Agong adakan mesyuarat Pra-Kabinet bersama PM Muhyiddin melalui sidang video

1 ANWAR BANGKIT

KUALA LUMPUR, 15 April — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengadakan sesi Pra-Kabinet bersama Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, menerusi sidang video di Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata sesi sidang video itu julung kali diadakan untuk Mesyuarat Pra-Kabinet berikutan fasa ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), yang bermula hari ini hingga 28 April, bagi membendung penularan pandemik COVID-19

“Al-Sultan Abdullah turut berkenan supaya mesyuarat Pra-Kabinet diteruskan menerusi sidang video semasa PKP ini berjalan untuk Seri Paduka Baginda berbincang dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin khususnya berkenaan isu semasa.

“Ini mencerminkan keprihatinan tinggi Al-Sultan Abdullah terhadap pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat kerana secara lazimnya, Seri Paduka Baginda akan berangkat ke Istana Melawati di Putrajaya untuk mesyuarat-mesyuarat Pra-Kabinet,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Fadil berkata sesi itu berlangsung selama 45 minit dari pukul 8.30 pagi, dengan Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri mesra dan saling bertanya khabar, selain penuh teliti ketika perbincangan itu.

Ahmad Fadil berkata dalam sidang video itu, Muhyiddin merakamkan penghargaan kepada Al-Sultan Abdullah di atas keprihatinan Seri Paduka supaya kerajaan tidak membayar Emolumen Diraja selama enam bulan, mulai Mac hingga Ogos.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Sultan Abdullah di atas sokongan Seri Paduka terhadap keputusan kerajaan untuk melanjutkan tempoh PKP untuk Fasa Ketiga sehingga 28 April, 2020,” katanya.

Mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Seri Paduka untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 18 Mac lepas kerana pada minggu berikutnya Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta keluarga telah dinasihatkan untuk menjalani kuarantin diri selama 14 hari di Istana Negara bermula 25 Mac.

Ia susulan tujuh petugas Istana Negara disahkan positif COVID-19.

Seri Paduka berdua dan keluarga, dalam tempoh kuarantin itu turut menjalani beberapa proses saringan dan pengesanan jangkitan wabak itu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan telah disahkan negatif COVID-19.

Ahmad Fadil berkata Muhyiddin turut melahirkan rasa syukur Seri Paduka dan keluarga bebas COVID-19 setelah selamat menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari.

— BERNAMA

 

 

KUALA LUMPUR, April 15 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah today convened the pre-Cabinet meeting with Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin via a video conference from Istana Negara.

Comptroller of the Royal Household of Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin said it was the first time the meeting was held via a video conference as the country entered the third phase of the Movement Control Corder (MCO) starting today to April 28 to curb the spread of COVID-19.

“Al-Sultan Abdullah also consented that the weekly pre-Cabinet meeting continues to be held via video conference throughout the MCO so that His Majesty will be able to discuss with Tan Sri Muhyiddin Yassin about current issues.

“This reflects Al-Sultan Abdullah’s great concern for the country’s administration and people’s wellbeing because, normally, His Majesty will go to Istana Melawati in Putrajaya for the pre-Cabinet meetings,” he said in a statement here today.

Ahmad Fadil said the video conference, which began at 8.30 am, lasted about 45 minutes with His Majesty and the Prime Minister appeared friendly and were meticulous during their discussion.

Ahmad Fadil said during the video conference, Muhyiddin also extended his appreciation to Al-Sultan Abdullah for His Majesty’s concern and decision to forgo the Royal Emoluments for six months from March.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin also thanked Al-Sultan Abdullah for the support given to the government to extend the MCO until April 28,” he said.

The pre-Cabinet meeting is among the King’s weekly activities or routines, during which he would discuss current issues and exchange views with the Prime Minister.

The last time it was held was on March 18 as in the following week, both Al-Sultan Abdullah and Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, as well as the entire royal family, were advised to observe self-quarantine for 14 days at Istana Negara after seven of the palace staff were tested positive for COVID-19.

During the quarantine, the royal couple and family also underwent several screening processes with the cooperation from the Ministry of Health and were tested negative for the disease.

Ahmad Fadil said Muhyiddin also expressed gratitude that the entire royal family are now free from COVID-19 after observing the 14-day self-quarantine.

— BERNAMA

Agong adakan mesyuarat Pra-Kabinet bersama PM Muhyiddin melalui sidang video

Agong holds pre-Cabinet meeting with PM Muhyiddin via video conference

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s