Percaya Diri atau Percaya Allah?

1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK

Percaya Diri atau Percaya Allah?

khazanahalquran.com – Sering kita mendengar nasihat atau motivasi yang berusaha untuk membangun kepercayaan diri. Orang yang percaya diri dalam bayangan kita adalah orang yang teguh, yakin dengan langkahnya, kokoh dalam pendiriannya dan tidak ragu dalam keputusannya.

Percaya diri membawa seseorang menjadi pribadi yang ulet dalam menghadapi segala masalah, tetap tersenyum dan optimis walau sedang dikelilingi kesulitan. Orang yang percaya diri akan tetap bangkit walau terjatuh berkali-kali, ia tidak pernah minder dan pesimis walau berulangkali gagal.

Memang percaya diri adalah kalimat yang indah, yang membangkitkan potensi terdalam dari diri manusia.

Tetapi coba kita renungkan bersama ayat-ayat berikut ini :

وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٌ مَّاذَا تَكۡسِبُ غَدٗاۖ وَمَا تَدۡرِي نَفۡسٌ بِأَيِّ أَرۡضٖ تَمُوتُۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرُۢ

“Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakannya besok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Mengenal.” (QS.Luqman:34)

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ أَنتُمُ ٱلۡفُقَرَآءُ إِلَى ٱللَّهِۖ وَٱللَّهُ هُوَ ٱلۡغَنِيُّ ٱلۡحَمِيدُ

“Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah; dan Allah Dialah Yang Mahakaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” (QS.Fathir:15)

يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُخَفِّفَ عَنكُمۡۚ وَخُلِقَ ٱلۡإِنسَٰنُ ضَعِيفٗا

“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, karena manusia diciptakan (bersifat) lemah.” (QS.An-Nisa’:28)

Dan masih banyak lagi ayat-ayat yang senada semacam ini. Begitu pula kita mendengar doa-doa yang di ajarkan oleh Baginda Nabi saw, seperti :

اللَّهُمَّ إِنِّي أَشْكُو إِلَيكَ ضَعفَ قُوَّتِي وَقِلَّةَ حِيلَتِي

“Ya Allah aku mengadu kepadamu atas lemahnya kekuatanku dan sedikitnya kemampuanku.”

Dalam munajat lain beliau berdoa :

اللَّهُمَّ لَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرفَةَ عَينٍ وَلَا أَقَل مِن ذَلِكَ فَأَهلِك

“Ya Allah jangan Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri sekejap mata pun atau bahkan kurang dari itu, maka aku akan binasa…”

Dan masih banyak doa-doa yang senada yang menampilkan kelemahan kita.

Semua ayat dan doa di atas memberikan isyarat kepada kita bahwa jiwa manusia harus selalu di bina untuk mengakui kelemahannya dan kebergantungannya kepada Allah swt. Dan letak kekuatannya adalah ketika ia pasrah dan memohon kepada Allah untuk diberi bimbingan dan pertolongan dalam menghadapi semua permasalahannya.

Coba renungkan firman Allah swt :

وَلَا تَهِنُواْ وَلَا تَحۡزَنُواْ وَأَنتُمُ ٱلۡأَعۡلَوۡنَ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ

“Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang beriman.” (QS.Ali ‘Imran:139)

Jangan pernah minder dan takut, karena kalian adalah yang tertinggi. Namun perhatikan akhir ayat yang menunjukkan bahwa kemuliaan dan ketinggian derajatmu hanya akan kau dapat bila engkau bersandar dan hanya berharap kepada-Nya.

Renungkan ungkapan Nabi Musa as yang di abadikan oleh Al-Qur’an. Ketika beliau terjepit antara lautan dan kejaran musuh, spontan beliau berkata :

قَالَ كَلَّآۖ إِنَّ مَعِيَ رَبِّي سَيَهۡدِينِ

Dia (Musa) menjawab, “Sekali-kali tidak akan (tersusul); sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku.” (QS.Asy-Syu’ara:62)

Kepercayaan Musa bukan kepada dirinya walau beliau memiliki kelebihan yang tidak dimiliki siapapun kala itu. Namun beliau hanya percaya kepada Tuhannya yang mampu merubah segala sesuatu, bahkan tongkat kayunya bisa memberikan banyak mukjizat.

Lalu apa sebenarnya percaya diri itu?

Sebenarnya untuk mengetahui arti percaya diri yang sebenarnya, kita cukup berkaca pada Sabda Nabi saw :

اسْتَعِنْ بِاللّهِ وَلاَ تَعْجِزْ

“Mintalah pertolongan kepada Allah dan jangan pernah merasa lemah.”

Inilah arti percaya diri dalam pandangan Rasulullah saw. Sebuah pesan sempurna yang membangun kepercayaan diri pada umat manusia.

Tidak ada yang tidak mungkin bila engkau bersandar kepada Allah.

Tidak ada yang perlu ditakutkan ketika engkau selalu bersama Allah.

Dirimu memang penuh kelemahan tapi ketika engkau bersandar pada kekuatan Allah maka segala rintangan menjadi kecil.

Engkau memang tak mampu berbuat apa-apa namun dengan memohon kepada Allah maka sesulit apapun halangan yang menghadang akan menjadi mudah untuk dilewati.

Maka percaya diri tidak akan berarti bila engkau hanya mengandalkan dirimu, tapi percaya diri akan memberikan hasil yang sempurna ketika engkau hanya bersandar dan memohon kepada Tuhanmu baru kemudian berusaha dan melangkah.

Semoga bermanfaat.

Percaya Diri atau Percaya Allah?

KENAPA ORANG ISLAM DISUMPAH SERANAH BERKAITAN COVID-19 ?

1 VIRUS BARU1 WAJAH PAS SEBENAR.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3146168955427141&id=100001022016761
COVID-19: KENAPA ORANG ISLAM DISUMPAH SERANAH?

Ramai yang sukar memahami mengapa sesetengah orang bukan Islam sanggup menyumpah seranah orang Islam kerana didakwa menjadi penyebar Covid-19.

Memang satu fakta bahawa majoriti penghidap Covid-19 di negara ini datangnya daripada kluster tabligh yang menghadiri ijtima’ di Masjid Jamek Sri Petaling.

Bagaimanapun, jika ada yang perlu dipersalahkan maka kerajaan terdahululah yang perlu memikul bebannya kerana mereka yang meluluskan ijtima’ tersebut.

Begitupun, satu fakta yang tidak boleh dinafikan ialah, selain orang Islam, orang bukan Islam adalah antara yang terawal menghidap Covid-19, termasuklah:

(1) Pada 10 Mac 2020, the Church of Our Lady of Guadalupe (OLOG), Puchong, mengesahkan 3 ahli mereka menghidap Covid-19, rujukannya di sini: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2020/03/10/2-more-church-members-down-with-covid-19/

(2) Pada 17 Mac 2020, kematian pertama Covid-19 dicatatkan di negara ini dari the Emmanuel Baptist Church Kuching, rujukannya di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/17/pastor-from-sarawak-is-first-covid-19-fatality-in-malaysia

(3) Pada 20 Mac 2020, selain the Emmanuel Baptist Church Kuching, the Good News Fellowship Conference Church Kuching, begitu juga dengan majlis makan malam DAP di Kuching pada 7 Mac 2020 dan Josephian Day di SMK St Joseph, Kuching, pada 13 Mac 2020, turut dikenalpasti sebagai penyebar Covid-19, rujukannya di sini: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/03/20/sarawak-identifies-four-possible-covid-19-clusters/1848412 dan di sini: https://www.theborneopost.com/2020/03/27/covid-19-positive-cases-up-by-15-in-sarawak-total-stands-at-110/

(4) Pada 21 Mac 2020, the Damansara Utama Methodist Church (DUMC), Petaling Jaya, mengesahkan 3 ahli mereka menghidap Covid-19, rujukannya di sini: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/03/21/three-pjchurch-members-test-positive-for-covid-19

Soalnya ialah kenapa kes-kes Covid-19 yang membabitkan orang Islam sahaja yang ditonjolkan sedangkan kes-kes Covid-19 yang membabitkan orang bukan Islam disenyapkan?

Dan mengapakah wabak Covid-19 pun mahu dijadikan sebagai isu keagamaan?

TSMY Jadi Perdana Menteri dalam keadaan paling tidak menguntungkan

KREDIT MEJAR (B) HJ. MIOR ROSLI

TSMY naik menjadi Perdana Menteri dalam keadaan yang paling tidak menguntungkan. Beliau didatangkan ujian secara serentak. Ketidakstabilan politik, keadaan ekonomi yang teruk dan terkini ancaman kesihatan dunia.

Saya bukan mahu bercerita politik. Tapi kalau korang sedar, popularity PM kita semakin menaik. Tahap likeability beliau meningkat ketika terpaksa berhadapan dengan Covid-19.

Perkara ini tidak mungkin berlalu unnoticed. Semua orang perasan. Apa yang TSMY buat memang timely kena pada masa dan ketikanya.

1. Press conference tersusun dan dikawal

Kalau tengok, hampir setiap hari ada press conference. Seperti susunan orkestra, diaturkan begitu baik sekali. Kalau bukan PM yang berucap, ada Menteri Kanan. Di penghujung petang akan ada laporan dari Kementerian Kesihatan.

Kelihatan teratur, ada orang bekerja di belakang tabir, dan rakyat diberi maklum perkembangan semasa. Nampak seperti jentera kerajaan bekerja.

2. Ucapan kena pada masa

Ini saya rasa bila orang mula cair dengan watak TSMY. Mula-mula beliau merayu supaya kita semua duduk rumah, macam bapa bagi pesanan pada anaknya.

Kemudian beliau baca doa pula. Tahniah kepada penyedia teks ucapan PM. Ia memang menyenangkan hati yang mendengar.

3. Memotong gaji Menteri

Potong gaji menteri dan timbalan ini memang sudah jadi idaman rakyat. Lebih lagi kalau yang tidak perform, terasa menghabiskan sumber negara.

Sedikit sebanyak, potong gaji ini dilihat dapat membantu negara menyelamatkan ekonomi. Orang makin suka.

4. Beri penyelesaian terus

Pendekatan TSMY mudah sahaja. Selesaikan masalah harian rakyat. Tidak perlu cerita polisi dan aturan yang rumit atau perlu kemahiran berfikir aras tinggi. Straight-forward.

Apa yang menekan rakyat seperti tiada gaji, sesak bayar bil dan loan dan masih rasa mudah berbelanja. Itu yang diberi perhatian.

Dan sejak pengumuman pakej ransangan ekonomi semalam, hanya beberapa suara kritis yang kelihatan di Whatsapp atau media sosial.
Feeling good.

5. Figura bapa-bapa

TSMY sangatlah sesuai cara bapa bercakap dengan anak, atau atuk bercakap dengan cucu. Lebih banyak mendengar, faham dan respon ditutur satu-satu.

Cara bercakap selalu gunakan bahasa mudah, semua lapisan masyarakat boleh faham. Straight tanpa belok-belok.

Cerita terselamat dari kanser pankreas hanya menambah keyakinan masyarakat terhadap keikhlasan seorang bapa, dan bukan agenda politik semata-mata.

Pesanan beliau, “Pastikan ada makanan diatas meja.untuk keluarga”. Sangatlah bapa-bapa.

6. Bahasa mudah

TSMY jarang didengar menggunakan bahasa atau perkataan bombastik. Bahasanya lateral, bahasa biasa. Contoh yang diberi seperti Makcik Kiah semalam trending meletup-letup.

Satu lagi bahasa yang digunakan down to earth. Merendah diri.

“Kami mungkin bukan kerajaan yang anda pilih, tetapi kami akan lakukan yang terbaik.”

“Saya terima hakikat yang saya datang sebagai Perdana Menteri bukan dalam masa yang terbaik.”

Ayat-ayat orang berjiwa besar, orang yang mengakui kelemahan dan kesilapan. Orang yang merendah diri tetapi berjanji akan berusaha dengan perbaiki diri.

Musuh politik pun tiada point untuk membantai. Kerana Covid19 ini isu baru yang tidak pernah ditangani sebelum ini. Berbeza.

Pembangkang ketandusan cara. Bila PM kelihatan seperti menyebelahi rakyat, habis semua cybertrooper pula yang terkena Tiada isu yang recycle seperti kasut sekolah, wang sara diri dan bantuan kerajaan seperti kerajaan terdahulu.

Mood rakyat cool sahaja ketika ini. Ini adalah faktor kenapa orang rasa tenang. Daya lembut dan memujuk memang buat orang rasa senang.

Apapun, perjalanan politik sebenar belum bermula. Terlalu awal untuk nilaikan pretasi sebenar. Tetapi Covid-19 cabaran pertama menguji kebijaksanaan politik Perdana Menteri Malaysia dan aku rasa beliau lulus with flying colors.

Jom kita sama-sama doakan supaya pemimpin kita diberi hidayah dan petunjuk dalam mengemudi perjalanan pembangunan negara.

Amin Ya Rabbal Alamin..

PARTI AMANAH NEGARA DIPENGARUHI FREEMASON

1 SURAT HADI1 HADI MUNAFIK

PARTI AMANAH NEGARA DIPENGARUHI FREEMASON (SIRI 1)
Pendahuluan

Pendedahan oleh beberapa pimpinan pertengahan Parti Amanah Negara (AMANAH) tentang surat yang dikatakan ditulis oleh Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang kepada pimpinan-pimpinan Gerakan Islam, sebenarnya telah membuka pekung AMANAH yang selama ini tidak diketahui. Selama ini AMANAH hanya dikenali sebagai sebuah parti serpihan Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang ingin mencapai cita-cita biasa sebagai sebuah parti politik. Bagaimanapun, hakikat sebenarnya tidak disedari termasuk oleh para pendukung AMANAH sendiri, bahawa AMANAH dipengaruhi oleh Freemason.

Gejala-gejala Freemason pada AMANAH

Sebelum melihat lebih jauh bagaimana AMANAH dipengaruhi oleh Freemason seterusnya melaksanakan agenda pertubuhan rahsia itu di negara ini, harus dilihat terlebih dahulu gejala-gejala (symptom) yang ada pada AMANAH, yang menepati ciri-ciri agenda FREEMASON. Sememangnya tidak adil untuk membuat sesuatu pertuduhan kepada AMANAH sekiranya tidak dibuktikan bahawa parti itu mempunyai ciri-ciri FREEMASON. Ciri-ciri FREEMASON yang dipaparkan ini adalah bersumberkan daripada sumber primer FREEMASON yang berautoriti dan sumber sekunder dari para pengkaji. Berikut adalah antara sumber-sumbernya:

a. Website Freemason https://www.universalfreemasonry.org/

b. Website Freemason Washington https://www.universalfreemasonry.org/

c. Website Encyclopaedia Britannica https://www.britannica.com/topic/order-of-Freemasons

d. Buku “The Character, Claims and Practical Workings of Freemasonry” oleh C. G. Finney

e. Buku “Character Count” oleh M. G. Maness

f. Buku “A Library of Freemasonry” oleh J. C. Yorston

Berdasarkan kepada sumber-sumber di atas dan sumber-sumber lain yang begitu pelbagai, yang tidak dapat dipaparkan dalam ruang terbatas ini, dapat di perhatikan beberapa ciri-ciri utama Freemason yang terdapat pada AMANAH.

a. Membawa Pemikiran yang Menyimpang dari Islam

Antara ciri-ciri Freemason seperti yang disebut dalam Encyclopaedia Britannica ialah “Freemasonry has, almost from its inception, encountered considerable opposition from organized religion, especially from the Roman Catholic Church, and from various states”. Maksudnya, pemikiran yang dibawa oleh Freemason menyanggah autoriti sesebuah agama sehingga sentiasa mendapat tentangan dari pihak agama tersebut. Dalam Encyclopaedia Britannica ini disebut secara khusus bertentangan dengan pihak berkuasa Roman Catholic.

Sebenarnya, bukan hanya Islam yang berhadapan dengan penyimpangan pemikiran Freemason ini, tetapi agama-agama lain termasuk Yahudi dan Kristian. Kelahiran fraksi-fraksi baru dari Yahudi seperti Zionisme dan fraksi-fraksi baru dari Kristian seperti Evangalisme dipercayai berpunca dari agend Freemason. Di dalam Islam begitu ramai ilmuwan Islam yang telah mengkaji tentang Freemason seperti Abdurrahman Umairah, Sabir Ta’imah, Muhammad Safwah al-Saqa’amini, Muhammad Ali Jarishah dan lain-lain.

Kesimpulan yang boleh dibuat daripada kajian para ilmuwan tersebut, menjelaskan bahawa Freemason menyanggahi pemikiran aliran perdana Islam. Menurut Ali Jarishah dalam bukunya al-Ittijahat al-Fikriyah al-Mu`asirah, Freemason berusaha untuk melenyapkan semua agama berkaitan langit termasuk Islam dan Kristian. Salah satu pendekatan yang dilakukan Freemason ialah merungkai ajaran-ajaran teras Islam (Deconstructionism) dengan cara yang sangat halus menggunakan hujah-hujah yang dilihat Islamik, sehingga memperdaya golongan yang tidak berilmu.

Seperti yang dimaklumi AMANAH adalah serpihan dari PAS dan antara pendukung AMANAH ialah sebuah pertubuhan dakwah, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), yang merupakan serpihan dari Ikhwan al-Muslimin, iaitu fraksi global pertubuhan yang berasal dari Mesir itu. Sejak lebih sedekad yang lalu, secara jelas boleh dilihat pemikiran yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin AMANAH (termasuk semasa mereka berada dalam PAS) dan IKRAM banyak bercanggah dengan ajaran-ajaran teras dalam Islam termasuk yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa agama.

Sebagai contoh, ketika Mufti Selangor mewarwarkan fatwa tentang pengharaman Pertubuhan Sister in Islam (SiS), antara golongan yang menyanggah keputusan tersebut ialah pimpinan-pimpinan AMANAH yang ketika itu berada di dalam PAS. Demikian juga, ajaran-ajaran teras Islam yang berkaitan dengan kewajiban mencegah kemungkaran, pemimpin-pemimpin AMANAH antara yang mengambil sikap bertentangan dengannya. Sewaktu AMANAH diberi tanggungjawab sebagai Menteri (Agama), agensi berkaitan mencegah kemungkaran telah ‘dilumpuhkan’.

Agenda menyanggah ajaran-ajaran teras Islam ini bermula dengan Deconstructionism, iaitu merungkaikan kerangka ilmu Islam (Epistemologi) dengan mengenepikan manhaj yang sedia ada dalam ilmu-ilmu Islam. Ia disusuli dengan merombak semula sistem nilai yang ada pada Islam sehingga perkara haram (dosa) dianggap normal dan perkara wajib dianggap tidak utama atau remeh. Selain daripada itu, dilakukan agenda meragukan umat Islam dengan cara hidup Islam. Kemuncaknya ialah dengan menyamaratakan pegangan akidah Islam dengan kepercayaan-kepercayaan lain.

Jika dilihat kepada contoh agenda-agenda di atas, dapat dilihat AMANAH terpalit dalam menjayakan agenda-agenda tersebut. Bagaimanapun, pendekatan yang digunakan mereka tidak seperti pendekatan golongan sekular yang menyanggahi ajaran-ajaran teras agama secara rasionalisme. AMANAH sebaliknya menggunakan laras bahasa yang kelihatan agamawan sebagaimana juga Freemason yang menampilkan pertubuhan mereka sebagai turut mendukung agama, sehingga ramai juga tokoh-tokoh Islam yang terpalit tanpa disedari.

Bersambung…

Dr ismadi Abd Samad

Bantuan Prihatin Nasional Yang Diluluskan Secara Automatik Tanpa Permohonan, Terbuka Kepada Kesilapan Sistem Yang Serious

 

1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI1 JANGAN BILA PENGKHIANT

1 BRN GILA.

 

Kenyataan Media
Hjh Fuziah Salleh
Ahli Parlimen Kuantan
8hb April 2020

Bantuan Prihatin Nasional Yang Diluluskan Secara Automatik Tanpa Permohonan, Terbuka Kepada Kesilapan Sistem Yang Serious

Selepas tular berita berkenaan Ahli Parlimen, Menteri, Isteri Mantan Perdana Menteri, serta Mantan Timbalan Menteri yang telah menerima kelulusan BPN, maka saya terpanggil untuk membuat semakan diatas talian untuk diri sendiri.

Dapatan saya sungguh mengejutkan kerana saya juga didapati lulus untuk menerima bantuan tersebut.

Ingin saya jelaskan bahawa saya bukan penerima BSH dan juga saya tidak pernah memohon untuk BPN.

Maka persoalan yang timbul, bagaimana boleh di luluskan dalam sistem sedangkan saya yakin kami semua tidak layak menerima BPN.

Kesilapan ini mungkin melibatkan lebih ramai individu lain juga.
Memandangkan bayaran akan di buat secara terus, saya khuatir, ramai yang tidak menyemak dan tersalah terima.

Sumber negara harus di gunakan sebaik mungkin dalam keadaan kita memerangi Covid-19 dan kita sebagai negara tidak mampu untuk membuat kesilapan begini.

Sekian
Hjh Fuziah Salleh

SYIAH memang ajar penganutnya Walak pada #PEMBOHONGAN Ayatullah Hadi.

1 PAS MABUK ARAK1 BOHONG HADI TERBARU
SYIAH memang ajar penganutnya Walak pada #PEMBOHONGAN Ayatullah

Menjawab #ketaksuban melampau pengikut Tok Guru.

p/s –
Agak panjang, tapi bacalah sampai habis, baru antum faham perangai pentaksub & idolanya.

Salah satu pegangan utama ajaran Syiah dalam strategy melebarkan pengaruh adalah mengharuskan pembohongan atau penyamaran, yg disebut “taqiyyah” ( التقية ) pada penganutnya. Bagi mereka, demi maslahah perjuangan yg dianuti, taqiyyah merupakan kewajipan penganut demi melebarkan pengaruh serata dunia.

Ini yg saya diajar oleh Tok Guru itu. Pernah satu ketika sekitar tahun 1995 Tok Guru itu mengambil keputusan memecat 7 orang sahabat saya daripada party lama itu, kerana dikaitkan dengan amalan Syiah di atas.

Bagi keempat mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah pula, konsep taqiyyah itu adalah ‘haram’ selamanya, kecuali dalam situasi peperangan untuk menyelamatkan nyawa.

Kedua

Selang beberapa jam sahaja selepas Raja Petra muat naik website dan social media dengan tajuk “Pengarah YADIM kata Tok Guru celaka”, ratusan (kalau tak ribuan) individu tak dikenali, menyerang saya di FB dan WhatsApp tanpa henti. Ia memaksa saya membuat #OFF kan comment, selain comment daripada ‘friends’ sahaja. Inilah kali pertama dalam 12 tahun saya menggunakan feature di FB itu. Sebaik di #OFF kan, serangan marah kerana tak dibenarkan comment dihalakan pula kepada messenger FB pula.

Saya simpan semua ratusan koleksi comments majority nya oleh pantaksub Pas & dan pengikut Najib sebagai bahan analisa satu masa kelak. Menarik jika dibuat kajian pemikiran dan pattern kefahaman dikalangan penyokong Umno/Pas dalam kerajaan hari ini. Tak sangka rupanya cybertrooper RPK yg mencari suaka di UK itu mendapat perhatian dan peminat tertinggi oleh Pas/Umno dalam isu fitnah politik yg berlaku hari ini.

Daripada poster disitulah terdapat beberapa Pemuda Pas Selangor yg membuat pula poster mengajak sahabat party itu berdoa laknat atas saya, sehingga ratusan mesej diterima dengan bahasa yg cukup nista dan penuh maki-cela yg tidak dapat digambarkan.

[ Saya ajak kita semua – bersama doakan sahabat saya ustaz yg menyebarkan poster #fitnah dan mengajak doa kecelakaan ke atas saya itu, diberikan kesembuhan kerana beliau baru dibawa ke hospital kerana disahkan postif Covid-19, kelmarin. ]

Saya duduk memikirkan betapa parahnya fikrah yg sedang dilalui oleh kumpulan pentaksub politik di luar saya yg cukup mudah dibangkitkan emosi mereka apabila ianya berkait fitnah pada susuk Tok Guru mereka itu. Bagi saya, virus fitnah & emosi yg meracau ini adalah wabak yg kita tidak sedari semakin parah tular dalam mesyarakat kebelakangan ini.

Untuk mengesahkan dakwaan ini, saya bawakan DUA KISAH untuk kita hayati akan betapa virus tu telah pun menjadi apedemik yg perlu segera dirawat.

Untuk rekod,
Sejak 2008 saya mula menulis & bercakap tajuk (1) indoktrinasi & ta’asub pada gerakan Islam (2) pengkhianatan janji/syura, dalam pelbagi forum dalaman party dan students, khasnya untuk mengajak mereka berfikiran terbuka serta faham perjuangan politk dakwah tersebut;

KISAH PERTAMA (2013)

1. Sebaik pulang selepas hampir 4 tahun bermusafir luar Negara, saya membuat kunjungan bekas pimpinan lama yg diabaikan, yg mana saya menjadi semakin rapat dengan beliau melalui pertemuan online (facebook) sejak tahun 2010, apabila saya kerap bercakap pasal dua tajuk di atas. Pak Daeng, bekas pensyarah, bekas Ahli Parlimen yg juga bekas pimpinan utama party itu di zaman alMarhum Ustaz Fadzil Noor dahulu. Hampir 10 kali selepas itu saya terus menziarahi beliau yg uzur di bungalow Bangi itu dalam tempoh 2 tahun berikutnya.

2. Saya ingin mengambil beberapa ketetapan pandangan Pak Daeng ketika siri-siri awal kami berusrah bersama beberapa lagi sahabat.

3. Kata Pak Daeng – Ya akhie, antum kena bersedia untuk berani lakukan pertukaran “Ustaz Hadi” Presiden party itu dengan ustaz lain. Saya tanyalah kenapa sampai begitu sekali, walaupun saya tahu Pak Daeng berasa sangat marah pada Tok Guru sebaik peristiwa kekalahan PKR di Kota Damansara pada PRU13, disebabkan pertandingan 3 penjuru atas arahan Tok Guru itu.

4. Jawapannya. Ya akhie, ana ni belajar PhD, dan kajian thesis ana adalah tentang “wilayah faqeh” ( ولاية فقية ) (Kepimpinan Ulamak) yg Syiah amalkan, sampai ana pernah rasakan tak ada orang lain yg lebih faham Syiah di Malaysia ini selain ana pada masa dulu.

5. Sebab itu ana sangat takut ya akhie, tindakan Ustaz Hadi khianati perjanjian Pakatan Rakyat di Kota Damansara itu, dan disokong pula oleh Dewan Ulamak dan Dewan Pemuda membawa kepada bibit kerosakan pada Pas sebenarnya.

6. Saya tanyakan – Kenapa Pak Daeng fikir sampai begitu?

7. Jawab Pak Daeng – sebabnya ya akhie, ana tengok dalam isu Kota Damansara itu contohnya, sebaik sahaja Khalid Samad tegur Ustaz Hadi kerana khianati perjanjian agihan kerusi PR tersebut, Khalid pula yg dicaci-hina, dicela oleh Dewan Ulamak dan Pemuda atas alasan Khalid tak hormati Tok Guru sebagai Presiden & ulamak.

8. Sedangkan teguran yg dibuat oleh Khalid itu adalah perkara asas, ie. kewajipan berpegang janji dan jangan khianat. Tapi bagi Ustaz Hadi dia merasakan tak salah untuk lakukan khianat itu kerana seolahnya bagi dia bohong dalam politik itu bukan satu dosa. Bahkan pendirian itu disokong pula oleh ulamak party, walau natijah sangat jelas daripada pengkhianatan Kota Damansara itu adalah PR hilang satu kerusi kepada Umno. Dan punca tidak lain kerana ketua sebuah party Islam yg lakukan veto atas alasan dia punyai kuasa sebagai ketua pada party Islam itu.

9. Saya tanya Pak Daeng – Habis kenapa sampai kena tukar Tok Guru itu?

10. Jawab Pak Daeng – Ustaz Hadi itu wajib ditukar kalau antum masih mahu selamatkan Pas dan mahu Pas terus bersama PR. Ana yakin, kalau antum tak tukarkan Ustaz Hadi pada muktamar ini (2013) atau akan datang (2015), dan biarkan Ustaz Hadi terus kekal sebagai Presiden, pasti Pas akan pecah daripada PR kelak. Sebabnya kata Pak Daeng, ana dah kenali Ustaz Hadi itu sejak “fenomena Haji Hadi” awal 1980an lagi, dan selepas itu bersama Ustaz Hadi ketika kepimpinan Ustaz Fadzil. Dia bukanlah seorang yg boleh bekerja dengan kumpulan yg selain Pas!

11. Dan hakikatnya “fenomena Haji Hadi” itu jadi lebih parah kebelakangan ini bila berduyun adik-adik ana yg belajar di Mesir mula pulang ke Malaysia. Dan mereka terus terlibat dengan party politik dengan fikrah yg tertutup dan tak progressif. Ini kerana kata Pak Daeng, cara didikan kami di Mesir dahulu dibuat tanpa pendedahan politik & pengurusan dan berbeza dengan negara lain yg lebih terbuka. Tetapi mereka itulah yg dipanggil ustaz atau digelar ulamak dan terus mengajar dan menggerakkan party & Dewan Ulamak, Dewan Pemuda di Malaysia dengan cara tertutup juga. Mereka itulah yg menjadi menjadi pemimpin party hari ini tanpa fikiran kritikal.

12. Pegangan ramai ustaz Mesir itulah mengembangkan fenomena taat & walak secara melampau ke dalam party untuk hanya jadi pengikut tanpa dibenarkan bersuara atau menegur apa juga kesilapan yg dilakukan oleh ketua, termasuklah Ustaz Hadi masa itu.

13. Hinggalah akhirnya Ustaz Hadi diangkat seolahnya menjadi seperti Ayatullah Syiah yg wajib ditaati secara total oleh ahli dan pengikut. Dan apa jua tindakan berhujjah atau menegur Haji Hadi itu adalah dianggap berlawanan dengan konsep jemaah Islam, dan dikira derhaka.

14. Itu tak boleh ya akhie. Party politk kena dibersihkan daripada anasir Syiah itu. Ana takut kajian PhD ana tentang Syiah itu akhirnya jatuh pada pada party ana sendiri. Sama seperti yg sudah berlaku pada Arqam apabila Ketua Lajnah Tabiyyah party sendiri bertindak keluar bersama pengikut yg ramai hingga dilantik menjadi Abuya yg diagungkan. Mereka itu samalah seperti Syiah sebenarnya.

15. Ana takut kalau antum (5 orang kami depan itu) tak tukarkan Ustaz Hadi dalam muktamar akan datang (2013) atau 2015, Pas akan terkeluar daripada PR kelak sebab kejadian Kota Damansara itu jelas menunjukkan pemimpin party sudah menganggap apa jua keputusan oleh Ustaz Hadi itu seolah maksum, tepat dan wajib ditaati semuanya walaupun ianya perbuatan khianat.

16. Saya tanya – Habis kalau itu yg berlaku, siapa yg patut kita naikkan untuk gantikan Tok Guru itu?

17. Jawab Pak Daeng – bagi ana seorang sahaja yg nampak paling sesuai pada masa ini untuk diangkat sbg Presiden party, iaitu *** sahaja. Sebab dia dah dilatih sebagai ulamak sejak kecil, dan punyai pendedahan ilmu politik dan ilmu pengurusan yg kuat.

18. Kata Pak Daeng lagi, ya akhie, kalau enta berhubung dengan *** enta kirim salam pada dia, dan enta beritahu Pak Daeng ajak dia ke rumah. Sebulan selepas itu, saya berjaya yakinkan *** untuk luangkan masa dan menemani ** beliau menziarahi Pak Daeng untuk makan tengahari dan menyaksikan mereka berbual mesra dalam Arab berkaitan kisah-kisah semasa.

19. Manis pengalaman itu. Saya simpan gambar-gambar pertemuan itu sebagai kenangan.

[ Cuma demi berlaku adil – Pak Daeng menukar pandangan itu selepas 2 tahun dan kemudiannya dilantik memegang jawatan penting party. Saya bertermu awal 2015, beliau maklumkan ada AJK Pusat party itu & seorang menantu Tok Guru datang menyatakan *** adalah tak layak jadi Presiden. Bagi saya, it’s ok, ijtihad boleh berubah barangkali. ]

KISAH KEDUA – kelmarin.

1. Dari ratusan mesej FB atau WhatsApp menyerang saya sebaik RPK membuat posting “Pengarah YADIM celakakan Tok Guru”, terdapat individu yg mengenali saya menalefon dan berbicara panjang (7-8 calls), dengan nada yg keras awalnya, tapi berakhir dgn baik.

2. Saya kongsikan satu pandangan AJK Dewan Ulamak Pusat, yg juga pimpinan utama Negeri yg menalefon dan terus menyatakan “ana nak pesan pada enta adinda Sayuti, walau enta tak setuju sekalipun pada Tok Guru, janganlah sesekali enta berkata Tok Guru itu berbohong, apatah lagi melakukan khianat, sekali pun ianya benar pada pandangan enta”. Itu sahaja disampaikannya.

3. Saya bertanya – kenapa pula sampai begitu? Apabila dah jelas sesuatu yg dilakukan itu pada nyata pembohongan pada ucapan atau perbuatan, kenapa salah untuk kami ahli politik yg berbeza party mendedahkan pembohongan atau pengkhianatan yg terbuka itu?

4. Jawabnya – enta tak tahu Sayuti, ana sangat rapat dan kerap berdampingan dengan Tok Guru dan ana tahu betapa waraknya & cermatnya Tok Guru dan beliau tak akan sesekali lakukan dosa-dosa yg enta katakan itu. Ana yakin setiap apa yg Tok Guru lakukan itu dibuat dengan petunjuk dari Allah. Bahkan ilmu Tok Guru itu adalah amat jauh tinggi daripada kita di bawah sini yg tidak nampak apa yg Tok Guru nampak di atas sana. Maka siapalah kita nak katakan seorang ulamak itu sebagai pembohong, apatah lagi khianat?

5. Saya katakan lagi – habis kalau Tok Guru itu dah jelas berbohong tapi saya tak dibenarkan kata bohong dan dedahkan tindakan Tok Guru itu, apa pula kalimah yg boleh saya gunakan? Sedangkan dalam Islam pembohongan (kaziba atau buhtan), dan juga khianat adalah DUA dosa yg Rasulullah haramkan langsung dilakukan oleh orang beriman dalam apa jua strategy politik sekalipun. Pembohongan yg diharuskan pun hanya dalam situasi menyelamatkan nyawa dalam peperangan sahaja, bukan pembohongan politik!

6. Jawab Ustaz itu – itulah yg enta tak belajar Sayuti, dalam Islam ada khid’ah ( خدعة ) (tipudaya) peperangan, dan apa yg Tok Guru lakukan itu bukannya pembohongan atau khianat. Tapi itulah yg dinamanakan at-tauriyyah ( التورية ).

7. Saya tegur Ustaz AJK Dewan Ulamak itu, eh Ustaz, at-tauriyyah itu maknanya sesuatu perkataan atau perbuatan kita yg kita sampaikan sengaja diolah untuk difahami dengan maksud yg berbeza oleh penerima. Atau disebut perbuatan atau perkataan yg punyai dua atau lebih makna.

8. Contoh at-tauriyyah yg berlaku di zaman Rasulullah adalah ketika seorang Badwi menahan Saidina Abu Bakar bersama Rasululah ketika melarikan diri daripada kafir Quraisy yg mengepung Kota Makkah ketika peristiwa Hijrah. Penduduk Makkah dijanjikan habuan sangat besar jika boleh membawa Rasulullah dalam keadaan hidup atau mati. Maka tatkala ditanya oleh Badwi itu siapa yg bersama kamu, lantas Abu Bakar menjawab itu adalah “penunjuk yg menunjuk jalan buat aku” (هَادٍ يَهْدِيْنِي السَّبِيْلَ). Lantas Abu Bakar & Rasulullah keduanya dilepaskan kerana Badwi yg tidak mengenali Rasulullah itu berfahaman Baginda itu adalah petugas yg diupah yg menunjukkan laluan di padang pasir tersebut kepada Abu Bakar. Itulah at-tauriyyah wahai Ustaz!

9. Saya jawab, saya tak nampak langsung bahawa mana-mana kesalahan Tok Guru itu boleh untuk kita nisbahkannya kepada at-tauriyyah. Tak kena langsung analogy nya!

10. Saya berikan pada ustaz itu beberapa contoh pembohongan Tok Guru dalam pendedahan yg lepas, termasuklah – (1)Tok Guru menuduh Anwar suka kacau bini orang, (2)Anwar suka lelaki muda yg cantik, (3)Anwar akan buka Pengkalan Tentera Amerika di Sabah jika menjadi Perdana Menteri, dan juga tuduhan Tok Guru bahawa (4)Amanah ditubuhkan oleh Anwar & DAP (tahun 2015 Anwar masih dalam penjara), dan satu lagi (5)Amanah dibiayai sebanyak RM1 juta oleh DAP masa awal penubuhannya. Saya kata pada ustaz itu, kesemuanya contoh yg saya berikan itu tiada satupun yg punyai “dua makna”. Melainkan kesemuanya adalah jelas satu pembohongan (buhtan)( بهتان ) atau fitnah yg jahat & nyata.

11. Maka jawablah ustaz AJK Ulamak itu – tak apalah enta nak kata apa pun pada fahaman enta. Tapi enta janganlah guna perkataan bohong atau khianat pada Tok Guru itu. Enta letakkan sedikit rasa “husnul dzan” ( حسن الظن ) dan tsiqah ( الثقة ) pada Tok Guru yg pernah mendidik enta itu, sekalipun dia bukan lagi Presiden party enta!

12. Atau setidaknya, sebelum enta nak kata Tok Guru itu pembohong atau pengkhianat, letakkanlah dahulu diri enta sebagai seorang anak pada Tok Guru, bahawa seorang ayah yg sayangkan Islam tak akan sesekali berbohong untuk masa depan anak-anak dia, terutama dalam perkara melibatkan agama.

13. Saya langsung tidak mendapat kefahaman dari apa yg disampaikan ustaz itu. Sebelum perbincaangn tamat, saya jawab – ustaz bayangkan begini, kami ini dilatih sejak sekian lama antaranya oleh Tok Guru untuk berkata benar dan berani menegur apa jua kesalahan atau maksiat yg dilakukan oleh ketua. Dan kami jadikan prinsip itu sebagai pendirian sejak sekian dalam dalam party lama lagi dan sekarang.

14. Tapi hari ini bila kami dah keluar party lama, dan tubuhkan party baru Amanah, ustaz nak arah kami pula untuk bersangka baik & nak tsiqah/yakin pada kesalahan Tok Guru itu, dan tak benarkan berkata beliau berbohong atau khianat pada sesuatu yg begitu jelas sudah dilakukannya yg merugian Islam? Ajaran apa ustaz ajar ni?

15. Hakikatnya kalaulah saya ini masih tsiqah atau masih bersangka baik pada keputusan politik Tok Guru itu, maka sudah pasti kami tak payah bersusah-payah berijtihad & berkorban meninggalkan party lama sejak 4 tahun lalu, masuk Amanah party kecil dan miskin ini.

16. Maka dalam situasi berbeza party inilah kami akan kena terus menerang, menyerang, dan mendedahkan setiap pembohongan atau pengkhianatan Tok Guru dan mengambil keuntungan politik atas pendedahan tersebut.

17. Hakikatnya juga, walau kami masih boleh hormati kefaqehan ilmu agama yg Tok Guru itu miliki, tetapi kami tak akan sesekali redha pada maksiat atau dosa yg Tok Guru lakukan melalui pembohongan atau khianat politik yg Tok Guru itu lakukan.

18. Perbincangan selanjutnya berjalan dengan tidak teratur dan menjadi agak tegang. Walau persoalan (1)at-tauriyyah, (2)husnul dzan, dan (3)tsiqah (4)taat & walak itu saya dah jawab dgn sempurna, tapi saya rasa ia masih tidak menoktahkan sebarang kesimpulan yg berjaya diterima oleh ustaz itu, selain cuba memberikan kefahaman yg jelas songsangnya.

Ikhwah yg dirahmati Allah.

Itu baru satu contoh panggilan telefon yg saya terima yg seseorang yg rapat dengan saya, cerdik, terkenal kepetahan di party sana.

Oleh itu saya gabungkan Kisah Pertama 7 tahun lalu itu, dan Kisah Kedua yg berlaku beberapa hari ini.

Saya berpendirian,
Disitulah titik pertemuan untuk kita kenali akan betapa rosaknya fikrah (haddamatul fikriyyah) pada party berlabel Islam itu apabila kedua elemen ‘asobiyyah (ta’asub pertahankan kesalahan ketua) dan elemen pemujaan ketua digabung untuk mewujudkan kebangkitan pengikut yg melampau dan tak berasa takut melakukan pelbagai dosa pembohongan & khianat atas nama party politik.

Saya bersetuju dengan kerisauan diutarakan Pak Daeng itu, kerana Pak Daeng amat takutkan party itu menajdi seperti Syiah atau Arqam jika Tok Guru terus memimpinnya.

Kerana bagi saya penularan wabak ketaksuban buta sehingga mereka sanggup melakukan apa sahaja demi “mentaqdiskan” (mensucikan) Tok Guru atau ulamak mereka dari dosa yg sengaja dilakukan oleh ketua itu sudah berada diambang kesesatan sebenarnya!

Maka atas gabungan kedua kisah di atas, saya lihat party itu sedang menuju ke arah indoktrinasi Syiah yg ditanam ke dalam pemimpin dan pengikutnya tanpa mereka sedari.

Contohnya, kenyataan media Tok Guru itu baru ini berbohong (mengambil contoh pembohongan Nik Abduh) itu adalah wajib dilakukan, adalah sama denga pegangan Syiah ketika cuba melepaskan diri dari kesalahan politik mereka atas alasan taqiyyah.

Kesimpulan.

Benarkanlah kami daripada party berbeza ini untuk terus menegur atau mendedahkan apa jua pembohongan atau pengkhianatan yg dilakukan oleh ‘musuh politik’ ini. Dan jika tak setuju dengan pendedahan kami itu, maka datangkanlah hujjah itu dengan baik tanpa mudah melacurkan prinsip-prinsip agama yg mulia ini.

قُلْ هَاتُوا بُرْهَانكُمْ إنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ…

Dan jangan sesekali berfikir kamu boleh memaksa kami menelan pil tsiqah & walak ciptaan kamu itu pada kami yg sudah membebaskan diri kami dari party kalian.

wallahu’alam

Ahmad Sayuti Bashiron
Shah Alam | 7 April 2020

Negara yang hebat tidak lagi mampu menghadapi tentera Allah Covid-19.

Sila lihat outbreak Covid satu dunia ni, aku bersyukur sangat aku di Malaysia 🇲🇾.

1) USA 🇺🇸 yang konon superpower pun koyak healthcare dia. 300k kes. Tak MUSTAHIL capai 1mil.

2) Eropah 🇪🇺 baru sedar kemampuan sebenar diaorang handle krisis, walaupun ramai pakar segala bidang di sana tetap koyak bila ribuan mati setiap hari. Boleh kata lepas ni silap2 diaorang lagi teruk dari Asia nak bangun balik.

3) India 🇮🇳 memang dah jadi macam drama dah. Polis sebat, rotan, penampar, sepak semua orang yang keluar. Quarantine fasiliti dia???? Toilet awam kita lagi cantik 10x.

4) Indonesia 🇮🇩 tengah spike dengan highest death in Asean. Dah almost 200 death. Mostly doktor & nurse. Nurse sampai kena halau dari rumah sewa sebab takut bawa balik penyakit. Katanya by July akan sampai 100k kes. Sedihnya. Tengok video, dah ada yang pengsan di tepi jalan.

5) Philippines 🇵🇭 tengah start curve. Tak pasti sana macam mana. Tapi Presiden kata tembak 💥🔫 je siapa yang langgar arahan (curfew).

6) Jiran kita, Thailand 🇹🇭 terus lockdown lagi ketat dari kita. Kita ni boleh pegi Tesco mall etc lagi, masak menu feberet hari-hari.

7) Vietnam 🇻🇳 dengan segala kekurangan, pesakit kuarantin dalam pondok mengkuang, Allahu. Fasiliti di sana? Wallahualam.

Alhamdulillah sangat kita ni. Polis 👮🏻‍♂👮🏻‍♀ masih boleh bertolak ansur. Doktor 👨‍⚕& Nurse 👩‍⚕kita jaga, Hormat dan sanjung. NGO semua giat bagi makan jaga kawasan masing-masing. Kerajaan bagi itu ini. Jiran-jiran pun ambil berat masing-masing.

Recovery pesakit covid kita pun sangat baik. Alhamdulillah. Syukur.

Ada masa lagi PKP ni, cuba fikir macam mana kita nak menyumbang pada negara, umat, dan agama. Allah bagi kita peluang ni, jangan kita sombong. Bagaimana kita nak bangkit semula.

Ramadan dah dekat. Ramai yang tidak bekerja nanti. Tak boleh dah pikir periuk masing-masing. C&P.

TGNA MEMULIAKAN ISLAM, TGHH MEROSAKKAN AGAMA ISLAM.

Bila aku menulis pasal kereta Merc pagi tadi..Ada sahabat PAS cuba berhujjah.. Zaman TG Nik Aziz pun pakai Merc..yang MB semua Adun PAS dipotong 20% dari Elaun dia.. Dan dikembalikan kepada perbendaharaan Negeri..Kenyataan tu Memang betul tapi kurang tepat….

Bab Mercedes tu.. Masa tu ia adalah kurniaan Tuanku Sultan Kelantan.. Bukan atas kehendak Tok Guru seperti Nafsu lebai PAS kepada Merc yang bernilai RM 700 ribu..sebagaimana nafsu dan kehidupan peribadi mereka kepada unta merah seperti Audi ,vellfire, jaguar dan Range Rover..Jangan sorokkan fakta..

Soal Elaun yang dipotong..Ini jugak kurang tepat…betul Sejak zaman Tok Guru lagi.. Semua MB, Exco dan Adun PAS hatta Ahli majlis lantikan Politik elaun mereka dipotong 20%..Tapi bukan dikembalikan kepada perbendaharaan Negeri..tapi kepada Tabung parti dan Perhubungan negeri untuk kerja pusat Khidmat dan kebajikan…

yang potong 10% kepada kepada perbendaharaan Negara itu PM dan jemaaah menteri PH hari ini sejak hari pertama ambil alih pentadbiran Negara pada 10 mei 2018.. Soal Potong elaun mereka kepada parti bukan hanya PAS.. hatta Ahli parlimen dan pemimpin Amanah, PKR ,bersatu, DAP..hatta UMNO sendiri..itu perkara biasa.. bukan lah luar biasa sangat..

Tapi ramai yang tak tahu..Walaupun Adun dan MB Parti Lebai memotong 20%.. Tapi pemimpin PAS kelantan hari ini pandai buat magik dan silap mata.. Kenapa ?

Sebab selepas Almarhum TG Nik Aziz meninggal Dunia.. pada tahun 2015 mereka naik kan elaun Adun, Exco dan MB hampir 100% kenaikan dari RM 4600 kepada RM 8000.. MB dan EXCO dari RM 6 ribu elaun depa dinaikkan kepada RM 10 ribu.. Bayangkan, depa hanya bagi tahu lebai Potong 20% dari RM 4600.. kata depa berapa sangat yang tinggal..tapi sorokkan fakta elaun naik hampir 100% dari RM 4600 ekpada RM 800, MB dan Exco lebih lagi pada taun 2015.. . Itulah Bijaknya Lebai..

Lagi hebat masa depa naik kan Elaun tu..waktu rakyat Kelantan tengah ditimpa musibah banjir besar dalam sejarah pada tahun 2015… dalam Keadaan Rakyat tidak ada rumah.. tidur dalam Khemah.. tapi relax jer MB dan Lebai Tok Imam Akop naikkan elaun Adun dan Exco hampir 100%..

Bukan takat naikkan elaun..Sejak Perginya TG Nik Aziz…Depa relax gunakan hasil negeri melancong sana sini..ketika banjir ebsr MB dan jemaah Exco melancong ke Jordan,Mesir atas alasan membuat penerangan pasal RUU 355..tapi itu hanya dalil PAS..hakikatnya RUU 355 entah kemana..

Kalau takat rombongan satu dua BAS ke Krabi itu apalah sangat… berbanding percutian berjemaah ke Norway baru baru ini.. tengok lah hari ini,Kelantan dan standing Norway.. Untung jadi Lebai.. buat lah apa pun..ada saja dalil.. 🙂

Ipohmali

Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin kerana berani berkata benar tanpa rasa takut.

Salute you Tan Sri.

Artikel yg sgt baik dan ditunggu2 dari org UMNO dan bekas2 UMNO sendiri. Tahniah Tan Sri Megat Najmuddin krn berani berkata benar tanpa rasa takut. Semoga tulisan Tan Sri ini dapat membuka mata 53% Melayu yg masih gemar diperbodohkn dan ditipu oleh pemimpin2 korup UMNO trmsk prof2 Melayu yang kureng cerdik di universiti. Yang paling malang adalah PAS yg snggup bkerjasama dgn perosak bangsa.

Hanya sekadar perkongsian…

Tan Sri Dato’ Megat Najmuddin Megat Khas: Sesekali kena dgr jugak dr pihak PH…

SIAPA PENGKHIANAT

Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959.

Hanya dibawah UMNO, Melayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.
Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.
Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu.
Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan.

Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri.
Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNObyang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang .
Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO.

Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP?
Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.
Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?
Kenapa salahkan DAP yang mengambil kuasa dari GERAKAN ?
Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .
Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.
Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.
Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.
MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP.

Dalam Perlembagaan, semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar.

Kenapa DAP musuh kita?

Jelasnya inilah manipulasi UMNO.

Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an.

Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO.
Namun UMNO masih mahu terus berkuasa.

Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut-nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam di negara tercinta.

Dalilnya yang wujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu.
Maka dicipta ancaman komunis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu .
Cina sebagai sinonim Komunis.
Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankan ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN.

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.
Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO.
Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu di dalam kerajaan Perikatan.

Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggungjawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selrpas tahun 1969.

Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari.
Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English Collage High School Muar,
Kluang.

Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.
Sesungguhnya 1957 – 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka.
YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabuk, suka berjudi dan berfoya-foya.

Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikkan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hirarki lapisan masyarakat tempatan.
Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak di mess tentera, PDRM hatta harga beer di kem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola.
Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an.

Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat di negara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin, Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn, dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

Apakah semua ini angkara DAP ?

Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa.
Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

Ya Melayu perlu dikuasai pemikirannya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN.

Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina.

Masalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.
Oleh itu ancaman komunis tidak lagi wujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

Maka bermulalah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO ke atas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu.

Kebangkitan Cina di bumi Melayu adalah merupakan isu sensitif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal di belakang kaum Cina dinegara ini. *Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengeksploitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu di atas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu.

Maka di atas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan ke arah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.
Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain

Seterusnya mewujudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan prasangka jahat terhadap Cina untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan.

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu.

Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu.
Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP.

Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu.

Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu.

Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama* yang membentuk *kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu.

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden* ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.
Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.
Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.
Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.
Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.
Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara.

Fikir2kan. ..🤔

Senarai 50 Orang Kaya Di Malaysia Kebanyakkannya Cina

BILLIONAIRE ADA
BANTU MASA KITA
SUSAH SEKARANG?

KITA dalam keadaan susah. kerajaan juga sudah. Susah kesan COVID-19 putuskan semua kegiatan. Diam berkurung di rumah. Memang susah.

Peniaga penerbangan, hotel, pelancongan, petani, nelayan semuanya susah. Susah.

Rasanya jika semua susah malah ekonomi kita akan jatuh teruk dan ini bukan salah kerajaan sebalik takdir Allah. Allah mencuba kita.

Krisis semacam ini bukan semata di Malaysia, malah semua negara di dunia. Seluruh dunia.

Dalam kerajaan sekarang yang berkesempitan, mari kita perhatikan kekayaan billionaire di Malaysia sekarang ini.

Mari sama kita teliti kekayaan mereka seperti dinyatakan di bawah.

1. Robert Kuok RM50.54 billion
2. Quek Leng Chan RM42.63 billion
3. Ananda Krishnan RM25.93 billion
4. Chen Lip Keong RM23.29 billion
5. Teh Hong Piow RM21.31 billion
6. Lee Yeow Chor & Yeow Seng RM21.09 billion
7. Lim Kok Thay RM14.06 billion
8. Koon Poh Keong, Poh Ming & Poh Weng RM13.8 billion
9. Kuan Kam Hon RM12.3 billion
10. Lau Cho Kun RM10.11 billion
11. Francis Yeoh & siblings RM7.47 billion
12. Jeffrey Cheah RM6.37 billion
13. Syed Mokhtar AlBukhary RM6.15 billion
14. Lim Wee Chai RM5.93 billion
15. G. Gnanalingam RM4.39 billion
16. Surin Upatkoon RM4.31 billion
17. Tiong Hiew King RM4.29 billion
18. Ngau Boon Keat RM4.28 billion
19. Ninian Mogan Lourdenadin RM4.26 billion
20. David Kong RM3.96 billion
21. Lee Oi Hian & Hau Hian RM3.67 billion
22. Lim Kang Hoo RM3.36 billion
23. Vincent Tan RM3.3 billion
24. Lim Peng Cheong & Peng Jin RM3.01 billion
25. Syed Azman Syed Ibrahim RM2.97 billion
26. Danny Tan Chee Sing RM2.92 billion
27. Ahmayuddin bin Ahmad RM2.72 billion
28. Lim Han Weng RM2.68 billion
29. Goh Peng Ooi RM2.64 billion
30. Cheah Cheng Hye RM2.61 billion
31. Yaw Teck Seng & Yaw Chee Ming RM2.11 billion
32. Desmond Lim Siew Choon RM2.07 billion
33. Patrick Grove RM2.04 billion
34. Kong Chong Soon RM1.85 billion
35. Azman Hashim RM1.80 billion
36. Mohd Abdul Karim Abdullah RM1.78 billion
37. Ong Leong Huat RM1.60 billion
38. Abdul Kadier Sahib RM1.58 billion
39. Loh Kian Chong RM1.56 billion
40. Wong Thean Soon RM1.49 billion
41. Tony Fernandes RM1.47 billion
42. Wen Chiu Chi RM1.43 billion
43. Kamarudin Meranun RM1.38 billion
44. Wong Teek Son RM1.36 billion
45. Mokhzani Mahathir RM1.34 billion
46. Gooi Seong Lim RM1.27 billion
47. Chu Jenn Weng RM1.23 billion
48. Kong Pak Lim RM1.21 billion
49. Yong Pang Chaun RM1.61 billion
50. Oh Kuang Eng RM1.12 billion

Nah, bayangkan saja jika tiap orang kalangan mereka sudi menderma hanya bawah 1% dari sejumlah kekayaan.

Tentulah dapat bantu barisan depan terutama para doktor, jururawat, bersihkan kawasan? Rela, polis, tentera dan pelbagai yang tentu juga boleh berkhidmat dgn lebih selamat.

Tentu dimasa krisis seperti sekaranglah mereka perhatian mereka amat diperlukan untuk membantu negara tercinta tempat mereka beroleh kekayaan, tapi di mana mereka? C&P.