TSMY SEPERTI KERAJAAN LANGIT

1 PM 8 TANPA KABINET1 buruk

Presiden Parti Yang Tiada Satu Pun Empayer Jajahan Negeri :

Selepas PRU -14 Bersatu telah menjadi kerajaan dan menjadi PM yang ada jajahan takluk politiknya seperti Johor, Kedah dan Perak walaupun cuma menpunyai 1 Adun Negeri sahaja.

Kini TSMY telah menjadi PM ke-8 akibat tindakan beliau keluar daripada Pakatan Harapan. Dan kini menjadi Perdana Menteri tanpa ada satupun jajahan Negeri. Mula mula Bersatu Negeri Johor telah tumbang kepada UMNO dikuti oleh Kedah tumbang kepada PAS dan Perak kepada UMNO. Tidak termasuk Melaka.

Bagaimana pula surrival ahli Bersatu atau akar umbi BERSATU hendak berjuang bila tiada satu pun negeri yang dapat dikawal pentadbirannya oleh Parti BERSATU.

Tidak pernah dalam sejarah pemerintahan Negara Malaysia, dimana Perdana Menteri sebagai Presiden parti tidak mempunyai kuasa pemerintahan dinegeri walaupun cuma sebesar Perlis.

Umpamanya BERSATU kini sebenarnya telah ditelan oleh Umno yang begitu Dominan. Mungkin akhirnya BERSATU akan senasib dengan parti Semangat 46, berkubur layu setelah tiada satu negeri pun yang ditadbirnya untuk perkongsian Ghanimah…sedangkan PAS dan UMNO berkongsi Ghanimah dengan ahli parti sendiri. Adakah Pas sanggup memberikan jawatan kepada ahli Bersatu ? Sedangkan jawatan Exco pun Pas tidak sanggup berkongsi harta dengan UMNO dan ataukah Umno sanggup pula memberikan jawatan kepada Bersatu ? 😃🤭

Kini TSMY telah membuat kenyataan secara siaran langsung diRTM bahawa tidak akan ada dalam Kabinetnya yang terdiri daripada pemimpin pemimpin yang mempunyai kes kes mahkamah, korupsi, rasuah serta tidak mempunyai integriti.

Kini rakyat sedang melihat adakah pemimpin pemimpin seperti yang sedang dibicarakan dimahkamah seperti Najib, Zahid, Ku Nan dan lain lain akan tersenarai didalam kabinet barunya nanti.

Adakah Zahid setuju jika namanya tiada sebagai Timbalan Perdana Menteri lagipun beliau adalah Presiden Parti UMNO. Iaitu Pakatan politik yang mempunyai kerusi parlimen terbanyak didalam Pakatan Nasional.

Perkara sebegini rakyat sedang memerhati dan menilai kerajaan Pakatan Nasional. Adakah Perdana Menteri ke -8 akan berpegang kepada pegangan prinsip yang telah diucapkannya itu.

Jika Perdana Menteri ke-8 sanggup melanggar prinsip yang dilafazkan yang telahpun disiarkan ke seluruh negara maka tunggulah masanya nanti dimana rakyat marhain akan jatuhkan pula Pakatan Nasional dalam Pru-15 nanti.

Sesungguhnya beban sebagai kerajaan amat besar tanggungjawabnya. Itu belum lagi dibuka cerita wayang kulit mengenai janji manifesto Pas, tuntutan royalti minyak dan Hududnya.

Tinta Merah.
3hb Mac 2020 – Johor Bahru. C&P.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s