Pelaburan China Di Malaysia Meningkat Kepada RM29.3 bilion

Pelabur china

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan juga berkata, Malaysia sedang menikmati manfaat berterusan daripada lencongan perdagangan dan pelaburan berikutan perang perdagangan antara AS dan China dengan memperlihatkan jumlah pelaburan langsung asing (FDI) diluluskan bagi suku pertama 2019 melonjak 73.4 peratus kepada RM29.3 bilion berbanding RM16.9 bilion tempoh sama tahun lalu.

Kenaikan jumlah FDI diluluskan pada suku pertama itu disumbangkan oleh peningkatan pelaburan ketara sektor pembuatan yang melonjak 127 peratus kepada RM20.2 bilion berbanding RM8.9 bilion setahun lalu.

Laporan analisis oleh Nomura Global Markets Research juga mendapati Malaysia adalah negara yang akan meraih manfaat besar daripada lencongan perdagangan berikutan perang perdagangan AS dan China, selepas Vietnam, Taiwan dan Chile.

Nomura mendapati Malaysia berpeluang menikmati peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 1.3 peratus hasil daripada lencongan perdagangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s