Polis memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).

1 ISLAM VS PAS

KUALA LUMPUR – Polis memberi kebenaran kepada Ebit Liew untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka yang terkesan sepanjang tempoh Perintah Kewalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya tidak pernah menghalang pendakwah bebas untuk berbuat demikian selagi beliau mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Setakat ini tiada kertas siasatan dibuka ke atas Ebit Lew. Walaubagaimanapun tiada sesiapapun yang boleh dikecualikan daripada tindakan undang-undang ke atas sebarang perlanggaran berkaitan pelaksanaan PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Huzir, walaupun ramai dalam kalangan masyarakat yang memberi respon positif dan menyokong aktiviti kebajikan Ebit, namun polis mendapati terdapat juga segelintir masyarakat yang kurang senang dengan pendakwah itu menyebabkan beliau dipanggil untuk memberi keterangan

“PDRM ingin memaklumkan bahawa tujuan beliau dipanggil adalah berkaitan reaksi orang ramai berkenaan tindakannya memaparkan aktiviti kebajikan yang dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di dalam media sosial dan media massa,” ujarnya.

Katanya, polis juga sedia maklum keluhan Ebit apabila beliau terpaksa menghentikan memberi bantuan setelah dipanggil oleh Cawangan Khas Bukit Aman semalam. – MalaysiaGazette

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami – Komuniti Rohingya

 

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Dalam satu kenyataan bersama, 17 persatuan Rohingya dari pelbagai negara hari ini menegaskan, Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu, serta tiada hak untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia.

“Dia telah diguna oleh musuh kami di Malaysia dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami, serta mengganggu penempatan aman di Malaysia sementara kami menunggu untuk dibenarkan pulang ke Myanmar atau pergi ke negara lain.

“Malah, amat membingungkan bahawa Zafar Ahmed tidak boleh menulis mahu pun berbicara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, atau apa-apa bahasa sekali pun, dengan fasih, tetapi dia mampu membuat kenyataan yang tidak berpatutan, sekali gus merisikokan penempatan aman kami di sini,” kata komuniti berkenaan lagi.

Baru-baru ini Zafar, yang mendakwa dirinya sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), dikatakan telah menuntut beberapa perkara dari kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.

Namun, beberapa media melaporkan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Dalam pada itu, komuniti berkenaan berkata, mereka sebulat suara mengecam tindakan Zafar Ahmed yang mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

“Kami merayu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya, jika tidak, individu ini akan terus mengeluarkan kenyataan yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan nasib kaum Rohingya di negara ini.

“Kami juga bersyukur kerana kerajaan Malaysia dan rakyatnya masih membenarkan kami untuk terus tinggal sementara menunggu penempatan di negara ketiga, dan kami memohon kepada semua agar mempunyai belas ehsan kepada nasib kaum Rohingya yang semakin rapuh,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh:

1. Arakan Watch (www.arakanwatch.org)
2. Human Rights Association for Rohingya (HURAR)
3. Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA)
4. Rohingya Arakanese Refugee Committee (RARC)
5. Rohingya Education And Development Organization (READ)
6. Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (DEAR)
7. Rohingya Cooperative Society (RCS)
8. Rohingya Association in Malaysia (RAM)
9. Rohingya Islamic Society in Malaysia (RISM)
10. Rohingya Youth Care (RYC), Malaysia
11. Rohingya Youth Development Forum (RYDF)
12. United Islamic Rohingya Organization for Development (UNROD)
13. Women for Rohingya (W4R)
14. Rohingya Islamic Center (RIC)
15. Australian Burmese Rohingya Association (ABRA)
16. Arakan Rohingya Youth Association (ARYA)
17. Rohingya Writers Network

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/minta-maaf-malaysia-zafar-ahmed-bukan-pemimpin-kami-komuniti-rohingya-240213

Kita sakan ‘Selawat Perdana’ tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya – Dr Maza

Kita sakan 'Selawat Perdana' tetapi tidak mahu selamatkan Rohingya - Dr Maza

BUKTIKAN CINTA KITA KEPADA RASULULLAH SAW DENGAN MEMBANTU UMAT ISLAM ROHINGYA.

KUALA LUMPUR: Musibah pelarian Rohingya yang mempertaruhkan nyawa di tengah lautan untuk mencari rezeki di negara berhampiran disifatkan sama seperti isu kehilangan ‘rezeki’ yang dialami syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, situasi itu dilihat dapat diatasi jika sikap sanggup melihat saudara Muslim mati kehausan dan kelaparan dapat dihapuskan.

“Sedih atas kekejaman sikap muslim yang sanggup melihat saudara muslim mereka mati kehausan dan kelaparan. Setelah umat Islam Rohingya dibunuh dengan rakus dan kejam di bumi mereka, mereka berhijrah mencari perlindungan di negara-negara umat Islam seperti kita. Malangnya, mereka diperlakukan demikian rupa.

“Tanpa ada belas ehsan kemanusiaan, apatah lagi ukhuwwah keagamaan. Sudahlah ketika ribuan mereka yang dibunuh dan disembelih oleh pengganas di Myanmar, suara negara ini tidak begitu lantang membela. Kali ini, sanggup pula melihat mereka mati dan terseksa.

“Jika musibah tidak menimpa mereka, tentu mereka juga tidak bergadai nyawa membelah badai. Namun, atas ketamakan kita, bimbang rezeki kita dikongsi orang, kita halau mereka bersabung nyawa di lautan. Kita lupa bahawa, jika Allah kehendaki rezeki yang di tangan pun boleh hilang. Lihat sahaja 1MDB. Ke mana rezeki itu telah pergi. Mayat pesawat yang terhempas di lautan yang hampir yakin mati masih kita cari, sedangkan yang masih hidup di lautan kita cuba biarkan mati. Di manakah kemanusiaan kita ini?!” katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya hari ini.

BACA: Isu tanah TRX: Beri jawapan untuk hilang kerisauan rakyat – Dr Maza

Dr Mohd Asri mengulas laporan media sebelum ini mengatakan terdapat lebih 8,000 pelarian Rohingya dari Myanmar serta Bangladesh dikesan berada di tengah laut dalam cubaan mereka untuk memasuki Malaysia secara haram.

BACA: ASEAN perlu bantu rakyat Rohingya – Naib Ketua Pemuda UMNO

Sebahagian daripada pelarian tersebut bagaimanapun dikesan telah hanyut ke Indonesia, menyebabkan pihak berkuasa kedua-dua negara mengambil langkah memperketatkan kawalan di perairan masing-masing.

BACA: Selamatkan rakyat Rohingya dan Bangladesh – Puteri UMNO

Tegas Dr Mohd Asri, kejadian itu benar-benar membimbangkan seandainya ia mengundang bala tuhan yang menakutkan.

“Sedangkan negara-negara Eropah yang tidak muslim itu pun, cuba menyelamatkan pelarian di lautan mereka, kita yang kononnya sakan ‘salawat perdana’ dengan ratusan ribu harga bayaran, sanggup melihat manusia mati di lautan demikian rupa kerana bimbang rezeki kita dikongsi orang. Kemudian, kita beritahu ‘kita muslim terbaik’?!

“Kita amat bimbang, kerakusan dan ketamakan kita ini akan mengundang bala Tuhan yang menakutkan. Jika sebelum ini beberapa petanda bala demi bala datang kepada pentadbiran negara, atas sebab musabab yang hanya Tuhan Maha Ketahui apa yang telah berlaku dalaman mereka yang berkuasa. Namun, kehilangan kemanusiaan ini dibimbangi menjemputi kemurkaan Tuhan di lautan dan di daratan. Pohon perlindungan Allah untuk sekelian rakyat yang tidak bersalah,” jelasnya.

BACA: “Di mana nilai kemanusiaan kita?”

Dalam pada itu Dr Mohd Asri turut mengucapkan tahniah kerana Acheh menjadi antara daerah yang memberi bantuan kepada pelarian Rohingya.

“Tahniah Acheh atas sikap kemanusiaan anda. Anda telah menyelamatkan maruah agama di mata dunia. Ketika dunia senyum; ‘lihat muslim, mereka sendiri sanggup melihat sesama mereka mati’, kesanggupan Aceh itu telah melindungi maruah umat ini,” ujarnya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kita-sakan-selawat-perdana-tetapi-tidak-mahu-selamatkan-rohingya-dr-maza-60073

5 BALA MENIMPA PN DAN 13 ISU MARUAH ISLAM/MELAYU TERKUBUR DI ZAMAN KERAJAAN PINTU BELAKANG.

1 RENUNGAN MELAYU

1 BUKTI TSMY KHIANAT

52 hari berlalu

Apa yg telah terjadi selepas PH tumbang :

1. Solat Jumaat tidak dibenarkan.
2. Kuliah agama tidak dibenarkan di masjid.
3. Bazar Ramadhan tidak dibenarkan.
4. Solat tarawih tidak dibenarkan di masjid.
5. Solat 5 waktu tidak dibenarkan di masjid.
6. Mereka yg ingkar PKP solat berjemaah ditahan.
7. Kluster Tabligh menjadi fokus utama.

Ya, kita faham, larangan dan tindakan yg diambil itu utk kebaikan semua.

Cuma, bayangkan jika PH masih memerintah. Apa yg mereka akan kata?

Mesti teruk PH kena hentam dan mereka akan main sentimen PH anti Islam.

Apa yg berlaku, ada hikmah disebalik kejadian.

Kenapa PH tumbang, tp perkara ini masih berlaku :

1. Pemandu mabuk terus wujud.
2. Aktiviti judi dan parti liar masih ada.
3. Penjualan arak masih beroperasi.
4. Hina agong, hina Islam, hina polis dan hina tentera.
5. Isu LGBT

Kalau ikut logik mereka, bila PH tumbang, maka semua isu ini menjadi sifar.

Golongan ini masih wujud walaupun keterbatasan PKP.

Boleh dikatakan zaman PH, saban hari mereka hangatkan dan ‘up’ kan isu di atas.

Dan disambut oleh mereka yg ada kepentingan politik utk hentam PH.

Ya, kita faham, ada isu yg telah diselesaikan. Cuma bayangkan jika PH masih memerintah.

Apa yg mereka tak kata kat menteri agama? Liberal, tunduk dgn kapir, rambutan pak amin.

Walaupun zaman PH byk tindakan telah diambil mengikut lunas undang-undang.

Selepas mereka ambil alih dan mendapat habuan, isu ini menjadi suam-suam kuku.

Bila mahu selesaikan isu ini :

1. Pembunuh adib, bila mahu tangkap?
2. RUU355 dan hudud apa khabar?
3. Bila nak tubuhkan RCI TH?
4. Bila nak dakwa pemimpin PH?
5. Apa status isu LTTE?
6. Bila nak haramkan DAP?
7. Apa status UEC?
8. Bila DZN boleh beri syarahan?

Kalau zaman PH tiap-tiap hari mereka minta parlimen dibubarkan.

Dan tuntut kes dan isu di atas diselesaikan segera. Tp smp skrg status kes² unknown.

Saban hari mereka menunggang agama bg menyebarkan kebencian.

Mereka guna sentimen perkauman demi meraih sokongan.

Skrg, dari presiden sampai lah ajk. Dari ‘pakar’ sampai lah cybertrooper jd sunyi sepi.

Ya, kita tunggu kes covid ini selesai dulu. Tp rakyat tidak akan lupa.

Itu belum termasuk dgn isu dulu anti komunis, skrg bantuan china diterima.

Dulu, selamatkan entnik uighur, sekarang pakar perubatan china diterima.

Dulu, selamatkan etnik Rohingya. Sekarang sebahagian mereka dihalang masuk.

Dulu, selamatkan umat Islam di India. Sekarang bina hubungan baik utk eksport sawit.

Dulu, duta khas china satu pembaziran, sekarang satu keperluan.

Cuba bayangkan kalau PH meneruskan apa yg mereka lakukan hari ini.

Mereka akan kata, PH sokong komunis dan sokong pembantaian umat Islam.

Ya, kita faham, demi kebaikan negara, hubungan diplomatik kena jaga.

Selama ini mereka hanya mempolitikkan isu sensitif demi kuasa.

Mereka sudah dapat apa yg dimahukan. Sekarang buktikan dgn usaha.

PDRM TIDAK AKAN MENYEKAT PROGRAM BANTUAN UEL, SIASATAN DILAKUKAN KERANA ADA PIHAK TIDAK SENANG HATI DENGAN TINDAKAN UEL UPLOAD FOTO KE MEDIA SOSIAL

1 ISLAM VS PAS

Dari Kenyataan Media yang baru sahaja dikeluarkan oleh Pengarah JSJ Bukit Aman ini :- 1) PDRM tidak akan mengenakan sekatan ke ke atas Ustaz Ebit Lew (UEL). Alhamdulillah. * terima kasih PDRM kerana mendengar dan menghormati suara Rakyat. 2) UEL dipanggil untuk memberi keterangan kerana adanya pihak yang kurang senang (sakit hati) kerana UEL mengupload foto2 dan video2 bantuan PKP di media sosial (page Ebit Lew) * mengikut rekod, pegawai media MB Kedah juga antara yang paling lantang mengecam tindakan UEL menyalurkan bantuan di Kedah baru baru ini.

TERBUKTI KERAJAAN PH ADALAH KERAJAAN TERBAIK MEMERINTAH MALAYSIA.

1 A 250 BILION1 Dr Nor Hisham1 DR ZUL CAKAP BENAR

Isu UEC ni wujud zaman BN, wujud zaman PH, dan wujud zaman PN.

Isu arak dan pemandu mabuk wujud zaman BN, wujud zaman PH, dan wujud juga zaman PN.

Isu jual aset negara berlaku zaman BN, berlaku zaman PH, berlaku juga zaman PN.

Isu sekolah vernakular dibincang zaman BN, dibincang juga zaman PH, dan terus macam tu di zaman PN.

Banyak isu yang sama di zaman BN, zaman PH, dan zaman PN.

Tapi cerita PM, bini PM, dan TPM songlap duit rakyat berbilion ringgit hanya berlaku zaman BN. Ia tak berlaku zaman PH.

Cerita rakyat marhaen didenda dan dipenjara kerana langgar PKP, sedangkan pemimpin besar hanya cukup dengan minta maaf hanya berlaku zaman PN. Ia tak berlaku zaman PH.

Kisah kebebasan media, penyebaran fitnah perkauman dan berita palsu oleh pembangkang, dan aktivis politik boleh mengkritik serta memaki pemimpin kerajaan semahunya hanya berlaku di zaman PH, tak berlaku zaman BN dan PN.

PH tetap menjadi kerajaan yang paling demokratik, paling telus, dan paling mengamalkan good governance.

ISU MENCACI DAN MENGKAFIR ORANG LAIN ADALAH TRADISI TURUN TEMURUN PENGANUT FAHAMAN PAS.

1 HADI WAJIB BOHONG1 TABUNG MEMALI.1 HADI SESAT 41 US SYAFIQ RASUAH1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.1 EBIT KAFIR 21 KHADAM YANG SESAT1 SOLAT BETUL XPAS.1 AMANAT HADI

KEBENARAN APA LAGI YANG KAU NAK DUSTAKAN?

Badai terus melanda PN, satu demi satu perbuatan jelik PAS dan UMNO terpapar. Kredibiliti dan maruah parti PN, kini ditahap memalukan setelah usaha persengkongkolan merampas kuasa bersama pengkhianat2 berhasil.

Hanya dengan kerja khianat ini sahaja mereka dikatakan pejuang rakyat, sedang mereka merobek dan mengoyak demokrasi secara undang2. Perbuatan MENIPU AGONG DENGAN JUMLAH MP YANG CUKUP, adalah satu perbuatan yg tidak bermaruah..

Sedarkah PAS bahawa perbuatan khianat ini menyalahi islam dan tidak bermaruah.Ahli2 PAS yg taksub dgn kerja2 khianat ini menyokong dgn membabi-buta dan masih tidak mahu bertaubat dan insaf, malah mahu menegakkan benang yang basah kononnya pemimpin mereka berada dilandasan yg betul. Mereka sebenarnya tak tahu membezakan perbuatan khianat dengan hak mandat rakyat melalui pilihanraya. Allah menutupi hati kamu di atas perbuatan yg salah dan niat yg menyimpang dari kehendak Allah.

Org2 PAS sebenarnya terdidik dgn maki hamun, bagaimana nak datangnya hidayah Allah. Jika berlainan pendapat spt apa yg mereka kehendaki, kita terus dilabel dgn pelbagai kata2 kesat dan jijik . Apa sahaja yang keluar dari mulut pimpinan mereka akan diangkat ibarat ‘wahyu’. Kalau tidak masakan mereka boleh terima hujah orang lain seperti mana berlakunya kes menipu audio Nik Abduh, akhirnya terhasillah dalil baru iaitu wajib bohong syarie’, Kalau pimpinan kalian kata tahi itu makanan sunnah, rasanya kalian akan makan tahi dan rasanya diri kalian sedang melakukan pahala. Inilah tahap penyokong PAS yang masih berada dalam kepompong parti jumud , bagi kalian, orang2 lain yang tidak separti dgn kalian, maka tak setanding dengan Ulama’ PAS yang kalian puja.

Buat walaun semua, , sebenarnya kalian sedang diperbodohkan oleh UmnoBN dan darah kalian, dihisap sampai kering, derma yang kalian sangka derma jihad itu hanya memenuhi kehendak2 pimpinan yg telah lari dari perjuangan asal iaitu menegakkan islam atas muka bumi ini.
Tetapi sekarang perjuangan PAS, bersama2 dgn golongan UMNO yg jelas adalah perjuangan sekular.

Percayalah, terimalah hakikat. PAS menjadi balaci UMNO, MCA dan MIC. Mewujudkan kerjasama dalam PN adalah rapuh menanti belah. Umno sendiri akui bahawa PAS seringkali memperalatkan agama untuk kepentingan mereka sendiri. PAS terima duit UMNO itu benar, Nik Abduh sendiri akui di dalam audio yang beliau sendiri sahkan Semua ini benar, bukan fitnah, ianya adalah hasil dari kekotoran pimpinan kalian sendiri lakukan. Tak berbaloi kalian berjuang demi mereka, malah kalian turut berdosa atas subahat yg diberikan. Mempertahankan kejelikan pimpinan kalian ini dan kaitkan pula dengan perjuangan Islam. PAS adalah parti Islam, tetapi kepimpinan kalian langsung tiada kaitan atau tidak layak membawa imej Islam. Bangunlah dari tidur, berhentilah jadi lembu dicucuk hidung , wahai ahli PAS. Hatta lembu itu kebanyakannya dibela untuk disembelih, begitulah nasib kalian suatu hari nanti.

#stayathome
#tolakpengkhianat

‘Saya dipilih jadi PM dalam situasi luar biasa’

 

1 MUHYIDDIN KDN

SELEPAS 17 hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menjelaskan keputusan sukar itu, Muhyiddin berkata, beliau dipilih dalam situasi luar biasa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah negara iaitu berhadapan virus pandemik.

Dalam keadaan sebegitu rupa, katanya, situasi adalah merbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat.

“Pasti paling utama nak diberi perhatian ialah bagaimana perkara ini dapat dikawal dan usaha perlu dibuat seberapa cepat mungkin.

“Ini kerana kelewatan sehari dua akan membawa kesan besar kepada rakyat jelata, maka kita buat keputusan yang tidak pernah kita buat sebelum ini.

“Saya fikir belum ada kerajaan sebelum ini pernah memutuskan sebagaimana yang saya lakukan untuk mengenakan PKP, itu sebagai satu cara untuk mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi Temubual Khas Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di televisyen, malam ini.

Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan beliau tidak memikirkan soal politik apabila mula dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu.

Beliau berkata, turut mengelak mengeluarkan kenyataan berbaur politik kerana menyedari rakyat muak dengan ‘cerita politik’ terutama yang menyentuh soal parti dan status kerajaan Pakatan Nasional (PN).

“Saya terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 serta merangka pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi negara terus stabil.

“Saya dalam keadaan sejak awal saya duduk di kerusi Perdana Menteri, saya tak fikir soal politik. Saya tahu mereka muak cerita-cerita itu.

“Yang mereka nak tahu, apa kerajaan buat. Apa Perdana Menteri atau Jemaah Menteri dan juga pentadbiran kerajaan yang ada hari ini laksanakan untuk menangani isu penting (Covid-19) yang sedang mereka hadapi,” katanya.

Disebabkan itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengeluarkan dalam mana-mana kenyataan sebelum ini termasuk keadaan sekarang mengulas soal yang berkaitan dengan hal politik.

“Nanti orang kata soal Covid-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, dia cerita soal gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia. Yang ini rakyat tidak berminat,” katanya

Sembang Kencang Sampai Ke Langit ke-7

Persoalannya, siapa yang mencetuskan dan menganjurkan majlis makan malam Langkah Sheraton pada tanggal 23 Februari yang lalu?

Selain itu, siapakah “tangan ghaib” yang mahu membawa keluar BERSATU dari PH sedangkan BERSATU (Tun Mahathir) membantah cadangan untuk keluar daripada PH?

Siapakah yang bersekongkol dengan Si Kitol yang bernama Azmin Ali untuk memotong que giliran Anwar untuk menjadi PM?

Berdasarkan sejarah kerajaan Khalifah terdahulu, Imam Abu Hanifah telah dicambuk dan dipenjarakan oleh pemimpin Khalifah Abbasiyyah gara-gara menolak jawatan Qadhi.

Maksudnya…ahli ulama yang mempunyai keimanan yang tinggi tidak sanggup menerima jawatan kerana di Padang Masyar nanti, segala amalan dan tanggungjawab di atas muka bumi ini akan disoal oleh Allah SWT.

https://www.hmetro.com.my/utama/2020/04/571222/saya-dipilih-jadi-pm-dalam-situasi-luar-biasa-metrotv

Bukan Muslim tunjuk sokongan terhadap Ebit, mohon ustaz jangan putus asa 26/04/2020

Bukan Muslim tunjuk sokongan terhadap Ebit, mohon ustaz jangan putus asa