Geng Lawyer Buruk Kelantan Pakai Mercedes Benz baru

‘Saya dan exco juga pakai Mercedes Benz baru’

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah mengakui pembelian kereta baru jenis Mercedes Benz bukan sahaja untuk kegunaan rasmi menteri besar tetapi juga membabitkan pimpinan kerajaan negeri lain.

Malah, dedahnya, kereta jenama Mercedes Benz itu turut dibeli untuk kegunaan barisan exco dan setiausaha kerajaan negeri dengan jumlah keseluruhan 14 buah.

Mohd Amar berkata pembelian kenderaan itu dilakukan sejak 2018 hingga tahun lalu dengan yang terakhir untuk beliau sendiri dan Menteri Besar, Ahmad Yakob.

“Ya memang semua exco, menteri besar dan saya sendiri kini menggunakan kereta Mercedes Benz sebagai kenderaan rasmi, namun kapasiti enjin yang berlainan.

“Saya mula pakai sejak akhir Disember lalu, manakala Menteri Besar mula pakai 1 Januari lalu.

“Kita beli kereta baru memandangkan kebanyakan kereta sudah digunakan lebih 10 tahun dengan ada exco yang berhenti selepas pilihan raya umum (PRU) membeli kenderaan rasmi yang mereka gunakan,” katanya kepada media ketika ditemui di Pejabat Adun Panchor, Kota Bharu, hari ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz jenis S 450 L AMG Line dikatakan kenderaan rasmi baru Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob, menjadi perbincangan hangat di media sosial.

Kenderaan dengan plat pendaftaran DV 1 itu disahkan dibeli oleh kerajaan negeri Kelantan bagi menggantikan kenderaan rasmi yang lama dikatakan berharga lebih RM600,000.

Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk menggantikan kenderaan rasmi bagi kegunaan menteri besar dan exco negeri secara berperingkat setelah membuat penelitian mengenai kenderaan lama yang digunakan sejak 10 hingga 12 tahun yang lalu.

Sementara itu, Mohd Amar menjelaskan pembelian Mercedes Benz itu dibuat kerana mementingkan keselamatan dan berdasarkan pengalaman, penyelenggaraan Mercedes Benz lebih jimat berbanding kereta lama jenis Proton Perdana yang digunakan.

Bagaimanapun beliau sendiri tidak mengetahui harga sebuah Mercedes Benz yang dibeli memandangkan bahagian kewangan yang menguruskannya.

“Harga tidak menjadi soal kerana kerajaan mendapat diskaun hampir 50 peratus kerana tidak dikenakan cukai. Saya tidak tahu harga sebenar namun ada diskaun.

“Jadi tidak timbul isu kita menggunakan Mercedes Benz kerana sejak zaman Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah menggunakannya,” jelasnya.

https://www.malaysiakini.com/news/507373

Nak ‘backup’ Lebai PAS punya pasal tanpa nak selidik fakta, walaunPAS kata kete Mercedes tersebut adalah kurniaan Sultan.. 🤣🤣😂

JANGANLAH TEMBERANG WALAUNPAS.. yg dimaksudkan ‘kereta kurnian Sultan’ tersebut adalah kereta lama yg digunakan oleh Al Marhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu yg mengggunakan NO. Pendaftaran DV 1. BUKANNYA kereta Mercedes yg baru dibelinya itu dari kurniaan Sultan. Malah No. plate DV 1 itu digunapakai semula utk dipakai pada kereta Mercedes baru tersebut. Ini telah dijelaskan sendiri oleh MB Kelantan Dato’ Ahmad Yakob sendiri..

ADA FAHAM KA WALAUNPAS !!!

—————–

Hari ni tersebar kereta Mercedes benz dengan No. pendaftara. DV1 mewah milik MB kelantan yang baru. sebelum ni aku dah bagi tahu… sebenarnya banyak unit lagi.. Nilai mercedec S450 pun lebih dari setengah Juta.. hampir RM 700 ribu.. dah lama dah..

Itu sebab, Aku kata.. Penyokong PH ni kadang2 masuk perangkap Pembangkang.. Baru beli Vellfire bising.. aku dari awal aku kata takda masalah.. Itu hak Kerajaan bukan peribadi.. Selagi benda tu reasonable.. Bukan mcm Najib beli jacket, Beli Sut, malah tidur bilik hotel pun saja dah sama dengan harga Vellfire.. belum jam untuk isteri.. tu baru salah..

Tapi itulah hebatnya PAS membodohkan ahlinya, Biarpun rakyat dia ada yang merempat tak mampu beli baju sekolah.. bekalan air bersih masih belum selesai.. sampah pun tak boleh selesai. hutang negeri bertambah, bergantung pada wang ehsan dan royalti.. tanpa rasa malu beli kereta mewah.. Melancong jemaah Exco dan pagwai secara berjemaah..

Lebai PAS ni buat lah apa pun.. ada jer dalil.. Sebab Keselamatan lah.. Kuda Perang lah.. Demi Islam lah.. Jihad lah.. takkan nak pakai kancil lah.. Tu sebab pemimpin depa sendiri relax beli kereta mewah.. hadiah pada isteri, tayang sana sini tanpa rasa malu.. sebab dicandukan Ummat Islam dgn Agama..

Bila Kerajaan nak tukar Vellfire ada lah sebabnya.. Memang kita kena akui.. Kita hanya tengok dari sudut harga kereta.. bukan pada kos penyelenggaraan.. Menteri kewangan kena lihat pada semua sudut ni.. depa nampak cara penjimatan jangka masa panjang…

Tu beza Bani melayu dari bani Cina.. Cina beli kereta fikir jangka Panjang, Melayu janji nak pakai kereta.. takda deposit pun takpe.. janji nakpakai kereta baru..rosak ker apa, belakang kira..

Kadang2 kereta jenis ciplak Honda macam Perdana tu.. Kos penyelengaraan lagi tinggi.. korang ingat penyelengaraan kereta kerajaan mcm kereta persendirian.. boleh hantar bengkel tepi jalan ganti minyak hitam.. kadang2 kos selenggara bil yang sampai lebih tinggi dari kos kereta..

Itu terbukti masa kerajaan Perak Zaman Nizar tukar kepada kereta Camry.. sebab apa, Kos Selenggara 10 kereta Perdana V6 zaman UMNO dari tahun 2004-2008.. 4 tahun adalah Rm 1.3 juta.. lebih tinggi dari harga kereta.. sebab apa ? Sebab Driver.. Pegawai pergi bengkel.. kawtim.. sampai bil apa depa kisah.. kerajaan bayar…

Tapi tu lah penyokong PH.. sampai elaun Menteri pun nak sibuk.. itu hak depa.. itulah elaun masa zaman BN pun.. bukan depa naikkan.. depa dah siap potong sejak awal PH menang mei 2008.. Depa nak suruh Menteri jadi mcm Almarhum TG Nik Aziz.. agak agak lah.. Yang penting pada kita, Pemimpin itu amanah.. Tidak rasuah dan tak ambil hak Rakyat.. 

Nukilan: Ipohmali

https://web.facebook.com/suararakyatpage/posts/1497511517094027?__tn__=K-R

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Create your website with WordPress.com
Get started
%d bloggers like this: