RAMAPASAN KUASA DALAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM).

Musibat barua! Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kesihatan, Mohd Sharil Abdullah mengarahkan page Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menaikkan posting politik. Bangsat! Orang macam ni tak layak ada dalam Kementerian Kesihatan Malaysia!!

1 KKM SUDAH MILIK UMNO1 TAHNIAH FRONLINER

Team CYTOP

Hat-hati dengan Air Mata Buaya Politik : Anuar Musa

unikltajaTRW-761787maratajatrw-761018

1 AZAB DI AKHIRAT PEDIH

1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

https://youtu.be/gUSVuYG3Lzo

KUALA LUMPUR – Perbualan yang rancak sejak bermulanya wawancara bersama wartawan MalaysiaGazette pagi tadi tiba-tiba bertukar sebak sebaik sahaja Tan Sri Annuar Musa ditanya tentang isu gelandangan di ibu kota.

Beliau meminta maaf dengan nada tersekat-sekat sehingga ke satu peringkat air mata Menteri Wilayah Persekutuan itu dilihat gugur juga biar pun dalam tempoh sebulan ini jiwa Annuar dilihat begitu kental berhadapan dengan isu gelandangan.

Ternyata pengalamannya menyaksikan sendiri ‘penderitaan’ gelandangan memberi kesan yang bukan sedikit di hatinya apatah lagi sebaik sahaja mendapat perkhabaran bahawa jumlah golongan itu di ibu kota mencecah 1,000 orang.

MGF11042020_OWH-MG-TAN-ANNUAR-MUSA12
Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.

“Saya mohon maaf. Maafkan saya. Ini soal kemanusian, ini isu kemanusian.

“Saya tengok gelandangan itu masalah bangsa (sambil menahan sebak). Gelandangan ini juga masalah kemanusian (menangis), bila saya jumpa mereka-mereka ini, saya dengar sendiri macam-macam. Mereka ini susah.

“Sebenarnya satu hikmah di sebalik kita menangani isu Covid-19 ini, kita juga secara tidak langsung dapat mendekati, memperhalusi golongan ini. Kita tubuhkan satu jawatankuasa khas secara harian uruskan krisis ini, antara isu adalah juga kumpulan gelandangan ini.

“Kita tidak boleh biarkan golongan ini terus merayau-rayau dan tinggal di merata maka golongan ini juga akan terdedah dengan bahaya penyakit ini. Ingat ya, penyakit tidak kenal darjat, kaya papa kedana, merempat mahupun miskin.

“Saya minta segera himpunkan mereka dengan tanggapan bahawa kumpulan ini sekadar 200 hingga 300 orang sahaja, rupanya hampir seribu. Saya terkejut.

“Apa gunanya kita ada bangunan pencakar langit, di celah-celah itu wujudnya golongan seperti ini, bayangkan apa yang difikirkan oleh orang luar khasnya pelancong dengan negara kita khasnya di bandaraya seperti ini,” katanya ketika memulakan bicara.

MGF07042020_MENTERI-WILAYAH-LAWAT-GELANDANGAN_03
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyelimutkan gelandangan pada hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 di Pusat Komuniti Sentul Perdana, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 07 APRIL 2020

Sambung Annuar, pada awalnya perancangan beliau hanyalah mengumpulkan golongan gelandangan ini di satu penempatan selamat sehingga PKP namun apabila mula mendekatkan diri, beliau sedar tanggungjawab dan amanah itu lebih daripada itu.

“Ini bukan lagi soal beri makanan dan tempat tinggal sementara, ini soal kehidupan mereka selepas ini. Saya banyak berfikir, lagipun ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana ahli keluarga saya selama ini begitu aktif dalam menjaga kebajikan khasnya makan minum mereka.

“Ketika melawat pusat penempatan mereka baru-baru ini, saya ada bertanya tentang keluarga, mereka tidak mahu bercakap. Kalau bercakap kerja, mereka juga tidak mahu. Mereka terima kehidupan mereka seadanya.

“Saya tidak sampai hati tengok keadaan transit mereka, ada tilam dan bantal sahaja. Saya tanya mengapa dengan kapasiti kita, mengapa tidak kita buat lebih? Jangan bagi makan sahaja, tapi beri kaunseling, sediakan ruang solat, ajar mereka kebersihan diri dan beri keyakinan.

“Kalau boleh potong rambut, berikan selimut bila tidur. Lepas itu saya terfikir, tamat PKP, maknanya kita lepaskan mereka, kumpulan ini akan kembali pada alam kehidupan mereka kembali. (menangis lagi).

MGF11042020_OWH-MG-TAN-ANNUAR-MUSA08
Temubual Eksklusif bersama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa di Yayasan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 11 APRIL 2020.

“Saya ambil langkah lebih sikit, cari hostel lebih besar, saya tidak mahu lepaskan mereka. Selepas berunding dengan beberapa syarikat melalui Datuk Bandar, kita bukan sahaja berjaya cari tempat untuk dijadikan hostel kediaman sebaliknya juga pekerjaan untuk 700 orang.

“Dewan Bandaraya sendiri akan ambil sebahagian daripada mereka bekerja mengindahkan dan membersihkan Kuala Lumpur manakala ada juga syarikat swasta akan ambil mereka dan berikan pekerjaan dengan gaji RM1,400.

“Semua ini bukan dalam perancangan lagi sebaliknya sudah jadi realiti, mungkin 1 Mei ini. Kita perlu golongan gelandangan ini melalui beberapa saringan terlebih dahulu sebelum ambil mereka bekerja.

“Jika kita ajak atau tawar, mungkin mereka tidak mahu jadi kita akan paksa mereka.

“Terus terang saya cakap, benda yang kita rasa payah ini jika kita usaha, Tuhan akan mudahkan ia. Saya sendiri tidak sangka, dipermudahkan.

“Semua yang saya fikir, jadi kenyataan. Bukan kerajaan sahaja sebaliknya rakyat Malaysia ini sendiri datang memberi bantuan, macam-macam semuanya tampil beri sokongan, untuk itu sememangnya terima kasih sangat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

EKSKLUSIF: ‘Maafkan saya” Annuar Musa sebak gagal kawal emosi

Dulu Saya KATAK!!! Sekarang Ada ‘kerajaan katak’ – Ibrahim Ali

1 PENGKHIANAT MESIR

Dahulu lompat-melompat adalah perbuatan jijik, dan dahulu sayalah dituduh katak kerana melompat parti, kata Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali.

Sekarang katanya, beribu-ribu pemimpin melompat keluar parti sehingga kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu dibentuk turut digelar ‘kerajaan katak’ kerana berlaku lompat-melompat.

“Saya dengar ramai mengatakan kerajaan sekarang tidak bermoral. Ini kerajaan lompat dan ‘katak-katak’ ini pula kepalanya buruk, kepalanya bernanah. Masa saya dulu, saya seorang sahaja lompat.

“Sebab itu, jangan mengata orang lebih, mengata dulang paku serpih, sekarang ini kena atas muka dia orang masing-masing,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Putra Bahagian Setiawangsa dan Titiwangsa di Dewan Orang Ramai Kampung Paya, Kampung Bharu hari ini.

TERKINI : Dulu Saya KATAK!!! Sekarang Ada ‘kerajaan katak’ – Ibrahim Ali

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS #KSSB2020 #COVID19

Image may contain: 6 people

KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS #KSSB2020 #COVID19
Kalaulah kita percaya ketika PKP sedang berlangsung, tidak hanya hari dihitung, sedang ada dalam kalangan kita yang menghitung butir beras dan makanan berbaki di rumah.
.
Ayah Ibu tidak mampu menahan tangis dan terpaksa menguat diri sekadar beralasan kepada anak-anak bahawa kehidupan mereka masih baik-baik sahaja. Sedangkan masing-masing berusaha menyediakan keperluan dalam keterbatasan yang ada.
.
Tujuan mereka hanya satu, sekadar memujuk diri, agar tidak ada lagi rengekan anak-anak kecil mahupun ahli keluarga lainnya yang merasa serba tiada dan serba kurang.
.
Sumber pendapatan berkurangan malah ada yang hilang punca pendapatan. Berubah kehidupan dari ada kepada langsung tiada apa-apa. Serba kekurangan, serba kesulitan, serba kesempitan.
.
Tuan/Puan budiman,
Marilah bersama kami menjadi sebahagian dari punca senyuman dan sedikit kelapangan dengan menyumbang ke Tabung Kempen #KSSB2020 mengangkat keprihatinan dan rasa kasih sayang.
.
Marilah kita sama-sama memastikan, tidak ada sesiapa yang tertinggal tanpa kepedulian.
.
Salurkan sumbangan anda ke
ABIM – 1402-3010-0305-52 (BIMB)
Sila hubungi :
* Farhan (017-5583251)
* Badriah (012-6211545)
.

MENGENALI DATO SERI ANWAR IBRAHIM BHG II.

1 REZEKI HALAL1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

5 RAHMAT TERBESAR ALLAH SWT  TELAH ZAHIRKAN.

1-Allah SWT telah menzahirkan Tun M mungkir janji

untuk melantik Anuar  sebagai PM Ke 8.

2-Allah SWT telah menzahirkan

Azmi Ali sebagai khadam Tun M untuk membentuk kerajaan dari pintu belakang.

3- Allah SWT telah membersihkan PH

dari saki baki umno dengan terkeluarnya parti Bersatu dari PH.

4-Allah SWT telah membersihkan PKR

dari golongan munafik yang merosakkan PKR dari dalaman.

5-Allah SWT telah menghimpunkan semua keturunan umno dan Pas yang makan rasuah dan pecah amanah dalam Perikatan Nasional (Najis).

 

MENGENALI DATO SERI ANWAR IBRAHIM BHG II.
ANWAR IBRAHIM BERPOLITIK DAN MEMASUKI UMNO.
1. Sebab UTAMA Anwar Ibrahim berpolitik dan memasuki Umno.
Pertama.Anwar Ibrahim sejak sekian lama berteriak dan menegur kerajaan dari LUAR bermula sebagai aktivis pelajar dan Mahasiswa University Malaya di akhir tahun 1960an dan awal tahun 1970an.
Pada pendapat dan pendangan Anwar sudah tiba masanya berteriak dan menegur dari DALAM dengan berkecimpung secara langsung dalam politik dan memasuki Umno,kerana dengan adanya kuasa boleh mengubah keadaan.
Kedua,Anwar Ibrahim memasuki Umno dengan niat ( Nawaitu ) yang jelas mahu mengubah dari dalam serta membawa budaya dan nilai-nikai ISLAM ke dalam Umno dan kerajaan.
FAHAMAN ATAU IDEOLOGI ANWAR IBRAHIM DALAM POLITIK.
Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang berfahaman DEMOKRATIK yang mempraktikan POLITIK NILAI dan mengamalkan POLITIK BERSIH serta menggunakan pendekatan ISLAM dalam Politik.Seluruh dunia mengenali Anwar Ibrahim sebagai Muslim Democrats.
2. Anwar Ibrahim berpolitik dan memasuki Umno pada tahun 1982.
Anwar Ibrahim bertanding di Parlimen Permatang Pauh,Pulau Pinang.Parlimen Permatang Pauh adalah kubuh kuat Pas ketika itu dan berjaya direbut oleh Umno apabila Anwar Ibrahim menang pada tahun 1982.
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI.
3. Jawatan pertama Anwar Ibrahim dalam kabinet adalah Menteri dijabatan Perdana Menteri pada tahun 1982.
MENTERI KEBUDAYAAN BELIA DAN SUKAN.
4. Kemudian Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan pada tahun 1983. Anwar Ibrahim memperkenalkan SUKMA dalam Kalender Sukan Malaysia.
PENARAPAN NILAI-NILAI ISLAM.
Sebaik Anwar Ibrahim memasuki Umno, kerajaan mulai ‘ Menerapkan Nilai-Nilai dan budaya ISLAM dalam pentadbiran.
Anwar Ibrahim berjaya membawa umat Islam di Malaysia keluar dari memakan ‘ RIBA ‘ apabila beliau berjaya menubuhkan Bank Islam di Malaysia pada tahun 1983.
Anwar Ibrahim menubuhkan University Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983.
Anwar Ibrahim dilantik menjadi Presiden University Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1988.
MENTERI PERTANIAN DAN KETUA PEMUDA UMNO.
5. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Pertanian pada tahun 1984.
Pada masa yang sama Anwar Ibrahim bertanding dan menang sebagai Ketua Pemuda Umno pada tahun 1984.
Anwar Ibrahim adalah Ketua Pemuda Umno pertama yang mengadakan demonstrasi menentang keganasan Israel.
NAIB PRESIDEN UMNO DAN MENTERI PENDIDIKAN.
6. Anwar Ibrahim dilantik menjadi Menteri Pendidikan pada tahun 1986.
Anwar Ibrahim berjaya mengIslamkan falsafah pendidikan Malaysia.
Anwar Ibrahim memperkenalkan pemakaian tudung dan menutup aurat kepada pelajar-pelajar perampuan,natijahnya ibu pelajar hari akhirnya turut menutup aurat.
Anwar Ibrahim memperkenalkan pemakaian seluar panjang kepada pelajar lelaki.
Anwar Ibrahim memasukan subjek Tasawwur Islam ke dalam sukatan pelajar di Malaysia.
7. Pada tahun 1986 Anwar Ibrahim dipilih sebagai Naib Presiden Umno.
Anwar Ibrahim adalah pemimpin yang bertanggungjawab membawa budaya dan nilai-nilai ISLAM ke dalam Umno dan kerajaan.
Sebelum Anwar Ibrahim berpolitik dan memasuki Umno masyarakat Melayu hanya bermimpin dengan budaya dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran kerajaan.
Setelah Anwar Ibrahim memasuki Umno,wanita Umno mulai memakai tudung.
Setelah Anwar berjaya menubuhkan Bank Islam pada tahun 1983 maka lahirlah muamalat Islam seperti Takaful Islam,pajak gadai Islam dan banyak lagi yang bersifat Islamik.
Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1983.
Anwar Ibrahim memperkasa Mahkamah Syariah.
MengIslamkan falsafah pendidikan Negara.
Memperkenalkan pemakaian tudung kepada pelajar-pelajar perampuan dan seluar panjang bagi pelajar lelaki.
Memasukan subjek Tasawwur Islam ke dalam sukatan pelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia.
Anwar Ibrahim bersama Prof Said Muhamad Naquib Al Attas menubuhkan Institute Pemikiran Tamadun Islam atau The International Institute of Islamic Thought and Civilization ( ISTAC ) pada tahun 1987 di University Islam Antarabangsa Malaysia dimana Anwar adalah sebagai pengerusinya.
PRESIDEN UNESCO.
Anwar Ibrahim dipilih dan dilantik sebagai Presiden The United Nations Education,Scientific and Cultural Organization ( UNESCO ) Generals Conference pada tahun 1989 – 1991.
MENTERI KEWANGAN.
8. Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1991 – 1998.
9. Tahun kedua Menjadi Menteri Kewangan Anwar Ibrahim berjaya mengurus ‘ Ekonomi dan Kewangan ‘ Malaysia dan mendapat ‘UNTUNG’ atau Pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) sebagai mana yang telah dibentangkan di Parlimen.
10. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya mengurus Ekonomi dan kewangan Malaysia dengan mendapat untung ( Surplus Budget ).
11. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia dan mendapat ‘ Untung ‘ Anwar telah menulis surat kepada Bank Dunia agar menghantikan bantuan kewangan kepada Malaysia kerana Malaysia boleh berdikari sendiri.
12. Setelah Anwar Ibrahim berjaya mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia dan mendapat untung,Anwar Ibrahim mulai membayar hutang luar Malaysia sebanyak RM10 Billion setiap tahun.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang membayar hutang luar Malaysia.
13. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA YANG berjaya mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia dan mendapat ‘UNTUNG’ atau Pendapatan melebihi perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama 8 tahun berturut-turut sebagai mana yang dibentangkan di Parlimen.
Sehingga kini belum ada Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia dengan mendapat ‘ UNTUNG ‘ selepas Anwar Ibrahim.
14. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya mengurangkan hutang luar Malaysia ke paras yang paling rendah.
15. Anwar Ibrahim dipilih menjadi salah seorang Menteri Kewangan ‘ Terbaik Di Dunia ‘ oleh EuroMoney Magazine pada tahun 1993.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Dunia.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia pertama yang dilantik sebagai Pengerusi bahagian Pembangunan di Bank Dunia pada tahun 1995 dan direstui oleh Kabinet.
16. Anwar Ibrahim dipilih menjadi Menteri Kewangan ‘ Terbaik Di Asia ‘ oleh Asia Money Magazine pada tahun 1996.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang terbaik di Asia.
17. Semasa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan,Malaysia di kenali sebagai Harimau Asia ‘ The Asian Tiger ‘ diperingkat global.
Ternyata Anwar Ibrahim mampu mengangkat Ekonomi dan Kewangan Malaysia kelandasan yang betul dan ketahap yang terbaik.
18. Anwar Ibrahim dianugerahkan gelaran ‘ Asian of the year ‘ oleh Asia Weeks pada tahun 1998.
Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang bergelar Asian Of the Year.
19. Ketika Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan pertumbuhan Ekonomi ( Growth ) Malaysia berada di paras 7 – 11 % dan berada ditempat pertama di kelangan negara-negara Asean.
1. Pertumbuhan Ekonomi ( Growth ) tempat pertama di Asean.
2. Pelaburan Asing Langsung ( FDI ) tempat pertama di Asean.
3. Persaingan ( Competitivenss ) tempat pertama di Asean.
4. Capitalzation tempat ke dua di Asean.
20. Anwar Ibrahim adalah Menteri Kewangan Malaysia PERTAMA yang berjaya memberi BONUS kepada penjawat Awam kerana beliau berjaya mengurus Ekonomi dan Kewangan Malaysia dengan mendapat ‘ UNTUNG ‘ atau Pendapatan Melebihi Perbelanjaan ( Surplus Budget ) selama lapan tahun berturut-turut sebagai mana yang telah dibentangkan di Parlimen.
21. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan pertama yang mengerakan Program Perumahan Rakyat ( PPR ) yang bermula di Kampung Kerinci,Kuala Lumpur.
22. Anwar Ibrahim Menteri Kewangan pertama yang menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Pencen ( KWAP ) dan Amanah Iktihar Malaysia serta memperkenalkan penggunaan Ringgit Malaysia ( RM ) secara rasmi.
TIMBALAN PRESIDEN UMNO DAN TIMBALAN PERDANA MENTERI.
23. Anwar Ibrahim dipilih sebagai Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993 – 1998.
ANWAR IBRAHIM MEMPERKENALKAN AKTA RASUAH 1997.
Pada tahun 1997 Anwar Ibrahim memperkenalkan AKTA RASUAH 1997 yang memberi kuasa penuh kepada SPRM membawa mana-mana kes yang didapati ada bukti kukuh ke Mahkamah tanpa melalui Peguam Negara.
Kedua, SPRM diberi kebenaran memiliki pasukan Guaman dan Pendakwaan sendiri tanpa campurtangan pejabat Peguam Negara.
Ketiga, SPRM boleh menyiasat mana-mana menteri yang telah bersara yang disyaki telah melakukan rasuah.
Anwar Ibrahim telah membawa AKTA RASUAH 1997 ke Parlimen tetapi ditentang oleh Mahathir dan orang-orangnya.
ANWAR IBRAHIM DIPECAT DARI UMNO DAN SEBAGAI TIMBALAN PERDANA MENTERI SERTA MENTERI KEWANGAN PADA TAHUN 1998 KERANA PERBEZAAN IDEOLOGI,PENDEKATAN EKONOMI DAN CARA MENAGANI RASUAH DENGAN MAHATHIR.
24. Malaysia mengalami krisis mata wang pada tahun 1997 dan ia adalah faktor luaran yang tidak dapat dielakan oleh Malaysia seperti negara-negara Asean yang lain.
25. Krisis mata wang yang dihadapi oleh Malaysia menyebabkan ramai Syarikat Kroni Umno,Tun Mahathir,Tun Daim dan 10 Syarkiat yang menguasai pinjaman sebanyak 70% di Bank-Bank tempatan berdepan kemungkinan Muflis sekiranya tidak diselamatkan oleh kerajaan ( Bailout ).
26. Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan ketika itu tidak mahu menyalamatkan Syarikat-Syarikat tersebut,contoh MISC Syarikat yang dikendalikan oleh Mirzan Mahathir yang memerlukan suntikan sebenyak RM2 Bilion untuk mengelak dari muflis.
27. Ini salah satu punca kenapa Anwar Ibrahim dianiya dan dipecat dari Umno dan kerajaan hanya kerana Anwar Ibrahim mempertahankan ‘ WANG RAKYAT ‘ dari digunakan menyalamatkan Syarikat Besar dan meraka yang kaya raya.
28. Anwar Ibrahim bertegas ‘ MELAWAN MAHATHIR ‘ yang mahu menyalamatkan Syarikat -Syarikat Kroninya,Syarikat Tun Daim, Umno serta 10 Syarikat besar yang menguasai pinjaman 70% di Bank-Bank tempatan di mana Mahathir anak beranak memiliki SAHAM dalam Syarikat tersebut.
29. Akibat dari tidak mahu menerima arahan Mahathir,Anwar Ibrahim yang mempertahankan WANG RAKYAT dengan jujur dan amanah, akhirnya difitnah bersekongkol dengan IMF, budak suruhan IMF dan tidak tahun mengurus ekonomi serta pelbagai fitnah, selepas itu bermula lah konspirasi bertahap tinggi yang terancang untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam konteks ‘ Pembunuhan Karakter ‘ atau Character Assassination.
Character Assassination adalah sebahagian dari Sains Politik.
Anwar Ibrahim pernah mencabar Mahathir BERDEBAT sebanyak 3 kali.
Cabaran DEBAT PERTAMA mengenai Isu Liwat Mahathir menolaknya.
Cabaran DEBAT KEDUA mengenai Isu IMF Mahathir menolaknya.
Cabaran DEBAT KETIGA mengenai Isu Ekonomi Mahathir menolaknya.
ANWAR IBRAHIM MENGAMBIL PENDEKATAN BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH.
Kesimpulan,Pertembungan Anwar Ibrahim dengan Mahathir adalah disebabkan IDEOLOGI yang berbeza bukan disebabkan Anwar tidak baik.
Anwar Ibrahim seorang DEMOKRAT watak baik manakalah Mahathir adalah seorang DIKTATOR watak jahat menurut dan mengikut Sains Politik.
ANWARPM9
Abdul Rauf Hj Jainullah.

 

SEJARAH KEBODOHAN SEBUAH BANGSA YANG AMAT BODOH

1 BOHONG HADI TERBARU

1 MELAYU BODOH

1 HADI MUNAFIK1 kuda terbaik1 CAYANG UMMEI

FAHAMILAH BAGAIMANA PENYAKIT PEMBODOHAN ITU BERLAKU PADA SESEBUAH BANGSA ATAU TEMADUN…

Yang miskin dan kaya bergantung pada org
AKHIRNYA ORG AGAMA AMBIL PELUANG

Org miskin bergantung kpd org kaya utk membantunya melalui sedekah duit dan org kaya bergantung kpd org miskin utk masuk ke syurga.Pergantungan inilah yg membuatkan bangsa ini mundur dan ramai pula mengambil kesempatan.

Org miskin ( sihat tubuh badan ) menjadi peminta sedekah tanpa bersusah payah bekerja. Akhirnya mereka menjadi pemalas dan hanya duduk diam menghulurkan tangan.

Org kaya pula meminta ahli2 masjid di kampung mendoakannya dan menjemput ke rumah setiap bulan utk bacaan Yasin. Mengharap org lain membaca agar dia mendapat pahalan dan bukan dirinya sendiri berbuat demikian.

Lebih menyakitkan hati org beragama juga turut mengambil kesempatan ke atas org kaya dan jahil agama utk mencari keuntungan peribadi. Ini semua seperti kta Zaaba dlm bukunya Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri.

Hari ini ada org beragama telah mengambil kesempatan ke atas kelemahan dua golongan ini. Dlm maksud lain kedua golongan ini mencari jalan pintas ke syurga dgn pergantungan kpd org lain bukannya dari amalannya dirinya sendiri.

Mahu diubah? Kata Abdullah Mursyi dlm karangannya Pelayaran Abdullah Ke Kota Bharu, ” Kamu dibesarkan oleh org tua yg menanam benih pembodohan. Sumpahan paling besar ke atas bangsa ini adalah mewarisi pembodohan yang ditanam sendiri oleh datuk nenek. Inilah sumpahan paling hina.”

Pendita Zaaba juga menceritakan keadaan yg hampir sama selepas lebih 50 tahun kritikan Abdullah Mursyi. Kata Zaaba, “Agama yg telah diajar oleh org Melayu kpd org Melayu menjadikan bangsa Melayu sebagai bangsa yg tidak boleh bangkit.”

Kata2 cerdik pandai ini telah diwarisi hingga sekarang oleh bangsa kita walaupun sudah ada sedikit perubahan. Saya ambil contoh jika dulu setiap kali anak hendak exam dimintanya air jampi.

Wahai org Melayu jika benar air jampi boleh beri org pandai tanpa membaca buku ulangkaji….dah lama Nabi doakan air zam zam utk pujuk Quraisy memeluk agama Islam.

Lihat lagi sikap org Melayu yg suka bergantung kpd hidup pada org lain. Jika ada kematian 7 malam diadakan bacaan Tahlil, hari ke 40 baca lagi dan hari 100. Ia dilakukan dgn harapan bacaan Tahlil itu mampu membantu si mati di dlm kubur berhadapan dgn malaikat.

Moralnya pergantungan org Melayu kpd org lain ke syurga sampai dia dah mati. Dia tidak bergantung kpd amalan solehnya, sedekahnua dan anak2.

Apabila Hamka menegur sikap org Melayu membuat majlis tahlil ketika era zamannya… melenting org Melayu dgn alasan bacaan Tahlil itu adalah ajaran yg telah diajar dari warisan guru2 terdahulu.

Org Melayu jenis mengikut adat seperti slogannya biar mati anak jgn mati adat hingga sanggup menuduh Hamka sebagai Wahabi.

Sebab itu Abdullah Mursyi, Pendita Zaaba dan Hamka telah ditentang oleh kebanyakkan org Melayu di zaman mereka kerana pemikiran mereka yg kritis, berwawasan dan cuba membetulkan yg tidak betul kpd betul.

Zaaba menulis org Melayu ini malas mencari ilmu dan cukup berpuas hati sekadarnya sahaja. Zaaba mengatakan org Melayu pergi ke sekolah cukup hanya boleh membaca, menulis dan mengira utk menjadi kerani di pejabat2.

Saya mengajak kalian melihat sikap org Melayu yg sgt lucu. Al Quran 100% org Melayu menyimpan di rumah tetapi tidak memanfaatkan kitab itu sebagai amalannya utk bekalan akhirat. Org Melayu kebanyakkan mengharap pertolongan kitab Al Quran menjaga dirinya dari gangguan syaitan dgn hanya meletakkan ia di kepala katil dan sebagainya.

Org Melayu jika diberi lesen berniaga disewakan. Semuanya cuba mengambil jalan pintas utk menjadi kaya tanpa berusaha. Hingga kan mencari syurga pun ramai org Melayu mengambil jalan pintas dgn menyertai parti tertentu yg kononnya perjuangan mereka adalah mencari syurga.

Lihatlah apabila pemimpin mereka disaman, menjelang PRU dan pemimpin2 dlm kesulitan maka tin milo menjadi sandaran. Berceramah lah mereka setiap malam memaki hamun sambil mengharapkan tin milo penuh. Sedangkan kehidupan pemimpinnya bermewah mewah.

Mereka diajar menjadi taklid buta. Apa sahaja pasti ada dalilnya. Rampas kerajaan oleh musuh hukum haram. Tapi bila mereka merampasnya hukumnya bertukar ia adalah anugerah Allah.

Hudud adalah nyawa kami tetapi apabila duduk dgn kuasa politik tiba2 mengatakan adalah sukar utk hudud dilaksanakan. Sdgkan sebelum itu puluhan ribu ahli dikumpulkan atas nama jihad… dtg berbondong bondong ahli terdiri dari org2 kampung dan susah berkumpul di KL dgn wang ringgit sendiri. Bukankah ia hanya sia2?

Lihat tempohari apabila pemimpinnya berseronok bermain salji ditimpa musibah…terus bantuan diperlukan sedangkan org yg menderma itu tgk salji pun belum pernah. Sebab apa pemimpin2nya sesuka hati berbuat demikian? Semua ini kerana pengikut mudah dikeldaikan. Sedangkan kos rawatan Covid-19 percuma.

Sebab itulah ramai para agamawan mengambil kesempatan menggunakan agama utk kemewahan peribadi. Air mineral dibaca surah2 sekian2 dari modal RM 1 dijual RM 10. Kismi yg dibaca surah2 tertentu dijual harga 10 kali ganda. Yg ini patuh syariah yg itu patuh syariah… selagi boleh diniagakan.

Agama kita teruk diekplotasikan oleh golongan agama samada tujuan peribadi atau politik. Kesemua ini berlaku kerana kita tiada ilmu dan tidak mahu belajar. Kemudian terlalu mengharapkan bantuan org lain sehingga mudah dipergunakan.

Nabi tu dijamin masuk syurga tapi masih berusaha dgn solatnya. Nabi org yg paling yakin dgn Allah apatah lagi baginda sendiri pernah melihat syurga dan neraka jika berperang tetap memakai baju besi. Baginda juga pergi berniaga utk nafkah keluarga… tiba2 kamu masuk parti dan taat membabi buta dijamin masuk syurga?

Berubah jgn kita menjadi pentaksub mana2 pemimpin atau parti. Salah tetap salah. Utk mencari kebenaran itu dari terus diperbodohkan cari ilmu. Membaca itu utk mencari makna dan membaca itu utk membuka minda. C&P.

ULAMAK JAHAT DAN RASIS BERSAMA KERAJAAN PENGKHIANAT PINTU BELAKANG – MAFHUM HADIS RASULULLAH SAW

1 PENGKHIANAT MESIR1 HADI MAKAN HARTA HARAM1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI1 PUNCA ISLAM DIHINA.1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK1 PAS MABUK ARAK1 ARAK BMF1 HADI B.RAB.1 QARDAWI SUDAH TAHU1 CELAKA 2

AKHIR ZAMAN AKAN BERCAMBAHNYA ULAMA SUK!
amri el wahab amri el wahab
8 months ago
Rasullulah saw bersabda maksudnya: “Di akhir zaman ramai ulama suk (jahat).”

Ulama suk ialah ulama yang jahat atau ulama yang sudah rosak. Oleh sebab ini adalah sabda Rasulullah yang benar lagi dibenarkan, maka ia sudah tentu sesuatu yang pasti. Mari kita lihat dan kita analisa, sejauh manakah jahatnya atau rosaknya ulama di akhir zaman ini.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw. hersabda; “Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat)”.

Allah swt. Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”. H.R Termizi

1. Cinta dunia

Ramai ulama akhir zaman yang menghidap penyakit ini. Rosaknya ulama bermula dari cintakan dunia. Cinta dunia adalah ibunya. Ia kepala segala kejahatan. Ia pintu kejahatan yang membuka kepada kejahatan yang lebih banyak dan lebih besar lagi. Cinta dunia ini bolehlah diterjemahkan kepada cinta duit, harta dan kekayaan, cintakan kuasa, pangkat dan jawatan dan cintakan nama, pujian, gelaran, glamour dan macam-macam lagi.

Bila cinta dunia telah mencengkam hati, maka sukar bagi ulama untuk bertindak dan beramal mengikut ilmu yang ada padanya secara tekun dan ikhlas. Apa pun yang dia buat atau hukum yang dikeluarkan, sentiasa ada maksud lain. Sentiasa ada udang di sebalik batu. Ada kepentingan dan untung untuk diri sendiri atau untuk kelompoknya.

Cinta dunia membuatkan ulama takut untuk menyatakan kebenaran. Takut untuk menegur kemungkaran kerana takuti kepentingan dunianya terjejas. Maka jadilah mereka ‘syaitan bisu’. Maksiat yang berlaku di depan mata mereka pun, mereka diamkan. Umat yang jahil pula mulalah meringan-ringankan maksiat kerana menganggap telah direstui oleh ulama secara tidak rasmi (kerana ulama mendiamkannya).

2. Ilmu yang tidak global

Ini adalah kerosakan yang kedua. Ilmu yang ada pada ulama tidak menyeluruh dan tidak global. Ilmu mereka juga tidak cukup dan tidak berterusan. Bila sampai pada satu tahap, ilmu mereka tidak bertambah kerana mereka berhenti belajar.
Ini kerana ulama menerima ilmu mengikut susunan dan sukatan yang dicipta oleh Yahudi dan Barat. Ulama diajar dan menerima pengajaran ikut sepertimana Yahudi dan Barat mahu. Ada ilmu yang diajar, ada yang tidak. Ilmu itu pula dijuruskan ke dalam bidang-bidang yang khusus dan tertentu. Ada ilmu yang diketengahkan dan ada yang disorok. Malahan ada ilmu Islam yang terus diselewengkan.

Oleh itu ilmu yang ada pada ulama jadi sangat kurang, singkat, dicatu-catu dan disukat-sukat. Kerana itu peranan ulama tidak berkesan. Ulama tidak cukup ilmu untuk menyelesaikan masalah masyarakat. Yang di bidang tasawuf tidak tahu menyelesaikan masalah aqidah umat. Yang di bidang syariat tidak tahu menyelesaikan masalah ekonomi. Yang di bidang usulud-din tidak tahu menangani masalah keruntuhan moral muda mudi dan gejala sosial. Yang belajar ilmu wahyu pula tidak tahu bagaimana hendak menyatupadukan umat. Begitulah seterusnya. Jadi banyak ulama pun macam tidak ada ulama. Masyarakat terus rosak tanpa pimpinan. Liciknya tipu daya Yahudi.

Tambahan pada itu, ulama mencari ilmu untuk dapat kerja dan jawatan. Apabila sudah dapat kerja, terus berhenti belajar. Sudah dapat sijil terus berhenti mengaji.

Ulama dahulu mengaji tidak berhenti-henti sebab ilmu tidak pernah habis. Tidak ada siapa yang bagi sijil. Belajar pula bermacam-macam ilmu. Yang ahli dalam bidang tasawuf, dia juga pakar astronomi. Yang ahli dalam bidang syariat, dia juga pakar perubatan. Yang ahli dalam bidang tauhid, dia juga pakar dalam matematik, pertanian dan sebagainya.

3. Sudah tidak mewarisi nabi

Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Ulama itu pewaris nabi.”

Ertinya ulama itu mewarisi segala apa yang ada pada nabi, baik ilmunya, ibadahnya, akhlaknya (termasuk sikap, percakapan, pergaulan, tawadhuknya) dan lain-lain lagi.

Jelas bahawa ulama akhir zaman tidak lagi mewarisi apa yang ada pada nabi. Mereka hilang wibawa dan karisma. Mereka tidak jadi contoh dan ikutan kepada rakyat dan mereka tidak dapat mengikat dan menyatupadukan umat.

4. Ulama sudah dimiliki

Sepatutnya ulama menjadi hak umum dan hak masyarakat, bergerak dan berkecimpung di kalangan seluruh umat. Ulama sebenarnya tidak berpihak, tidak mewakili dan tidak dimiliki oleh mana-mana kumpulan atau puak.

Di akhir zaman ini, ulama sudah jadi hak parti politik, hak kerajaan dan lain-lain lagi. Ada kes ulama dimiliki dan dibeli oleh orang Kristian dan membuat kerja untuk gereja. Ulama-ulama ini buat fatwa dan hukum ikut kehendak dan kepen tingan tuan-tuan mereka demi untuk memenuhi kepentingan duniawi mereka.

5. Perjuangan ulama yang hak dihasad dengki

Kalau ada ulama yang memperjuangkan yang benar dan yang hak, ulama akhir zaman akan merasa hasad dan dengki Terutama kalau ulama yang hak itu terlalu menonjol, ada jemaah, ada pengikut dan mendapat perhatian dan sokongan masyarakat. Mereka takut pengaruh mereka hilang dan takut tersingkap segala kesalahan dan kelemahan mereka. Mereka akan memburuk-burukkan perjuangan ulama yang hak itu di media-media massa. Mereka akan meminta kerajaan supaya mengharamkan atau membataskan kegiatan ulama yang hak itu.

6. Kejumudan dan liberalisme

Hasil pengajian di pondok dan pesantren, ulama menjadi jumud dan beku. Mereka hanya mementingkan ibadah dan ritual Manusia tidak tertarik dengan mereka kerana manusia ingin maju.

Ada pula ulama dari aliran pengajian moden di universiti yang sangat menganjurkan kemajuan tetapi mengikut cara dan acuan Barat. Maka timbullah fahaman Islam liberal yakni asalkan maju semuanya boleh. Asalkan maju semuanya tidak apa. Riba tidak apa. Bergaul bebas pun tidak apa. Yang penting maju. Cara berfikir ulama yang seperti ini sudah rosak dan tercemar. Kaedah dan hukum-hakam Islam ditolak ke tepi atau diringan-ringankan atas nama kemajuan dan kemodenan.

7. Kesan dari dimiliki, jumud dan liberal

Kerana ulama sudah dimiliki, jumud dan liberal, sunnah Rasulullah yang besar-besar seperti membangunkan jemaah sudah ditinggalkan. Jemaah itu disalah-ertikan dengan parti politik. Maka ulama seperti ini pun memasuki parti politik
seolah-olah dia memasuki sebuah jemaah Islam. Yang jumud, kerana tidak tahu macam mana hendak membangunkan jemaah turut juga masuk parti polirik kerana itu yang termudah. Yang liberal lagi-lagilah. Mereka ini apa pun boleh. Buat apa susah-susah membangunkan jemaah. Masuk parti politik itu bagi mereka adalah jalan pintas.
Oleh itu ulama seperti ini dimiliki dan digunakan oleh parti-parti politik. Suara mereka disesuaikan dengan kehendak dan keperluan parti dan kerajaan. Mereka sudah tidak bersuara lagi dengan suara Islam dan suara kebenaran.

8. Bekerja untuk dapat duit

Ramai ulama di akhir zaman ini yang bekerja di bidang agama untuk dapat duit. Mereka buat bisnes dan perniagaan dalam bidang agama. Mereka berdakwah dan bergerak sendiri, buat ceramah dengan bayaran yang tertentu. Mereka buka sekolah agama sebagai bisnes untuk dapat untung. Ada juga yang buat program yang ditaja oleh syarikat rokok dan sebagainya.

Ulama seperti ini sibuk mengejar dunia dan mengumpulkan kekayaan. Ada yang baca khutbah pun hendakkan bayaran.
Ini semua sudah cukup untuk merosakkan Islam. Orang-orang Islam jadi bingung. Walhal ulama itu sepatutnya menjadi pagar atau benteng untuk menjaga supaya Islam tidak rosak. Tetapi mereka sendiri yang merosakkan Islam. Rasulullah SAW ada bersabda:

Maksudnya: “Ada dua golongan. Kalau baik golongan itu, maka baiklah umat. Kalau rosak golongan itu, maka rosoklah umat. laitu ulama dan umara.”

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Maksudnya: “Apabila tergelincir ulama, maka tergelincirlah umat.”

Cuba kita lihat “ulamak-ulamak” sekarang…malah pada mereka yang mengaku dirinya lebih alim …cuba tanya diri sendiri, berapa ramai orang kafir yang telah kamu islamkan? sepanjang masa muda dan tua kamu berada di tanah ini. Malah mereka yang berpakatan dengan orang kafir juga tidak mampu mengislamkan walau seorang! Di mana silapnya? tanyalah hati masing-masing….sejauh mana keimanan dan ketakwaaan kita pada Allah? Sejauh mana niat dan keikhlasan kita untuk menegakkan agama Allah? Adakah kita digeruni oleh orang-orang kafir atau kita yang mengeruni mereka? Adakah orang-orang kafir itu menghormati kita atau kita yang terlalu menghormati mereka sehingga jatuh martabat islam itu sendiri.

Di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam darah orang islam itu terdapatnya nur dan cahaya dari Allah, manakala di setiap urat nadi yang berdenyut di dalam orang-orang kafir itu terdapat syaitan dan iblis yang penuh dengan kegelapan. Selagi hati-hati kita ditunggangi nafsu, maka selagi itu api iblis bercahaya dan mengelapkan nur dari Allah. Tanyalah pada diri sendiri, adakah kita masih lagi mahu ditunggangi nafsu duniawi yang terdiri dari emas, tahta, pangkat, kerusi-kerusi parlimen di putrajaya atau nur cahaya Allah yang menerangi kita? Jawaplah wahai si pemakai jubah dan serban yang menzahirkan dirinya lebih mulia dan dan lebih alim…Jawaplah! Di mana kamu letakkan kalimah syahadah? selain mengkafirkan dan mengfasikkan orang-orang islam yang sudah terang syahadahnya! Jangan terlalu mudah untuk kamu menghukum kerana hukuman dan penilaian itu terletakknya di tangan Allah taala. Insafilah dirimu…

Wallahu’alam..Nauzzubillah..

Kelulusan arak, mengapa saya membisu? – Menteri Agama

Kelulusan arak, mengapa saya membisu? – Menteri Agama

Pandangan saya tentang arak adalah konsisten tanpa sebarang kompromi. Ianya adalah haram di sisi Islam. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.” Surah al-Maidah (90)

Anda boleh merujuk penulisan-penulisan saya berkenaan arak menjadi Mufti Wilayah Persekutuan. Teguran dan nasihat saya ada tulus ikhlas dari hati dan bukan memilih-milih. Arak atau minuman beralkohol bukan sahaja dilarang dalam Islam, malah ianya digambarkan dengan keburukan dan bahayanya dalam agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan lain-lain. Apalah erti kehidupan kita jika masing-masing tidak berpegang teguh dengan nilai-nilai yang diajarkan dalam agama?

Tragedi kemalangan jalanraya akibat mabuk bukanlah asing dalam dada akhbar di Malaysia. Ia akan kekal menjadi igauan ngeri rakyat Malaysia jika hal ini tidak diteliti dengan baik.

Berhubung surat yang tersebar berkenaan kilang arak yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan tersebut, umum sudah mengetahui natijahnya. Cuma, saya amat berharap ianya tidak lagi berlaku.

Mengapa saya tidak membuat apa-apa ulasan? Mereka yang mengenali saya sejak menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan 6 tahun lalu, pasti faham akan sikap saya. Apabila Imam al-Syafie ditanya berkenaan suatu perkara, adakalanya beliau diam sejenak dan berfikir. Dikatakan kepadanya: “Tidakkah kau mahu menjawab?” Beliau membalas:

حَتَّى أَدْرِيَ الْفَضْلُ فِي سُكُوتِي أَوْ فِي الْجَوَابِ

Maksudnya: “Sehingga aku tahu kebaikan itu pada diamnya aku atau pada jawapanku.”

Hal ini bukan sahaja menggambarkan kebijaksanaan Imam al-Syafie dalam berfatwa, bahkan seni komunikasi ini juga boleh diterima pakai dalam apa jua keadaan yang sesuai. Tambahan pula sekarang, sepatah jawapan sahaja sudah boleh diandaikan kepada 1001 kefahaman.

Justeru, apabila semua sudah mengetahui pendirian saya tentang arak, fahamlah bahawa apa sahaja berkaitan dengannya, saya tetap dengan tegas menolaknya.

Saya juga amat tidak selesa untuk menjawab bagi pihak kementerian lain. Boleh jadi jawapan saya tepat atau salah. Malah, saya juga tidak mengetahui adakah apa yang saya fahami, benar-benar seperti yang dikatakan orang atau sebaliknya.

Soalan-soalan yang berbaur kontroversi atau bertujuan melaga-lagakan saya dengan sesiapa sahaja, itulah yang terutamanya saya elakkan. Ini kerana, kalau saya tergesa-gesa menjawabnya, boleh jadi ia menjatuhkan maruahnya. Inilah antara pesan guru saya Syeikh Al-‘Allamah Dr. Muhammad Muhammad Al-Mukhtar Al-Syanqiti.

Saya mengambil kecaknaan sebarang bentuk nasihat dan cadangan dari semua pihak terutamanya Ashab al-Samahah para Mufti, cendekiawan Islam dan sesiapa sahaja. Nasihat itu akan saya semat pada hati sanubari ini dan cuba mencari jalan yang terbaik dalam menyelesaikannya. Terima kasih semua.

Saya doakan semoga kita semua saling nasihat menasihati sesama kita. Saya juga sedia mendengarnya mengikut kapasiti dan kemampuan yang saya ada dalam melaksanakan amanah yang cukup besar ini. Jazakumullahu khairal jaza’.

Sumber : https://zulkiflialbakri.com/kalamuna-siri-5-tentang-arak/

Kelulusan arak, mengapa saya membisu? – Menteri Agama

Hadi dakwa ahli DAP majoriti Kristian, tapi rekod menunjukkan sebaliknya

1 AHLI PAS TERBARU1 QARDAWI SUDAH TAHU1 ulamak jahat1 PAS MABUK ARAK1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO

DS Abdul Hadi mendakwa bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) mempunyai keanggotaan majoriti Cina beragama Kristian dan saki baki Parti Komunis yang telah diharamkan.

Dakwaan Hadi tersebut adalah tidak benar. Sebagaimana didedahkan oleh Wan Hamidi Hamid, Editor Roketkini media rasmi DAP, bahawa rekod DAP hanya 10 peratus anggotanya beragama Kristian. Manakala lebih 50 peratus beragama Buddha dan bakinya pelbagai agama termasuk beragama Islam.

Parti DAP adalah parti berbilang kaum dan ada diantara ahli parlimen dan adunnya yang memenangi pilihanraya beragama Islam.

Menuduh DAP adalah saki bagi Parti Komunis adalah satu fitnah. Ini kerana adalah fakta sejarah bahawa DAP adalah lahir dari parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew selepas Singapura keluar dari Malaysia pada 1965. PAP sejak dulu terkenal sebagai parti yang sangat anti komunis. Parti Komunis Malaya (PKM) sendiri telah di haramkan sejak sekian lama di Malaysia. Jika benar DAP adalah saki baki Komunis, mengapa ia tidak diharamkan seatelah lebih 50 tahun bertapak di Malaysia. Oleh itu tiada sebarang bukti diberikan oleh Abdul Hadi bagi menyokong dakwaan beliau tersebut.arisan Nasional dengan memecahkan undi blok pembangkang (Pakatan Harapan) ketika itu.

BIRO POLITIK
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Hadi dakwa ahli DAP majoriti Kristian, tapi rekod menunjukkan sebaliknya