PECAHAN KERUSI DALAM PAKATAN HARAPAN – 62 TAHUN UMNO BERSAMA MCA DAN MIC MEROMPAK NEGARA ?

PECAHAN KERUSI DALAM PAKATAN HARAPAN:
Oleh Prof Ramlah Adam

PAN – 6, ISLAM 6.

PKR – 35, ISLAM 16.

DAP – 61, ISLAM 6.

PPBM – 10, ISLAM 10.

JUMLAH:

ISLAM – 41 KERUSI.

BUKAN ISLAM – 71 KERUSI.

JUMLAH – 112 KERUSI.

Ini yang orang Melayu kena kira dan paham betul-betul, berapa suara Melayu dan Islam? Cuma 41 orang dan yang bukan Islam 71 orang.

Boleh ke orang Melayu membuat keputusan walau pun orang Melayu duduk No. 1 dan No. 2. Itu belum Sabah dan Sarawak lagi. Jangan kerana nyamuk kelambu di bakar pikirkanlah akan angka yang saya nyatakan ini sebelum Melayu hilang suara dan sebelum Melayu memegang tahta tetapi tidak berkuasa.
Open Secret!

Pen’China’an Malaysia

Saya mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan yang berlaku di Tanah Air kini dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ini bukan isu BN atau isu PH, bukan isu Najib atau isu Tun M tetapi ini adalah isu keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).

Saya ‘concern’ dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Ia adalah satu ‘open-secret’.

JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan.passport kepada warga China.

Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China yang menelan belanja ratusan billion RM.

Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.

Saya bermohon agar para YB Menteri dari PH dan para MP pembangkang dari kalangan umat Islam untuk mengkaji isu ini dan memperjuangkannya di peringkat parlimen.

Ini bukan isu PH atau isu BN tetapi isu keselamatan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

– Prof Zainur Rashid Zainuddin

Pengemaskinian Maklumat Pesara/Tanggungan Berumur 70 Tahun dan Ke Atas Bagi Tujuan Pembayaran Pencen? Fitnah Jahat Umnopas

1 BAHAYA FITNAH

Image may contain: text

No photo description available.

Salam Sejahtera,

Para pesara dan waris/tanggungan pesara yang dihormati sekalian,

Anda ada terima mesej yang viral berkenaan Pengemaskinian Maklumat Pesara/Tanggungan Berumur 70 Tahun dan Ke Atas Bagi Tujuan Pembayaran Pencen?

Hari ini ADMIN masih terima lagi banyak pertanyaan berkenaan isu ini. Walaupun isu ini sudahpun diperjelaskan lebih setahun yang lalu. Nampaknya berita ini kembali viral lagi.

Berikut merupakan maklum balas ke atas surat yang sedang viral ini.

Ia hanya melibatkan 218 orang pesara/penerima pencen sahaja.

Mereka yang menerima surat ini secara pos sahaja yang perlu kemaskini maklumat masing-masing.

Bagi anda yang tidak menerimanya, tidak perlu risau dan khuatir kerana ia tidak melibatkan anda.

Tolong sebarkan boleh?

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Nik Amar Memperbodohkan Rakyat Kelantan

1 BMF

1 MERCEDES BMF

Langkau ke kandungan utama

Laman depanToggle navigation

Sah dapat ‘bonus’ RM50,000
MyMetroMutakhir
Share
Share

Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@nstp.con.my
TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan pimpinan kerajaan negeri itu menerima ‘bonus’ RM50,000.

Menurutnya, ia adalah pemberian khas susulan pencapaian pendapatan kerajaan negeri.

Malah, katanya, duit pemberian khas ini juga tiada kaitan dengan peruntukan khas oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta.
“Ini bukan bonus kerana kita tidak layak menerima bonus sebagaimana kakitangan awam.

“Sebanyak 14 individu termasuk EXCO dan menteri besar menerima pemberian khas ini.

“Bukannya selalu, tahun ini saja paling banyak dan tahun depan mungkin tiada,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, isu pemberian khas RM50,000 seorang kepada pimpinan kerajaan termasuk Menteri Besar dan Timbalannya, Setiausaha Negeri Kelantan dan barisan EXCO dipersoalkan pegawai dan kakitangan negeri itu. Malah, isu pembelian 14 kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri Kelantan belum reda.

Sumber ketika ditemui berkata, pemberian yang diterima minggu kedua bulan ini sekali dengan bonus tambahan yang diterima kakitangan kerajaan negeri.

“Tidak wajar kakitangan mendapat bonus RM1,000, sedangkan belasan pimpinan negeri menerima sebanyak RM50,000.

“Memang pemberian khas RM50,000 kepada pimpinan tertinggi negeri itu tidak diumumkan sebagaimana pengumuman bonus tambahan, namun orang dalaman semua tahu dan agak kecewa.

“Mereka menguar-uarkan konsep berjimat dalam pentadbiran negeri sedangkan mereka sendiri mampu menerima bonus RM50,000 seorang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 January 2020 @ 2:25 PM
Berita Berkaitan

Rakyat Kelantan terluka kerajaan negeri beli Merc

Bukan MB sahaja guna Mercedes Benz

RM50,000 UNTUK EXCO, “HABIS KUT TENGAH JALAN JER”

1. Heboh satu Malaya apabila “netizen” menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Kelantan berkaitan wang RM50,000 yang diberikan secara “pemberian khas” kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

2. Saya menulis saat ini bukanlah untuk memberi jawapan kepada isu dan polemik yang sedang berlaku. Ianya sekadar coretan peribadi akan gerak kerja wakil-wakil rakyat di Kelantan khasnya ahli Exco Kerajaan yang mana wang dan hartanya akan dihabiskan untuk rakyat semata mata.

3. Contoh mudah, YB Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan yang amat saya kasihi. Dia guru, dia pemimpin kami.

4. Disember bulan lepas (2019) banjir melanda Daerah Tumpat (DUN Pengkalan Kubor khasnya) sebanyak dua kali. Awal bulan dan sekali lagi bermula 20hb Disember. Dua kali banjir!

5. Antara yang terjejas teruk adalah Kg. Bendang Pak Yong, Kajang Sebidang, Teluk Jering, Simpangan dan beberapa yang lain melibatkan mangsa melebihi 3,000 ketua isi rumah. YB Ustaz Wan Roslan terpaksa berhutang di beberapa kedai runcit dan kedai borong untuk menyediakan 3,000 kit barangan keperluan dianggarkan bernilai RM50 setiap satunya. Nilainya amat besar. (3000 X RM50 = RM150,000.00)

6. Mujurlah pemberian khas RM 50,000 oleh kerajaan diberi kepadanya. Sebahagian hutang kepada kedai runcit berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah.

7. Selain itu, beberapa NGO telah turut sama turun membawa barang sumbangan antaranya Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, Misi Kembara Dakwah, Al l’tisam Relief dan lain lain. Ia telah meringankan bebanan Pusat Khidmat Dun yang terpaksa menguruskan bantuan banjir bagi dua kali gelombang.

8. Komitmen Ust Wan Roslan tidak terhenti di situ, Jumaat ini beliau anjurkan pula program NGO Bersama Komuniti di Pasar Rabu Kg Bendang Pak Yong. Apa tujuannya? Ia untuk meraikan pasukan NGO yang tekun membantu mangsa banjir di kawasannya sewaktu bah melanda bulan lepas. Jamuan rakyat juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara orang kampung setelah penat lelah bergotong royong sepanjang Disember.

9. Minggu lepas, Ustaz Wan Roslan menyumbang RM5,000 wang peribadinya kepada keluarga yang mana rumahnya hangus terbakar dan langsung tiada tempat berteduh. YB dan rakyat berpisah tiada. Duka dikongsi bersama, kesusahan sama diringankan.

9. Ini hanya satu contoh sahaja bagi penggunaan wang yang tidak pernah cukup kepada rakyat di semua daerah. Perkara yang sama kita yakin berlaku kepada semua ahli majlis mesyuarat kerajaan yang lain dalam menyantuni rakyat.

10. Dari mana datangnya RM50,000 itu? Ia adalah “pemberian khas” yang diputuskan secara SAH dalam mesyuarat RASMI kerajaan. Untuk apa wang itu? Ia khas untuk kegunaan kebajikan rakyat bagi akhir 2019 dan awal tahun 2020.

11. Tiada peruntukan tambahan. Wang ini masih dalam peruntukan Bajet 2019 (Bajet Luar Jangka) yang telah diluluskan dalam Pembentangan Bajet melalui Persidangan DUN akhir tahun 2018 lagi. Ia bukan benda baharu.

12. Tambahan pula pada akhir Oktober lepas, peruntukan untuk Exco telahpun habis dan permohonan baru juga telah ditutup (kerana akhir tahun). Jadi disalurkan pemberian khas tersebut bagi membantu rakyat kepada ahli Exco kerajaan. Ia semudah itu sahaja.

13. Seperti kata rakan rakan saya, duit lima puluh ribu itu tidak besar pun, “ia habis untuk rakyat kut tengah jalan jer”, kata mereka.

Coretan Petang,

Nazman Che Iberahim

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/01/537517/sah-dapat-bonus-rm50000

TIMBALAN Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengesahkan pimpinan kerajaan negeri itu menerima ‘bonus’ RM50,000.

Menurutnya, ia adalah pemberian khas susulan pencapaian pendapatan kerajaan negeri.

Malah, katanya, duit pemberian khas ini juga tiada kaitan dengan peruntukan khas oleh Kerajaan Pusat sebanyak RM400 juta.

“Ini bukan bonus kerana kita tidak layak menerima bonus sebagaimana kakitangan awam.

“Sebanyak 14 individu termasuk EXCO dan menteri besar menerima pemberian khas ini.

“Bukannya selalu, tahun ini saja paling banyak dan tahun depan mungkin tiada,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu, isu pemberian khas RM50,000 seorang kepada pimpinan kerajaan termasuk Menteri Besar dan Timbalannya, Setiausaha Negeri Kelantan dan barisan EXCO dipersoalkan pegawai dan kakitangan negeri itu. Malah, isu pembelian 14 kereta Mercedes Benz oleh kerajaan negeri Kelantan belum reda.

Sumber ketika ditemui berkata, pemberian yang diterima minggu kedua bulan ini sekali dengan bonus tambahan yang diterima kakitangan kerajaan negeri.

“Tidak wajar kakitangan mendapat bonus RM1,000, sedangkan belasan pimpinan negeri menerima sebanyak RM50,000.

“Memang pemberian khas RM50,000 kepada pimpinan tertinggi negeri itu tidak diumumkan sebagaimana pengumuman bonus tambahan, namun orang dalaman semua tahu dan agak kecewa.

“Mereka menguar-uarkan konsep berjimat dalam pentadbiran negeri sedangkan mereka sendiri mampu menerima bonus RM50,000 seorang,” katanya.

http://www.1media.my/2020/01/rm50000-untuk-exco-habis-kut-tengah.html

oleh: Nazman Che Iberahim

1. Heboh satu Malaya apabila “netizen” menunjukkan kemarahan kepada Kerajaan Kelantan berkaitan wang RM50,000 yang diberikan secara “pemberian khas” kepada Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

2. Saya menulis saat ini bukanlah untuk memberi jawapan kepada isu dan polemik yang sedang berlaku. Ianya sekadar coretan peribadi akan gerak kerja wakil-wakil rakyat di Kelantan khasnya ahli Exco Kerajaan yang mana wang dan hartanya akan dihabiskan untuk rakyat semata mata.

3. Contoh mudah, YB Ustaz Haji Wan Roslan Wan Hamat, Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan yang amat saya kasihi. Dia guru, dia pemimpin kami.

4. Disember bulan lepas (2019) banjir melanda Daerah Tumpat (DUN Pengkalan Kubor khasnya) sebanyak dua kali. Awal bulan dan sekali lagi bermula 20hb Disember. Dua kali banjir!

5. Antara yang terjejas teruk adalah Kg. Bendang Pak Yong, Kajang Sebidang, Teluk Jering, Simpangan dan beberapa yang lain melibatkan mangsa melebihi 3,000 ketua isi rumah. YB Ustaz Wan Roslan terpaksa berhutang di beberapa kedai runcit dan kedai borong untuk menyediakan 3,000 kit barangan keperluan dianggarkan bernilai RM50 setiap satunya. Nilainya amat besar. (3000 X RM50 = RM150,000.00)

6. Mujurlah pemberian khas RM 50,000 oleh kerajaan diberi kepadanya. Sebahagian hutang kepada kedai runcit berjaya dilangsaikan. Alhamdulillah.

7. Selain itu, beberapa NGO telah turut sama turun membawa barang sumbangan antaranya Yayasan Amal Malaysia Cawangan Kelantan, Misi Kembara Dakwah, Al l’tisam Relief dan lain lain. Ia telah meringankan bebanan Pusat Khidmat Dun yang terpaksa menguruskan bantuan banjir bagi dua kali gelombang.

8. Komitmen Ust Wan Roslan tidak terhenti di situ, Jumaat ini beliau anjurkan pula program NGO Bersama Komuniti di Pasar Rabu Kg Bendang Pak Yong. Apa tujuannya? Ia untuk meraikan pasukan NGO yang tekun membantu mangsa banjir di kawasannya sewaktu bah melanda bulan lepas. Jamuan rakyat juga diadakan untuk mengeratkan hubungan antara orang kampung setelah penat lelah bergotong royong sepanjang Disember.

9. Minggu lepas, Ustaz Wan Roslan menyumbang RM5,000 wang peribadinya kepada keluarga yang mana rumahnya hangus terbakar dan langsung tiada tempat berteduh. YB dan rakyat berpisah tiada. Duka dikongsi bersama, kesusahan sama diringankan.

9. Ini hanya satu contoh sahaja bagi penggunaan wang yang tidak pernah cukup kepada rakyat di semua daerah. Perkara yang sama kita yakin berlaku kepada semua ahli majlis mesyuarat kerajaan yang lain dalam menyantuni rakyat.

10. Dari mana datangnya RM50,000 itu? Ia adalah “pemberian khas” yang diputuskan secara SAH dalam mesyuarat RASMI kerajaan. Untuk apa wang itu? Ia khas untuk kegunaan kebajikan rakyat bagi akhir 2019 dan awal tahun 2020.

11. Tiada peruntukan tambahan. Wang ini masih dalam peruntukan Bajet 2019 (Bajet Luar Jangka) yang telah diluluskan dalam Pembentangan Bajet melalui Persidangan DUN akhir tahun 2018 lagi. Ia bukan benda baharu.

12. Tambahan pula pada akhir Oktober lepas, peruntukan untuk Exco telahpun habis dan permohonan baru juga telah ditutup (kerana akhir tahun). Jadi disalurkan pemberian khas tersebut bagi membantu rakyat kepada ahli Exco kerajaan. Ia semudah itu sahaja.

13. Seperti kata rakan rakan saya, duit lima puluh ribu itu tidak besar pun, “ia habis untuk rakyat kut tengah jalan jer”, kata mereka.

RESENSI RINGKAS “TAFSIR SURAH AL-FATIHAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT”

1 HADI JAHAT

1 MERCEDES BMF

1 BMF

RESENSI RINGKAS “TAFSIR SURAH AL-FATIHAH TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT”

1. Walaupun sudah hampir lima tahun Tok Guru Nik Abdul Aziz meninggalkan kita pada usia beliau 84 tahun, namun karya-karya sebeginilah yang menyebabkan pemikiran Tok Guru hidup, segar, tidak pergi bersama jasadnya meninggalkan kita.

2. Lima tahun selepas kita meninggal dunia, belum tentu ada yang ambil inisiatif membukukan ucapan dan pemikiran kita. Hidup terlalu singkat, semakin singkat untuk terus berbakti dan meninggalkan bakti, terlalu kuat pula dugaan untuk kita hidup membuang masa.

3. Mirip Tafsir Sya’rawi dan tafsir-tafsir selainnya yang dihasilkan oleh murid yang mendengar, membaca karya ini benar-benar mengasyikkan. Asyik sehingga saya lupa bahawa ia adalah sebuah kuliah yang dibuat sudah lebih 20 tahun lepas di Kota Bharu.

4. Sungguh ucapan para ulama apabila menghuraikan kalam Tuhannya tidak pernah terasa usang atau seperti barang yang tidak terpakai pada zaman ini.

5. Kecintaan Allahyarham Tok Guru kepada ilmu tafsir tidak mampu dikalahkan oleh apapun kesibukan termasuk berpolitik dan mengurus sebuah kerajaan negeri selama dua puluh dua tahun.

6. Ajaib ilmu tafsir dan tadabbur ini, ia ibarat graviti kuat yang menarik sesiapa sahaja masuk ke dalamnya, sehingga uniform apapun dipakai dalam kehidupannya, sentiasa ada sahaja masa direzekikan Tuhannya untuk menelaah kitab-kitab tafsir di celahan kesibukan.

7. Antara sebab anda perlu memiliki karya ini ialah tokoh yang menyampaikan kuliah-kuliah tafsir ini bukanlah individu sembarangan. Pentas politik telah menjadi platform beliau dikenali barangkali oleh setiap rakyat Malaysia.

8. Justeru, populariti Tok Guru wajar “dipergunakan” – menerusi karya-karya sebegini – untuk menarik masyarakat awam umumnya dan generasi muda dan kaum pelajar khususnya kepada ilmu tafsir dan tadabbur. Ketepikan sentimen politik kepartian buat seketika. Yang mahu ditegaskan ialah kita perlu lebih ramai pencinta ilmu tafsir pada waktu ini.

9. Semangat ummat untuk kembali kepada ajaran al-Quran mesti disambut dengan melahirkan generasi pencinta ilmu tafsir yang boleh menyantuni masyarakat awam dan memimpin tadabbur mereka agar kekal terpimpin dan tidak tergelincir.

10. Pencinta ilmu tafsir yang dimaksudkan bukan sekadar yang bersemangat semata-mata, tetapi bersedia mengambil disiplin pengajian ini meskipun bertahun-tahun lamanya.

11. Hendaklah kita maklum, bukan sehari dua proses lahirnya insan bernama Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Zulkifli itu. Ada “madrasah bahasa” dan proses menuntut ilmu yang panjang telah dilalui sejak di Deoband, Lahore dan al-Azhar.

12. Antara sebab anda perlu memiliki karya ini ialah banyaknya buah-buah hikmah pada satu-satu ayat dari Tok Guru. Dewan Zulkifli Muhammad itu saksi istiqamahnya seorang ulama yang sudah lanjut usianya, dengan kesaratan pengalaman dakwah dan siasah, semuanya ditundukkan bagi memahamkan makna kalam Tuhan kepada rakyat jelata.

13. Seperti sifat kebanyakan para ulama tafsir zaman berzaman, bidang tafsir kelihatannya menjadi bidang terakhir diceburi para ulama Islam. Sebelumnya, masa muda dan belia mereka dimanfaatkan dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu lain sebelum ilmu tafsir menjadi pilihan dan sentuhan emas mereka di hujung usia.

14. Seperti Al-Razi. Seolah-olah, gerun bermain dengan ilmu memahamkan makna setiap kalam Allah ini melainkan selepas benar-benar masak fikirannya dengan pengalaman hidup dan matang ilmunya dengan ilmu-ilmu Islam yang lain. Demikianlah juga Tok Guru Nik Aziz yang menghabiskan usia-usia akhirnya dengan memposisikan dirinya sebagai ulama tafsir sebagaimana posisinya juga ahli politik Islam.

15. Terus terang membaca karya ini, saya menemui pelbagai bentuk tadabbur dan perspektif tok Guru yang luar jangkaan saya sendiri. Ketika mengulas ayat terakhir al-Fatihah, kalimah nikmat itu seringkali difahami sebagai makan, minum, tidur, berduit dan sebagainya. Bagi Tok Guru, mudah sahaja bahasanya.

“Jadi loni (sekarang) kita cari orang yang kita sangka dapat nikmat itu ialah orang yang duit banyak dan berumah besar. Ini pandangan yang kita buat sendiri. Bukannya pandangan yang ditunjukkan oleh Allah SWT !”

16. Ini ialah tafsir surah al-Fatihah, bukan surah lain. Ia surah yang asas sekali. Memahaminya bermakna menambah nilai khusyuk dalam solat.

17. Meskipun dinamakan “tafsir”, lebih banyak yang dikongsi Tok Guru ialah sebenarnya “tadabbur” beliau yang sangat membantu rakyat Kelantan yang hadir mendengar memahami.

18. Sebagaimana para pendakwah al-Quran yang lain, menyampaikan pesan-pesan al-Quran memerlukan seseorang membelek pelbagai tafsir bil-ma’thur dan bil-ra’yi. Namun, apabila berhadapan dengan mad’u dan rakyat yang rata-rata tidak tahu menahu mengenai nahu saraf, selok belok balaghah dan segala macam hukum hakam kebahasaan, aspek “hakim” seseorang pendakwah selain “alim” akan teruji.

19. Tok Guru Nik Aziz kelihatan pakar dalam hal-hal hikmah dalam penyampaian, tidak perlu tunjuk pandai dengan membahaskan satu ayat dari pelbagai pandangan ahli tafsir, tetapi memadai menjelaskan makna ayat dengan pendapat terbaik, dengan cara penyampaian terbaik untuk difahami rakyat.

20. Antara keunikan Tok Guru ialah bahasa tafsirnya sangat mudah faham (bagi orang Kelantan). Sebagai seorang ulama yang bergelumang dengan pelbagai karya tafsir, perkara paling mencabar ialah memudahkan bahasa kitab kepada bahasa orang awam.

21. Seakan-akan Tok Guru Nik Aziz dan Buya HAMKA mempunyai persamaan dalam hal-hal begini. Genius dalam mendatangkan metafora, misalah, kiasan, analogi yang sesuai sehingga terus difahami dengan mudahnya.

22. Bagi saya, inilah contoh tafsir bi al-ra’yi dan aplikasi tadabbur yang memudahkan faham rakyat yang jauh dari ruh dan ajaran sebenar al-Quran. (Dan sudah pastinya apapun perumpamaan dan metafora digunakan, ولله المثل الأعلى )

23. Sebagai pelajar dalam bidang tafsir, barangkali boleh difahami betapa bukan mudah membuat persiapan memahami setiap ayat Allah untuk difahamkan kepada rakyat jelata yang pelbagai cara fikir dan rencam latarbelakangnya. Membaca satu hal, menerangkan satu hal.

24. Kuliah barangkali sejam dua, namun persiapan pembacaan sebenarnya lebih dari itu. Bagaimana Tok Guru melakukannya ? Barakah masa, benar-benar dianugerahkan Tuhan kepada almarhum.

25. Semoga Allah merahmati ustaz Saifudin Yusof dan tim atas juhud memandaikan ummat ini. Ini baru surah pertama. Ada 113 surah lagi ke depan. Allahyarham pula telah selesaikan tafsirnya 30 juzuk al-Quran. Nampaknya perjalanan masih “ratusan kilometer” jauhnya. Apatah lagi jika pendekatan tahqiq terhadap hadis-hadis dan athar-athar dari lidah bicara Tok Guru dilakukan sebagaimana telah dilakukan pada karya sulung ini.

26. Mohon semua rakan-rakan terus mendoakan mereka diberikan motivasi dan kegigihan bekerja melakukan transkrip dari kaset-kaset kuliah Tok Guru Nik Aziz. Mohon tuan puan juga untuk terus membantu menyumbang infaq kepada pasukan tafsir Tok Guru ini.

27. Methodologi penulisan buku ini telah disesuaikan agar boleh dibaca rakan-rakan bukan Kelantan. Pada masa yang sama, buku ini tidak menghilangkan dialek asal yang digunakan Tok Guru dengan segala “buoh-buoh kilah” beliau.

28. Karya sebegini juga wajar diterbitkan dan disebarluaskan menembusi sempadan negeri, bahkan sempadan politik kepartian.

29. Setiap ulama tafsir zaman berzaman tidak sunyi dari pendirian mazhab, pendirian politik, pendirian jemaah dan ittijah (kecenderungan) tafsir masing-masing. Maka sikap pelajar tafsir dan pentadabbur al-Quran, buang yang keruh, ambil yang jernih asalkan menambah tadabbur, meningkat iman dan amal soleh. Tiada ulama yang tafsirannya tiada kelemahan. Kerana tiada yang maksum melainkan sebaik-baik pentafsir al-Quran, Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

30. Dan sebagai pelajar, saya sangat berharap pemikiran tafsir Tok Guru ini boleh “disambut” dengan pelbagai kajian-kajian akademik. Ini kerana apa yang dihasilkan ini ialah “primary sources” dan “bahan mentah” berharga yang belum diproses, sangat banyak ruang kajian boleh dilakukan kepada “suara” tafsir Tok Guru inshaallah. Adakah tafsir Tok Guru ada pengaruh mana-mana ulama tafsir dari India atau Pakistan, adakah tafsir Tok Guru mengaplikasikan ilmu munasabah ayat, adakah tafsir Tok Guru konsisten mengaitkan semua surah dengan surah al-Fatihah, bagaimanakah model dan bentuk “sekolah tafsir Nik Abdul Aziz” dan pelbagai persoalan boleh dikaji.

Wallahu a’lam.

“Dari benang-benang kitab tua,
Dihamparkan di depan rakyat,
Yang sedang mencari makna,
Daripada bicara murabbi,
Kami susun menjadi bukti”

Syaari Ab Rahman
27 Jamadil Awwal 1441
Tumpat, Kelantan

PEMBOHONGAN DAN KEBATHILAN pada slogan “Penyatuan Ummah”

1 BMF

1- PEMIMPIN PAS.

KEBATHILAN pada slogan “Penyatuan Ummah”

EMPAT FAKTOR paling kurangnya mengapa slogan “penyatuan ummah” Umno & Pas itu adalah seruan kebathilan yg wajib ditolak oleh ummah & Negara.

#SATU – Paksaan bersatu berlawanan fitrah insani

Syeikh Dr Yusuf Qardhawi menegaskan dlm kitabnya الصحوة الإسلامية بين الاختلاف المشروع والتفرق المذموم bahawa salah satu PUNCA UTAMA semakin teruk berpecahnya ummah hari ini adalah kerana wujudnya seruan paksaan “penyatuan” secara melampau hingga menolak apa jua perbezaan pada perkara furu’ dan ijtihadiy.

Allah sendiri dah berfirman bahawa fitrah manusia yg berbaza itu hendahlah di “uruskan” (bukannya dipaksa satukan). Maka apa jua seruan berlawanan dgn fitrah kejadian Allah itu adalah bathil.

وَلَوۡ شَاۤءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ ٱلنَّاسَ أُمَّةࣰ وَ ٰ⁠حِدَةࣰۖ وَلَا یَزَالُونَ مُخۡتَلِفِینَ

Jikalau Tuhan kamu (Allah) berhehendakkan, nescaya Tuhan itu sudah jadikan manusia ini ummah yang bersatu sepenuhnya, (tetapi tidak) kejadian manusia itu sendiri adalah sentiasa berselisihan pendapat selamanya.

[ Hud: 118 ]

#DUA – Bagi mereka Ummah itu hak Melayu & Islam (sahaja)

Terma #ummah dipeloporkan Rasulullah SAW tatkala termeterainya perjanjian “perpaduan” (bukannhya penyatuan) untuk semua bangsa & agama di Madinah berpegang satu perlembagaan Negara, demi menjadikan bumi Madinah itu model kerajaan terbaik pentadbiran Islam.

Ummah dalam Islam tak pernah sesekali merujuk bangsa & agama seperti yg dalam kamus puak Umno & Pas itu, Tapi ummah itu adalah muslim & bukan muslim, semuanya adalah rakyat/citizen (muwathonah) dalam negara.

#TIGA – Piagam Madinah utk perpaduan kaum & agama

Sunnah “Piagam Madinah” termetrai untuk muslim & non-muslim bekerjasama membina Negara dgn berpegang pada perjanjian perlembagaan bersama.

Tapi “piagam” puak Umno/Pas lancarkan itu bertentangan langsung dengan sunnah, kerana piagam bagi mereka cukuplah dua party bangkit menolak dan menjatuhkan kerajaan rakyat pada hari ini.

Sejak itulah lahirnya seruan boikot Cina & kafir, beli jualan Islam sahaja, dan pelbagai slogan yg tidak pernah wujud dlm kamus perjuangan Islam.

#EMPAT – Kesatuan itu hanyalah untuk politik pilihanraya semata.

Terma “penyatuan” terpacul dari Umno hanya pada 1969, 2008,2014 melalui lidah ISMA dan Umno, semuanya kerana kekalahan pilihanraya. Masa menang besar 2004, tapi menjadi cukup bongkak dan menindas penuh kezaliman rakyat muslim dan non-muslim.

Tapi pasca PRU14, tatkala igauan gabungan Pas/Umno nak bersama pasca PRU14 itu tak menjadi kenyataan, maka sekali lagilah Umno & Pas pula bangkitkan semula slogan jahiliyyah itu, kesatuan bangsa & agama hanya untuk berebut kuasa pada PRU15 kelak.

Slogan didasari bibit KEBENCIAN

Jelas, slogan atau kempen penyatuan ummah & boikot non-muslim itu tak lain hanyalah cubaan melahirkan semula bibit kebencian dalam kejahilan yg cuba dihapuskan Rasulullah SAW tatakala termetrainya 17 siri perjanjian Rasul dengan bukan Islam satu ketika dahulu.

Cukup rasanya kupasan alFadhil Ustaz Uda Kasim yg cuba memurnikan fikrah dan kefahaman ummah daripada terus dipesongkan oleh Umno & Pas melalui slogan ini…

Ambillah ‘ibrah daripada apa yg Saidina ‘Ali sebutkan pada puak Khawarij ketika peperangan dgn pasukan Mu’awiyyah yg melaungkan “penyatuan’ versi perang itu;

“…kenyataan mereka itu adalah satu kebenaran, tetapi terkandung di dalamnya tujuan yg penuh kebathilan…”
Ahmad Sayuti Bashiron
Sri Gombak | 22 Sep 2019

GABUNGAN PAS DAN PH DITOLAK?

MENARIK DALAM RENTASAN 628 1. PEMBERIAN KHAS RM50,00 DANA DARI MANA? 2. SEKARANG PERAYAAN PONGGAL HARAM? 3. PAKATAN HARAPAN TIDAK PERLU SEKUTU YANG TAKABBUR 4. AMANAH SERAH PERALIHAN KUASA KEPADA MAJLIS PRESIDEN Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad Facebook : https://www.facebook.com/jomchannelon… Youtube : https://www.youtube.com/c/Jomchannel Twitter : https://twitter.com/Jomchannel Website : https://jomchannel.tv/ #TunMahathir #AnwarIbrahim #HadiAwang #RentasanBerita #JomChannel

Assalamualaikum… Dengan Rendah Diri Kami Mohon Para Sahabat Yang Dikasihi Untuk Subscribe Channel Ihya Assunnah Solution Agar Terus Menghayati Video-Video Kerohanian Penuh Bermanfaat:

https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos?view_as=subscriber

Jadilah Insan Yang Sentiasa Menaburkan Kebaikkan.

https://www.youtube.com/watch?v=7Rq2zUOJ6NU

Page Pintu Ke Syurga Yang Memuatkan Bahan-Bahan Penting Berkaitan Agama Islam

https://web.facebook.com/Pintu-Ke-Syurga-110968047089773/

Blog-Blog Penuh Khazanah Ilmu Bermanfaat

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

Terlebih Dahulu Kami Ucapkan Jutaan Terima Kasih Buat Para Sahabat Yang Dikasihi Diatas Kesudian  Memberi  Sokongan Dan Pandangan Bermanfaat Yang Sahabat Telah Berikan.

Penceramah Paling Lucu

https://www.youtube.com/watch?v=3cEqJLzlMUo

DOA UNTUK MENGELAK DARI VIRUS CORONA YANG AMAT BERBAHAYA

1 VIRUS CORONA

Satu demi satu berita baik kita terima dalam bulan pertama tahun 2020..

KATA-KATA ERDOGAN.

1 AZAB PEMBOHONG

2 HADI ULAMAK PALSU

Satu demi satu berita baik kita terima dalam bulan pertama tahun 2020..

Alhamdulillah.. satu demi satu berita baik kita terima dalam bulan pertama tahun 2020.., Selepas Indeks Rasuah kita ditambah baik.. Kutipan SST melepasi RM 5 Billion dari sasaran..Harga Komoditi telah melepasi para 3 ribu/tan , manakala Ringgit Malaysia telah menghampiri RM 4 bagi tukaran 1 USD….

Data Pelaburan bagi bulan pertama mencatatkan lonjakan luar biasa bagi pelaburan masuk dalam tempoh satu bulan ke Pasarah Saham Malaysia… AS$121 juta mengalir ke Bursa Saham dalam tempoh sbeulan pertama 2020..

Apa kata Penganalisis dan Pengurus Dana….

Jadi marilah kita sama sama membantu kepimpinan Tun Mahathir menyelamatkan dan memulihkan Ekonomi Negara, Masa gelap sudah hampir berlalu… Jadi jika kita mahu transisi dari Tun kepada Ds Anwar berlangsung dengan jayanya.. Marilah sama sama Sokong Kepimpinan Tun memulihkan Ekonomi Negara..

Sebab Tun seorang pemimpin yang Bermaruah..Dia Suka serahkan Negara ketika mana dalam keadaaan Stabil.. bukan huru hara.. Jika kita membantu membuat Huru hara, Kita hanya membantu kelompok Pro Kapitalis seperti Azmin dan Zuraidah..

InsyaAllah..Walaupun kejayaan ini besar, Tapi tidak ada Bonus RM 50 ribu bagi setiap menteri.. 🙂

Ipohmali

🇲🇾🔺🇲🇾🔺🇲🇾🔺🇲🇾
http://t.me/infom2020