‘Mindef sedang bincang aset baru untuk ganti helikopter Nuri’ – Bukti PH Tidak Khianati ATM Sebagaimana UmnoBn.

Kementerian Pertahanan sedang dalam proses perbincangan untuk mengenal pasti aset baru yang akan menggantikan helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang ditamatkan operasi.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata perbincangan itu masih di peringkat kementerian dan apabila selesai, cadangan aset baru itu akan dibentang kepada Kabinet.

“Peruntukan kami (Kementerian Pertahanan) ada dan untuk peringkat awal, mungkin (operasi libatkan helikopter) akan dibuat dalam bentuk sewaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kerjasama Jualan Amal Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Chatime bersempena Kempen Tabung Pahlawan 2019 di Kuala Lumpur, hari ini.

Pada Selasa lepas, Panglima TUDM Jen Ackbal Abdul Samad berkata operasi 12 helikopter Nuri milik TUDM ditamatkan memandangkan kos penyelenggaraannya terlalu mahal.

Menurut Ackbal, setakat ini beberapa jenis helikopter telah dikenal pasti untuk menggantikan Nuri sebagai tambahan kepada aset sedia ada.

Dalam pada itu, Mohamad berkata pembekal makanan dan minuman Chatime bersedia memberi peluang kepada veteran ATM membuka outlet di seluruh negara.

“Ini merupakan satu peluang terbaik kepada veteran dalam meneruskan kerjaya kedua selepas bersara daripada perkhidmatan ATM.

“Dana sebanyak RM20,000 juga akan disalurkan ke Tabung Pahlawan bagi setiap outlet baru yang dibuka oleh veteran ATM,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihak Chatime turut bersetuju menyumbang sebanyak 30 sen ke dalam Tabung Pahlawan bagi setiap cawan Chatime yang dijual di 39 outlet di seluruh negara bermula hari ini sehingga 29 Feb ini.

Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/506686?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3Z5YmZsKVNVWVmSN7wEB_Evny1T0DwURr6vWwC-0WHuRSu4WA0k-WCVX8

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s