Adham Baba pernah ditangkap pemuda Pas sebab koyak poster

1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI1 MENTERI RAJA LAWAK DALAM PN1 ulamak jahat

Dr.Adham Baba Ditangkap Oleh Petugas PAS

Jumaat 18 Mei 2001. Kulai, Johor Baharu. Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Dr. Adham bin Baba bersama dua orang rakannya telah ditangkap pada jam 2.45 malam oleh dua orang petugas PAS di Jalan Susur Kulai, Kulai, Johor kerana mengoyakkan poster Ceramah PAS kawasan Sanai. Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai yang diketuai oleh Sdr. Imran telah membuat intipan selama tiga malam berturut-turut untuk mengenal pasti siapakah petualang disebalik kehilangan poster Ceramah Tn. Hj. Mohamad Sabu pada 18/5/2001 di Taman Senai Utama.

Intipan dan tangkapan pada hari ini telah membenarkan tanggapan DPP kawasan Senai bahawa Dr. Adham Baba adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba adalah merupakan Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ketua Gerak Gempur UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Senai. Hubungannya yang baik dengan Dato’ Hishamuddin Tun Hussin telah memberi ruang yang besar kepada cita-citanya untuk menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Johor dimasa depan.

Sumber :

[ MENYINGKAP SEJARAH ]

Exco Pendidikan Pemuda Umno Dr Adham Baba bersama dua orang rakannya ditangkap awal pagi tadi oleh petugas-petugas PAS Senai, Johor kerana didakwa mengoyakkan poster ceramah parti pembangkang itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua pihak kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Setiausaha PAS kawasan itu, Faridz Mohd Salleh memberitahu, kira-kira jam 2.45 pagi tadi, beliau dimaklumkan tiga orang pemuda sedang mengoyakkan poster ceramah di sekitar bangunan Maybank dan Bank Simpanan Nasional di Kulai.

Penceramah utama acara anjuran PAS itu, yang dijadualkan malam ini, termasuklah ahli jawatankuasa pusat PAS Muhamad Sabu dan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia Hassan Karim.

Beliau memberitahu Dewan Pemuda PAS kawasan itu telah menjalankan intipan sejak tiga malam berturut-turut selepas mendapati sejak beberapa hari lalu poster mereka dirosakkan pada sebelah awal pagi.

“Perkara ini bukan baru, sebelum ini poster-poster (ceramah PAS) telah disembur cat sehingga mengotorkan dinding premis (terlibat),” kata Faridz kepada malaysiakini .

Beliau mendakwa terdapat usaha terancang untuk merosakkan papan-papan tanda parti itu dan Parti Keadilan Nasional serta poster-poster ceramah pembangkang di kawasan berhampiran, termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan Felda. Kejadian-kejadian ini telah dilaporkan kepada polis.

Katanya, beliau menghampiri kumpulan tersebut dan mendapati Dr Adham, yang juga seorang tokoh motivasi di sekolah-sekolah Johor, bersama kumpulan itu.

Umno tuduh sesama sendiri

Apabila ditanya sama ada beliau melihat Dr Adham mengoyakkan poster tersebut, Faridz menjelaskan “tidak nampak” tetapi beliau menambah, exco Pemuda Umno itu perlu bertanggungjawab kerana turut serta dalam kumpulan itu.

Menurut laman web rasmi PAS kawasan itu (passenai.tripod.com) lagi, Dr Adham pula menuduh pembantunya sendiri, Nasaruddin Sahat di balai polis Kulai dan pertengkaran kecil serta tuduh-menuduh berlaku antara pemimpin dengan penyokong Umno itu.

Menurut sumber itu lagi, polis menggesa pemimpin Umno agar tidak berbuat demikian lagi kerana PAS mempunyai hak untuk menampal poster di tempat-tempat awam yang sesuai.

Sebelum itu, Umno berhujah poster itu dirosakkan kerana program ceramah itu tidak mendapat permit polis dan poster-poster itu “mencacatkan persekitaran,” menurut satu tulisan di laman web itu lagi.

Faridz menambah Dr Adham juga membuat aduan polis berhubung hal itu tetapi beliau tidak mengetahui tujuan aduan itu dibuat.

Beliau, yang juga exco Dewan Pemuda PAS Johor, turut membuat laporan di balai polis yang sama sejurus kejadian itu.

Faridz berkata, setelah mendapati kerosakan pada poster-poster partinya yang kerap berulang, beliau ke pejabat Pemuda Umno Senai pada 16 Mei lalu dan bertanya mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun Pemuda Umno kawasan itu memaklumkan kepada PAS Senai bahawa mereka tidak mengetahui kejadian tersebut.

“Saya ingatkan kerja ini dilakukan oleh samseng-samseng Umno,” kata Faridz, dan menambah beliau tidak menduga kejadian itu membabitkan seorang tokoh Pemuda Umno.

https://m.malaysiakini.com/news/3123?fbclid=IwAR0WBjlcjKTw-vw7yJ-4qTOrqh8aAWfo-3Jk0vyVXCUGYjTCg8uEtY04B-c

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s