Ketua Kesatuan Ulama Sedunia rujukan antarabangsa dalam Maqasid Syariah


Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni. – Foto FB

PUTRAJAYA – Malaysia sedia menjadikan Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni sebagai rujukan antarabangsa dalam melaksanakan pentadbiran berteraskan Maqasid Syariah di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata selain pemikiran yang jelas tentang kehidupan hari ini, ulama dari Maghribi itu layak dipilih berdasarkan banyak buku yang dihasilkannya menjurus kepada soal Maqasid Syariah.

“Atas faktor itu, saya rasa agensi pentadbiran Islam perlu mengambil peluang mendengar pandangan serta pendapat beliau secara akademik mengenai Maqasid Syariah.

“Saya ucap terima kasih kepada UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin) kerana baru-baru ini melantik beliau sebagai Profesor Pelawat, bermakna setahun sekali beliau akan datang ke Malaysia, membolehkan kita menjadikannya rujukan antarabangsa dalam melaksanakan konsep Maqasid Syariah dalam pentadbiran,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program diskusi Maqasid Syariah Bersama Ketua Kesatuan Ulama Dunia Prof Sheikh Dr Ahmad al-Raysuni anjuran Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) malam pada 6 Januari.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar.

Mujahid berkata pemikiran Maqasid Syariah yang dibawa tokoh itu juga selari dengan gagasan Rahmatan Lil Alamin yang diangkat sebagai dasar dalam pentadbiran kerajaan ketika ini.

Beliau berkata ulama itu juga menekankan kepada pentingnya mengutamakan kemaslahatan masyarakat dalam melaksanakan sesuatu pentadbiran atau undang-undang dan perkara itu adalah seiring dengan apa yang dilaksanakan kerajaan ketika ini.

Mujahid berkata dalam konteks undang-undang Islam, tokoh itu juga menekankan tentang kepentingan meletakkan kemaslahatan dan maqasid lebih tinggi dari sekadar hukum fikah dalam langkah atau keputusan yang diambil.

Ini satu yang sangat penting dalam kerangka kita menjadikan Mahkamah Syariah lebih berwibawa dalam menggunakan maqasid sebagai landasan berfikir dan kaedah menghukum, katanya. – Bernama

http://www.yadim.com.my/v2/ketua-kesatuan-ulama-sedunia-rujukan-antarabangsa-dalam-maqasid-syariah/?fbclid=IwAR2hD0YwOWK0toO2x1w0-fcNQmT5-R1XKZpnpoutOYb1a4nZxGlKBso-XmI

Penduduk lega kerajaan negeri Melaka bina tembok penahan ombak

Penduduk lega kerajaan negeri bina tembok penahan ombak

TANJUNG BIDARA 6 Jan. – Penduduk Kampung Balik Batu, di sini yang terjejas akibat hakisan laut yang mengancam kediaman mereka menarik nafas lega apabila Kerajaan Melaka membantu menyediakan peruntukan membina tembok penahan ombak.

 

Seramai 30 orang daripada lima keluarga yang kediaman mereka terlalu hampir dengan pantai berterima kasih kepada kerajaan negeri selepas melantik kontraktor membina tembok penahan ombak bagi menghalang hakisan merebak.

Kontraktor yang dilantik oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu memulakan projek itu dua minggu lalu dan dijangka menyiapkannya tidak lama lagi.

Penduduk, Roslan Daud, 66, berkata, masalah hakisan yang bermula pada Ogos tahun lalu amat membimbangkan mereka apabila dinding dapur salah sebuah rumah jirannya Azlan Idris, 59, semakin terhakis.

“Kami amat bimbang kediaman kami runtuh dipukul ombak besar dan hakisan pantai yang semakin melebar sejak Ogos lalu tetapi alhamdulillah, kerajaan negeri amat prihatin terhadap nasib kami.

“Kami amat bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada kerajaan negeri di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Adly Zahari yang bertindak segera menyediakan peruntukan membina tembok itu,” katanya ketika ditemui di kampung berkenaan baru-baru ini.

Azlan berkata, ombak besar yang diburukkan lagi dengan faktor air pasang besar menyebabkan dapur kediamannya rosak teruk pada September lalu hingga menyebabkan beliau dan anggota keluarganya terpaksa membina benteng daripada guni pasir.

Bagaimanapun, binaan itu tidak mampu menahan ombak besar dan hakisan daripada terus mengancam kediamannya menjelang Oktober lalu.

Sementara itu, Pengarah JPS Melaka, Abdul Hakim Hamzah berkata, projek itu dilaksanakan melalui sebut harga RM396,660 dengan tempoh menyiapkannya selama empat minggu.

Panjang tembok itu ialah 115 meter dan tidak membabitkan kerja membina benteng pemecah ombak atau ‘groyne’ yang menganjur dari pantai ke dalam laut,” katanya.

https://melakakini.my/penduduk-lega-kerajaan-negeri-bina-tembok-penahan-ombak/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

KO-UMMAH DAN PUNB SASAR BANTU 10,000 USAHAWAN.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and shoes

KO-UMMAH DAN PUNB SASAR BANTU 10,000 USAHAWAN

Semalam iaitu pada 6 Januari 2020, pihak Koperasi Pembangunan Ummah Kelantan Berhad (KO-UMMAH) melalui bahagian pembangunan perniagaannya telah mengadakan satu kunjungan hormat ke pejabat Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang bertempat di Jalan Pengkalan chepa, Kota Bharu.Kunjungan rasmi pihak KO-UMMAH ke pejabat PUNB pada pukul 10.00 pagi semalam disambut oleh seorang pegawai PUNB bertugas dan pihak KO-UMMAH dibawa ke pejabat Pengurus PUNB cawangan Kelantan.

Matlamat Kunjungan Hormat pihak KO-UMMAH ke Pejabat PUNB Cawangan Kelantan adalah untuk bekerjasama dalam bidang pembangunan usahawan yang mana ianya selari dengan perancangan KO-UMMAH untuk mengumpulkan usahawan bumiputra melalui satu platform perniagaan terbaru yang dinamakan sebagai Ummah Bussines Partner (UBP). Melalui platform tersebut, para usahawan di luar sana akan diberikan panduan perniagaan, latihan dan teknik pemasaran serta bimbingan untuk mendapatkan pembiayaan perniagaan mereka.

Pihak PUNB melalui Pengurus Pejabat Cawangan Kelantan, iaitu En. Sahrum Bin Ibrahim telah menyatakan kesudiannya dan membuka seluas-luasnya ruang kerjasama yang erat ini demi pembangunan usahawan bumiputra khususnya di negeri Kelantan yang tercinta ini. Semoga dengan kerjasama ini bakal menjadikan Kelantan sebagai tapak kebangkitan jihad ekonomi.

Ekonomi Mampan, Ummah Gemilang!

#koummah
#jihadekonomi
#koummahpunb
#pembangunanperniagaan

5 buah KK yang berjaya menenuhi kriteria Best practise Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja PKD Kota Bharu 2019

Image may contain: 3 people, people standing

Audit Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja PKD Kota Bharu 2019

5 buah KK yang berjaya menenuhi kriteria
Best practise Perkhidmatan Kesihatan Mesra Remaja PKD Kota Bharu 2019

1. Kk Penambang
2. KK Kubang Kerian
3. KK Kota Bharu
4. KK Perol
5. KK Peringat

Tahniah juga buat kesemua 8 KK lain atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan👍👍😁😁😁

Sama-sama kita perkasakan PKMR PKD Kota Bharu🤩🤩🤩

4 kali gagal mohon rumah PPRT, akhirnya dapat Rumah Peduli

4 kali gagal mohon rumah PPRT, akhirnya dapat Rumah Peduli

Din Ahmad

MASJID TANAH 8 Jan. – Sepasang suami isteri yang bergantung rezeki hanya kepada hasil jualan burger menyifatkan Rumah Peduli yang dibina kerajaan negeri secara percuma untuk mereka sebagai rezeki anak kelima.

Asmani Aziz, 41, dan Kamsiah Abdul Majid, 30, bersyukur apabila anak kelima yang masih dalam kandungan Kamsiah membawa rezeki untuk mereka apabila dianugerahi rumah tiga bilik berkeluasan 10×6 meter persegi bernilai kira-kira RM37,000.

Kandungan berusia lima bulan itu ternyata membawa tuah untuk mereka selepas empat permohonan untuk mendapatkan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) semasa pentadbiran kerajaan terdahulu, tidak mendapat maklum balas positif.

Asmani memohon mendapatkan Rumah Peduli ketika menghadiri program Hari Bertemu Rakyat bersama Ketua Menteri, Adly Zahari pertengahan tahun ini sebelum mengemukakan permohonan secara formal kepada Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara.

“Alhamdulillah, rumah itu siap minggu lalu selepas dibina hanya dalam tempoh 43 hari dan ia menyediakan kehidupan lebih selesa untuk kami sekeluarga berbanding terpaksa menyewa rumah sebelum ini.

“Tanah ini adalah anugerah ibu saya, Masitah Ghani, 65, dan selain bangunan rumah, kontraktor turut membina longkang di sekeliling rumah hingga ke parit di belakang rumah,” katanya ketika ditemui pada program penyerahan dokumen pembinaan Rumah Peduli di Kampung Jeram, di sini baru-baru ini.

Dokumen itu diserahkan Jurutera Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Alor Gajah, Ernie Munyati Ulmi kepada Ketua Penolong Setiausaha Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Shaifulfazlee Mohamad.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Halim Bachik; Penghulu DUN Tanjung Bidara, Aszahari Razak dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jeram, Adenan Mohamad.

Sementara itu Halim berkata, rumah berkenaan adalah yang pertama seumpamanya disiapkan dalam DUN Tanjung Bidara dan dijangka beberapa lagi akan disiapkan tahun hadapan.

Katanya, ia adalah bukti komitmen kerajaan negeri untuk menyediakan kediaman selesa dan berkualiti tinggi untuk anggota komuniti terutama mereka yang berpendapatan rendah di negeri ini.

https://melakakini.my/4-kali-gagal-mohon-rumah-pprt-akhirnya-dapat-rumah-peduli/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

YADIM secara rasmi mempunyai kerjasama bertulis bersama Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar.

Image may contain: one or more people and people sitting

Alhamdulillah YADIM secara rasmi mempunyai kerjasama bertulis bersama Kesatuan Ulama Sedunia, Qatar

#RoadToMultaqaSedunia