Covid 19 Adalah Lubuk Pahala Buat Insan Mulia

1 TAHNIAH FRONLINER1 BANGSA CINA

PAHALA BESAR UNTUK PETUGAS COVID-19, MEREKA BERJIHAD DEMI KEBAHAGIAAN ORANG LAIN

Tindakan menyelamatkan nyawa adalah satu tindakan besar dan mulia dalam keadaan yang tetap memelihara iman serta tidak melampaui tindakan. Lebih-lebih lagi dalam krisis wabak COVID-19 kita dapat lihat para petugas di barisan hadapan seperti para doktor, jururawat, anggota PDRM, ATM, RELA serta anggota lain yang terlibat secara langsung atau tidak merupakan barisan yang sedang berjihad dan mendapat pahala jihad yang besar di sisi Allah SWT.

Petugas COVID-19 berjihad untuk menyelamatkan orang lain. Tugasan menangani COVID-19 bukanlah semata-mata diri sendiri bahkan demi keselamatan orang ramai malah negara. Para petugas adalah orang yang berkorban demi kebahagiaan orang lain. Keberadaan mereka di barisan hadapan yang terdedah dengan pelbagai risiko adalah untuk kepentingan umum.

Sehubungan itu, para petugas kita disarankan supaya jangan merasa lemah dan berputus asa, di samping untuk terus sentiasa menjaga niat agar pengorbanan yang diberikan dan dicurahkan mendapat redha Allah. InsyaAllah segala pengorbanan mereka akan termasuk kalangan orang yang akan mendapat pahala jihad yang besar di sisi Allah SWT. Menjaga niat sepanjang bertugas adalah dengan mengikhlaskan niat demi redha Allah. Tugasan baik adalah demi menyahut seruan agama iaitu membawa kebaikan kepada manusia umumnya.

Firman Allah SWT:

“Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula amat belas-kasihan akan hamba-hambanya.”
(QS al-Baqarah: 207)

Ketahuilah petugas COVID-19 pada zahirnya adalah mereka yang lebih mendapatkan ganjaran utama berbanding golongan lain kerana mereka secara langsung bertugas. Walaupun tidak menafikan kebaikan golongan lain namun dalam al-Quran melebihkan golongan yang ‘bersemuka’ dengan lawannya kerana lebih terdedah dengan pengorbanan.

Firman Allah SWT:

…Allah menjanjikan dengan balasan yang baik (Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang-orang yang tinggal duduk (tidak turut berjihad dan tidak ada sesuatu uzur) dengan pahala yang amat besar; iaitu beberapa darjat kelebihan daripadaNya, dan keampunan serta rahmat belas kasihan. Dan (ingatlah) adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (QS, An-Nisa’: 95 – 96).

Sehubungan itu, para petugas kita yang berada di barisan hadapan (frontliners) disarankan untuk sentiasa menjaga niat agar pengorbanan yang diberikan dan dicurahkan mendapat redha Allah dan termasuk kalangan yang mendapat pahala jihad. Menjaga niat sepanjang bertugas adalah dengan mengikhlaskan niat demi redha Allah. Tugasan baik adalah demi menyahut seruan agama iaitu membawa kebaikan kepada manusia umumnya.
PAHALA BESAR UNTUK PETUGAS COVID-19, MEREKA BERJIHAD DEMI KEBAHAGIAAN ORANG LAIN

Read more : https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=260925111968973&id=123267775734708

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s