Suara Dr Maza dan Dr Rora serta ISMA tidak kedengaran lagi

1 PENGKHIANAT

Jika benar mereka yang mencetus kempen #bmf buy muslim first ini ikhlas berkempen, maka produk yang paling awal mereka tolak adalah Mercedis dan menggantikannya kepada ‘proton perdana
‘SUDAH TIDAK KEDENGARAN LAGI “BUY MUSLIM FIRST” SEKARANG INI!!!

Suara Dr Maza dan Dr Rora serta ISMA tidak kedengaran lagi menyuruh umat Islam membeli barangan Islam.

Kempen #BMF pun dah tak wujud lagi sekarang ni memandangkan tujuan utama kempen ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan PH.

Kempen ini tidak pernah bertujuan untuk membela orang Melayu atau pun Islam.

Kempen ini semata-mata mahu memburukkan kerajaan PH dahulu dan menjatuhkan kerajaan PH.

Mudah kita katakan kempen ini adalah kempen munafiq dan bohong tajaan Dr Asri dan ISMA.

ISMA itu sendiri pertubuhan yang menyamar Islam tapi sebenarnya memperjuangkan Assabiyyah sempit dan Ketuanan Melayu.

Pemimpin2 ISMA pun bukanlah mereka yang dikenali sebagai alim ilmuan Islam yang diiktiraf. Hanya sekadar ustaz2 biasa je pun.

Sudah dari awal Tulang Besi nampak kempen ini tidak ikhlas berdasarkan beberapa sebab:

1.0 Barangan2 yang banyak hendak diboikot itu adalah buatan “Multi National Corporations (MNC)”. Ini petanda kempen ini adalah kempen membunuh diri mustahil pada masa ini kita boleh bersaing dengan MNC2 seluruh dunia.

2.0 Orang2 Melayu Islam sudah pun menggunakan barangan buatan Islam terutamanya berkaitan dengan bahan-bahan makanan dan kegunaan harian. Tidak perlu mengadakan kempen seperti ini lagi malahan ianya sia-sia.

3.0 Kempen ini berasal dari kempen “Boikot Barangan Cina” yang dilancarkan oleh PAS dan mereka-mereka yang kecewa dengan kekalahan PRU 2018. Hanya kerana takut didakwa dan ditangkap Polis kerana tuduhan menaikkan sensitiviti kaum maka ianya dirubah kepada “Buy Muslim First”.

4.0 Syarikat bukan Islam di Malaysia banyak mengambil orang Islam sebagai pekerja. Kalau tutup syarikat-syarikat ini, adakah Dr MAza dan Dr Rora mahu mengambil pekerja-pekerja Melayu bekerja dengan mereka?

5.0 Kempen ini mendapat sokongan UMNO dan PAS secara terbuka menandakan ianya kempen berbau politik dan bukannya untuk membantu orang Melayu dan orang Islam.

6.0 Sudah terlampau banyak skim dan bantuan kerajaan untuk Bumiputra dan orang Melayu, apa perlu lagi kempen seperti ini? Sepatutnya diperiksa mengapa program-program ini tidak membuahkan sebarang hasil sewaktu BN memerintah dulu.

Sekadar menjual Islam untuk mencapai target politik murahan. Islam diperalat untuk mencapai tujuan politik perkauman sempit.

Semoga Allah SWT menurunkan balaNya kepada mereka-mereka yang mejual agama Allah dengan harga yang murah dan hina ini.

Dr. Maza dan Dr. Rora sudah tiba masanya mereka membuang baju Islam Sunnah mereka dan menunjukkan sikap mereka yang sebenar yakni aqidah perkauman Melayu sempit.

Islam cuma bahan mainan sahaja kepada mereka-mereka ini. C&P.

Makhluk Ajaib

1 PENGKHIANAT MESIR

Makhluk Ajaib

Walaun adalah makhluk yang ajaib, mereka ini akan sentiasa taat dan patuh pada pimpinan walau apa yang di perintah itu salah dari segi agama. Bila hukum fiqh pimpinan mereka berubah dengan perubahan kerjasama politik, begitu juga lah dengan perubahan ijtihad mereka. Akal yang Allah kurniakan pada mereka telah mereka sewakan pada ulama-ulama. Sebab itu tahun 1981, bila ulama mereka kafirkan UMNO, mereka turut mengkafirkan UMNO, sampai ada yang mati melawan polis. Katanya undang-undang thoghut.

Itu ada yang mati melawan polis, yang bugrah dahulu boleh di katakan syahid, kini bila hendak bersama UMNO, tiba-tiba yang syahid tadi bukan perkara yang penting. Jangan kita tersilap, walaun ini ada dari semua shape and size, dari nelayan sampai la ke pensyarah universiti. Mereka mungkin dari golongan profesional atau pun agamawan tapi bila kena tang ulama mereka, mereka ibarat حمار yang membawa barang dagang

Hari ni kita lihat satu lagi hipokrasi mereka, dulu mereka kritik kata lantikan duta politik bertaraf menteri adalah membazir dan haram, kini bila benda itu mendatangkan laba, tiba-tiba di datangkan wahyu dari langit tentang kewajiban lantikan tersebut. Walhal Islam telah sempurna 1400 tahun yang lalu.

Lalu berkerumun lah ternakkan meragut rumput kawasan orang lain cuba menyebarkan fatwa yang baharu bahawa jawatan itu adalah satu tindakan yang tepat. Ternakkan tadi sendiri tidak faham pun apa yang di tulis, di sangkakan mendapat pahala mempertahankan ulama mereka. Apa hubungan timur tengah malaysia yang rosak zaman PH? Dengan Covid-19 paling kurang travel ban sampai hujung bulan 5, apa yang boleh duta khas buat selaind dari makan gaji buta?

Nak pulih hubungan 2 hala apa? Hubungan antara kaum di malaysia pun hancur akibat bermain politik bumi hangus. Sesama muslim yang berlainan parti pun di kafirkan dan putus silaturahim, ini hendak baiki hubungan luar negara? Dengan Syeikh Yusuf Qardawi pun dia boleh kata pekak, nak pulih apa lagi?

Tuan-Tuan, ini yang di maksud kan dengan “menjadikan ulama-ulama mereka sebagai tandingan untuk Allah”. Hukum mereka , kompas moral mereka boleh berubah sesuka hati ikut selera ulama mereka padahal benda itu satu ketika dahulu mereka pernah tentang. Apa yang Allah larang itu yang mereka buat dan apa yang Allah suruh, itu yang mereka larang.

Dan paling hebat ialah walaun, mereka boleh proses apa sahaja dari Ulama mereka dengan lembut. Kalau dahulu di katakan UMNO itu najis, kini najis yang sama mereka boleh usap belai dan di jadikan suri hati. Dulu di kata jawatan duta membazir dan hina bagaikan nanah, kini jawatan yang sama di telan bagaikan madu syifa. Daya cognitif mereka hampir beku bila bertembung antara hukum Allah dan hukum Parti.

Cuma yang saya agak geli hati, padan la seminggu dua ini menulis English bagai nak rak kalah yang nak ambil exam TOEFL, rupanya nak tunjuk capabilities nak jadi duta ya? Sorry buddy you can fool walaun’s, but you still can’t polish a turd.

PS: obefiend itu troll, i know that

Kredit : Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Pas cadang kecilkan saiz Kabinet, buang menteri yang cetus kontroversi

1 PINTU TAUBAT 6 J1 SEMBURIT PEROGOL BERSATU1 HELI MARA1 CAYANG UMMEI

Pas mencadangkan agar kerajaan mengecilkan saiz Kabinet dengan cara membuang mana-mana menteri dan timbalan menteri yang memberikan cadangan kontroversi agar perbelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan.

Cadangan ini diberikan oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas ketika kerajaan berhadapan dengan kejatuhan harga minyak dan ketidakstabilan mata wang Ringgit menyebabkan senario ekonomi negara yang sangat membimbangkan.

“Mengurangkan saiz kabinet agar ia sesuai dengan nisbah negara. Menteri dan timbalan menteri yang sering memberikan cadangan kontroversi boleh dibuang agar pembelanjaan mengurus kerajaan dapat dikurangkan,” kata beliau ketika.

Cadangan ini diberikan oleh beliau pada tahun 2015, namun ia sangat sesuai dilaksanakan sekarang ketika sais Kabinet yang terlalu besar tambahan pula dengan perlantikan Duta Khas bertaraf menteri.

Padahal Duta Khas itu tidak boleh lagi menjalankan tugas buat masa ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan akibat Covid-19.

“Kedudukan terkini bebanan yang dihadapi oleh rakyat sudah di tahap mencekik leher. Laporan pemberhentian pekerja oleh pelbagai sektor dengan jumlah ribuan pekerja, serta kenaikan kos hidup yang kini amat memuramkan suasana sosiopolitik negara,” tulis Tuan Ibrahim ketika itu.

Bagi beliau, ombak kemelesetan ekonomi sudah dirasai meskipun kerajaan yang suka bermain dengan nombor-nombor statistik dengan rakyat enggan mengakui secara terbuka.

“Tindakan segera ini perlu diambil untuk mengelakkan situasi panik di kalangan rakyat bawahan.

“Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang ‘high maintenance’ kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros, membazir dan tidak ekonomi,” kata beliau.

Bagi menghadapi situasi ini, berikut ada beberapa cadangan yang boleh dilaksanakan segera, termasuk mengecilkan sais Kabinet dengan memecat menteri dan timbalan menteri yang membuat cadangan kontroversi.

Antara menteri yang memberikan cadangan kontroversi ketika negara sedang menghadapi wabak Covid-19 sekarang adalah:

1. Menteri Alam Sekitar dan Air (Mewa). Antaranya beliau mencadangkan agar kementeriannya mengkaji pencemaran virus Covid-19 dalam air kumbahan.

2. Menteri Kesihatan. Menteri ini berkata meminum air suam boleh mencegahkan Covid-19. Di samping itu beliau telah mendedahkan identiti pesakit Covid-19 yang bercanggah dengan Akta Perubatan.

3. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mencadangkan agar wanita bersolek di rumah seumpama pergi ke tempat kerja serta bersuara Doraemon ketika meleteri suami.

4. Menteri Dalam Negeri. Beliau mempertikaikan Menteri KDN sebelum ini padahal ia adalah Perdana Menteri sendiri.

5. Menteri Pengajian Tinggi. Beliau lambat memberikan arahan yang jelas kepada pelajar selepas kerajaan mengarahkan universiti ditutup akibat dari Covid-19. Akibatnya perhentian bas dan keretapi penuh sesak dengan pelajar yang ingin balik kampung yang menjadi salah satu tempat penyebaran Covid-19.

6. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau telah memakai baju PPE yang sangat bernilai untuk petugas barisan depan untuk berlakon menyembur air sanitizer sambil menulis MENTERI pada dahinya.

7. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Beliau mencadangkan agar Penerbangan Malaysia memastikan pakaian pramugarinya menutup aurat ketika masalah yang dihadapi oleh kakitangan Mas terutama pramugari adalah hilang pekerjaan kerana Covid-19.

8. Perdana Menteri. Ini kerana beliau telah melanggar arahan kerajaan yang membenarkan hanya ketua keluarga sahaja yang dibenarkan keluar untuk membeli belah. Sedangkan beliau membawa isterinya pergi membeli belah.

Pas cadang kecilkan saiz Kabinet, buang menteri yang cetus kontroversi

Klik untuk membaca cadangan dari Timbalan Presiden Pas.

Bank Dunia ramal KDNK M’sia 2020 negatif 0.1% – Kerajaan Pintu Belakang (PB) Tidak Pandai Mentadbir.

image placeholder

AMACAM PUAK WALAUN-CAI? SERONOK HGPA SOKONG KERAjaan PINTU BLKG JAMBAN?

Hgpa nak sgt bukan? Hah…ambik. Hgpa ingat rezab byk boleh ditarah tanpa aktiviti ekonomi yg sustainable?

Sebenarnya ini membayangkan kesan yg parah pada ekonomi dan kehidupan rakyat. Maksudnya kpd kita semua termasuk walaun-cai. Akan ramai yg hilg pekerjaan.

Yg membimbangkan ialah selain ringgit kita jatuh, kita punya kerajaan yg mempunyai Trust Deficit di mata Pelabur dan Negara2 asing. Kita perlu pantau apa akan berlaku kpd Bursa Malaysia dan FDI nanti.

Ia berlaku kpd byk negara sbb itu Amerika dan Australia mengambil initiatif membayar dulu gaji rakyatnya utk 4 hingga 6 bulan.

Aku tak berhasrat nak ulas panjg pd waktu ini. Baca, hadam dan perhatikan…lain kali kita bincang.

– Zus Din
31 March 2020
……………………………….
Bank Dunia ramal KDNK M’sia 2020 negatif 0.1%

Bank Dunia meramalkan Malaysia berdepan kemelesetan ekonomi bagi tahun 2020, dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) dianggarkan pada kadar negatif (-) 0.1 peratus.

Dalam penerbitannya berjudul Kemas Kini Ekonomi Pasifik dan Asia Timur bulan April, Bank Dunia meramalkan hanya dua negara di Asia Tenggara yang mengalami pertumbuhan negatif, iaitu Malaysia dan Thailand.

Menurut Bank Dunia ramalan itu mengambil kira pertumbuhan Malaysia yang semakin perlahan sejak separuh kedua tahun 2019 dan sedang berdepan pula dengan gangguan ekonomi berskala besar, yang dijangka berlarutan sepanjang tahun.

“Amatlah penting untuk diketahui bahawa anggaran ini mempunyai darjah ketidakpastian yang tinggi, bergantung pada perkembangan pesat wabak, baik di dalam negara atau di peringkat global, serta polisi tindak balas susulan,” katanya.

Bank Dunia menjangkakan eksport bersih dan pelaburan mengecut pada 2020 sementara penggunaan swasta (private consumption) yang merupakan penggerak penting terhadap pertumbuhan negara, mengalami penguncupan daripada 7.6 peratus pada 2019 kepada 1.6 peratus tahun ini.

“Yang lebih signifikan adalah kehilangan pekerjaan dan pendapatan dijangkakan (berlaku) di kalangan golongan 40 peratus terbawah (B40), malah (turut berlaku) di kalangan 40 peratus pertengahan (M40).

“Bantuan ekonomi yang berkesan sangat bergantung terhadap bantuan sosial sedia ada yang teruji, seperti Bantuan Prihatin Rakyat dan program Bantuan Sara Hidup serta insurans sosial pekerjaan seperti KWSP dan Skim Insurans Pekerjaan,” kata Bank Dunia.

Selain cabaran ekonomi, Bank Dunia berkata Malaysia akan berdepan isu kestabilan politik ekoran perubahan kerajaan baru-baru ini dan kegiatan kewangan yang terbatas.

“Bantuan polisi kewangan yang lebih bersasar diperlukan untuk mengekang impak krisis terhadap isi rumah dan perniagaan yang melemah, selain meningkatkan keupayaan kesihatan awam.

“Keadaan bertambah rumit dengan kejatuhan harga komoditi yang akan menambah tekanan terhadap (batas) ruang fiskal dan seterusnya meningkatkan beban ke atas dasar kewangan sebagai kunci utama polisi,” jelas institusi itu lagi.

Walaupun Putrajaya telah memperkenalkan pelan rangsangan berjumlah RM250 bilion minggu lalu, suntikan fiskal langsung hanyalah sebanyak RM25 bilion, atau 1.26 peratus nilai KDNK bagi tahun 2019.

Putrajaya menjangkakan defisit belanjawan Malaysia akan bertambah kepada 4 peratus nilai KDNK bagi tahun 2020.

https://m.malaysiakini.com/news/517918

JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK – Tamrin Tun Ghafar

1 PENGKHIANAT MESIR1 PINTU TAUBAT 6 J1 WAJAH PAS SEBENAR.1 kuda terbaik

JANGAN SAMPAI MAKCIK KIAH MERAJUK

Tamrin Tun Ghafar

Selasa – 31/03/2020
( 1 – 18 )
1. Sejak dijadikan lambang yang mewakili rakyat, khusus yang memerlukan bantuan kewangan oleh Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin, nama Makcik Kiah sudah menjadi sebutan ramai sehingga katanya ada yang bercadang menamakan anak perempuan yang bakal dilahirkan dengan nama Kiah atau Rokiah.

2. Pakej Rangsangan Ekonomi yang berjumlah RM250 bilion adalah merupakan pakej ketiga terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat dan China, diikuti oleh Kanada, Australia, Eropah dan Singapura.

3. Ini bukan saja membuktikan komitmen Kerajaan Perikatan Nasional ( PN ) pimpinan Muhyiddin bagi membantu rakyat yang susah akibat penularan wabak penyakit CORONAVIRUS atau COVID19 tapi yang tidak kurang penting ia juga membuktikan kepada dunia Malaysia masih punyai kedudukan kewangan atau simpinan yang begitu besar dan kukuh yang boleh dibelanjakan bila – bila masa , dan TANPA PERLU mendapat kelulusan Parlimen terlebih dahulu.

4. Sama ada nama sebenar Makcik Kiah ialah Rokiah dan sama ada beliau merupakan ibu kepada Dr. Marzuki Mohamad, orang kanan Muhyiddin sendiri, itu tidak penting.

5. Selesai sahaja Pakej Rangsangan itu diumumkan, ribuan rakyat menadah tangan menzahirkan kesyukuran mereka.

6. Suasana kesyukuran ini mengimbau kembali peristiwa di Temerloh apabila Najib, bekas Perdana Menteri ketika itu mengumumkan rancangan Felda Global Venture ( FGV ) anak syarikat FELDA mengapungkan sahamnya, manakala yang memberontak tidak setuju dengan rancangan itu dilabel sebagai ‘Haram Jadah’ oleh beliau.

7. Janji Najib setiap Peneroka Felda akan jadi kaya dan ada yang bakal jadi jutawan luntur apabila saham FGV menjunam jauh dari nilai pengapungan sebenar – itulah nasib malang peneroka Felda.

8. Ahli – ahli akademik dan hampir kesemua akhbar termasuk yang berbahasa Cina dan Tamil menzahirkan kegembiran mereka di muka hadapan dengan segala pujian; apa tidaknya dalam suasana ekonomi di mana ‘Dapur Mula Tak Berasap’ hampir majoriti rakyat akan mendapat sekurang – kurang RM4000.00 seorang; rakyat tersenyum lebar seolah – olah bermimpi berada di taman bunga.

9. Tidak ketinggalan ada juga yang mengatakan Muhyiddin ‘The Best Prime Minister Since Merdeka’ atau ‘Perdana Menteri Yang Terhebat Sejak Merdeka’.

10. Tak sampai seminggu pun sudah ada komen – komen dan analisa dari beberapa tokoh dan penulis terkemuka berhubunan Pakej Rangsangan bagi Makcik Kiah itu.

11. A Kadir Jasin mengemukakan secara terpinci dan amat mudah difahami umum jumlah sebenar yang Makcik Kiah akan dapat iaitu HANYA RM800.00 sahaja BUKAN RM4000.00 seperti yang diumumkan oleh Muhyiddin.

11. Yang hairanya analisa Kadir DISAHkAN tidak lain tidak bukan oleh Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang bertanggungjawab menyediakan pakej tersebut.

12. Pengesahan atau pengakuannya semasa ditemuramah di Stesen TV baru – baru ini oleh Tengku Zafrul yang dikatakan ‘Pakar Kewangan’ yang dibawa khas dari CIMB ke dalam Kabinet ini sudah barang tentu menjadi tajuk perbualan umum.

13. Rakyat kini terutama kalangan B40 yang pernah mendapat bantuan Kerajaan melalui beberapa skim mula mengesyaki ada yang tak kena dengan pengumuman tersebut.

14. i. Jika Kerajaan begitu yakin mempunyai dana yang cukup mengapa pula pembayaran dicadangkan diberi secara berperingkat-peringkat:

a) pembayaran pertama pada hujung bulan April sedangkan Puasa bermula pada 24hb April ini.

b) Pembayaran kedua pada bulan Mei berkemungkinan besar selepas Hari Raya.

Rakyat kini TERLALU perlukan bantuan kewangan secepat mungkin bukannya seminggu lagi apatah lagi pada hujung bulan April dan Mei.

ii. Betulkah Kerajaan mempunyai sumber kewangan sebanyak itu ( RM250 Billion ) sedangkan Petronas yang menjadi penyumbang utama ekonomi negara kini berada dalam keadaan AMAT KRITIKAL?

iii. Ekoran penutupan kilang – kilang dan lain – lain perniagaan , sumber kewangan kedua terbesar iaitu kutipan cukai turut merosot begitu ketara sekali.

iv. Industri pelancongan sebagai salah satu sumber negara kini terjejas dengan teruk; MAS, AirAsia, Firefly dan Malindo TERPAKSA mengurangkan penerbangan, begitu juga pendapatan hotel , restoran dan lain – lain yang berkaitan.

v. Dalam masa yang sama segala hutang negara termasuk 1MDB perlu dibayar selain dari gaji kakitangan awam yang berjumlah hampir 1.2 juta serta bayaran pencen untuk pesara.

15. Rayuan dan suara – suara sumbang sudah mula kedengaran, namun rakyat masih ternanti – nanti penjelasan dari mulut Muhyiddin sendiri:

i. Apakah Makcik Kiah akan dapat RM4000. 00 atau hanya RM800.00 seperti yang disahkan oleh Tengku Zafrul – jika Muhyiddin masih mempertahankan angka yang disebut iaitu RM4000.00 maka ini bermakna Zafrol tidak sepintar yang digambarkan, justeru beliau MESTI dipecat serta merta dari Kabinet seperti juga Menteri Kesihatan ‘Air Suam’ yang juga telah melanggar Akta Kesihatan 1971 kerana mendedahkan nama pesakit Covid19 yang meninggal dunia.

ii. Jika Muhyiddin ‘pusing’ atau buat ‘u- turn’ ini bermakna beliau seorang Perdana Menteri yang telah menipu rakyat, maka secara gentleman atau anak jantan, beliau HARUS MELETAKKAN JAWATAN yang disandangnya kini.

16. Lebih buruk, Muhyiddin juga didapati melanggar arahan PKP daripada kerajaan pimpinannya sendiri apabila keluar membeli barangan dapur di sebuah pasaraya pada Ahad lalu bersama isterinya, sedangkan peraturan hanya membenarkan ketua keluarga saja keluar membeli-belah.

17. Itulah akibatnya apabila
‘ Yang Kalah Jadi
Kerajaan, Yang Menang Jadi
Pembangkang’.

18. Jangan sampai Makcik Kiah merajuk kerana akibatnya akan diterjemahkan pada PRU ke15 nanti.

Wassalam
Terima Kasih.

Pelan peralihan kuasa, muktamadkan tarikh Anwar PM ke-8 – Maha Firaun Pengkhianat.

Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir Mohamad

1 PENGKHIANAT MESIR

1 MAHA FIRAUN M1 SAYA MAHA FIRAUN

TAJUK berita hari ini berbunyi, “Tarikh khusus peralihan kuasa wajar dibincang – Anwar” adalah cukup menarik untuk dibincangkan. Ia kenyataan yang berani, dan solid pada masanya.Ya setuju dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sememangnya peralihan kuasa perlu ada tarikh khusus, ia dinamakan sebagai pelan peralihan kuasa. Sudah sampai masanya perbincangan peralihan kuasa menjurus hingga kepada perincian tarikhnya.

Tun M sudah berulang kali menyebut akan serah kuasa, akan kotakan janji. Namun latar masanya tidak konsisten, 2 tahun, 3 tahun, hingga ekonomi stabil, hingga segala masalah selesai?

Jika kata putusnya ialah hingga masalah ekonomi negara selesai, namun apa yang lebih diyakini ialah masalah ekonomi negara tidak boleh selesai selagi peralihan kuasa tidak berlaku.

Tiada kepastian ini meletakkan negara di kedudukan yang tidak progresif. Malah ekonomi juga semakin tidak menentu dan seperti hilang arah sebagaimana menterinya.

Jika sudah termeterai tarikh khusus dengan tempoh masa yang diunjurkan, maka negara akan lebih bersedia. Ekonomi negara khususnya tidak lagi teragak-agak untuk bergerak selari dengan pelan peralihan kuasa yang sudah dimuktamadkan secara terperinci.

Ekonomi Malaysia dijangka beransur kukuh dan mapan menjelang tarikh peralihan kuasa apabila pelabur luar mula mendapat keyakinan awal. Indeks pasaran saham negara akan kembali positif dan melonjak dengan kerancakan pelabur Arab, Turki, Eropah, China dan Jepun, datang ke negara ini demi menyemai keyakinan terhadap Anwar yang mereka kenal, harimau ekonomi Asia.

Anjakan paradigma akan berlaku dalam erti kata yang sebenar. Rakyat akan mula bersatu dan berpadu menuju ke detik ini, sebuah negara rakyat dalam pembikinan.

Percaya dan yakinlah, Anwar Ibrahim adalah sosok yang paling layak untuk mengemudi tanah air dan menyelesaikan masalah negara ini.

Masalah ekonomi, masalah sosial dan masalah perpaduan, semua ini mampu ditangani oleh Anwar tanpa meminggirkan isu-isu rakyat yang selama ini menjadi zikir naratifnya, bukan cukong kaya-raya atau kroni Disneyland dan sebagainya.

Sudah sampai masanya pelan peralihan kuasa mengambil tempat untuk dimulakan, tarikh keramat sebuah reformasi perlu dimuktamadkan untuk menobatkan Anwar Ibrahim Perdana Menteri ke-8, Perdana Menteri RAKYAT.

* Edy Noor Reduan ialah aktivis blogger

https://www.sinarharian.com.my/article/64670/KHAS/Pendapat/Mulakan-pelan-peralihan-kuasa-muktamadkan-tarikh-Anwar-PM-ke-8

Hadi minta jawatan Duta Khas, ingin jauhkan diri dari politik arus perdana kepada kerajaan pintu belakang (PB).

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awan. Sumber (gambar): Fail TTF

هادي مينتا جاوتن دوتا خاص، ايڠين جاوهكن ديري دري ڤوليتيك اروس ڤردان

1 PENGKHIANAT MESIR

1 PINTU TAUBAT 6 J1 kuda terbaik

1 WAJAH PAS SEBENAR.

1 ULAMAK JAHAT SATU1 ULAMAK JAHAT SELANGOR1 HARAM KERJA KAFIR.

Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Khas ke Timur Tengah mewakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

TTF difahamkan bahawa pelantikan bertaraf Menteri ini adalah susulan permintaan Hadi sendiri yang ingin menjauhkan diri dari politik arus perdana secara beransur.

Hadi merupakan bekas naib presiden Kesatuan Utama Muslimin Sedunia dan pernah bergelar Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Hadi merupakan bekas naib presiden Kesatuan Utama Muslimin Sedunia dan pernah bergelar Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, telah dilantik secara rasmi sebagai Duta Khas ke Timur Tengah mewakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pelantikan itu diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri petang tadi menerusi satu kenyataan media bertarikh 2hb April 2020.

TTF difahamkan bahawa pelantikan bertaraf Menteri ini adalah susulan permintaan Hadi sendiri yang ingin menjauhkan diri dari politik arus perdana secara beransur.

Hadi merupakan bekas naib presiden Kesatuan Utama Muslimin Sedunia dan pernah bergelar Menteri Besar Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

Beliau terlibat secara tidak langsung dalam satu siri rundingan bersama pemimpin-pemimpin PPBM, PAS dan UMNO menerusi Setiausaha Agung PAS, Dato’ Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar.

https://www.thethirdforce.net/hadi-minta-jawatan-duta-khas-ingin-jauhkan-diri-dari-politik-arus-perdana/?fbclid=IwAR2hzozl0aJ0XkHwVCjlYKYiDxL65L8hWF6i_rqwtAjDmu9VIemdvxvjkHo

Umpama bom jangka! Perhimpunan tabligh Nizamuddin punca merebak Covid-19 di India,Umpama bom jangka!

1 COVID INDIA1 PINTU TAUBAT 6 J

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA LAYARI LAMAN BAWAH :

https://www.mstar.com.my/global/dunia/2020/04/02/tabligh-bom-jangka-covid

Jemaah Tabligh Terkandas Di New Delhi, India.

https://www.youtube.com/watch?v=4X_Gn8i3XwM

Dengan Rendah Diri Kami Meminta  Para Sahabat Yang Dikasihi Untuk Subscribe Channel  Ihya Assunnah Solution

https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos

 

Sebagai Tanda Sokong Usaha Berdakwah Di Jalan Allah SWT Dan Berkongsi Pahala Di Akhirat Sebagai Amal Jariah Setelah Kita Tiada Nanti.

Takutlah Wahai Manusia Di Hari Dimana Tangan Dan Kaki Kamu Menjadi Saksi Di Hadapan Allah SWT Nanti.

 

https://www.youtube.com/watch?v=Ez8ef2CQf0A