SPRM rampas RM1.1 juta di rumah Abdul Azeez – Harap SPRM Segera Siasat

Image may contain: 1 person, text

1 PENGKHIANAT1 HARAM SYURGA

 

Sukan Star TV – sstv.myLike Page

SPRM rampas RM1.1 juta di rumah Abdul Azeez

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM500,000 dan pelbagai mata wang asing bernilai kira-kira RM600,000 dalam serbuan di kediaman Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Difahamkan, kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumah Abdul Azeez untuk melakukan penggeledahan, semalam.

Menurut sumber, dalam serbuan di Baling Kedah, SPRM merampas lebih kurang RM100,000, manakala RM400,000 di Subang, Selangor.

Dalam serbuan tersebut, lebih daripada 20 jenis mata wang asing termasuk Euro, Dolar Singapura, Riyal, Pound Sterling, Dolar Hong Kong, Rufiya dan Dirham UAE telah dirampas membabitkan tukaran kira-kira RM600,000.

“Selain itu, SPRM turut merampas lebih 20 utas jam tangan, barang kemas milik isteri beliau (Azeez). SPRM juga merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Selain itu, sumber turut mengesahkan telah menyerbu pejabat Abdul Azeez di Baling, Kedah dan Menara HLA, Kuala Lumpur.

Difahamkan, SPRM akan membuat serbuan di pejabat Tabung Haji di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, esok.

Serbuan itu dilakukan kerana dikatakan Abdul Azeez menyalahgunakan kedudukan untuk mendapatkan projek di bawah seliaan kerajaan terdahulu bagi syarikat berkepentingan dengannya. Malah, beliau juga dipercayai memperoleh komisen daripada syarikat projek selepas syarikat terbabit berjaya mendapat projek itu.

https://web.facebook.com/sstv.my/photos/a.1765573610354119/2162234177354725/?type=3&theater

KERAJAAN PINTU BELAKANG (PB) KECAM PAKAR-PAKAR PERUBATAN.

1 PAKAR BENAR1 LIDAH ORANG MUKMIN

Apabila pakar2 menegur menteri2 badut PN..
Pengikut2 bingai mereka terus mengecam pakar2 ini di media sosial..

Pakar2 ini bercakap benar mengikut kepakaran dan pengalaman mereka.. mereka bercakap demi kepentingan negara bukan kepentingan diri sendiri.

Mungkinkah PKP dilanjutkan hingga Ramadhan ?

Mungkinkah PKP dilanjutkan hingga Ramadhan ?

Keputusan sama ada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga bulan Ramadan hanya dapat diputuskan selepas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneliti trend atau situasi semasa kes Covid-19, selepas minggu pertama April.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, buat masa ini adalah terlalu awal untuk pihak KKM membuat keputusan mengenainya memandangkan PKP Fasa 1 masih belum tamat.

Kerajaan minggu lalu mengumumkan untuk melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April.

“Kita hanya boleh tahu selepas minggu pertama April. Kalau kita dapat meratakan graf (flatten the curve), kalau tiada peningkatan mendadak, barulah selamat untuk buat keputusan. Sekarang ini masih awal lagi untuk buat kesimpulan,” katanya pada sidang media pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada tempoh PKP akan dilanjutkan sehingga Ramadan yang berbaki hanya kurang sebulan sahaja lagi daripada sekarang.

Sumber : https://m.kinitv.com/video/1d824eea-2e88-4398-ae6a-8608c4163d22?fbclid=IwAR1-mFO8c767gCb7V0WFVM2V8jK_ibphjGgfnc6iKBHorWKgsJMYPYUfjVM

BUKTI KSN AMAT RASIS

1 BUKTI KSN RASIS1 PAS RASIS

PULAU PINANG

Sebagai makluman, beliau telah bersetuju dengan pelantikan dan jemputan berkaitan

Chow juga mengumumkan peruntukan RM30,000 untuk setiap kawasan, termasuk kawasan pembangkang, untuk menangani krisis Covid-19.

Sepucuk surat tentang cermin untuk Tuan Menteri

1 LIDAH ORANG MUKMIN1 MELAYU TIPU MELAYU

“cermin tak pernah berteriak; 

ia pun tak pernah meraung, tersedan, atau terisak […]”

Ke hadapan Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli al-Bakri di Putrajaya dengan selamat dan sejahteranya.

Pada ketika kita masih bergelut dan kalut melawan kuman yang tidak dapat kelihatan dek mata kasar ini, maafkan saya jika teringat kepada Tuan. Memanglah ada banyak kisah suka dan duka – juga lucu – melibatkan politik serta menteri berlaku akhir-akhir ini. Ia sering mengalih perhatian saya.

Namun di sebalik semua itu, saya selalu benar terkenang kepada Tuan. Justeru besarlah harapan saya agar Tuan memaafkan kehadiran surat ini.

Tuan,

Biar saya berterus terang di sini. Saya mengambil keputusan untuk menulis warkah ini kerana saya ini seorang penakut. Hal-hal berkaitan Covid-19 dan apa yang berkaitan dengannya membuat saya menggigil. Saban hari – terutama pada waktu petang – kita menanti dengan penuh debaran akan khabar dibawa Kementerian Kesihatan.

Kita berharap Dr Noor Hisham Abdullah mengkhabarkan berita gembira, iaitu tiada lah kematian baru dicatatkan, pola jangkitan menurun dan semakin ramai orang yang sembuh serta dibenarkan pulang.

Tetapi setakat ini, petang adalah waktu untuk kita berdukacita.

Ramai ustaz dan ulama berkata, Covid-19 ini adalah dugaan buat orang beriman dan bala kepada orang yang ingkar. Tapi saya bimbang dengan kenyataan mudah sebegitulah maka kita menjadi alpa dan mengambil mudah akan setiap bencana yang didatangkan Tuhan.

Banyak benci dan sengketa

Maka maafkan saya jika saya terkhilaf kerana mahu menganggap bahawa semua bencana yang datang itu sebagai ‘bala’ buat kita. Agar kita segera insaf atas segala kelemahan yang diperbuat sembari meningkatkan kualiti amalan masing-masing.

Sesekali, datang juga bimbang jika bala itu sebenarnya datang atas kesilapan saya. Malang benar orang lain yang tidak bersalah terpaksa menanggung beban dan bencana kerana dosa saya.

Tuan,

Kuman Covid-19 sudah mengubat peraturan dan rutin kita. Daripada pantas dalam segala-galanya, kita menjadi perlahan. Malah pada sisi tertentu, kita menjadi sangat perlahan.

Untuk ke pasar kita terpaksa banyak bersabar. Untuk ke pejabat kita jadi selalu lambat. Untuk ke masjid, kita masih terpaksa menunggu keadaan wabak menjadi reda.

Tetapi Tuan, ada yang masih kekal pantas. Iaitulah jari-jemari yang menghantar kebencian serta persengketaan di alam maya.

Tuan mungkin tidak menghadapi sangat cercaan itu meskipun saya yakin Tuan pernah mengalaminya sebelum ini. Dipanggil khadam kepada sesebuah parti, misalnya. Namun Tuan bertuah kerana membawa jalan yang Tuan gunakan sekarang. Justeru, sesuai benarlah Tuan dilantik menjadi menteri.

Seperti yang saya katakan tadi, kata-kata kebencian, fitnah, pembohongan, kejahilan dan apa-apa yang sewaktu dengannya kekal bergerak pantas. Kadang-kadang ia digerakkan oleh orang yang diberikan kedudukan tinggi dalam masyarakat. Mereka digelar ustaz, tuan guru atau alim.

Rezeki daripada adu-domba

Memang sesuai benar mereka itu dipanggil ustaz, tuan guru, alim atau sebagainya jika dilihat kepada jubah, serban dan janggut misai masing-masing. Namun kadang-kadang saya beristighfar juga kalau membaca status hantaran mereka di media sosial atau syarahan yang disampaikan di mana-mana. Pernah ada yang menunjukkan jari tengah pun.

Selalu juga semua aksi itu dilakukan di bawah naungan kubah masjid.

Suatu ketika dulu, untuk mendengar seseorang yang bergelar ustaz berkata kasar dan keji pun payah. Kini ada orang yang diberi gelaran ulama, tuan guru dan ustaz dengan selamba menulis organ dalam kain manusia untuk melampiaskan kemarahannya.

Tahulan Tuan kemarahan apa? Cuma kemarahannya kepada musuh politik.

Jika orang yang digelar dengan panggilan tinggi itu berkelakuan begitu, bayangkan bagaimana pentaasub parti, pengikut dan pengagum mereka. Itu belum lagi dikira tukang adu-domba yang menggunakan pelbagai akaun palsu di media sosial.

Hal ini sudah berlarutan lama. Malangnya belum ada yang nampak dengan jelas memberikan teguran. Mungkin keterlaluan untuk mengharapkan pihak Tuan mengeluarkan apa-apa fatwa mengenainya, namun memberikan nasihat dan peringatan yang jelas sepatutnya boleh melegakan.

Pernah juga beberapa kali mendengar khutbah tentang bahaya menularkan berita palsu.

Tetapi seingat saya belum ada khutbah yang memberi amaran tentang penipuan identiti di alam maya serta hukum memaki-hamun dalam talian ini. Misalnya, habuan buat orang yang menelan rezeki daripada menipu identiti serta mengadu-domba.

Itu belum lagi hal-hal berkaitan kenyataan yang menghalalkan darah orang lain atas dasar berbeza pandangan, parti atau pendekatan. Saya tidak fikir Tuan akan menafikan keberadaan isu ini.

Covid-19, Covid-19 juga. Kejahilan, fahaman melampau dan ketaasuban pun penting untuk ditangani segera.

Cuma khutbah bukanlah satu-satunya cara untuk berbuat demikian. Dan belum terlambat untuk berbuat demikian.

Tuan,

Saya terkenang juga, kalau melihat guru kencing berdiri saja membawa kepada anak murid kencing berlari-lari, bayangkan hal sama diperbuat oleh ustaz dan ‘alim ulama’. Bagaimana anak-anak murid mereka, gamaknya.

Jika Tuan mahu tahu, lihat saja bagaimana reaksi sesetengah orang yang membaca tulisan ini, atau tulisan lain yang seumpama dengannya. Barangkali Tuan tidak memerlukan masa lebih dari lima saat untuk menemukan apa yang saya maksudkan.

Saya berharap saya salah, tetapi biasanya jangkaan saya betul.

Tuan,

Seperti yang saya nyatakan awal-awal tadi, saya ini penakut. Saya takut keceluparan itu mengundang bala tetapi apa yang berlaku ditafsir oleh sesetengah pensyarah kitab-kitab agama cuma sebagai dugaan. Maka kita akan terus-terusan menadah batang tubuh untuk dihempap kemurkaan Tuhan.

Sebagai seorang Muslim juga, sudah tentu saya yakin dengan pasti bahawa agama itu bukan candu. Tetapi apa yang menggusarkan saya ialah, ketagihan menunggang agama untuk kepuasan politik itu sebenarnya 99 kali ganda lebih merosakkan berbanding candu.

Pada ketika tertentu nampak kecenderungan sesetengah orang menunjukkan rasa sayang mereka kepada parti jauh lebih tinggi berbanding agama.

Sikap sentiasa berasa diri berada di pihak yang benar itu berbahaya, Tuan. Sedang kita semua sentiasa berbuat dosa. Sudah tentu dosa sayalah yang lebih banyak berbanding orang lain, manakala amalan baik saya pula amat sedikit. Justeru ketakutan dan kebimbangan saya adalah benar, bukan main-main.

Tuan,

Lihat tanda-tanda itu. Lihat juga tanda pada “T” yang saya gunakan. Memanggil orang dengan gelaran tuan saja sangat jarang saya lakukan, apa lagi meletakkan huruf besar pada awal perkataan itu. Ia sesuatu yang menjengkelkan saya. Ia adalah gambaran jiwa hamba.

Huruf T yang besar

Ia lebih sedap digunakan untuk orang yang benar-benar wajar dihormati dan tidak berbuat apa-apa untuk dihormati.

Penjual sayur di pasar basah yang sekarang gelisah kerana wabak penyakit, contohnya, atau tukang sapu sampah dan pembersih longkang yang bekerja seharian untuk membawa pulang rezeki halal buat anak dan isteri.

Bukankah nabi yang sangat kita cintai itu pernah mencium tangan sahabat yang kasar lagi kematu kerana mereka membanting tulang dengan kejujuran?

Namun untuk Tuan yang dihormati, saya kecualikan. Itu adalah tanda hormat dan harapan saya yang tinggi. Justeru Tuan saya panggil Tuan, dengan huruf ‘T’ yang besar.

Tuan,

Suatu ketika dulu Bill Shankly ada berpesan: You must believe you are the best and then make sure that you are. Saya yakin Tuan antara yang terbaik. “Ter” itu merujuk kepada hal yang “paling” atau “amat” bukan “ter” yang bermaksud tidak sengaja.

Di permulaan surat ini tadi, ada saya petik sebuah sajak. Cermin 1 judulnya. Ditulis oleh Sapardi Djoko Damono (gambar, atas) pada 40 tahun lalu. Izinkan saya menghabiskannya:

“cermin tak pernah berteriak; ia pun tak pernah

meraung, tersedan, atau terisak,

meski apa pun jadi terbalik di dalamnya;

barangkali ia hanya bisa bertanya:

mengapa kau seperti kehabisan suara?”

Kita perlukan cermin, Tuan. Hal kecil yang selalu kita abaikan di sebalik kepentingan cermin yang pelbagai. Cermin bukan saja untuk melihat diri kita agar kemas dan menarik. Ia juga untuk membuat manusia melihat kekurangan diri sendiri.

Tuan boleh menjadi cermin yang menunjukkan jalan dan menasihatkan untuk mengasingkan di antara benar dan salah.

Sebagai seorang pemimpin, biasanya kita tidak akan bersendirian. You’ll never walk alone. Tapi hati-hati, Tuan. Hakikatnya ia bukan bersifat mutlak begitu. Politik ini adalah dunia yang ganas dan bergelora. Saya yakin Tuan sangat arif akan hal itu.

“Kita mesti berjuang memerangi diri

bercermin dan banyaklah bercermin

Tuhan ada di sini di dalam jiwa ini

berusahalah agar Dia tersenyum

berusahalah agar Dia tersenyum.”

– Ebiet G Ade, Untuk Kita Renungkan.


AL-ABROR MOHD YUSUF ialah wartawan Malaysiakini yang membesar di Teluk Intan, Perak, dan ternanti-nanti sinar RUU355 di negeri itu selepas PAS menjadi kerajaan.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Antara ‘kedunguan’ MENTERI Kerajaan Pintu Belakang (PB)

image placeholder

Antara ‘kedunguan’ MENTERI PN

Kes 1:
Pakar anggap langkah disinfeksi jalan sebagai membazir
https://m.malaysiakini.com/news/517794

Kes 2:
NGO, ahli POLITIK bidas nasihat ‘contohi suara Daremon’
https://m.malaysiakini.com/news/517962

Kes 3:
Menteri Kesihatan kena kecam kerana petua covid-19
https://m.malaysiakini.com/news/515860

#StayAtHome
#ProtectOurFamily

https://m.malaysiakini.com/news/517794?fbclid=IwAR1B3aEJb8cS33m3uAFeEpDbRn_OY3J7HGQmgFtg0kM_BBa-D3etv-UKU7k

Beberapa pakar perubatan menyifatkan tindakan nyahjangkitan di permukaan jalan tidak berkesan untuk menghapuskan koronavirus, malah ia hanyalah pembaziran sumber yang sepatutnya digunakan untuk perkara yang lebih mendesak.

Anggota Majlis Tindakan Khas Covid-19 Selangor Dr Christopher Lee, berkata proses itu yang dijalakan di Petaling Jaya hari ini tidak akan mencapai tujuannya, iaitu mengurangkan kadar jangkitan Covid-19.

“Langkah nyahjangkitan di jalan jelas tidak akan memberi impak. Pembaziran sumber dan masa kerja.

“Langkah membersihkan permukaan yang sering disentuh akan memberi lebih kesan. Marilah (bertindak) berdasarkan bukti,” katanya yang juga bekas Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Kementerian Kesihatan, di Twitter.

Christopher Lee@chriskc_Lee

Concerns over how nationwide disinfection operation is carried out.

Disinfecting roads is clearly not going to be impactful. Waste of resources & man hours. Cleaning common touch surfaces would be more impactful. Let’s be evidence based.
https://www.nst.com.my/news/nation/2020/03/579686/experts-raise-concerns-over-ongoing-nationwide-disinfection-operation  via @NST_Online

Experts raise concerns over ongoing nationwide disinfection operation

KUALA LUMPUR: It is highly crucial that all personnel carrying out Covid-19 cleaning and disinfection operations nationwide to be properly informed and trained on sanitisation procedures.

nst.com.my

513 people are talking about this

Beliau kini turut mengetuai National Covid-19 Mortality Review Committee yang ditubuhkan Kementerian Kesihatan untuk menjalankan audit terhadap kes kematian pesakit Covid-19 di hospital.

Beliau mengulas laporan New Straits Times yang memetik beberapa pakar kesihatan yang membangkitkan kerisauan sama, berhubung keberkesanan tindakan disinfeksi di kawasan awam oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menterinya Zuraida Kamaruddin, di pasar Jalan Othman, Petaling Jaya pagi tadi.

New Straits Times memetik bekas timbalan ketua pengarah Kesihatan Dr Lokman Hakim Sulaiman yang mempersoalkan proses itu, yang antara lain melibatkan penyemburan cecair penyahjangkit secara terus ke permukaan jalan.

“Apa yang mereka lakukan? Siapa yang menasihati mereka? (Ia) benar-benar pembaziran wang. Bagaimana jalan dan susur jalan tercemar (dengan virus)? Apabila ramai orang yang dijangkiti batuk ke arahnya?

“Kalau pun permukaan jalan tercemar, bagaimana ia (virus) boleh sampai ke muka anda? Apabila orang menggosok tangan di jalan dan kemudian menyentuh muka mereka?” soalnya seperti dipetik.

“Atas bukti atau dasar apa mereka melakukannya? Ya, mereka mungkin kata ikut prosedur operasi standard (SOP), tetapi siapa yang sediakan SOP dan menyokongnya?

“Dan tengok orang ramai (yang memerhati operasi itu)? Tindakan publisiti ini sudah pun mendedahkan ramai orang kepada risiko,” katanya lagi.

Menurut laporan itu lagi, Lokman berkata pihak berkuasa sepatutnya melakukan nyahjangkitan di tempat yang sering disentuh, seperti tombol pintu, butang di lif, dan selusur eskalator untuk membendung penularan Covid-19.

Laporan itu juga memetik pakar virologi Lam Sai Kit ebagai berkata, jalan raya tidak tercemar atau menjadi punca jangkitan Covid-19.

“Anggota patut dilatih untuk membuat nyahjangkitan di mana (virus) mungkin berada dan menjadi sumber jangkitan. Bukan jalan.

“Daripada gambar (yang menunjukkan anggota menyembur jalan), nampaknya mereka sedang membasuh jalan,” katanya seperti dipetik.

Betulkah YB Nurul Izzah Anwar tidak mengenang budi?

1 ANWAR 5 PERINGATAN

Betulkah YB Nurul Izzah Anwar tidak mengenang budi?

Fakta.

1. Bagaimana dan Kenapa Mahathir kembali kepada Anwar Ibrahim?

2. Ketika Tun berada dalam Umno dan berusaha menjatuhkan Dato Seri Najib atas sebab tidak dapat mengawalnya lagi, tembahan pula Dato Najib tidak mahu selamanya ikut telunjuk Tun. Pelbagai cara digunakan oleh Tun ketika dalam umno untuk menjatuhkan Dato Najib tetapi gagal,akhirnya Tun keluar dari Umno dan menubuhkan Bersatu.

3. Tun keluar dari Umno kerana gagal menjatuhkan Dato Najib.

4. Pada mulanya Tun berniat hanya untuk menjatuhkan Dato Najib tetapi apabila beliau gagal,Tun mengubah fikiran keluar dari Umno dan menubuhkan Bersatu.

5. Setelah Tun berjaya menubuhkan Bersatu akhirnya Tun mahu ‘ Mohon Kerjasama ‘ dengan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Tun kemudian jumpa dengan Dato Seri Azmin Ali dan Azmin Ali menyampaikan hasrat Tun kepada Anwar Ibrahim.

6. Akhirnya Azmin Ali bawah Tun berjumpa Anwar Ibrahim ketika Anwar hadir perbicaraan di Mahkamah.

7. Perundangan membataskan Anwar Ibrahim yang tidak dibenarkan berjumpa dengan orang awam kecuali Isteri dan anak-anaknya serta peguam atau pengamal Undang-undang.

8. Akhirnya Tun mengarahkan kawannya, Tun Daim memperbaharui lesennya untuk kembali aktif sebagai Peguam atau pengamal undang-undang agar dapat berjumpa dengan Anwar Ibrahim dalam penjara untuk proses perundingan dan persafahaman.

9. Tun mahu jumpa Anwar Ibrahim dengan tujuan dan niat memohon kepada Anwar Ibrahim masuk bergabung dalam PAKATAN pembangkang yang telah diasaskan oleh Anwar Ibrahim.

10. Anwar Ibrahim terima permohonan Tun dengan ‘ BERSYARAT. ‘

Syarat pertama adalah, Tun kena AKUR dan PATUH kepada ‘ Agenda Reformasi ‘ dan Tun bersetuju.

Syarat kedua, Tun akan dilantik sebagai Perdana Menteri ‘ SEMENTARA ‘ Tun bersetuju.

11. Anwar Ibrahim menerima Tun sebagai rakan kerjasama dalam Pakatan kerana dua sebab.

Pertama, Tun yang terlebih dahulu menghulurkan ‘ Ranting Jaitun ‘ sebagai tanda persahabatan.

Tidak seperti yang tersibar di alam maya, Anwar Ibrahim di ‘ Fitnah ‘ melutut kepada Tun.Wal hal Tun yang menghulurkan persahabatan terlebih dahulu bukan Anwar Ibrahim.Anwar Ibrahim seorang yang berprinsip tidak akan tunduk dan melutut kepada sesiapa.

Kedua,Tun SETUJU, AKUR dan PATUH kepada ‘ AGENDA REFORMASI ‘ dimana matlamatnya ialah menumbangkan Umno/Bn yang sombong,bongkak,rakus menggunakan kuasa,perasuah dan salah guna kuasa dalam konteks mengubah kerajaan dan membuat pembaharuan bukan sekadar menjatuhkan Dato Najib.

12. Anwar Ibrahim seorang yang luar biasa bayangkan dalam penjara Anwar Ibrahim masih boleh mengawal dan menantukan percaturan politik diluar yang menjadikan beliau sebagai ‘ King Maker ‘ dalam kitaran politik Malaysia masa kini.

13. Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang berfahaman ‘ DEMOKRATIK ‘ dan menggunakan pendekatan Islam dalam politik.

14. Dalam politik tiada kawan dan musuh yang kekal, yang kekal adalah prinsip perjuangan atau fahaman dalam politik,moral,maruah dan harga diri.
Anwar Ibrahim tidak mengubah prinsip perjuangan ‘ Menentang Kemungkaran dan Menegakkan Keadilan’ sebagai seorang denokratik,sebaliknya musuh-musuh nya yang mengubah prinsip dan kembali kepadanya.

#PUTERIREFORMASI.

Bunga Raya Bunga Kebangsaan