Pegawai Kanan Pejabat Peguam Negara Bersekongkol bocorkan maklumat SRC- Najib.

SIAPA Dzulkifli Ahmad ??!

1. Sebelum beliau dicalonkan oleh Najib utk jadi Ketua SPRM yg baru, beliau adalah pegawai kanan di Jabatan Peguam Negara sbg Timbalan Pendakwa Raya yg ketika itu baru bergelar Datuk.

2. Pada ketika itu beliau terlibat dalam siasatan pihak berkuasa berhubung skandal SRC International yg melibatkan Najib.

3. Setelah mengetahui keadaan tidak menyebelahi Najib (Najib akan ditangkap & didakwa), Dzulkifli terus menelefon Najib & Rosmah tengah mlm pada 5 Januari 2016 utk membocorkan kepada Najib hasil siasatan SPRM yang diserahkan kepada peguam negara pada ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

4. Tiba² Tan Sri Abu Kassim Mohamed Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu telah dipecat dan diganti oleh Dzulkifli.

5. Tak lama slps itu Dzulkifli dianugerahkan pangkat TAN SRI !!!.. JasaMu Dikenang…

NAMPAK TAK !!.. Hebat percaturan penyangak #BossKau utk bersihkan diri daripada sebarang kesalahan jenayah berhubung kes SRC & RM2.6 bilion ketika Najib & BN berkuasa dahulu..

Dr. Maszlee Mangsa Kroni YTL ?

Image may contain: 2 people, people smiling, text that says 'MANGSA KRONI-YTL? KETIKA PM KE-4 Tan SriA Ani Arope, CEO TNB LETAK JAWATAN kerana enggan 'SIGN' YTL KETIKA PM KE-7 Maszlee Malik, Menteri Pendidikan LETAK JAWATAN kerana tidak sambung kontrak kroni-YTL SR suara rakyat juga kah?'

 

Sedia maklum kita tahu bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana enggan disuruh menandatangani perjanjian terhadap kroni IPP-YTL.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” – Tan Sri Ani Arope.

Ketika itu kami masih ingat bermula pada jam 5:17 ptg pada 3 Ogos 1996 (24 tahun yg lalu) satu semenanjung Malaysia ‘black-out’ bergelap tiada elektrik selama 12 jam. Keesokan harinya baru pulih.

Insiden tersebut telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Tun M yang ketika itu adalah PM ke-4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB. Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.

IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015..

Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kwh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit. Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!

Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya Powertek Bhd, Genting Sanyan Power Sdn Bhd, Segeri Energy Ventures Sdn Bhd, Malakoff Bhd, Tanjung plc, EPE Power Sabah Energy Corp, Alpha Intercount’l Bhd, Sutera Bhd, Cergas Unggul Sdn Bhd dan Ekran Corp.

SEMUANYA KRONI !!

Kesemuanya IPP ni akan memberikan keuntungan berbilion-bilion ringgit !!

Manakala ketika ini pula, Portal The Malaysian Insight mendakwa melihat satu surat dari Atuk sepanjang 17 perenggan kepada Maszlee, yang mengarahkan beliau meletakkan jawatan kerana mengingkari arahan kabinet.

Hingga kini Maszlee tidak membuat sebarang penafian di atas laporan tersebut.

Arahan kabinet apa yang beliau ingkari?

Tidak jelas. Tapi menarik diperhatikan nama YTL sejak akhir-akhir ini diperkatakan ramai orang, kerana pada sidang akhbar Maszlee, beliau ada menyebut salah satu isu yang kontroversi adalah internet percuma di sekolah selain isu jawi dan sarapan percuma.

Untuk rekod, kontrak YTL Communication membekalkan internet ke sekolah melalui rangkaian 1BestariNet telah tamat pada tahun lalu.

Maszlee kemudian tidak menyambung kontrak tersebut, sebaliknya membuka kepada pesaing telekomunikasi lain seperti Telekom.

Kembali semula kepada persoalan saya tadi, kenapa kami kata Tun tak berubah?

Ingat tak ketika kempen PRU 14 sebelum ini di mana Tun berkata beliau tak ada banyak masa untuk pulihkan Malaysia kerana usianya yang sudah 90 lebih?

Sudah setahun lebih, apa yang pulih? Pasaran saham makin jahanam, pelabur asing lari..

Tun, apakah yang sebenarnya Tun mahu lakukan? Tun tak ada banyak masa nak pulihkan Malaysia atau NAK PULIHKAN KRONI ??!

RUJUKAN :

https://www.themalaysianinsight.com/s/210117

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581492/1bestarinet-5-sebab-kementerian-tak-sambung-kontrak-ytlc

https://blog.limkitsiang.com/2014/12/20/ani-arope-on-how-tnb-got-a-raw-deal-from-ipps/

https://transparency.org.my/pages/news-and-events/press-releases/ti-m-wants-govt-and-tnb-to-renegotiate-power-purchase-agreements

*Memoirs of Tan Sri Ani Arope*

 

Orang Melayu Baru Sedar Apa Umnobn Buat Selama Ini.

Image may contain: 3 people, people smiling, text that says 'Selepas Nasional Tumbang.. BARU MELAYU SEDAR APA UMNO BN BUAT SELAMA INI? Menteri diheret mahkamah atas pertuduhan konspirasi jenayah peringkat tertinggi. Ramai melayu UMNO diheret ke di atas kesalahan rasuah, wang haram & salah kuasa. Tulisan dipinggirkan. Tanglung dipasang Bangsa Melayu dibuat oleh kilang orang Orang Melayu banyakyang membeli di kedai cina. Tanah rezab semakin hilang. Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum. 10. Harga barang naik 11. Peniaga melayu 12. DAP miskin. baru cina. tindas SR Jika BN tak tumbang PRU14 dan terus berkuasa.. segala kepincangan peninggalan UMNO ni akan terus tak nampak'

Selepas 63 tahun merdeka baru sekarang orang Melayu sedar ;

1. Catat sejarah Perdana Menteri M’sia yang pertama didakwa di mahkamah atas pertuduhan konspirasi jenayah peringkat tertinggi.
2. Ramai pemimpin melayu UMNO diheret ke mahkamah di atas pertuduhan kesalahan rasuah, ubah wang haram & salah guna kuasa.
3. Tulisan jawi dipinggirkan.
4. Tanglung dipasang ketika menyambut tahun baru cina.
5. Bangsa Melayu ramai yang miskin.
6. Orang Melayu membeli barangan halal yang dibuat oleh kilang orang cina.
7. Orang Melayu banyak yang membeli di kedai cina.
8. Tanah rezab Melayu semakin hilang.
9. Masyarakat Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai kaum.
10. Harga barang naik
11. Peniaga melayu kena tindas
12. DAP parti Cina, MCA MIC parti Melayu

Itupun sebab UMNO BN kalah dalam PRU14. Agaknya kalau UMNO perintah sampai kiamat sampai kiamatlah orang Melayu tak sedar. 😟😟

* Diubahsuai dari artikel asal oleh ‘Mijorin Natiays’

Exco Kelantan Kaya Raya Berkenderaan Mewah Tetapi Jalan Raya Berlubang Dan Bertampung Seribu.

Image may contain: car

No photo description available.

Hari ni tersebar kereta Mercedes benz dengan No pendaftara DV1 mewah milik MB kelantan yang baru. sebelum ni aku dah bagi tahu…sebenarnya banyak unit lagi.. Nilai mercedec S450 pun lebih dari setengah Juta.. hampir RM 700 ribu..dah lama dah..

Itu sebab, Aku kata..Penyokong PH ni kadang2 masuk perangkap Pembangkang.. Baru beli Vellfire bising.. aku dari awal aku kata takda masalah.. Itu hak Kerajaan bukan peribadi.. Selagi benda tu reasonable..Bukan mcm Najib beli jacket, Beli Sut, malah tidur bilik hotel pun saja dah sama dengan harga Vellfire..belum jam untuk isteri..tu baru salah..

Tapi itulah hebatnya PAS membodohkan ahlinya, Biarpun rakyat dia ada yang merempat tak mampu beli baju sekolah..bekalan air bersih masih belum selesai..sampah pun tak boleh selesai. hutang negeri bertambah, bergantung pada wang ehsan dan royalti..tanp rasa malu beli kereta mewah..Melancong jemaah Exco dan pagwai secara berjemaah..

Lebai PAS ni buat lah apa pun..ada jer dalil..Kuda Perang lah.. Demi islam lah..Jihad lah..takkan nak pakai kancil lah..Tu sebab pemimpin depa sendiri relax beli kereta mewah..hadiah pada isteri ,tayang sana sini tanpa rasa malu.. sebab dicandukan Ummat Islam dgn Agama..

Bila Kerajaan nak tukar Vellfire ada lah sebabnya.. Memang kita kena akui..Kita hanya tengok dari sudut harga kereta..bukan pada kos penyelenggaraan..Menteri kewangan kena lihat pada semua sudut ni..depa nampak cara penjimatan jangka masa panjang…

Tu beza Bani melayu dari bani Cina..Cina beli kereta fikir jangka Panjang, Melayu janji nak pakai kereta.. takda deposit pun takpe..janji nakpakai kereta baru..rosak ker apa, belakang kira..

kadang2 kereta jenis ciplak Honda macam Perdana tu.. Kos penyelengaraan lagi tinggi.. korang ingat penyelengaraan kereta kerajaan mcm kereta persendirian..boleh hantar bengkel tepi jalan ganti minyak hitam.. kadang2 kos selenggara bil yang sampai lebih tinggi dari kos kereta..

itu terbukti masa kerajaan Perak Zaman Nizar tukar kepada kereta Camry.. sebab apa, Kos Selenggara 10 kereta Perdana V6 zaman UMNO dari tahun 2004-2008.. 4 tahun adalah Rm 1.3 juta.. lebih tinggi dari harga kereta..sebab apa ? Sebab Driver..Pegawai pergi bengkel.. kawtim.. sampai Bil apa depa kisah..kerajaan bayar…

Tapi tu lah penyokong PH.. sampai elaun Menteri pun nak sibuk..itu hak depa..itulah elaun masa zaman BN pun..bukan depa naikkan..depa dah siap potong sejak awal PH menang mei 2008.. Depa nak suruh Menteri jadi mcm Almarhum TG Nik Aziz..agak agak lah.. Yang penting pada kita, Pemimpin itu amanah..Tidak rasuah dan tak ambil hak Rakyat.. 

Ipohmali