WANG KWSP BUKAN UNTUK COVID-19 SAHAJA.

1 PENGKHIANAT1 ksn umnopas

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Anfal, Ayat 58:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya tidak setuju pengeluaran KWSP buat masa ini, tetapi pada masa yang sama saya memberikan pengetahuan tentang hak anda semua yang ramai tidak tahu.

Baca dan fahamkan kemudian anda boleh memohon.

1. Bermula 1 Jan 2018, secara automatik pekerja telah mencarum Skim Insurans Pekerjaan (SIP) melalaui potongan gaji anda sendiri secara bulanan.

2. SIP ini anda boleh tuntut pada bila-bila masa jika anda mula tergolong dalam penerima faedah (rujuk infografik). sekiranya tuntutan tidak dibuat, ia dikira hangus jika anda sudah bersara. Jadi kepada golongan yang terjejas akibat covid-19 boleh memohon.

3. Penularan Covid-19 dikira sebagai bencana. Banyak golongan yang terjejas dan hilang pekerjaan. Salah satu definisi ‘hilang pekerjaan’ adalah penutupan tempat kerja akibat bencana.

4. SIP hanya terpakai kepada yang berkhidmat berasaskan kontrak perkhidmatan (contract of service)
*Dengan satu pengecualian yang penting: Pekerja berumur 57 tahun ke atas yang tidak pernah mencarum sebelum mencapai umur tersebut TIDAK diliputi Akta SIP dan TIDAK perlu mencarum
** Pekerja badan berkanun, kuasa tempatan, perkhidmatan awam dan negeri, pekhidmat domestik dan bekerja sendiri TIDAK diliputi Akta SIP.

5. Bagi kakitangan awam mereka tidak dilindungi oleh SIP, tetapi dilindungi skim khas untuk kakitangan awam.

6. ini adalah hak anda, maka anda berhak menuntutnya. anda telah membayarnya setiap bulan untuk mendapatkan skim perlindungan ini. bukannya dengan mengeluarkan simpanan.

7. Jangan keluarkan simpanan dari akaun kedua KWSP anda kerana boleh digunakan untuk menampung pembelian, pembinaan, pembiayaan rumah. Pendidikan anak-anak dan mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan rukun Islam ke-5.

yang terakhir;
untuk memohon, sila klik pautan berikut;
https://eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/appl/instruction

YB Dato Hj Abdullah Sani Bin Abdul Hamid
Ahli Parlimen Kapar
Mantan Pemangku Presiden MTUC

C&P.

BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA…

1 ALLAH MURKAI1 BALA KEPADA RAKYAT.

بسم الله الرحمن الرحيم

Surah Al-Anfal, Ayat 58:
وَإِمَّا تَخَافَنَّ مِن قَوْمٍ خِيَانَةً فَانبِذْ إِلَيْهِمْ عَلَىٰ سَوَاءٍ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ الْخَائِنِينَ
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil.  Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.

 

BERINGAT-INGATLAH KITA SEMUA…….❗❗
(Diharap sudilah membaca sampai habis)

Saya melihat rata-rata rakyat Malaysia tidak begitu risau didalam mengurus kewangan.

Di musim perintah berkurung ini, sy melihat rata-rata berbelanja melebihi keperluan dari hari-hari biasa sepertinya dengan penuh yakin perintah berkurung ini akan berakhir pada 31 Mac ini.

Beringatlah tuan2..wabak ini bukan mudah untuk di tangani.USA semalam telah umum mereka akan mengambil masa setahun untuk pulih.Lockdown maybe akan lebih sebulan.

Indonesia pun dah umum 3 bulan Lockdown.

Vaksin Covid akan dijangka setahun lagi akan dpt di cipta dan berfungsi sepenuhnya.

Kematian diseluruh dunia semakin meningkat.Jumlah pesakit baru meningkat setiap hari!

Sektor Ekonomi sedang terjejas teruk skrg ini tidak kira apa sektor.Jadi jika perkara ini berpanjangan selama setahun atau 2 tahun dan anda kehilangan pekerjaan, apakah anda mempunyai cukup simpanan untuk survive?

Sy 100% yakin kerajaan tidak mampu untuk memberi gaji penuh kepada penjawat awam.Malah sy tidak terkejut jika berlaku pengurangan penjawat awam.kerajaan juga sy yakin tidak mampu memberi bantuan sara hidup kepada semua rakyat Malaysia.Kerajaan terpaksa pentingkan ekonomi negara kita.

Negara kita ini bukanlah negara yg kaya yang mana pendapatan per kapita tahunannya adalah tinggi seperti USA mahupun Singapura.Memang tidak mampu untuk memberi bantuan sara hidup selama setahun kepada semua rakyat.

Jadi nasihat sy bijaklah mengurus kewangan anda.Sy pun dari bulan October tahun lepas sudah mula menyimpan melebihi 50% pendapatan sy dan kurangkan membeli dan berbelanja.

Saya sangat berhati2 berbelanja dan sentiasa mencatit segala perbelanjaan.Tidak membeli barang yang bukan keperluan.

Sejak balik Malaysia, baru 2 kali sy membeli di Shoppe dan jarang sekali makan di luar walaupun teringin nak makan macam2
(al-maklumlah sudah bertahun2 tidak pulang ke Malaysia).Makan KFC baru sekali,McD belum dan lain2 fast food belum makan lg.

Bukan saya kedekut cuma makan hanya bertujuan untuk hilangkan lapar.Dah kenyang tgk KFC ke,McD ke, dah tak teringin dah.Itulah lumrah kita sbg manusia…

Jujur sy katakan saya mengubah 100% gaya hidup sy didalam berbelanja tidak sama seperti sebelum2 ini.

Sy yang berkerjaya ni pun tidak yakin akan selamat dari hilang pekerjaan.Bagaimana pula dengan yang berkerja seorang(isteri tidak berkerja) dan berniaga sendiri??

Saya tidak kisah memandu kereta myvi lama, sy tidak kisah tahun ini tiada baju melayu untuk beraya,sy tidak kisah jika tidak memberi duit raya tahun ini,sy tidak kisah tak tukar langsir,rumah perabut buruk..sy tidak kisah langsung apa orang nak kata asalkan sy ada simpanan utk digunakan ketika kegawatan ekonomi nanti.

Dikala ramai orang bersiap sedia menghadapi gelombang wabak penyakit tetapi ramai orang lupa untuk bersiap sedia untuk menghadapi gelombang kegawatan ekonomi.

Rata2 pakar ekonomi dan negara2 besar dunia sedang bersiap sedia menghadapi gelombang kegawatan ekonomi dunia yang dijangka paling buruk didalam sejarah dunia(tak percaya boleh Google)

Jadi apa kata di musim perintah berkurung ini, panggillah semua ahli keluarga anda duduk berbincang langkah2 yang akan diambil untuk mengurangkan kos perbelanjaan keluarga anda.Anda kena lakukan perancangan dan WAJIB ada perancangan kewangan.

Biasakan anak2 anda makan nasi dengan kicap shj,biasakan anak2 anda pakai pakaian lama,biasakan anak2 anda berjimat cermat..

Bersederhana sahaja mulai sekarang.

Sediakan payung sebelum hujan.Dah hujan baru nak cari payung, baju pun dah basah, badan pun dah basah.Dah banyak keje pulak nak kena jemur baju, lps tu demam,batuk, selsema.Dah susah…kan bagus siap payung awal2 kalau tahu akan hujan.

Begitulah perumpamaannya..nampak simple tapi dalam maksudnya!!

Posting saya ini bukanlah bertujuan utk menakut2kan anda semua.Hanya sekadar peringatan bersama termasuk diri sy sendiri.

Saya bukanlah pakar ekonomi tetapi hanya berkongsi pendapat shj.Kalau baik ikutlah..kalau tidak jadikanlah bacaan santai2.

TERIMA KASIH KEPADA YANG SUDI MEMBACA POSTING SAYA INI..Sekian…

FB Dr Arman Shah

DIANTARA FAKTA DAN AUTA

1 CAYANG UMMEI1 BARUA MCA

Mari kita debunk fakta2 salah mengenai Covid19 supaya kita menjadi rakyat malaysia yang bijak dan tak dibodohkan oleh auta auta viral yg sedang berlegar di ruangan social media.

1.Auta
Bawang putih , halia , bawang merah kunyit garam , dikupas letak dihadapan rumah ,kerana meniru orang2 di negara india yang tak kena Covid19.
1.fakta
India sekarang sedang mengalami wabak Covid19 dalam first wave yg meningkat menjadi second wave , jadi blender sume halia , kunyit bawang2 tu dan masak sesuatu yang sedap utk keluarga anda

2.Auta
Minum air panas dapat menghilangkan Covid19 kerana kuman dan virus mati dalam suhu panas
2.Fakta
kuman dan virus mati dalam suhu 80 degree keatas , dalam ertikata lain dalam keadaan hampir mengelegak , sanggup ke nak minum panas gile tu? Dan salur pernafasan dan makan dan minum adalah berbeza , Covid19 menyerang saluran pernafasan air tu tak masuk paru2 pun , end up mulut korang yang melecur, sanggup?

3.Auta
Minum lemon yang direndam dalam air panas dan minum bersama kulit2 nya sekali dapat membunuh virus dengan effective
3.Fakta
Di eropah jangan kata minum makanan pun letak lemon,now dorg adalah epidemic center yang baru selepas china, dan china pulak antara pengeluar lemon, tade pulak kita dengar china guna lemon , tapi dorg guna hospital dan doktor so cut the crap pegi jumpa doktor

4.Auta
Berkumur dengan air garam dapat membunuh Covid19 yang duduk dalam mulut kita
4.Fakta
covid19 tak mati dengan garam , baik korg kumur mulut dengan Listerine atau Colgate plax atleast wangi sikit mulut

5.Auta
air ketum dapat menyembuhkan penyakit bawaan Covid19
5.Fakta
tade bukti sahih pun air ketum boleh sembuhkan Covid19 ni , kalo ade dakwaan nenek moyang die pakai utk ubati covid 19 cakap kat die baru tau lepas jumpa Covid19 mcm mana nenek moyang ko kenal ? Nama pun Covid19 2019 guy’s seriously ,nak mabuk ketum sorg2 la jgn ajak org

6.Auta
makan bawang putih bole mencegah Covid19
6.Fakta
orang Italy orang china america dan banyak lagi negara eropah yang lain makan bawang putih lagi power dari korg makan , siap ade bawang putih jeruk ko hado? Tapi dorng kaw2 terkesan dengan virus ni

7.Auta
_ negara panas ni tak kesan sangat dengan cuaca kata malaysia ni kita panas virus takot_
7.fakta
malas nak cakap tgk ape da jadi ngan malaysia harini saja 1000 org yg dah berjangkit! Banyak ko punya negara panas tak panas

8.Auta
cina lah pembawa penyakit ni , ini virus org china
8.fakta
bukan org cina je yang bawak virus ni, org putih,org melayu,org iran,org British, org mexico,org italy,org arab. Dan tade makna nye ni virus org cina

9.Auta
orang bukan islam je yang kena penyakit ni ,orang islam selamat tade ape
9.Auta
satu dunia kena penyakit ni tade kira agama pun

10.Auta
penyakit ni ciptaan freemason dan illuminati
10.Fakta
sume benda nak salahkan freemason ngan illuminati , salahkan la diri sendiri org kata jangan keluar nak keluar org kata jangan balik kampung nak balik kampung org kata jangan bodoh nak jugak jadi bodoh kan mendapat.

PEMBANGKANG HIDUP MEWAH SEMASA PH, KINI KERAJAAN PINTU BELAKANG AMAT ZALIM.

1 HARAM SYURGA1 PENGKHIANAT

APABILA TOK PETI PUN MENJADI BAHAN KECAMAN, APA LAGI PARA PENGKHIANAT

Kesihan juga melihat Tok Peti ni kena hentam. Tapi jika difikirkan, mmg itu selayaknya apabila agamawan cuba bermain politik kepartian dan berbau perkauman pula.

Elok kerajaan PH perintah, tiada sekatan kpd Pembangkang, semua wakil rakyat pembangkang waktu tu dpt peruntukan, sekolah2 pondok dpt peruntukan yg banyak, guru2 KAFA naik elaun, royalti minyak utk kelantan dan tganu dua negeri melayu islam pun dapat. Dpt “one off ” lagi RM 400 juta. Dapat lagi kemudian RM 1.4 Bilion. Dan, semuanya berjalan dgn baik, kecuali bunyi2.suara perkauman dan agama dimainkan. Tok peti ni pun terlibat sama. Di dlm menghadapi gelombang pertama COVID-19, kerajaan PH berjaya tangani dgn baik sehingga dapat pujian dari WHO. Mesyuarat MB-MB pun tidak pernah dipinggirkan negeri2 yg diperintah oleh Umno dan Pas.

Buat la baik macam mana pun, selagi ada iblis, dunia tidak akan aman. Akhirnya, rampas kuasa dgn khianat. Pak2 lebai yang telah lama kemaruk kuasa pun campak kitab masuk longkang. Tak sabar menanti PRU14. Dapat jadi menteri jaga asap lori pun dah kira hebat. Tok peti ni diam seribu bahasa, tidak tahu nak jatuhkan hukum apa. Kalau yg merampas dan khianat itu melayu dan Islam, maka halal?

Sekarang, Tok peti yang kuat mengampu ini pula minta kita lupakan perbezaan politik bila bencana menimpa. Siapa berpolitik? Dalam keadaan bencana ini pun kerajaan pintu belakang yg dihalalkan oleh Tok peti ini bermesyuarat boleh lupakan negeri2 yg PH perintah? Tidak kering dakwat angkat sumpah jadi PM, sudah mula hentikan peruntukan kepada kawasan Pembangkang? Tok peti tidak mahu tegur ke atau mulut telah di gam?

Lihatlah apa yang menteri2 kamu buat sekarang. Masing2 hilang arah, cakap pun merapu dan menjadi bahan ketawa. Hilang maruah, kedaulatan serta keberkatan negara ini kerana tangan2 pengkhianat yg disokong oleh ugamawan yang pentingkan dunia.

Semoga Allah kembalikan negara ini kepada yg berhak.

WFAUZDIN NS

NO TEL PENTING UNTUK BANTUAN MAKANAN IPT DI SELANGOR

1 PEMIMPIN YANG BAIK

Jika ada ada ahli kariah masjid atau pelajar IPT yg perlu bantuan makanan dan lain-lain. Boleh hubungi pegawai zakat LZS di bawah

Ketua Operasi Agihan Daerah (KOAD) :.
1. En . Mohd Fadly b. Sulaiman ( Hulu Sel ) : 019-3880774.
2. En. Mohd Amir bin Mohd Azam ( Klang ) : 019-2183986.
3. Mohd Aqmal bin Mohd Jais ( Gombak ) : 019-3880757.
4. Encik Muhd fadhly bin Mohd Yohman ( Hulu langat ) : 019-3880834.
5. Encik Ibrahim Bin Selamat ( Kuala Langat ) : 012-3287501.
6. Encik Azizul Fitri Bin Abd Salam ( Sabak Bernam ) : 019-3880767.
7. Haji Huzairi Bin Ibrahim ( Kuala selangor ): 019-3880597
8. Encik Shahril Bin Ritin (Petaling) : 011-11111271
9. Encik Helmi Bin Muhd Nuri ( Daerah Sepang ) : 012-3524830.

Mohon panjang²kan, terutama kepada rakan² kita yang kais pagi makan petang..

BANYAK TEMPAT DITUTUP SEMASA MUHYIDDIN KERAJAAN PINTU BELAKANG

1 KMPB1 DAJJAL MALAYSIA1 SEMBURIT PEROGOL BERSATUKERAJAAN PINTU BELAKANG.1 JAHANAM

Tan Sri Muhyiddin melakukan kerja yang baik! Sejak dia menjadi PM selama tidak sampai sebulan:

1) Harga petrol telah jatuh ke RM1.44 (masa PH RM2.08, turun 31%)

2) Menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Tambak Johor-Singapura.

3) Menyelesaikan kesesakan lalu lintas KL..sunyi KL

4) ​​Meningkatkan ekonomi, jualan kedai runcit/borong meningkat terutama kertas tisu tandas…sanitizer.dll

5) Orang menjadi sihat kerana mereka makan di rumah.

6) API lebih rendah daripada 50. Kualiti udara menjadi baik kerana kilang tutup.

7) Kasino Genting Malaysia ditutup. Toto, Magnum, Damacai ditutup. Orang tidak berjudi.

8) Kadar jenayah menurun dengan drastik.

9) Kemalangan jalan raya hampir sifar.

10) Pub dan kelab malam ditutup

11) Rumah urut dan pusat pelacuran ditutup.

12) isteri sentiasa puas..senyum sokmo

Terbaik dilakukan oleh TSMY

PM lain boleh ?

Rakyat Malaysia kehilangan pemimpin2 kerajaan yg punya kredibiliti dan integriti di saat COVID-19 tiba dan menguji

1 PENGKHIANAT

1 HARAM SYURGA

 

HEBAT APA YG DITULIS OLEH SENATOR LIEW CHIN TONG. Ini jelas menunjukkan MANTAN Timbalan Menteri Pertahanan itu sgt memahami peranan ATM.

Rakyat Malaysia kehilangan pemimpin2 kerajaan yg punya kredibiliti dan integriti di saat COVID-19 tiba dan menguji.

Ikuti tulisan beliau sepenuhnya…
…………………………………………….
Saya faham, ramai yang bimbang dengan pengumuman Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri; bahawa Angkatan Tentera akan membantu pihak polis dalam tugas meronda dan memantau, bermula hari Ahad nanti. Saya ditanya dalam satu temubual radio bersama BFM, selepas pengumuman tersebut:

Saya mulakan dengan dua penjelasan:

Pertama, saya bukan sebahagian daripada kerajaan ini justeru tidak mempunyai maklumat tentang proses fikir menteri, jadi saya tidak berkeinginan untuk mempertahankan beliau.

Kedua, mengaturgerak tentera bagi membantu polis bukanlah kesalahan. Ketika bencana banjir, angkatan tentera turut dikerah. Jadi tiada salahnya mengaturgerak mereka.

Tetapi saya rasa adalah malang sekiranya kerajaan dan masyarakat kita berfikir bahawa angkatan tentera hanya mampu membuat rondaan. Mesej utama saya ialah, sebagai sebuah kerajaan, masyarakat dan negara; terutamanya pada keadaan krisis ini, kita perlu tahu kemampuan penuh yang dimiliki tentera dan mengaturgerak kesemuanya secara efektif.

Kini kita perlu bersedia untuk keadaan terburuk, bagi mendapat hasil terbaik dalam keadaan krisis sebegini. Kita mesti bersedia berdepan kemungkinan senario seperti di Itali bagi mengelak melalui nasib yang sama. Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan.

Tugas paling penting bagi Angkatan Tentera secara keseluruhan, bukan sahaja Tentera Darat tetapi Laut dan Udara juga; adalah untuk membangunkan kerangka senario dengan menjangkakan Malaysia mencapai 3000 kes, 5000 kes, 10,000 kes dan seterusnya. Pada tahap itu, pihak berkuasa awam sahaja tidak akan mampu menanganinya.

Angkatan Tentera adalah ibarat ‘kerajaan dalam kerajaan’ dengan kor-kor kesihatan, jurutera, unit CBRNe (kimia, biologi, radioaktif dan bahan letupan nuklear) dan lain-lain. Kesemua aset ini boleh diaturgerak apabila berlakunya krisis. Peranan utama Angkatan Tentera ialah untuk bersiap siaga dan berperang. Operasi ketenteraan selain peperangan (Military Operations Other Than War, MOOTW), seperti bantuan bencana alam, ialah peranan sekunder Angkatan Tentera.

Angkatan Tentera dilatih untuk menangani segala macam kemungkinan dan menyediakan segala jenis respons yang mungkin, tentunya, di bawah panduan dan arahan pihak berkuasa awam.

Berikut adalah beberapa peranan yang boleh dimainkan ATM sepanjang krisis ini:

a) Membantu pihak berkuasa awam sekiranya wujud keperluan untuk kawalan atau penguatkuasaan kawalan pergerakan yang lebih tegas;

b) Hospital tentera wajar menyediakan katil dan wad tambahan bagi membantu kapasiti hospital kerajaan. ATM mungkin perlu menyediakan kawasan pengurusan mangsa bagi membantu menapis kes-kes yang ditentukan oleh bahagian triaj bagi mengelak daripada membebankan hospital awam dan tentera;

c) Rejimen Askar Jurutera Diraja boleh diaturgerak untuk membina struktur-struktur sementara untuk kegunaan kecemasan;

d) Pengangkutan tentera dan kebolehan logistik yang lainnya boleh diaturgerak sekiranya ada keperluan bagi memastikan rantaian bekalan tidak terputus. Untuk kawasan yang sukar dicapai, kemampuan pengangkutan perubatan tentera boleh terus membantu pihak berkuasa dalam proses evakuasi jika diperlukan;

e) Sekiranya perlu, 12 Skn RAJD yang merupakan satu-satunya skuadron Askar Jurutera yang dilatih dan dipersiap untuk CBRNe boleh membantu pihak berkuasa perubatan;

f) Tentera juga boleh diaturgerak untuk usaha-usah nyah-jangkitan;

g) Sekiranya keperluan tenaga pasukan aktif tidak mencukupi, unit-unit simpanan (misalnya Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Laut dan Pasukan Simpanan Udara) wajar dikerah;

h) Secara am, anggota ATM juga patut menyebarkan informasi kepada orang ramai supaya mereka bermaklumat. Ini seharusnya menjadi salah satu usaha kerajaan yang lebih meluas bagi memastikan setiap agensi dan kementerian terus aktif menyebarkan maklumat kesihatan kepada orang awam.

Sekali lagi, saya ingin tekankan bahawa kita sedang ‘berperang’. Kita tidak pernah melihat sebuah malapetaka global seperti ini sejak Perang Dunia Kedua. Kita harus menggerakkan seluruh sumber yang ada dan bersedia untuk bergerak maju bagi memenangi perang ke atas Covid-19 ini. Dalam konteks tersebut, adalah penting untuk semua pihak mengetahui bahawa Angkatan Tentera mempunyai kebolehan dan kelengkapan yang baik, bukan setakat untuk dikerah sebagai peronda.

– Liew Chin Tong
Mantan Timb Menteri Pertahanan

MENTERI-MENTERI PAS JANGAN JADI DAYUS KEPADA MCA DAN MIC TETAPI ISTIQAMAHLAH DI JALAN ALLAH.

1 MENTERI PAS

1 PAS DAYUS DGN DAP

1 kuda terbaik

Kepada tiga orang Menteri PAS dalam Kabinet Malaysia yang selama ini memperjuangkan isu berikut

1) YB Takiyuddin Hassan
Menteri Undang-Undang.

Sila bentangkan RUU 355 tanpa lengah lagi. Ini tuntutan walaun PAS yang hari-hari dendang zikir hancing dalam SocMed.

2) YB Tuan Ibrahim Tuan Man
Menteri Alam Sekitar.

Sila selesaikan kes balak Kelantan yang ditebang tanpa perancangan kelestarian ekosistem dan persekitaran.

3) YB Dr Khairuddin at-Takiri
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Sila runding harga minyak sawit dengan India secepat mungkin agar pekebun kecil dapat menikmati harga tinggi kelapa sawit.

Inilah masanya PAS membuktikan MP mereka lebih baik dari mantan Menteri DAP, Yeo Bee Yin dan Teresa Kok. C&P.

 

KEJAYAAN UMNO MEMERINTAH MALAYSIA SELAMA 74 TAHUN

1 kuda terbaik

KEJAYAAN UMNO MEMERINTAH SELAMA 74 TAHUN SEPERTI BERIKUT :

1) Berjaya lahirkan lebeh 250,000 Anak Melayu Penagih Dadah

2) Berjaya lahirkan beratus ribu Mat Rempit khasnya dibandar bandar dan dikawasan Felda

3) Berjaya lahirkan anak Melayu gang Bohsia,Bohjan,Pengkid,Betina Sundal Jalanan Chow Kit KL dan Jln Hamzah di KB

4) Berjaya lahirkan Pengidap HIV dan AIDS tertinggi dinegeri Serambi Mekah

5) Berjaya ujudkan Bisnes Seludup Dadah Rentas Sempadan Thai-Kelantan

6) Berjaya ujudkan ramai Penyeludupan Barangan Thai ke Serambi Mekah ikut Jalan jalan Tikus

7) Berjaya sediakan Rumah rumah Pangsa PPR spt Sarang Merpati dibandar bandar utk Melayu

8) Berjaya Jual Tanah Simpanan Melayu kpd Taukeh taukeh UTK Pembangunan Mega

9) Berjaya Serahkan Tabah Hutan Simpan&Rizab Melayu kpd Taukeh MCA utk Pusat Judi di Genting Highlands seluas 22,300ekar pada 1962

10) Berjaya lahirkan Tokoh Kerajaan Kleptokrasi dan Pengubahan Wang Haram terkenal diabadikan ini

11) Berjaya lahirkan isteri PM yg mampu Memiliki & Memakai Beg Tangan termahal didunia

12) Berjaya lahirkan anak tiri PM bikin filem Lucah terkenal di Hollywood

13) Berjaya Serahkan Pulau Tambak Kaut Forest City Johor kpd Pelabur China Komunis utk Projek Mega GDV rm120billion

14) Berjaya Terus Kekalkan Melayu jadi Gelandangan Ekonomi di negara sendiri yg hidupnya sentiasa meminta minta

15) Berjaya lahirkan Anak Luar Nikah seramai 500,000 orang

Cukup disini walau banyak lagi. C&P.

KEJAYAAN PAS SELAMA 69 TAHUN MEMERINTAH

1 HADI JELIR

MANAKALA KEJAYAAN PAS SELAMA 69 TAHUN MEMERINTAH SEPERTI BERIKUT:

1) Berjaya memperalatkan dan Memutar Belit Ayat Suci dan Dalil Agama ikut Selera&Nafsu Pemimpin mengikut keadaan sesuatu masa dan isu

2)Berjaya keluarkan Amanat Sesat Hadi 1981

3) Berjaya lahirkan Pengikut Taksub Amanat Hadi hingga Korbankan 14 nyawa di Memali 1984

4) Berjaya lahirkan umat Solat Dua Imam di Masjid dan Surau,Sembelihan Org UMNO Haram di makan,Di Tegah Perkahwinan anak org Pas dgn anak org UMNO,tidak mengaku anak jika sertai UMNO dan berbagai permusuhan berlaku

5) Berjaya keluarkan Fatwa Songsang,Jumud dan Sesat

Berjaya Pecah Belahkan Melayu dgn isu Kafir Mengkafir

6) Berjaya lahirkan ramai ustaz, lebai, dan ularmak yg Mahir Caci Mencaci Org,Sumpah Seranah Org,Maki Hamun Org,Doa Laknat Org,Pakar Putar Belit Isu&Buat Fitnah kpd yg dibencinya

7) Berjaya Jadi Barua dan Tunggangan kepada Pehak yg di Kafirkannya dulu

8) Berjaya jadi Kaldai kpd Party Cina MCA di Tg Piai Dan Bersekongkol dlm Projek Kerajaan Tebuk Atap

9) Berjaya keluarkan Dalil Dalil menghalalkan Kerajaan Haram Pintu Belakang Pengkhianat Nasional

Dan banyak lagi…..

Itulah antara kejayaan PAS kini dibawah Kepimpinan ularmak Penunggang Agama.

Sesungguhnya Melayu lingkup jadi Gelandangan dinegara sendiri hidup penuh dgn Perpecahan dan Permusuhan adalah akibat Doktrin Politik Assobiyyah, Khawarij dan Extreme yg dibawa oleh kedua dua Parti yg Memperalatkan Melayu dan Islam itu