Akhlak yang buruk kerana emosinya rosak

1 AKHLAK BURUK EMOSI ROSAK1 PINTU TAUBAT 6 J

Akhlak yang buruk kerana emosinya rosak

AJARAN ISLAM MANA AJAR BERMUSUH?

Saya tidak banyak menulis tentang politik di kala Covid-19. Masa yang terluang begitu banyak ini saya mengambil kesempatan untuk menyatukan hati bangsa Malaysia yang dirobek perpaduannya oleh permain2 politik.

‘Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan perkauman…’ itu sabda Baginda Rasulullah SAW. Bukan kata dari saya dan jika non muslim membaca fahamilah agama saya tidak mengajar umatnya untuk bersikap rasis. Mereka yang rasis itu mereka tidak mengamalkan Islam yang betul.

Rasulullah SAW tidak pernah dalam hidupnya memperjuangkan bangsanya. Malah dalam sejarah baginda memuliakan sahabatnya seperti (lelaki berkulit hitam). Ketika Mekah dibuka Rasulullah menyuruh Bilal panjat ke atas Kaabah dan melaungkan Azan.

Bagi kaum Musyirikin yang masih menebal sikap perkaumannya berkata…”tak sangka sepanjang kita masih hidup ada ‘gagak hitam’ (Bilal) naik atas Kaabah.” Nabi hapuskan kesombongan Quraisy dengan menaikkan seorang lelaki berkulit hitam di atas kaabah.

Siapakah yang ingin membunuh Nabi? Kalau bukan kaumnya sendiri. Retorika kaum angkara rosaknya emosi. Emosi yang rosak akan sesat dan akan membutakan hati. Malah dalam sejarah baginda sangat menjaga akhlaknya dengan non muslim.

Ya! Melayu cemburu kerana mereka rasakan bangsa Cina lebih maju dari mereka. Wahai saudara sebangsaku… kita tidak akan berjaya memperolehi kejayaan jika kita hanya komplen orang lain sedangkan kita tidak mahu berusaha seperti mereka.

Ramai cendiakawan sejak dulu seperti Abdullah Munsyi, Pendita Zaaba, Prof. Engku Aziz, Prof. Syed Hussein AlAttas, Tun Mahathir sendiri menceritakan tentang sikap orang Melayu dalam pelbagai persepsi seperti sukar berubah, iri hati, pemalas, tiada wawasan dan bermacam-macam lagi.

Kerja kita menuding kepada bangsa yang datang ke negara ini dan berusaha dalam kehidupan mereka sehingga boleh berjaya.

Siapa sudah menonton video ucapan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Apa kata dia di hadapan pelbagai kaum di Singapura…” Islam adalah agama ulung di dunia. Ia menekankan kedamaian……”

PM Singapura itu memuji Ustaz Zahid Zin yang banyak membuka kelas2 agama, malah memuji Ustaz Zahid Zin memanggil orang bukan Islam ke kelasnya. Lee Hsien Loong memuji sikap Ustaz Zahid Zin yang hadir menziarahi pengkebumian saudara
Budhanya.

“Saya harap beliau (Ustaz Zahid Zin) akan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua”.

Singapura dan Malaysia adalah dua jiran yang berbeza. Malaysia dikuasai bangsa Melayu dan Singapura dikuasai bangsa Cina. Cara sistem keselamatan hampir sama di mana ketenteraan, polis dan jawatan penting di negara Singapura dikuasai bangsa Cina sepertimana di Malaysia dikuasai bangsa Melayu.

Tapi jika melihat PM Singapura itu berucap tentu kita rasa terharu andaikata Tun Mahathir dahulu memuji LGE pasti akan muncul dari mulut orang Melayu yang rasis… habislah Tun kini menjadi barua Cina. Mengapa orang Melayu berkata demikian… ia kerana emosinya yang telah dirosakkan telah membutakan hatinya.

Akhlak PM Singapura itu yang pandai menjaga perpaduan kaum, menghormati agama orang lain patut diteladani oleh pemimpin negara, malah bukan Melayu tetapi juga pemimpin2 DAP sendiri.

Hari ini kita tengok ada bangsa Cina menolak untuk penyewa Melayu membayar sewa rumahnya. Kita lihat bagaimana doktor2 Cina dan India bersama-sama doktor Melayu bersatu hati menolong orang2 Melayu yang beribu2 terkena jangkitan Covid-19.

Sudah2lah rasis tersebut. Abu Lahad, Abu Jahal dan orang Quraisy saja dulu yang bangga dengan bangsanya berasa seperti diaibkan apabila melihat Bilal diberi penghormatan begitu tinggi. Sedarilah jika kita ingin maju atau kaya seperti mereka, bekerjalah seperti mereka.

Ingatlah bukan kehebatan bangsa yang membawa kita ke syurga tetapi ketaqwaan kita. Bacalah sejarah Nabi dan sejarah para sahabat yang menunjukkan akhlak yang baik kepada bangsa2 atau agama lain. Abu Lahab dan Abu Jahal sudah lama pergi jangan ada lagi selepas 1400 tahun orang masih berpemikiran Jahiliyah.

Norman Radzuan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s