Menteri Dan Timbalan Menteri Kesihatan Yang Tidak Sihat

Kenyataan Media
*Menteri Dan Timbalan Menteri Kesihatan Yang Tidak Sihat*.
1.Gelagat Menteri dan Timbalan Menteri Kesihatan telah mendapat perhatian dari berbagai pihak. Namun reaksi orang ramai itu tersangat negatif berbanding pujian dan sanjungan pada Ketua Pengarah Kesihatan dan pasukan Doktor serta Jururawat barisan hadapan yang sedang bertarung melawan Covid19.
2.Sepatut Menteri dan Timbalannya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat dan kebanggaan dan pendorong semangat kakitangan Kementerian kesihatan keseluruhan khusus barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan keluarga dengan risiko terdedah pada jangkitan covid19. Apa yang berlaku timbalan menteri tidak mendidik masyarakat untuk patuh pada peraturan tidak bolih berkumpul sebaliknya makan beramai ramai di Tahfiz.Para Doktor merayu orang ramai stay at home, Timbalan Menteri dan exco kerajaan negeri makan bersama orang ramai di tahfiz. Sudah tentu tindakan ini mengecewakan barisan hadapan. Anak buah dikerah ke medan tempur, boss pula memecah kubu dan membuka ruang untuk musuh (covid19) menyerang.
3.Menteri pula punya lah seronok nak tunjuk pada Presiden partinya konon operasi memerangi covid19 adalah kejayaan beliau, akhirnya menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia dan dunia. Menteri dengan penuh rasa bangga beritahu Presiden Partinya yang dia dah buat persidangan vedio langsung dengan Who 500 negara. Dia kata dunia iktiraf apa yang dia buat. *Hari ini beliau nafi 500 negara, yang beliau maksudkan 500 peserta*.
4.Tak kan tak tau beza negara dan peserta masa nak taklimat pada Presiden.Pasai apa ambil masa dari 18 apr 1pm selesai taklimat pada Presiden Umno hingga 19 apr baru buat pembetulan 500 negara ke 500 peserta. Si Presiden Umno pun penuh yakin ucap tahniah kejayaan bila diberitahu Menteri kesihatan buat persidangan vedio langsung dengan Who 500 negara. Tak kan Presiden Umno tak tau yang jumlah negara 193 saja. *Atau sama sama bangang*. Yang saya hairan kedua dua orang menteri dan Timbalannya adalah pengamal perubatan yang kini menjawat jawatan menteri dan Timbalan.
5. *Mereka bukan bomoh atau tok mudim kampung*. Mereka berdua ada kelulusan dalam bidang perubatan tidak bolih bertindak dan bercakap macam orang tiga suku.Tindakan dan percakapan mereka yang akhirnya telah menimbul rasa malu dan beri tekanan yang melemahkan semangat barisan hadapan. Mereka berdua sepatutnya memimpin bukannya nak *tunjuk mereka lebih hebat dari arwah Ahmad Nisfu*.Lebih baik mereka berdua jadi jaga di kementerian kesihatan dan beri tanggung jawab kepada ketua Pengarah Kesihatan memimpin sepenuhnya atau lantik Ketua Pengarah Kesihatan jadi Menteri dan timbalan ketua Pengarah jadi Timbalan menteri Kesihatan.
6.Kepada Doktor, Jururawat dan semua yang di barisan hadan melawan Covid19, ayuh teruskan perjuangan. *Saya percaya anda semua kuat tidak terkesan dengan gelagat dan percakapan Menteri dan timbalan*. Abaikan apa yang dicemuh dan dipertawakan olih rakyat pada menteri dan timbalan kerana rakyat bersama anda semua. Terima kasih dari rakyat atas pengorbanan anda dan keluarga.
*Kemenangan Menentang Covid19 Milik Kita Bersama*
*Kuatkan Imun Teguhkan Iman*
*Hj Mahfuz Hj Omar*
Ahli Parlimen Pokok Sena
Naib Presiden Amanah
19 apr 2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s