Zaman PN lebih Teruk Daripada Zaman Najib, Berbagai Duta Khas Dilantik ?

1 KHADAM YANG SESAT1 KABINET TOLOL1 HADI BULUH.

Tengok laporan Awani tadi.. Tiong King Sing dilantik Duta Khas Perdana Menteri ke China, Sebelum ni lantik Haji Hadi jadi Duta Khas ke Asia Barat… Nampak tak, Mudahnya depa faraidkan jawatan Politik biarpun mereka bukan kerajaan yg dipilih rakyat..

Apa yang kita nampak jawatan Duta Khas itu seolah olah mereka akan dihantar negara tersebut.. hakikatnya ia hanyalah istilah Politik bagi mengaburi mata rakyat, Duta Khas itu adalah jawatan Menteri.. bertaraf Menteri, dan dapat keistimewaan seperti Menteri..

Oleh kerana Kuota Menteri dah habis digunakan..sampai 70 Menteri..Sampai Satu Kementerian terpaksa dikongsi 3 Menteri.. ditambah dengan 2 Timbalan Menteri.. jadi perlantikan Duta Khas bertaraf Menteri adalah penyelesaian Politik depa selalin jawatan dalam GLC.. nampaknya zaman PN lebih teruk dari zaman Najib..

Mudah kan.. duduk goyang kaki di Malaysia, tak perlu keluar Negara..Cuma pergi bila diarahkan atas tugas2 khas.. jadi esok, nak melancong pakai duit rakyat pun senang..cuma time ni masa PKP.. nak melancong pun tak boleh..

Aku rasa bukan hanya Tiong King Sing dan Haji Hadi… kalau semua ahli Parlimen yang tak dilantik Menteri..mereka boleh dilantik Duta Khas.. setiap ahli Parlimen, Satu jawatan Duta Khas..

Kita ada 195 Negara..kalau ikut Menteri Kesihatan, kita ada 500 negara.. jadi masih banyak kekosongan jawatan Duta Khas yang masih boleh di isi.. kalau boleh Adun yang lompat, tak dapat jawatan Exco pun boleh lantik Duta Khas..

Umpamanya ramai lagi dari MIC boleh dihantar Duta Khas ke India, Kashmir, Pakistan dan bangladesh.. Manakala MCA Duta Khas ke taiwan, Hongkong dan Korea Utara..

malah dikalangan Ulama PAS juga mungkin boleh dilantik.. umpamanya Nik Abduh boleh dilantik Duta Khas ke Antartika.. Mokhtar Senik Duta Khas ker lombok..dan mungkin juga Mufti Utara ke Afganistan, Dan Pakar Hadis ke Saudi. 🙂

Ipohmali

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s