Hadi Terus Menunggang Agama Islam Untuk Memuakan Nafsu Serakahnya.

1 HADI JAHAT2 HADI MENIPU

[ ‘ibrah & perjuangan ]

TUNGGANI AGAMA, sepuasnya…

Pak Daeng, bekas Naib Presiden Pas zaman alMarhum Ustaz Fadzil Nor dulu, (kalau tak silap) sekarang masih Pengerusi JK Tatatertib party itu, ketika ziarah awal kami ke rumah beliau pada September 2013 dulu, sebut berkali-kali pada kami;

“Ikhwah, antum kena berani tukar Ustaz Hadi itu daripada terus menjadi Presiden party kita”

Kami tanya kenapa (…dan “siapa” gantinya)?

Maka jawab Pak Daeng;

“Ustaz Hadi itu tak akan rela dan tak akan setuju untuk sesiapa pun jadi ketua pada Pakatan Rakyat hari ini. Dia mahu kita (Pas) saja jadi ketua, dia mahu paksa semua orang ikut kehendak kita. Jadi kalau Anwar jadi Ketua, dia akan cipta pelbagai alasan untuk tolak tahaaluf ini…”

“Kalau antum tak tukar Ustaz Hadi itu sekarang (dengan Presiden baru yg dinamakan orangnya), maka ana bimbang Pakatan Rakyat ini pasti berpecah kelak”

“Sebab ana sangat kenali Ustaz Hadi itu sejak kami dalam Barisan Alternatif lagi, dia adalah seorang yg tak tahu berkawan dengan orang lain”

Ikhwah yg dirahmati,

Kenyataaan Pak Daeng itu adalah antara kisah² awal yang yg saya lakarkan dalam tulisan lampau (2013-2014) “mesti tukar Ustaz Hadi” yg Pak Daeng (Dr Daeng Sanusi Daeng Meriuk) peloporkan sebelum Muktamar 2013 (7 tahun lepas). Khasnya pasca peristiwa khianat kerusi di DUN Kota Damansara dlm PRU13 itu.

Siri ziarah saya ke teratak Pak Daeng (yg lama ditinggalkan oleh party) sebaik pulang dari luar Negara, rasanya hampir 10 kali, sampailah awal tahun 2015 itu, satu yg cukup bermakna buat saya. Banyak ‘ibrah saya dah catatkan, dah kongsikan.

Saya tak hairan, satu per satu lagi alasan dan rekaan hukum terus diciptakan demi memuaskan nafsu politik Tok Guru itu hari ini.

Kalau dahulu dia berhukum pelbagai alasan demi tolak TunM dari jadi calon YB dan jadi PM. Pelbagai kutukan & sindiran dibuat utk tolak TunM.

Lepas itu, dia & party dialah juga yg “menyondol” Pejabat PM dan TunM dan memujanya setiap hari, dan mencipta pelbagai ialasan baru demi menolak pula Pakatan Harapan melaksanakan janji menggantikan TunM dengan Anwar yg kita meterai dengan rakyat itu.

Juga jangan terkejut kelak lepas Anwar naik, benda yg samalah dia ulangi dengan pelbagai alasan agama lain digunakan untuk himpit Anwar pula. Perangai sama Tok Guru itu sejak dulu…

Politik itu satu ‘IBRAH.

#Beruntunglah mereka yg mampu mengamatinya susur galur ‘ibrah itu sebagai pedoman politik hari ini…

p/s –

Ini pertemuan terakhir dengan Pak Daeng dulu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s