tunggu kes covid ini selesai dulu. Tp rakyat tidak akan lupa.

Itu belum termasuk dgn isu dulu anti komunis, skrg bantuan china diterima.

Dulu, selamatkan entnik uighur, sekarang pakar perubatan china diterima.

Dulu, selamatkan etnik Rohingya. Sekarang sebahagian mereka dihalang masuk.

Dulu, selamatkan umat Islam di India. Sekarang bina hubungan baik utk eksport sawit.

Dulu, duta khas china satu pembaziran, sekarang satu keperluan.

Cuba bayangkan kalau PH meneruskan apa yg mereka lakukan hari ini.

Mereka akan kata, PH sokong komunis dan sokong pembantaian umat Islam.

Ya, kita faham, demi kebaikan negara, hubungan diplomatik kena jaga.

Selama ini mereka hanya mempolitikkan isu sensitif demi kuasa.

Mereka sudah dapat apa yg dimahukan. Sekarang buktikan dgn usaha.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s