PH Menggalakkan Umnopas Menabur Fitnah Kerana Tidak Ada Tindakan Tegas Terhadap Umnopas Sampai Masa Kini.

Image may contain: 1 person, text

Follow · 2 hrs 

 

Tiga juta ahli UMNOnajib tak dapat projek MEROYAN la Jkkkkkk macai walaun super taksub — with Nick KhairulSaleh KamilAzura Man Azura ManBersatu MacheMohd Mat NasirFadh NorHunter Panji SemirangAzura Zura and Johan Yami.

Defiset Itu Untung – Nik Mar

Image may contain: 1 person, smiling, text

Urus Ekonomi cara lebai, tkde duit bayar gaji, pinjam kat Kjaan Pusat! Pastu sbg BALASAN, mulut korang mcm gampang MENGATA dkt Kjaan PH! Puikkkkkk 🤮🤮🤮 #DahTuJer

Mahkamah perintah teruskan perbicaraan kes SRC International

 

Bekas perdana menteri Najib Razak di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini ketika hadir perbicaraan kes SRC International. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 6 Januari, 2020.
MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mendapati tiada merit dalam permohonan pihak pendakwa untuk mendakwa Najib Razak sebagai saksi dalam perbicaraan kes SRC International dan mengarahkan soal balas terhadap bekas perdana menteri itu diteruskan.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak pagi tadi, Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menolak permohonan pendakwa yang dibuat mengikut Seksyen 145(1) dan 155(c) Akta Keterangan 1950.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/210546?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1GROf0YMFvtPlV2HbJUMgCIjJyzmWBPCopvx4tepOaddVbYElzohjH00I

BSH 2020 fasa pertama dibayar 20 Januari – Tahniah PH & Lim Guan Eng.

MGF30122019_LIM-GUAN-ENG-LIFT12

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 (Isnin) kepada penerima yang berdaftar (kategori isi rumah) di dalam pangkalan data BSH 2019 dengan pendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah.

Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, pembayaran tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM1 bilion dan dimanfaatkan hampir 3.8 juta penerima.

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM300 bagi setiap isi rumah akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa BSH 2019.

Penerima BSH di kawasan pedalaman (kategori isi rumah) yang mempunyai akaun bank akan turut menerima pembayaran ini pada tarikh yang sama, manakala bagi penerima pedalaman yang tiada akaun pula akan dibuat mulai 1 Februari 2020 secara tunai.

“Bagi memastikan program BSH 2020 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan dan pengemaskinian akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020.

“Selain daripada kategori isi rumah, permohonan untuk BSH 2020 juga dibuka bagi kategori bujang berumur 40 tahun dan ke atas seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2020. Pemohon tidak perlu membuat permohonan baharu/kemaskini sekiranya:

  1. Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat; dan
  2. Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima e-Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Walau bagaimanapun, pemohon perlu membuat permohonan baharu/ kemaskini sekiranya:

  1. Pemohon yang   belum   membuat    pendaftaran   Permohonan   BSH (Kategori Baharu);
  2. Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; dan
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai e-Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Guan Eng, setelah pangkalan data BSH 2020 dikemaskini, baki pembayaran BSH 2020 bagi kategori isi rumah akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga manakala bagi kategori bujang dan OKU pula akan disalurkan secara one-off pada fasa kedua.

Dengan adanya proses permohonan dan pengemaskinian ini, sebahagian daripada kalangan yang tidak lulus dan belum menerima BSH masih diberi ruang untuk mengemukakan permohonan untuk dibuat verifikasi semula.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2747 serta emel kepada bsh@treasury.gov.my.-  MalaysiaGazette

BSH 2020 fasa pertama dibayar 20 Januari

SPRM sedia lawan cabaran notis kompaun 1MDB – Tahniah SPRM & Latheefa

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia berdepan pihak yang mengambil tindakan undang-undang terhadap kompaun yang dikeluarkan ke atas individu yang didakwa menerima dana berkaitan 1MDB daripada bekas perdana menteri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya mengesahkan badan antirasuah itu dinamakan sebagai responden dalam beberapa permohonan semakan kehakiman yang difailkan beberapa individu daripada sejumlah 80 individu dan entiti yang dikatakan menerima wang berkenaan.

“Perkara kompaun sememangnya, bila kita (SPRM) beri peluang untuk membayar denda dan jika tidak berbuat demikian, kita perlu ambil tindakan,” kata Latheefa kepada pemberita selepas menghadiri satu majlis di Kuala Lumpur.

“Sewaktu kami berbuat demikian, SPRM telah menerima satu permohonan mahkamah yang mencabar hak SPRM dalam pengeluaran kompaun tersebut.

“Itu sememangnya, kita akan lawan. Ini di bawah Jabatan Peguam Negara dan sekarang dalam peringkat permohonan. Kami adalah responden.

“Peguam Negara akan cabar fakta tersebut. Bolehkah kalau kita cabar seseorang yang mengeluarkan kompaun?” jelas Latheefa.

Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad dan bekas Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan adalah antara mereka yang telah memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan terhadap notis yang dikeluarkan oleh SPRM bagi mendapatkan semula dana yang didakwa diterima mereka daripada 1MDB, lapor The Edge.

Laporan itu juga menyatakan bahawa permohonan sama telah difailkan oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Sumaili Reduan; Jawatankuasa Perhubungan Umno Pulau Pinang, serta bahagian Umno di Batu, Labis, Indera Mahkota dan Taiping.

Permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman dilaporkan bermula hari ini di hadapan Hakim Nordin Hassan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Latheefa, dalam satu temu bual bersama Berita Harian pada 31 Disember tahun lalu, dilaporkan sebagai berkata bahawa SPRM bakal segera mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu atau entiti yang enggan memulangkan dana yang mereka didakwa diterima daripada 1MDB.

Ditanya berkenaan perkara tersebut, Latheefa enggan mendedahkan butiran lanjut, melainkan menjelaskan bahawa tindakan awal yang bakal dikenakan adalah di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (Amla).

“Tidak (kenakan tindakan) minggu ini … (tapi) dalam masa terdekat,” kata Latheefa.

Sementara itu, Latheefa berkata SPRM masih belum menerima sebarang laporan rasmi berkaitan pilihan raya kecil (PRK) Kimanis yang sedang berlangsung.

“Buat masa sekarang tidak ada laporan,” katanya menambah SPRM Sabah sedang memantau secara dekat kempen yang sedang dijalankan oleh BN dan Warisan, yang kini sudah memasuki hari kedua.

https://www.malaysiakini.com/news/506100?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2Doc5c0uOOgCj0btF9y6sRYYKJiIb_NB1af99uFj1WFXeCw3j8PMRzUxM

Jangan simpan rasa iri hati pada orang kaya, pesan Dr M

Dalam mengejar pembangunan negara, Perdana Menteri meminta semua pihak supaya tidak berasa “iri hati” dengan orang kaya.

Dr Mahathir Mohamad berkata, hal ini kerana Malaysia mengamalkan dasar ekonomi bebas yang membenarkan sesiapa sahaja yang sanggup berusaha untuk menambah pendapatan mereka.

Lebih-lebih lagi, katanya, golongan tersebut mempunyai sumbangan tersendiri dalam bentuk cukai yang dibayar kepada kerajaan, dan ia dijadikan dana untuk mentadbir negara.

“Ada daripada kita yang berasa iri hati melihat mereka begitu kaya, terutama apabila mereka menjadi kaya hasil daripada sumbangan kita. Tapi perasaan iri hati ini perlu dipendam, jangan dibiar untuk mempengaruhi diri kita.

“Kerana yang kaya ini diperlukan supaya mereka membayar cukai yang tinggi, kadang-kadang ratusan juta dibayar kepada kerajaan, dan wang inilah yang kita guna untuk membayar gaji kita semua dan untuk membangunkan negara.

“Kalau semua penduduk negara kita ini miskin belaka, atau tak (mempunyai) keupayaan untuk membayar cukai, dari manakah kita akan dapat dana untuk mentadbir negara? Ini perkara yang kita harus fikir sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perjumpaan perdana menteri dengan warga Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra pagi ini.

Dalam pada itu, Mahathir turut menyeru golongan miskin untuk menyambut usaha kerajaan yang akan dilakukan bagi membantu mereka keluar dari kepompong kemiskinan.

Miskin, kaya semua ada tempat

Katanya, jentera kerajaan – baik menteri mahupun pegawai kerajaan – perlu bekerjasama untuk menjelaskan kepada golongan miskin bahawa kemiskinan tidak mungkin diatasi dengan subsidi dan bantuan, tetapi dengan produktiviti.

“Kenapa mereka miskin? Sebabnya ialah kerana mereka tidak produktif, tidak menyumbang sesuatu kepada masyarakat yang mana masyarakat akan membalas dengan memberi upah dan balasan kepada mereka.

“[…] Kita akan perkenalkan cara-cara si miskin menambah pendapatan mereka. Tetapi mereka mestilah sambut cara-cara ini dan amalkannya,” katanya lagi.

Tambah Mahathir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan golongan miskin boleh diatasi jika mereka sanggup belajar, bukan sahaja cara membuat kerja, tetapi juga berkaitan sikap dan amalan baik dalam menunaikan tugas, iaitu untuk ikhlas, tidak menipu dan tidak terlibat dalam rasuah.

“Ada tempat bagi yang miskin, ada tempat bagi yang kaya. Tetapi yang kaya mestilah berusaha untuk menolong yang miskin (dalam bentuk tanggunjawab sosial korporat dan cukai),” tambahnya.

Mengulas tentang kerjasama dalam jentera kerajaan juga, Mahathir meminta semua pihak mengetepikan perasaan peribadi bagi memastikan segala dasar untuk membangunkan negara seperti Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dapat dilaksanakan dengan jayanya.

WKB 2030 ialah rangka tindakan kerajaan untuk tempoh 2021 hingga 2030 bagi meningkatkan pendapatan semua kumpulan rakyat, yang mempunyai matlamat untuk menyediakan taraf hidup wajar kepada semua rakyat menjelang 2030.

Ia dilancarkan Mahathir sendiri pada 5 Oktober 2019 bagi menyelesaikan masalah jurang ekonomi yang luas antara rakyat dan pengagihan pendapatan dan pembangunan yang adil, akibat salah guna kuasa dan amalan rasuah di kalangan ahli politik dan penjawat awam.

“Perasaan diri sendiri tak sepenting seperti kejayaan pembangunan negara. Kemungkinan untuk kita berjaya mencapai matlamat kita adalah amat besar, tapi kita harus tahu bagaimana nak melaksanakan dasar-dasar, rancangan dan strategi kita.

“Saya harap semua pihak akan tumpukan pada negara, bukan pada diri sendiri.

“[…] Kita berada di sini, dan rakyat bersedia untuk memberi jawatan kepada kita, memberi upah kepada kita, sebabnya kita ditugaskan untuk menentukan kejayaan negara untuk rakyat. Rakyat akan berterima kasih kalau kita berusaha untuk memenuhi kehendak mereka,” katanya lagi.


Baca ‘Melayu masih tak sedar, serah kerja ke bangsa asing’


Dan untuk membangunkan negara juga, Mahathir sekali lagi berpesan, agar semua pihak, baik kerajaan mahupun rakyat, berusaha untuk membebaskan daripada amalan rasuah.

Katanya, negara yang kaya sekalipun tidak akan dapat dibangunkan akibat rasuah.

Sebaliknya, menurut beliau, negara yang mempunyai rakyat yang berpegang teguh dengan semangat mahu menyumbang kepada negara tanpa mengamalkan rasuah, negara itu akan mencapai kejayaan.

Tambahnya lagi, sekiranya kerajaan dan rakyat memainkan peranan masing-masing, Malaysia akan mampu mencapai negara maju pada 2030, malah mungkin lebih awal daripada itu sekiranya semua pihak betul-betul berusaha ke arah itu.

https://www.malaysiakini.com/news/506033?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3W1_6HfR9FFf9QtP2mFKVB4-5SiUCgyfMkr2DpTVgXOWN4U6SA4MiBASk

Umnopas Terus Berbangga Menjadi Batu Api

Image may contain: 1 person, text

1 ULAR PAS

· 3 hrs 

TAK HABIS-HABIS PEMBANGKANG MEMFITNAH walaupun di kalangan penunggang agama.. !!!..

PU Lokman pulak ke nk jadi popular.. Tiba-tiba ambil keratan akhbar tahun 2017 YANG DITUTUP TARIKHNYA untuk keruhkan keadaan yg kini sudahpun panas dengan pelbagai isu fitnah perkauman dan agama… Tidak cukup lagikah dengan fitnah yg sudah melata sehingga kamu nk tambahkan lagi…

Larangan penjualan air Zam-zam ni dikeluarkan akibat khuatir ianya dimanipulasikan oleh pihak-pihak tak bertanggungjawab… pada tahun 2015 air yg berlabel zam-zam tapi apabila disiasat ternyata diambil daripada pili jamban…

Sebenarnya pihak kerajaan Saudi pun mengharamkan penjualan air zam zam.. Air Zam zam hanyalah dibenarkan untuk dibawa pulang sebanyak 5 Liter shja bg setiap jemaah namun penjualannya di Malaysia kelihatan macam melebihi daripada yg telah dibenarkan…

Apabila air zam zam dijual secara terbuka di negara kita, ianya ada beberapa kemungkinan,

1. Air zam zam tersebut diseludup secara haram dari Mekah.
2. Air zam zam palsu atau yang telah dicampurkan.
3. Air zam zam yang sepatutnya dimiliki oleh jemaah haji/umrah, namun air tersebut tidak sampai ke pemiliknya dan dijual secara salah oleh pihak tertentu.

Oleh itu larangan menjual air zam zam adalah wajar untuk mengelak air tersebut dimenipulasikan oleh pihak tertentu dengan mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dan memperdayakan masyarakat atas nama air zam zam.

Adapun arak… dari dulu sampai sekarang penjualannya dibuat oleh org bukan islam kepada org bukan islam… nk diqiaskan kepada air zamzam ianya tidak tepat bahkan kelihatan bahlol wal bangang…😛

#TunggangAgama
#LawanFitnahPembangkang

Penipuan Jualan Air Zam Zam Di Malaysia, Kerajaan Arab Saudi Bersuara.

Pray For & Save Australia

Image may contain: text

Kebakaran di Australia, Malaysia sedia hulur bantuan.

Malaysia bersiap sedia untuk menghulur bantuan yang perlu bagi membantu Australia yang kini berhadapan dengan krisis kebakaran hutan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hentikan Penjajahan Amerika

https://web.facebook.com/cordova.media/videos/767342397094236/

Mike Prysner, seorang Veteran Perang Iraq ini ditangkap di luar Gedung Putih bersama 130 veteran lainnya pada Desember 2010 ketika menyampaikan pidato ini:

“Kita bergabung dengan militer dan mereka mengatakan pada kita bahwa musuh kita adalah orang-orang miskin di gua-gua Afghanistan atau orang-orang miskin di gurun-gurun Iraq. Tetapi kami telah pergi ke negara-negara itu dan kami mengetahui bahwa musuh-musuh kami ternyata bukanlah orang-orang miskin di negara lain, [musuh kita] adalah orang-orang yang memutuskan kita dari pekerjaan kita, menolak layanan kesehatan untuk kita, membuat kita sulit mendapatkan pendidikan.”

“Musuh kita bukanlah negara-negara paling miskin di planet bumi. Namun mereka ada di sini, mereka yang paling kaya. Penjajahan atas Iraq dan Afghanistan saja telah menghabiskan biaya 700 juta dolar setiap harinya. Ini adalah kejahatan yang dilakukan setiap harinya, di saat banyak juga di antara kita yang menderita.”

“Kita akan terus melawan hingga tidak ada lagi bom yang dijatuhkan. Tidak ada lagi peluru yang ditembakkan. Tidak ada lagi tentara yang pulang menggunakan kursi roda. Tidak ada lagi keluarga [di Afghanistan dan Iraq] yang dibantai. Tidak ada lagi hari-hari bagi imperialisme Amerika Serikat.”

Sumber: SoapBox

KITA BERJALAN MENUJU AJAL SETIAP SAAT YANG KITA LALUI.

No photo description available.

1 AZAB PEMBOHONG

2 HADI MENIPU

· 14 hrs 

KITA BERJALAN MENUJU AJAL SETIAP DETIKNYA

Jangan tertipu dengan usia mudamu,
karena syarat mati tak harus tua.
Jangan tertipu dengan badan sehatmu,
karena syarat mati tidak harus sakit.
.
Sudahkah anda mempersiapkan bekal untuk menghadap Allah?
.
Selagi masih bernafas perbanyaklah beramal shaleh, dan ingatlah selalu akan kematian yang sewaktu-waktu menghampirimu.
.
Rasulullah shallallahu’alaihi wa salam bersabda,
“Perbanyaklah mengingat pemutus kelezatan, yaitu KEMATIAN.” (HR. Tirmidzi)
.
Allahu a’lam, semoga kita diberikan husnul khotimah.
.
Gabung Digrup 👉Komunitas Nekad Hijrah