DAP ajak bahas cara elak gelombang ketiga Covid-19

DAP ajak bahas cara elak gelombang ketiga Covid-19

1 A TIKTOK C

Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencadangkan agar satu perbahasan diadakan untuk membincangkan kaedah menangani gelombang ketiga wabak Covid-19 dari terus melanda negara.

Kit Siang berkata, ia termasuklah diskusi tentang lanjutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berlaku sekarang ini dalam tempoh satu tahun akan datang sebelum vaksin virus tersebut ditemui.

Menurutnya, pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semalam adalah melegakan apabila buat kali pertama negara mencatatkan lebih separuh daripada individu yang dijangkiti, telah pulih.

“Secara peribadi, saya berasa lega kerana pembacaan data amatur saya tidak salah. Pada 3 April lalu, kita mencapai puncak gelombang kedua wabak ini dengan sejumlah 3,333 kes.

“Ia sekaligus menolak prognosis terburuk yang dibuat oleh JP Morgan yang menganggarkan kira-kira 6,300 kes pada pertengahan April atau unjuran yang lebih mengerikan dari Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) yang mencapai sehingga 8,900 kes.

“Namun, Malaysia bukan sahaja perlu menewaskan gelombang kedua yang sedang melanda ketika ini, bahkan perlu memastikan tidak ada gelombang ketiga dan tiada keperluan untuk lanjutkan PKP di negara ini,” tegas Penasihat DAP itu dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, buat pertama kalinya, kes Covid-19 di Malaysia berada di bawah angka 100 dengan mencatat 85 kes baharu yang menjadikan jumlah kes Covid-19 kepada 5,072.

Pengumuman tersebut dibuat Noor Hisham yang turut memaklumkan terdapat satu kematian baru menjadikan jumlah keseluruhan 83 orang.

Manakala, seramai 169 orang lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan pemulihan menjadi 2.647 atau 52.2 peratus yang juga mencatat kali pertama, lebih separuh daripada orang yang dijangkiti pulih.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Kota Iskandar itu mendakwa, Majlis Keselamatan Negara (MKN) belum lagi mencapai kaedah terbaik dalam perang menangani Covid-19.

Katanya, maklumat harian mengenai empat zon dalam pengawasan iaitu Merah, Oren, Kuning dan Hijau itu berdasarkan data ketinggalan zaman yang masih menggunakan kumulatif kes dan bukannya statistik terkini.

Dalam ulasan sama, beliau berkata, kredit pencapaian perlu diberikan kepada petugas barisan hadapan dan keberkesanan PKP oleh kerana negara tidak pernah lagi mencatat adanya lonjakan kenaikan kes sehingga 1,000 atau 2,000 kes sehari.

“Malaysia antara salah satu negara yang merekodkan tahap pemulihan terbaik. Kita mencapai kadar pemulihan 52.2 peratus atau 2,647 kes pemulihan daripada sejumlah 5,072 jangkitan. Ini lebih baik daripada Amerika Syarikat dan sebahagian besar negara-negara Eropah.

“Tapi, ada satu perkara yang pasti. Dalam satu hingga dua tahun ke depan, jarak sosial ekonomi, politik dan kehidupan sosial tidak hanya berlaku di Malaysia, tetapi juga seluruh dunia.

“Kita perlukan sekurang-kurangnya dua tahun sebelum kita dapat kembali ke keadaan normal sebelum Covid-19. Tetapi, kita juga harus menghadapi kejatuhan ekonomi akibat wabak yang dihadapi satu dunia,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s