Berwuduk Dengan Air Kencing ?

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Anfal, Ayat 58:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

1 MENTERI AGAMA PINTU BELAKANG1 KABINET TOLOL1 AMANAT HADI1 ulamak jahat1 BOHONG HADI TERBARU1 JANGAN BILA PENGKHIANT

 

ANWAR IBRAHIM JANGAN ULANGI LAGI KESILAPAN

1 A 250 BILION1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

ANWAR IBRAHIM JANGAN ULANGI LAGI KESILAPAN

Dalam kegusaran TS Muhyiddin terhadap undi tidak percaya kepada kerajaannya,hendaknya tidak ada lagi kesilapan dalam berstrategik bagi PAKATAN HARAPAN.

Sebetulnya,segala yang ingin diambil sebagai keputusan majlis presiden perlu dimesyuaratkan bukan buat dulu baru mesyuarat dimaklumkan,itu pun jika ada!

Anwar Ibrahim yang mendakwa sebagai dirinya sebagai Presiden kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan sepatut mengambil mandat dari permesyuaratan majlis presiden sebelum membuat apa-apa keputusan berkaitan Pakatan Harapan bukan main ikut kepalanya sahaja.

Dalam menghadapi ancaman Covid19, tup-tup keluar perkhabaran Anwar jumpa Muhyiddin. Apa alasan dan apa isi kandungan perbincangan yang sebetulnya Anwar dan Muhyiddin yang tahu, selebihnya SEMUA BOHONG!

Anwar sewajibnya belajar dari kesilapan yang lalu. Berbagai-bagai kesilapan telah beliau lakukan. Dari pengunduran Rafizi,anaknya sendiri Nurul Izzah dari politik pakatan harapan tentu ada sebabnya terjadi demikian. Mustahil kerana Najib apatah lagi kerana Tun Dr Mahathir.

Berdasarkan pengalaman yang ditinggalkan kawan-kawan Anwar,ianya banyak berkisar kepada cara beliau membuat keputusan.

Berbagai-bagai pihak yang sebelum ini mendesak Anwar diberi jawatan perdana menteri ke 8,dah sorok muka kat mana? Senyap umpama tersembam makam tanah kor,senyap dik! Jika tidak dialah hero meratib nama ANWAR dalam masa yang sama mencela Tun Dr Mahathir. Semarah-marah orang Umno kepada Tun belum ada yang panggil Tun Orang tua tapi orang Anwar ada!

Seketika sewaktu GERAKAN SHERATON sedang berjalan,Anwar masih selesa di rumahnya dengan kumpulan tazkirahnya. Tidak nampak pun kebimbangan dan beliau ambil serius apa yang berlaku.

Begitu juga pada ketika dilaporkan Azmin mengadakan pertemuan dengan MP-MP Umno dirumahnya,kenapa tidak dipanggil Azmin memberi penjelasan kepada parti. Satu persoalan yang hingga kini kita semua sebagai orang awam tidak tahu kenapa?? Sikap tak apa itu kini makan tuan!

Anwar terlalu memberi muka kepada geng Azmin Ali ‘sehingga menyebabkan’ kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih melalui mandat rakyat pada PRU-14 dijatuhkan oleh individu dari parti dia sendiri. Sepatutnya Anwar dah lama pecat Azmin, tapi dek kerana ‘konon’ takut akan kesan kepada partinya jika memecat Geng Kartel, akhirnya Kerajaan PH yang terima musibahnya.

Tanyalah sesiapa pun pentaksub Anwar mahupun dari ahli Amanah sendiri tak kurang juga taksub kepada Anwar,mana NUMBERS yang Anwar katakan telah ada? Pasti jawapannya ADA! Kalau ada kenapa sewaktu YDP Agong minta ahli parlimen menyatakan sokongan untuk Anwar sebagai perdana menteri tidak cukup majoriti! MANA NUMBERS?
Peluang telah diberi kepada Anwar namun Anwar gagal memanfaatkannya!

Semasa Tun Dr Mahathir sebagai perdana menteri,Anwar sebagai MP Port Dickson, ada Anwar ambil peluang dekati MP dari Sabah dan Sarawak? Entah apa yang disibukkan,kita sendiri tak tahu.Asyik dengan Erdogan….Erdogan dan sekali sekala Yussof Qardhawi. Mereka itu boleh mengundi ke Anwar sebagai perdana menteri?

Jika Anwar memang dekati mereka dari Sabah dan Sarawak, ada dah tentu beliau mendapat sokongan tak berbelah bagi dari mereka! MP-MP Umno yang dikatakan menyebelahi Anwar,lari tak cukup tanah apabila Anwar perlu sokongan mereka. Persoalan yang waras perlu difikirkan, kenapa ramai ahli politik tak suka Anwar?

Anak Cina anak saya,anak India anak saya,Anak Melayu kat mana? Anwar sayang juga. Antara penolakan Melayu kepada Anwar ialah kerana sentimen ini. Sentimen sama rata dilihat satu tekanan untuk Melayu menerima Anwar sebagai perdana menerima seterusnya. Kuasa ekonomi Melayu sudahlah tidak setaraf dengan bangsa lain.

Jurang kehidupan yang terlalu besar antara Melayu dengan bangsa lain dan diinginkan oleh Anwar politik sama rata pula. Ini dilihat strategi politik sama rata makan tuan!

Anwar perlu mengkaji dan melihat balik strategi politik beliau. Anwar tidak punya masa lagi melayan ego dan menerima bodekkan bodoh!

Jika Anwar tidak berubah dan berusaha berubah dari yang baik kepada yang lebih baik,lebih baik Anwar padamkan sahaja hasrat memimpin Malaysia,

Berikan kepada orang lain ke depan. Lebih baik dia jadi USTAZ yang memberi tazkirahnya melalui Facebook sebagaimana yang dia buat hari ini dengan membiarkan politik menjadi sebagai sejarah hidupnya.

Nyamuk Menggigit
21 April 2020

MENJAWAB TUDUHAN JAHAT Kamarul TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD

1 JEMAAH TABLIGH1 menteri kurang sihat1 NEGARA DI DUNIA1 PKP KKM 5

MENJAWAB TUDUHAN JAHAT Kamarul TERHADAP DR DZULKILEE AHMAD

Di dalam Dr Adham Baba teruk dihentam netizen dan rakyat Malaysia di atas kenyataan-kenyataan bodoh beliau, tiba-tiba muncul seorang pseudo intellek bernama Kamarul Yusoff memfitnah dan menista mantan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Dzulkiflee Ahmad.

Tiba-tiba Dr Zul digelar sebagai nyanyuk oleh beliau.

Sikap Dr.Kamarul ini lebih sesuai digelar machai dari seorang yg mempunyai ijazah PhD.

Sebelum ini beliau menghentam Dr. Musa Nordin semata-mata mahu mempertahankan Menteri beliau yang juga berbuat kerja bodoh membasuh jalanraya walaupun sebenarnya virus Covid 19 ini tidak duduk di atas jalan raya. Macam2 kecaman dilayangkan pada Dr Musa Nordin padahalnya jasa Dr Musa Nordin jauh jauh lebih besar dari beliau di dalam memerangai wabak COvid 19 ini berbanding beliau hanya yang duduk depan laptop.

Di sini ingin saya menjawab hujjah2 fitnah Dr. Kamarul itu yang boleh dibaca di sini ()

KAMARUL KATA: (4) Dalam sidang media harian berhubung wabak Covid-19 pada 12 Februari 2020, Datuk Seri Dr Dzulkefly, ketika ditanya mengenai amaran WHO ini, menepisnya dengan berkata Malaysia belum lagi sampai ke peringkat itu dan belum ada keperluan untuk kerajaan melaksanakan saranan WHO supaya menangguhkan perhimpunan awam.

JAWAPAN: Sehingga hari terakhir Dr Dzulkiflee Ahmad menjadi Menteri Kesihatan, bilangan kes aktif pada masa itu hanyalah 22. Ditambah dengan 12 hari berturut-turut tiada kes baru.

Adalah bodoh dan tolol bagi Kementrian Kesihatan utk mengharamkan perhimpunan awam atau menjalankan “lockdown” pada masa itu. Jelas di bawah pengawasan Dr. Dzul, kluster-kluster berjaya dikecilkan dan dikawal TANPA ADA LOCKDOWN MAHUPUN PENGHARAMAN PERKUMPULAN.

Juga, dalam sidang akhbar yang sama Dr Dzulkiflee Ahmad berkata “Kami akan sentiasa menilai dan menyemak situasi.

Mungkin Dr Kamarul tidak faham kenyataan itu tapi ia bermakna keadaan akan dipantau sentiasa secara harian. Tindakan akan terus diambil dengan segera sekiranhya keadaan berubah menjadi semakin buruk.

Malangnya Langkah Sheraton telah pemantauan Dr Dzul pada 24hb Februari sedangkan ijtimak Tabligh berlaku pada 27 hb February 2020.

Apa2 pun Langkah dan Tindakan Dr Dzulkilee Ahmad tempohari mendapat pujian dari WHO dan ramai pakar2 wabak seluruh dunia. Tiada yang mempersoalkan tindakan dan keputusan beliau kecuali Dr. Kamarul Yusoff yang hampir tiada sumbangan kepada pengawalan wabak Covid 19 di Malaysia.

LANGKAH SHERATON PUNCA SEBENAR MEREBAKNYA KLUSTER TABLIGH

Keadaan adalah amat terkawal sewaktu Dr Dzul menjadi Menteri Kesihatan. Kes cuma 22 dan selama 12 hari tiada kes baru.

Dengan kata lain, dalang sebenar di belakang penyebaran kluster Tabligh adalah konspirator-konspirator Langkah Sheraton yang juga melibatkan pemimpin2 UMNO dan PAS juga.

Jika tiada Langkah Sheraton kemungkinan besar kita tidak perlu ada PKP dan pemberhentian kegiatan ekonomi seluruh Malaysia.

Di kala Malaysia sedang dalam keadaan berjaga-jaga akibat wabak Covid 19, puak2 ini sebuk hendak merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan. Fokus memantau dan mengawal wabak Covid 19 hilang angkara Langkah Sheraton itu.

Tampaknya, rakyat Malaysia beruntung mendapat pemimpin-pemimpin yang begitu prihatin ke atas kemakmuran rakyat Malaysia. Mereka meletakkan kepentingan diri mereka sendiri di atas kepentingan rakyat dan mereka ada Dr. Kamarul Yusoff mempertahankan segala tindakan bodoh dan keji mereka. Mungkin selepas ini Dr Kamarul boleh menulis artikel menghalakan tindakan sumbang Sandakan satu masa dahulu

Konspirator-konspirator Langkah Sheraton sekarang ini sedang sebuk membahagi-bahagi ghanimah harta rampasan perang sesama mereka manakala rakyat Malaysia terpaksa menanggung kesusahan dan kemiskinan, kehilang an pekerjaan dan mata pencarian, kebuluran, kesakitan dan juga maut.

Kluster Tabligh sepatutnya boleh terkawal namun sepanjang Kluster ini tersebar Malaysia tidak mempunyai kerajaan untuk memantau dan mengawal penularan wabak ini lantaran Langkah Sheraton yang keji dan jahat itu.

Asalkan Melayu bukan Cina, jahat takpa.

TULANG BESI
https://www.malaysiawaves.net/2020/04/menjawab-tuduhan-jahat-kamarul-yusoff.html

Anak Razman (Ulamak Pembuat Fitnah) salahkan ‘PAN’ bila polis panggil Razman ke balai kes ingkar PKP

Anak Razman salahkan ‘PAN’ bila polis panggil Razman ke balai kes ingkar PKP

1 ULAMAK JAHAT SATU

1 WAJAH PAS SEBENAR.

 

1 AZAB PEMBOHONG

Esok saya dan Baba dipanggil ke IPD Gerik untuk beri keterangan mengenai laporan yang dibuat mengenai Timbalan Menteri dan pengiringnya singgah solat dan makan (petang lepas asar baru makan tengah hari) di maahad tahfiz kami. Sambil depa singgah maahad, ada la disampaikan sumbangan kepada orang kampung. Singgah solat, makan dan sampaikan sumbangan ja, sebenarnya tiada isu besar pun.

Tak pasal-pasal maahad tahfiz kami dapat publisiti percuma masuk berita dan tular meluas.

Baru orang tahu Haji Razman Zakaria, Exco Pendidikan, NGO, Masyarakat Sivil dan Modal Insan rupanya ada buka maahad tahfiz. Kena la dengan portfolio yang diberikan kepada Baba, semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada Baba untuk menunaikan tanggungjawab dengan sebaiknya.

Ceritanya, ada seorang dua PAN buat laporan polis mengenai kejadian semalam. Tak pa la, asalkan depa rasa bahagia.

Pihak polis ada hubungi saya, saya dah beri penjelasan, dan mereka faham situasi. Tapi memandangkan prosedur maka kami perlu hadir juga ke IPD untuk beri keterangan.

“Jahatnya PAN dengan PH ni”.

“Betul tu, tapi sebab prosedur jadi encik kena hadir ke IPD Gerik untuk beri keterangan”.

Serah kepada Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan kita semua untuk berkhidmat kepada Islam dan umat Rasulullah SAW, serta melindungi kita daripada bahaya, keburukan dan perbuatan hasad orang jahat.

Saya ada juga mengarang ayat untuk beri penjelasan tentang isu ini. Namun apabila membaca penjelasan yang ditulis oleh YB Sanusi Md Noor, AJK PAS Pusat, saya kira lebih baik saya ambil tulisan beliau sahaja, penjelasan beliau lebih baik daripada apa yang saya tulis. Terima kasih YB Sanusi kerana memahami.

YB Sanusi menulis:

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diwartakan di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). PKP dipatuhi dengan duduk di rumah masing-masing melainkan ketua keluarga dibenarkan keluar membeli keperluan mendesak seperti makanan.

PKP menyekat pergerakan rutin ke sana sini, menghadkan aktiviti keluar masuk pergi balik orang ramai, melainkan pihak pihak yang dizinkan oleh pihak berkuasa, seperti pekerja sektor yang dikategorikan sebagai kritikal.

Antaranya pekerja sektor kesihatan, utiliti, keselamatan, rantaian makanan, penghantaran dan lain-lain.

Termasuk pihak yang mendapat keizinan khas untuk laksanakan tanggungjawab pentadbiran – seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri, Menteri Besar, Exco, dan pegawai-pegawai yang berkaitan dengan pemerintahan- dapat memastikan sektor-sektor penting dapat berjalan dalam masanyang sama PKP dapat dikuatkuasakan. Dengan demikian hal-hal yang menggugat kehidupan rakyat dan pentadbiran kerajaan dapat diminimumkan.

Melanggar PKP adalah kesalahan di bawah Akta 342 dan boleh dikenakan tindakan, antaranya penjara dan denda.

Adakah pelanggaran PKP dengan melanggar SOP -memakai topeng muka, menjaga jarak 1 meter, tidak bersalam dan lain-lain – adalah kesalahan yang sama?

TIDAK! PKP dan SOP adalah dua hal yang berbeza. Tidak timbul isu antara dua darjat, sana boleh – sini tak boleh, rakyat kena – pemimpin terlepas, double standard atau seumpamanya.

Melanggar SOP bagi pihak yang diizinkan keluar atas sebab-sebab yang benar dari segi undang-undang – makan bersama, bersalam, tidak pakai topeng muka, berada kurang daripada 1 meter antara satu sama lain- bukanlah satu kesalahan dibawah Akta 342, yang boleh didakwa di mahkamah, tetapi satu kecuaian yang boleh membahayakan.

Pihak yang tidak mendapat keizinan keluar yang sah daripada pihak berkuasa, jika didapati bergerak ke sana sini, berhimpun di luar kediaman, berkenduri kepala kambing, kenduri kahwin, merusuh, merempit beramai-ramai, melepak sambil berborak beramai-ramai dan seumpamanya, patutlah diambil tindakan di bawah Akta 342.

Isu di Perak itu, mereka adalah pihak yang dibenarkan keluar, melaksanakan kerja mereka dalam sektor yang penting dan kritikal. Pentadbiran kerajaan dan kesihatan.

Adapun mereka makan bersama itu dilihat satu kecuaian, melanggar SOP, bukan melanggar PKP.

Alasannya? Oleh kerana tidak ada kedai makan yang beroperasi di kawasan terbabit. Maka Pak Teh Razman (Exco Perak) memohon khidmat Maahad untuk memasak untuk hidangan tengahari. Pihak Timbalan Menteri yang tidak sempat makan sejak pagi, tentulah lapar bila sampai ketikanya. Maka mereka makan bersama di Maahad itu. Makan di Maahad, itulah cara mereka di situ menyedia masakan dan menjamu makan.

Inilah pandangan saya.
MUHAMMAD SANUSI MD NOR

Anak Razman salahkan ‘PAN’ bila polis panggil Razman ke balai kes ingkar PKP

Adham Baba pernah ditangkap pemuda Pas sebab koyak poster

1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI1 MENTERI RAJA LAWAK DALAM PN1 ulamak jahat

Dr.Adham Baba Ditangkap Oleh Petugas PAS

Jumaat 18 Mei 2001. Kulai, Johor Baharu. Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Dr. Adham bin Baba bersama dua orang rakannya telah ditangkap pada jam 2.45 malam oleh dua orang petugas PAS di Jalan Susur Kulai, Kulai, Johor kerana mengoyakkan poster Ceramah PAS kawasan Sanai. Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai yang diketuai oleh Sdr. Imran telah membuat intipan selama tiga malam berturut-turut untuk mengenal pasti siapakah petualang disebalik kehilangan poster Ceramah Tn. Hj. Mohamad Sabu pada 18/5/2001 di Taman Senai Utama.

Intipan dan tangkapan pada hari ini telah membenarkan tanggapan DPP kawasan Senai bahawa Dr. Adham Baba adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba adalah merupakan Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ketua Gerak Gempur UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Senai. Hubungannya yang baik dengan Dato’ Hishamuddin Tun Hussin telah memberi ruang yang besar kepada cita-citanya untuk menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Johor dimasa depan.

Sumber :

[ MENYINGKAP SEJARAH ]
Dr.Adham Baba Ditangkap Oleh Petugas PAS
Jumaat 18 Mei 2001. Kulai, Johor Baharu. Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia,Dr. Adham bin Baba bersama dua orang rakannya telah ditangkap pada jam 2.45 malam oleh dua orang petugas PAS di Jalan Susur Kulai, Kulai, Johor kerana mengoyakkan poster Ceramah PAS kawasan Sanai. Dewan Pemuda PAS Kawasan Senai yang diketuai oleh Sdr. Imran telah membuat intipan selama tiga malam berturut-turut untuk mengenal pasti siapakah petualang disebalik kehilangan poster Ceramah Tn. Hj. Mohamad Sabu pada 18/5/2001 di Taman Senai Utama.
Intipan dan tangkapan pada hari ini telah membenarkan tanggapan DPP kawasan Senai bahawa Dr. Adham Baba adalah orang yang terlibat dengan kerja-kerja tidak bermoral ini. Dr. Adham Baba adalah merupakan Exco Pendidikan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor, Ketua Gerak Gempur UMNO Negeri Johor dan juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Senai. Hubungannya yang baik dengan Dato’ Hishamuddin Tun Hussin telah memberi ruang yang besar kepada cita-citanya untuk menjadi Ketua Pergerakkan Pemuda UMNO Johor dimasa depan.

Exco Pendidikan Pemuda Umno Dr Adham Baba bersama dua orang rakannya ditangkap awal pagi tadi oleh petugas-petugas PAS Senai, Johor kerana didakwa mengoyakkan poster ceramah parti pembangkang itu.

Malaysiakini difahamkan kedua-dua pihak kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada polis.

Setiausaha PAS kawasan itu, Faridz Mohd Salleh memberitahu, kira-kira jam 2.45 pagi tadi, beliau dimaklumkan tiga orang pemuda sedang mengoyakkan poster ceramah di sekitar bangunan Maybank dan Bank Simpanan Nasional di Kulai.

Penceramah utama acara anjuran PAS itu, yang dijadualkan malam ini, termasuklah ahli jawatankuasa pusat PAS Muhamad Sabu dan Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia Hassan Karim.

Beliau memberitahu Dewan Pemuda PAS kawasan itu telah menjalankan intipan sejak tiga malam berturut-turut selepas mendapati sejak beberapa hari lalu poster mereka dirosakkan pada sebelah awal pagi.

“Perkara ini bukan baru, sebelum ini poster-poster (ceramah PAS) telah disembur cat sehingga mengotorkan dinding premis (terlibat),” kata Faridz kepada malaysiakini .

Beliau mendakwa terdapat usaha terancang untuk merosakkan papan-papan tanda parti itu dan Parti Keadilan Nasional serta poster-poster ceramah pembangkang di kawasan berhampiran, termasuk di kawasan-kawasan tanah rancangan Felda. Kejadian-kejadian ini telah dilaporkan kepada polis.

Katanya, beliau menghampiri kumpulan tersebut dan mendapati Dr Adham, yang juga seorang tokoh motivasi di sekolah-sekolah Johor, bersama kumpulan itu.

Umno tuduh sesama sendiri

Apabila ditanya sama ada beliau melihat Dr Adham mengoyakkan poster tersebut, Faridz menjelaskan “tidak nampak” tetapi beliau menambah, exco Pemuda Umno itu perlu bertanggungjawab kerana turut serta dalam kumpulan itu.

Menurut laman web rasmi PAS kawasan itu (passenai.tripod.com) lagi, Dr Adham pula menuduh pembantunya sendiri, Nasaruddin Sahat di balai polis Kulai dan pertengkaran kecil serta tuduh-menuduh berlaku antara pemimpin dengan penyokong Umno itu.

Menurut sumber itu lagi, polis menggesa pemimpin Umno agar tidak berbuat demikian lagi kerana PAS mempunyai hak untuk menampal poster di tempat-tempat awam yang sesuai.

Sebelum itu, Umno berhujah poster itu dirosakkan kerana program ceramah itu tidak mendapat permit polis dan poster-poster itu “mencacatkan persekitaran,” menurut satu tulisan di laman web itu lagi.

Faridz menambah Dr Adham juga membuat aduan polis berhubung hal itu tetapi beliau tidak mengetahui tujuan aduan itu dibuat.

Beliau, yang juga exco Dewan Pemuda PAS Johor, turut membuat laporan di balai polis yang sama sejurus kejadian itu.

Faridz berkata, setelah mendapati kerosakan pada poster-poster partinya yang kerap berulang, beliau ke pejabat Pemuda Umno Senai pada 16 Mei lalu dan bertanya mengenai kejadian tersebut.

Bagaimanapun Pemuda Umno kawasan itu memaklumkan kepada PAS Senai bahawa mereka tidak mengetahui kejadian tersebut.

“Saya ingatkan kerja ini dilakukan oleh samseng-samseng Umno,” kata Faridz, dan menambah beliau tidak menduga kejadian itu membabitkan seorang tokoh Pemuda Umno.

https://m.malaysiakini.com/news/3123?fbclid=IwAR0WBjlcjKTw-vw7yJ-4qTOrqh8aAWfo-3Jk0vyVXCUGYjTCg8uEtY04B-c

ADHAM BABA KANTOI LAGI

1 menteri kurang sihat

ADHAM BABA KANTOI LAGI. Kali ini kantoi sebar FAKE NEWS dari FAKE PAGE

Semalam saya jelaskan bagaimana keterdesakan Adham Baba mengangkat bakul sendiri telah mengakibatkannya makin hari makin jadi badut.
(Rujuk https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=530167921015322&id=308412239857559)

1. Demo cara pemakaian topeng muka yang salah
2. Air Suam boleh bunuh Covid19
3. Malaysia ada 15 negeri
4. Menyalahgunakan laman rasmi KKM untuk post tulisan Friends Of Adham Baba
5. Saya diiktiraf 500 negara

Hari saya tambah lagi satu……

6. Sebar FAKE NEWS dari FAKE PAGE untuk angkat bakul sendiri

Tengok ni.

RUJUKAN 1: Laman FB “Friends Of Adham Baba” yang dikendalikan pejabat Adham Baba sendiri telah berkongsi suatu ciapan yang mendakwa kononnya seorang Ahli Parlimen Belanda yang bernama “Joram van Klavere” telah memuji kehebatan Adham Baba menangani Covid19.
(Rujuk ciapan dari FAKE PAGE tersebut https://www.facebook.com/111858377113933/posts/128369342129503/)

RUJUKAN 2: Semakan dalam internet mendapati Ahli Parlimen Belanda tersebut, yang nama sebenarnya “Joram van KlavereN” (ada huruf “n”) telah menafikan bahawa tulisan dibuat olehnya ataupun laman tersebut dimilikinya.
(Rujuk penafiannya di https://twitter.com/JoramvKlaveren/status/1167155888303628288?s=19)

RUJUKAN 3: Saya membuat semakan lanjut dalam internet. Rupa-rupanya nama sebenar Ahli Parlimen Belanda tersebut adalah “JORAM VAN KLAVEREN”, bukan “Joram van Klavere”. Nama sebenarnya ada huruf “n” di hujung “Klaveren”. FAKE PAGE tersebut tidak mempunyai huruf “n” di hujung “Klavere”. Jadi ciapan yang dikongsi oleh “Friends Of Adham Baba” adalah FAKE NEWS dari FAKE PAGE. Pengendali di sebalik FAKE PAGE yang dirujuk oleh “Friends Of Adham Baba” adalah penyamar. Dan pejabat Adham Baba sekali kantoi kerana terdesak sangat nak raih populariti.

Lawan Fake News.
Bantu saya sebarkan FACT CHECK ini.
Celikkan zombie-zombie yang masih gigih menegakkan benang yang basah.

C@P

https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=530167921015322&id=308412239857559&_rdc=1&_rdr

LAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TANPA MEMILIH BULU

1 KABINET TOLOL1 PKP KKM 5

KENYATAAN MEDIA
BIRO UNDANG-UNDANG (KANUN)
PARTI AMANAH NEGARA

LAKSANAKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TANPA MEMILIH BULU

1. KANUN memandang serius dakwaan perlanggaran pergerakan oleh beberapa orang kenamaan negara khasnya yang melibatkan kawalan pergerakan dan perhimpunan.

2. Perintah kawalan pergerakan dan perhimpunan itu telah diwartakan dalam Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No. 3) 2020 [P.U(A) 117/2020] yang berkuatkuasa bagi tempoh mulai 15 April 2020 hingga 28 April 2020.

3. Peraturan tersebut antara lain mengenakan syarat-syarat yang ketat untuk bergerak termasuk untuk melaksanakan apa-apa tugas rasmi yang mesti mendapat surat kebenaran daripada pegawai atasannya. Peraturan tersebut juga menyatakan bahawa apa-apa bentuk perhimpunan di dalam mana-mana premis awam atau persendirian bagi tujuan keagamaan, sukan, rekreasi, sosial atau kebudayaan adalah dilarang sama sekali.

3. Setakat 17/4/2020 seramai 17,024 orang (jumlah kumulatif) telah ditangkap oleh pihak berkuasa yang mana ada yang telah dikenakan kompaun maksima RM1000 atau pun didakwa di Mahkamah.

4. Baru-baru ini tular di media sosial gambar-gambar pemimpin negara yang berhimpun untuk kegiatan sosial seperti menjamu selera di dewan madrasah persendirian selepas mereka membuat program memberikan bantuan kebajikan. KANUN menyatakan bahawa tindakan berhimpun secara sosial bagi tujuan penjamuan di premis itu adalah bercanggah sama sekali dengan peraturan yang dibuat meskipun jika sekiranya benar mereka duduk dalam keadaan berjarak seperti yang dilaporkan dalam siasatan awal oleh Ketua Polis Perak, CP Datuk Razarudin Husain.

5. KANUN menggesa supaya mereka yang terlibat segera didakwa di Mahkamah tanpa pengecualian selaras dengan peruntukan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan “Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang”.

6. Kegagalan untuk melakukan pendakwaan segera ke atas mereka akan menjejaskan kewibawaan pihak berkuasa dan kerajaan di mata rakyat.

Dr. Zulqarnain Lukman
Pengerusi KANUN (Biro Undang-Undang)
Parti Amanah Negara
19 April 2020

Anwar Menjadi Orang Tengah Antara TSMY Dengan Tun M.

1 MENTERI SEGALA MENTERI

Betul. Utk elakkan TSMY jadi antara PM tersingkat d dunia, tiada pilihan kpd bliau melainkan kembali semula ke pangkuan PH dgn bliau bebas mbentuk kbinet baru tanpa perlu mdpt restu dari Mjlis Presden. Inilah diantara intipati pertemuan Anwar dgn TSMY tempuh hari? I pcaya gitulah sbgmna dberitau oleh org yg paling hampir dgn Tun M. Anwar mjadi org tengah antara TSMY dgn Tun M.

Pesta Menjilat Kembali Ludah Parti Islam Malaysia.

1 PESTA JILAT LUDAH PAS

 

1 MEMALI A1 SOLAT BETUL XPAS.1 HADI BULUH.1 MENTERI BULUH 11 A TITOK B1 A TIKTOK1 A TIKTOK C1 5 MENTERI PALING DIBENCI1 MENTERI RAJA LAWAK DALAM PN

Berikut Senarai Lengkap perubahan pendirian PAS dan Aktiviti menjilat sindirian sendiri oleh pemimpin PAS:

1. Meneruskan Tanaman Buluh

YB Khairuddin Takiri dan beberapa pemimpin PAS semasa menjadi pembangkang menyindir usaha Teresa Kok untuk memperkenalkan tanaman Buluh sebagai alternatif kepada sawit akhirnya meneruskan langkah ini dan menganggapnya sebagai “Game Changer” dalam RMK Ke-12 pada 14 April 2020.

2. Kerajaan Teknokrat

PAS yang mencanang-canangkan Kerajaan Teknokrat semasa PRU14 dan mengkritik lantikan-lantikan yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan akhirnya terpaksa bersetuju untuk melantik kesemua Ahli Parlimen PN ke dalam GLC dan ini memaksa sebahagian besar teknokrat yang dilantik semasa zaman PH samada diberhentikan atau terpaksa menarik diri dari GLC.

3. Kerajaan Pintu Belakang

Semasa kejadian penubuhan kerajaan Pintu Belakang di Perak yang menumbangkan kerajaan PR dan Menteri Besar DS Nizar Jamaluddin dari PAS, pemimpin-pemimpin PAS mengkritik pengkhianatan adun yang melompat parti ini. Sebaliknya dalam penubuhan kerajaan PN, Presiden PAS Haji Hadi akui dalam suratnya kepada gerakan Islam bahawa PAS dari awal menemui Tun Mahathir untuk ‘membantu’ yang akhirnya berakhir dengan penubuhan kerajaan yang dia istilahkan kerajaan “Tebuk Atap”. TG Nik Aziz kutuk pengkhianat, Haji Hadi sokong pengkhianat.

4. Isytihar Harta

Timbalan Presiden PAS dalam kenyataan pada 1 Julai 2019 menolak usul mewajibkan semua ahli parlimen termasuk pembangkang untuk mengisytihar harta dengan alasan bercanggah dengan ajaran Islam “Apabila kita mengisytiharkan harta, keselamatan individu yang mengisytihar termasuk keluarga dan sebagainya perlu diambil kira,” . Kini kerajaan PN berjanji dalam tempoh sebulan dari angkat sumpah untuk mengisytiharkan harta. Walaubagaimanapun Kerajaan PN memungkiri janji ini apabila masih tidak mengisytihar harta apabila sampai tempoh sebulan.

5. Dulu kerjasama dengan UMNO haram, sekarang Halal

Timbalan Presiden PAS menyindir AMANAH memberi tongkat kepada UMNO apabila bersama dengan Pakatan Harapan tetapi kini PAS pula bersekongkol untuk menyelamatkan UMNO dari proses undang-undang yang dihadapi oleh pemimpin-pemimpin UMNO dibawah kerajaan Pakatan Harapan dengan dakwaan korupsi dan kleptokrasi. Bahkan Presiden PAS dalam suratnya kepada gerakan Islam mendakwa UMNO dan BN “telah banyak membawa dan mewarisi kerosakan sejak era pemerintahan sebelum-sebelum ini seperti rasuah, kelemahan urus tadbir dan pelbagai lagi.” . Kini PAS menumbangkan kerajaan PH yang telus dan bersama dengan parti yang mereka dakwa korup.

 

5 Aktiviti ‘Jilat Ludah’ pemimpin PAS dalam kerajaan PN

Hutang Negara 1.1 rillion atau RM688billion? Pembohongan Pertama Kerajaan Pintu Belakang (PN).

Hutang Negara 1.1 rillion atau RM688billion?

Tuduhan yang mengatakan Pakatan Harapan berbohong berkenaan hutang Negara telah dinafikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas yang juga terdiri dari ahli parlimen Perikatan Nasional Khairy Jamaluddin dan Mustafa Muhammad.

Tuduhan yang disebarkan:

  1. Dulu ketika mula-mula Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, Pakatan Harapan kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit. Hutang Negara ini termasuk Hutang Liabiliti Negara.
  2. Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir, jelas di dalam laporan tersebut, Hutang Negara adalah sebanyak RM688 billion ringgit. Bukannya RM 1 trillion ringgit.
  3. Amat jelas kepada rakyat, ini merupakan SATU PEMBOHONGAN, terhadap Rakyat.

Jawapan kepada persoalan ini:

Tangunggan kerajaan bukan hanya dari:

  1. Hutang kerajaan, tetapi juga
  2. Jaminan pinjaman kerajaan seperti DanaInfra, ECRL,
  3. 1MDB, dan
  4. Liabiliti lain-lain seperti PFI. Kesemuanya adalah lebih RM1 TRILLION.

Ini terbukti apabila pada Julai 2019, Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet Parlimen mengesahkan hutang negara RM1.1 trilion (https://www.sinarharian.com.my/article/38270/BERITA/Nasional/Jawatankuasa-Pilihan-Khas-Bajet-sahkan-hutang-negara-RM11-trilion)

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Anfal, Ayat 58:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

Pecahan itu adalah seperti berikut :

  1. RM741 bilion hutang kerajaan Persekutuan,
  2. RM132.7 bilion membabitkan jaminan pinjaman yang ditanggung kerajaan,
  3. RM32.2 bilion hutang bersih 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ,
  4. Faedah dan liabiliti lain berjumlah RM184.9 bilion

Antara ahli Jawatankuasa ini adalah tiga Menteri Perikatan Nasional sekarang iaitu:-

  1. Datuk Seri Mustapha Mohamed
  2. Khairy Jamaluddin Abu Bakar
  3. Datuk Alexander Nanta Linggi.

 

Hutang Negara 1.1 rillion atau RM688billion?