Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

 

Rakyat Malaysia dan sifat pemurah memang tidak boleh dipisahkan. Apabila melihat ada insan yang sedang dalam kesusahan, rakyat Malaysia akan beramai-ramai berganding bahu membantu mereka, tanpa rasa prejudis.

China Press

Begitulah hal yang berlaku kepada seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah yang ditimpa malang ini. Menurut China Press, semuanya bermula apabila lelaki tersebut didenda sebanyak RM1,000 kerana telah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan.

Bagaimanapun, kerana lelaki itu tidak lagi bekerja dan tidak mempunyai simpanan yang mencukupi, lelaki itu tidak mampu untuk melunaskan denda yang dikenakan kepadanya itu.

China Press

Namun syukurlah, kisah lelaki ini mendapat perhatian warganet dan mereka sama-sama mengumpul dana sehingga mencapai jumlah RM1,000 untuk diberikan kepada lelaki itu agar dendanya dapat dilunaskan.

Seorang wakil seterusnya datang melawat lelaki itu di rumahnya, dengan membawa wang sumbangan yang terkumpul, dan turut memberikan topeng penutup hidung dan mulut kepadanya.

China Press

Syukurlah, semuanya telah kembali ke sedia kala dan diharapkan agar semua orang kekal berada di rumah bagi sama-sama memutuskan rantaian penularan wabak virus Parti Komunis China.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

 

Orang ramai kumpul dana RM1,000 bantu lelaki 80 tahun lunas denda akibat melanggar Perintah Kawalan Pergerakan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s