Betapa Tingginya Penghormatan Kerajaan Thailand Kepada Jemaah Tabligh Selepas Di Kuarantin Covid-19.

 

DOA MOHON ALLAH SWT LINDUNGI DARI PENYAKIT YANG AMAT BERBAHAYA.

Hadis Riwayat Abu Daud (1554)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

Maksud: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”

 

 
Cara: Baca doa ini selepas solat fardhu/sunat.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الأَنْـبِيَاءِ وَالمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

اَللَّهُمَّ ادْفَعْ عَنَّـا البَلآءَ وَالغَلاَءَ وَالوَبَاءَ وَالطَّاعُونَ وَالفَحْشَاءَ وَالمُنْـكَرَ وَالبَغْيَ وَالسُّوءَ المُخْتَـلِفَ وَالشَّدَائِدَ وَالمِحَنَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَنَ مِنْ بَلَدِنَا وَقَرْيَتِـنَا هَذِهِ خَآصَّةً وَمِنْ بُلْدَانِ المُسْلِمِينَ كَآفَّةً عَآمَّةً إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَبِالإِجَابَةِ جَدِيرٌ.

تَحَصَّـنَّا بِذِى العِزَّةِ وَالجَبَرُوتِ، وَاعْتَصَمْـنَا بِرَبِّ المَلَـكُوتِ، وَتَوَكَّـلْنَا عَلَى الحَيِّ الَّذِي لاَ يَمُوتُ، اَللَّهُمَّ اصْرِفْ عَنَّا هَذَا الوَبَاءَ، وَقِنَا شَرَّ الرَّدَى، وَنَجِّنَا مِنَ الطَّعْنِ وَالطَّاعُونِ وَالبَلاَءِ، بِلُطْفِكَ يَا لَطِيفُ، يَا خَبِيرُ، إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَالَمِينَ.

Yang bermaksud:

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam, selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad semulia-mulia nabi dan rasul, ahli keluarga dan para sahabatnya

Ya Allah! Jauhilah kami daripada bala’ bencana, wabak penyakit, taun, pelbagai perlakuan keji dan mungkar, segala kepayahan dan dugaan yang zahir dan yang tersembunyi. Ya Allah! Selamatkanlah negeri kami ini khususnya, dan negara umat Islam amnya daripada segala bencana tersebut. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala-galanya dan Engkaulah yang selayaknya memberi perkenan.

Aku berlindung dengan Allah Tuhan yang Maha Gagah Perkasa dan yang Mempunyai Kekuasaan Mutlaq. Aku berpegang teguh kepada Allah Tuhan yang Memiliki Kerajaan yang Maha Agung dan aku berserah diri kepada Allah yang Hidup dan tidak akan mati.

Ya Allah! Wahai Tuhan kami jauhilah kami daripada wabak yang datang ini dan peliharalah kami daripada segala kejahatan yang merosakkan serta selamatkanlah kami daripada segala fitnah dan penyakit taun serta segala bala’ yang datang, dengan kelembutan-Mu ya Allah, Tuhan yang Maha Berlemah Lembut, wahai Tuhan yang Maha Halus Pengetahuan-Nya, Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu, selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w, keluarga dan para sahabatnya. Segala puji bagi Allah Tuhan pencipta alam semesta.

 

 

 

Dengan Rendah Diri Kami Meminta  Para Sahabat Yang Dikasihi Sekalian Untuk Subscribe Channel  Youtube Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos

 

Sebagai Tanda Sokong Usaha Berdakwah Di Jalan Allah SWT Dan Berkongsi Pahala Di Akhirat Sebagai Amal Jariah Setelah Kita Tiada Nanti.

 

Takutlah Wahai Manusia Di Hari Dimana Tangan Dan Kaki Kamu Menjadi  Saksi Di Hadapan Allah SWT Nanti.

https://www.youtube.com/watch?v=Ez8ef2CQf0A

 

Mohon Like Page Pintu Ke Syurga :

https://web.facebook.com/Pintu-Ke-Syurga-110968047089773/

 

FIRMAN Allah SWT: “Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.” (Surah Al-Hadid, ayat 21).

 

Jutaan Terima Kasih Di Atas Kesudian Sahabat Melayari Laman-Laman Media Ihya Assunnah.

Muafakat Nasional tidak seindah dibayangkan, Umno-Bersatu pula menunggu belah

1 QARDAWI SUDAH TAHU1 CELAKA BESAR1 MCA TONCANG.1 PAS MABUK ARAK1 SUJUD SYUKUR1 ARAK BMF

1 MENTERI SEGALA MENTERI

1 LIDAH SYAITAN

Asalnya Muafakat Nasional — gabungan longgar tapi mesra Umno-Pas — lebih cenderung kepada pilihan membubarkan Parlimen berbanding kerajaan tebuk atap, sejurus selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan perdana menteri, hujung Februari lalu.

Kedua-dua parti Melayu itu, dalam sidang akhbar selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong, mendedahkan pendirian mereka menarik balik sokongan kepada Mahathir kerana tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan, yang turut mengandungi DAP.

Lama sebelum itu, Umno dan Pas percaya boleh mengambil alih kerajaan Persekutuan dalam PRU15, atas dakwaan majoriti pengundi, khususnya masyarakat Melayu tidak berpuas hati dengan prestasi Pakatan Harapan (PH) kerana menyifatkan kedudukan Melayu-Islam semakin tergugat dan terancam.

Ditambah pula dengan sokongan pola pengundian pada PRU14, iaitu gabungan undi calon BN (Umno) dan Pas, untuk lebih kurang 30 kawasan Parlimen yang dimenangi PH, lebih banyak daripada calon bersimbolkan PKR itu. Ini bermakna, seolah-olah jika Umno dan Pas bergabung dan mengelak pertandingan tiga penjuru, 30 kerusi berkenaan akan direbut daripada PH.

Sekiranya Pas bersekutu atau bergabung dengan BN dalam PRU14, dengan andaian pengundi Pas tidak lari kepada PH, kerajaan BN dijangka tidak tumbang. Namun begitu, banyak penganalisis merasakan sokongan kepada calon Pas waktu itu turut dipengaruhi sentimen meluas anti-kleptokrasi kerajaan Najib Razak. Maknanya, jika Pas dilihat bersekongkol dengan BN, dijangka pengundi tradisinya akan menarik balik sokongan dan memilih pencabar terdekat regim itu, yakni PH.

Apa pun, untuk tujuan tulisan singkat ini, kita fokuskan kepada keupayaan dan kemampuan kerjasama antara Pas-Umno, menjelang PRU15. Apakah ia dapat bertahan kukuh, bagi mengekalkan kerajaan Melayu-Islam yang diperolehi secara pintu belakang pada awal Mac lalu, sekali gus bertambah keserasian dengan satu lagi parti Melayu, Bersatu?

Imaginasi saya pada awalnya, Umno mungkin lebih mudah membentuk persefahaman dengan Pas berbanding Bersatu. Walaupun perseteruan Pas dengan Umno sudah mengakar lebih enam dasawarsa, pendekatan parti Islam itu khususnya sejak 10 tahun lalu sudah berubah secara drastik.

Presidennya, Ustaz Abdul Hadi Awang, walaupun pernah mencetuskan amanat yang cukup kontroversi, yang memisahkan masyarakat Melayu akar umbi, tetapi beralih kepada pendekatan lebih lunak terhadap Umno. Semangat kemelayuan, sebagai bangsa dominan negara ini, ditambah faktor DAP yang diperlihatkan sebagai ancaman bersama, mempertautkan mereka.

Begitu juga dengan Umno, parti itu nampak lebih mudah serasi (dan senang menguasai) Pas, berbanding Bersatu. Parti bunga raya yang kini menguasai Kabinet Muhyiddin-Azmin, lahir daripada rahim Umno, manakala lebih separuh ahli Parlimen Bersatu, asalnya wakil rakyat Umno yang menang atas tiket BN. Kedua-dua parti itu berkongsi idealisme, sensitiviti dan mimpi yang sama. Masing-masing arif dengan kelebihan dan kelemahan sendiri.

Menanti bonus

Di peringkat awal penubuhan Kabinet, pemimpin-pemimpin Umno secara terbuka melahirkan rasa tidak puas hati dengan komposisi jemaah menteri itu. Wakil Bersatu lebih menguasainya sedangkan bilangan ahli Parlimen Umno jelas menjayakan penubuhan kerajaan pintu belakang.

Selain perdana menteri, yang secara tradisinya memiliki senarai kuasa yang panjang, dua daripada empat menteri kanan daripada Bersatu, hanya seorang Umno dan bakinya, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Malah, menteri Bersatu juga bertaraf menteri kanan paling kanan, dan akan mempengerusikan mesyuarat menteri jika perdana menteri tidak berada dalam negara. Selain itu, portfolio strategik juga dimonopoli Bersatu, seperti pendidikan, luar bandar, komunikasi, wanita, malah kewangan yang disandang seorang senator tentunya atas pilihan perdana menteri.

Rata-rata pemerhati melihat Kabinet Muhyiddin-Azmin ini adalah bersifat sementara. Pemimpin Umno hampir setiap hari membangkitkan rasa tidak puas hati dan meluahkan kritikan terbuka terhadap prestasi menteri-menteri khususnya daripada Bersatu.

Target Umno lebih kepada PRU15, dan membentuk kerajaan bersama Pas, MCA, MIC dan GPS. Ujian paling sukar adalah menyelesaikan isu agihan kerusi di antara ketiga-tiga parti Melayu, terutama Umno-Bersatu.

Malah untuk mengagihkan kerusi sesama Pas dan Umno pun tidak mudah, khasnya di Pantai Timur dan Kedah. Ini kerana parti-parti tersebut tertumpu di konstituensi yang sama.

Selain Bersatu, cabaran besar menunggu Umno di Terengganu. Mungkin persefahaman lebih mudah dicapai di Kelantan memandangkan negeri itu dikuasai Pas sejak 30 tahun lalu. Sedangkan Terengganu hanya ditawan Pas pada 1999 dan bertahan sepenggal.

Pada 2018, faktor kemarahan terhadap regim Najib Razak begitu meluas. Kecaman terbuka Pengerusi Umno Terengganu, Ahmad Said kepada kerajaan negeri Pas ekoran bantuan pusat melalui wakil-wakil rakyat yang tidak seimbang, membayangkan Muafakat Nasional juga bakal berdepan masalah besar. Dan ramai maklum perwatakan Ahmad Said berdepan saingan politiknya!

Justeru, saya percaya, kerjasama Pas-Umno yang dikatakan bakal memenangi PRU15 akan digoncang isu pengagihan sumber kerajaan. Sementara menunggu bibit-bibit keretakan Umno-Bersatu yang dijangka lebih parah, hubungan dalam Muafakat Nasional juga teruji.

Namun begitu, Pakatan Harapan tidak boleh sekadar menanti bonus, gabungan parti itu juga perlu bingkas selepas kecewa dikhianati dan tangkas menampilkan khidmat-sumbangan terbaik pada waktu negara menghadapi pandemik Covid-19. Rakyat akan membuat penilaian kritis berdasarkan rekod kerja kedua-dua gabungan parti.

Muafakat Nasional tidak seindah dibayangkan, Umno-Bersatu pula menunggu belah

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

1 TIKAM BELAKANG1 RM NAZAK1 PENGKHIANAT MESIR1 HADI MUNAFIK1 HADI JAHAT1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 BERAPA NILAI MELAYU

KERAJAAN YANG DIASASKAN DIATAS PENGKHIANATAN PASTI JAUH DARIPADA KEBERKATAN TETAPI DEKAT KEHANCURAN DAN KEHINAAN.

Bermula dengan harapan apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan petugas barisan hadapan Covid-19 akan mendapat elaun khas RM600 sebulan.

Namun apabila ia dilaksanakan, baru mereka sedar, tidak sampai 30% dari mereka yang bertugas di barisan hadapan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat elaun itu.

“Saya jangka hanya sekitar 10 – 20 % sahaja daripada petugas barisan depan KKM ini mendapat elaun ini,” kata seorang doktor yang bertugas dengan Institut Kanser Negara yang kini ditugaskan memerangi Covid-19.

Beliau sendiri yang bertugas untuk membuat screening (ujian awal) Covid-19 tidak mendapat elaun yang diumumkan oleh Muhyiddin itu.

Perdana Menteri pada 27 Mac lalu mengumumkan, kerajaan menambah elaun khas kepada doktor, jururawat dan kakitangan perubatan yang terbabit dalam pengurusan COVID-19 daripada RM400 kepada RM600 sebulan.

Elaun itu mula dibayar pada 1 April lalu dan akan diberikan sehingga wabak berkenaan berakhir.

Menurut doktor itu, beliau dimaklumkan, petugas yang akan mendapat elaun khas ini adalah yang bertugas dari menerima atau mendaftar pesakit sehingga mengesahkan pesakit itu tidak sakit lagi (dischange).

“Jadi kami yang membuat screening ini tidak terlibatlah kerana kami diluar circle itu padahal kami berhadapan dan dipanggil bertugas hanya kerana Covid-19 ini,” katanya.

Menurut beliau, kadar bayarannya juga tidak semestinya RM600 sebulan. Jika petugas ini terlibat dengan pesakit Covid-19 kurang dari 15 hari, mereka hanya akan mendapat separuh sahaja iaitu RM300 sebulan.

“Yang standby pun tak dapat kalau tak terlibat dengan pesakit. Misalnya driver. Dia kena standby untuk membawa pesakit Covid-19. Kalau tidak ada pesakit hari itu, dia tak dapat elaun itu,” katanya.

Akibat dari harapan yang diberikan tidak sama dengan apa yang mereka dapat, ramai petugas barisan depan mula terasa mereka dikhianati atau kecewa.

“Misalnya ramai antara rakan-rakan setugas saya, misalnya pembantu kesihatan mula kecewa kenapa mereka tidak dapat elaun ini,” kata sumber itu.

Sehubungan dengan itu, mereka meminta agar kaedah pemberian ini dikaji semula agar lebih adil untuk semua kakitangan barisan hadapan.

 

 

Elaun barisan depan: Bermula dengan harapan, kini kekecewaan

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas – Umnopas Memang Rasis

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas

‘Sesungguhnya umat Islam itu bersaudara’. Itulah asas konsep Islam universal yang menyatukan kita baik pada waktu aman atau darurat.

Semalam Ketua Perhubungan Umno Terengganu, Dato Sri Ahmad Said menyatakan Umno serta rakan BN lain tidak menerima apa-apa bantuan langsung dari kerajaan Pas Terengganu dari peruntukan RM10 juta bantuan krisis Covid-19 dari Kerajaan Pusat.

Perlu diingat Umno-BN bersama PPBM merupakan rakan Pas dalam Perikatan Nasional. Mereka merupakan gabungan yang di katakan kerajaan Melayu-Islam yang didominasi oleh tiga parti Melayu-Islam itu.

Kalau rakan satu angkatan Muafakat Nasional pun tidak dihulurkan bantuan Covid-19, apa pula nasib rakyat biasa yang lain yang dibiarkan terpinggir pada waktu mereka memerlukan bantuan serta pembelaan menjelang bulan Ramadhan ini?

Minggu lepas, saya telah menyuarakan keluhan rakyat biasa Terengganu yang bukan daripada kalangan penyokong Pas yang tidak menerima apa-apa bantuan langsung.
Kerajaan Pas Terengganu menjawab bahawa mereka telah selesai fasa ketiga pembahagian bantuan. Yang nyata ramai rakyat bukan penyokong Pas belum menerima apa-apa bantuan.

Semalam, sahihlah dengan pendedahan Ketua Perhubungan Umno Terengganu bahawa bantuan Covid-19 hanya diberi kepada penyokong Pas sahaja.

Amatlah mendukacitakan Kerajaan Terengganu, yang diterajui parti yang mengakui sebuah parti Islam, mengamalkan diskriminasi pembahagian bantuan rakyat susah dalam negeri yang 97 peratus rakyatnya Islam-Melayu.

Sangat memalukan dibandingkan di pantai barat beberapa NGO swasta kecil membahagikan bantuan makanan percuma tidak mengira agama dan kaum sementara negeri digelar Kuwait Malaysia, bukan sahaja tidak mengeluarkan wang negeri untuk membantu rakyat umum, tetapi menafikan peruntukan kerajaan pusat yang di peruntukan khas untuk bantuan Covid-19.

Pendedahan YB Dato Ahmad Said menunjukkan sikap disriminasi Pas walaupun dalam kalangan rakan satu angkatan, satu agama dan bangsa dalam PN. Tuduhan ini juga di sokong oleh seorang lagi mantan Menteri Besar Terengganu Dato Sri Razif.

Ini juga mendedahkan Pas bukan sahaja enggan untuk berkongsi peruntukkan bantuan untuk rakyat tetapi juga berkongsi kuasa di peringkat negeri.

Walaupun di peringkat pusat PAS memiliki 8 perlantikan Menteri dan Timbalan Menteri, di negeri milik PAS tiada langsung lantikan dari UMNO atau PN di dalam EXCO Negeri. Sebagai mantan Menteri Besar Negeri, sekurang kurangnya Dato Ahmad Said dan Dato Razif patut di lantik dalam Exco Negeri Terengganu.

Inilah sikap PAS yang tidak ingin berkongsi kuasa. Mereka hanya ingin menerima tetapi enggan memberi atau berkongsi.

Semasa Kerajaan PH memerintah, kami bukan sahaja memberikan Royalti terus kepada Terengganu, tetapi berbagai Kementerian Kerajaan PH juga menurunkan peruntukan masing-masing kepada Negeri.

Hari ini, Kerajaan PAS Negeri tidak memberi langsung bantuan kepada rakyat biasa, selain dari penyokong parti sendiri, dan membiarkan rakyat lain dalam kesusahan di ambang menyambut bulan ramadhan yang mulia ini.

Di manakah semangat Islam yang bersaudara, baik di kalangan rakan mereka sendiri dari Perikatan Nasional, atau di kalangan rakyat Islam- Melayu Terengganu lain yang menghadapi kesusahan di Negeri Darul Iman ini ?

Apapun slogan PAS menyatakan di bibir hari ini, sebenarnya pegangan perjuangan PAS masih berada pada amanat tahun 1981 di Banggol Peradong.

Amanat YB Haji Hadi Awang di Banggol Peradong masih mencorakkan politik mereka yang hanya percaya yang hanya diri mereka yang betul dan tiada akan bolih ujud kerjasama berkekalan yang bermakna dengan mana mana pihak lain. Inilah yang di alami oleh PN bersama UMNO dan PPBM hari ini.

Peristiwa bersejarah Banggol Peradong amat mendalam kesannya di mana dalam suatu masyarakat tempatan keluarga diasingkan, suami isteri bertelagah dan komuniti berpecah belah.

Walaupun ini kurang di perkatakan hari ini, malangnya budayanya masih ujud di lubuk hati masyarakat tempatan PAS Terengganu terutamanya terhadap UMNO.

Malangnya semasa masyarakat seluruh dunia hari ini bolh melupakan persengketaan dan perbezaan semasa menghadapi wabak Covid, seperti masyarakat Sunni dan Shiah serta rakyat Islam dan Yahudi yang bolih berdamai, tetapi Kerajaan PAS Terengganu sangat menebal sikap pemusuhan mereka.

Tidak berapa hari lagi tinggal sebelum bulan ramadhan yang mulia tiba di mana yang susah amat mengharapkan bantuan. Malangnya sikap kerajaan PAS negeri Terengganu Darul Iman, masih meminggirkan sesama Islam dan Melayu rakyat sendiri di bulan yang mulia menghadapi krisis global Covid.

Perlu kita renung makna apa yang ada pada nama ‘Kerajaan Islam Melayu’ yang di laungkan oleh PAS.

Tidak ada taburan rakyat yang lebih ramainya Islam dan Melayu di Malaysia selain dari Terengganu.

Di antara empat negeri termiskin, tidak ada taburan rakyat termiskin nelayan serta petani yang lebih ramai di Malaysia selain dari Terengganu.

Inikah caranya sebuah kerajaan Islam memimpin negeri begelar Darul Iman di bawah kerajaan Islam Melayu ?

Didalam situasi hari ini nampaknya, “Islam-Melayu hanya di bibir, PAS sebenarnya bersendiri di hati”.

Bantuan Covid-19 di Terengganu hanya untuk penyokong Pas