Terbukti Tun M Pengkhianat Yang Amat Jijik Kepada PH dan Rakyat Malaysia

1 HADI JAHAT

1 PUNCA ISLAM DIHINA.1 MAHA FIRAUN PENGKHIANAT

1 PENGKHIANAT MESIR

Tun M mohon maaf, mengaku silap strategi

KUALA LUMPUR- “Saya terpaksa meletak jawatan kerana sudah hilang sokongan. Saya tiada pilihan,” kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada sekutu-sekutunya dalam Pakatan Harapan.

Dalam satu rakaman video berdurasi 1.30 minit, Pengerusi Bersatu itu meminta maaf kerana strategi beliau telah menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hanya selepas berkuasa selama 21 bulan sahaja.

“Saya ingat selepas saya meletakkan jawatan, saya boleh bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan kita semua boleh menyakinkan Baginda dan memaklumkan kepadanya, saya masih mempunyai sokongan.

“Saya sekali lagi meminta maaf,” katanya.

Video tersebut dipercayai dirakam semalam dalam satu pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary yang mana pada masa yang sama, Tan Sri Muhyiddn Yassin mengangkat sumpah di Istana Negara sebagai Perdana Menteri Kelapan.

Turut kelihatan di dalam video yang dkongsi di laman Twitter tersebut adalah Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video Player

00:47
01:30

Dr. Mahathir juga mendedahkan pengkhianatan yang didakwanya telah dilakukan oleh Muhyiddin.

Pengkhianatan tersebut katanya, menyebabkan Muhyiddin berjaya dipilih sebagai Perdana Menteri oleh Yang di-Pertuan Agong.

“Saya tidak bersetuju (untuk bekerjasama dengan UMNO), andalah kena bertanding.

“(Tetapi) tidak lama selepas menzahirkan kesetiaan beliau kepada saya (beliau kemudiannya khianat).

“Beliau sebenarnya menyatakan kesetiaan kepada diri sendiri (Muhyiddin bertindak bekerjasama dengan UMNO dan mencalonkan diri sebagai Perdana Menteri).

“Beliau sanggup bekerjasama dengan pencuri, penyangak, penyamun malah pembunuh.

“Inilah karakter sebenar beliau,” katanya lagi.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga meminta maaf kerana tidak menyedari lebih awal pengkhianatan Muhyiddin.

Jelasnya, beliau telah mengesyaki sesuatu tetapi tidak boleh bertindak kerana tidak mempunyai bukti yang cukup ketika itu.

“Saya minta maaf. Beliau adalah timbalan saya, orang kanan saya.

“Saya selalu curiga tetapi anda tidak boleh bertindak berdasarkan kecurigaan sahaja. Jika ada bukti kukuh, anda boleh bertindak,” ujarnya lagi.

Video yang dimuat naik di Twitter oleh akaun bernama Rashid Yusoff itu diakui tulen oleh beberapa ahli Parlimen. – MalaysiaGazette

Tun M mohon maaf, mengaku silap strategi

TAKUT ALLAH ATAU TAKUT COVID-19?

1 DR ZUL CAKAP BENAR

Mukadimah

Islam itu pada prinsipnya merupakan agama yang mementingkan disiplin ilmu. Ia bukan agama yang terbina atas dasar semangat beribadah semata-mata. Sebaliknya ia agama yang memandu manusia dalam segenap kehidupan tanpa mengira apa jua situasi dan keadaan. Setiap permasalahan yang berlaku ada cara penyelesaiannya menurut agama. Hanyasanya bukan semua umat Islam menguasai ilmu bagi menangani permasalahan-permasalahan yang timbul.  Benarlah firman Allah SWT:

فَاسْأَلُوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِن كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

MaksudnyaOleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.

(Surah al-Nahl: 43)

Dalam menangani isu Covid-19, para ulama setelah mengambil pandangan pihak yang berkepakaran dalam bidang perubatan dan kesihatan, telah mengeluarkan pelbagai fatwa sebagai panduan buat seluruh umat Islam. Antaranya sebagaimana yang diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) pada 15 Mac 2020, di Pulse Grande Hotel, Putrajaya bahawa semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat berjemaah dan solat Jumaat ditangguhkan untuk tempoh yang tertentu.

Fatwa yang sama juga telah dikeluarkan oleh institusi-institusi fatwa yang berwibawa dari seluruh dunia seperti Haiah Kibar Ulama’ al-Azhar al-Syarif,  Hai’ah Kibar al-’Ulama al-Sa’udiyyah, Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia, Majlis Fatwa Syar’ie, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait, Mufti Republik Tunisia, Kementerian Waqaf Syria dan Kesatuan Ulama’ Syam, Majlis Agama Islam Singapura dan lain-lain.

Malangnya, setelah fatwa tersebut dikeluarkan oleh institusi-institusi yang berautoriti, masih ada kalangan mereka yang mempertikaikannya. Tiada sebarang hujah dan dalil yang dikemukakan kecuali mengatakan, “Kami lebih takutkan Allah berbanding Covid-19!” Kesannya, masih terdapat di luar sana segelintir yang ingkar menurut arahan pihak berkuasa di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Mereka malah berkeras mahu pergi menunaikan solat Jumaat dan berjemaah di masjid. Artikel pada kali ini akan cuba memberikan pencerahan terhadap kesalahfahaman ini.

 

Erti “Takut Allah”

Ungkapan takut Allah SWT tidak boleh disamakan dengan ungkapan takut penyakit atau makhluk. Sekalipun perkataan yang digunakan kelihatan serupa tetapi maksud dari sudut istilahnya berbeza. Takut dalam bahasa Melayu antaranya bererti, “tidak berani menghadapi sesuatu yang pada perasaannya akan membahaya­kan diri.[1] Justeru apabila disebut dalam bahasa Melayu takut kepada penyakit, ia bermaksud perasaan yang mendorong seseorang itu untuk menjauhkan diri daripada penyakit tersebut.

Maksud takut yang sama sudah tentu tidak tepat jika diletak kepada takut Allah SWT. Ini kerana, takut Allah SWT dalam bahasa syarak bermaksud bertaqwa kepada Allah SWT. Taqwa dari sudut bahasa berasal daripada perkatan waqaa (وقى) bermaksud menolak sesuatu daripada sesuatu dengan yang lain. Daripadanya perkataan wiqaayah (وقاية) bermakna apa yang melindungi sesuatu (ما يقي الشيء). (Lihat Mu’jam Maqayis al-Lughah, 6/131)

Dari sudut istilah, para ulama memberikan pelbagai takrif berkenaan definisi taqwa. Syeikh Ali al-Sobuni menyimpulkan bahawa kesemua takrifan tersebut berlegar pada maksud, “Mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala yang diharamkannya.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 2/212). Ia sebagaimana yang dimanifestasikan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (SAW) kepada kamu maka terimalah serta amalka n, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).

(Surah al-Hasyr: 7)

Menurut al-Maraghi, dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan umat Islam bertaqwa kepada-Nya dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan-Nya. Sesungguhnya Allah SWT amat berat ujian-Nya bagi mereka yang mengingkari perintah-Nya dan melakukan larangan-Nya. Sedangkan Rasul-Nya merupakan penjelas kepada apa yang dikehendaki oleh Allah SWT demi kebaikan hamba-Nya di dunia dan akhirat. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 28/40)

Dengan kata lain, seseorang yang takut kepada Allah dengan maksud bertaqwa kepada Allah SWT sudah tentu semakin berusaha mendekatkan diri kepada Allah SWT dan bukan sebaliknya. Sedangkan takut kepada penyakit membawa erti yang amat kontradik dengan takut kepada Allah SWT kerana ia akan membuatkan seseorang itu menjauhkan diri daripadanya. Adalah tidak masuk akal untuk mengatakan kita mesti takut kepada Allah SWT sebagaimana kita takut kepada Covid-19. Atau mengatakan kita mesti lebih takut kepada Allah SWT berbanding takut kepada Covid-19. Kedua-duanya tidak tepat kerana antara takut kepada Allah dan takut kepada makhluk itu hakikatnya terdapat perbezaan makna yang jelas.

 

Jika benar takutkan Allah, jauhkan diri daripada Covid-19!

Jelas daripada perbahasan di atas apa yang dimaksudkan dengan takut kepada Allah SWT adalah taqwa. Manakala taqwa pula hanya dicapai dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Persoalannya di sini, bagaimanakah seseorang yang bertaqwa menangani wabak Covid-19? Adakah dengan membiarkan diri terdedah kepada jangkitan Covid-19 atau berusaha bersungguh-sungguh menjauhkan diri daripadanya?

Dalam memahami isu ini kita perlu kembali kepada konsep taqwa itu sendiri. Bagaimanakah menangani wabak Covid-19 dalam konteks taqwa kepada Allah SWT? Dengan kata lain, apakah perintah dan larangan yang dinyatakan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya apabila seseorang itu berhadapan dengan bahaya seperti wabak penyakit?

Pertama, di dalam al-Qur’an, Allah SWT memerintahkan agar kita jangan membiarkan diri terkena bahaya dan kemudaratan. Firman-Nya:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.”

(Surah al-Baqarah: 195)

Menurut Tantawi, maksud “التَّهْلُكَةِ” ialah kehancuran dan kematian atau apa jua yang boleh membawa kepadanya. (Lihat al-Tafsir al-Wasit, 329)

Dr. Wahbah al-Zuhaili pula mengatakan, ayat ini menunjukkan tuntutan untuk berjihad dengan nyawa dan harta benda. Ini kerana persediaan jihad memerlukan pelbagai kelengkapan seperti kenderaan, pakaian dan senjata yang perlu dibiayai. Oleh itu, jika umat Islam tidak melakukan infaq pada jalan Allah SWT, maka mereka seolah-olah mendedahkan diri mereka dengan kebinasaan kerana berperang tanpa persediaan. Kerana itu Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 195, “Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 2/190)

Ini bermakna, dalam ayat ini Allah SWT memerintahkan umat Islam agar tidak membiarkan diri terkena mudarat atau bahaya tanpa mengambil sebarang sebab atau ikhtiar untuk menghindarinya. Ini dipertegaskan lagi dalam surah al-Nisa’ ayat 29:

وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ

Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.”

Termasuk dalam maksud ayat ini orang yang membunuh diri sendiri atau membunuh orang lain tanpa mengira apa jua cara seperti mengambil dadah, meminum racun yang membahayakan dan melampau dalam mengambil risiko yang memudaratkan. (Lihat al-Tafsir al-Munir, 5/32)

Apabila seseorang tidak mengambil langkah yang disyorkan pemerintah mengenai penularan Covid-19 seperti melanggar arahan PKP, ini bererti mereka dengan sengaja telah mendedahkan diri dan orang lain kepada kemudaratan. Perbuatan tersebut melanggar perintah Allah SWT supaya kita mengambil segala sebab atau usaha yang boleh mengelakkan diri dan orang lain daripada ditimpa bahaya dan kemudaratan.

Bagaimana mungkin kita mengatakan individu yang melanggar perintah Allah SWT itu sebagai takut atau bertaqwa kepada Allah SWT? Sebaliknya orang yang mentaati perintah Allah SWT dengan memelihara diri daripada kemudaratan pula dianggap sebagai orang yang tidak bertaqwa atau lebih takutkan penyakit berbanding Allah SWT.

Kedua, terdapat panduan daripada Rasulullah SAW mengenai apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam apabila berhadapan dengan wabak penyakit berjangkit. Panduan Rasulullah SAW sudah tentu merupakan sebaik-baik panduan untuk diikuti kerana ia berteraskan wahyu Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

وَأَفْضَلُ الْهَدْيِ هَدْيُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Nabi SAW.

Riwayat al-Baghawi (3575)

Dalam isu penyakit berjangkit Nabi SAW telah menyatakan beberapa tips dan kaedah menerusi beberapa hadis baginda. Antaranya sabda baginda SAW:

إِذَا سَمِعْتُمْ بِالطَّاعُونِ بِأَرْضٍ فَلَا تَدْخُلُوهَا وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا مِنْهَا

Maksudnya: Apabila kamu mendengar tentang wabak penyakit menular di sesuatu tempat, maka janganlah kamu pergi ke situ. Dan apabila ia berlaku di tempat kamu, maka janganlah kamu keluar lari daripadanya.

Riwayat al-Bukhari (5287)

Demikian juga dalam hadis yang lain:

فَرْوَةَ بْنِ مُسَيْكٍ قَالَ : قُلْت يَا رَسُولَ اللَّهِ ، أَرْضٌ عِنْدَنَا يُقَالُ لَهَا : أَرْضُ أَبَيْنَ هِيَ أَرْضُ رِيفِنَا وَمِيرَتِنَا وَإِنَّهَا وَبِيئَةٌ أَوْ قَالَ : وَبَاؤُهَا شَدِيدَةٌ ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : دَعْهَا عَنْك فَإِنَّ مِنْ الْقَرَفِ التَّلَفَ

Maksudnya: “Farwah bin Musaik berkata: Aku berkata: Wahai Rasulullah, tempat kami dipanggil Abain. Ia adalah kampung kami bercucuk tanam dan membuat bekalan makanan, padanya ada wabak yang berat. Lalu Nabi SAW bersabda: Tinggalkan ia daripada kamu keluar masuk, sesungguhnya ia mendekati penyakit adalah kebinasaan.”

Riwayat Ahmad (15742)

Berdasarkan petunjuk Nabi SAW inilah para sahabat mengambil pedoman dalam menghadapi penularan wabak penyakit yang berlaku pada zaman mereka. Misalnya, Saidina Umar al-Khattab, seorang sahabat yang terkenal dengan keberanian dan kepahlawanannya, apabila mendapat tahu terdapat wabak penyakit yang sedang menular di Syam, beliau mengambil keputusan untuk tidak memasukinya. Saidina Umar pun memberi arahan kepada rombongannya untuk berpatah balik. Lalu Abu ‘Ubaidah al-Jarrah R.A berkata :

أَفِرَارًا مِنْ قَدَرِ اللَّهِ

Maksudnya: “Adakah perbuatan ini termasuk melarikan diri dari takdir Allah?”

Maka Saidina Umar menjawab:

نَعَمْ نَفِرُّ مِنْ قَدَرِ اللَّهِ إِلَى قَدَرِ اللَّهِ أَرَأَيْتَ لَوْ كَانَتْ لَكَ إِبِلٌ فَهَبَطْتَ وَادِيًا لَهُ عِدْوَتَانِ إِحْدَاهُمَا خَصْبَةٌ وَالأُخْرَى جَدْبَةٌ أَلَيْسَ إِنْ رَعَيْتَ الْخَصْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ وَإِنْ رَعَيْتَ الْجَدْبَةَ رَعَيْتَهَا بِقَدَرِ اللَّهِ

Maksudnya : Alangkah baik jika selain kamu yang mengungkapkan kenyataan ini wahai Abu ‘Ubaidah. Ya betul, kami lari dari takdir Allah menuju kepada takdir Allah yang lain. Tidakkah kamu melihat sekiranya kamu memiliki seekor unta, kemudian kamu turun kepada satu lembah yang mempunyai dua sudut. Salah satunya merupakan kawasan yang subur dan satu yang lagi merupakan kawasan yang tandus. Bukankah jika kamu memelihara unta tersebut di kawasan yang subur maka kamu menjaganya dengan taqdir Allah. Dan jika kamu memelihara unta tersebut di kawasan yang tandus maka kamu juga menjaganya dengan taqdir Allah?

Kemudian datang Abdul Rahman bin ‘Auf R.A yang sebelum ini tidak berada di situ lalu menyebutkan hadis Nabi SAW berkenaan hadis wabak penyakit seperti di atas. Riwayat Muslim (2219)

Justeru, adakah sesiapa yang berani mengatakan tindakan Saidina Umar berpatah balik kerana terdapat wabak penyakit itu pengecut? Atau berani mengatakan bahawa Umar lebih takutkan penyakit berbanding takutkan Allah SWT? Sedangkan Rasulullah SAW sendiri pernah menyifatkan Umar itu amat digeruni oleh syaitan kerana ketaqwaannya kepada Allah SWT. Sabda baginda SAW kepada Umar:

وَالَّذِى نَفْسِى بِيَدِهِ مَا لَقِيَكَ الشَّيْطَانُ قَطُّ سَالِكًا فَجًّا إِلاَّ سَلَكَ فَجًّا غَيْرَ فَجِّكَ

Maksudnya: “Demi diriku yang berada dalam genggaman-Nya, tidaklah sesekali syaitan mahu bertemu denganmu pada suatu laluan, kecuali ia akan melalui laluan lain yang bukan (menjadi kebiasaan) laluanmu.

Riwayat Muslim (6355)

Selain itu terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda:

وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ

Maksudnya“Larilah daripada penyakit berjangkit seperti mana kamu lari daripada singa.”

Sahih Al-Bukhari (5707)

Ibn al-Qayyim menjelaskan, menerusi hadis ini dapat difahami petunjuk Nabi SAW agar kita melindungi diri daripada penyakit berjangkit dan supaya orang yang sihat menjauhi orang yang berpenyakit tersebut. Ini memperlihatkan betapa belas kasihnya Nabi SAW terhadap umat baginda agar mereka dijauhi kusta (al-juzam) yang merupakan penyakit yang boleh membawa kerosakan saraf dan kecacatan anggota badan. (Lihat Zad al-Ma’ad, 4/147-148)

Demikian juga tindakan Nabi SAW apabila menolak seorang pesakit kusta untuk berbaiah langsung dengan baginda. Ini berdasarkan riwayat ‘Amar bin Syarid daripada bapanya:

كَانَ فِى وَفْدِ ثَقِيفٍ رَجُلٌ مَجْذُومٌ فَأَرْسَلَ إِلَيْهِ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « إِنَّا قَدْ بَايَعْنَاكَ فَارْجِعْ

Maksudnya: “Dalam delegasi Tsaqif (yang akan dibaiat Rasulullah SAW.) terdapat seorang lelaki berpenyakit kusta. Lalu Rasulullah SAW. mengirim seseorang utusan supaya mengatakan kepadanya, “Kami telah menerima baiat anda. Kerana itu anda telah boleh pulang.

Riwayat Muslim (5958)

Daripada perbuatan-perbuatan yang ditunjukkan oleh Nabi SAW ini menjadi panduan kepada kita agar melindungi diri daripada penyakit berjangkit seperti Covid-19. Bila Nabi SAW sendiri yang melakukannya, ia bukan bermakna Nabi SAW lebih takutkan penyakit berbanding takutkan Allah SWT. Sebaliknya baginda mahu mengajarkan kepada kita supaya sentiasa berusaha, berikhtiar dan mengambil asbab (sebab-sebab) sama ada dalam mencapai sesuatu yang baik atau menghindari sesuatu yang buruk.

 

Kesimpulan

Akhirnya, hayatilah hadis Rasulullah SAW berikut:

أَنَّ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ جَاءَ ثَلَاثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْأَلُونَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أُخْبِرُوا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوهَا فَقَالُوا وَأَيْنَ نَحْنُ مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ قَالَ أَحَدُهُمْ أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَصُومُ الدَّهْرَ وَلَا أُفْطِرُ وَقَالَ آخَرُ أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلَا أَتَزَوَّجُ أَبَدًا فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَيْهِمْ فَقَالَ أَنْتُمْ الَّذِينَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا أَمَا وَاللَّهِ إِنِّي لَأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْقَاكُمْ لَهُ لَكِنِّي أَصُومُ وَأُفْطِرُ وَأُصَلِّي وَأَرْقُدُ وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِي فَلَيْسَ مِنِّي

Maksudnya: “Daripada Anas bin Malik katanya, tiga orang telah datang ke rumah isteri-isteri Rasulullah SAW mereka bertanya tentang ibadat baginda. Apabila mereka diceritakan seolah-olah mereka merasakannya sedikit. Mereka berkata: “Di manakah kedudukan kita jika dibandingkan dengan Rasulullah SAW sedangkan baginda telah diampunkan dosanya yang terdahulu dan yang kemudian. Salah seorang mereka berkata: “Saya akan sentiasa bersembahyang malam dan seorang lagi berkata: “Saya berpuasa sepanjang tahun, tidak akan berbuka (tidak ada hari yang tidak berpuasa) dan orang yang terakhir berkata: “Saya akan menjauhi perempuan dan tidak akan berkahwin selama-lamanya. Tiba-tiba Rasulullah datang kepada mereka seraya bertanya: “Kamukah yang mengatakan begini, begini? Demi Allah, sesungguhnya aku lebih takutkan Allah daripada kamu, paling bertaqwa kepada-Nya daripada kamu namun aku berpuasa dan aku berbuka, aku sembahyang dan aku tidur dan aku mengahwini perempuan. Maka dengan itu, sesiapa yang tidak suka akan sunnahku maka dia bukan dari kalanganku.

Riwayat al-Bukhari (4675)

Justeru, daripada hadis ini dapat kita fahami bahawa sekalipun Rasulullah SAW itu merupakan manusia yang paling bertaqwa dan takutkan Allah SWT, namun baginda tetap menjalani kehidupan sebagaimana manusia biasa seperti makan minum, berkahwin dan tidur malam. Ini bermakna sikap ghuluw atau melampau sehingga memudaratkan diri apatah lagi jika dengan sengaja mendedahkan diri kepada kemudaratan yang hampir pasti adalah bukan daripada ajaran agama bahkan tiada kena mengena dengan agama Islam.

 

Unit Penyelidikan Ilmiah
Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Jabatan Perdana Menteri

___________________________

Nota Hujung:

[1] Lihat http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=takut, dilayari pada 2 April 2020.

https://zulkiflialbakri.com/ms/al-bayan-siri-4-takut-allah-atau-takut-covid-19/

Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Adalah Ulamak Yang Bercakap Benar.

1 DR ZUL CAKAP BENAR

KUALA LUMPUR – Prestasi kewangan Lembaga Tabung Haji (TH) yang lebih baik pada tahun lalu akan memberi galakan kepada pendepositnya untuk terus melabur dan menyimpan wang dalam lembaga itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, pengagihan keutungan yang lebih baik juga dilihat telah mengembalikan kepercayaan pendeposit setelah jumlah pengagihan pendapatan yang diterima untuk tahun sebelumnya agak rendah.

“Pengumuman ini sudah pasti menggembirakan semua pendeposit selepas berlaku unjuran positif dalam keuntungan berbanding tahun kewangan yang lepas pada 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin TH mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat pada kadar 3.05 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 yang  membabitkan agihan berjumlah RM2.1 bilion, iaitu RM1.2 bilion lebih tinggi berbanding RM900 juta bagi tahun kewangan 2018.

Agihan keuntungan yang lebih baik ini didorong oleh prestasi dan kedudukan kewangan yang semakin baik, berasaskan strategi pelaburan yang mampan serta langkah pengurusan kos secara berhemat.

Tambah beliau, keuntungan yang dicatatkan itu menunjukkan keberhasilan usaha pihak pengurusan dalam merangka strategi pelaburan dan langkah pengurusan kos.

Bagaimanapun, menurut Zulkifli, kini cabaran terbesar TH adalah mengukuhkan kedudukan kewangannya setelah berlaku ketidaktentuan pasaran saham berkaitan perang perdagangan di peringkat global

Namun beliau percaya TH dan semua pihak berkaitan telah mengembleng sepenuh tenaga dan berusaha sebaik mungkin dalam meklaksanakan tugasan mereka. – MalaysiaGazette

Prestasi kewangan baik TH tahun lalu kembalikan kepercayaan pendeposit

Image may contain: one or more people, meme and text

ISU TABUNG HAJI..
Alhamdulillah… Bekas Mufti WP Datuk Seri Dr Zulkifli AlBakri setelah menjadi menteri agama kerajaan PN, lebih kurang seminggu telah mengeluarkan kenyataan prestasi kewangan baik TH tahun lalu kembalikan kepercayaan pendeposit. Sedangkan sebelum ini kerajaan PH yang merintah ..
Sekarang rakyat nak tau apakah benar bekas menteri YB DS Dr Mujahid mendedahkan akaun TH mengalami difisit sehingga Dr Mujahid terpaksa mintak Menteri Kewangan suntik berbilion bilion untuk selamatkan TH..
Kami yakin dengan akhlak Dr Zulkifli selama menjawat jawatan Mufti yang tegas dan tidak berpihak akan membentang kedudukan sebenar TH bila ditanya oleh rakyat samada melalui sidang media atau diparlimen. Apakah Dr Mujahid menipu ? Apakah benar DAP yang kuasai TH ?
Sekarang tugas Dr Zulkifli untuk berkata benar supaya rakyat tidak tertipu dan orang melayu akan percaya kalau orang agama yang bercakap.

2 SEBAB RAKYAT MALAYSIA AMAT BERTUAH

1 Dr Nor Hisham

1 DR ZUL CAKAP BENAR

1 A 250 BILION

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..

1-KERANA PENTADBIRAN KERAJAAN PH TERDAHULU AMAT CEKAP.

2- KERANA PH DAPAT MENJANA KHAZANAH NEGARA SEBANYAK RM250 BILION DALAM MASA SINGKAT  22 BULAN.

BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada…

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia? Elek pocik..

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal…Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu…

Di Malaysia..rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari pemandu grab, orang bujang, yang miskin, kaya sampailah Ahli Parlimen Pokok Sena turut diberi BPN..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah…

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Bersyukurlah kita.

KERAJAAN PINTU BELAKANG SEMAKIN MUNDUR

1 PAS MABUK ARAK1 ARAK BMF1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO1 MCA RASIS1 MCA NIKAH1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA1 PENGKHIANAT MESIR

TULISAN INI SEMASA ROH ISLAM SEGAR SEBELUM ARAK DIHALALKAN.

ULASAN l Kedudukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sangat rapuh. Jika undi tidak percaya dilakukan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila parlimen bersidang, kita tidak tahu sama ada beliau boleh mendapat sokongan majoriti atau tidak.

Isu yang paling utama ialah adanya Umno dalam kerajaan itu. Pakatan Harapan (PH) tahu tanpa Umno, kerajaan itu akan tumbang. Modal besar PH terhadap Umno ialah Umno parti korup.

Penyertaannya dalam kerajaan PN menjadikan kerajaan baru itu sebuah kerajaan korup.

Perhatian khusus akan diberi kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, sama ada beliau akan diberi jawatan dalam kabinet. Jika beliau diberi jawatan menteri, apatah lagi timbalan perdana menteri, terus terang saya katakan, Muhyiddin akan kalah undi tidak percaya dan kerajaan PN akan tumbang.

Bukan itu sahaja, orang ramai yang menyokong kerajaan PN, termasuk saya, akan menarik balik sokongan mereka, dan berkecuali. Mereka akan mengambil sikap “Mampus pi lah” kerana mereka telah terlalu bosan dengan ahli politik yang hanya menjaga perut masing-masing.

Maka, sebelum dilakukan undi tidak percaya, pemimpin parti-parti komponen PN perlulah bermesyuarat, mengambil pendirian, mengeluarkan kenyataan dan melakukan apa yang sempat dilakukan, bahawa:

# PN tidak akan mengulangi kesilapan Umno dan PH.

# PN tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

# PN tidak akan melantik ahli parlimen yang sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah untuk memegang sebarang jawatan dalan kabinet PN.

# Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai perkhidmatan kehakiman dan perundangan yang kanan, berpengalaman dalam pendakwaan dan undangundang, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi peguam negara / pendakwa raya.

# Kerajaan PN akan melantik seorang pegawai kanan SPRM yang berpengalaman, berdedikasi dan berintegriti untuk menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM.

# Kerajaan PN tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi peguam negara / pendakwa raya dan ketua pesuruhjaya SPRM dalam melaksanakan tugas-tugas mereka.

# Kerajaan PN juga sekali-kali tidak akan mempengaruhi atau menekan pendakwa raya supaya menghentikan pendakwaan atau menarik balik pertuduhan terhadap ahli kabinet PN, ahli parlimen PN atau penyokongnya.

# Kerajaan PN sekali-kali tidak akan campur tangan atau cuba mempengaruhi mahkamah dalam menjalankan tugas kehakimannya.

# Kerajaan PN tidak akan meminta pengampunan ke atas sabitan dan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah terhadap ahli kabinet PN, ahli prlimen PN atau penyokongnya. Tetapi hak mereka berbuat demikian tidak dihalang.

# Kerajaan PN akan menumpukan perhatian sepenuhnya untuk memperbaiki ekonomi negara, taraf kehidupa rakyat dan pentadbiran negara.

Muhyiddin dan pemimpin parti-parti komponen hendaklah bertegas dalam hal ini. Lebih baik tumbang walaupun melakukan sesuatu yang betul, daripada tumbang kerana melakukan sesuatu yang salah.

Jika Umno berkeras menghendaki Zahid menjadi menteri atau TPM dan mengugut keluar PN, biarkan Umno keluar, biarkan PN tumbang. Umno akan dikutuk oleh orang Melayu dan mati tak berkubur. Percayalah.

Dalam ucapan pelantikan saya sebagai ketua hakim negara pada 11 Disember 2007, antara lain, saya menyebut:

“Saya sedar bahawa, jika Allah SAW melanjutkan usia saya sekalipun, tempoh untuk saya memegang jawatan ketua hakim negara ini adalah amat singkat. Tetapi, jika, dengan takdir Allah SWT saya memegang jawatan ini hanya sehari sahajapun, dalam masa satu hari itu, saya berazam untuk melakukan apa yang saya, dengan jujur, fikir adalah betul, sehabis baik yang saya boleh lakukan. Sama ada sehabis baik saya itu cukup baik atau tidak terserahlah kepada orang ramai untuk menghakiminya.”

Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil daripadanya.
———————————-

TUN ABDUL HAMID MOHAMAD adalah bekas ketua hakim negara. Abdul Hamid Mohamad.

Tulisan ini disiarkan kali pertama dalam blog beliau hari ini dengan tajuk asal “Pesanan kepada kerajaan PN: Walaupun kekal sehari, buat yang betul”.

KERAJAAN PINTU BELAKANG @ KUDETA

1 PENGKHIANAT MESIR

KERAJAAN PINTU BELAKANG @ KUDETA

1) Kerajaan pintu belakang atau kudeta ni maksudnya kerajaan baru yang dibentuk dengan cara menghijack kerajaan yang masih berfungsi dengan baik. Contohnya kerajaan pintu belakang adalah kerajaan Kudeta Perak, yakni kerajaan yang dibentuk oleh UMNO/BN dengan cara merampas daripada Pakatan Rakyat, melalui beberapa YB yang melompat menyokong BN.

2) Contoh satu lagi kerajaan pintu belakang atau kudeta adalah kerajaan yang mahu dibentuk melalui projek 16 Spetember oleh DS Anwar Ibrahim. Cara yang sama, yakni merekrut MP-MP BN akan menyertai MP PR untuk undi tak percya kepada Pak Lah. Namun projek 16 September ini digagalkan oleh Pak Lah dengan cara yang sangat mudah.

3) Pointnya adalah, kerajaan pintu belakang adalah merampas kuasa daripada kerajaan yang masih berfungsi. Manakala kerajaan PM8 TS Muhyiddin bukanlah melalui pintu belakang atau pun kudeta kerana tidak merampas apa-apa pun. Ia terbentuk setelah kerajaan PH tumbang dan ditumbangkan oleh PH sendiri, disempurnakan tumbangnya itu oleh perletakan jawatan PM7 serta keluarnya Bersatu daripada PH.

4) Mahacai sukar menerima perihal ini dan masih berzikir mengenai kerajaan pintu belakang. Tak apa, jangan cepat letih memberi penerangan, kerana resmi mahacai adalah slow dan lambat pikap. Teruskan memberi penerangan secara berterusan. Mereka akan faham jua.

5) Ada beberapa mahacai yang sudah mula faham setelah kita terang banyak kali. Kemudian mereka menukar naratif kerajaan pintu belakang kepada ‘kerajaan yang disedekah oleh YDP Agong’. Kerajaan PH adalah kerajaan pilihan rakyat, manakala kerajaan PM8 TS Muhyiddin adalah kerajaan ihsan YDP Agong.

6) Tak apa. Biar mereka selesa dulu dengan naratif baru. Prinsip untuk berperang dengan mahacai adalah “We give them hope, then we crush it”.

Sekian

(Dr Tanaka Mustafa)
Ketua Cawangan Ghaib

15 TUNTUTAN RAKYAT KEPADA KERAJAAN PINTU BELAKANG YANG KHIANAT MANDAT RAKYAT.

1 HADI JAHAT

1 PUNCA ISLAM DIHINA.

1 PENGKHIANAT MESIR

1 MCA RASIS1 MCA NIKAH

1 PAS MABUK ARAK

1 SUJUD SYUKUR

Alhamdulilah. PAS UMNO kerajaan Melayu 100% telah terbentuk. Rakyat kini mengharapkan:

1.Kilang Arak di Malaysia ditutup
2.Disko ditutup
3.Hudud dilaksanakan
4.Sajad dan semua LGBT ditangkap dan disebat
5. Sekolah venukular dihapuskan
6. Casino di Genting & kedai no ekor ditutup
7. Pemandu mabuk dihukum mati
8. Harga minyak RM1.50
9. Pembunuh Adib ditangkap
10. RUU355 dipinda & diluluskan
11. Div Tabung Haji 15%
12. 4 buah hotel milik TH diambil semula
13. Tulisan Jawi wajib termasuk di SJK
14. PTPTN mansuh
15. Semua Tol ditutup esok

Diharap kerajaan Melayu-Islam 100% ini mampu tunaikan 15 harapan rakyat ini penggal ini. Jika tidak, sama aje laa dengan PH & BN dulu 🤣🤣🤣
Presiden Kerajaan Pintu Belakang

Muslim akan menjadi seperti sampah

1 HADI B.RAB.1 PAS MABUK ARAK1 ARAK BMF

Muslim akan menjadi seperti sampah

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
28 Februari 2020

DALAM beberapa buah hadith, Rasulullah mengingatkan kepada kita mengenai beberapa perkara yang dilakukan oleh umat terdahulu yang telah membinasakan mereka. Antaranya ialah:

(1) Bertelagah dengan pemimpin mereka sendiri. Apabila pemimpin mereka menyatakan sesuatu kebenaran, mereka sendiri membantah malah bertelagah dengan kebenaran tersebut. Sabda Rasulullah:

فإنَّما أَهْلَكَ الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ، كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ، وَاخْتِلَافُهُمْ علَى أَنْبِيَائِهِمْ

“Sesungguhnya telah binasalah umat sebelum kamu kerana banyak mempersoalkan (mengajukan soalan kepada Nabi mereka) dan mereka berbantah (bercanggah) dengan arahan Nabi (iaitu pemimpin mereka ketika itu).”
(HR Muslim)

(2) Yang membinasakan ummah ini juga adalah apabila pemimpin mereka sendiri mengutamakan kroni mereka. Bahkan tidak berlaku adil kepada rakyat. Perkara ini dijelaskan oleh Rasulullah yang bersabda:

إنَّما أَهْلَكَ الَّذِينَ قَبْلَكُمْ أنَّهُمْ كَانُوا إذَا سَرَقَ فِيهِمِ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذَا سَرَقَ فِيهِمِ الضَّعِيفُ أَقَامُوا عليه الحَدَّ

“Sesungguhnya telah binasa umat sebelum kamu kerana apabila yang mencuri itu orang yang mulia (orang yang mempunyai kedudukan), kamu tidak kenakan hukuman ke atas mereka, tetapi apabila rakyat yang lemah melakukan kesalahan, kamu hukum mereka.”

Hadith ini mengingatkan kepada kita bagaimana sekiranya pemimpin itu tidak adil, bahkan menyelamatkan kroni mereka sahaja, maka ia akan menjadi punca kebinasaan ummah ini.

(3) Sifat tamak pemimpin yang mengutamakan kepentingan diri juga akan membinasakan ummah ini. Sabda Rasulullah:

إياكم والشحَّ فإنه أهلك من كان قبلكم أمرهم بالكذبِ فكذبوا وأمرهم بالظلمِ فظلمُوا

“Jauhilah sifat kedekut, kerana sesungguhnya umat terdahulu telah binasa kerana sifat ini membawa mereka menipu, lalu mereka menipu. Sifat ini membimbing mereka untuk melakukan kezaliman, lalu mereka bersifat zalim.”

Pemimpin yang tamak dan kedekut untuk memberikan sumbangan buat Islam akan membinasakan ummah ini.

(4) Sifat pemimpin Muslim yang cintakan dunia juga akan menyebabkan ummah ini menjadi lemah seperti sampah. Mereka ditendang ke sana ke mari, dihina oleh orang kafir kerana sikap cintakan dunia. Sabda Rasulullah:

يُوشِكُ الأُمَمُ أَنْ تَدَاعَى عَلَيْكُمْ كَمَا تَدَاعَى الأَكَلَةُ إِلَى قَصْعَتِهَا ». فَقَالَ قَائِلٌ وَمِنْ قِلَّةٍ نَحْنُ يَوْمَئِذٍ قَالَ بَلْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ كَثِيرٌ وَلَكِنَّكُمْ غُثَاءٌ كَغُثَاءِ السَّيْلِ وَلَيَنْزِعَنَّ اللَّهُ مِنْ صُدُورِ عَدُوِّكُمُ الْمَهَابَةَ مِنْكُمْ وَلَيَقْذِفَنَّ اللَّهُ فِى قُلُوبِكُمُ الْوَهَنَ ». فَقَالَ قَائِلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْوَهَنُ قَالَ « حُبُّ الدُّنْيَا وَكَرَاهِيَةُ الْمَوْتِ ».

“Hampir saja para kaum (orang kafir) akan mengerumuni kamu dari berbagai penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan dalam piring”. Kemudian seseorang bertanya:”“Wahai Rasulullah, apakah kerana bilangan kita sedikit?”

“Rasulullah berkata: Bahkan kamu ketika itu sangat ramai! Akan tetapi kalian seumpama sampah yang dibawa oleh air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati musuh kalian dan akan menimpakan dalam hati kalian ’Wahn’. Kemudian seseorang bertanya, “Apa itu’wahn’?” Rasulullah berkata, ” Cinta dunia dan takut mati.”
(HR Abu Daud)

Semoga Allah membimbing kita

DR. AHMAD SANUSI AZMI
Sumber dari :

Muslim akan menjadi seperti sampah

JANGAN ENGKAR PERINTAH ALLAH

1 HADI JAHAT1 JANGAN BILA PENGKHIANT1 PENGKHIANAT MESIR1 SUJUD SYUKUR

*JANGAN ENGKAR PERINTAH ALLAH*
1. Apabila dikatakan istilah PAS sudah berubah daripada Parti Islam Se Malaysia kepada Parti Amalan Sesat ( PAS ), ramai ahli mereka berasa marah.
2. Apabila dikatakan mereka ini tak ubah seperti SEEKOR SESUMPAH yang boleh bertukar warna badan mengikut keadaan dan keperluan, ramai juga yang tidak setuju.
3. Tanpa disedari oleh ramai ahlinya, prinsip dan dasar parti yang diperjuangkan sejak dilahirkan dalam tahun 1951 iaitu 69 tahun lamanya perlahan – lahan telah mula terhakis.
4. Bagi menentukan mereka terus berkuasa, Hadi dan pemimpin – pemimpin PAS yang lain lazimnya membuat berbagai fatwa mengikut keperluan dan kesesuaian semasa.
5. Keadaan sebegini pernah saya lalui semasa mengikuti Kumpulan Al – Arqam pimpinan Ashaari Muhammad ( Alfatihah ) di suatu ketika dahulu.
6. Jika Ashaari mendakwa selalu mendapat arahan dari Rasullullah melalui mimpinya, ahli – ahli PAS pula begitu yakin Hadi ialah seorang ulama besar, perwaris Nabi yang begitu maksum, justeru tanpa menggunakan akal yang Allah SWT beri, mereka akan terus percaya dan akur ( walak ) tanpa berfikir panjang.
7. Rasulullah TIDAK PERNAH memaki hamun dengan menggunakan bahasa kesat seperti ‘barua’ dan ‘anjing’ terhadap sesiapa yang tidak sehaluan dengan Baginda.
8. Ulama Perwaris Nabi SEPATUTNYA mengikut jejak langkah atau contoh baik yang ditunjukkan Baginda, BUKAN mengikuti perangai Abu Lahab.
9. Peristiwa Batu Pahat TELAH MEMAKSA ramai pemimpin – pemimpin PAS yang sama – sama berkorban dan ramai yang keluar masuk penjara MENINGGALKAN PAS dan akhirnya menubuhkan parti baru, AMANAH.
10. TANPA sedikit pun mengambil kira pengorbanan mereka, oleh kerana MEMPUNYAI PANDANGAN AGAK BERBEZA, Hadi menyerang mereka sebagai ‘barua’ dan ‘anjing’ UMNO; serangan Hadi masih berterusan dengan menuduh AMANAH adalah boneka DAP dan PKR.
11. Bencinya Hadi terhadap UMNO sehingga sanggup mengkafirkannya dan menggangap MCA dan MIC sebagai seketul daging babi yang di campurkan dalam hidangan bagi orang Islam.
12. Ekoran AMANAT HADI di Kampung Banggol Peradong , Kuala Terengganu 39 tahun lalu iaitu pada 7hb April 1981, satu lagi peristiwa hitam telah berlaku.
13. Pada 19hb November 1985 seorang pengikut fanatik Hadi, Ibrahim Muhammad atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya bersama 14 pengikutnya dan 4 orang anggota polis telah terkorban dalam satu peristiwa yang dikenali sebagai Peristiwa Memali.
14. Perjuangan PAS bagi menegakan negara Islam dengan Perlembagaan dan undang – undang Allah sudah pun TIDAK KEDENGARAN lagi.
15. Apa yang umum lihat pemimpin – pemimpin atasan PAS sekarang lebih berjuang untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga dari menentukan perjuangan asal parti berhasil.
16. Ramai juga ahli – ahli PAS berpendapat jika sekiranya Tok Guru Nik Aziz ( Alfatihah ) masih hidup sebagai Mursyidul Am parti itu, PAS mungkin tak jadi seperti ‘orang mabuk’ akibat minum beer Heineken atau Carlsberg atau ‘mabuk todi’ seperti yang berlaku sekarang ini.
17. Jika berada di taman bunga atau di kilang minyak wangi, bau – bauan wangi akan melekat di badan kita, sebaliknya jika berada di tempat buang sampah atau najis, pasti badan kita akan berbau busuk.
18. PAS yang sebelum ini TERLALU BENCIKAN UMNO /BN sebagai pengamal rasuah tegar kini sudah boleh berkongsi bantal dan selimut di dalam satu kelambu.
19. Tak tahu pula sama ada mereka mempunyai mimpi yang sama atau sebaliknya dan ‘pernikahan’ mereka ini berkekalan sehingga ke anak cucu atau tidak, sama-samalah kita lihat nanti.
20. Sama ada masuk melalui pintu belakang, melalui tingkap atau istilah Hadi masuk melalui tebuk atap, itu tidak menjadi isu ; yang penting ialah KUASA.
21. ‘Matlamat Menghalalkan Cara’ atau dalam bahasa Inggeris ‘The Ends Justifies The Means’ sudah jadi pegangan Pas sekarang ini.
22. Sejak Hadi sebagai Presidennya, lidah PAS tak ubah seperti biawak dan perangai yang ditunjukkan tak ubah seperti seekor SESUMPAH yang secara sekelip mata boleh berubah warna mengikut keadaan dan keperluan.
23. Kini ALLAH SWT sedang menguji sejauh mana Parti Islam Se Malaysia ( PAS ) itu akan menentukan Perlembagaan negara dan undang – undang Islam seperti yang diperjuangkan selama ini dilaksanakan.
24. Walaupun PAS hanya mempunyai 18 Ahli Parlimen termasuk 3 orang Menteri, namun jika PAS tarik diri atau sokongan mereka, maka Kerajaan pimpinan Muhyiddin AKAN jatuh; PAS TAHU DAN MUHYIDDIN PUN SEDAR keadaan ini maka beliau HARUS hormat dan akur tuntutan PAS.
25. Selain dari doa Covid19 yang diulang tayang oleh stesen TV setiap hari, adalah elok juga jika Muhyiddin berdoa agar PAS tidak tarik ‘hand break’ atau sokongan kepada beliau.
26. Inilah peluang PAS melaksanakan SEGALA PERINTAH ALLAH SWT seperti yang yang mereka tuntut selama ini; yang ada hanya beberapa ketul daging babi didalam Kabinet sekarang yang tak boleh menjejas kedudukan Muhyiddin ; JANGAN BERI ALASAN DENGAN MENYALAHKAN DAP LAGI.
27. Mulai sekarang PAS BOLEH DAN MESTI MENUNTUT kesemua kilang dan kedai menjual arak ditutup, kedai jual tiket judi seperti 4 Ekor, Magnum dan lain – lain TERMASUK kasino Genting diberi notis tutup operasi, semua pramugari kapalterbang seperti yang disuarakan oleh Siti Zailah, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga yang juga Ketua Muslimat PAS Pusat mesti mengikut cara Islam dan RUU 355 TIDAK boleh ditangguhkan lagi, apatah lagi Menteri Undang – Undang dan Hal Ehwal Parlimen ialah Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung PAS.
28. PISAU KINI DI TANGAN ANDA.
29. Jika pemimpin – pemimpin PAS masih berdolak dalik dengan berbagai alasan bagi melewat – lewat atau tidak mahu melaksanakan HUKUM ALLAH SWT ini, tunggulah hukumannya pada Pilihanraya Umum ke15 akan datang.
30. JIKA ALLAH SWT BOLEH MENGGONCANG DUNIA DENGAN CORONAVIRUS ATAU COVID19, KUMAN YANG TAK BOLEH DILIHAT, ALLAH SWT JUGA BOLEH MENGHAPUSKAN PAS JIKA MEREKA ENGKAR MELAKSANAKAN PERINTAH NYA.
*Tamrin Tun Ghafar*
Selasa – 07/04/2020
( 1 – 30 )
Wassalam
Terima Kasih.