Kenapa PM Sembab ini sedang bertungkus lumus menukar semua jawatan agensi yang ada sekarang?

1 PM SAKIT

Perasan tak? Kenapa PM Sembab ini sedang bertungkus lumus menukar semua jawatan agensi yang ada sekarang? Sedangkan negara kita sedang menghadapi pandemik COVID-19 tetapi si sembab terus juga melakukan pertukaran dikala ini.
Pada awalnya, kita tidak perasan tetapi apabila diteliti dengan halus, rupa-rupanya si sembab kena pastikan yang kesemua 112 ahli parlimen yang bersama. Takut semasa sidang parlimen nanti dia menjadi PM yang paling singkat dalam sejarah negara.
Disebabkan inilah sembab tanpa mengira apa yang sedang berlaku sekarang, sedang susun atur strategi agar kesemua ahli parlimen tersebut mempunyai jawatan besar didalam GLC.
Kita amat sedih dengan keadaan sekarang, sudahlah ada 71 menteri dan timbalannya. Dilantik pula semua orang politik ke dalam Khazanah yang menjaga duit negara, hancurlah negara kita dibawah pemerintahan si sembab ini yang terlalu gila untuk menjadi PM. Semoga Allah dapat selamatkan negara kita dari rejim zalim dan tidak bermaruah ini.
Ingat ya Muhyiddin, buatlah apa sahaja yang kamu mahu buat, suaplah apa saja jawatan yang kamu mahu suapkan, apabila tiba masanya, kamu akan jatuh dengan begitu hina sekali. Pengkhianat tikam belakang seperti kamu tidak akan selamat di dunia mahupun di akhirat.
#NotMyPM — with

Syed Bukhari Alhaj
.

KEJATUHAN PH KERANA KEDEGILAN DAN KEBODOHAN TUN M.

1 MAHA FIRAUN PENGKHIANAT1 JANGAN BILA PENGKHIANT1 HADI MUNAFIK

5 RAHMAT TERBESAR ALLAH SWT  TELAH ZAHIRKAN.

1-Allah SWT menzahirkan Tun M mungkir janji untuk melantik Anuar  sebagai PM Ke 8.

2-Allah SWT menzahirkan Azmi Ali sebagai khadam Tun M untuk membentuk kerajaan dari pintu   belakang.

3- Allah SWT membersihkan PH dari saki baki umno dengan terkeluarnya parti Bersatu dari PH.

4-Allah SWT membersihkan PKR dari golongan munafik yang merosakkan PKR dari dalaman.

5-Allah SWT menghimpunkan semua keturunan umno dan Pas yang makan rasuah dan pecah amanah dalam Perikatan Nasional/Najis (PN).

 

Surat terbuka kepada Salahuddin Ayub
2 Mac 2020

SIAPA KHIANATI PH?

Hari ini hanyalah sebahagian dari tempoh-tempoh yang telah ditetapkan Allah.
Memang, segala yang berlaku adalah takdir yang tersurat menurut kudrat dan iradat Allah belaka. Kita sudah buat yang terbaik menurut kadar kemampuan kita, tetapi dengan kesilapan sedikit saja maka kita terpaksa menanggung akibat yang sangat besar;

Kita kehilangan sebuah kerajaan yang sah dipilih oleh rakyat.

Kita gagal mempertahankan mandat dan kepercayaan rakyat. Bukan kerana kita tidak mampu mentadbir sebuah kerajaan, tetapi musabab-musabab kejatuhan kerajaan PH adalah kerana kejahilan dan sikap ego kita sendiri. Setahun ada 365 hari. Selama 364 hari PH gagah dan bertahan dengan gigih, tetapi kesilapan dalam masa 1 hari saja telah benar-benar mengubah jalan sejarah, tiba-tiba PH jadi pembangkang.

Tidak ada istilah rampasan kuasa secara haram. Ini politik.
Sekarang bukan masa untuk berhujah menegakkan benang basah apatah lagi memaki-hamun dan mengutuk pihak lain, kerana itu tidak boleh mengubah apa-apa pun. Benda sudah terlambat. Damage has been done.

Tahun 2003 dulu ketika menjadi Perdana Menteri ke-4, Dr Mahathir mengumumkan letak jawatan sebagai Perdana Menteri dan sebagai Presiden UMNO. Spontan Rafidah Aziz dan Hishamuddin Hussin berlari naik ke pentas, menghalang Dr Mahathir meneruskan ucapan, dan merayu supaya Dr Mahathir jangan resign. Kemudian pemimpin tertinggi UMNO pergi jumpa Dr Mahathir, berbincang dan berlaku pujuk-memujuk, hingga akhirnya setuju untuk menangguhkan perletakan jawatan itu.

Tahun 2020 Tun Mahathir umumkan letak jawatan, pemimpin Amanah terus terduduk dan segera menuduh Tun telah mengkhianati Pakatan Harapan….
Ini kejahilan pertama.

Tidak ada usaha untuk pergi berjumpa Tun dengan kadar segera, jangan kira lain, tujuannya semata-mata untuk pujuk Tun supaya tarik balik keputusan itu. Tidak ada usaha untuk terangkan kepada Tun implikasi kepada PH bila Tun letak jawatan. Tidak ada yang pergi tanya Tun apa akan jadi kepada PH. Tidak ada yang nak ingatkan Tun bahawa kita yang bina kerajaan ini, kita sama-sama berusaha membaiki kerosakan dari kerajaan lalu, takkan Tun mahu musnahkan segala usaha kita selama ini bla bla bla. Mesti kena pergi jumpa, pujuk, bincang, suruh Tun tarik balik perletakan jawatan dengan segera.

Sepatutnya kita pergi jumpa Tun, terangkan kita masih kerajaan. Jangan letak jawatan. Muhyidin umumkan Bersatu keluar PH, biarkan. Biarkan dia dan sesiapa yang mahu mengikutnya keluar PH. Muhyidin akan berhadapan dengan tentangan dari dalam Bersatu sendiri kerana tidak berapa orang yang setuju dengan tindakannya. Asalkan Tun masih PM dan PH masih jadi kerajaan. Biarkan Muhyidin keluar PH. Biarkan Azmin dan Zuraida keluar PH. Tun masih punya sokongan majoriti dari ahli dewan rakyat untuk terus jadi PM. PH masih punya cukup number untuk menerajui kerajaan.

Terangkan kepada Tun, pujuk Tun suruh tarik balik perletakan jawatan.
Tapi kita tak buat. Tun umum letak jawatan saja, spontan terkeluar perkataan dari mulut kita : “Habis… kita dah kena game dengan Tun.” Inilah puncanya kenapa kita jatuh. Sikap bodo-sombong dan tak reti baser kita itu lah yang menjatuhkan kerajaan PH.

Dalam keadaan itu, Tun memerlukan dokongan dari menteri-menteri Pakatan Harapan. Tun umumkan letak jawatan sebagai reaksi spontan akibat terkejut dengan tindakan Muhyidin dan Azmin yang baru diketahuinya. Kita kena faham.

Itu hal antara Tun dengan Muhyidin, hal dalaman Bersatu. Tetapi kerana Tun adalah PM kita, ketika itu pemimpin PH terutama Amanah perlu bersama Tun.
Perlu sokong Tun. Perlu pertahankan kerajaan PH. Tun bergaduh dengan Muhyidin, kenapa Amanah pula yang terasa kena game?

Abe Din,

Ada dua faktor yang menentukan lanskap politik kita dan boleh merubah jalan sejarah, iaitu fakta dan auta.
Fakta ialah apa yang tersurat, semua orang nampak, semua orang tahu, diberitakan secara rasmi dalam suratkhabar dan tv. Muhyidin umumkan Bersatu keluar dari PH, itu fakta. Tun Mahathir letak jawatan sebagai PM, itu fakta. PKR pecat Azmin dan Zuraida, itu fakta.

Autanya apa? Auta ialah apa yang orang tak nampak, tidak ada bukti, yang ada hanya cerita-cerita. Ini Tun punya game, itu hanya andaian. Tun sudah khianati PH, itu hanya tuduhan. Semua kena tipu dengan Tun, itu hanya sangkaan. Tun sudah nyanyuk, itu hanya anggapan. Semua itu orang tak nampak, tidak ada bukti. Benar atau tidak, kita tak tahu, tapi kebanyakannya tak benar.

Malangnya kita tinggalkan fakta, pemimpin Amanah membuat keputusan politik berdasarkan auta saja. Bila Tun umum letak jawatan, pemimpin Amanah terus buat kesimpulan PH dah kena khianat dengan Tun. Kena khianat dengan Tun itu adalah auta. Hanya andaian. Hanya tuduhan. Faktanya ialah kerajaan PH akan tumbang hari itu jugak jika tidak ada sebarang usaha mengajak Tun untuk menyelamatkannya.

Ketika itu Tun tertekan. Terkejut dengan tindakan Muhyidin. Tun memerlukan sokongan orang PH. Tun memerlukan mandat yang lebih kukuh. Kita kena faham bahawa selama ini Muhyidin dan MP Bersatu serta Azmin dan Zuraida dan MP PKR yang pro keduanya, mereka itulah yang menyokong Tun selama ini. Sekarang yang menyokong Tun itu sudah keluar PH, sudah tentu Tun perlukan mandat baru untuk dia terus boleh jadi PM, terutama dari MP PH sendiri. Sepatutnya kita faham situasi ini.

Kesilapan pertama sudah berlalu, tapi permainan belum berakhir.
Bila YDP Agong melantik Tun sebagai PM Interim, dan mengumumkan akan memanggil kesemua 222 orang ahli parlimen untuk ditanya, PH masih punya peluang untuk terus menjadi kerajaan, iaitu dengan cara melantik semula Tun sebagai PM.
Itu saja satu-satunya cara yang ada ketika itu untuk menyelamatkan kerajaan PH. Lagi pun, MP Bersatu termasuk Muhyidin pun menyokong Tun, Azmin dan Zuraida pun menyokong Tun. Tak apa lah mereka nak sokong. Kalau semua MP PH sokong Tun, Tun akan terus menjadi PM kepada kerajaan Pakatan Harapan. Bahkan kalau semua MP PAS dan MP BN pakat sokong Tun belaka pun, itu tidak menjejaskan kerajaan PH yang mempunyai majoriti mudah di parlimen.

Pemandangan nampak semakin mudah bagi PH bila di hari pertama MP BN dan MP PAS dan MP Bersatu mengadap Agong, sokongan mereka sudah berpecah tiga. MP BN menyokong Hishamudin, MP PAS menyokong Ku Li, MP Bersatu menyokong Muhyidin. Tanpa sokongan dari MP PH pun, Tun juga sudah dapat sokongan sebanyak 64.

Pemimpin PH akan mengadap keesokan harinya. MP PKR + MP DAP + MP Amanah yang masih bersama PH ialah 92 orang. Saya tak nampak ada masalah untuk mempertahankan kerajaan PH. Hishamudin, Ku Li dan Muhyidin sudah terkeluar dari saingan. Pada perkiraan kita, 92 orang MP PH campur 64 sokongan dari parti lain, maka Tun sudah mendapat 156 sokongan. Jauh dari cukup untuk dilantik sebagai PM. Itu fakta.

Tapi malangnya kita membuat keputusan penting berdasarkan auta. Pagi esoknya kita tengok live dalam tv, MP PKR pergi ke istana naik bas berdiri atas bumbung macam pemain Liverpool merayakan kejuaraan, mujur tak ada yang bawak piala. Astro Awani melapurkan, pemberita mereka sempat bertanyakan beberapa orang pemimpin Amanah, semuanya menjawab : “Solid, solid.” Kita ingat solid sokong Tun Mahathir. Rupa-rupanya, bila diinterview seorang MP PKR, dengan semangat dia kata : “Semua MP PH solid menyokong Anwar Ibrahim!”

Heh..!!! Kegilaan kebabian jenis apa ni? Solid menolak Tun bangga wat menatang apa? Berapa sokongan yang Anwar dapat? 92. So? Takkan kita tak tahu kerusi parlimen ada 222. Majoriti mudah ialah 112. Apa boleh buat dengan 92 sokongan? Takkan kita tak tahu Agong tak boleh lantik Anwar kerana tidak dapat sokongan majoriti ahli dewan rakyat? Kenapa calonkan Anwar juga kalau dah tahu dia tak cukup sokongan?

Kita jangan jadi macam Wak Sir, duk terhendap-hendap di bawah lampu jalan dan mata melilau seperti mencari sesuatu. Pak Ya Asmara tanyo, cari ggapo? Wak Sir jawab cari duit, tadi jatuh. Pak Ya tanya, jatuh kat mana? Wak Sir kata jatuh kat hujung sano. Pakya tanya, dah duit jatuh sano bakpo cari sini? Wak Sir kata, sana gelap nak cari lagu mano? Keno cari kat tempat cerah.

Itu lawak jenaka antara Wak Sir, Ya Asmara dan Mamud Rail. Duit jatuh kat tempat gelap, dia pergi cari kat tempat cerah. Sebab? Sebab sana gelap.

Itulah perangai kita. Dah tahu kalau sokong Anwar tetap tak boleh cukup majoriti, tapi sokong Anwar jugak. Sebab? Sebab Tun dah khianat kita, Tun yang bubarkan PH.. Heh! Mu main politik kelas apa ni…? Itu semua auta!!! Kita tunggu Agong umumkan sesuatu yang penting petang ini, akhirnya ternyata dengan politik auta MP PH menyebabkan Agong tidak dapat membuat keputusan.

Saya sudah bagitahu, kalau Agong tidak buat keputusan pada petang itu juga, maka sesuatu yang luar biasa pasti akan berlaku. Kerana kita telah mengheret masa permainan, kita menolak peluang keemasan yang terhidang, kita telah memilih jalan yang sukar; kerana kesempatan itu telah dipergunakan oleh MP PAS, MP UMNO, Muhyidin dan semua MP di luar dari PH untuk merancang sesuatu dengan menukar sokongan, semuanya akan menyokong Muhyidin.

Penangguhan mengumumkan Tun sebagai PM Pakatan Harapan itu telah menarik perhatian majlis raja-raja. Akhirnya kalau dibuat undian di kalangan ahli parlimen untuk menyokong siapa jadi PM, Anwar akan kalah di tangan Muhyidin.

Pada petang itu juga saya talipon Abe Din, tapi tak dapat. Saya mesej Pak Bakar suruh bagitahu Abe Din saya nak jumpa malam ni. Lepas tu Pak Bakar forwar mesej dari Abe Din bertulis : “Railway station. 9.30 pm.”

Kita berjumpa tiga orang di Restoren Heritage. Irwan pemberita Astro Awani ada sekali. Saya tanya kenapa sokong Anwar, kenapa tak sokong Tun. Kalau semua MP PH sokong Tun, sekarang masalah dah selesai. Kenapa PH sengaja cari masalah? Saya katakan, tindakan 92 orang MP PH menyokong Anwar Ibrahim, itulah punca kerajaan PH ranap.

Bukan kerana apa, tapi kerana tak cukup number. Ini fakta!
Abe Din kata petang semalam PH buat meeting kita ada panggil Tun suruh datang, tapi dia tak nak datang. Jadi kita anggap Tun memang dah tinggalkan PH, dan kerajaan PH pun terbubar sebab Tun. Ya lah, bila dia umum letak jawatan, habis lah terbubar semua.

Kalau itulah alasannya, terlalu remeh-temeh jika dibandingkan akibat dari remehnya pemikiran kita dalam politik. Saya katakan, tindakan Muhyidin mmbawa Bersatu keluar dari PH adalah pengkhianatan. Menyedari kedudukannya sebagai PM dan Pengerusi Bersatu, sedangkan Tun baru tahu Muhyidin mahu bentuk kerajaan bersama Azmin, UMNO dan PAS, maka kedudukan itu sangat bahaya bagi PH. Tun perlu membuat keputusan segera. Kalau dibiarkan, Muhyidin akan mengadap agong mengatakan mereka cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional menggantikan Pakatan Harapan, dan Perdana Menteri ialah Tun Mahathir. Kemungkinan untuk berlaku begitu amat tinggi. Tun tidak mahu begitu. Tun tidak mahu khianati Pakatan Harapan.

Dalam keadaan yang terdesak itu, Tun umum letak jawatan sebagai PM, mungkin untuk menenangkan keadaan. Mungkin Tun perlukan mandat baru yang lebih segar dan lebih kukuh dari Pakatan Harapan. Tun sudah dilantik sebagai PM Interim. Ingat, pihak Muhyidin dan Azmin sudah nyatakan sokongan kepada Tun. Jadi, amat tidak wajar jika Tun hadir dalam mesyuarat PH petang itu untuk memutuskan siapa yang PH sokong. Ketika itu, kedudukan Tun perlu dilihat berkecuali, tidak boleh nampak bias sangat, walaupun semua orang tahu hati Tun tetap bersama PH. Sebab itu Tun tak nak datang mesyuarat PH petang tu. Ibaratnya Tun kata :”Pandai-pandailah hangpa buat keputusan. Kalau hangpa sokong aku jadi PM, aku terima. Kalau hangpa pilih orang lain, aku nak kata apa?” (Dalam PC semalam Tun bagitahu dia sedih sebab PH tak sokong dia…. nampak?)

Kenapa kita perlu melatah sejak minit pertama Tun umum letak jawatan. Padahal itu belum muktamad. Tun belum pergi mengadap Agong. Tun boleh tarik balik keputusan itu bila-bila masa saja. Dan ketika diberi peluang untuk lantik Tun semula, kenapa kita memilih jalan lain? Hanya dengan alasan yang remeh-remeh?

Nampaknya kita belum faham kilat dan kilau politik Tun. Kita banyak dipengaruhi dengan cerita-cerita auta tentang Tun. Kita tak nampak Tun sayangkan PH. Kita lupa orang yang paling Tun percaya ialah Mohamad Sabu, Salahudin Ayub, dan Mahfuz Omar. Tun percaya tiga orang Amanah ini tidak akan curi duit dan tidak akan khianat PH dan diri Tun sendiri.

Abang Mat ialah Presiden Amanah. Dia juga adalah menteri kanan dalam kabinet. Akrabnya hubungan antara keduanya hingga Tun pernah datang makan nasi di rumah Abang Mat.

Sepatutnya bila Tun umum letak jawatan, Abang Mat, Din Ayub, dan Tok Put segera berkejar ke rumah Tun, tenangkan Tun, minta Tun tarik balik, bincang dengan Tun apa patut dibuat. Tapi sayang, Mohamad Sabu itu seorang pahlawan, bukan negarawan.

Pada hari Isnin Tun umumkan letak jawatan, Abang Mat terus bagitahu orang-orang yang berada di rumahnya, kita kena khianat dengan Tun. Dan pada hari itu juga, Abang Mat pulangkan balik kereta kerajaan, dan bersiap-siap kemas barang nak pindah rumah; ini politik apa ni?

Dalam keadaan buntu fikiran dan PH sedang berada di ambang kekalahan itu, bertempat di Hotel Heritage itu, Abe Din tanya apa patut buat sekarang? Saya kata peluang dah tertutup, kita dah lepaskannya. Sekarang satu-satunya cara yang boleh buat, tapi cara ini pun belum tentu berjaya, ialah, Abe Din pergi jumpa Tun, pujuk Tun, katakan kita ada 92 sokongan yang menyokong Anwar, Tun ada 64 sokongan, Tun minta mengadap Agong untuk mempersembahkan 156 sokongan dan mahu mengangkat sumpah sebagai PM. Itu saja cara yang tinggal yang boleh kita buat, yang logik berdasarkan fakta. Jangan layanlah cerita-cerita auta tu.

Abe Din terus whatsapp Tun minta nak jumpa. Tun jawab boleh, dia tunggu di rumah jam 8.30 pagi. Saya tanya, pergi dengan siapa esok? Abe Din jawab dengan Mahfuz. Saya kata cantik, jangan ajak Abang Mat, dia seorang pahlawan, bukan negarawan. Dia handal berperang, dia lemah dalam rundingan.

Esoknya saya dapat tahu sebelum jumpa Tun, Abe Din dapat berita kematian dan bergegas balik ke Johor. Perjumpaan dengan Tun dibatalkan. Masa tu saya kata, Pakatan Harapan habis.

Benar seperti bacaan saya, tindakan PH melengah-lengahkan masa untuk selesaikan hal ini akan memakan diri. Masa kecederaan akan jadi masa kematian. PAS, UMNO Muhyidin, Azmin, semuanya sudah menukar pendirian dengan sepakat menyokong Muhyidin seorang saja.

Pemimpin PH baru sedar benda ni ketika keadaan sudah terlambat. Memang Anwar, Mat Sabu, Lim Guan Eng pegi mengadap Tun dan memujuknya kembali menerajui PH, walaupun sokongan 92 MP yang ada di tangan YDP Agong ialah terhadap Anwar Ibrahim. Benar, Tun setuju dan akur dengan pujukan itu, tapi keadaan sudah terlambat. Belum sempat Tun minta mengadap Agong, baginda sudah umumkan Muhyidin Yasin sebagai PM ke-8. Dan selepas itu Agong menyatakan tidak mahu jumpa Tun Mahathir lagi. Selesai.

Itulah detik kekalahan kita secara rasmi. Siapa yang kalahkan kita? Siapa yang khianati PH? Sejak awal saya menjangkakan pihak pembangkang tidak akan mampu menumbangkan kerajaan PH, tetapi kalau pun kerajaan PH jatuh, kejatuhan itu disebabkan kejahilan dan bodo sombong pemimpin PH sendiri.

Demikian adanya.

-Abe-

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..

1 A 250 BILION1 Dr Nor Hisham1 DR ZUL CAKAP BENAR1 DORAEMON MENTERI1 PAKAR BENAR

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada…

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia? Elek pocik..

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal…Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu…

Di Malaysia..rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari pemandu grab, orang bujang, yang miskin, kaya sampailah Ahli Parlimen Pokok Sena turut diberi BPN..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah…

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Itupun masih ramai yang tidak tahu bersyukur…

Berbanggalah kita selaku warga Malaysia…BERSYUKURLAH

Dr Noor Hisham Mengiktiraf Jasa Dr Musa Mohd Nordin

1 TANPA AKHLAK1 DR MUSA DUNIA.1 ulamak jahat1 kuda terbaik

Ramai yang kelihatan tidak berpuas hati dengan kenyataan Dr. Musa yang membawa isu ketidakcukupan PPE di barisan hadapan.

Ia adalah komen kepada apa yang disebut oleh Ketua Pengarah Kesihatan sendiri, Dr Noor Hisham di mana sebanyak 80 peratus daripada 181 kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dijangkiti COVID-19 di luar tempat kerja dan 20 peratus lagi dijangkiti ketika bertugas di wad dan Unit Rawatan Rapi (ICU) yang tidak terbabit dengan rawatan COVID-19.

Pengumuman 33 juta kelengkapan PPE dibuat pada 23 Mac oleh Kerajaan, hampir 2 minggu yang lalu. Ini yang menjadi isunya, mengapa ia belum diagihkan?

Gambar-gambar ‘PPE buatan sendiri’ kini tular di media sosial, lebih parah dalam isu PPE, ini yang menjadi taruhan adalah nyawa petugas-petugas di barisan hadapan.

Ini isu nyawa!

Ada yang tidak dapat menerima komen Dr Musa dengan pelbagai tuduhan termasuk yang paling teruk dan tidak bertanggungjawab adalah portal Harakah yang melabel Dr Musa sebagai Pemuja DAP.

Biarlah kita adil dalam menilai isu secara objektif, mengapa satu kritikan yang ada asasnya itu dilihat sebagai usaha memperlekeh usaha Kementerian Kesihatan secara keseluruhan sehingga seolah-olah ada dua kumpulan dalam isu ini Dr Musa vs Dr Noor Hisham. Pelik isu ini menjadi isu politik pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ada juga yang menuduh Dr Musa hanya seronok kritik dari bilik beliau di KPJ, sebuah hospital swasta dan apa usaha beliau dalam membantu petugas perubatan.

Izinkan saya kongsi di sini, boleh lihat sendiri usaha Dr Musa yang merupakan penasihat IMARET.

http://www.imamalaysia.org/what-we-do/imaret/

IMARET merupakan antara NGO perubatan yang terawal membantu membekalkan PPE, ventilator, dan alat-alat perubatan ke hospital-hospital daripada Kota Bharu hinggalah di Sabah bermula 29 Mac lagi.

Sabah dan Sarawak masing-masing menerima 3000+ PPE disumbangkan oleh TheEdge dengan usahasama IMARET.

Saya yakin penglibatan Dr Musa melalui IMARET inilah yang memberi gambaran situasi sebenar keadaan kelengkapan petugas barisan hadapan yang terhad.

Di luar waktu COVID, Dr Musa memang telah dikenali dengan usaha bantuan beliau pada golongan-golongan terpinggir seperti orang asli, pelarian, dan pendatang tanpa izin.

Biarlah kita melihat sesuatu isu dengan objektif, tidak dikaburi oleh sentimen politik sehingga semua isi ingin dikaitkan dengan politik kepartian sempit. C&P.

 

HOTLINE BANTUAN MAKANAN SELANGOR

1 HADI JAHAT

HOTLINE BANTUAN MAKANAN SELANGOR

SESIAPA yg perlu bantuan makanan dan lain-lain. Boleh hubungi pegawai zakat LZS di bawah;

Ketua Operasi Agihan Daerah (KOAD) :.
1. En . Mohd Fadly b. Sulaiman ( Hulu Sel ) : 019-3880774.
2. En. Mohd Amir bin Mohd Azam ( Klang ) : 019-2183986.
3. Mohd Aqmal bin Mohd Jais ( Gombak ) : 019-3880757.
4. Encik Muhd fadhly bin Mohd Yohman ( Hulu langat ) : 019-3880834.
5. Encik Ibrahim Bin Selamat ( Kuala Langat ) : 012-3287501.
6. Encik Azizul Fitri Bin Abd Salam ( Sabak Bernam ) : 019-3880767.
7. Haji Huzairi Bin Ibrahim ( Kuala selangor ): 019-3880597
8. Encik Shahril Bin Ritin (Petaling) : 011-11111271
9. Encik Helmi Bin Muhd Nuri ( Daerah Sepang ) : 012-3524830.

Mohon panjang²kan, terutama kepada yg memerlukan.

Kami Bukan Anjing

1 HADI MAKAN HARTA HARAM

GAMBAR SEKADAR RENUNGAN SAHAJA.

Kami Bukan Anjing

Pengalaman menjadi petugas yang mengambil sampel untuk Covid-19, kadang-kadang menjentik hati saya.

Manusia tak kira apa warna kulitnya, datang dengan dua lubang hidung, satu mulut untuk kami ambil swabnya. Tak kira lah siapa dia.
Pengarah Jabatan ke,
Jemaah tabligh ke,
Doktor ke,
Pelajar ke,
Semuanya sama. Lubang hidungnya sama.
Rongga mulutnya sama.

Tapi yang jadi buat ralat ialah kami menyaksikan ada manusia yang sangat sombong.

Masa kami ambik sampel jemaah tabligh, rata-ratanya mudah bagi kerjasama. Datang awal kalau diminta datang untuk pensampelan. Jarang yang buat masalah. Jarang yang nak bergaduh dengan petugas.

Tapi bila ada golongan yang baru turun dari kayangan ni, (yang baru pulang dari luar negara) macam-macam karenah terpaksa dihadapi. Tak nak dikuarantin.
Marah-marah.
Panggil staff kami ‘dog’
Panggil staff kami pencacai najis.

Memang sangat kurang ajar!

Kami tak kisah bekerja keras untuk menyekat penularan Covid-19. Dan bukan kami minta dihampar karpet merah. Tapi betapa kami dihina hanya kerana kami cuba melakukan tugas kami. Sangat menyedihkan.

Sampaikan ada petugas yang terpaksa berundur tak mampu bersuara. Bimbang timbul kekasaran kerana dimaki begitu.

Saya fikir, kalau begini kelakuan orang yang dikuarantin, amat bagus sekiranya laporan polis dibuat. Atau MKN mengeluarkan arahan kepada pihak yang dikuarantin, sekiranya tak nak bagi kerjasama, disumbat lokap sementara!

Kami petugas kesihatan hanya bertindak mengikut arahan.
Buat saringan simptom dan vital sign.
Buat pensampelan.
Buat rujukan ke hospital seandainya perlu.
Hanya untuk memastikan rakyat Malaysia yang baru sampai dari luar negeri ini selamat dan tidak menyebarkan pada orang lain.

Memang kami kena kerja kuat sekarang. Pihak atasan duk pikir mana nak tempatkan mereka, pihak staff bawahan yang bertugas siang dan malam nak buat saringan. Bukan suka-suka.

Tapi, nampaknya, ada orang turun kayangan ini, sombongnya bukan main, bagai dipijak-pijak maruah kami, petugas kesihatan!
Memang tak bersyukur!

Nota kaki: Hari ni kami mendapat pemberian KFC daripada seorang jemaah tabligh yang telah melakukan ujian swab dengan kami. Inilah indahnya akhlak mereka, jauh benar nak dibuat perbandingan.
😪😪😪

#KitaJagaKita
#Covid19
#Membebelsayang

Noraini perlu lebih sensitif isu kebajikan mahasiswa

 

Noraini perlu lebih sensitif isu kebajikan mahasiswa

 

1 MENTERI RAJA LAWAK DALAM PN

MENTERI-MENTERI RAJA LAWAK.

Ekoran idea kontroversi menganjurkan pertandingan Tik Tok, Menteri Pengajian Tinggi diharap lebih sensitif menangani isu-isu melibatkan kepentingan mahasiswa.

Perkara tersebut disuarakan oleh Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional, Muhammad Faiz Fadzil kepada Datuk Dr Noraini Ahmad menerusi satu kenyataan.

Muhammad Faiz berkata, walaupun idea itu telah ditarik balik, namun ia menunjukkan daya pemikiran menteri yang tidak sensitif dengan keadaan rakyat, terutamanya mahasiswa yang sedang melawan penularan wabak Covid-19.

“Rakyat sekali lagi tersinggung dengan cara berfikir kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) apabila Dr Noraini menganjurkan pertandingan Tik Tok.

“Kebajikan mahasiswa perlu menjadi agenda utama kerana mereka adalah permata bangsa dan masa depan negara.

“Mereka juga adalah generasi muda yang menjadi harapan untuk memacu kemajuan negara dan kemakmuran rakyat seperti kata tokoh kemerdekaan Filipina Jose Rizal, ‘The youth is the hope for the future’,” katanya.

Muhammad Faiz yang juga Adun Permatang Pasir menambah, penganjuran pertandingan seperti Tik Tok seolah-olah merendahkan tahap intelektual golongan mahasiswa.

Katanya, ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan, sesi pengajian sedang berjalan di universiti dan juga kolej.

“Namun susulan PKP ini, ada mahasiswa terperangkap di kampus yang juga sudah sekian lama tidak berjumpa dengan keluarga, malahan ada yang terperap di rumah.

“Mereka tidak dapat meneruskan pengajian seperti biasa. Dalam tempoh PKP ini, beberapa universiti dan kolej telah melakukan inisiatif dengan menjalankan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian.

“Bagaimana pula dengan universiti atau kolej yang tidak melaksanakan inisiatif ini? Lebih teruk lagi bagi pelajar di luar bandar yang tidak mempunyai akses internet yang sempurna,” ujarnya lagi.

Muhammad Faiz yang sememangnya cakna kepada golongan anak muda, turut sama menyelami isi hati mereka.

Beliau berkata, golongan mahasiswa juga ingin mengetahui hala tuju pembelajaran mereka selepas tamat tempoh PKP, sama ada masih sama seperti sebelumnya.

Katanya, pasca PKP sudah pasti tidak sama seperti sebelumnya, malahan universiti serta kampus perlu dipastikan selamat dan bebas daripada wabak Covid-19.

“Kementerian perlu menyediakan langkah-langkah terbaik bagi memastikan sekiranya universiti dan kampus dibuka semula selepas PKP, mahasiswa dapat mengikuti pembelajaran dengan selamat.

“Ini belum lagi persoalan-persoalan yang masih membelenggu pemikiran mahasiswa ekoran wabak ini seperti isu yuran, praktikal, peperiksaan, pinjaman pendidikan terutamanya PTPTN yang masih kabur sehingga hari ini,” katanya lagi.

Noraini perlu lebih sensitif isu kebajikan mahasiswa

JKM MILIK PARTI POLITIK ?

1 PARTI JKM.1 PAS MABUK ARAK1 ARAK BMF

JKM serah bantuan melalui parti politik

Tidak dinafikan bantuan-bantuan yang disalurkan oleh kerajaan adalah untuk rakyat yang mana sumber pendapatan mereka terjejas akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.

Bantuan-bantuan kerajaan itu tidak seharusnya disalurkan melalui parti politik dibimbangi ia tidak sampai kepada sasaran yang sepatutnya.

Bagaimanapun, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hari ini didakwa menyerahkan bantuan melalui parti politik Umno, MCA dan Pas.

Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh wakil rakyat Parlimen Sabak Bernam di dalam Facebooknya.

“Penurunan sumbangan dalam bentuk barang keperluan daripada JKM di Pejabat Parlimen Sabak Bernam.

“Sumbangan barang keperluan dari JKM telah dibahagikan kepada Parlimen Sabak Bernam, UMNO, MCA, PAS untuk dibahagikan kepada penerima sumbangan.

“Sumbangan akan diagihkan kepada penerima secara berperingkat,” tulisnya.

Sumbagan tersebut, katanya sebanyak 70 set barang keperluan makanan dan sumbangan daripada JKM sebanyak 75 set untuk diserahkan dan diagihkan kepada MCA.

“Terima kasih kepada Datuk George Kee membantu mengagihkan sumbangan. Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memberi manfaat kepada penduduk cina di kawasan Parlimen Sabak Bernam,” katanya.

JKM serah bantuan melalui parti politik

Surat Presiden Pas kepada gerakan Islam: Halang Anwar yang disokong Freemason

1 ulamak jahat

KENAPA ANWAR TIDAK BERANI SAMAN HADI ?

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.

Surat Presiden Pas kepada gerakan Islam: Halang Anwar yang disokong Freemason

Segala puji bagi Allah yang segala kekuasaan berada di tangan-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam keatas junjungan besar, pemimpin dan contoh ikutan terbaik kita, Nabi Muhammad s.a.w, yang membawa rahmat dan sinaran cahaya, serta keatas ahli keluarga, para sahabat Baginda, dan sesiapa yang mendapat petunjuknya sehingga hari kiamat.

Malaysia telah terkesan dengan perancangan yang ditinggalkan oleh penjajah British dari sudut isu-isu pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial, yang telah diamalkan oleh pihak kerajaan dan para pemimpinnya secara terus-menerus, disamping berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Meskipun masyarakat beragama Islam adalah golongan majoriti, tetapi keadaan semasa mereka semakin merosot, dalam urusan pembentukan kemasyarakatan dan perancangan kependudukan, disebabkan oleh kesempitan keadaan semasa masyarakat beragama Islam dalam berhadapan dengan masyarakat bukan bumiputra yang bukan beragama Islam.

Pihak penjajah telah menetapkan syarat-syarat kemerdekaan, antaranya mesti menerima kewarganegaraan bagi bangsa bukan bumiputra yang masuk ke negara ini sebagai pekerja dan buruh di bandar-bandar, sedangkan majoriti umat Islam tinggal di luar bandar dengan kekurangan kelengkapan infrastruktur. Kemudian dilaksanakan solusi-solusi yang diimport dari luar lalu dipaksakan keatas umat dalam bentuk ideologi-ideologi sekularisme yang mengakibatkan tidak dapat terbangunnya sebuah kerajaan yang kuat untuk menjaga kedaulatan umat Islam di negara mereka sendiri. Kemudian, (kerajaan itu perlu) berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam pentadbiran kerajaan dalam keadaan penguasaan bangsa lain dalam bidang pendidikan dan ekonomi, dan kerajaan juga dilanda dengan isu-isu kerosakan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain.

Sesungguhnya rasuah, kerosakan, dan penyelewengan harta negara yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah berlaku beberapa dekad di negara ini, bukan hanya pada sesi kepimpinan Najib Razak. Ia adalah kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa kerajaan sebelumnya sejak sekian lama yang membawa kepada kelemahannya. Ia bertambah kritikal sehingga membawa kepada pergelutan politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin perompak dalam kalangan anak bangsa yang membawa kepada berpecahnya kaum Muslimin disebabkan perbalahan dalam kerajaan sendiri.

Kemudian kehancuran politik mereka sehingga negara jatuh kepada satu situasi yang amat bahaya dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini dengan keputusannya memihak kepada majoriti Non-Muslim dalam pakatan kerajaan (Pakatan Harapan) yang telah mempergunakan Tun Mahathir, Perdana Menteri yang lalu dan juga merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman, untuk menjatuhkan Najib Razak.

Beliau telah dipergunakan kerana usia beliau yang telah lanjut dan parti beliau yang lemah. Mereka menjadikan beliau sebagai anak tangga untuk menaiki tampuk pemerintahan secara helah tanpa mengambil kira komposisi majoriti kaum Muslimin dalam negara yang telah meningkat melebihi 69% berbanding kaum minoriti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, yang mana ia menggalakkan lagi pertelingkahan dalaman.

Selain itu, terdapat juga peluang campurtangan pihak asing yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin seperti yang terjadi pada negara-negara Islam lain seperti negara-negara Arab.

Setelah meneliti pengalaman-pengalaman yang lalu berada dalam pakatan dari sudut yang positif dan negatif, PAS telah mengambil pendirian untuk menjadi blok ketiga (Third-Force) tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai Pakatannya iaitu Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak dan menukar kerajaan baru di bawah pimpinannya setelah kerajaan sebelumnya dijatuhkan. Begitu juga, tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Najib Razak dalam Pakatannya iaitu Barisan Nasional di bawah pimpinannya untuk mempertahankan kerajaan sedia ada yang telah memimpin negara berdekad lamanya daripada tentangan berbahaya yang dihadapinya.

Sebab-sebab pendirian kami:

1. Pakatan Harapan: Parti Tun Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan parti serpihan UMNO (tulang belakang bagi parti kerajaan) adalah parti yang baru ditubuhkan, secara praktikalnya merupakan sebuah parti yang lemah. Turut bersama adalah parti Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, PKR) yang merupakan sebuah parti sekular pragmatik yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum dan juga mempunyai pegangan ideologi yang berbeza seperti golongan Melayu Muslim sekular dan juga kelompok bukan Muslim daripada bangsa Cina dan India yang kebanyakan mereka beragama Kristian.

Juga bersama adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai keanggotaan majoriti Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, saki-baki daripada parti komunis yang telah diharamkan dan juga pemikir-pemikir liberal. Bersama mereka juga adalah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berorientasikan Islam liberal-sekular, yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP bagi menyaingi populariti PAS khususnya dalam kalangan orang-orang Islam serta bagi memecahkan kesatuan mereka, dengan menghimpunkan golongan pembangkang termasuk membawa masuk kelompok yang tergesa-gesa dan juga opportunis yang telah keluar daripada PAS. Di belakang blok ini adalah sokongan-sokongan daripada luar yang mendapat manfaat dengan keberadaan Anwar dalam blok ini.

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.

Pencalonan Mahathir hanyalah semata-mata untuk melawan Najib dengan menggunakan populariti beliau namun dalam masa yang sama juga, mereka menolak pegangan Tun Mahathir yang mereka kira sebagai terlalu tegas lebih-lebih lagi dalam usaha beliau untuk menolak pendekatan berbaik-baik dengan Barat serta pandangan beliau dalam isu Palestin, Kashmir, Myanmar dan Uighur.

Pakatan Harapan akhirnya berjaya memenangi pilihanraya yang terakhir sebelum ini. PAS telahpun keluar daripada pakatan yang telah disertai daripada tahun 1999 sehingga 2012 disebabkan sikap mereka yang melanggar perjanjian yang berhubungkait dengan prinsip dan juga objektif PAS dalam berkhidmat untuk Islam dan kaum Muslimin.

2. Parti-parti kerajaan (Barisan Nasional) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pula berusaha untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak yang telah banyak membawa dan mewarisi kerosakan sejak era pemerintahan sebelum-sebelum ini seperti rasuah, kelemahan urus tadbir dan pelbagai lagi. PAS pernah berada bersama dalam blok parti-parti ini pada tahun 1973 sehingga 1979. Daripada pengalaman ini, PAS mengetahui akan keburukan-keburukan yang ada dalam Barisan Nasional.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman PAS dalam pakatan dengan pelbagai parti, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, PAS telah mengambil keputusan untuk menubuhkan blok ketiga di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang turut disertai oleh parti-parti kecil dan disokong oleh NGO-NGO Islam dan nasional (menggunakan nama Gagasan Sejahtera) yang mempraktikkan politik dengan prinsip kerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan, bukan atas dasar keburukan dan juga permusuhan.

PAS telah pun menyertai Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018 dan berjaya menawan 2 negeri (Kelantan dan Terengganu) dengan majoriti dua pertiga. Manakala majoriti kerusi di negeri-negeri lain pula dimenangi oleh beberapa parti lawan.

Di peringkat parlimen pula PAS berjaya memenangi 18 kerusi parlimen yang menjadikan PAS sebagai sebahagian daripada anggota daripada blok pembangkang dalam parlimen dan dalam masa yang sama juga sebagai parti kerajaan dalam dua buah negeri. Maka tumbanglah kerajaan pusat dan hilanglah segala kekuasannya yang dipimpin oleh Najib Razak dan sekutunya dalam Barisan Nasional. Pakatan Harapan telah menang dan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan Majlis Kabinet pimpinan Tun Mahathir. Jadi sekarang marilah kita menyentuh pula kepada perkembangan yang telah berlaku selepas peristiwa ini.

Pergelutan dalam Kerajaan Pusat

Pakatan Harapan, parti yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui sokongan majoriti Non-Muslim di peringkat Kerajaan Persekutuan, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri berdasarkan perjanjian sementara yang hanya berlaku secara lisan semata-mata melalui kenyataan media, telah menentukan bahawa Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun pemerintahan, tanpa persetujuan oleh Tun Mahathir, dimana beliau sendiri menganggap perjanjian tersebut tidak mengikat mana-mana pihak sama ada secara undang-undang mahupun Syarak.

Barisan Nasional (termasuk parti UMNO di dalamnya) berjaya menguasai dua negeri, dan merupakan barisan pembangkang yang memperolehi kerusi yang paling banyak dalam Dewan Rakyat. Beberapa parti dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya adalah Muslim telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional dan membuat keputusan untuk tidak juga menyertai Kerajaan Pusat. Kemudian sebilangan parti daripada Sabah yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen menyertai Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir. Begitu juga beberapa ahli Parlimen daripada UMNO bertindak untuk keluar daripada parti bagi memperkuat kedudukan Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan. Setelah itu, beberapa ahli parlimen daripada PKR diketuai oleh Azmin Ali berpecah bagi memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir.

Akan tetapi, jumlah ahli-ahli Parlimen Muslim baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang tidak mencapai majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat) secara keseluruhannya. Para intelektual, birokrat, anggota tentera dan polis yang beragama Islam berasa bimbang selepas kemasukan Ahli-ahli Parlimen Non-Muslim dan Muslim Liberal ke dalam Kerajaan yang baharu yang mencuba untuk melemahkan kedudukan Islam, orang Islam dan kaum Bumiputera, dengan cubaan meminda Perlembagaan, mengubah sistem Pembelajaran dan Pengajaran, Media Massa dan sebagainya dalam politik dan ekonomi yang mana telah mengejutkan orang Islam dan mereka melihat bahayanya situasi mereka.

Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (Taawun) secara jalan damai. PAS telah memilih hubungan dengan Tun Mahathir memandangkan sikap nasionalisya dan semangatnya mempertahankan Islam. Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.

Dan bersama Anwar Ibrahim adalah AMANAH yang bersifat Islam liberal, dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan. Kami turut menolak campur tangan asing baik secara total, meskipun pertemuan-pertemuan kami dengan delegasi-delegasi ini yang datang menemui kami untuk cuba membina hubungan dengan bermanis muka, khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.

Kami telah menemui Tun Mahathir sebaik selepas Pilihanraya Umum untuk memahami situasi yang bahaya pasca-pilihanraya, maka Perdana Menteri Tun Mahathir selepas berbincang dengan kami telah mengusahakan pembaikan kedudukan orang Islam dari dalam Kerajaan dengan bantuan kami, para pembangkang, Ahli-ahli Parlimen Islam dan Non-Muslim yang bersikap sederhana dan yang bekerjasama dengan kami untuk menghadapi perancangan mereka tersebut, yang antaranya adalah untuk meminda Perlembagaan dan sebagainya, yang kemudiannya membawa kepada pertembungan yang sengit, kerana golongan pelampau daripada parti-parti Kerajaan yang menentang dan bersama mereka adalah sokongan Barat melalui Anwar Ibrahim yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir daripada tampuk kepimpinan Kerajaan.

Maka, pada tahun lalu, PAS telah menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah secara aman bagi membantah sebarang seruan kepada kesamarataan antara agama, tetapi PAS tidak menolak toleransi antara agama dan kebebasannya. Berdasarkan populariti PAS dalam kalangan rakyat, hampir 2 juta umat Islam telah menyertai himpunan tersebut.

Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang.

Seterusnya, dari pihak kerajaan, Parti Bersatu telah bertanggungjawab untuk mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, para profesor, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh pemikir, bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu sebagai platform untuk mengkaji kedudukan semasa masyarakat Melayu muslim.

Pihak penganjur Kongres telah memberikan jemputan khas kepada Muafakat Nasional untuk menghadiri kongres tersebut. Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres itu. Kemudian, Kongres telah mengeluarkan resolusi dimana antara lain menyebutkan kepentingan perpaduan sesama masyarakat Melayu Muslim untuk mendepani cabaran-cabaran semasa disamping meraikan hak-hak kenegaraan pelbagai kaum dalam sesebuah negara.

Setelah itu, PAS telah mengambil pendekatan secara aman dan mengelak sebarang bentuk demonstrasi. PAS telah pergi menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (YDP Agong) yang mengetuai Majlis Raja-raja dimanan anggotanya terdiri dari sultan-sultan bagi setiap negeri berdasarkan kedudukan masing-masing dari sudut perlembagaan, bagi menjelaskan situasi-situasi yang berbahaya serta keperluan negara untuk menukar kerajaan melalui saluran demokrasi menerusi parlimen.

PAS juga telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam dari Sabah dan Sarawak serta kaum Bumiputra Non-Muslim bagi mengumpulkan tandatangan (Surat Akuan Berkanun) dalam kalangan ahli-ahli parlimen dengan memperolehi majoriti seramai 133 orang daripada jumlah keseluruhan 222 orang ahli parlimen.

Apabila kami telah menerima majoriti, kami telah meletakkan kepercayaan kepada Tun Mahathir untuk mengetuai kerajaan baru selepas melaksanakan cadangan untuk melepaskan jawatannya daripada kerajaan dan keluar dari Majlis Kabinet kerajaan untuk membentuk kerajaan baru. Maka, YDP Agong telah meminta ikrar secara lisan secara langsung di hadapan beliau seorang demi seorang dari setiap ahli parlimen. Kemudian berlaku Gerakan balas daripada Pakatan Harapan dengan menyokong Tun Mahathir hanya untuk menunjuk-nunjuk sebagai satu bentuk tipu daya daripada kumpulan Anwar Ibrahim, AMANAH, dan DAP.

Mereka telah pergi bertemu Mahathir pada waktu pagi sambil menangis seperti menangisnya adik beradik Yusuf AS setelah mereka menghumban Yusuf AS ke dalam telaga, untuk menyerahkan kepada Mahathir cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sesungguhnya strategi licik ini adalah untuk memecahkan penyatuan kaum Muslimin dengan perkataan yang benar namun yang dikehendaki daripadanya adalah kebatilan!

Kemudian, PAS telah diajak untuk menyertai kerajaan di bawah kepimpinan Mahathir dan kami telah dicalonkan untuk diletakkan di kerusi Timbalan Perdana Menteri dan diletakkan juga untuk menjadi Menteri di beberapa kementerian. Perkara ini semua berlalu secara rahsia.

Gerakan yang digerakkan atas rasuah, rebut-merebut dan ancaman demi ancaman berlaku ke atas semua ahli parlimen bagi mendapatkan sokongan. Rupanya, Tun Mahathir telah terperdaya dengan tipu daya yang sangat licik itu. Kemudian, beliau telah pergi bertemu YDP Agong sambil membawa tandatangan kesemua ahli parlimen secara keseluruhannya. Akan tetapi, sebahagian ahli parlimen telah menarik balik sokongan kepada Tun Mahathir kepada sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Maka telah bangkit sejumlah ahli Parlimen beragama Islam menentang tipu daya licik ini secara rahsia dengan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang nombor dua kepada Tun Mahathir dalam partinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memberikan sekali lagi kepada YDP Agong senarai nama ahli parlimen yang menyokong pencalonan ini beserta tandatangan mereka.

Selepas YDP Agong bertemu dengan semua Pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.

Maka terbentuklah kabinet kerajaan yang baru, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nama Perikatan Nasional, yang majoritinya Muslim. Pakatan ini terdiri daripada beberapa parti komponen iaitu UMNO, PAS, BERSATU, GPS, sebahagian pemimpin PKR, MCA, MIC serta parti komponen daripada Sabah dan Sarawak.

Kemudian, Majlis Kabinet dibentuk tanpa melibatkan individu yang masih didalam perbicaraan mahkamah. Perkara ini dilakukan demi meraih kepercayaan rakyat. Ini lah yang dimaksudkan Islah yang aman tanpa sebarang demonstrasi, dengan sokongan rakyat, para pegawai kerajaan, tentera, polis, dan Majlis Raja-raja.

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Yang menyayangi kalian,
Abdul Hadi Awang
Presiden, Parti Islam Se-Malaysia
27 Rejab 1441/22 Mac 2020