JAWI LAKSANA PERNIKAHAN ONLINE PERTAMA DI MALAYSIA HARI INI

KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini melaksanakan Majlis Akad Nikah satu pasangan pengantin secara atas talian (online), yang pertama di Malaysia, ekoran kekangan pergerakan akibat wabak COVID-19.

Majlis pernikahan pertama secara online melalui sidang video itu membabitkan pasangan pengantin, Muhammad Don Haadi Don Putra, 29, dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, disempurnakan dalam sekali lafaz.

Majlis diadakan di rumah pengantin perempuan di Bandar Baru Wangsa Maju, Setapak, manakala pengantin lelaki pula berada di Setiawangsa pada jam 10.10 pagi tadi.

Bapa pengantin perempuan, Mohd Sharif Khamis menjadi wali pernikahan dengan kehadiran saksi.

Majlis bersejarah yang turut disiarkan menerusi Facebook Live Berita AlHijrah itu disaksikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Majlis nikah online itu selaras dengan ketetapan terbaru JAWI pada 17 April lalu yang memberi kelonggaran kepada pasangan yang memperolehi Kebenaran Berkahwin daripada JAWI untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video (video conference) berdasarkan garis panduan dan borang permohonan ditetapkan.

Antara negara melaksanakan nikah online ekoran penularan wabak COVID-19 adalah Emeriyah Arab Bersatu (UAE).

Kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac lalu hingga 28 April depan bagi mengekang penularan COVID-19 di negara ini. — AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

JAWI LAKSANA PERNIKAHAN ONLINE PERTAMA DI MALAYSIA HARI INI

ISU ROHINGYA PERLU DITANGANI DENGAN BIJAKSANA – DR ZULKIFLI

KUALA LUMPUR: Isu Rohingya yang menggusarkan masyarakat Malaysia ketika ini perlu ditangani dengan bijaksana.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, isu itu perlu dilihat secara menyeluruh.

Tanpa menyatakan sama ada masyarakat perlu membantu atau menolak etnik Rohingya, Zulkifli berkata isu Rohingya tidak boleh difahami melalui satu naratif atau perspektif sahaja

“Dalam hal seperti ini, kebijaksanaan dalam menguruskan adalah amat penting. Saya melihat isu ini, lebih kepada isu bagaimana situasi yang berlaku di Malaysia ketika seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil seperti biasa yang memerlukan kekangan yang cukup jelas.

“Kita tengok apa yang berlaku di negara ini dengan adanya tempat yang dikuarantin begitu ketat dek kerana wabak (COVID-19) menular.

“Maka, saya melihat dalam isu seperti ini langkah diambil itu ditimbang dalam dua keadaan yang mungkin amat sukar, tapi saya yakin akan ada penyelesaian yang terbaik. InshaAllah,” katanya kepada AlHijrah Online di Pusat Penyiaran Digital TV AlHIjrah, Kompleks Pusat Islam di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kegusaran masyarakat Malaysia mengenai tindakan pihak berkuasa menghalang kemasukan bot pelarian Rohingya minggu lalu bagi menjaga sempadan dan mengekang penularan COVID-19.

 “Apa berlaku sekarang ini, kita fahami situasinya yang cukup mencabar. Dengan mana berlaku kemasukan perlu dikuarantin dan seumpamanya,” kata menteri agama itu.

Dalam insiden minggu lalu, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dilaporkan menghalang kemasukan bot yang sarat dengan pelarian Rohingya sebelum mengiringinya ke luar perairan negara selepas membekalkan makanan atas dasar kemanusiaan.

Isu Rohingya bagaimanapun mengundang sentimen negatif masyarakat apabila ada segelintir pihak di media sosial membakar kebencian umum dengan mengaitkan insiden berlaku di perairan negara dengan dakwaan merbahaya kononnya etnik Rohingya yang berada di Malaysia menuntut hak kerakyatan.

Isu itu menyebabkan rakyat Malaysia, termasuk umat Islam, memberikan pandangan berbeza serta berpecah dua kepada kelompok menentang dan kelompok mahu membantu etnik Rohingya.

Terdahulu, Zulkifli turut melancarkan aplikasi Spotify TV AlHijrah yang menawarkan lebih 200 kandungan audio Islamik dalam usaha stesen TV itu mendekati audiens di dalam dan luar negara.

Hadir sama adalah Ketua Pegawai Eksekutif AlHijrah Media Corporation (TV AlHijrah), Namanzee Harris.

Ditanya mengenai Ramadan, Zulkifli berpesan agar umat Islam menjadikan bulan Ramadan sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah swt. – AlHijrah Online/ Syed Azwan Syed Ali

ISU ROHINGYA PERLU DITANGANI DENGAN BIJAKSANA – ZULKIFLI

EBIT LEW MENANGIS BERI KETERANGAN DI BUKIT AMAN

Foto Facebook Ebit Lew

KUALA LUMPUR: Pendakwah terkenal, Ebit Lew berkata beliau tidak lagi akan membantu secara langsung golongan kurang berkemampuan.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas beliau dipanggil memberikan keterangan kepada polis di Cawangan Khas Bukit Aman hari ini.

Ia susulan laporan polis dibuat beberapa pihak yang tidak menyenangi cara Ebit menghulurkan bantuan kepada petugas barisan hadapan dan golongan kurang berkemampuan yang tular baru-baru ini.

“Saya minta maaf pada semua yer. Atas nasihat, setakat ini sahajalah saya berkhidmat pada semua secara langsung.

“Saya cuma akan transfer duit pada orang susah. Saya teruskan dari rumah sahaja. Jangan tag saya lagi kes orang susah. Nanti habis PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) baru saya cuba bantu,” katanya dalam entri terbaru di Facebook beliau hari ini.

Ebit memberitahu beliau menangis ketika memberi keterangan siang tadi kerana terlalu penat.

“Cuma nak menangis pada Allah. Entahlah. Tersandar rasa. Rasa penat sangat. Walau saya ada kebenaran untuk memberi bantuan,” katanya.

Pendakwah terkenal yang aktif menyampaikan bantuan sepanjang musim PKP dan berkongsi kerja kebajikannya di media sosial itu turut meminta maaf andai tindakannya menyusahkan mana-mana pihak.

“Andai saya menyusahkan sesiapa saya minta maaf. Saya memang tak boleh tengok orang tidur atas najis atau tepi jalan.

“Lebih seratus orang dah saya bayar penginapan dan tempat tinggal. Cuma beberapa kes tu saya kongsikan dengan kawan di media FB saya. Saya pun tak niat nak viral apa ke,” katanya.

Ebit berkata beliau bersyukur pada Allah swt kerana rezekinya melimpah ruah dan boleh berkongsi dengan mereka memerlukan.

“Saya belanja duit saya sendiri dari dulu lagi untuk bantu orang di mana-mana. Masa PKP ini dah berjuta habis. Duit simpanan saya sendiri dah sejuta ringgit saya belanjakan.

“Sekarang ramai juga mula bersama dalam kerja membantu & menyelamatkan mereka yang dalam kesusahan termasuk frontliner,” katanya.

Ebit turut meminta maaf kerana menjadikan media sosial sebagai medan untuknya berkongsi rasa kasih sayang dengan semua.

“Saya tak salahkan sesiapa. Saya bukan ahli politik. Saya bukan sesiapa. Cuma cina Islam yang sayangkan Islam dan negara Malaysia,” katanya. — AlHijrah Online

POLIS TERIMA LAPORAN KENAMAAN LANGGAR PKP

1 LANGGAR PKP1 PKP KKM 21 PKP KKM1 TIM MENTERI KENDURI

PUTRAJAYA: Polis menerima laporan berhubung golongan kenamaan yang tidak mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan tiada mana-mana pihak yang mengatasi undang-undang.

“Untuk sesiapa sahaja, tiada siapa boleh atasi undang-undang dan saya difahamkan sudah ada laporan polis dibuat,” katanya dalam sidang media harian PKP yang disiarkan stesen TV tempatan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas ketidakpuasan hati orang awam terhadap aktiviti beberapa kenamaan yang dilihat melanggar PKP.

Ismail Sabri berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk melakukan tindakan yang sewajarnya.

Beliau turut memaklumkan seramai 1,565 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan PKP.

Ismail Sabri menggesa semua pihak mematuhi arahan dikeluarkan bagi memastikan negara ini bebas Covid-19 dan PKP dapat ditamatkan. — AlHijrah Online/ Zaim Zamani

POLIS TERIMA LAPORAN KENAMAAN LANGGAR PKP

Covid-19 : Pejuang ‘melayu’ terdiam kerana dua hero berbangsa cina ini

Covid-19 : Pejuang ‘melayu’ terdiam kerana dua hero berbangsa cina ini

 

Dua Hero Berbangsa Cina DiKala Musibah COVID19

Pada musim Covid-19 ini kita dapat lihat bagaimana Allah SWT menunjukkan pada pejuang-pejuang politik bangsa yang suka jerit ‘Hidup Melayu’, yang suka main sentimen perkauman, yang suka kecam bangsa Cina disebabkan politik.

Allah hantar 2 orang bangsa Cina ini sehingga dipandang mulia. Sehingga ada yang kuat perjuangkan bangsa, hari-hari ‘up’ di facebook mereka 2 orang bangsa Cina ini sebagai hero mereka.

Harap mereka sedar bahawa ada apa dengan bangsa. Manusia dipandang mulia oleh Allah SWT kerana amal dan takwa bukan kerana bangsa.

Mahathir vs Muhyiddin : Siapa akan pecat siapa?

Mahathir vs Muhyiddin : Siapa akan pecat siapa?

Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad mengesahkan beliau akan duduk di barisan pembangkang dalam sidang Parlimen yang bermula 18 Mei depan.

Tun Mahathir menjelaskan, Bersatu kini sudah terpecah dua dan beliau yang tidak menyokong kerajaan tidak boleh duduk di barisan yang sama dengan kerajaan.

“Pihak yang menentang kerajaan tidak boleh duduk bersama dengan pihak kerajaaan.

“Jadi, ia harus duduk di kalangan pembangkang bersama-sama dengan Pakatan Harapan (PH) tetapi bukan sebagai anggota PH,” katanya lagi.

Dengan keadaan ini, ia bukan saja meletakkan Tun Mahathir buat pertama kali duduk di barisan pembangkang di Parlimen dalam karier politiknya, tetapi juga menjadikan kedudukan Bersatu sesuatu yang unik.

Sementara Tun Mahathir sebagai Pengerusi Bersatu duduk di barisan pembangkang, sebaliknya Muhyiddin Yassin sebagai Presiden Bersatu pula duduk di barisan kerajaan sebagai Perdana Menteri.

Begitu pun, oleh kerana Tun Mahathir bukan merupakan ahli mana-mana parti dalam PH, keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang tidak akan menjadikannya sebagai Ketua Pembangkang.

Dalam hal ini, PH hampir pasti akan mencalonkan Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Port Dickson sebagai Ketua Pembangkang.

Namun demikian, tindakan Tun Mahathir memilih untuk duduk di barisan pembangkang dipercayai akan mengundang risiko kepada kedudukan dirinya sebagai ahli dan Pengerusi Bersatu.

Sumber yang dekat dengan Bersatu memaklumkan, dengan keputusan Tun Mahathir itu bermakna beliau sudah dianggap melanggar disiplin parti di mana sebelum ini Bersatu sudah pun membuat keputusan untuk meninggalkan PH untuk bersama-sama dengan PN membentuk kerajaan baru.

Sehubungan itu, kata sumber tersebut lagi, Lembaga Disiplin Bersatu yang dipengerusikan oleh Megat Najmuddin Megat Khas dijangka akan mencadangkan dalam waktu terdekat kepada parti agar tindakan disiplin diambil terhadap Tun Mahathir.

“Tindakannya mungkin dipecat atau digantung keahlian,” tambah sumber itu lagi.

Persoalan di sini, apakah Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong Tun Mahathir akan turut memilih duduk di barisan pembangkang juga?

Jika mereka memilih duduk bersama pembangkang, bererti mereka juga mungkin akan diambil tindakan disiplin yang sama seperti Tun Mahathir iaitu sama ada dipecat atau digantung keahlian.

Dalam erti kata lain, kalau itu yang berlaku, semua mereka, termasuk Tun Mahathir dan Mukhriz akan terhalang dengan sendirinya daripada terlibat dalam pemilihan Bersatu yang dijangka diadakan selepas 30 Jun nanti.

Apakah ini bermakna Muhyiddin akan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu dan parti itu terus dikuasai sepenuhnya oleh beliau selepas ini?

Melihat situasi yang mungkin berlaku ini, apakah Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko tindakan disiplin boleh diambil terhadapnya dengan keputusannya untuk duduk di barisan pembangkang itu?

Sebagai orang yang cukup masak dengan sepak terajang politik, bahkan juga banyak kali menang berbanding kalah dalam apa juga pergelutan kuasa sebelum ini, ternampak mustahil Tun Mahathir tidak sedar tentang risiko itu.

Jika begitu, apakah ini bermakna Tun Mahathir sengaja menunggu agar Muhyiddin mengambil sesuatu tindakan disiplin terhadapnya kerana beliau memang ada perancangan atau perangkap lain yang sedang dipasangnya terhadap Perdana Menteri?

Atau mungkinkah Tun Mahathir sekali lagi akan menubuhkan sebuah parti baru selepas beliau disingkirkan daripada Bersatu?

Sumber : https://shahbudindotcom.net/2020/04/21/apakah-muhyiddin-akan-pecat-mahathir-atau-mahathir-memang-mahu-dirinya-dipecat.html

Mahathir vs Muhyiddin : Siapa akan pecat siapa?

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri Adalah Khadam Umno ?

 

Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri, dakwa ahli Umno

Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri, dakwa ahli Umno

Sebelum ini saya memang mengikuti rapat akaun IG Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad Al Bakri. Kini telah dilantik menjadi Menteri di JPM.

Walaupun adakala posting-postingnya kelihatan poyo, jumpa orang politik itu ini termasuk Lim Guan Eng, saya tidak menjadikan ianya satu masalah. Kerana saya mahu mengambil ilmu-ilmu yang beliau kongsikan.

Sewaktu Azmin Ali dilanda krisis video Sandakan, beliau menulis surat nasihat kepada Azmin, ala-ala Yusuf Qardhawi menulis surat kepada Anwar Ibrahim, saya juga tidak menjadikannya satu masalah. Kerana kandungan surat beliau umum. Tidak memihak.

Bagaimanapun, saya mula hilang hormat kepada beliau apabila timbul kes Datuk Seri Najib bersumpah dalam Masjid Kg Baru atas fitnah terhadap dirinya membunuh Altantuya.

Sebelum bersumpah, DSN telah mengumumkan beberapa hari lebih awal apa yg akan dilakukan beliau. Selepas DSN bersumpah, atas nama Mufti WP beliau mengeluarkan kenyataan media yang mengatakan sumpah laknat tiada dalam perundangan islam dan meminta JAWI menggubal peraturan untuk menghalang Masjid digunakan sebagai tempat bersumpah.

Saya bukan hendak minta beliau memihak kepada DSN. Tetapi sebagai Mufti dan Agawan, sepatutnya dalam masa yang sama beliau mengeluarkan satu kenyataan umum tentang fitnah yang dilemparkan terhadap DSN. Jika kepada Azmin beliau boleh mengeluarkan surat nasihat, mengapa tidak boleh beliau mengeluarkan surat yang sama kepada DSN ? Di situ kita boleh melihat bagaimana beliau memihak kepada pihak mana yang ada kuasa. Agamawan tulen tidak akan bersikap begitu. Agamawan tulen tidak akan takut kepada sesiapa.

Dulu saya tidak menyukai MAZA. Kerana terlalu banyak mengeluarkan kenyataan berbentuk politik. Akan tetapi MAZA jenis balun semua. PAS,UMNO,PKR,PPBM,DAP, semuanya beliau balun.Pihak yang ada kuasa, pihak yang tiada kuasa, pun semua beliau balun sapu bersih. Beliau tidak takut dan tidak memihak. Itu lbh baik. Ura-ura mengatakan MAZA akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan. Tahniah jika benar.

Berbalik cerita sumpah laknat DSN, Tup…tup…lepas dua bulan DSN bersumpah laknat, hujan tidak, ribut tidak, tiada undi tidak percaya di Parlimen, tiada gerombolan rakyat di jalan raya, tiba-tiba kerajaan yang memfitnahnya runtuh dan hilang kuasa. Wujud sebuah kerajaan baru, tup…tup…Mufti Wilayah dilantik jadi menteri. Rezeki…Adakah ini satu bencana kerana sumpah DSN terhadap pihak yang memfitnahnya atau satu kebetulan ? Hanya Allah yang mengetahui.

Nota : Sepanjang berseteru dalam politik dengan DSN, TSMY tidak pernah menyerang DSN dengan kes Altantuya.

Sambung kisah Zulkifli Al Bakri, ada orang kata TSMY melantiknya sebagai menteri atas kuota orang-orang Azmin Ali. Wallahualam…

Tak mengapa beliau dilantik menteri atas kuota apa sekalipun. Tetapi apabila telah menjadi menteri, situasi anda telah berubah. Anda bukan lagi tok guru atau mufti. Anda adalah anggota pentabiran. Tidak boleh lagi hendak jadi seperti mufti atau tok guru.

Pagi ini apabila saya membuat satu posting berhubung satu kenyataan media dlm Bahasa Arab yang menggunakan kepala surat rasmi kerajaan. Ada yang mempertikaikan dan kata kenyataan dlm BM telah dikeluarkan, ianya tidak salah dan bermacam2 alasan lain.

Memang tidak salah. Di Malaysia bahasa rasmi kita adalah Bahasa Malaysia. Cukuplah dikeluarkan yang dalam BM. Mengapa perlu lagi hendak dibuat dalam Bahasa Arab menggunakan kepala surat rasmi kerajaan ? Memang tak salah , tetapi pentadbiran itu kelihatan kurang kemas dan caca marba. Sepertimana Lim Guan Eng keluarkan kenyataan media guna kepala surat kerajaan dalam Bahasa Cina.

Sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah lagi, saya perhatikan pasukan propaganda beliau sangat bijak bermain media sosial untuk membeli hati orang ramai dan mempopularkan beliau. Sebagai orang yang telah biasa bermain dengan propaganda saya bukan naif untuk memahaminya. Tetapi ada kalanya pasukan propaganda beliau over kill. Setakat ini propaganda mereka berjaya dan bos mereka berjaya diangkat menjadi seorang menteri.
Pasukan propaganda beliau cuba untuk meniru dan mempotretkan bos mereka seolah-olah Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz.

Berbalik kepada hujah saya diatas, iaitu pentadbiran kelihatan kurang kemas. Ada beberapa gambar dalam IG beliau (blue thick), yang memaparkan beliau mengadakan perjumpaan dalam keadaan bersila di atas kerusi. Termasuk dgn agensi yang dibawahnya. Malah lebih parah lagi dalam keadaan berkaki ayam. Mesyuarat pasca kabinet pun berkaki ayam. IG dapat diakses di seluruh dunia. Itu memang tak salah. Tetapi inilah yg dikatakan anggota pentadbiran kelihatan kurang kemas. Itu urusan rasmi lah…kena pandai beza.

Sejak beliau menjadi Menteri Agama, saya perhatikan cara dan gaya beliau seolah-olah beliau masih lg Mufti WP. Beliau kini menteri yang jaga satu Malaysia. Bukannya terhad jaga WP dan Terengganu sahaja. Skop tugas dan tanggungjawab lebih luas. Banyak perkara-perkara dasar yang perlu dibuat dan diperbetulkan. Apatah lagi dalam negara berkeadaan begini sekarang. Nak kuliah boleh, tidak menjadi masalah. Sekali sekala boleh lah. Tugas kuliah itu diberikan kepada orang lain atau Ustaz Azhar Idrus pula. Ustaz2 dan guru2 lain nak ambil tugas anda sebagai menteri tidak boleh.

Saya tidak tahu apa pendapat anda. Tetapi bagi saya, saya mengatakan beliau tidak akan boleh pergi jauh. Mungkin atas sedikit dari Mujahid. Dan yang akan membawa kerosakan kepada beliau saya ramalkan adalah pasukan propaganda beliau sendiri. Saya tidak mahu menyentuh soal fahaman apa yang beliau bawa sepertimana yg diperkatakan oleh warga maya. Saya baik dgn semua melainkan syiah atau ajaran sesat.

Yang kasihan adalah TSMY. Beliau disenangi oleh semua pihak. Termasuk oleh rakan2 tabligh dan guru2 pondok. Saya bimbang satu hari nanti TSMY kehilangan sokongan pihak2 itu.

Dulu kita marahkan DAP kerana tidak guna bahasa rasmi negara di kepala surat kerajaan. Hari ini kita pula yang buat. Dulu kita gelakkan kerajaan PH kerana tidak ada kumpulan whatsapp untuk berbincang sebelum sesuatu kenyataan dikeluarkan. Sekarang dlm kerajaan kita pula yang buat. Dulu kita gelak pemimpin PH kerana menteri mengunjungi sesama menteri. Sekarang ini dalam kerajaan kita juga berlaku. Saban masa ada saja menteri dan timbalan menteri pergi mengunjungi Menteri Agama kita. Pandangan apa yang mereka nak minta pun tak tahu. Beliau pun baru kali pertama jadi menteri. Jika nak bincang masalah COVID, bukankah ada mesyuarat jawatankuasa dan mesyuarat kabinet ? Ah hasilnya jadilah kisah Khalid Samad berkunjung ke pejabat Mat Sabu.

Sebab itu saya katakan, pasukan propaganda beliau bekerja kuat, untuk mempotretkan beliau seperti Allahyarham Dato’ Nik Abdul Aziz. Tak mengapa, teruskan. Jika pasukan propaganda beliau melihat tulisan saya ini sebagai satu tuduhan jahat, satu pembohongan, mereka boleh mengecam dan memilih jalan untuk menyerang saya kembali. Akan tetapi jika mereka melihat ianya satu kritikan, mungkin mereka boleh memperbaikinya. Saya tidak rugi apa2.

Kita sebagai kerajaan yang saya maksudkan di perenggan atas adalah UMNO. Sebab saya ahli UMNO. Kerajaan yang terbina hari ini adalah juga disumbangkan UMNO. Malah UMNO penyumbang kerusi terbesar untuk terbentuknya kerajaan PN. Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri.

Sumber :

Tanpa UMNO Zulkifli Al Bakry pun tidak akan menjadi menteri, dakwa ahli Umno

 

Ramadan dan Kebangkitan Umat Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria, Pengerusi JK Tarbiah Pusat

1 RAMADHAN BRKH

Bagaimana Ramadan membina umat Islam hingga mereka layak menjadi anasir penting untuk kebangkitan umat? Untuk memahami persoalan di atas, kita mesti merujuk kepada sisi sejarah penting sekitar kefardhuan puasa Ramadan.

Bila puasa telah difardhukan? Puasa Ramadan di- fardhukan kepada umat Islam pada 2hb Sya’ban tahun kedua hijrah. Pada bulan yang sama juga telah difardhukan empat
perkara penting iaitu:
1. Fardhu puasa Ramadan.
2. Kewajipan zakat..telah difardhukan di Mekah, tetapi belum ditentukan nisab dsb. Detailnya ditetapkan pada 2 hijrah.
3. Kewajipan perang (qital) ke atas orang Islam setelah ia diizinkan secara umum.
4. Pertukaran qiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah pada
pertengahan bulan Sya’ban tahun 2 hijrah.
Pentingnya empat perkara di atas kerana pada bulan berikutnya iaitu Ramadan tahun ke 2 hijrah akan berlaku peristiwa penting yang memerlukan bekalan, persediaan dan kepri- hatinan terhadap isu tarbiah. Akan berlaku Ghazwah Badar
Kubra iaitu pada 17 Ramadan tahun ke 2 hijrah.
Keempat-empat perkara tersebut penting untuk memper- siapkan tentera muslim yang akan memasuki pertembungan
penentuan antara hak dan batil. Ia adalah 4 elemen yang
disyariatkan untuk membina umat yang berjuang dan akan
memenangi pertarungan ke atas umat yang lain. Umat Islam
mesti memimpin, bukan dipimpin.
Di antaranya ialah puasa Ramadan yang difardhukan itu.
Apa kelebihan bulan Ramadan dalam hal ini? Pada bulan Ramadan ada tiga unsur penting, iaitu tanqiyah (pembersihan), tamayyuz (keunikan) dan tarbiah. Jelasnya ialah membersihkan soff mukmin dari segala kekotoran, memastikan soff mukmin memiliki tamayyuz dari soff-soff yang lain dan men- tarbiah soff mukmin bagi melayakkan umat ini memimpin.
Ramadan bulan ‘Tanqiyah’
Pada bulan Ramadan Allah menguji umat Islam agar nyata siapa yang benar-benar menjadi muslim yang tsabat. Ujian ini akan menentukan siapa yang benar dan siapa yang dusta da- lam penyaksiannya. Selama sebulan penuh tanpa henti, ruang
keuzuran disempitkan, umat Islam diminta beriltizam dengan perintah puasa dengan sempurna. Siapa yang menentukan uji- an dan proses pembersihan ini? Allah jua yang Maha Mengetahui tentang keperluan manusia. Antaranya keluar dari adat
kebiasaan. Makan, minum dan memenuhi tuntutan hawa naf- su adalah tabiat semulajadi manusia dan tertanam sejak lahir.
Pada bulan Ramadan secara keseluruhan kebiasaan ini mesti berubah….kamu akan berasa lapar, dahaga dan penat, namun kamu juga mesti bersabar. Paling mencabar ialah bagaimana untuk memperolehi hakikat puasa seperti yang Allah kehen- daki seperti yang dinyatakan di dalam hadis berikut:
..“من مل يدع قول الزور والعمل به فليس هلل حاجة يف أ�ن يدع طعامه رشابه
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak berhajat untuk dia meninggalkan makan dan minumnya”.
Ramadan adalah bulan di mana para mukmin diuji dengan detail dan halus. Pada setiap detik dan saat dia akan dinilai dengan nilaian Rabbani. Mereka itu adalah orang-orang yang berpuasa sepanjang bulan Ramadan.
Ramadan bulan ‘Tamayyuz’
Betapa indahnya apabila seorang muslim itu merasai dia berbeza dari orang lain. Keunikan yang dirasai itu kerana dia berpegang kepada Islam yang maha suci. Pada tahun-tahun awal di Madinah, mereka berpuasa asyura’ bersama kaum
Yahudi. Di masa itu puasa itu adalah wajib. Apabila puasa Ramadan diwajibkan,
Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang mahu dia boleh berpuasa (asyura’) dan siapa yang tidak mahu dia boleh tinggalkan; jadilah puasa asyura’ itu sunat.
Nah sekarang puasa Ramadan khusus untuk orang-orang Islam sahaja, maka sudah pasti ia menjadi kemuliaan. Maka kiaskan kepada semua perkara yang menuntut kita berbeza
dari orang lain; cara berfikir, cara berpakaian, cara menilai, akhlak dan sebagainya.
Ramadan bulan ‘Tarbiah’ Tarbiah paling menyerlah dalam bulan Ramadan. Rama- dan mentarbiah kita tunduk secara mutlak kepada kehendak
Allah sekalipun ia bertentangan dengan selera kita. Kepatu- han terhadap perintah Allah wajib. Allah s.w.t berfirman denag maksud: Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan RasulNya menetapkan
keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mer- eka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri menge- nai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan RasulNya maka sesungguhnya dia telah
sesa dengan kesesatan yang jelas nyata. (Al-Ahzab : 36)
Sekian….

Ramadan Bulan Perjuangan

Ramadan Bulan Perjuangan
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM
~ رمضان شهر اجلهاد ~

Sekali lagi kita berkesempatan menyambut bulan Ramadan yang penuh barakah pada tahun hijrah1441, seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan
yang dijanjikan Allah s.w.t sepanjang bulan ini.
Ia merupakan bulan yang sepatutnya dipenuhi dengan kegiatan-kegiatan amal soleh yang akan mempergandakan ganjaran Allah s.w.t sepuluh kali ganda berbanding dengan bulan-bulan yang lain, selain daripada pembasmian dosa-dosa
lampau apatah lagi terdapat di dalamnya satu malam ( lailatul al-qadar ) yang lebih
baik daripada seribu bulan ( ganjaran amal soleh di da- lamnya dipergandakan lagi
sebanyak 10 X 1,000 bulan ) Lantaran itu umat Islam
dituntut berjuang, berusaha dengan bersungguh-sung- guh sepanjang bulan Rama- dan melipat gandakan amalamal solih, memperbaiki diri dan menyantuni keluarga,
lingkungan dan masyarakat dengan amalan-amalan ke- baikan dan kebajikan agar kita menjadi umat yang bertakwa sebagai balasan Allah s.w.t pada penghujungnya.
Masud Allah s.w.t berfirman:
“ Wahai orang-orang yang beriman, telah di wajibkan keatas kamu ( ibadat ) puasa seperti mana ia telah diwa- jibkan keatas orang-orang yang terdahulu daripada kamu
agar kamu bertaqwa “(Al-Baqarah : 183) Kita semuanya dituntut di dalam bulan Ramadan menun- aikan ibadat puasa wajib sepanjang sebulan, membayar zakat
fitrah untuk diagih-agihkan kepada lapan golongan yang ber- hak terhadapnya, memperbanyakkan sedekah kepada golon- gan-golongan yang memerlukan bantuan sama ada yang jauh atau dekat, memperbanyak membaca dan memahami isi kandungan kitab suci al-Quran, hadis-hadis Nabi, dan bukubuku yang bermanafaat, melaksanakan sembahyang sunat terawih secara bersendirian atau berjamaah, memperbanyak ibadat tengah malam, qiamullail, berzikir, memuji serta mengagungkan Allah s.w.t, menyediakan juadah dan minuman berbuka puasa kepada golongan yang berpuasa, memperting- katkan amalan dan ibadah sepanjang sepuluh hari terakhir
bulan Ramadan tersebut, beriktikaf di masjid-masjid dan lainlain.
Rasulullah s.a.w menerusi hadisnya menyatakan kepada
kita:
“أ�ولها رمحة أو�وسطها مغفرة و �آخرها عتق من النار”
“ Sepuluh hari pertama bulan Ra- madan merupa- kan hari-hari yang
dipenuhi rahmat, sepuluh hari di-tengah-ten- gahnya merupa- kan hari-hari
yang dipenuhi pengampunan dan sepuluh hari tera- khirnya dipenuhi
janji pembebasan dari api neraka.”
Berdasarkan tuntutan Allah s.w.t ke atas umat sepanjang bulan Ramadan, jelaslah kedudukannya sebagai bulan jihad, bulan memperlipat gandakan amal-amal soleh, memperteguh keazaman memperbaiki diri, memperteguh hubungan dengan
Allah s.wt, mempererat hubungan dengan manusia terutama dengan keluarga terdekat dan yang jauh, golongan-golon- gan yang memerlukan bantuan dan santunan kita, apatah lagi dengan kedatangan hari raya puasa yang hampir-hampir menjelang tiba.
Semoga bulan Ramadan tahun ini akan membebaskan diri kita semua dari semua jenis dosa, belenggu kehidupan, membebaskan ummah seluruh dunia dari semua rintangan
yang menghalangnya mencapai kemajuan, kemuliaan dan ke- menangan dalam sejarah kehidupannya masa kini dan masa hadapan.

Ramadan dan Erti Kemenangan

Ramadan Bulan Perjuangan
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, Presiden IKRAM
~ رمضان شهر اجلهاد ~

Ramadan dan Erti Kemenangan

Alhamdulillah segala puji bagi Allah sekelian alam serta salawat dan salam kepada junjungan yang mulia iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Bersyukur kepada Allah kerana Buletin Tarbiatuna yang baru diterbitkan semakin mendapat sam- butan yang sangat menggalakkan daripada ahli IKRAM di seluruh negara meskipun ringkas tetapi padat dengan isi yang bersifat tarbawi . Mungkin ada beberapa kekurangan di dalam terbitan yang lalu. Walau bagaimanapun, Insya Allah kami akan sentiasa berusaha untuk membaiki dan mening- katkan mutu penerbitan di masa akan datang. Kami juga membuka ruang untuk ahli memberikan
komen, pandangan dan juga mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk memastikan kesinambun- gan Buletin ini. Kami juga ingin maklumkan bahawa Buletin siri 1-3 boleh dimuat turun melalui laman web IKRAM.
Pada keluaran ini Buletin Tarbiatuna akan memfokuskan kepada tarbiah Ramadan. Tarbiah un- tuk membangunkan sifat rabbani dan perjuangan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Ini sesuai dengan makna “Ramadan” bererti membakar, menyengat kerana terik, atau sangat panas. Ramadan juga bermaksud sebagai bulan untuk ‘mengasah’ jiwa, ‘mengasah’ ketajaman fikiran dan kejernihan hati,
sehingga dapat ‘membakar’ sifat-sifat tercela dan ‘lemak-lemak dosa’ yang ada dalam diri kita. Un- tuk kita menghayati makna Ramadan sangat penting untuk kita memahaminya dari perspektif
nama-nama lain yang dinisbahkan kepadanya oleh para ulama di antaranya adalah seperti berikut:
1. Syahr al-Quran (bulan al-Quran), kerana pada bulan inilah al-Quran pertama kali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, kitab-kitab suci yang lain: Zabur, Taurat, dan Injil juga diturunkan pada bulan yang sama.
2. Syahr al-Shiyam (bulan wajib berpuasa), kerana hanya Ramadan merupakan bulan di mana umat Islam diwajibkan berpuasa selama sebulan penuh. Dan hanya Ramadan, satu-satunya, nama bulan yang disebut dalam al-Quran. (Al-Baqarah: 185).
3. Syahr al-Tilawah (bulan membaca al-Quran), kerana pada bulan ini Jibril AS menemui Nabi s.a.w untuk melakukan tadarus al-Quran bersama Nabi dari awal hingga akhir.
4. Syahr al-Rahmah (bulan penuh limpah dan rahmat dari Allah s.w.t), kerana Allah menurunk- an berbagai rahmat yang tidak dijumpai di luar Ramadan. Pintu-pintu kebaikan yang mengan- tarkan kepada syurga dibuka seluas-luasnya.
5. Syahr al-Najat (bulan pembebasan dari siksa neraka). Allah menjanjikan pengampunan do- sa-dosa dan pembebasan diri daripada siksa api neraka bagi yang berpuasa kerana iman dan semata-mata mengharap redha-Nya.
6. Syahr al-Juud (bulan kedermawanan), kerana bulan ini umat Islam dianjurkan banyak ber- sedekah, terutama untuk meringankan beban fakir dan miskin. Nabi s.a.w memberi teladan
terbaik sebagai orang yang paling dermawan pada bulan suci.
7. Syahr al-Shabr (bulan kesabaran), kerana puasa melatih seseorang untuk bersikap dan berper- ilaku sabar, berjiwa besar, dan tahan ujian.
8. Syahr Allah (bulan Allah), kerana di dalamnya Allah melipatgandakan pahala bagi orang berpuasa.
Alhamdulillah ikhwah dan akhawat daripada nama-nama tersebut dapatlah difahami bahawa bu- lan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan makna menuju kepada kemenangan. Kemenangan setelah sebulan kita berhadapan dengan pelbagai ujian dan rintangan untuk meraih keuntungan yang berlipat ganda yang disediakan oleh Allah.
Akhirnya kita akan bertemu dengan hari raya Eidulfitri yang dinamakan sebagai Syahr al-’Id (bulan yang berakhir dengan hari raya) yang bermaksud kembali kepada fitrah, kembali kepa- da kesucian agama yang benar, hari di mana kita memperolehi keampunan dan keredhaan dari Allah s.w.t sehingga kita mencapai apa yang dijanjikan oleh Allah menikmati keindahan syurgaN- ya. Inilah hakikat Eidulfitri yang mengisyaratkan adanya upaya manusia untuk kembali ke pangkuan Tuhannya iaitu Allah s.w.t itu sendiri. Kembali kepada Tuhan dalam keadaan putih
bersih setelah melakukan taubat nasuha.
Mudah-mudahan dengan tarbiah Ramadan ini akan mengerakkan ikhwah dan akhawat untuk terus bergiat aktif bersama gerakan dakwah dan tarbiah yang kita kasihi ini.
Wallahua’lam.
Editor