Bukan Islam turut kecewa terhadap layanan kepada Ebit Lew

Bukan Islam turut kecewa terhadap layanan kepada Ebit Lew

Beberapa hari ini kisah Ustaz Ebit Liew menjadi perhatian. Paling mengecewakan apabila Ustaz Ebit Liew di panggil memberi keterangan di balai polis.

Kekecewaan itu bukan diluahkan oleh orang Islam sahaja malah Non muslim turut melahirkan kekecewaan di atas apa yang berlaku kepada Ustaz Ebit Liew.

Menarik satu akaun facebook atas nama Prasanth Kumar Brakasam yang memuat naik di status facebooknya;-

“Saya tidak setuju layanan yang diberikan terhadap Ustaz Ebit Lew yang meminta maaf dan tidak akan keluar untuk memberikan bantuan sepanjang PKP. Orang susah perlukan insan seperti ini.

Walaupun statusnya ringkas, namun mesejnya cukup berkesan apatah lagi di saat umat Islam sedang menjalani ibadah Ramadhan.

Orang seperti ustaz Ebit Liew yang diperlukan di saat-saat suasana sekarang ini.

Sumber: https://inforakyat.net/bukan-islam-turut-kecewa-terhadap-layanan-kepada-ebit-lew/

Contohilah dakwah Ustaz Ebit Lew – Dr Ridhuan Tee

1 RIDHUAN TEE MCA

Sempena bulan puasa ni, marilah kita nasihatkan Dr. Ridhuan Tee cukup-cukùplah mempergunakan media ISMA web untuk bagi pandangan kasar balun parti politik lain, kritik kaum dan agama orang lain.

Kita faham DRT ni takde parti tapi masih nak menstabilkan kedudukan diri sendiri dalam PERKIM kalau keluar PERKIM tak tahulah nama apa yang nak dibawa nanti so pandangan politik DRT mesti tertolak.

Orang Cina majoriti tak suka DRT ni dan majoriti pengundi PH lagilah tak suka DRT ni. Harap DRT yang kami kenal sebagai bekas pengacara Forum Perdana Hal Ehwal Islam yang suka suka ketawa terangkat-angkat kaki ni baiklah ikut cara dakwah Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit Lew takde Dr. Profesor tapi dia ada sifat “Islam Agama Rahmah” untuk semua dan sangat menyantuni orang kaum lain

Sumber:

KERAJAAN PINTU BELAKANG (PN) ANTI ISLAM & RASIS ? SURAT TERBUKA UNTUK USTAZ EBIT LIEW

1 SYAFIK RASIS1 ISLAM VS PAS1 PN PERANGI ISLAM1 PN PERANGI ISLAM 2

1 SOLAT BETUL XPAS.1 AHLI SYURGA

1 KHADAM YANG SESAT

SURAT TERBUKA UNTUK USTAZ EBIT LIEW:

Cukup2 lah dulu Ustaz Ebit Liew. Hentikan dulu pengorbanan, sedekah jariah dan bantuan2 mu itu. Peluh pun tak kering lagi..enta dah kena panjat Bukit Aman. Macam2 ustaz bodoh tu duk hina dan fitnahkan hang. Besaq ‘cable’ mereka, sampai enta di panggil Polis ke Ibu Pejabat besaq mereka. Takpe la Ustaz, sekarang ni…kita nak tgk jer la….Pihak KERA jaan mana pulak yang sanggup menyambung kerja2 amal Ustaz. Menteri2 mana yang sanggup masuk rumah2 usang dan suapkan makan. Ustaz2 (jahat) mana yang sanggup keluarkan duit untuk berkorban dan beramal.
Nak harapkan KERAjaan? maaf cakaplah, bantuan yang dikatakan bernilai RM100 pun di catunya menjadi RM30. Mungkin bukan silap KERAjaan sepenuhnya…tetapi dibedal oleh orang2 yang mengurusnya. Wakil KERAjaan jugak lah tu, kan?
Jika saya di tempat Ustaz Ebit pun…saya taknak dan tidak akan sesekali menyerahkan wang dan barang2 kepada pihak berwajib. Aku boleh cop jari aku ni lah…aku boleh confirm barang2 @ wang2 itu, samada hilang separuh ataupun tak sampai langsung ke tangan mereka2 yang layak menerimanya.
Ok, rehat dulu yek Ustaz….kita nak tgk camane ‘permainan’ kotor ustaz2 fasiq dan Munafiq yang masa hidup sekarang..samada mereka akan @ boleh memperjuangkan nasib asnaf2 ataupun mereka hanya terus berjuang demi membesarkan perut2 mereka yang kotor, jijik, hina dan dina tu!

1 KHADAM YANG SESATP/s: Dengar dari maklumat yang tepat, salah sorang yang duk hina UEL tu, ustaz PASik jugak, kan? C&P.

Kerajaan Pintu Belakang Menerima Bala Yang Mereka Laung-laungkan Sendiri.

1 ROHINGYA D.

1 ROHINGYA A

Ujian Atau Bala?

Bila hari ini kecoh pasal perlarian rohingya yang telah halau balik oleh kerajaan PN (PAS sebahagian dari PN) yang mana mereka dahulu cuba jadi hero untuk rohingya , tiba-tiba terdetik dalam pemikiran saya, kenapa terlalu banyak ujian dan bala yang Allah timpakan pada kerajaan PN ini? Dan kenapa semua benda yang mereka dahulu lantang berjuang, ini dalam masa dua bulan telah nampak hiprokrit mereka?

Benarlah kata Ibnu Taimiyah yang:

“Allah membiarkan bertahan negara yang adil sekalipun dipimpin oleh orang kafir; dan (Dia) tidak membiarkan [negara] zalim untuk bertahan sekalipun dipimpin oleh penguasa Muslim” dan “Dunia itu akan bertahan bersama keadilan dan kekufuran dan tidak akan bertahan lama dengan kezaliman dan dengan Islam”

Ini menujukkan rahmat Allah itu hanya akan datang dan turun jika pemimpinnya berlaku adil; tidak kisahlah sesiapa pun yang memerintah. Kini kita ada satu kerajaan Melayu Islam, tapi urus tadbir hancur, menteri kabinet yang saling berganti-ganti menayangkan mewa untuk tatapan umum dan natijahnya rakyat yang makin menderita. Pasti akan ramai yang tersedar bahawa kerajaan Melayu Islam adalah satu utophia dan falasi, gah pada nama tapi rosak ke akar umbi.

Tapi kita sering tertanya, kenapa Allah takdirkan mereka memerintah menjadi kerajaan?

Sebagai umat Islam kita percaya dengan Qada dan Qadar Allah, kita juga percaya yang pada hari di tiupkan roh ke dalam rahim ibu kita, segala rezeki dan ajal sudah di tentukan. Sudah tentu boleh sahaja ALlah terus memasukan manusia ke dalam syurga dan neraka terus kalau Dia mahu tetapi Allah berikan peluang kita untuk hidup di dunia yang sementara ini.

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Al-An’Am/6:32)

Dah Allah juga telah merakamkan permintaan orang yang zalim di hari akhirat untuk di kembalikan semula di dunia untuk bertaubat tetapi Allah telah menolak permintaan mereka kerana Allah tahu mereka pasti akan kembali berbuat zalim.

“Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan?”. [Ibrahim/14:44]

Ini Allah sebut yang penzalim itu semuanya adalah pendusta, jika di beri peluang kembali ke dunia, mereka masih akan mengulangi kezaliman mereka.

“Sekiranya mereka dikembalikan ke dunia, tentulah mereka kembali kepada apa yang mereka telah dilarang mengerjakannya. Dan sesungguhnya mereka itu adalah pendusta-pendusta belaka [al-An’am/6:28]

Allah tahu yang PAS selalu berdagang ayat-ayat Allah demi sedikit habuan dunia, lalu Allah zahirkan apa yang tersembunyi di dalam hati-hati mereka. Tanpa tertubuhnya kerajaan atap ini, kita tidak tahu orang yang 20 tahun berjuang bersama kita adalah pengkhianat. Kita tidak tahu orang yang kita angkat selepas dia di zalimi akibat skandal 1MDB, akan kembali bersama dengan penzalim tersebut lalu dia sendiri menjadi sebahagian dari kumpulan yang zalim. Kita juga kini tahu yang ada sarjana dan kedoktoran, muhaddisin bukanlah perisai yang kukuh untuk melawan pengkhiatan. Sebab itu tidak hairan sarjana yang sama boleh pula jadi perisai untuk orang-orang yang zalim.

Allah izinkan pengkhianatan pemimpin politik, mufti, sarjana dan ahli2 parlimen hanya untuk menguji siapa yang beriman dan siapa yang tertewas dengan ujian. Allah izinkan pengkhianatan yang mereka rancang berbulan-bulan sampai mereka sanggup menjual Allah, rasul dan prinsip-prinsip yang mereka dahulu perjuangkan.

Cuma mereka lupa yang IZIN ALLAH JIKA TIDAK DATANG BERSAMA REDHANYA akan JADI ISTIDRAJ. Bila sudah kena istidraj ini yang mereka lagi hanyut. Makin kuat mereka memfaraid harta awam, pecat orang yang berkelayakan demi ghanimah politik, Allah terus mudahkan urusan mereka untuk terus merompak hasil negara. Bantuan pada rakyat pun mereka sengaja lambatkan, pula tu di serah pada pimpinan politik tertentu, yang bantuan seratus hanya dapat 1/3. Mereka kira mereka hebat dapat menipu Allah, tetapi mereka sebenarnya menipu diri sendiri.

Saya juga melihat ini sebagai hijab yang Allah sengaja angkat untuk melihatkan hipokritnya parti PAS dalam perjuangan mereka. Dahulu siapa yang berani persoalkan pasal RUU355 terus dianggap kafir, kini mereka sendiri kata itu bukan keutamaan. Menteri Agama mereka jumpa LGBT pun mereka kata ada kelainan, Islam terancam, BMF kini ke laut, kes arwah Adib yang mereka tunggang setiap kali ada kematian melibatkan kaum-kaum yang lain juga ghuyub.

Dahulu bila mereka kafirkan UMNO sebab UMNO tolak hudud, alasan mereka, yang jika mereka di bangkitkan nanti di akhirat mereka akan berjumpa Allah dengan mengadu yang UMNOlah sebab hudud tidak di laksanakan. Kini tak tahu apa pula alasan mereka di hadapan Allah bila pemimpin mereka sendiri memperlekah RUU355 sekarang.

Bila PAS sudah jadi kerajaan buat kali kedua, ini adalah bala yang Allah beri untuk lihat sama ada mereka ini benar-benar berjuang di jalan Allah ataupun mencari habuan dunia. Setakat ini yang saya nampak mereka semua tengah sibuk berbahagi harta rampasan jawatan2 yang satu masa dahulu mereka tentang.

Dan hikmah bila mereka mendapat kuasa cara tebuk atap ialah supaya bila mereka berjumpa dengan Allah nanti, langsung tidak ada alasan lagi untuk tidak melaksanakan hudud. Dahulu mereka salahkan UMNO, lepas tu salahkan DAP, kini mereka sudah ada kuasa, dan hudud masih tidak terlaksana, itu adalah salah mereka sendiri; nampaknya macam mizan kebaikan mereka sedang dikosongkan tapi mereka masih lagi tidak sedar dan bertaubat.

Walaupun kerajaan PN semacam takut hendak menghadiri sidang parlimen, saya sendiri berdoa agar kerajaan haram ini supaya sempat sampai pada masa budget 2021; bila GST 8%-10% terpaksa di laksana, macam-macam cukai dan bantuan kena tarik barulah golongan ruwaibidhah akan buka mata. Harap ini untuk membuktikan yang sentimen melayu Islam sahaja bukanlah satu resipi ampuh untuk satu baldatun thayyibatun wa rabbun ghafur.

.

YAB MB KEDAH DIKAITKAN LAPORAN POLIS TERHADAP USTAZ EBIT LEW ?

1 ROHINGYA D.

KENYATAAN

DAKWAAN ADANYA LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP USTAZ EBIT LEW
CUBAAN KAITKAN DENGAN YAB MB KEDAH

1. Saya kesal dengan tularan meluas di media sosial yang mengaitkan saya dan Pejabat
Menteri Besar Kedah dengan tohmahan kononnya dermawan dan tokoh motivasi Ustaz Ebit Lew  telah disoal-siasat di Ibupejabat Polis Bukit Aman susulan laporan yang difailkan oleh seorang  pegawai saya.

2. Saya sama sekali tidak mengarahkan pegawai saya, baik pegawai pentadbiran mahupun  pegawai politik di mana-mana peringkat sekalipun, untuk menfailkan laporan polis terhadap Ustaz  Ebit Lew. Siasatan dalaman juga mendapati tidak ada pegawai saya, pentadbiran mahupun  politik, membuat laporan polis, walaupun atas kapasiti peribadi. Pihak saya turut difahamkan polis bertindak dalam bidang kuasa yang dibenarkan untuk memanggil Ustaz Ebit Lew memberikan  apa-apa keterangan yang diperlukan bagi maksud tertentu walaupun tiada laporan difailkan.

3. Dakwaan dan tohmahan itu telah mencemarkan nama saya, jawatan yang disandang dan  Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. Pihak saya sedang meneliti perkara ini dengan mendalam,  serta menimbang tindakan perundangan ke atas pihak-pihak yang membuat tohmahan ini, khususnya di laman media sosial.

4. Saya ingin menjelaskan di sini bahawa Pentabiran Kerajaan Negeri Kedah tidak menyekat
mana-mana pihak yang membuat kebajikan demi kesejahteraan masyarakat, asalkan ia mematuhi
peraturan dan syarat yang ditetapkan termasuk peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan
serta panduan penjagaan kesihatan bagi mengelak jangkitan COVID-19.

5. Di kesempatan ini saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, baik
persatuan, badan bukan kerajaan, orang perseorangan dan dermawan seperti Ustaz Ebit Lew  yang tampil menghulurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan pertolongan di Negeri  Kedah.

6. Sekian, terima kasih. Selamat beribadah di bulan Ramadhan yang penuh Rahmat dan
Barakah.

DATO’ SERI UTAMA HJ MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Menteri Besar Kedah Darul Aman
Alor Setar, 25hb. April 2020

Dulu kita kutuk yahudi dan amerika membunuh umat Islam, kini kita seolah-olah membunuh Rohingya Muslim Di Bumi Malaysia.

 

Image

Rohingya Ramadhan

Jika anda tidak mahu mempertahankan hak saudara semuslim anda bangsa Rohingya, maka diam saja. Bersuara memburukkan saudara semuslim yang tertindas oleh kezaliman musuh Islam adalah dosa besar.

DOSA BESAR.

Ia membunuh nilai Ramadhan anda. Ia membunuh jiwa dan nurani anda. Ia menarik sifat rahmah kurniaan Allah dalam jiwa setiap muslim.

Ingat, ia hanyalah propaganda musuh yang dirancang rapi untuk menidakkan hak Rohingya di negara asal mereka.

Ia melaungkan, “Rohingya tiada hak di Myanmar kerana mereka bangsa bodoh, malas, jahat, menyusahkan dan tak bertamadun. Lihatlah, mereka telah menyusahkan rakyat Malaysia. Begitulah kami di Myanmar menjadi susah kerana kejahatan dan keburukan mereka.”

FITNAH nyata ke atas umat Islam. Tipudaya yang nyata untuk memecah belahkan umat Islam.

Jangan menyambung lidah fitnah musuh ke atas Muslim Rohingya.

Jangan sombong wahai Malaysiaku.

Bersyukurlah dengan menolong dan membantu umat yang tertindas. Berfikirlah untuk menyelesaikan isu, bukan melangsaikan kebencian dan dendam.

Jangan diri merasa hebat menjulang Ustaz Ebit Liew sebagai duta kasih sayang negara, tetapi dalam masa yang sama meninggalkan akhlak mulianya menyantuni orang-orang yang susah, apatah tertindas.

Ya Allah, bebaskan kami daripada tipu daya musuh yang merosakkan dan menzalimi.

رب انصرنى على القوم المفسدين.
ربنا لا تجعلنا فتنة للقوم الظالمين ونجنا برحمتك من القوم الكافرين.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4446757455350557&id=177786515581027

PELARIAN SYRIA DI TURKI DAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA: SATU PERBANDINGAN

1 ROHINGYA TANPA MCA1 ROHINGYA D.

PELARIAN SYRIA DI TURKI DAN PELARIAN ROHINGYA DI MALAYSIA: SATU PERBANDINGAN

Terdapat sekitar 4 juta pelarian Syria di Turki sejak negara Syria dilanda perang pada tahun 2011. Kehadiran pelarian Syria di Turki tidak disukai oleh kebanyakan rakyat Turki. Selain dari beban kewangan yang terpaksa ditanggung oleh Turki, banyak juga isu-isu yang menimbulkan rasa kurang senang rakyat Turki terhadap pelarian Syria. Budaya mereka berbeza, bahasa mereka berbeza, dan mereka juga mempunyai sejarah yang kurang baik antara kedua pihak.

Syria adalah antara wilayah yang memberontak menentang pemerintahan Uthmaniyyah Turki. Orang Syria pernah bekerjasama dengan Inggeris dan Perancis untuk membebaskan diri dari penguasaan Uthmaniyyah Turki.

Seperti juga negara-negara Eropah lain yang menerima pelarian Syria, terdapat banyak aduan yang melibatkan perlakuan jenayah dan anti-sosial di kalangan komuniti pelarian Syria ini. Di Jerman misalnya, terdapat kes rogol melibat wanita tempatan yang menjadi mangsa serangan seks lelaki warga Syria yang berlindung di Jerman yang mencetuskan bantahan rakyat Jerman. Perkara yang sama juga berlaku di Turki.

Saya fikir masalah serupa juga berlaku di Malaysia melibatkan komuniti Rohingya yang melarikan diri ke Malaysia. Kalau ditanya kepada rakyat Malaysia, hampir pasti majoriti rakyat tidak mahu menerima pelarian ini dan mahu mereka dihantar pulang. Ini jugalah yang dimahukan oleh majoriti rakyat Turki dan Eropah bila ditanya pandangan mereka tentang pelarian Syria.

Tetapi Erdogan and Angela Merkel bertegas tetap mahu menerima masuk pelarian Syria untuk dilindungi di negara mereka. Ianya memang membebankan dari sudut politik, kewangan, dan sosial negara tuan rumah.

Tetapi itulah ketamadunan dan itulah kemanusiaan. Ibarat melepaskan anjing tersepit. Kita mungkin dilihat bodoh melepaskan anjing yang tersepit yang kemudiannya menggigit kita, tetapi tidak ramai juga manusia yang sanggup membiarkan anjing yang tersepit itu terus sahaja dibiar mati dalam keadaan tersepit.

Tidak kita nafikan, menerima pelarian dari negara luar yang berkonflik bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Ianya mendatangkan beban yang besar dari semua sudut.

Tetapi apakah beban itu lebih besar dari beban perasaan kemanusiaan akibat membiarkan pelarian itu terus terapung dan mati dilautan?

Ini adalah persoalan yang perlu kita fikir dan teliti bersama. Saya percaya, pasti ada keseimbangan antara dua mudharat besar ini untuk negara kita bertindak secara kolektif.

Kredit – Jamzuri Ardani

AGAMA ISLAM DI MALAYSIA DALAM BAHAYA DAN KENALI PAS DULU & KINI.

1 KERA SUMBANG 21 KERA SUMBANG 1

MENGENALI PAS DULU, PAS SEKARANG

Lupa Akhirat : Dunia Pilihan Pas.

TINTA MERAH.
15 April 2020 – Jual Lumpur.

Dulu dulu diatas mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan unggul parti Pas, maka pemimpin mereka berceramah dihadapan ahli dan penyokong Pas diseluruh pelusuk dunia, bahawa Pas sanggup tidak mempunyai kuasa pemerintahan diPutrajaya (alasan semata mata disebabkan Pas selalu kalah dalam PRU ) asalkan prinsip Islam Pas untuk menegakkan Negara Malaysia berlandaskan hukum Islam dapat dilaksanakan. Inilah “Nyawa Pas” kata Hadi.

Pas sanggup menentang sesiapa sahaja yang melawan prinsip yang Pas amalkan ini. Pas sanggup Syahid, malah jika ahli Pas menghadiri Mesyuarat Pas sekalipun dan mati ketika bermesyuarat maka ahli Pas sudah dianggap Syahid lebih afdhal jika mati dalam solat ketika sujud menghadap Allah (viral rakaman lobai Pas memberi tazkirah kepada ahli Pas) Hebat sekali darjat parti Pas.

Negeri yang Pas perintah adalah cuma Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi. Salah satu negeri termiskin yang ada diMalaysia. Jadi segala dasar parti Pas sememangnya selari dengan kemahuan rakyat diKelantan serta pemikiran rakyatnya sedikit tertutup pada waktu tersebut. Apatah lagi ketika itu bukannya dizaman kecanggihan IT dengan tiadanya bentuk hiburan dibenarkan malah panggung wayang keluarga juga diharamkan kononya tempat pembiakan maksiat, maka segala bentuk ceramah Pas menjadi medium hiburan utama bagi rakyat kelantan untuk menghilangkan kebosanan duduk diam diam dirumah. Ke sana ke sini… Ke sana ke sini……. diceramah Pas inilah anak anak muda Kelantan membanjirinya untuk mengisi masa lapang pada waktu malam. Apatah lagi, ceramah Pas tentang negara Malaysia yang sekular, kafir, korup, yang mengikut perlembagaan penjajah British yang kafir dan tidak mengikut hukum Islam ataupun isu seperti Malaysia mempunyai pusat kasino perjudian terbesar diAsean ataupun Kilang arak dibuka dilembah Klang serta dibiarkan arak dijual secara berleluasa kepada rakyat selalu didendangkan oleh tok tok jogho Pas kepada anak muda Kelantan dan diselitkan dengan kata makian, cercaan dan lawak jenaka serta diselang selikan dengan laungan kalimah Allah Maha Besar untuk menaikkan semangat audians. Ia juga umpama satu bentuk perkaderan sarkas parti Pas kepada anak muda Kelantan.

Bila sampai masa perlukan pekerjaan selepas keluar daripada university, maka anak anak muda kelantan ini akan mencari pekerjaan diluar Kelantan, kerana dikelantan tiada pekerjaan setaraf yang ada berdasarkan kelayakan profesional mereka. Maka yang cerdik pandai lagi berkaliber mula bekerja diluar Kelantan. Ini hakikatnya sehingga sekarang. Mereka ini digelar Perantau yang mengecapi pembangunan pesat diLembah Klang namun meninggalkan kemunduran kepada keluarga mereka diKelantan.

Sehingga kini, isu bekalan air paip seperti bewarna air kencing dialami oleh rakyat kelantan yang mengunakan khidmat AKSB. Malah ketiadaan air paip bersih masih belum ada bentuk solusinya sehingga menjejaskan pembangunan bersepadu diKelantan. Bukti yang jelas, adalah menyebabkan penutupan Hotel berjenama dunia bertaraf 6-star dalam bandar Kota Bharu.

Kononnya diatas alasan prinsip ingin menegakkan hukum hudud ini jugalah Pas telah mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada blok pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kononnya lagi Pas tidak bersetuju dengan alasan utama PR disebabkan negara Malaysia adalah negara majmuk, bukannya seperti di Brunei atau di Pakistan atau negara Arab yang 90% rakyatnya adalah Islam.

Halikatnya, itu adalah alasan budak sekolah pra-tadika semata mata. Ini kerana diSelangor, walaupun telah keluar daripada PR, Pas tetap bersama menerima gaji dengan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PKR demi kuasa/dunia seperti jawatan Exco Negeri, Ahli Majlis Perbandaran, lantikan diGlc kerajaan negeri seperti PKNS, lantikan sebagai tok penghulu/pengawa dan sebagainya. Bukannya disebabkan atas dasar dan prinsip parti Pas yang berjuang demi hukum hudud.

Setelah Pas merasa seronok dapat bersama memerintah sebuah negeri Selangor yang kaya raya sebagai pusat ekonomi negara, dimana Selangor mempunyai simpanan tunai melebihi rm3 billion dibawah pemerintahan PR ( untuk rekod, semasa Umno memerintah Selangor tiada simpanan malah defisit yang banyak dikumpul oleh kerajaan Umno) dibandingkan dengan negeri Kelantan yang miskin, maka pemimpin Pas mula merasai nikmat dan mencintai dunia, telah menjadi idaman bagi setiap pemimpin Pas serta ahlinya.

Maka lahirlah istilah “KING MAKER” oleh parti Pas. Demi kuasa, Mercedes-Benz dan laba dunia semata mata sehinggakan hudud, diumpamakan sebagai ‘nyawa’ Pas telah hilang didalam Manifesto parti Pas, edisi Pru-14. Namun waktu itu, imej Pas masih lagi bersih pada mata rakyat/perantau pantai timur dan kedah (negeri majoriti melayu) kerana Pas telah menipu pengundi kononya Pas tetap menentang Umno yang korup didalam Pru-14. Walaupun Pas menafikan, seramai 158 calonnya yang bertanding diparlimen adalah bertujuan untuk memecahkan undi kaum melayu (PH) serta memenangkan Umno. Namun Perancangan Allah Maha Agung, melebihi perancangan Hadi dan Jibby.

Sekarang, bilamana RM telah menguasai Pas maka sediki demi sedikit perjuangan Islam sebagai Addin telah dibuang oleh Pas. Kebanyakan larangan dahulunya , Pas sebagai jaguh ketika menjadi pembangkang, boleh dikatakan kesemuanya Pas sudah tidak melarangnya lagi. Adakah sekarang kalian ada mendengar pemimpin Pas atau Menteri Pas setelah menjadi kerajaan pusat sebagai pemerintah negara, mengesa atau memaksa kerajaan menutup pusat judi digenting, nombor ekor, penjualan arak secara terbuka di7 eleven/kedai 24 jam, penutupan kilang arak – malah Hadi tidak mengulas sedikit pun komen surat kebenaran Kerajaan untuk menjual arak dimusim MCO (secara rasmi telah menjadi khadam kafir MCA) , pusat urut pelacuran, pub disko, LGBT, mengharamkan riba malah ruu355/Hudud pun sudah dikuburkan oleh Hadi sendiri diTanjung Piai. Itu adalah sebahagian contoh perjuangan yang Pas dokong selama ini dihina sendiri oleh Hadi. Apatah lagi kononnya ahli Pas Memali Syahid ditipu oleh Hadi.

Mentaliti pemimpin Pas juga agak MEWA didalam urusan pentadbiran negara/negeri. Dimana pemerintahan dinegeri Pas pun caca merba. Arahan penutupan pawagam seperti dikelantan alasannya akan mendatangkan masalah sosial remaja, hotel yang tidak mengasingkan kolam renang lelaki dan perempuan, penutupan aurat dimedia utama atau iklan, pengasingan laluan lelaki dan wanita dikaunter pembelian pasaraya, tidak membenarkan wanita bekerja pada waktu malam, tidak boleh duduk bersebelahan dengan bukan muhrim dalam pengangkutan awam adalah nampaknya selari dengan gaya pemikiran Timbalan Menteri Pas, sehingga kan ditegur oleh Big Boss Pas sendiri iaitu MCA. Sedangkan dinegeri Pas yang lain dibenarkan pula larangan ini malah pemakaian bikini yang separuh bogel oleh pelancong asing pun dibenarkan oleh exco kerajaan negeri Pas atas alasan hak bukan Islam atau non muslim… …😛😛 Abisss tu yang Pas dok bising dulu sebab DAP bantah Hudud tu kenapa..Lagipun depa bukan non muslim pun seperti Pas selalu kata DAP tu kan kapir.. Dah memang hak depa la kan.

Nah sekarang, bila pemimpin Pas dah mula kelabu mata melihat dedak yang diberikan oleh jibby sebelum pru14, pemimpin Pas yang belum cukup puas dengan nikmat dedak Jibby, secara pelahap dan rakus pula untuk merasai nikmat Ghanimah. Demi keadilan kepada pemimpin Pas yang tiada tempat didalam kabinet kerajaan pusat maka Pas amat menantikan jawatan Pengerusi GLC pula seperti yang dijanjikan kepada Ahli Parlimen Pas selari dengan langkah Sheraton, umpama kata nitezen hari ini…masyukkkkkk..masyukkk 😜.

Rakyat sekarang yang cerdik sudah nampak lakonan Pas. Dahulu amat sukar untuk melihat lakonan drama Melayu pemimpin Pas kerana tiada bukti Pas sebegitu. Lagipun waktu itu Pas masih bersih sebagai Pembangkang yang tiada ujian material lagi daripada Allah Yang Maha Esa. Difikiran ahli Pas yang telah didoktrinkan pemimpin Pas adalah umpama Malaikat yang tiada satu pun cacat celanya. Lagipun menurut Pas Malaikat selalu turun untuk mengundi bagi pihak Pas. Malah jika dizaman Nabi ada, Nabi pun mungkin kalah jika nak dibandingkan dengan pemimpin Pas. Nabi tidak berbohong tapi pemimpin Pas boleh berbohong kerana dibenarkan dalam Islam, dalil Pas.

Itulah kelebihan pemimpin Pas. Ayat ayat Quran dipermainkan, dimanipulasikan demi menghalalkan cara tingkah laku pemimpin Pas. Umpama Al-Quran itu ekslusif atau diberikan khas buat parti Pas sahaja. Malah dakwa Hadi juga, parti Pas adalah “Parti Allah” seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 1986. Oleh itu, gesaan supaya semua ahli Pas memboikot akhbar rasmi kerajaan adalah supaya berita melibatkan pemimpin Pas dan parti Pas tidak diketahui oleh ahli Pas yang MEWA. Sebagai contoh, berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2001 dan akhbar Berita Harian pada tahun 2013 iaitu keputusan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu dan JAKIM yang telah bersetuju untuk mefatwakan “Amanat Hadi” adalah salah, songsang dan sesat tidak diketahui oleh majoriti ahli Pas.
Lagipun Hadi sendiri berkata ahli Pas sepatutnya tidak boleh cerdik daripada pemimpin Pas. Ahli Pas patut dilahirkan bodoh supaya senang nak minta derma Tin Milo. Ini diakui pula setelah Menteri Pas, sebagai Timbalan Presiden Pas sendiri menukarkan Kementeriannya sendiri dengan singkatan kepada nama MEWA, mengikut kamus Bahasa Melayu adalah BODOH.

Sekarang setelah Pas telah mempunyai kuasa sebagai Pemerintah di Putrajaya dan sebagai Menteri, sebagai CEO, sebagai Pengerusi GLC, sebagai lembaga pengarah GLC, sebagai mana mana lantikan politik nescaya dan pasti dan logiknya Pas akan mengikut tanpa bantahan kata Bigg Boss besar, mengikut kata Kapitalis, mengikut kata Sekular, mengikut kata Penjajah malah mengikut kata Pelabur yang menjanjikan komisen/syer, sudah pasti Hudud atau undang undang Islam yang ingin ditegakkan sebagai nyawa Pas akan dikuburkan. Kalau ada pun cuma wayang lakonan tok tok jogho Pas semata mata.

Kenapa ? Kerana Dunia kini sudah menjadi milik Pas, sebelum ini Pas adalah Fakir Miskin yang selalu mengkritik kerajaan.

Tinta Merah.
15 April 2020.

Top Glove Corporation Berhad Bukan Milik Negara Malaysia Lagi – GLC Bersama PN Kini Dalam Bahaya

1 GLC1 TNG UNTUNG1 PN JUal khazanah GLC

Semalam saya cover cerita Khazanah jual saham TNB.

Rupanya, hampir 3 minggu lepas (7 April) EPF juga jual saham dalam salah satu asetnya. Sekarang EPF bukan lagi pemegang saham terbesar dalam Top Glove Corporation Berhad. Syarikat tempatan yang merupakan syarikat sarung tangan paling besar di dunia.

https://www.theedgemarkets.com/article/epf-exits-top-glove-hartalega-substantial-shareholder

Tup tup lepas jual dan kerajaan hilang pegangan terbesar, semalam Top Glove punya saham naik mendadak. Lagi tinggi dari harga yang EPF jual hari tu.

https://www.theedgemarkets.com/article/rubber-glove-makers-gain-hartalega-top-glove-and-supermax-scale-alltime-highs-after-mco

Elok2 EPF boleh buat untung lagi banyak, dijualnya secara pra-matang. Adakah ini strategi jualan aset Kerajaan sekarang?

Walaupun syarikat sarung tangan sekarang punya la strategik. Lagi berharga dari syarikat lain seperti lapangan terbang.

https://www.theedgemarkets.com/article/glovemakers-now-more-valuable-casino-airport-operators

EPF rugi. Kalau pegang lagi mungkin harga akan naik lebih tinggi.

Yang pelik Menteri Ekonomi PN cakap:

“Sekarang bukan masa baik untuk menjual aset negara bagi mendapatkan wang tunai untuk pemulihan ekonomi.

Pada pandangan peribadi saya, jualan aset bukan perkara baik untuk dilakukan ketika ini kerana harganya, sudah tentu, sangat rendah”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/24/sekarang-tak-sesuai-jual-aset-negara-kata-mustapa/

Kenapa MOF tak bincang dengan EPU? Jual aset negara yang diratibkan dulu.

Wallahu a’lam.
Liyana Marzuki

The Edge Markets (https://www.theedgemarkets.com/article/epf-exits-top-glove-hartalega-substantial-shareholder)
EPF trims stake in Top Glove and Hartalega as share prices soar
KUALA LUMPUR (April 14): The Employees Provident Fund (EPF) has ceased to become a substantial shareholder in Top Glove Corp Bhd after disposing of 3.08 million shares in the rubber glove manufacturer.According to Top Glove’s filing with Bursa Malaysia, EPF ceased to be a substantial shareholder in Top Glove last Tuesday (April 7).Interestingly, the EPF had also ceased to be a major shareholder in rival glove maker Hartalega Holdings Bhd on Jan 23 this year after selling 4.1 million

ROHINGYA BANGSA PALING MALANG DI DUNIA

1 ROHINGYA C

*ROHINGYA BANGSA PALING MALANG DI DUNIA*

Sudah nasib etnik Rohingya satu bangsa yang diakui oleh PBB bangsa yang paling malang dan paling tertindas di dunia.

Namun mereka adalah satu satunya bangsa di dunia yang seluruh penganutnya adalah muslim kecuali yang telah dimurtadkan. Ini kelebihan mereka. Mereka adalah muslim bermazhab Hanafi.

Dahulu mereka adalah bangsa muslim yang hebat mempunyai kesultanan dan kedaulatan sehingga tertubuhnya kerajaan Islam Arakan sehingga mampu membantu kerajaan Islam Uthmaniah di Turki.

Justeru kerajaan Turki sangat menghargai banga Rohingya ini dan Turki lah negara yang banyak membantu Rohingya, menyalurkan bantuan kemanusiaan dan mempertahankannya dalam krisis pelarian sejak tahun 2017. Turki terhutang budi dengan Rohingya dan Arakan.

Mengikut sejarah asalnya negara Pakistan, sebahagian India, Bangladesh dan Arakan adalah suatu daulah yang kukuh ( Kerajaan Islam Arakan ). Strategi British pecah dan perintah telah memisahkan Arakan dan masukkan dalam Burma/Myanmar. Maka jadilah bangsa Rohingya kumpulan etnik minoriti Islam di Burma yg mendiami Arakan

Arakan telah ditukar nama oleh Burma menjadi Rakhine State. Diburukkan lagi dengan Kerajaan Burma budha tidak iktiraf bangsa Rohingya jadi warga negara Burma dan tidak keluarkan sijil dan kad kerakyatan. Justeru mereka dinafikan hak asasi warganegara yang sah. Jadilah mereka bangsa tanpa negara dari sudut undang2 dunia.

Tanah Arakan yg mereka duduki sejak sekian lama adalah tanah yang sangat strategi dan kaya dengan hasil bumi termasuk petroleum, gas, galian berharga. Kerana mereka mundur mereka tidak mampu eksploitasikan hasil kekayaan bumi ini.

Inilah yg menjadi perhatian kerajaan Burma untuk mengaut dan usahakan hasil bumi yg ada. Tetapi juga masih tidak upaya tanpa bantuan Syarikat pelaburan gergasi. Makanya China bersetuju melabur disini dan sudahpun menjalankan projek raksaksanya membuatkan Myanmar terpaksa tunduk kepada China.

Sekiranya projek gergasi mengaut hasil ini berjalan dan berjaya pasti orang Rohingya akan dapat faedah dan turut termaju sosio ekonomi dan budayanya. Hanya kerana mereka muslim, mereka mesti di nyahkan dari bumi Arakan secara paksa dan memasukkan lebih ramai etnik lain beragama budha ke Arakan. Strategi sama yg diamalkan oleh China bagi menghapuskan etnik Muslim Uyhgur di Xinjiang. Rupanya China adalah penasihat kepada kerajaan Burma.

Bangsa Rohingya asal dari Arakan tidaklah seburuk yang disangkakan. Buktinya jika siapa yang pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan dan berada dalam komuniti mereka tidak pernah rasa terancam. Mereka bukan primitif yang melihat orang asing seperti hidangan untuk diratahkan.

Roh kedaulatan dan Izzah Islam masih mengalir dalam darah dan denyut nadi mereka. Disebabkan inilah mereka diburu dengan zalim dan dilenyapkan atas muka bumi Arakan yang menjadi tanah air mereka sejak tahun 1940 an lagi.

Polisi junta tentera Burma yang menganut budhist ekstremis telah menjalankan strategi penghapusan etnik atau genosid sejak sekian lama. Strategi mereka ialah musnahkan Al Quran, musnahkan masjid, bunuh tangkap dan seksa ulama dan hapuskan sekolah agama.

Mereka diburu dan dihalau kerana mereka MUSLIM. Sekian lama mereka hidup dalam ketakutan dan terkongkong. Akhirnya membentuk budaya hidup negatif dan cara berfikir termasuklah jahil, penakut, pengotor, pembelit dll.

Setelah sumber kekuatan ummah dilenyapkan dari mereka maka jadilah mereka bangsa yang malang dan bodoh. Tiada lagi ulama nak menjadi juru bicara dan pembela, masjid sudah dimusnahkan, institusi pendidikan agama di hapuskan. Semangat jihad dan melawan dalam diri mereka terus padam. Tiada ilmu jihad dan syahid dalam kehidupan mereka.

Justeru bila berlakunya serangan ganas tentera burma dan ekstrimis Budha pada tahun 2017 mereka tidak melawan jauh sekali nak berjihad untuk.mati syahid spt yg berlaku di Palestin. (Tidak blh disamakan ). Mereka rela melarikan diri ke negara jiran Bangladesh dan keluar melalui jalan laut. Jika tidak mahu dibunuh jalan selamat bagi mereka ialah murtad dan tinggalkan Islam masuk hindu atau Budhist. Kerja di kuil dan tokong.

Keberadaan mereka di Malaysia ini sejak tahun 70 an lagi telah merubah sedikit sebanyak cara hidup mereka dengan persekitaran sosio budaya Malaysia yang jauh lebih baik berpuluh tahun dari mereka.

Mereka datang dan awalnya bekerja sebagai buruh dan kuli. Akhirnya ada yang telah berjaya membina kekayaan dan.menguasai ekonomi setempat. Itu hasil dari kesungguhan mereka. Namun ada yang lupa daratan dan menunjukkan ego nya setelah mereka ramai dan kuasai. Lihat apa yg berlaku di Pasar Borong Selayang.

Keberadaan mereka juga tidak disenangi penduduk tempatan kerana mungkin sikap.mereka yang negatif seperti di utarakan oleh netizen. Benar, kerana kejahilan dan asobiyah bangsa mereka menjadi mereka bebanan kepada kerajaan. Rupa fizikal mereka juga kurang menarik, wajah yang kelat. Bayangkan jika mereka seperti orang Korea atau hindustan. Mungkin persepsi orang Malaysia tidak seburuk ini.

Dengan insiden yang berlaku di Pasar Borong Selayang dan kehadiran bot bot membawa pelarian dalam tempoh pandemik Covid19 dan PKP serta tuntutan tak masuk akal dari Ketua komuniti yang mendakwa mewakili masyarakat Rohingya di Malaysia telah membuat warga Malaysia berasa hati dan marah sangat hingga keluar kutukan dan cacian yang keterlaluan dan emosional yg tidak sepatutnya hingga hilang akhlak sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW.

Dalam hubungan ini saya dan rakan2 NGO selaku insan yang telah melibatkan diri dalam isu kemanusiaan sejagat sejak sekian lama sangat simpati dan sedih dengan apa yg berlaku. Tidak ramai yang simpati berbanding ramai yang mengutuk.

Kita bersyukur kita tidak diuji dengan ujian hidup yang berat seperti mana mereka sedang diuji dengan ujian begitu berat. Apakah bala buat mereka hanya Allah yang mengetahui.

Tetapi kita jangan bersikap mendahului Allah, Rasul, Ulul Amri dan Ulama dalam membuat hukuman dan pendirian. Kita serahkan kepada kebijaksanaan pihak berkuasa untuk menangani isu ini.

Harus diingat Allah jadikan bangsa dan kaum berjenis-jenis untuk tujuan apa. Bukan untuk dimusuhi seolah mereka bangsa celaka yang tidak patut diberi simpati langsung. Allah itu Maha Adil dan bijaksana.

Sebaiknya kita berlapang dada dan sabar dalam menghadapi isu ini. Tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan kerana kerajaan.masih ada kemampuan untuk tangani mereka yang ekstrimis dan besar kepala ini.

Warga China yang masuk ke Malaysia secara halal dan diberitakan tidak pulang kembali lebih mengancam keselamatan negara. Ini dibuktikan dengan terbongkarnya jenayah kad pengenalan palsu yang lebih merbahaya. Dengan wajah mirip warga cina tempatan tidak mustahil mereka miliki hak mengundi.

Bangsa Rohingya juga ada sumbangan walaupun kecil. Setidak-tidaknya mereka adalah muslim yang Allah iktiraf orang muslim itu adalah bersaudara walau iman mereka tipis. Siapakah kita yang nak mengutuk dan membenci makhluk yang Allah jadikan dan takdirkan.

Berpada-padalah dalam menunjukkan perasaan jangan sampai kita tidak berlaku adil dan berlagak Tuhan yang maha menghukum. Yang baik dan jurus lebih ramai berbanding yang ekstrim. Jangan pukul sama rata sahaja.

Keberadaan mereka juga perlu dihargai bagi mengisi pasaran dan pekerjaan buruh di tapak binaan, kilang kilang, pekerja Alam Flora, kuli angkat ikan di jeti ikan dan lain lain. Malah ada yang lebih mulia pemakmur rumah rumah Allah walau mazhab mereka berbeza. Jika tiada mereka bersediakah warga tempatan orang Melayu nak buat kerja begini.

Berlaku adil jugalah kepada warga Malaysia yang simpati dengan mereka dan cuba membela atas dasar agama dan kemanusiaan. Jangan turut dikutuk pulak seolah lebih Rohingya dari Rohingya.

Begitu juga NGO-NGO yang ikhlas membantu. Hanya mereka yang terlibat secara langsung dengan isu kemanusiaan dapat lebih merasai denyut nadi penderitaan mereka yang sangat sadis ini dan bukan kehendak mereka demikian. Mereka diuji dengan ujian yang sangat berat.

Jika diberi pilihan mereka ingin kembali kenegara asal mereka di Arakan walau hujan batu di negara sendiri berbanding hujan emas di negara asing. Tetapi harus difahami negara Burma tetap bersikap keras sesuai lah dengan kekafiran mereka tanpa pedulikan desakan antarabangsa. Pulang mereka ke negara asal mereka bererti pulang untuk dikuburkan tanpa nisan.

Rumusannya. Sama samalah kita berlapang dada dan berfikiran positif. serahkan kepada kebijaksanaan Kerajaan untuk tangani isu ini dengan sebaiknya. Keberadaan mereka sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa.

Kita harapkan semoga perkara yang negatif dan menjadi bebanan kepada rakyat dan negara dapat diatasi dengan baik hasil kerjasama semua pihak.

Maksud Firman Allah.
Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Al Hujurat 13.

Asas kemuliaan di sisi Allah adalah yang paling TAQWA. Apakah kita boleh mendabik dada kita lebih baik dan taqwa dari mereka orang Rohingya sedangkan kita belum diuji oleh Allah.

Allah telah berfirman bermaksud:
“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?”
Al-Ankabut:2-3

Lupakah kita dengan sikap luar biasa orang Ansar yang menerima orang muhajirin Mekah dalam peristiwa Hijratul Rasul sehingga Allah dan Rasulnya memberi sanjungan yang sangat tinggi akan persaudaraan dan ukhuwah ini.

Semoga kita menjadi Warga Ansar Malaysia yang terbaik dan berkasih sayang sesama insan. Nak tunjuk dan luah perasaan silakan tapi jangan sampai mengutuk sesama insan ciptaan Allah yang maha mengetahui. Terima kasih kepada warga yang masih simpati.

Maaf jika ada tersilap fakta, mohon diperbetulkan.

Kekalkan mood PKP dan banyakkan doa moga Allah pelihara kita semua dari wabak dan buruk prasangka ini.

#Prihatin
#Kasih Sayang
#Pemurah

Hj Abd Bashir B Abd Ghani
Biro Misi Kemanusiaan
NGO HALUAN Malaysia.
23 April 2020