Terima Kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.

Terima kasih Tok Guru Nik Abdul Aziz. Perjuangan mu menjadi benchmark bidang Ilmu dan ketamadunan Islam.
1. Fakta, TGNA adalah insan pertama sebagai pemimpin yang mengadakan urustadbir kewangan Islamik.
2. Fakta, pemimpin pertama bebas segala aktiviti salah laku dan urustadbir paling walaupun dana disekat.
3. Fakta, pemimpin yang pertama tidak duduk di rumah Menteri Besar sebaliknya tinggal di rumah sendiri yang tiangnya bersambung dengan Masjid Nikmatilah Pulau Melaka.
4. Sanggup tidak ambil elauan gaji utk bayar hutang rakyat Kelantan yang dibuat oleh pemimpin parti Timbang Kilo.
5. Dialah Ulamak, pemimpin, murrabi, guru, pentadbir, pemikir mantik paling halus dalam dunia, sahabat dan pendoa di tengah malam di kala bumi Malaysia panas dengan maksiat dan rejaman fitnah media. Halalkan ilmu yang pernah saya dengar, terima samada sengaja atau tidak sengaja.
4. Sifat daya juang anak Kelantan terdidik dengan ilmu dan tawaduknya.
5. Sepanjang memimpin Kelantan kami tidak pernah kebulur tapi ilmu dan semangat beliau menyebabkan anak cukup unik dan pandai berniaga.
6. Sistem pentadbiran kerajaan Kelantan patut dicontohi.
7. Sistem wang sunnah pertama di dunia dengan Kelantan Trade Gold dengan wujudnya dinar dan dirham.
8. Wibawa yang sentiasa mendapat rating tinggi dalam urus kewangan. Boleh rujuk Audit Negara(tidak pernah disiarkan).
9. Satu-satunyq pemimpin paling banyak keluarkan buku dan mutiara kata antara yang terbaik dalam dunia. Seni mantik, timbang tara lengkap semua ijtihad kesufian Islam dengan kiasan penuh moral yang bertauhid Allah Taala.
Kami merindui perjuangan Ulamak ini yang disayangi dan disegani semua pihak. Bintang ini tiada tolok gantinya. Semoga Allah swt merahmati beliau dan sentiasa dalam rahmat kasih sayangNya. Dialah Tok Guru kami.

SEKALUNG  AL-FATIHAH UNTUK TGNA.

HUKUM HUDUD MANSUH APABILA PAS SUDAH MENJADI KHADAM UMNO

1 HUKUM HUDUD MANSUH IKUT UMNO

1 kuda terbaik

WARKAH BUAT AHLI & PENYOKONG PAS …

Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) – menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : 18/222 King maker kata Tuang Berehem tue men abuk pun tarak last jadi khadam ummo:
2023 hopefully TKO.

Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

“PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah”. Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam.
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh… kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah?
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia.

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan…

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal?
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku…
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit.

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya… memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia?

Nak mudah faham, macam ni lah..
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M… sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil’alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.cgu

Aku menulis kerana ALLAH.

Hamba Allah
Selangor

👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻
*DI ULANGSIAR UNTUK REFRESH MINDA ANDA.*

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=234232947743338&set=a.100245081142126&type=3&theater

Komplot disusun lebih awal sebelum Tun M letak jawatan PM lagi

1 6SEMBURIT JAHANAM1 HADI MUNAFIK

Naratif walaun: “semua ni mula bila TunM resign. Jangan salahkan orang lain.”

Walhal proses berkomplot, memujuk, menghasut, bersemburit antara kleptokrat, parti lebai, PNkhinat dan kartel bermula jauh lebih awal dari tu..

Cuma babak tu disembunyikan..

Sheraton disusun SEBELUM dari TunM resign bahkan majlis itu diadakan pun dengan harapan TunM telah bawa PBBM lompat keluar dr PH yang mana ditolak oleh TunM.

Paginya meeting PBBM untuk desak TunM bawa PBBM keluar dari PH. Petangnya pertemuan kelompok ini dengan Istana telah dibuat nak maklum kabinet baru. Malam umum di Sheraton. Sehari sblm retreat Umno – Pas di janda baik. Semuanya disusun.

Ini dilakukan ditengah-tengah Negara dan Kerajaan PH sedang hadapi ancaman wabak COVID-19 yang membunuh ni.

Terbaru tersebar surat kepala lebai kepada pemimpin gerakan Islam. Dia akui sendiri parti lebai yang mulakan komplot jahat ini seawal pembentukan kerajaan PH.

Surat penuh pembohongan, penipuan fakta dan Prasangka jahat. Jijik.

Bukankah antara ciri munafik adalah berbohong dan ciri ulama pula bercakap benar? saya pun dah terkeliru.

Patutlah 10Mac2020 Dr Yusuf Qardhawi up status fb “ulama bersama gerombolan zalim”.

Untuk elakkan sejarah ditulis secara salah oleh PNipu, PNkhianat, PNyamun, saya rakamkan catatan di sini untuk peringatan masa hadapan..

Komplot disusun lebih awal sebelum Tun M letak jawatan PM lagi

Naratif walaun: “semua ni mula bila TunM resign. Jangan salahkan orang lain.”

Walhal proses berkomplot, memujuk, menghasut, bersemburit antara kleptokrat, parti lebai, PNkhinat dan kartel bermula jauh lebih awal dari tu..

Cuma babak tu disembunyikan..

Sheraton disusun SEBELUM dari TunM resign bahkan majlis itu diadakan pun dengan harapan TunM telah bawa PBBM lompat keluar dr PH yang mana ditolak oleh TunM.

Paginya meeting PBBM untuk desak TunM bawa PBBM keluar dari PH. Petangnya pertemuan kelompok ini dengan Istana telah dibuat nak maklum kabinet baru. Malam umum di Sheraton. Sehari sblm retreat Umno – Pas di janda baik. Semuanya disusun.

Ini dilakukan ditengah-tengah Negara dan Kerajaan PH sedang hadapi ancaman wabak COVID-19 yang membunuh ni.

Terbaru tersebar surat kepala lebai kepada pemimpin gerakan Islam. Dia akui sendiri parti lebai yang mulakan komplot jahat ini seawal pembentukan kerajaan PH.

Surat penuh pembohongan, penipuan fakta dan Prasangka jahat. Jijik.

Bukankah antara ciri munafik adalah berbohong dan ciri ulama pula bercakap benar? saya pun dah terkeliru.

Patutlah 10Mac2020 Dr Yusuf Qardhawi up status fb “ulama bersama gerombolan zalim”.

Untuk elakkan sejarah ditulis secara salah oleh PNipu, PNkhianat, PNyamun, saya rakamkan catatan di sini untuk peringatan masa hadapan.

https://web.facebook.com/burhanuddin.impak/posts/1539525796199136

Muafakat Nasional Gelojoh, Kini PH Mampu Cipta Kejutan- Penganalisis Politik

1 BOHONG HADI TERBARU

PH sebenarnya tidak perlu terlalu bersedih dengan kejatuhan kerajaan mereka, begitu juga PN tidak boleh terlalu gembira dengan kejayaan membentuk kerajaan pintu belakang ini, tragedi ini sebenarnya merancakkan kembali pertembungan PRU15 yang sebelum ini dijangka akan berlaku secara berat sebelah.

Walaupun pembentukan kerajaan PN melalui cara ini disambut meriah khususnya oleh penyokong2 parti MN, namun secara umumnya tragedi ini juga mencetus penolakan oleh golongan pertengahan yang celik demokrasi. Meskipun mereka tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan PH sebelum itu, namun mereka tidak bersetuju mandat rakyat diperlekeh seperti ini.

Begitu juga komuniti Cina dan India yang asalnya mula menjauhkan diri daripada PH akibat kurang berpuas hati terhadap prestasi kerajaan sebelum itu, tragedi ini menyebabkan mereka tiada pilihan lain kecuali menyokong PH semula, bibik2 itu sedang berkembang pantas sekarang.

https://inforakyat.net/2020/03/10/muafakat-nasional-gelojoh-kini-ph-mampu-cipta-kejutan-penganalisis-politik/

Allah Tutup Aib Kita

1 anwar

Allah Tutup Aib Kita

1 BOHONG HADI TERBARU

ALLAH SWT BUKA KEAIBAN GOLONGAN MUNAFIK,
============
1. Seorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aib mereka. Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan diatas muka bumi ini.

2. Dengan sebab itu al-Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

3. Ia adalah salah nikmat yang wajib disyukuri oleh setiap insan. Seorang lelaki bertanya kepada seorang Abu Tamimah: Bagaimana keadaan kamu pada pagi ini? Jawab Abu Tamimah:

“أصبحت بين نعمتين, لا أدري أيَّتهُمَا أفضل: ذنوبٌ سترها الله -عز وجل-, فلا يستطيع أن يعيرني بها أحدٌ؛ ومودةٌ قذفها الله -عز وجل- في قلب العباد, لم يبلغها عملي”.

“Aku berpagi dalam dua nikmat yang tidak aku ketahui manakah yang lebih baik iaitu: Nikmat Allah menyembunyikan dosaku sehingga tiada seorang pun yang boleh mengaibkan diriku atau nikmat rasa kasih yang Allah campakkan ke dalam hati manusia, sesuatu yang aku tidak mampu perolehinya melalui amalanku.”

4. Dengan sebab itu Allah menyukai hambanya yang menyembunyi keaiban dosa orang lain. Sabda Rasulullah:

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ

“Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslim yang lain, maka Allah akan menutup aibnya didunia dan akhirat.” (HR Ibn Majah)

5. Bahkan Allah membenci mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah telah menutup aib mereka. Sabda Rasulullah:

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”

Semoga Allah membimbing kita.

Jangan Tersalah Memilih Pemimpin

1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK1 JANGAN BILA PENGKHIANT

1 MCA RASIS

Jangan Tersalah Memilih Pemimpin
============
1. Berita tentang penangkapan seorang ADUN dan beberapa pegawai kerajaan dalam sebuah parti yang dilabel sebagai ‘parti dadah’ adalah amat menyedihkan. Atas dasar itu Rasulullah mengingatkan kita agar berhati-hati dalam melantik kepimpinan.

2. Dalam sebuah hadith, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan datang satu zaman, terdapat pemimpin yang mendekati orang-orang yang jahat. Sabda Rasulullah:

لَيَأْتِيَنَّ عَلَيْكُمْ أُمَرَاءُ يُقَرِّبُونَ شِرَارَ النَّاسِ ، وَيُؤَخِّرُونَ الصَّلاةَ عَنْ مَوَاقِيتِهَا ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلا يَكُونَنَّ عَرِيفًا ، وَلا شُرْطِيًا ، وَلا جَابِيًا ، وَلا خَازِنًا

“Akan datang ke atas kamu (satu zaman dimana) pemimpin-pemimpin mendekati manusia yang jahat, mereka melengah-lengahkan solat (sehingga) di akhir waktunya. Maka apabila kamu mendapatinya yang demikian itu dikalangan kamu, maka janganlah kamu menjadi: pembantunya, pegawai keselamatannya, pemungut cukai (buatnya) dan yang menjaga khazanah (mereka). (HR Ibn Hibban. Dinilai Sahih oleh al-Albani)

3. al-Imam Ibn Hibban menukilkan hadith ini di dalam sebuah bab yang menjelaskan tentang keperluan seorang Muslim untuk menjauhi pemimpin yang mendekati manusia yang jahat. Kezaliman mereka dibimbangi akan memberikan kesan kepada rakyat dan manusia lain.

4. Begitu penting perihal kepimpinan sehingga Rasulullah telah berpesan agar kita menjauhi dari melantik pemimpin yang dibimbangi membawa kerosakan. Bahkan Rasulullah mengingatkan kita bahawa akan ada pemimpin yang melakukan perkara yang dimurkai Allah. Sabda Rasulullah:

يوشك إن طالت بك مدة أن ترى قوماً في أيديهم مثل أذناب البقر يغدون في غضب الله, ويروحون في سخط الله

“Andai sekiranya umurmu panjang nescaya kamu menyaksikan golongan manusia (pemerintah berkuasa) yang ditangannya ada cemeti laksana ekor lembu (melulu tanpa akal) melakukan kejahatan pada waktu paginya dimurkai Allah dan pada waktu petangnya dilaknat Allah”. (HR Muslim)

5. Begitulah pesan Rasulullah, mengingatkan kita dalam urusan kepimpinan. Pemilihan pemimpin yang salah bukan sahaja memberikan kesan pada diri kita sendiri, masyarakat bahkan sebuah negara.

Semoga Allah membimbing kita.

WARKAH BUAT AHLI & PENYOKONG PAS DEMI METUNTUT PELAKSANAAN HUDUD DEMI KEMULIAAN AGAMA ISLAM .

Image may contain: 2 people, text

1 kuda terbaik1 MCA RASIS

WARKAH BUAT AHLI & PENYOKONG PAS …

Bukalah sebentar hati dan mindamu dan bacalah artikel ini hingga habis.

Fakta dan statistik tidak menipu. Inilah rekod PAS dalam PRU sejak 1955 hingga 2013 : (kerusi Parlimen)

1955 : (sendirian) : 1
1959 : (sendirian) : 13
1964 : (sendirian) : 9
1969 : (sendirian) : 12
1974 : (menyertai BN) – menang
1978 : (keluar BN) : 5
1982 : (sendirian) : 5
1986 : (sendirian) : 1
1990 : (menyertai APU/S46) : 7
1995 : (menyertai APU/S46) : 7
1999 : (meyertai BA) : 27
2004 : (sendirian) : 7
2008 : (menyertai PR) : 23
2013 : (menyertai PR) : 21
2018 : 18/222 King maker kata Tuang Berehem tue men abuk pun tarak last jadi khadam ummo:
2023 hopefully TKO.

Sejak 1955, PAS tidak pernah dapat melebihi 13 kerusi ketika bersendirian. Setelah bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah dengan Parti Semangat 46, masuk Barisan Alternatif, dan Pakatan Rakyat, barulah PAS berjaya dapat lebih banyak kerusi.

Terimalah hakikat Malaysia ini negara berbilang kaum dan agama. Sejarah dah membuktikan, berjuang seorang diri takkan ke mana. PAS perlu bekerjasama dengan kaum lain untuk mendapatkan kuasa mentadbir negara. Dengan kuasa itu, barulah syariat Islam mampu ditegakkan secara penuh hikmah.

“PAS tak kisah kalah. PAS hanya mahu redha Allah”. Kalau begitu, jadilah sebuah NGO atau badan dakwah sahaja. Tak perlu sertai pilihanraya kalau tak mahu menang. Nak menang perlu strategi. Strategi terbaik ialah bergabung dalam satu pakatan yang kuat, kerana Malaysia negara berbilang kaum dan agama. ATGNA dah sebut banyak kali tentang itu..

Hudud adalah tuntutan Islam. Kita semua setuju dengan perkara itu. Tapi, hudud bukanlah segala-galanya dalam Islam.
Urus tadbir negara yang baik (good governance) juga tuntutan Islam.
Pengagihan ekonomi yang adil juga tuntutan Islam.
Menjaga kebajikan rakyat juga tuntutan Islam.
Keadilan sistem mahkamah juga tuntutan Islam.
Meringankan kos sara hidup rakyat juga tuntutan Islam.
Hatta, pengurusan sampah-sarap juga tuntutan Islam.

Ehhh… kalau Pakatan Harapan (PH) menang, DAP akan menguasai negara? DAP akan menghapuskan Islam? DAP akan mengubah Malaysia jadi negara republik? DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu? DAP akan menghapuskan institusi Raja-Raja?

Tolonglah.. itu ayat UMNO/BN sejak dulu. Itu taktik menakut²kan orang Melayu Islam. Itu ayat TV3. Kalau nak tau hakikat sebenar, rujuklah Perlembagaan Malaysia.

Artikel 159 (5) Perlembagaan dengan jelas menyatakan, lima (5) perkara yang tidak boleh diubah walaupun disokong oleh 222 ahli Dewan Rakyat ialah :

*Pertama* : Islam sebagai Agama Persekutuan.
*Kedua* : Kedudukan Raja-Raja Melayu
*Ketiga* : Hak Istimewa Orang Melayu
*Keempat* : Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi
*Kelima* : Hak Pengisytiharan Darurat.

Kesemua lima perkara ini hanya boleh diubah dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Logikkah Majlis Raja-Raja akan setuju untuk ubah?
Raja dan Sultan adalah dilindungi penuh oleh Angkatan Tentera Malaysia. Kalau DAP nak ubah 5 perkara tu, DAP kena musnahkan ATM, kemudian hapuskan Raja dan Sultan. Munasabah ke? Fikirlah dengan minda yang waras.

DAP benci dan hina Islam? Ya.. betullah tu kalau saudara percaya kepada laporan berita TV3 dan akhbar Utusan Malaysia.

Saudara lihatlah umat Islam di Pulau Pinang. Peruntukan untuk JAIPP naik berkali ganda, madrasah dan sekolah agama dinaiktaraf. Elaun imam dan bilal dinaikkan dan banyak lagi.

Kalau ada beberapa orang pemimpin DAP yang keluar statement yang salah tentang Islam, itu kerana mereka kafir dan jahil tentang Islam. Itu tak menghairankan. Sebab tu usaha dakwah dan tarbiyyah perlu berterusan. Yang hairannya, orang Islam sendiri termasuk pimpinan PAS sendiri pun ada keluarkan statement salah tentang Islam. Ada yang kata siapa takde nombor keahlian PAS boleh ditanam di jirat Cina. Ada yang kata malaikat boleh mengundi dan bawa IC. Malah, ramai yang sewenang²nya memberi label munafik dan kafir kepada saudara Muslimnya yang lain hanya kerana berbeza pendapat. Yang mendoa-laknat saudara Muslimnya pun ada. Sedih kan…

Itu belum kira statement pemimpin BN lagi baik UMNO, MCA, Gerakan, MIC dan parti di Sabah & Sarawak, Mereka lagi kerap keluar statement hina Islam.

Penyokong LGBT dan Islam Liberal jadi penyokong PH?
Ya, memang ada. Contohnya Ambiga dan Siti Kassim. Jadi, adakah itu bermakna PH pun sokong LGBT? Sokong Islam Liberal?
Fikir rasional lah saudara.. Jangan persoalkan iman kami, jangan perlekehkan keupayaan berfikir kami. 80% pemimpin PH adalah Melayu Islam. Kami juga beriman dengan Allah dan tahu batas-batas iman dan kufur.

Kalaulah ada orang Cina dan India dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS yang minum arak, adakah itu bermaksud PAS sokong arak? Kalau mereka ada yang gay dan lesbian, adakah itu bermaksud PAS sokong gay dan lesbian? Tentu tidak bukan? Saya yakin saudara boleh menilai dengan adil..

Saudara-saudaraku…
Keutamaan kita sekarang, saya ulangi.. KEUTAMAAN kita sekarang ialah untuk selamatkan Malaysia dari kehancuran ekonomi yang dahsyat di tangan BN. Hutang negara dah menghampiri 1 Trillion. Kehidupan rakyat semakin hari semakin terhimpit.

Tentang Tun M, ya.. memang dialah musuh politik kita dulu. Tapi, jasanya membangunkan negara tak siapa dapat nafikan.
Dan ya… memang banyak kesalahan yang dia dah lakukan. Sebahagiannya dia dah akui. Sebahagiannya dia dah mohon maaf. Soal dia ikhlas ke tak ikhlas, itu dia jawab dengan Allah. Yang pentingnya sekarang, dia nak bantu kita pulihkan negara kita. Adakah kita nak tolak dia?

Nak mudah faham, macam ni lah..
Tun M bakar rumah kita, kemudian dia lari keluar. Sedang kita dalam kesusahan nak selamatkan diri dan anak-anak kita dari mati terbakar, entah mengapa tiba-tiba dia patah balik, masuk rumah kita dan tolong kita. Orang dari luar kata, pukul Tun M… sebab dia yang bakar rumah kita. So, apa pilihan yang kita ada?

Nak pukul Tun M supaya dia mati bersama-sama kita, atau biarkan dia tolong kita selamatkan anak-anak dan rumah kita?
Yang utama sekarang, kita kena selamatkan anak dan rumah kita. Apa kita nak buat dengan dia selepas itu, biarlah masa menentukannya..

Saudara-saudaraku ahli dan penyokong PAS yang dikasihi..
Kita semua mencari redha Allah. Kita semua mahu tegakkan syariat Allah. Islam itu milik semua, bukan milik eksklusif parti kita. Janganlah mendakwa hanya kita yang bawa Islam, hanya kita yang perjuangkan Islam, hanya kita yang cintakan Islam. Islam itu rahmatan lil’alamiin.

Akhir kalam, terima kasih kerana saudara sudi baca sehingga ke baris ini. Walau apapun keputusan 9 Mei nanti, kita semua tetap saudara seakidah. Kau saudaraku, dan aku saudaramu. Takkan ada apa yang boleh mengubahnya.cgu

Aku menulis kerana ALLAH.

Hamba Allah
Selangor

👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻👆🏻
*DI ULANGSIAR UNTUK REFRESH MINDA ANDA.*

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=234232947743338&set=a.100245081142126&type=3&theater

 

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad – Siti Kassim Dan Menteri LGBT Sudah Bersatu.

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA

 

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad
===============
1. Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan. Menurut laporan FreeMalaysiaToday, mereka menyatakan bahawa tiada hukuman yang diperuntukkan di dalam al-Quran.

2. Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu. Hukuman murtad ini telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia. Menurut al-Imam Ibn Kathir, “azab di dunia” yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia. Al-Imam al-Tabari dan al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.

3. Di dalam hadith pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas. Rasulullah bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” (HR al-Bukhari)

4. Hukuman ini pernah dilaksanakan secara praktikal di zaman Rasulullah. Rasulullah mengutuskan Abu Musa al-Asy’ari dan Muaz bin Jabal sebagai pemerintah di Yaman. Apabila Muaz tiba di Yaman, dia diadukan tentang seorang Yahudi yang murtad. Mendengar perkara ini, Muaz lantas berkata:

لا أجلس حتى يقتل، قضاء الله ورسوله ـ ثلاث مرات ـ فأمر به فقتل

“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh atas hukuman yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Maka lelaki tersebut diperintahkan agar dibunuh. (HR al-Bukhari).

5. al-Imam al-Darqutni pula meriwayatkan kisah di mana seorang perempuan telah murtad di zaman Rasulullah. Perkara ini diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah. Kata beliau:

أنَّ امرأة يُقال لها أُم مروان ارتدت فأمر النبي صلى الله عليه وسلَّم بأنْ يُعرَض عليها الإسلام فإنْ تابت وإلا قتلت، فأبت أنْ تُسلِم فقتلت

“Seorang wanita dikatakan Namanya Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mengarahkan agar diajak (dan diterangkan kepadanya) tentang Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka akan dilepaskan) dan sekiranya tidak maka dia akan dibunuh. (Apabila diajak kembali kepada Islam), perempuan tersebut engkar lalu dia dibunuh. (HR al-Darqutni dan al-Bayhaqi).

6. Hukuman bunuh ke atas murtad ini adalah hukum yang ditentukan di dalam al-Quran dan hadith. Rasulullah, para sahabat serta pemerintah Islam di zamannya turut mengamalkan perundangan yang sama.

7. Mempertikaikan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul adalah refleksi kepada keimanan kita terhadap Allah dan Rasul ini.

Semoga Allah membimbing kita semua.

“M4ti Akibat C0vid19 Syahid Akhirat,Kata Hadi Awang”- Tolong benarkan mereka ini m4tl, Saya ingin menggesa kerajaan untuk memenuhi hasrat Hadi Awang dan para pengikutnya – Siti Kassim

Bagaimana Golongan Munafiq Mencari Kemuliaan Dan Kuasa Melalui Pintu Belakang ?

1 BUKTI PAS IKUT PB1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI1 HADI MAKAN HARTA HARAM1 AKHLAK BURUK EMOSI ROSAK1 HADI PENGGANAS-SAUDI1 PAS RASIS

Bagaimana Munafiq Mencari Kemuliaan?
=======
1. Golongan munafiq mencari kemuliaan mereka. Allah mencela mereka kerana mereka lebih mengutamakan orang-orang kafir daripada orang beriman itu sendiri. Si Munafiq mencari kemuliaan di sisi orang kafir seperti MCA dan MIC. Firman Allah:

الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ أَيَبْتَغُونَ عِنْدَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا

(Mereka) orang-orang (Munafiq) mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya). (al-Nisa: 139)

2. Orang-orang Munafiq seperti umnopas bersama MCA dan MIC juga adalah mereka yang menimbulkan keraguan tentang Islam. Mereka memberikan maklumat yang tidak benar tentang Islam. Allah menegur menegur sikap mereka di dalam Perang Khandaq. Mereka memburukkan perjuangan Islam dengan berkata:

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا

“Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang yang tidak sihat dan tidak kuat iman dalam hatinya berkata: “Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara yang memperdayakan sahaja”. (al-Ahzab: 12)

3. Orang-orang Munafiq turut bersikap memburukkan Rasululllah. Mereka melemparkan fitnah terhadap Rasulullah dalam peristiwa Hadith al-Ifk dengan memberikan anggapan bahawa isteri Rasulullah (Aisyah) telah berlaku curang.

4. Orang Munafiq berusaha memecah-belahkan umat Islam. Dalam Perang Bani Mustaliq, berlakunya perselisihan antara Jahjah ibn Masu’d (dari Muhajirin) dan Sinan ibn Wabr al-Juhani (dari kaum Ansar). Perselisihan yang berlaku di telaga al-Muraysi’ itu hampir mencetuskan peperangan di antara kaum Muslimin. Jahjah telah meminta bantuan kaum Muhajirn untuk berlawan dengan Sinan, begitu juga dengan Sinan. Sinan menyeru kaum Ansar untuk menyokong pergaduhan ini.

Ketika perkara ini berlaku, Abdullah ibn Ubai (ketua Munafiq) geram apabila melihat pergaduhan ini tidak berlaku. Bahkan beliau merungut atas sikap Ansar yang selama ini banyak memberi bantuan kepada kaum Muhajirin. Lihatlah sikap si munafiq yang suka melihat perpecahan berlaku dan mengambil kesempatan atas emosi dan perselisihan kaum Muslimin. Bahkan munafiq ini juga dilihat tidak suka kebajikan yang dilakukan oleh kaum Ansar terhadap Muhajirin.

5. Perhatikan sikap-sikap ini. Apakah ada dikalangan kita yang lebih mengutamakan orang kafir MCA & MIC dari orang beriman? Adakah ada dikalangan kita yang memburukkan Rasulullah atau membela orang yang menghina Rasulullah dan seperti MCA yang secara terang-terangan menentang hudud? Adakah dikalangan kita orang yang suka melihat perpecahan sesama Muslim? Apakah mereka membenci perpaduan rakyat yang harmoni yang terdiri daripada  berbilang kaum dan bahasa ?

Semoga Allah membimbing kita semua.

Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit

1 BOHONG HADI TERBARU1 BUKTI MUHYIDDN MUNAFIK1 kuda terbaik1 CAYANG UMMEI

Gila Kuasa Adalah Satu Penyakit
=========
1. Dua orang lelaki pernah bertemu Rasulullah lalu meminta daripada Baginda supaya diberikan kuasa sebagai pemimpin. Rasulullah menegur mereka dengan berkata:

إِنَّا لاَ نُوَلِّي هَذَا مَنْ سَأَلَهُ، وَلاَ مَنْ حَرَصَ عَلَيْهِ

“Kami tidak memberikan urusan kepimpinan ini kepada siapa yang memintanya, kami juga tidak berikan kepimpinan buat mereka yang terlalu bersungguh mendapatkannya.” (HR al-Bukhari)

2. Seorang tokoh sufi yang terkenal pernah berpesan bahawa sifat gilakan kuasa ini akan merosakkan peribadi seseorang. Sifat gilakan kuasa menyebabkan seseorang akan menjadi hasad dengki bahkan suka mencari keaiban manusia lain. Kata Fudail ibn Iyyad:

ما من أحد أحب الرئاسة إلا حسد وبغى ، وتتبع عيوب الناس ، وكره أن يُذكر أحد بخير

“Tidak ada seorang lelaki yang gilakan kuasa kepimpinan melainkan dia akan terjebak dengan hasad dan kejahatan, suka mencari keaiban manusia dan dia benci untuk menyebut kebaikan orang lain.”

3. Malah Abu Daud al-Sijistani melihat sifat ini sebagai salah satu daripada penyakit atau menggelarkannya sebagai syahwat yang tersembunyi. Beliau pernah ditanya tentang nafsu atau syahwat yang tersembunyi ini:

قيل لأبي داود السجستاني: ما الشهوة الخفية؟ قال: حب الرئاسة.

“Abu Daud pernah ditanya berkenaan dengan apa yang dimaksudkan dengan nafsu syahwat yang tersembunyai ini? Lalu dia berkata: (mereka yang) cintakan kuasa.

4. Atas dasar itu al-Imam Abu Ayyub al-Sakhtiyani berpesan bahawa mereka yang cintakan kemasyhuran dan kepimpinan ini adalah mereka yang sukar dipercayai. Kata beliau:

ما صدق عبد قط فأحب الشهرة

“Tiada yang benar langsung buat si hamba yang mencintai kemasyhuran.”

5. Berhati-hatilah dengan mereka yang terkena penyakit ini. Kecintaan terhadap kuasa akan mengaburi mereka dari kebaikan. Adalah dibimbangi kepentingan diri sendiri lebih mereka utamakan dari kesusahan rakyat. Amat sukar mencari pemimpin yang bangkit mengutamakan rakyat dari diri sendiri.

Semoga Allah membimbing kita