ROHINGYA BANGSA PALING MALANG DI DUNIA

1 ROHINGYA C

*ROHINGYA BANGSA PALING MALANG DI DUNIA*

Sudah nasib etnik Rohingya satu bangsa yang diakui oleh PBB bangsa yang paling malang dan paling tertindas di dunia.

Namun mereka adalah satu satunya bangsa di dunia yang seluruh penganutnya adalah muslim kecuali yang telah dimurtadkan. Ini kelebihan mereka. Mereka adalah muslim bermazhab Hanafi.

Dahulu mereka adalah bangsa muslim yang hebat mempunyai kesultanan dan kedaulatan sehingga tertubuhnya kerajaan Islam Arakan sehingga mampu membantu kerajaan Islam Uthmaniah di Turki.

Justeru kerajaan Turki sangat menghargai banga Rohingya ini dan Turki lah negara yang banyak membantu Rohingya, menyalurkan bantuan kemanusiaan dan mempertahankannya dalam krisis pelarian sejak tahun 2017. Turki terhutang budi dengan Rohingya dan Arakan.

Mengikut sejarah asalnya negara Pakistan, sebahagian India, Bangladesh dan Arakan adalah suatu daulah yang kukuh ( Kerajaan Islam Arakan ). Strategi British pecah dan perintah telah memisahkan Arakan dan masukkan dalam Burma/Myanmar. Maka jadilah bangsa Rohingya kumpulan etnik minoriti Islam di Burma yg mendiami Arakan

Arakan telah ditukar nama oleh Burma menjadi Rakhine State. Diburukkan lagi dengan Kerajaan Burma budha tidak iktiraf bangsa Rohingya jadi warga negara Burma dan tidak keluarkan sijil dan kad kerakyatan. Justeru mereka dinafikan hak asasi warganegara yang sah. Jadilah mereka bangsa tanpa negara dari sudut undang2 dunia.

Tanah Arakan yg mereka duduki sejak sekian lama adalah tanah yang sangat strategi dan kaya dengan hasil bumi termasuk petroleum, gas, galian berharga. Kerana mereka mundur mereka tidak mampu eksploitasikan hasil kekayaan bumi ini.

Inilah yg menjadi perhatian kerajaan Burma untuk mengaut dan usahakan hasil bumi yg ada. Tetapi juga masih tidak upaya tanpa bantuan Syarikat pelaburan gergasi. Makanya China bersetuju melabur disini dan sudahpun menjalankan projek raksaksanya membuatkan Myanmar terpaksa tunduk kepada China.

Sekiranya projek gergasi mengaut hasil ini berjalan dan berjaya pasti orang Rohingya akan dapat faedah dan turut termaju sosio ekonomi dan budayanya. Hanya kerana mereka muslim, mereka mesti di nyahkan dari bumi Arakan secara paksa dan memasukkan lebih ramai etnik lain beragama budha ke Arakan. Strategi sama yg diamalkan oleh China bagi menghapuskan etnik Muslim Uyhgur di Xinjiang. Rupanya China adalah penasihat kepada kerajaan Burma.

Bangsa Rohingya asal dari Arakan tidaklah seburuk yang disangkakan. Buktinya jika siapa yang pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan berada dalam komuniti mereka tidak pernah rasa terancam. Mereka bukan primitif yang melihat orang asing seperti hidangan untuk diratahkan.

Roh kedaulatan dan Izzah Islam masih mengalir dalam darah dan denyut nadi mereka. Disebabkan inilah mereka diburu dengan zalim dan dilenyapkan atas muka bumi Arakan yang menjadi tanah air mereka sejak tahun 1940 an lagi.

Polisi junta tentera Burma yang menganut budhist ekstremis telah menjalankan strategi penghapusan etnik atau genosid sejak sekian lama. Strategi mereka ialah musnahkan Al Quran, musnahkan masjid, bunuh tangkap dan seksa ulama dan hapuskan sekolah agama.

Mereka diburu dan dihalau kerana mereka MUSLIM. Sekian lama mereka hidup dalam ketakutan dan terkongkong. Akhirnya membentuk budaya hidup negatif dan cara berfikir termasuklah jahil, penakut, pengotor, pembelit dll.

Setelah sumber kekuatan ummah dilenyapkan dari mereka maka jadilah mereka bangsa yang malang dan bodoh. Tiada lagi ulama nak menjadi juru bicara dan pembela, masjid sudah dimusnahkan, institusi pendidikan agama di hapuskan. Semangat jihad dan melawan dalam diri mereka terus padam. Tiada ilmu jihad dan syahid dalam kehidupan mereka.

Justeru bila berlakunya serangan ganas tentera burma dan ekstrimis Budha pada tahun 2017 mereka tidak melawan jauh sekali nak berjihad untuk.mati syahid spt yg berlaku di Palestin. (Tidak blh disamakan ). Mereka rela melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dan keluar melalui jalan laut. Jika tidak mahu dibunuh jalan selamat bagi mereka ialah murtad dan tinggalkan Islam masuk hindu atau Budhist. Kerja di kuil dan tokong.

Keberadaan mereka di Malaysia ini sejak tahun 70 an lagi telah merubah sedikit sebanyak cara hidup mereka dengan persekitaran sosio budaya Malaysia yang jauh lebih baik berpuluh tahun dari mereka.

Mereka datang dan awalnya bekerja sebagai buruh dan kuli. Akhirnya ada yang telah berjaya membina kekayaan dan.menguasai ekonomi setempat. Itu hasil dari kesungguhan mereka. Namun ada yang lupa daratan dan menunjukkan ego nya setelah mereka ramai dan kuasai. Lihat apa yg berlaku di Pasar Borong Selayang.

Keberadaan mereka juga tidak disenangi penduduk tempatan kerana mungkin sikap.mereka yang negatif seperti di utarakan oleh netizen. Benar, kerana kejahilan dan asobiyah bangsa mereka menjadi mereka bebanan kepada kerajaan. Rupa fizikal mereka juga kurang menarik, wajah yang kelat. Bayangkan jika mereka seperti orang Korea atau hindustan. Mungkin persepsi orang Malaysia tidak seburuk ini.

Dengan insiden yang berlaku di Pasar Borong Selayang dan kehadiran bot bot membawa pelarian dalam tempoh pandemik Covid19 dan PKP serta tuntutan tak masuk akal dari Ketua komuniti yang mendakwa mewakili masyarakat Rohingya di Malaysia telah membuat warga Malaysia berasa hati dan marah sangat hingga keluar kutukan dan cacian yang keterlaluan dan emosional yg tidak sepatutnya hingga hilang akhlak sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.

Dalam hubungan ini saya dan rakan2 NGO selaku insan yang telah melibatkan diri dalam isu kemanusiaan sejagat sejak sekian lama sangat simpati dan sedih dengan apa yg berlaku. Tidak ramai yang simpati berbanding ramai yang mengutuk.

Kita bersyukur kita tidak diuji dengan ujian hidup yang berat seperti mana mereka sedang diuji dengan ujian begitu berat. Apakah bala buat mereka hanya Allah yang mengetahui.

Tetapi kita jangan bersikap mendahului Allah, Rasul, Ulul Amri dan Ulama dalam membuat hukuman dan pendirian. Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk menangani isu ini.

Harus diingat Allah jadikan bangsa dan kaum berjenis-jenis untuk tujuan apa. Bukan untuk dimusuhi seolah mereka bangsa celaka yang tidak patut diberi simpati langsung. Allah itu Maha Adil dan bijaksana.

Sebaiknya kita berlapang dada dan sabar dalam menghadapi isu ini. Tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan kerana kerajaan.masih ada kemampuan untuk tangani mereka yang ekstrimis dan besar kepala ini.

Warga China yang masuk ke Malaysia secara halal dan diberitakan tidak pulang kembali lebih mengancam keselamatan negara. Ini dibuktikan dengan terbongkarnya jenayah kad pengenalan palsu yang lebih merbahaya. Dengan wajah mirip warga cina tempatan tidak mustahil mereka miliki hak mengundi.

Bangsa Rohingya juga ada sumbangan walaupun kecil. Setidak-tidaknya mereka adalah muslim yang Allah iktiraf orang muslim itu adalah bersaudara walau iman mereka tipis. Siapakah kita yang nak mengutuk dan membenci makhluk yang Allah jadikan dan takdirkan.

Berpada-padalah dalam menunjukkan perasaan jangan sampai kita tidak berlaku adil dan berlagak Tuhan yang maha menghukum. Yang baik dan jurus lebih ramai berbanding yang ekstrim. Jangan pukul sama rata sahaja.

Keberadaan mereka juga perlu dihargai bagi mengisi pasaran dan pekerjaan buruh di tapak binaan, kilang kilang, pekerja Alam Flora, kuli angkat ikan di jeti ikan dan lain lain. Malah ada yang lebih mulia pemakmur rumah rumah Allah walau mazhab mereka berbeza. Jika tiada mereka bersediakah warga tempatan orang Melayu nak buat kerja begini.

Berlaku adil jugalah kepada warga Malaysia yang simpati dengan mereka dan cuba membela atas dasar agama dan kemanusiaan. Jangan turut dikutuk pulak seolah lebih Rohingya dari Rohingya.

Begitu juga NGO-NGO yang ikhlas membantu. Hanya mereka yang terlibat secara langsung dengan isu kemanusiaan dapat lebih merasai denyut nadi penderitaan mereka yang sangat sadis ini dan bukan kehendak mereka demikian. Mereka diuji dengan ujian yang sangat berat.

Jika diberi pilihan mereka ingin kembali kenegara asal mereka di Arakan walau hujan batu di negara sendiri berbanding hujan emas di negara asing. Tetapi harus difahami negara Burma tetap bersikap keras sesuai lah dengan kekafiran mereka tanpa pedulikan desakan antarabangsa. Pulang mereka ke negara asal mereka bererti pulang untuk dikuburkan tanpa nisan.

Rumusannya. Sama samalah kita berlapang dada dan berfikiran positif. serahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan untuk tangani isu ini dengan sebaiknya. Keberadaan mereka sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

Kita harapkan semoga perkara yang negatif dan menjadi bebanan kepada rakyat dan negara dapat diatasi dengan baik hasil kerjasama semua pihak.

Maksud Firman Allah.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat 13.

Asas kemuliaan di sisi Allah adalah yang paling TAQWA. Apakah kita boleh mendabik dada kita lebih baik dan taqwa dari mereka orang Rohingya sedangkan kita belum diuji oleh Allah.

Allah telah berfirman bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
Al-Ankabut:2-3

Lupakah kita dengan sikap luar biasa orang Ansar yang menerima orang muhajirin Mekah dalam peristiwa Hijratul Rasul sehingga Allah dan Rasulnya memberi sanjungan yang sangat tinggi akan persaudaraan dan ukhuwah ini.

Semoga kita menjadi Warga Ansar Malaysia yang terbaik dan berkasih sayang sesama insan. Nak tunjuk dan luah perasaan silakan tapi jangan sampai mengutuk sesama insan ciptaan Allah yang maha mengetahui. Terima kasih kepada warga yang masih simpati.

Maaf jika ada tersilap fakta, mohon diperbetulkan.

Kekalkan mood PKP dan banyakkan doa moga Allah pelihara kita semua dari wabak dan buruk prasangka ini.

#Prihatin
#Kasih Sayang
#Pemurah

Hj Abd Bashir B Abd Ghani
Biro Misi Kemanusiaan
NGO HALUAN Malaysia.
23 April 2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s