Sejarah “Takbir” dalam PAS‬

1 PAS MABUK ARAK1 BOHONG HADI TERBARU

Sejarah “Takbir” dalam PAS‬

Oleh : Abd Malek Hussin

‪Bertakbir tidak menjadi budaya yang kini berakar umbi dalam PAS, sebelum era kepimpinan ulama yang diasaskan pada 1982.‬

‪Aku menyokong aktif PAS mulai 1978 dan menganggotainya pada 1981.‬

‪Aku mula membantu PAS, khasnya dalam pilihanraya umum Negeri Kelantan yang berlangsung pada 11 Mac 1978. Ini diikuti dengan tumpuan membantu Ustaz Fadzil Mohd Noor di Kedah semasa pilihanraya umum parlimen pada Julai 1978. Ketika itu, aku menganggotai ABIM dan menjadi pegawai di Ibupejabat ABIM Pusat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.‬

‪Aku mengikuti ceramah-ceramah pimpinan PAS Pusat dan aku sendiri berceramah di depan khalayak penyokong PAS, namun tidak kedengaran sesiapa mengajak orang bertakbir pada masa era itu. Sebaliknya, mereka bertepuk tangan gembira apabila naik semangat menyetujui intipati pidato.‬

‪Aku dilantik sebagai Setiausaha PAS Kawasan Setapak, Wilayah Persekutuan oleh Yang Di-Pertua PAS Kawasan Setapak, Subky Latif pada tahun 1981. Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan kemudian melantik aku sebagai wakil negeri bagi membahaskan Ucapan Dasar Yang Di-Pertua PAS dalam Muktamar Tahunan PAS di Dewan Bahasa dan Pustaka.‬

‪Dalam Muktamar 1981 itu, tiada sesiapa mengajak laungan “Takbir” terhadap ucapan sesiapa, malah amalan menghisap rokok di dalam Muktamar masih belum terhenti. Masih terdapat pimpinan PAS Pusat yang duduk di hadapan yang merokok — menjadi kegemaran mereka ketika itu ialah kretek Gudang Garam. Kretek itu apabila dihisap boleh menyemburkan serpihan bara api yang membakar berhalus pada baju atau jubah mereka hingga nampak berlubang kecil.‬

‪Pernah aku hadir sebagai pemerhati Muktamar Khas PAS pada 2 Mac 1980 di Dewan Bahasa dan Pustaka. Sungguh ramai dalam dewan itu merokok atau berkretek. Tidak pelik jika ramai dalam Muktamar Khas itu pedih mata akibat kepulan asap dalam dewan. Aku boleh sebutkan, pedihnya mata ketika itu bagaikan FRU menembak gas pemedih mata.‬

‪Muktamar Khas 1980 itu membincangkan isu demonstrasi para petani di Alor Setar, Kedah pada 19 Januari 1980 yang membantah Kerajaan berkaitan isu harga padi. Ekoran demonstrasi itu, pada 23 Januari 1980 seramai 14 ahli PAS ditahan di bawah ISA. Walaupun pembahas demi pembahas berucap berapi membidas Kerajaan , namun tiada ajakan dan laungan “Takbir” di dalam Muktamar Khas itu.‬

‪Maka, dari mana dan bila bermula perubahan bertakbir berlaku dalam PAS?‬

‪Pada Februari 1979, revolusi rakyat berjaya menumbangkan Shah Iran. Kejayaan revolusi di Iran itu menarik perhatian dunia, lebih-lebih lagi kepada berbagai gerakan Islam banyak negara. Mereka terpegun dengan kejayaan pembentukan Republik Islam Iran di bawah kepimpinan Ayatullah Rohullah Khomeini. ‬

‪Ramai pimpinan dan aktivis gerakan-gerakan Islam berpusu ke Iran. Dari Malaysia, tidak terkecuali.‬

‪Anwar Ibrahim selaku Presiden ABIM adalah antara yang awal ke Iran selepas kejayaan revolusi. Beliau hadir menyertai delegasi WAMY berkunjung ke Iran pada awal Mac 1979 dan menemui Imam Khomeini.‬

‪PAS juga tidak ketinggalan. Ramai pemimpin PAS, terutama pimpinan Dewan Pemuda PAS berkunjung ke Iran dalam tahun 1981-1982. Malah Dewan Pemuda PAS Pusat menganjurkan secara bersiri lawatan ke Iran ketika itu dan mengikuti kursus-kursus politik di Teheran.‬

‪Aku juga turut menyertainya pada 1982 bersama beberapa pimpinan Pemuda PAS Pusat dan Negeri. Kami mengambil dan membawa pulang banyak iktibar dan pengalaman baru perjuangan dari Iran.‬

‪Dari kursus-kursus itu, kami menggarap gagasan perjuangan Islam yang bersifat alami, antaranya mengenai penentangan terhadap imperialisme kuasa-kuasa Barat dan Timur, penegasan perjuangan membebaskan Palestin dan penghayatan terhadap kepimpinan ulama dalam gerakan.‬

‪Seperkara yang aku amati di Iran ialah kekerapan berselawat dan bertakbir dalam majlis sebagai pernyataan roh perjuangan Islam di dalam majlis dan juga di khalayak awam. ‬

‪Apabila diseru bertakbir, rakyat Iran dalam era tersebut akan melaungkannya dengan nada yang lembut tapi padu. Mereka yang menyambutnya akan laungkan “Allahu Akbar” tiga kali berturut-turut dan disusuli sejurus itu dengan laungan slogan “Mar barg Amriko! Mar barg Syurowi! Mar barg Israil!” Maksudnya, “Jahanam Amerika! Jahanam Russia! Jahanam Israel!”‬

‪Dari Iran, kami Pemuda PAS membawa pulang dan menerapkan amalan bertakbir di dalam parti, dan ia berkembang dengan begitu pesat hingga ke cawangan-cawangan bawahan dalam parti. ‬

‪Berbeza dengan Iran yang rakyatnya bertakbir dengan nada lembut, di Malaysia menjadi lain. Orang-orang PAS mungkin lebih melaung dek berjiwa Melayu yang sifatnya mudah panas melenting akan bertakbir sekuat suara sehingga kekadang nampak tegang urat tengkok.‬

‪Pada waktu itu, PAS mengalami krisis dalaman. Kepimpinan Datuk Asri Muda selaku Yang Di-Pertua disanggahi hebat oleh berbagai peringkat organisasi dalam PAS, terutama sekali Pemuda PAS berikutan kekalahan teruk PAS dalam pilihanraya umum Dewan Undangan Negeri Kelantan pada Mac 1978 dan pilihanraya umum Parlimen pada April 1982.‬

‪Kemuncak perbezaan ini menjadi tersangat nyata dan tajam apabila buat pertama kalinya Dewan Pemuda PAS Pusat mengadakan Muktamar secara berasingan dari segi jadual dan lokasi dengan Muktamar Tahunan PAS Pusat.‬

‪Muktamar ke-23 Dewan Pemuda PAS Pusat diadakan pada 12 Jun 1982 di Madrasah al-Masriyyah, Bukit Mertajam. Sementara, Muktamar PAS ke-28 diadakan pada 23-24 Oktober 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.‬

‪Muktamar Dewan Pemuda PAS turut mengundang tetamu khas dari Iran untuk berucap, iaitu Dr Fakhruddin Hijazi seorang Ahli Majlis (Parlimen) dari Teheran. Ketika berlangsung ucapan Dr Fakhruddin, buat pertama kalinya laungan “Takbir” bergema dalam majlis rasmi PAS. ‬

‪Gema laungan “Takbir” itu berkemuncak pada Muktamar Tahunan PAS Pusat 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka.‬

‪Sebagai pernyataan sanggahan terhadap kepimpinan Datuk Asri, anak-anak muda dalam dewan muktamar dengan sengaja bertakbir berulang kali bagi mengganggu Asri ketika beliau menyampaikan Ucapan Dasar pada 24 Oktober 1982. Terdapat juga sebahagian anak-anak muda PAS melaungkan “Mar barg Asri!” berkali-kali. Ungkapan Farsi itu bermaksud, “Jahanam Asri!”‬

‪Segelintir penyokong Asri amat marah kepada laungan “Takbir” itu. Aku masih ingat, beberapa orang ‘gedebei’ penyokong Datuk Asri jalan berkeliaran di celah-celah perwakilan dan pemerhati sambil memberi amaran, “Sesiapa yang bertakbir, kami tampar!”‬

‪Tidak tahan dengan gangguan “Takbir” dan jeritan slogan menentangnya, Datuk Asri segera menghabiskan ucapannya. Namun, Ucapan Dasarnya itu kemudian ditolak perwakilan. Tidak pernah berlaku dalam sejarah mana-mana parti politik di Malaysia, Ucapan Dasar Presiden parti ditolak, kecuali PAS. Ini membawa kepada peletakan jawatan Asri sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat secara mengejut di dalam Muktamar itu.‬

‪Kesimpulannya, budaya “Takbir” PAS itu bermula dari Muktamar Dewan Pemuda PAS di Bukit Mertajam pada 12 Jun 1982 dan‬
‪berkemuncak dalam Muktamar Tahunan PAS di Kuala Lumpur pada 24 Oktober 1982.‬

‪Laungan “Takbir” 1982 menjadi strategi yang berkesan untuk menumbangkan Datuk Asri Muda sebagai Yang Di-Pertua PAS Pusat yang ke-4, dan kini laungan itu berkembang menjadi laungan semangat penyokong-penyokong PAS.‬

‪“Takbir” dalam Muktamar PAS 1982 itu tidaklah berkaitan dengan memuji Allah, tetapi dilaungkan untuk menghalau Presiden yang digelar ‘thoghut’ dari partinya sendiri.‬

100 KEJAYAAN PN DALAM MASA 30 HARI

1 MCA TONCANG.

1 PAS MABUK ARAK

1 MCA RASIS

1 MCA NIKAH

Hari ini di Harakahdaily menyiarkan 30 hari Kerajaan PN. Menurut tulisan Twitter yang dipetik ” 30 hari Kerajaan Perikatan: 100 fakta https://t.co/FNYJp9aFCf https://t.co/7hPF9bFi1H

Ramai yang beranggapan tulisan itu merupakan syok sendiri sehinggakan penangguhan bayaran pinjaman 6 bulan sempena arahan PKP dianggap satu kejayaan.

Terdapat satu pemilik akaun bernama @farhan zulkefly dengan ayat di akaun twitternya:

“Kalau nak list down kejayaan ikut tekak sendiri, tak payah jadi pensyarah pun boleh buat.

Tak payah 30 hari, mari aku listkan “kejayaan” 20 hari kerajaan PN ikut tekak aku pulak.

Hari 1:
-Muhyiddin tipu bilangan ahli parlimen. Sampai last, tak tunjuk numbers

Hari 2:
-Zahid Hamidi tipu mahkamah kononnya ada meeting dengan PMO. PMO nafikan

-Muhyiddin kata dia bukan pengkhianat dan janji akan lantik orang berintegriti dalam kabinet (Azmin?)

-Seorang aktivis ditahan kerana berdemo

Hari 3:
-PAS tipu peminjam PTPTN. Manifesto tu untuk pas, bukan PN katanya.

-14 aktivis ditahan kerana berdemo

Hari 4:
-PN tangguh dewan rakyat dari 9 Mac kepada 18 Mei (nak cukupkan numbers?)

-Mahkamah kantoikan asset Ku Nan ada lebih 900juta

Hari 5:
-PN Melaka tolak kerjasama dengan Adun Bersatu (throw Bersatu under the bus. Lol)

Hari 6:
– PN Johor tubuh Exco, MB lama tiada dalam senarai, PAS takde langsung, walaun sengih je.

– Hadi kata dia serah pada PM utk jawatan TPM (bagi hint ke?)

– Hadi kata usul undi tak percaya maknanya lawan Agong

Hari 7:
-Presiden MIC melawat bekas tahanan LTTE (asalkan bukan DAP)

-GPS terima jika ditawar kabinet (masa awal2 dulu kata taknak, u-turnnnn)

-Zahid cadang untuk tak dilantik dalam kabinet (test market lah tu)

Hari 8:
-Maza jumpa Muhyiddin kata kabinet akan go through SPRM, PDRM, dan tiada sijil palsu (Hishamuddin, Annuar Musa, Azmin?)

-Bung Mokhtar gaduh dengan Rahman Dahlan isu Bung tak layak jadi menteri

Hari 9
-Puad (UMNO) cadang jangan letak Azmin dalam kabinet

Hari 10,:
-Bung Mokhtar kata kerajaan PN takkan bertahan lama

-Maximus Ongkili tolak jawatan timbalan Menteri sebab dia nak jadi menteri

Hari 11:
-Annuar Musa beri bayangan ingin parlimen dibubar

-Timbalan Menteri Pendidikan kata akan satukan kementerian dengan Dong Zong (asalkan bukan DAP)

-Muhyiddin minta semua anggota kabinet isytihar harta dalam masa sebulan (dah lebih sebulan dah ni, mana?)

-Azalina kata UMNO sepatutnya diberi jawatan menteri kanan yg lebih banyak

Hari 12:
-Timbalan Menteri Pendidikan (MCA) post dalam bahasa cina (asalkan bukan DAP)

-Menteri Alam Sekitar kata pembalakan kelantan bukan isu

-Menteri Alam Sekitar kata musang king punca pencemaran
-MT UMNO tak puas hati dengan pilihan kabinet

-MT UMNO bermesyuarat dan setuju gabungan ini hanya untuk kali ini, selepas ini MN (Again, throw Bersatu under the bus. Lol)

Hari 13:
-Timbalan Menteri Pertanian, Che Abdullah Mat Nawi cadangkan ternakan diperdengar al quran akan dikaji (wtfuckkk)

-Timbalan Menteri Wanita, Zailah, kata akan bincang tentang pakaian patuh syariah time2 Covid19 ni

Hari 14:
-Khaled Nordin selar Azmin dan 10 MP lain sebagai pengkhianat

Hari 15:
-Zailah ajak wanita untuk hapuskan Covid tapi tak bagitahu macam mana. “Ayuh Wanita”

-Muhyiddin main golf ketika covid19 naik mendadak

-Menteri Kesihatan nak buat meeting esok instead of hari ni (walaupun urgent). Tapi Langkah Sheraton hari ahad boleh pulak.

Hari 16:
-PM umumkan Lockdown dari 18-31 Mac tapi Zuraida sempat sambut malam kesyukuran menjadi Menteri anjuran Berjaya

Hari 17:
-PM adakan mesyuarat bersama MB dan KM kerajaan sahaja untuk bincang masalah Covid19, PH tidak diajak

-Najib, Anwar, Guan Eng bidas tindakan ini
Hari 18:
-Anak Azmin sedih tak dapat tengok Euro musim Covid walaupun 2 rakyat Malaysia baru meninggal dunia

Hari 19:
-Kerajaan PN ikhtiraf UEC, walaun diam je (asalkan bukan DAP)

Hari 20:
-Menteri Kesihatan kongsi fake news tentang Covid 19 (minum air suam bunuh Covid 19)

-PM bekukan peruntukan kesemua parlimen PH semasa Covid

(21) Penangguhan bayaran balik 6 bulan untuk peminjam Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

(22) Bayaran penggantian pendapatan RM50 sehari bawah MySalam untuk golongan B40 yang dikuarantin sebagai pesakit bawah siasatan (PUI).

(23) Pengecualian bayaran sewa PPR dan Perumahan Awam selama 6 bulan.

(24) Penangguhan bayaran bulanan bagi unit-unit sewa untuk milik (RTO) 6 bulan.

(25) Pengecualian sewa bagi semua premis Kerajaan Persekutuan selama 6 bulan.

(26) Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion.

(27) RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat.

(28) RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

(29) RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.

(30) Peruntukan berjumlah RM500 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia.

(31) Bagi meningkatkan lagi keupayaan Kementerian, Kerajaan salurkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan untuk memerangi COVID-19. Kerajaan juga menyokong usaha KKM untuk menjalankan lebih banyak ujian COVID-19.

(32) Kerajaan berikhtiar mendapatkan khidmat kepakaran perubatan daripada perkhidmatan kesihatan swasta untuk bersama-sama hadapi wabak COVID-19.

(33) Kerajaan usahakan pihak industri insurans dan takaful akan mewujudkan dana khas berjumlah RM8 juta untuk menanggung kos ujian penyaringan yang bernilai sehingga RM300 bagi setiap pemegang polisi dan sijil takaful perubatan yang diarahkan oleh KKM untuk menjalani ujian di hospital swasta atau makmal swasta.

(34) Menangguhkan bayaran balik PTPTN kepada semua peminjam selama 6 bulan melibatkan kutipan sebanyak RM750 juta.

(35) Kerajaan membenarkan pengeluaran pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

(36) RM500 juta bagi tujuan pemberian diskaun 15 peratus ke atas bil elektrik sektor pelancongan dan 2 peratus bagi sektor komersial, industri, pertanian dan isi rumah di Semenanjung Malaysia mulai 1 April 2020.

(36) RM1 bilion kepada Dana Jaminan Makanan di mana Kerajaan terus menyalurkan pelbagai bantuan kepada petani, penternak dan nelayan termasuk dalam bentuk bantuan input pertanian, ternakan dan perikanan untuk menggalakkan pengeluaran domestik.

(37) RM100 juta bagi menyediakan kemudahan infrastruktur tempat penyimpanan dan pengagihan makanan serta program integrasi tanaman.

(38) Dana khas antara RM100,000 hingga RM200,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan dan Pertubuhan Nelayan Kawasan yang berdaya maju untuk membangunkan projek agromakanan jangka pendek yang boleh mengeluarkan hasil dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.

(39) Bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana, termasuk usahawan mikro, Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan menyediakan dana tambahan berjumlah RM4.5 bilion yang merangkumi lima inisiatif utama.

(40) Menambah dana dalam tabung Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS sebanyak RM3 bilion, menjadikan jumlah keseluruhannya RM5 bilion.

(41) Kadar faedah bagi keseluruhan dana Bantuan Kemudahan Khas atau Special Relief Facility untuk PKS dikurangkan daripada 3.75 peratus kepada 3.5 peratus.

(42) Meningkatkan saiz dana sebanyak RM1 bilion kepada RM6.8 bilion di bawah Kemudahan Semua Sektor Ekonomi bagi meningkatkan lagi akses pembiayaan kepada PKS.

(43) Menyediakan dana tambahan sebanyak RM500 juta di bawah Skim Kredit Mikro yang menjadikan jumlah keseluruhan RM700 juta bagi pembiayaan mudah.

(44) Skim Kredit Mikro dikendalikan oleh Bank Simpanan Nasional dengan menawarkan kadar faedah 2 peratus sahaja tanpa cagaran.

(45) Syarat kelayakan pinjaman Skim Kredit Mikro juga dilonggarkan dengan minimum enam bulan operasi berbanding setahun operasi.

(46) Amaun pembiayaan Skim Kredit Mikro ditingkatkan daripada maksimum RM50,000 kepada RM75,000 bagi setiap usahawan.

(47) Inisiatif ini adalah terbuka kepada semua usahawan mikro dalam semua sektor perniagaan termasuk pengusaha taska, operator bas dan teksi, industri kreatif dan peniaga atas talian.

(48) PKS yang mempunyai rekod perniagaan kurang daripada 4 tahun juga boleh memanfaatkan skim BizMula-i dan BizWanita-i Syarikat Jaminan Kredit Malaysia Berhad (CGC) untuk pembiayaan sehingga RM300,000.

(49) Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) akan menyediakan kemudahan jaminan bernilai RM5 bilion.

(50) Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan (SJPP) meningkatkan kadar jaminan daripada 70 peratus kepada 80 peratus bagi syarikat PKS yang menghadapi masalah mendapatkan pinjaman.

(51) KWSP akan memperkenalkan program Khidmat Rundingan Majikan pada 15 April 2020. Perkhidmatan ini merangkumi pilihan penangguhan bayaran, penstrukturan dan penjadualan semula sumbangan majikan.

(52) Khidmat Rundingan Majikan penjimatan aliran tunai kepada majikan yang dianggarkan berjumlah RM10 bilion.

(53) Mengecualikan pembayaran levi Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) bagi semua sektor untuk tempoh enam bulan mulai bulan April 2020. Langkah ini dijangka membantu aliran tunai syarikat dengan penjimatan keseluruhan bernilai RM440 juta.

(54) Kerajaan juga membenarkan penangguhan pembayaran ansuran cukai pendapatan kepada semua PKS untuk tempoh tiga bulan mulai 1 April 2020.

(55) Kerajaan telah memberi penangguhan bayaran ansuran cukai kepada perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan selama enam bulan bermula 1 April 2020.

(56) Bagi sektor lain yang turut terkesan, mereka dibenarkan untuk meminda jumlah cukai pendapatan yang dikenakan pada bulan ketiga, keenam dan kesembilan ansuran dalam tempoh asas perniagaan.

(57) Penangguhan atau moratorium bayaran pinjaman selama enam bulan.

(58) Penukaran baki kad kredit kepada pinjaman berjangka.

(59) Penstrukturan semula pinjaman korporat.

(60) Pendapatan pihak bank dari faedah atau keuntungan ke atas pinjaman atau pembiayaan yang terlibat dengan penangguhan bayaran balik pinjaman atau pembiayaan ini, hanya dikenakan cukai apabila pendapatan tersebut diterima selepas tempoh moratorium.

(61) Langkah moratorium akan dipanjangkan dan dilaksanakan bagi pinjaman dengan TEKUN, MARA dan koperasi serta mana-mana agensi Kerajaan yang memberi pinjaman kepada PKS mulai 1 April 2020.

(62) Bagi membantu usahawan B40 dan rakyat yang hilang mata pencarian, satu program kewangan sosial akan diperkenalkan dengan kerjasama antara institusi perbankan Islam, Majlis Agama Islam Negeri dan rakan-rakan pelaksana utama.

(63) Sumbangan kewangan sosial akan disalurkan dalam bentuk modal permulaan bagi usahawan mikro menggunakan dana zakat dan dipadan dengan pembiayaan mikro pada kadar yang berpatutan.

(64) Fasa pertama program kewangan sosial yang melibatkan kerjasama antara Bank Islam Malaysia Berhad dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan akan bermula dalam bulan Mei 2020.

(65) Usahawan yang layak akan diberi latihan keusahawanan, pengurusan kewangan dan sokongan untuk membangunkan perniagaan yang dipilih.

(66) Kemudahan skim jaminan berjumlah RM50 bilion dengan jaminan sehingga 80 peratus daripada jumlah pinjaman bagi tujuan membiayai keperluan modal kerja. Skim ini akan diuruskan dan tertakluk kepada penilaian kredit oleh Danajamin.

(67) Saiz minimum pinjaman yang layak dijamin ialah RM20 juta bagi setiap perniagaan. Kemudahan ini akan disediakan untuk pemohonan mulai 1 Mei sehingga 31 Disember 2020, atau sehingga dana jaminan digunakan sepenuhnya.

(68) Beri tumpuan kepada aktiviti pelaburan domestik yang mempunyai kesan pengganda yang tinggi dan mengekalkan pekerjaan.

(69) Kerajaan telah mengenal pasti beberapa projek kecil seperti menambah baik jalan, menaik taraf sekolah daif di Sabah dan Sarawak, membersihkan rumah ibadat dan balai polis, serta meningkatkan kemudahan pelancongan yang akan memanfaatkan kontraktor kelas G1 hingga G4. Bagi tujuan ini, peruntukan sebanyak RM2 bilion akan disediakan.

(70) Projek kecil bernilai RM2 bilion yang diumumkan dalam pakej awal mula dilaksanakan pada bulan April 2020.

(71) Projek-projek ini termasuk projek infrastruktur di kawasan FELDA dan lain-lain bernilai RM600 juta, projek membaik pulih sekolah daif di Sabah dan Sarawak bernilai RM350 juta dan projek membaik pulih perumahan rakyat termiskin bernilai RM150 juta.

(72) Meneruskan pelaksanaan semua projek yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020 termasuk ECRL, MRT2 serta Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara.

(73) Perdana Menteri, Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri bersetuju agar dua bulan gaji dipotong dan disalurkan ke dalam Tabung COVID-19.

(74) Langkah Tambahan Bagi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau ‘PRIHATIN PKS (Tambahan)’. Pakej tambahan berjumlah RM10 bilion.

(75) Peruntukan bagi program subsidi upah yang diumumkan pada 27 Mac yang lalu akan dinaikkan daripada RM5.9 bilion kepada RM13.8 bilion, iaitu tambahan sebanyak RM7.9 bilion.

(76) Bagi syarikat yang mempunyai pekerja lebih daripada 200 orang, subsidi upah sebanyak RM600 bagi setiap pekerja dikekalkan. Namun, bilangan maksimum pekerja yang layak untuk menerima subsidi akan ditingkatkan daripada 100 orang kepada 200 orang pekerja.

(77) Bagi syarikat yang mempunyai bilangan pekerja 76 hingga hingga 200 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM800 bagi setiap pekerja.

(78) Syarikat yang mempunyai bilangan pekerja sehingga 75 orang, syarikat akan menerima subsidi upah sebanyak RM1,200 bagi setiap pekerja. Melalui penambahbaikan ini, syarikat- syarikat akan menerima lebih banyak manfaat dan bantuan.

(79) Bantuan subsidi upah ini adalah untuk selama 3 bulan dan dikhususkan kepada majikan yang telah berdaftar dengan SSM atau pihak berkuasa tempatan sebelum 1 Januari 2020 dan mendaftar dengan PERKESO. Justeru, kira-kira 4.8 juta pekerja dijangka akan mendapat manfaat daripada inisiatif ini.

(80) Bagi majikan yang memilih untuk menerima bantuan ini, mereka disyaratkan untuk mengekalkan pekerja mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 bulan, iaitu dalam tempoh 3 bulan semasa menerima subsidi upah dan 3 bulan selepas itu.

(81) Mewujudkan Geran Khas PRIHATIN berjumlah RM2.1 bilion bagi semua syarikat PKS mikro yang berkelayakan. Kerajaan akan menyediakan Geran Khas sebanyak RM3,000 untuk setiap syarikat mikro yang akan memanfaatkan hampir 700,000 PKS mikro di seluruh negara.

(82) Kerajaan juga menyeru organisasi pemberi pinjam wang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 yang menyediakan kemudahan kredit untuk memberi moratorium ke atas bayaran ansuran PKS selama 6 bulan bermula April 2020, sepertimana yang telah diberikan oleh pihak bank.

(83) Memansuhkan kadar faedah 2 peratus kepada 0 peratus untuk Skim Kredit Mikro berjumlah RM500 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

(84) Skim pinjaman mudah untuk syarikat mikro ini juga dipanjangkan kepada TEKUN Nasional dengan had maksimum pinjaman sebanyak RM10,000 setiap syarikat pada kadar faedah 0 peratus.

(85) Untuk tujuan ini, dana sebanyak RM200 juta akan disediakan.

(86) Mengecualikan bayaran sewa atau memberi diskaun sewaan untuk peniaga runcit PKS bagi premis yang dimiliki oleh syarikat berkaitan Kerajaan.

(87) Menggesa pemilik premis swasta untuk turut memberikan kemudahan yang sama dengan mengurangkan kadar sewa premis mereka sekurang-kurangnya semasa waktu PKP dan 3 bulan selepas PKP berakhir.

(88) Pemilik bangunan atau ruang perniagaan yang memberikan pengurangan atau pelepasan sewa kepada penyewa premis perniagaan yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana akan diberi potongan cukai tambahan bersamaan dengan amaun pengurangan sewa tersebut bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.

(89) Membenarkan pengurangan bayaran levi pekerja asing sebanyak 25 peratus kepada semua syarikat yang permit pekerja mereka tamat pada 1 April hingga 31 Disember 2020.

(90) Kerajaan bersetuju untuk menggalakkan perundingan diadakan antara majikan dan pekerja mengenai terma pekerjaan, termasuk pilihan pemotongan gaji dan pemberian cuti tanpa gaji dalam tempoh PKP.

(91) Kerajaan bersetuju untuk memberikan moratorium secara automatik selama 30 hari daripada tarikh terakhir PKP untuk pihak syarikat mengemukakan dokumen berkanun kepada SSM.

(92) Tempoh menyerah simpan penyata kewangan syarikat juga dilanjutkan selama 3 bulan daripada tarikh terakhir PKP.

(93) Untuk memastikan semua inisiatif PRIHATIN dan PRIHATIN PKS (Tambahan) dapat dilaksanakan dengan cepat dan lancar, unit LAKSANA telah ditubuhkan di Kementerian Kewangan.

(94) Menyedari kepentingan startups, Kerajaan akan mempertimbang pelbagai inisiatif untuk merangsang sektor ini dalam tempoh yang sukar ini.

(95) Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Hal Ehwal Agama telah mengeluarkan Garis Panduan bagi perhimpunan ibadat di masjid untuk mengelakkan penularan COVID-19.

(96) Kementerian Luar Negeri wujudkan Malaysia’s Diplomatic Equipment Stockpile (MDES) bertujuan mengumpul peralatan perubatan bagi kegunaan petugas barisan hadapan (frontliners) Wisma Putra.

(97) Kementerian Luar Negeri berusaha keras membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di luar negara.

(98) Kerajaan tegas membatalkan operasi kilang-kilang arak sewaktu tempoh PKP.

(99) Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Ahli Parlimen PAS Kuala Nerus) telah berikrar untuk meneroka pasaran baru untuk industri sawit negara seperti ke Timur Tengah serta Afrika dan “bukan hanya bergantung kepada pasaran sedia ada sekarang iaitu minyak sawit melibatkan empat negara utama iaitu India, China, Eropah dan Amerika Syarikat”.

(100) Kerajaan bekerjasama dengan NGO dan usahawan sosial yang berkaitan untuk menyalurkan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan untuk golongan mudah terjejas seperti warga emas dan kanak-kanak di rumah perlindungan, orang kelainan upaya atau OKU, golongan gelandangan dan orang asal dengan peruntukan sebanyak RM25 juta.

Semoga Allah terus membimbing para pemimpin kita membela nasib rakyat.

Oleh: ABDUL MUEIN ABADI ( Muslim rasis yang membuat fitnah kepada golongan bukan muslim )
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) –HARAKAHDAILY 9/4/2020

Abdul Muein Abadi (Muslim-Aswaja) Pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia Membuat Fitnah Terhadap Lim Guan Eng

Seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini tampil dengan satu kenyataan memohon maaf kepada Lim Guan Eng berhubung satu artikel beliau yang memfitnah Lim Guan Eng. Artikel bertajuk “Hubungan sulit DAP, Pengganas LTTE dan Zionist Israel” itu mengandungi fitnah terhadap Lim Guan Eng dan DAP telah disiarkan di halaman Facebook miliknya dan beliau telah … Teruskan membaca

Pas vs Umno vs Bersatu

1 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH

1 PECAH AMANAH

Pas vs Umno vs Bersatu :

Ketika musim MCO ini sudah kedengaran pemimpin Umno dan Bersatu dinegeri pemerintahan Pas diKelantan dan Terengganu bersuara ketidakpuasan hati dengan budget diberikan Putrajaya pada musim Covid-19 ini iaitu isu agihan peruntukan wang yang teramat jauh bezanya dan barangan keperluan dapur kepada mereka. Sedangkan Umno dan Bersatu adalah rakan sekutu komponen mereka diPutrajaya dalan kerajaan PN.

DiTerengganu pihak parlimen Umno hanya mendapat budget rm45k sahaja sedangkan bagi pihak Parlimen Pas budget diberikan sebanyak rm305k hingga rm350k setiap kawasan.

DiKelantan pula,
agihan budget Covid-19 cuma diberikan kepada lantikan politik, penjawat awam dan barisan frontliners sahaja. Tiada budget diberikan kepada parlimen Umno apatah lagi kepada ahli parlimen parti Bersatu.

Rakyat pula dapat apa ? 50sen sahaja diKelantan. 😛😛😭😭

Malah sebelum ini pemimpin Umno telah bersuara dan mendesak Pas diatas ketidakpuasan hati diatas pembahagian kerusi Exco Negeri Pas yang tidak mencerminkan aspirasi Muafakat Nasional bersama dengan Umno. Jika perkara pembahagian duit RM pun Pas sudah tamak apalagi pembahagian kuasa nanti.

Cuba kalian bayangkan nanti, bilamana menjelang Parlimen dibubarkan dan Pru-15 diadakan, sudah pasti amalan seperti “Cah Keting” dalam pembahagian kerusi Parlimen dan DUN atau calon akan bertambah panas. Lagipun amalan yang menjadi budaya turun temurun diKelantan dan Terengganu ini pasti lebih menarik dan ditunggu tunggu oleh rakyat Kelantan dan Terengganu yang melibatkan parti Pas vs Umno vs Bersatu.

Sumbangan bernilai RM100, bila kira balik RM28.40 sahaja yang sampai

Sumbangan bernilai RM100, bila kira balik RM28.40 sahaja yang sampai

1 PECAH AMANAH

Setahu aku, Bantuan PKP dalam bentuk barangan keperluan, sepatutnya berjumlah RM100.00 untuk 1 keluarga..

Tapi bila make-up atas make-up, maka jadilah ketirisan. Yang menjadi mangsa, Orang-orang kampung dan Rakyat susah yang sangat memerlukan.

Ini bentuk barang yang beharga RM100.00 tu. Bila dikira balik, keseluruhan barang-barang ini cuma beharga RM28.40. Orang tengah untung RM71.60… Kalau bantuan untuk 100 keluarga, RM71.60 x 100 = RM 7160.00 untung..

Seronoklaa sapa yang dapat JOB menjadi wakil pemberi bantuan ni.. BERJALAN DAPAT, DUIT PUN DAPAT..

Sumbangan bernilai RM100, bila kira balik RM28.40 sahaja yang sampai

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Yang sangat terkesan apabila COVID19 melanda ni adalah kakitangan kesihatan. Tak kira doktor pakar atau doktor biasa, jururawat atau PPP, PPK atau pemandu kenderaan, juruteknologi makmal atau pengurusan, dan juga semua peringkat tak kira atasan atau bawahan. Kerja meningkat berkali ganda, cuti masing2 dibekukan, risiko dijangkiti penyakit pula tinggi sebab di barisan hadapan, yang bekerja suami isteri pening nak tinggal anak kat mana sebab sekolah dan pusat asuhan tutup, macam-macam lagi. Rasa tertekan tak usah cerita – ramai mengadu semakin ‘burnout’.

Tiba-tiba PM announce elaun khas rm600 pada doktor dan kakitangan kesihatan. Wah. Doktor dan kakitangan kesihatan seronok; sekurang-kurangnya dapat la melegakan hati dan jiwa yang sedang lara. Kerja berat pun rasa terubat.

Selang beberapa hari pekeliling pun diedar. Tak semua dapat elaun khas tadi rupa-rupanya. Kalau kerja secara langsung dengan rantaian pengurusan, menangani dan membendung wabak COVID-19 sahaja yang dapat. Yang lain, tak dapat.

Yang berpeluh jaga screening pesakit di pintu masuk hospital, tak dapat.
Sebab dia tak ‘direct’ dengan pesakit covid19. Padahal kalau tidak ada wabak covid ni, mereka tak perlu pun jaga screening counter. Mereka boleh buat tugasan masing2 di wad.
Padahal mereka lah yang memastikan potensi jangkitan covid tidak masuk ke hospital dan menjangkiti orang lain. Tapi tidak, mereka tidak dikira merawat pesakit covid.

Yang bertugas memang secara langsung jaga pesakit Covid19, tapi tak cukup 15 hari juga tak dapat penuh rm600. Walaupun katakan mereka perlu kerja secara bergilir selang sehari atau dua mengikut jadual, menyebabkan di dalam rotation itu tak sampai 15 hari mereka jaga pesakit covid. Walaupun di hari lain mereka tetap sibuk bekerja merawat pesakit bukan covid yang lain. Cuma dapat separuh sahaja.

Kakitangan di jabatan kecemasan yang tak terlibat secara langsung dengan rawatan pesakit covid19 juga tidak dapat. Walaupun dia bertugas di kawasan berisiko tinggi yang mungkin terdedah kepada pesakit covid 19. Tidak dapat kerana dikira tidak merawat covid secara langsung.

Di peringkat daerah, pemandu dan ambulans terpaksa travel dari pusat tanggungjawab masing-masing untuk bertugas secara standby di hospital tertiari, seawal 7 pagi dan tunggu pula hingga ke 10 malam. Tapi rupanya tak dapat elaun khas, kerana tiada pesakit covid 19 yang dihantar sepanjang tempoh standby itu, walaupun ada yang diarah bertugas sehingga 3 kali seminggu.

Kakitangan KKM juga sedar akan hakikat, bekalan PPE akan diutamakan kepada hospital dan kawasan perkhidmatan yang merawat covid secara langsung. Hasilnya, perlindungan untuk mereka adalah lebih baik berbanding kakitangan yang bertugas di kawasan perkhidmatan yang dianggap tidak merawat covid secara langsung. Mereka tidak memakai PPE lengkap. Dalam keadaan sekarang di mana setiap pesakit merupakan potensi pembawa virus ini, maka mereka mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk terdedah.

Atas sebab2 ini, wajar untuk kerajaan mempertimbangkan semula beberapa aspek di atas, bagi memastikan kakitangan KKM terus kuat dan bersemangat di barisan hadapan dalam perang melawan COVID 19 ini.

Sekian.

Luahan mereka.
………………….

Justeru, luahan ini bukanlah untuk menghentam kerajaan semata-mata, tetapi memohon agar kerajaan mempertimbangkan agar mereka yang terlibat sama jua diberikan perhatian.

Ammar Atan
Mantan Pegawai Khas Mantan Menteri Kesihatan 2018-2020.

Luahan hati kakitangan kesihatan dalam perang lawan Covid-19

Kejayaan hari ini kerana perancangan Disember 2019 – Dr Noor Hisham

Kejayaan hari ini kerana perancangan Disember 2019 – Dr Noor Hisham

Mendengar Pengiktirafan Dunia pada kejayaan Kementerian (KKM) di bawah Dr. Dzulkefly Ahmad pada Buletin TV3 malam tadi, terutamanya kenyataan Ketua Pengarah pada kecemerlangan Belanjawan 2020 oleh Kerajaan lepas menjadikan kita begitu berbangga dan bersyukur bahawa tema “Rahmatan lil ‘Alamin” yg dilulus oleh Majlis Raja-Raja dan diangkat sebagai Dasar Kerajaan menunjukkan betapa dekatnya kita pada Ketaqwaan apabila Negara diuruskan penuh ‘adil oleh individu yg punyai kredibiliti & integrity (Amanah).

Ummah & Negara merindui saat itu…

Pengkhianatan politik yg dilakukan oleh Mahyuddin, Azmin, Zuraida, semua cartel bersama Umno/Pas yg dipimpin oleh Zahid & Hadi adalah satu kecelakaan & malapetaka politie sebenarnya pada ummah & Negara.

Satu persatu kita akan terus melihat kaffarah Allah akan timpa pada pengkhianatan ini.

Terkini, Menteri KPT yg jaga IPT mengajak mahasiswa berbuat maksiat tiktok pada Sya’ban yg sedang diuji ini adalah jelas betapa curruprlt & kebiadaban party Umno dan komplot pengkhianat itu membawa Negara

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashi…/10157997917554876

PKP kurang berkesan kerana pelaksanaan memilih bulu

PKP kurang berkesan kerana pelaksanaan memilih bulu

Rakyat dah mula tidak ambil serius dan langgar arahan PKP. Puncanya, perlaksanaan pilih bulu. Rakyat marhaen ditahan dan dikompaun, para menteri dan orang-orang besar ke sana ke sini ke sana ke sini. Kalau setakat nak jumpa anak buah dan sampaikan bantuan barang dapur pada penerima bantuan, saya tak fikir ianya penting sangat sampai menteri perlu langgar peraturan PKP semasa krisis Covid-19.

Ada sekumpulan asatizah datang jumpa Menteri Agama semasa PKP. Mereka dapat kebenaran poliskah? Atas dasar apa mereka dibenarkan melanggar peraturan PKP? Apakah perjumpaan itu lebih penting dari kewajipan solat Jumaat?

Ada banyak contoh lain yang menunjukkan kerajaan gagal menguatkuasakan PKP secara berkesan. Mesej kerajaan juga bersimpang siur. Ada menteri mahu kedai gunting rambut dibuka. Ada menteri mahu penerbangan MAS disambung semula. Ini semua gila punya kerja.

Ini sebenarnya adalah resepi kegagalan PKP. Kerajaan tidak cukup serius dan penguatkuasaan yang tidak saksama.

Ketirisan Sentiasa Berlaku Dalam Kerajaan Bawah Lebai-lebai Pas.

1 KETIRISAN BUDAYA BIASA UMNO1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK1 PENGKHIANAT MESIR

Semalam YB Wan Sukhairi menafikan dakwaan saya bahawa kerajaan negeri tidak memperuntukkan satu sen pun bantuan covid – 19 kepada ADUN UMNO/BN. Kerajaan negeri sebelum ini telah mengeluarkan bantuan fasa 1, 2 dan 3. Dalam ketiga-tiga fasa ini satu sen pun tidak diperuntukan atau disalurkan melalui saya dan rakan-rakan ADUN daripada UMNO dan Barisan Nasional.

Baru-baru ini kerajaan pusat menyalurkan peruntukkan RM10 juta juga bantuan Covid-19 untuk rakyat melalui akaun kerajaan negeri. RM 300,000 disalurkan kepada setiap DUN, tetapi bagi kami ADUN UMNO/BN cuma RM45 ribu sahaja diagihkan melalui kami, bakinya disalurkan kepada penyelaras Dun Pas. Perkara sebegini tidak berlaku di negeri Perikatan Nasional yang lain seperti Perlis dan Pahang.

Suka sekali lagi saya jelaskan sehingga kini ADUN UMNO/BN Terengganu tidak menerima satu sen pun peruntukan kerajaan negeri bagi bantuan covid-19.

Ahmad Said

Pemulangan dana 1MDB hasil kerja keras Kerajaan PH – Tahniah Kerajaan PH.

Pemulangan dana 1MDB hasil kerja keras Kerajaan PH

1 TUHAN ORANG MELAYU1 SEVEN1 PencuriR 1R 21 SAAT MALAYSIA AMAN DAN MAJU1 TIKET KE SYURGA

Pemulangan sejumlah besar dana 1MDB milik rakyat Malaysia seharusnya diberi penghargaan kepada Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Jabatan Peguam Negara, demikian menurut Biro undang-undang (Kanun) AMANAH.

Naib Pengerusi 3 Kanun Fadhli Umar Aminolhuda berkata, mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bersama kerajaan PH berusaha keras selama hampir 22 bulan bagi mendapatkan semula wang 1MDB.

“Ini harusnya diberi penghargaan pada mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan PH, walaupun ianya gagal diterjemahkan dalam kenyataan media Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Dalam satu kenyataan, beliau yang juga Pengerusi KANUN Johor berkata, pemulangan dana itu juga terbukti bahawa skandal 1MDB adalah kleptokrasi terbesar dalam sejarah dunia.

“Mereka yang kini berada dalam kerajaan kononnya skandal 1MDB hanyalah rekaan PH semata-mata dan mereka yang dahulunya berpuas hati haruslah menerima hakikat bahawa ia skandal kleptokrasi terbesar,” katanya.

KANUN mendesak supaya dana rakyat ini dapat dibelanjakan oleh kerajaan dengan berhemah dan diberikan kepada rakyat lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi yang amat mencabar ini.

Kerajaan Amerika Syarikat telah memulangkan semula sebanyak AS$300 Juta daripada dana 1MDB bersamaan dengan lebih kurang RM1.3 billion.

Sehingga hari ini, dana 1MDB yang telah dikembalikan adalah lebih kurang RM2.6 billion atau US$620 juta.

 

Dr Maza akan dilantik Mufti Wilayah?

1 PEROMPAK BERCAKAP PASAL MARUAH

Khabar angin kini bertiup kencang bahawa Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainol Abidin akan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru.

Menurut sumber, Mohd Asri akan menggantikan Datuk Dr Zulkifli Mohd Albakri yang kini sudah dilantik sebagai Menteri Agama.

“Saya dapat maklumat Dr Maza akan dilantik sebagai Mufti Wilayah,” kata satu sumber kepada Malaysia Dateline.

Mohamad Asri telah dilantik semula sebagai Mufti Perlis pada Januari 2015 yang lalu bagi menggantikan Dr Juanda Jaya yang tamat perkhidmatannya pada tahun 2014.

Mohd Asri, yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dilantik sebagai Mufti Perlis pada 1 Nov 2006 sehingga November 2008 sebelum digantikan oleh Juanda.

Selepas menamatkan tempoh perkhidmatan sebagai Mufti Perlis, beliau kembali menjadi pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau menerima tawaran memegang jawatan itu buat kali kedua selepas mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Dr Maza akan dilantik Mufti Wilayah?