Anuar Musa Terbukti Amat Berbahaya Kepada Negara Malaysia

unikltajaTRW-761787maratajatrw-7610181 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI1 Pencuri

KENYATAAN MEDIA
MAJLIS SETIAUSAHA PAKATAN HARAPAN

7 April 2020

KERAJAAN PERLU BERHENTI MENYALAHKAN PENJAWAT AWAM

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan melahirkan rasa kesal terhadap perkembangan mutakhir ini berkaitan pemecatan beberapa jawatan dalam agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Tindakan Kerajaan memecat jawatan-jawatan lantikan Kerajaan sebelum ini daripada golongan professional pada masa ini adalah tidak wajar dan bukan keutamaan.

Kami berpandangan Kerajaan tidak seharusnya bertindak melulu ketika negara sedang berhadapan dengan bencana wabak Covid-19.

Kerajaan perlu menumpukan segala daya usaha dalam memerangi wabak ini dengan meletakkan rakyat sebagai kepentingan utama dan bukannya bermain agenda politik.

Kami juga mengambil maklum tindakan Kerajaan menarik balik kebenaran kepada beberapa syarikat penjualan arak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksana.

Namun demikian tindakan Kerajaan yang seolah-olah meletakkan kesalahan kepada Ketua Setiausaha kementerian terbabit adalah satu penghinaan terhadap kakitangan awam.

Menteri terbabit seharusnya mengambil tanggungjawab berdepan dengan masyarakat dan menyatakan kesilapan, bukannya berdiam diri atau menuding jari ke pihak lain.

Adalah jelas bahawa kuasa untuk meluluskan perkara dasar yang bukan pentadbiran terletak kepada Menteri yang terlibat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Perkhidmatan (PKP) ini.

Tindakan seperti ini bukan sahaja memperkecilkan kredibiliti dan integriti penjawat awam tetapi juga menjatuhkan semangat mereka yang setia berkhidmat dalam tempoh PKP ini.

Oleh itu, kami mengharapkan Perdana Menteri dan Kerajaan dapat memberikan komitmen penuh dalam meneruskan usaha reformasi institusi pentadbiran dan politik.

Ini termasuklah memperkasakan perkhidmatan awam dengan memberi penghormatan yang sewajarnya kepada penjawat awam agar mereka boleh menjalankan tanggungjawab dengan profesional tanpa tekanan atau ancaman.

Kami juga mengharapkan tadbir urus bagi agensi dan Syarikat Berkaitan Kerajaan akan terus bebas daripada cengkaman parti politik dengan memastikan lantikan pengerusi dan ahli lembaga adalah dari kalangan profesional yang berpengalaman dan bukan berdasarkan kaitan politik mereka.

YB DS Shamsul Iskandar Mohd Akin
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

YB Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli
Parti Amanah Negara (AMANAH)

YB Liew Chin Tong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Perkara yang sama berlaku di zaman annuar musa menjadi menteri luar bandar. ..yg songlap duit projek adalah annuar musa dan geng2 dia ttp yg dipersalahkan dan dipenjara adalah KSU kementerian berkenaan

sbb tu lah amo tak kenan ko annuar musa & his group sampai ke ari ni…mmg pemimpin umno ni jahat. …DAHULU SEKARANG DAN SELAMA LAMANYA

knowing perangai annuar musa tak mustahil. …sampai ke duit yg Datok seri Vida dermakan ke kafa pun dia nak siphon. ..inikan pula kementerian di bawah dia….namakan satu kementerian atau agensi yg annuar musa ketuai yg dia tak ada scandal duit…..dari mula2 menjadi menteri belia dan sukan sehinggalah pengerusi mara. ..sekarang ni menteri wilayah lagi sedap dia baham
Terus terang saya katakan yg saya tak mengaku kalau kawan2 tanya saya adalah kampung saya berdekatan dengan annuar musa …saya jawab saya tak tahu dia berasal dari kampung mana ?

dulu annuar Musa dan masyarakat bukan islam klate pernah proposed nak buat pesta minum arak secara terbuka di kb ttp ditentang habis habisan oleh ATGNA dan para pemimpin pas di kala itu. … sekarang ini boleh sokong pula inilah yang dikatakan syaitan manusia

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s