BUKTI PAS TIDAK MAIN PINTU BELKANG

1 BUKTI PAS IKUT PB1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA1 AKHLAK BURUK EMOSI ROSAK1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI1 HADI MAKAN HARTA HARAM

https://web.facebook.com/azammektar13/photos/basw.AbqZSOcyKU-HBSLowkyh2dZ3QmNe9tL5roHZAPZu0PNNgFWZhqCerezKSYl6tZ2Z3GD4QSmedOhhOnbCvOfAHbjGXLqjUhKRerGCiHmW4Gdg_C-BJS2bPo7QZddRBZjVbwpygpfGD1wYTPVWwTb5Ezu8UAExDpteU-osMukrvHnpJQ.3744715762212876.2651085448274334.103995261209415.3515780011827550.201701557721203.189041209138900/3744715762212876/?type=1&opaqueCursor=AboXnWK_3PRPYMMdkuxJ-HE1am0l9Ddn1cUVO_DOmOzTtunx7MCqD8KJswPGq81oY0RvFoJKmLyPKX2gWbbcxZTTWAi5rKIxZj2Pu2Jy8Z-UUcgjSVBMQ5b2qFUxk1m2ZFmQAM5G0T9-T0aRVBwCvwKeXdjFxjtKI7Xrdp2v1XzvQl2kD8UNtkZxmkfzYt_y-00l6Q7X_2p3vRMncJUvNa2eKXuwVBJ6NqblH3teEOCmtXcsSPhr5lwwzEZBhFHgZUfjyFBPf9uhQ_2M70ntUNK_XfeGXZ0aqkrD6JjVs8mafRLOkNbS9Q8Y3E_OAcs3PWXD7embqj5GLEcCgXVv08xM2fUl8WCqbxmB8UTsVCpXkuEdZq8qcVVCZVg1u2E2M9BcFAw18ru_LlTAzCfcKz-KJQl7uCXUsXgFn0b5_JpgBY3ij-yJrhWDQNsJis8RVKNu8cphd59Lt9_XxA8pSARmuGGqjromE5UeRUtsJc8GE6fflai4cSLu-R1MgNqjXjq2mivGa5PWyfPtHP5N-ZAK5OSgK3KKq7Swp1ZdjP0Pkth5Rh5Z8Do8t-jiRTzoFR-_tK71nbJa3VUHs9TdMOvllfOcOIN-IbxSyYYMKGscwn3E701QO4CJEqPD50Ewn68&theater

 

PM SENDIRI LANGGAR PKP ?

Image may contain: one or more people and text

Image may contain: one or more people

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2كَبُرَ مَقْتًا عِندَ اللَّهِ أَن تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ (3)

(2) Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?

(3) Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

سورة الصف

 

BEZANYA ARAHAN ‘perintah kawalan pergerakan’ dilanggar DI DUA NEGARA..

𝗗𝗶 𝗨𝗻𝗶𝘁𝗲𝗱 𝗞𝗶𝗻𝗴𝗱𝗼𝗺 (𝗨𝗞):
Seorang pemandu telah ditahan pasukan polis kerana sanggup menyorokkan isteri di dalam but kereta semata-mata untuk mengambil barangan bagi mengelak dikesan pihak polis. akhirnya ditahan dan disaman atas kesalahan melanggar arahan kerajaan

𝗗𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮:
Seorang pemimpin No.1 negara dgn selamba bodoh langgar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bersama isterinya keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya mewah di Kuala Lumpur? Hingga kini tiada satu pon pihak berkuasa berani nak ambil tindakan terhadap mereka..??

#NotMyPM
#KerajaanPintuBelakang

MAYAT TIDAK DITUNTUT DIBIARKAN BERGELIMPANGAN ATAS JALAN – BERITA LUAR NEGARA

BERITA LUAR NEGARA –
COVID-19 : MAYAT TIDAK DITUNTUT DIBIARKAN BERGELIMPANGAN ATAS JALAN

Peningkatan kes kematian di republik itu menyaksikan mayat dibalut dengan plastik dan dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan.

Ketika kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia mencecah 1 juta dengan lebih 51,000 terkorban, sebuah negara di Amerika Selatan bergelut dengan jumlah kematian yang tidak dapat disempurnakan.

Ecuador yang terletak di barat Amerika Selatan kini hampir lumpuh akibat penularan COVID-19.

Peningkatan kes kematian di republik itu menyaksikan mayat dibalut dengan plastik dan dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan, lapor agensi berita United Press International (UPI).

Datuk bandar Guayaquil, Cynthia Viteri berkata mayat mangsa dibiarkan di hospital dan klinik di situ tanpa ada waris yang datang menuntut.

“Mereka tinggalkan korban di kampung, mereka biarkan mayat bergelimpangan di hadapan hospital.

“Tiada siapa yang ingin menuntut (mayat),” kata Viteri menerusi satu mesej video.

Difahamkan, Viteri ketika itu turut menjalani proses kuarantin selepas disahkan positif COVID-19.

Katanya, urusan jasad yang tidak dituntut sebelum ini dibuat dengan menyimpannya di dalam kargo pendingin sementara pihak kementerian mencari jalan penyelesaian untuk mendapatkan keranda baharu yang lebih khusus.

Republik Ecuador, pada Khamis, mencatatkan 3,1000 kes jangkitan dengan 120 kematian melebihi negara Amerika Selatan lain seperti Brazil dan Chile.

Surat Presiden Pas kepada gerakan Islam: Halang Anwar yang disokong Freemason

1 JANGAN BILA PENGKHIANT1 HADI MAKAN HARTA HARAM1 PENGKHIANAT MESIR

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.

Segala puji bagi Allah yang segala kekuasaan berada di tangan-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Katakanlah: “Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan.

Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam keatas junjungan besar, pemimpin dan contoh ikutan terbaik kita, Nabi Muhammad s.a.w, yang membawa rahmat dan sinaran cahaya, serta keatas ahli keluarga, para sahabat Baginda, dan sesiapa yang mendapat petunjuknya sehingga hari kiamat.

Malaysia telah terkesan dengan perancangan yang ditinggalkan oleh penjajah British dari sudut isu-isu pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial, yang telah diamalkan oleh pihak kerajaan dan para pemimpinnya secara terus-menerus, disamping berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Meskipun masyarakat beragama Islam adalah golongan majoriti, tetapi keadaan semasa mereka semakin merosot, dalam urusan pembentukan kemasyarakatan dan perancangan kependudukan, disebabkan oleh kesempitan keadaan semasa masyarakat beragama Islam dalam berhadapan dengan masyarakat bukan bumiputra yang bukan beragama Islam.

Pihak penjajah telah menetapkan syarat-syarat kemerdekaan, antaranya mesti menerima kewarganegaraan bagi bangsa bukan bumiputra yang masuk ke negara ini sebagai pekerja dan buruh di bandar-bandar, sedangkan majoriti umat Islam tinggal di luar bandar dengan kekurangan kelengkapan infrastruktur. Kemudian dilaksanakan solusi-solusi yang diimport dari luar lalu dipaksakan keatas umat dalam bentuk ideologi-ideologi sekularisme yang mengakibatkan tidak dapat terbangunnya sebuah kerajaan yang kuat untuk menjaga kedaulatan umat Islam di negara mereka sendiri. Kemudian, (kerajaan itu perlu) berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam pentadbiran kerajaan dalam keadaan penguasaan bangsa lain dalam bidang pendidikan dan ekonomi, dan kerajaan juga dilanda dengan isu-isu kerosakan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain.

Sesungguhnya rasuah, kerosakan, dan penyelewengan harta negara yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah berlaku beberapa dekad di negara ini, bukan hanya pada sesi kepimpinan Najib Razak. Ia adalah kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa kerajaan sebelumnya sejak sekian lama yang membawa kepada kelemahannya. Ia bertambah kritikal sehingga membawa kepada pergelutan politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin perompak dalam kalangan anak bangsa yang membawa kepada berpecahnya kaum Muslimin disebabkan perbalahan dalam kerajaan sendiri.

Kemudian kehancuran politik mereka sehingga negara jatuh kepada satu situasi yang amat bahaya dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini dengan keputusannya memihak kepada majoriti Non-Muslim dalam pakatan kerajaan (Pakatan Harapan) yang telah mempergunakan Tun Mahathir, Perdana Menteri yang lalu dan juga merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman, untuk menjatuhkan Najib Razak.

Beliau telah dipergunakan kerana usia beliau yang telah lanjut dan parti beliau yang lemah. Mereka menjadikan beliau sebagai anak tangga untuk menaiki tampuk pemerintahan secara helah tanpa mengambil kira komposisi majoriti kaum Muslimin dalam negara yang telah meningkat melebihi 69% berbanding kaum minoriti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, yang mana ia menggalakkan lagi pertelingkahan dalaman.

Selain itu, terdapat juga peluang campurtangan pihak asing yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin seperti yang terjadi pada negara-negara Islam lain seperti negara-negara Arab.

Setelah meneliti pengalaman-pengalaman yang lalu berada dalam pakatan dari sudut yang positif dan negatif, PAS telah mengambil pendirian untuk menjadi blok ketiga (Third-Force) tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai Pakatannya iaitu Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak dan menukar kerajaan baru di bawah pimpinannya setelah kerajaan sebelumnya dijatuhkan. Begitu juga, tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Najib Razak dalam Pakatannya iaitu Barisan Nasional di bawah pimpinannya untuk mempertahankan kerajaan sedia ada yang telah memimpin negara berdekad lamanya daripada tentangan berbahaya yang dihadapinya.

Sebab-sebab pendirian kami:

1. Pakatan Harapan: Parti Tun Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan parti serpihan UMNO (tulang belakang bagi parti kerajaan) adalah parti yang baru ditubuhkan, secara praktikalnya merupakan sebuah parti yang lemah. Turut bersama adalah parti Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, PKR) yang merupakan sebuah parti sekular pragmatik yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum dan juga mempunyai pegangan ideologi yang berbeza seperti golongan Melayu Muslim sekular dan juga kelompok bukan Muslim daripada bangsa Cina dan India yang kebanyakan mereka beragama Kristian.

Juga bersama adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai keanggotaan majoriti Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, saki-baki daripada parti komunis yang telah diharamkan dan juga pemikir-pemikir liberal. Bersama mereka juga adalah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berorientasikan Islam liberal-sekular, yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP bagi menyaingi populariti PAS khususnya dalam kalangan orang-orang Islam serta bagi memecahkan kesatuan mereka, dengan menghimpunkan golongan pembangkang termasuk membawa masuk kelompok yang tergesa-gesa dan juga opportunis yang telah keluar daripada PAS. Di belakang blok ini adalah sokongan-sokongan daripada luar yang mendapat manfaat dengan keberadaan Anwar dalam blok ini.

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason.

Pencalonan Mahathir hanyalah semata-mata untuk melawan Najib dengan menggunakan populariti beliau namun dalam masa yang sama juga, mereka menolak pegangan Tun Mahathir yang mereka kira sebagai terlalu tegas lebih-lebih lagi dalam usaha beliau untuk menolak pendekatan berbaik-baik dengan Barat serta pandangan beliau dalam isu Palestin, Kashmir, Myanmar dan Uighur.

Pakatan Harapan akhirnya berjaya memenangi pilihanraya yang terakhir sebelum ini. PAS telahpun keluar daripada pakatan yang telah disertai daripada tahun 1999 sehingga 2012 disebabkan sikap mereka yang melanggar perjanjian yang berhubungkait dengan prinsip dan juga objektif PAS dalam berkhidmat untuk Islam dan kaum Muslimin.

2. Parti-parti kerajaan (Barisan Nasional) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pula berusaha untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak yang telah banyak membawa dan mewarisi kerosakan sejak era pemerintahan sebelum-sebelum ini seperti rasuah, kelemahan urus tadbir dan pelbagai lagi. PAS pernah berada bersama dalam blok parti-parti ini pada tahun 1973 sehingga 1979. Daripada pengalaman ini, PAS mengetahui akan keburukan-keburukan yang ada dalam Barisan Nasional.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman PAS dalam pakatan dengan pelbagai parti, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, PAS telah mengambil keputusan untuk menubuhkan blok ketiga di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang turut disertai oleh parti-parti kecil dan disokong oleh NGO-NGO Islam dan nasional (menggunakan nama Gagasan Sejahtera) yang mempraktikkan politik dengan prinsip kerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan, bukan atas dasar keburukan dan juga permusuhan.

PAS telah pun menyertai Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018 dan berjaya menawan 2 negeri (Kelantan dan Terengganu) dengan majoriti dua pertiga. Manakala majoriti kerusi di negeri-negeri lain pula dimenangi oleh beberapa parti lawan.

Di peringkat parlimen pula PAS berjaya memenangi 18 kerusi parlimen yang menjadikan PAS sebagai sebahagian daripada anggota daripada blok pembangkang dalam parlimen dan dalam masa yang sama juga sebagai parti kerajaan dalam dua buah negeri. Maka tumbanglah kerajaan pusat dan hilanglah segala kekuasannya yang dipimpin oleh Najib Razak dan sekutunya dalam Barisan Nasional. Pakatan Harapan telah menang dan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan Majlis Kabinet pimpinan Tun Mahathir. Jadi sekarang marilah kita menyentuh pula kepada perkembangan yang telah berlaku selepas peristiwa ini.

Pergelutan dalam Kerajaan Pusat

Pakatan Harapan, parti yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui sokongan majoriti Non-Muslim di peringkat Kerajaan Persekutuan, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri berdasarkan perjanjian sementara yang hanya berlaku secara lisan semata-mata melalui kenyataan media, telah menentukan bahawa Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun pemerintahan, tanpa persetujuan oleh Tun Mahathir, dimana beliau sendiri menganggap perjanjian tersebut tidak mengikat mana-mana pihak sama ada secara undang-undang mahupun Syarak.

Barisan Nasional (termasuk parti UMNO di dalamnya) berjaya menguasai dua negeri, dan merupakan barisan pembangkang yang memperolehi kerusi yang paling banyak dalam Dewan Rakyat. Beberapa parti dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya adalah Muslim telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional dan membuat keputusan untuk tidak juga menyertai Kerajaan Pusat. Kemudian sebilangan parti daripada Sabah yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen menyertai Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir. Begitu juga beberapa ahli Parlimen daripada UMNO bertindak untuk keluar daripada parti bagi memperkuat kedudukan Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan. Setelah itu, beberapa ahli parlimen daripada PKR diketuai oleh Azmin Ali berpecah bagi memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir.

Akan tetapi, jumlah ahli-ahli Parlimen Muslim baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang tidak mencapai majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat) secara keseluruhannya. Para intelektual, birokrat, anggota tentera dan polis yang beragama Islam berasa bimbang selepas kemasukan Ahli-ahli Parlimen Non-Muslim dan Muslim Liberal ke dalam Kerajaan yang baharu yang mencuba untuk melemahkan kedudukan Islam, orang Islam dan kaum Bumiputera, dengan cubaan meminda Perlembagaan, mengubah sistem Pembelajaran dan Pengajaran, Media Massa dan sebagainya dalam politik dan ekonomi yang mana telah mengejutkan orang Islam dan mereka melihat bahayanya situasi mereka.

Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (Taawun) secara jalan damai. PAS telah memilih hubungan dengan Tun Mahathir memandangkan sikap nasionalisya dan semangatnya mempertahankan Islam. Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya.

Dan bersama Anwar Ibrahim adalah AMANAH yang bersifat Islam liberal, dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan. Kami turut menolak campur tangan asing baik secara total, meskipun pertemuan-pertemuan kami dengan delegasi-delegasi ini yang datang menemui kami untuk cuba membina hubungan dengan bermanis muka, khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.

Kami telah menemui Tun Mahathir sebaik selepas Pilihanraya Umum untuk memahami situasi yang bahaya pasca-pilihanraya, maka Perdana Menteri Tun Mahathir selepas berbincang dengan kami telah mengusahakan pembaikan kedudukan orang Islam dari dalam Kerajaan dengan bantuan kami, para pembangkang, Ahli-ahli Parlimen Islam dan Non-Muslim yang bersikap sederhana dan yang bekerjasama dengan kami untuk menghadapi perancangan mereka tersebut, yang antaranya adalah untuk meminda Perlembagaan dan sebagainya, yang kemudiannya membawa kepada pertembungan yang sengit, kerana golongan pelampau daripada parti-parti Kerajaan yang menentang dan bersama mereka adalah sokongan Barat melalui Anwar Ibrahim yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir daripada tampuk kepimpinan Kerajaan.

Maka, pada tahun lalu, PAS telah menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah secara aman bagi membantah sebarang seruan kepada kesamarataan antara agama, tetapi PAS tidak menolak toleransi antara agama dan kebebasannya. Berdasarkan populariti PAS dalam kalangan rakyat, hampir 2 juta umat Islam telah menyertai himpunan tersebut.

Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang.

Seterusnya, dari pihak kerajaan, Parti Bersatu telah bertanggungjawab untuk mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, para profesor, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh pemikir, bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu sebagai platform untuk mengkaji kedudukan semasa masyarakat Melayu muslim.

Pihak penganjur Kongres telah memberikan jemputan khas kepada Muafakat Nasional untuk menghadiri kongres tersebut. Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres itu. Kemudian, Kongres telah mengeluarkan resolusi dimana antara lain menyebutkan kepentingan perpaduan sesama masyarakat Melayu Muslim untuk mendepani cabaran-cabaran semasa disamping meraikan hak-hak kenegaraan pelbagai kaum dalam sesebuah negara.

Setelah itu, PAS telah mengambil pendekatan secara aman dan mengelak sebarang bentuk demonstrasi. PAS telah pergi menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (YDP Agong) yang mengetuai Majlis Raja-raja dimanan anggotanya terdiri dari sultan-sultan bagi setiap negeri berdasarkan kedudukan masing-masing dari sudut perlembagaan, bagi menjelaskan situasi-situasi yang berbahaya serta keperluan negara untuk menukar kerajaan melalui saluran demokrasi menerusi parlimen.

PAS juga telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam dari Sabah dan Sarawak serta kaum Bumiputra Non-Muslim bagi mengumpulkan tandatangan (Surat Akuan Berkanun) dalam kalangan ahli-ahli parlimen dengan memperolehi majoriti seramai 133 orang daripada jumlah keseluruhan 222 orang ahli parlimen.

Apabila kami telah menerima majoriti, kami telah meletakkan kepercayaan kepada Tun Mahathir untuk mengetuai kerajaan baru selepas melaksanakan cadangan untuk melepaskan jawatannya daripada kerajaan dan keluar dari Majlis Kabinet kerajaan untuk membentuk kerajaan baru. Maka, YDP Agong telah meminta ikrar secara lisan secara langsung di hadapan beliau seorang demi seorang dari setiap ahli parlimen. Kemudian berlaku Gerakan balas daripada Pakatan Harapan dengan menyokong Tun Mahathir hanya untuk menunjuk-nunjuk sebagai satu bentuk tipu daya daripada kumpulan Anwar Ibrahim, AMANAH, dan DAP.

Mereka telah pergi bertemu Mahathir pada waktu pagi sambil menangis seperti menangisnya adik beradik Yusuf AS setelah mereka menghumban Yusuf AS ke dalam telaga, untuk menyerahkan kepada Mahathir cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sesungguhnya strategi licik ini adalah untuk memecahkan penyatuan kaum Muslimin dengan perkataan yang benar namun yang dikehendaki daripadanya adalah kebatilan!

Kemudian, PAS telah diajak untuk menyertai kerajaan di bawah kepimpinan Mahathir dan kami telah dicalonkan untuk diletakkan di kerusi Timbalan Perdana Menteri dan diletakkan juga untuk menjadi Menteri di beberapa kementerian. Perkara ini semua berlalu secara rahsia.

Gerakan yang digerakkan atas rasuah, rebut-merebut dan ancaman demi ancaman berlaku ke atas semua ahli parlimen bagi mendapatkan sokongan. Rupanya, Tun Mahathir telah terperdaya dengan tipu daya yang sangat licik itu. Kemudian, beliau telah pergi bertemu YDP Agong sambil membawa tandatangan kesemua ahli parlimen secara keseluruhannya. Akan tetapi, sebahagian ahli parlimen telah menarik balik sokongan kepada Tun Mahathir kepada sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Maka telah bangkit sejumlah ahli Parlimen beragama Islam menentang tipu daya licik ini secara rahsia dengan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang nombor dua kepada Tun Mahathir dalam partinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memberikan sekali lagi kepada YDP Agong senarai nama ahli parlimen yang menyokong pencalonan ini beserta tandatangan mereka.

Selepas YDP Agong bertemu dengan semua Pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.

Maka terbentuklah kabinet kerajaan yang baru, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nama Perikatan Nasional, yang majoritinya Muslim. Pakatan ini terdiri daripada beberapa parti komponen iaitu UMNO, PAS, BERSATU, GPS, sebahagian pemimpin PKR, MCA, MIC serta parti komponen daripada Sabah dan Sarawak.

Kemudian, Majlis Kabinet dibentuk tanpa melibatkan individu yang masih didalam perbicaraan mahkamah. Perkara ini dilakukan demi meraih kepercayaan rakyat. Ini lah yang dimaksudkan Islah yang aman tanpa sebarang demonstrasi, dengan sokongan rakyat, para pegawai kerajaan, tentera, polis, dan Majlis Raja-raja.

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Yang menyayangi kalian,
Abdul Hadi Awang
Presiden, Parti Islam Se-Malaysia
27 Rejab 1441/22 Mac 2020

Surat Presiden Pas kepada gerakan Islam: Halang Anwar yang disokong Freemason

DSAI adalah tokoh yang mampu menarik pelaburan dari Asia Barat.

Image may contain: one or more people and people sitting

Tokoh yang benar2 layak untuk dapat menarik pelaburan dari Asia Barat , ialah DSAI

CONTOH sahaja
Kumpulan Dallah Al Baraqa , Sheikh Abdullah Kamel , membuat kunjungan hormat ke atas DSAI dan bersedia untuk membuat pelaburan besar-besaran dalam sektor perbankan , kewangan dan sekuriti terutamanya. Difahamkan kekayaan , aset dan saiz perbankan GROUP ini TRILLION OF DOLLARS , bukan BILLION OF DOLLAR.

Bilion of DOLLARS sudah jadi 1FIGURE yang kecil sahaja hari ini. Kita di Malaysia sudah mampu bercakap angka BILLION OF DOLLARS. Najib saja pun BILLIONAIRE. Katanya duit pun banyak . Ada yang cakap puloh-puloh BILLION OF DOLLARS juga. Barangkali itu puncanya kot ada ulamak tergila-gila dan separuh gila menjerit BOSSKU – BOSSKU.

Hadi Awang kenal tak dengan Sheikh SALEH Abdullah Kamel , pemilik dan founder Dallah Al Baraqa GROUP ini ?.

Kalau betul Hadi Awang boleh menarik pelaburan juga , mungkin TITM dapat maklumat yang tidak tepat kot. Sebenarnya , Satu kesilapan jika menghantar Hadi Awang bagi tujuan menarik pelaburan dari negara-negara Arab.

Hadi Awang mungkin familiar di Timur Tengah , tapi mungkin terhad dikalangan ulamak tertentu sahaja , bukan dari kalangan pelabur , pemilik modal , penganalisis pasaran , pengurus dana , malah raja2 Arab

Kepercayaan , track record , latar belakang , excellent dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik tidak ada pada batang tubuh Hadi Awang.

Sehingga kan dalam negara pun , Mahathir tidak menggunapakai Hadi Awang untuk menarik misi pelaburan luar negara , khusus dari Asia Barat , walaupun kedua2nya agak rapat.

Tokoh yang digunakan oleh Mahathir ialah DAIM ZAINUDINN, iaitu rakan sepenCURIan nya.

#covid19
#stayathome
#dsaipelaburaldallahalbarakahgroup

Sidang khas Parlimen wajar : Dr. Aziz Bari

Dr Abdul Aziz Bari

IPOH – Sidang Khas Parlimen bagi membincangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar diadakan.

Pakar Perlembagaan yang juga bekas Exco Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, jika tidak kerana pandemik koronavirus (Covid-19), sidang tersebut perlu kerana sistem negara berasaskan demokrasi berperlembagaan.

Naib Pengerusi DAP Perak itu berkata, sistem pentadbiran negara yang bermodelkan United Kingdom tidak sama dengan sistem pemerintahan berpresiden seperti diamalkan di Amerika Syarikat (AS).

“Di AS selepas menang pilihan raya, seseorang Presiden tidak perlu bekerja dengan Kongres iaitu dewan perundangan dalam sistem itu. Sebab itu walaupun pakej rangsangan dilaporkan sangat besar melebih AS$ 2 trilion, ia hanya memerlukan perintah Presiden sahaja.

“Tetapi negara Westminster berbeza. Hayat dan kelangsungan cabang eksekutif perlu sahkan oleh Parlimen. Kerajaan boleh tumbang pada bila-bila masa, mungkin sehari selepas dilantik,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang mahu kerajaan memanggil Sidang Khas Parlimen selama dua hari bagi membincangkan pakej rangsangan ekonomi tersebut.

Abdul Aziz bagaimanapun berkata, terdapat kekeliruan mengenai cadangan menghadkan usul hanya kepada pakej rangsangan dan bukan perkara lain termasuk undi tidak percaya.

“Walaupun sesuatu usul itu bukan dinamakan undi tidak percaya, sekiranya dasar atau keputusan penting diumumkan oleh kerajaan itu ditolak oleh Parlimen maka Muhyiddin bersama Kabinetnya perlu meletakkan jawatan kerana ia merupakan prinsip diamalkan di seluruh negara Komanwel,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/76181/BERITA/Politik/Sidang-khas-Parlimen-wajar-Aziz-Bari

Usul undi tidak percaya dengan perbincangan pakej rangsangan ekonomi adalah dua usul yang berbeza. Tolong jangan putar-belit proses demokrasi dalam parlimen. Usul pakej rangsangan ekonomi boleh dimasukkan dalam usul belanjawan nanti. Sekiranya usul itu tidak mendapat majoriti mudah dalam parlimen, maka ahli parlimen bertanggungjawab dalam tidak meluluskan belanjawan untuk rakyat.

Berbeza dengan usul undi tidak percaya yang memerlukan sokongan majoriti mudah 112/222 sokongan kerusi parlimen sesuatu parti/individu itu untuk menerajui kerajaan.

KERAJAAN PENGKHIANAT PINTU BELAKANG MAKAN SUMBER REZEKI YANG HARAM.

1 REZEKI HALAL1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

Pemimpin Pas ni x takut ke kat allah..x malu ke kat allah…kebanyakannya org yg tinggi ilmu agama…byk juga org panggil ulamak dan utz…nak kan kuasa politik kata memperjungkan Islam…mengaku perjuangan berpandukan Quran dan sunnah…tp bila dah ada dlm kerajaan…

Dulu sibuk hudud skrg senyap
Dulu nak gubal ruu355 skrg senyap
Dulu bantah UEC skrg senyap
Dulu bantah 2 org cina dalam khazanah skrg 3 org pun senyap
Dulu perjuangan arwah Adib skrg senyap
Dulu kata harta Th kena jual dgn cina skrg senyap
Dulu marahkan Arak skrg senyap
Dulu marahkan judi skrg senyap
Dulu kata Duta khas membazir skrg senyap
Dulu kata umno lawan islam skrg kawan
Dulu kata Dap kapir skrg kawan dgn Mca,mic
Dulu lidah rasmi Pas kuat membangkang skrg menjilat
Dulu kata x nak jadi menteri skrg dpt jadi Duta pun melompat..sengih sampai ke telinga

Alasan skrg org sibuk covid19..lantik duta bole pulak..abis menteri lain cuti ke..semua isu x leh di timbulkan…abis yg suruh ikut doremon boleh pulak😂😂😂😂

Tak tau la apa islam yg di bawa oleh Pas ni…bila cakap org ..cakap pasal parti lain..perghh hebat..bila kena batang hidung.. senyap2 je hadam..siap link kat haramkah pun delete…islam ni agama dakwah..bukan untuk mencapai cita2 politik gunakan kecaman..masa membangkang semua org di kecam ..so wat u giv…u get back…akhirnya kecaman dtg balik dari anak didik parti Agama ni jugak…tp untuk menafikan kebencian org islam kat perjuangan Pas…mereka menuduh konon nya dari RBA la..anjing Dap la..dari org kapir yg mengaku islam..kerana ini la akan terus org bkn islam nampak buruk nya islam..hodoh nya cara hidup dan politik islam..wallahuallam

SIFAT ULAMAK HAKIKI ADALAH MEREKA YANG TAKUT KEPADA DOSA.

1 JANGAN BILA PENGKHIANT1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

[ ‘ibrah & perjuangan ]

PENDIRIAN SAYA (#1)
‘Ulamak sifatnya mesti TAKUTKAN DOSA

Semalam terdapat pimpinan Islam luar Negara menghubungi seorang AJK Biro Syariah Amanah, nyatakan mereka sungguh terkejut tatkala menerima surat melalui media sosial kepada mereka yg menggunakan letterhead Pas, dan tertera nama Haji Hadi Awang, Presiden Pas.

Surat 7 mukasurat itu ditulis dalam ‘Arab, bertarikh 22 Mac 2020. Sasarannya pasti pada pimpinan Arab. Maka saya yakin, surat itu jika benar ditulis oleh Hj Hadi Awang iaitu Presiden Pas, ianya ditulis 10 hari sebelum beliau ditabalkan habuan wakil rasmi PM ke luar negara bertaraf Menteri, jawatan yg kerap digunakan oleh Umno/Najib sebagai habuan politik buat penyokong yg berjasa, tapi tak berpeluang masuk dalam kabinet.

Jawatan yg sama dibuat TunM masa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) dengan lantikan pimpinan berbangsa Cina sebagai wakil rasmi PM untuk hubungan dgn Negara China yg pada masa itu memerlukan pelbagai negosiasi semula project raksasa oleh regim Umno/BN tree terdahulu.

Tapi lantikan PH itu tidak sesekali bertaraf Menteri seperti yg dikecapi oleh Presiden Pas melalui amalan Umno & Mahyuddin hari ini yg kerap dibantah keras oleh Pas sejak sekian lama. Tapi semalam bila Mahyuddin angerahkan taraf Menteri itu pada Presiden mereka, tiba-tiba Timbalan Presiden yg samalah terus mengucapkan tahniah pada Mahyuddin. Sifat hipokrit sungguh!

KEDUA

Kritikan saya tulis ini adalah pada batang tubuh Haji Hadi Awang, dia sbg “Presiden Pas” yg merupakan “musuh politik” kami yg mana beliau terlibat langsung menjatuhkan Kerajaan Pakatan Harapan pilihan rakyat dalam PRU14 baru ini, mengikut apa yg beliau katakan “kerajaan masuk ikut bumbung”.

Oleh itu, FAHAM betul-betul.

Saya tak rujuk Haji Hadi Awang itu sebagai ‘ulamak yg cukup diagungkan oleh penganut party Pas itu. Atau apa yg disebut oleh Pak Daeng dahulu, “Ustaz Hadi” itu yg seolahnya menjadi “ayatollah” seperti Syiah pada pentaksub Pas sehingga mereka sanggup menyokong apa jua keputusan dia yg salah sekali pun, tanpa berani tegur atau kritik.

Oleh itu bahasa politik saya pada musuh politik saya pastinya berbeza daripada pertuturan saya pada seseorang ‘ulamak yg wajib saya hormati atas sifatnya mereka takutkan Allah, tak berbohong dan tak berlaku khianat pada janji.

KETIGA

Saya yakin tulisan dalam surat itu juga BUKANLAH pendirian Kerajaan hari ini, sebab ianya ditulis oleh ketua party itu ketika belum pun dilantik sbg wakil bertaraf Menteri.

Saya merasakan mungkin, disebabkan kandungan surat itu jugalah, Mahyuddin sungguh gembira kerana kerja PM sudah menjadi mudah berhadapan dgn pimpinan antarabangsa dgn wujudnya surat itu. Maka dengan itulah dia habuankan jawatan bergaji besar setaraf Menteri itu untuk ketua party yg bersekongkol menjatuhkan PH sebulan yg lalu.

Jawapan Round #pertama saya;

(1) Tok Guru kata timbulnya komplot dalaman ( صراع داخلي ) penyingkiran TunM untuk digantikan dgn Anwar adalah sebab perpecahan dalaman dicetuskan oleh DAP, KeAdilan & Amanah (saya ikut tururan Tok Guru tulis)

JAWAPAN SAYA – itu pembohongan Tok Guru. Sebab sejak awal penubuhan PH tahun 2015 dan disertai Bersatu pada 2016, keputusan bertulis 4 ketua party adalah hanya letakkan TunM sebagai PM untuk tempoh 1-2 tahun sahaja, dan semua setuju Anwar diangkat sbg PM selepas itu. Keputusan itu bukan baru, bukan dibuat tanpa Bersatu atau TunM. Tulisan Tok Guru itulah pembohongan nyata & jahat.

(2) Tok Guru kata, komplot menaikkan Anwar itu dibuat dengan kerjasama Amerika, Europah, Singapore, Yahudi dan Freemason.

JAWAPAN SAYA – Allah melaknat para penfitnah! Itulah benda disebut Tok Guru pada saya ketika ziarah ke rumah beliau 2 bulan lepas tatkala saya bertanya kenapa Tok Guru cukup antikan Anwar jadi PM. Saya kata, mengapa Tok Guru mahu menidakkan keputusan & pendirian RASMI Pas sendiri sejak 1999 yg mana dia adalah AJK Pusat Pas masa itu, yg seterusnya diluluskan oleh pelbagai muktamar sejak hari itu, yg mahukan Anwar jadi PM. Ia bukan keputusan baru ini! Bohong.

Saya sebut, tak salahpun mana-mana Negara nak sokong Anwar, termasuklah jika benar wakil Duta Amerika dan Singapore datang ke rumah dia di Rusila memujuk dia bersama PH untuk PRU14 dalu.

Tapi adalah jahil sungguh kiranya hanya disebabkan sokongan luar, maka seseorang terus dianggap alat negara luar. Bayangkanlah Tok Guru kini Duta bertaraf Menteri tapi membawa kefahaman celaru itu dalam hubungan diplomasi antarabangsa? Pasti satu kecelakaan akan berlaku pada Malaysia.

Saya katakan kalau itulah pendirian Tok Guru, sepatutnya Tok Guru mesti lebih takutkan Umno/BN atau Najib, sebab Umno/BN/Najib disokong penuh bukan sahaja oleh Amerika, tapi oleh Israel, India, China, bahkan pelbagai bantuan kepakaran media disumbangakn untuk Umno/BN pada PRU lalu oleh Israel.

Pada sessi ziarah dan soal-jawab saya dahulu, bila saya hujjah begitu, Tok Guru itu hanya mampu menghadiahkan tengkingan “ana tahu, enta tak tahu…”, dan “enta dah kena tipu dengan Anwar” sebagai hujjah lawannya.

(3) Tok Guru kata sebelum PRU14, PH gunakan TunM untuk berlawan jatuhkan Najib. Tapi bila dah menang PRU14 – DAP, KeADilan dan Amanah melawan untuk jatuhkan TunM pula dan mahu naikkan Anwar disebabkan pendirian TunM yg mereka bantah, termasuklah membantah (1) Polisi berlawan dgn Barat, (2) Sebab TunM sokong Palestin, (3) Sebab TunM sokong Kashmir, Myanmar, dan Uyghur.

JAWAPAN SAYA – jahat sungguh fitnah oleh Tok Guru ini. Itulah yg kerap saya sebutkan terdapatnya banyak ahli-ahli politik yg celaka kerana cukup suka menggunakan pengaruh dan ketaksuban pengikut pada mereka untuk berbohong mengekalkan pengaruh. Sebab Tok Guru itu tahu setiap apa sahaja yg dia cakap tak akan langsung dibantah apatah lagi dikritik oleh penganut Pas, sekalipun #fitnah itu adalah sangat nyata dan jahat.

Baru ni masa ziarah ke ruamh Tok Guru itu juga dia sebut, wajib tolak Anwar daripada jadi PM, sebab dia mendapat maklumat daripada Polis, SB, Bukit Aman, dan Agent Perisikan Antarabangsa bahawa Anwar bersetuju untuk buka satu “Pengkalan Laut Amerika” di Sabah jika dia jadi PM. Huh…

Dan satu lagi yg lebih bersifat kerosakan aqidah, apabila Tok Guru itu berkata akhlaq Anwar buruk disebabkan Anwar suka pada bini-bini orang lain dan juga suka pada lelaki muda yg cantik. Saya ingatkan Tok Guru, dosa #qazaf adalah amat besar pada aqidah kita.

Pun sekali lagi saya diherdik, ana tahu enta tak tahu.

(4) Tok Guru kata – Pas keluar dariapada kerjasama bersama Barisan Alternatif & Pakatan Rakyat selepas bersama sejak 1999-2012.

JAWAPAN SAYA – bohong juga. PRU13 berlaku pada 2013, dan beberapa PRK berlaku pada 2014 & 2015. Pas masa itu bersama PR dan mendapat kerusi yg tertinggi dalam sejarah party. Bahkan sehingga 2015 itu jugalah beberapa kali Tok Guru dan pimpinan Pas itu berkata adalah wajib hukumnya menyokong PR & DAP, dan haram memberi undi pada Umno/BN. Berlambak kenyataan itu di internet.

Faktanya Pas keluar PR pada 5 Jun 2015, (bukannya 2012), melalui veto yg diberikan ketika muktamar Kuala Selangor, yg ditentang oleh semua perwakilan yg dihalang daripada berucap.

Faktanya juga, usaha pimpinan Pas untuk keluar daripada PR hanyalah bermula sejak Umno melalui Menteri Agama mereka pada 28 Mac 2014 mencabar Pas membentangkan HUDUD ke Parlimen untuk Umno sokong, dengan syarat Pas wajib keluar daripada PR. Itu sejarahnya!

Namun masa itu gagal sebab Tok Guru Nik Aziz masih hidup dan menolak terus perangkap Umno yg jahat itu hinggalah kewafatan Tok Guru Nik Aziz pada 2015.

Itu #fakta yg dibohongi dalam surat.

(5) Tok Guru tu kata matlamat Pas adalah untuk berkhidmat pada agama Islam & kaum Muslimin.

JAWAPAN SAYA – ini mungkin pindaan matlamat yg baru dibuat pada perlembagaan mereka, yg saya tak tahu. Kerana selama 30+ tahun saya bersama dan menerajui kepimpinan party itu, adalah kerana masa itu matlamatnya adalah perjuangan dakwah siyasah untuk ummah & Negara keseluruhannya, “Islam for All”, bukan untuk muslim sahaja.

Itu sahaja untuk round ini…

Saya dedahkan di sini juga (lampiran). Pada satu Mesyuarat Pas Pusat pada 12 September 2009, seramai 35 orang daripapda 37 AJK Pas termasuk Tok Guru Nik Aziz, Ustaz Fadzil Noor (kecuali dua yg berkecuali) bersetuju untuk Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri pada PRU masa itu.

Pada tahun 2009 (10 tahun selepas itu), saya bertemu dengan salah seorang yg tak sokong sebelum itu, menyatakan beliau pun “dah sokong Anwar” sebagai PM berdasarkan situasi semasa itu.

Keputusan 1999 itu terus diabsahkan oleh setiap kali berlangsungnya muktamar party sejak itu…

Untuk itu saya sebutkan, keputusan menolak Anwar daripada jadi PM ini hanyalah keputusan Pas sebaik sahaja mula “menjalin hubungan intim” dgn Umno sejak selepas dipancing oleh Umno melalui umpan hudud tahun 2014 yg lalu…

wallahu’alam.

Ahmad Sayuti Bashiron
Shah Alam | 3 April 2020

Kegawatan Ekonomi, Tanda Kemurkaan Allah SWT ?

 

1 REZEKI HALAL UTK ANAK ISTERI

[Kegawatan Ekonomi – What’s that Pokemon?]

Rasanya ramai yang belum sedar yang dunia dan Malaysia tengah, akan dan bakal gawat.

Indonesia dah umumkan yang dia tengah bersedia untuk gawat.

Singapura pun dah jangka tahun ni tahun gawat.

BNM esok akan umumkan jangkaan untuk Malaysia pulak.

Gawat ni bukan terhad masa waktu PKP je. Waktu PKP memang ramai tak ada pendapatan, terutama yang buka kedai dan bergantung pendapatan harian. Yang kita kena sedar, lepas tamat PKP pun ekonomi takkan pulih macam sediakala.

Sebab gawat ni apa? Ahli ekonomi kata gawat atau ‘recession’ ni disebabkan ‘keruntuhan demand’. Kalau kita fikir2 tentang kehidupan, kita akan dapati yang kita semua bergantung pada demand orang lain. Kalau orang tu nak kepada produk atau servis kita, dia akan bayar kita dan kita dapat income.

Sama jugak, belanja kita akan jadi income orang lain (rujuk gambar). Kita hidup dalam rantaian kebergantungan, ‘circle of life’. Kalau demand keseluruhannya runtuh, ramai tak membeli dan ramai yang tidak dapat pendapatan. Natijahnya ramai akan kena buang kerja. Itulah gawat.

Gawat Covid ni ada dua tahap:

Tahap 1 : Masa China sahaja ada wabak

Masa ni kita risau sebab rakyat China kena kurung. Risau sebab berjuta rakyat China yang melancong ke sini tak datang, dan produk kilang kita tak dapat hantar ke sana sebab kilang sana tutup.

Masa tahap 1 ni impak ekonomi ada, tapi tak begitu teruk. Yang kesian syarikat pelancongan, hotel, dan beberapa kilang.

Tahap 2 : Satu dunia ada wabak

Inilah yang sebenarnya merisaukan dan menyebabkan gawat yang mungkin teruk. Satu dunia kena dan negara2 besar lockdown. Mereka tak keluar dan tak membeli, kalau beli pun barang2 keperluan saja.

Impak ekonomi kemungkinan teruk dan terkena pada sebahagian besar industri. Industri pelancongan sudah tentu terkena, industri lain seperti minyak pun kena (ramai tak memandu), dan kalau ramai yang terkena industri yang tidak terdedah secara langsung pun akan rasa tempiasnya.

Mungkin ramai yang tidak ada kerja dan kalau dibuang kerja, sukar untuk mencarinya di tempat lain. Itulah erti kegawatan.

Jangan begitu gembira dan terus berbelanja sakan bila kerajaan umumkan dapat bantuan dan hutang ditangguh. Bantuan itu untuk sesetengah keluarga adalah bantuan ‘survival’ ketika gawat mula menggigit.

Tahun ni tahun ‘ceking’. Jangan ingat orang2 tertentu saja kena, sebab rantaian kebergantungan kita panjang dan mungkin akan terkena hatta cik Kiah penjual goreng pisang.

Kjaan semburit tebok atap tak mungkin mampu tanggung keperluan rakyat kerana dalam setahun dianggarkan perbelanjaan pengurusan saja dah cecah RM300 billion. Sekarang sumber pendapatan negara lumpuh sepenuhnya, petroleum, IKS, perkilangan, pembuatan, pelancongan dan pertanian..
rezab BNM ada RM400 billion untuk kemudahan membayar pinjaman antarabangsa..

Dari sumber mana, kjaan nak dapat hasil..kecuali terpaksa guna rezab BNM, itu pun dpt bertahan untuk tempoh 3 bulan saja..

Kuliah pra magrib
by mosabit on track

Akhlak yang buruk kerana emosinya rosak

1 AKHLAK BURUK EMOSI ROSAK1 PINTU TAUBAT 6 J

Akhlak yang buruk kerana emosinya rosak

AJARAN ISLAM MANA AJAR BERMUSUH?

Saya tidak banyak menulis tentang politik di kala Covid-19. Masa yang terluang begitu banyak ini saya mengambil kesempatan untuk menyatukan hati bangsa Malaysia yang dirobek perpaduannya oleh permain2 politik.

‘Bukan dari umatku, mereka yang meneriakkan perkauman…’ itu sabda Baginda Rasulullah SAW. Bukan kata dari saya dan jika non muslim membaca fahamilah agama saya tidak mengajar umatnya untuk bersikap rasis. Mereka yang rasis itu mereka tidak mengamalkan Islam yang betul.

Rasulullah SAW tidak pernah dalam hidupnya memperjuangkan bangsanya. Malah dalam sejarah baginda memuliakan sahabatnya seperti (lelaki berkulit hitam). Ketika Mekah dibuka Rasulullah menyuruh Bilal panjat ke atas Kaabah dan melaungkan Azan.

Bagi kaum Musyirikin yang masih menebal sikap perkaumannya berkata…”tak sangka sepanjang kita masih hidup ada ‘gagak hitam’ (Bilal) naik atas Kaabah.” Nabi hapuskan kesombongan Quraisy dengan menaikkan seorang lelaki berkulit hitam di atas kaabah.

Siapakah yang ingin membunuh Nabi? Kalau bukan kaumnya sendiri. Retorika kaum angkara rosaknya emosi. Emosi yang rosak akan sesat dan akan membutakan hati. Malah dalam sejarah baginda sangat menjaga akhlaknya dengan non muslim.

Ya! Melayu cemburu kerana mereka rasakan bangsa Cina lebih maju dari mereka. Wahai saudara sebangsaku… kita tidak akan berjaya memperolehi kejayaan jika kita hanya komplen orang lain sedangkan kita tidak mahu berusaha seperti mereka.

Ramai cendiakawan sejak dulu seperti Abdullah Munsyi, Pendita Zaaba, Prof. Engku Aziz, Prof. Syed Hussein AlAttas, Tun Mahathir sendiri menceritakan tentang sikap orang Melayu dalam pelbagai persepsi seperti sukar berubah, iri hati, pemalas, tiada wawasan dan bermacam-macam lagi.

Kerja kita menuding kepada bangsa yang datang ke negara ini dan berusaha dalam kehidupan mereka sehingga boleh berjaya.

Siapa sudah menonton video ucapan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong. Apa kata dia di hadapan pelbagai kaum di Singapura…” Islam adalah agama ulung di dunia. Ia menekankan kedamaian……”

PM Singapura itu memuji Ustaz Zahid Zin yang banyak membuka kelas2 agama, malah memuji Ustaz Zahid Zin memanggil orang bukan Islam ke kelasnya. Lee Hsien Loong memuji sikap Ustaz Zahid Zin yang hadir menziarahi pengkebumian saudara
Budhanya.

“Saya harap beliau (Ustaz Zahid Zin) akan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua”.

Singapura dan Malaysia adalah dua jiran yang berbeza. Malaysia dikuasai bangsa Melayu dan Singapura dikuasai bangsa Cina. Cara sistem keselamatan hampir sama di mana ketenteraan, polis dan jawatan penting di negara Singapura dikuasai bangsa Cina sepertimana di Malaysia dikuasai bangsa Melayu.

Tapi jika melihat PM Singapura itu berucap tentu kita rasa terharu andaikata Tun Mahathir dahulu memuji LGE pasti akan muncul dari mulut orang Melayu yang rasis… habislah Tun kini menjadi barua Cina. Mengapa orang Melayu berkata demikian… ia kerana emosinya yang telah dirosakkan telah membutakan hatinya.

Akhlak PM Singapura itu yang pandai menjaga perpaduan kaum, menghormati agama orang lain patut diteladani oleh pemimpin negara, malah bukan Melayu tetapi juga pemimpin2 DAP sendiri.

Hari ini kita tengok ada bangsa Cina menolak untuk penyewa Melayu membayar sewa rumahnya. Kita lihat bagaimana doktor2 Cina dan India bersama-sama doktor Melayu bersatu hati menolong orang2 Melayu yang beribu2 terkena jangkitan Covid-19.

Sudah2lah rasis tersebut. Abu Lahad, Abu Jahal dan orang Quraisy saja dulu yang bangga dengan bangsanya berasa seperti diaibkan apabila melihat Bilal diberi penghormatan begitu tinggi. Sedarilah jika kita ingin maju atau kaya seperti mereka, bekerjalah seperti mereka.

Ingatlah bukan kehebatan bangsa yang membawa kita ke syurga tetapi ketaqwaan kita. Bacalah sejarah Nabi dan sejarah para sahabat yang menunjukkan akhlak yang baik kepada bangsa2 atau agama lain. Abu Lahab dan Abu Jahal sudah lama pergi jangan ada lagi selepas 1400 tahun orang masih berpemikiran Jahiliyah.

Norman Radzuan