Kantoi bawa wang tunai RM1.425 juta dalam but kereta

1 HADI ALTANTUYA

Wan Nor (dua dari kiri) menunjukkan bahagian but kereta yang digunakan untuk meletakkan wang.

PADANG BESAR – Hasrat dua warga Thailand yang mahu bercuti ke Genting Highlands Selasa lalu tidak kesampaian apabila ditahan kerana memiliki wang tunai berjumlah RM1.425 juta.

Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis, Wan Nor Wan Mamat berkata, anggota Unit Khas Pemeriksaan Penumpang dan Cawangan Penguatkuasaan Padang Besar menahan dua wanita itu bersama seorang lelaki yang dipercayai pemandu pada jam 3.40 petang di laluan kereta Kompleks ICQs Padang Besar.

Katanya, kesemua mereka berusia 22 hingga 32 tahun datang dari arah Bangkok dan memasuki negara ini secara sah.

“Siasatan awal polis diberitahu jumlah wang yang dibawa cuma RM40,000 namun selepas diperiksa jumlah berkenaan melebihi had yang dibenarkan,” katanya.

Menurut Wan Nor, wang berkenaan diletakkan dalam dua beg galas yang dilindungi dengan pakaian pada bahagian but kereta jenis Toyota Yaris.

“Siasatan juga awal mendapati wanita berkenaan menguruskan syarikat bekalan barang penerbangan.

“Ketiga-tiga mereka kini direman,” katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Kastam Padang Besar, hari ini.

Wan Nor (ketiga dari kanan) menunjukkan bungkusan beg yang mengandungi wang.
Wan Nor (ketiga dari kanan) menunjukkan bungkusan beg yang mengandungi wang.

Tambah Wan Nor, kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967 (Akta 235).

Menurutnya, kes itu juga akan disiasat oleh Unit Siasatan Pengubahan Wang Haram Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia atas kesalahan pelanggaran seksyen 28B(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Jika sabit kesalahan boleh dihukum bawah Seksyen 28B (3) Akta yang sama iaitu denda tidak melebihi RM3 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduanya sekali,” katanya.

Katanya, JKDM pernah merampas wang tunai berjumlah RM400,000 tahun lalu.

https://www.sinarharian.com.my/article/60600/EDISI/Utara/Kantoi-bawa-wang-tunai-RM1425-juta-dalam-but-kereta

Peniaga di Kelantan kesal, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan penutupan premis selepas 12 malam.

Image may contain: text

Peniaga di Kelantan kesal, Kerajaan Negeri Kelantan laksanakan penutupan premis selepas 12 malam.

Jika cadangan untuk penguatkuasaan penutupan premis perniagaan dilaksanakan selepas 12 malam, kami kerugian sehingga ribuan ringgit setahun yang sepatutnya menjadi sumber kepada kami untuk dijadikan sebagai modal pusingan. – Hannan Yusof, Peniaga Kedai Makan.

Malaysia Buka Semula Kedutaan Di Korea Utara – Menteri Luar, Saifuddin Abdullah

Menteri Luar, Saifuddin Abdullah berkata Malaysia akan membuka semula kedutaannya di Pyongyang, Korea Utara tahun ini.

Beliau berkata langkah itu sebagai tanda sokongan terhadap proses rundingan damai antara Korea Utara dan Korea Selatan serta pemulihan semula hubungan 2 hala antara Malaysia dan Korea Utara.

“Kita adalah negara yang mesra dan mahu menjaga hubungan baik dengan semua negara.

“Kenapa kita nak buka semula, sebab mahu menunjukkan sokongan terhadap rundingan damai antara Korea Utara dan Korea Selatan,” katanya pada sidang media mengumumkan pencapaian Kementerian Luar 2019 serta sasaran kementerian pada 2020, hari ini.

Kedutaan Malaysia di Korea Utara ditamatkan perkhidmatannya sejak April 2017 susulan kejadian pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Februari 2017.

Menurut Saifuddin, Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga perlu tampil memberi motivasi kepada rundingan damai itu dengan melonggarkan beberapa sekatan terhadap Korea Utara.

“Kami menyatakan pendirian dan pandangan kami bahawa kadang-kadang kamu perlu memberi motivasi kepada orang untuk duduk di meja rundingan dan menunjukkan sokongan,” katanya.

https://www.kinitv.com/video/cf3ae905-6839-4c11-9513-ad789835706f?fbclid=IwAR2qjo-IOIXr1SavRH9mESffx_YWiXP8ckXmY-vng2kQlE1lOY6hIjnjLmU

Bukti terbaru menunjukkan bahwa anak-anak Uyghur di Xinjiang, China dipisahkan secara sistematis dari keluarga mereka.

1 Ui Organ1 UI MATA

https://web.facebook.com/cordova.media/videos/1281818918645470/

Bukti terbaru menunjukkan bahwa anak-anak Uyghur di Xinjiang, China dipisahkan secara sistematis dari keluarganya. Otoritas China mengklaim bahwa upaya pemisahan anak-anak dengan keluarganya tersebut tidak akan berdampak secara psikologis bagi mereka. Benarkah demikian? [Sumber: BBC]

Suara Sunnah Dari Pelusuk Dunia.

 

DOA MENGELAK DARIPADA DITIMPA MUSIBAH

 

No photo description available.

Doa Agar Tidak Tertimpa Musibah Yang Sama Ketika Kita Melihatnya.

👤 Oleh Dr. Raehanul Bahraen

Mudah mungkin di zaman interet ini, kita dapatkan gambar dan video musibah, bencana atau korban-korban musibah

Doa ini umum untuk musibah dunia dan musibah agama

Hendaknya kita baca doa ini ketika melihatnya agar kita tidak tertimpa yang sama

Sebaiknya doa diucapkan dengan suara pelan terlebih yang kena musibah ada

membaca/menghapal doa berikut:

الْحَمْدُ للِّهِ الَّذِي عَافَانِي مِمَّا ابْتَلَاكَ بِهِ، وَ فَضَّلَنِي عَلَى كَثِيرٍ مِمَّنْ خَلَقَ تَفْضِيلًا

“Alhamdulillahilladzi ‘Aafaanii mimaa ibtalaaka bihi wa faddhalani ‘alaa katsirin mimman khalaqa tafdhila”

Artinya: segala puji bagi Allah yang telah menyelamatkan aku dari apa yang menimpamu dan memberikan keutamaan kepadaku atas mahluk (lainnya) yang ia ciptakan.
Doa agar tidak tertimpa musibah yang sama
.
Doa di atas adalah doa bagi seseorang ketika ia melihat orang lain tertimpa musibah secara umum baik dunia dan agama. Misalnya melihat kecelakaan di jalan, melihat rumah orang dirampok dan lain-lain, agar ia tidak tertimpa musibah yang semisal.

Sebaiknya doa diucapkan dengan lirih

Like, Tag & share jika postingan ini bermanfaat 👌

Gabung Digrup 👉 Komunitas Nekad Hijrah

Masihkah Engkau Malas Berdoa?

Image may contain: one or more people and text

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata : ㅤㅤ
ㅤㅤ
‎والدّعاء من أنفع الأدوية، وهو عدو البلاء، يدافعه ويعالجه، ويمنع نزوله، ويرفعه أو يخففه إذا نزل، وهو سلاح المؤمن ㅤㅤ
ㅤㅤ
“Apakah anda merasa lemah, padahal anda mempunyai do’a. Do’a adalah obat yang paling bermanfaat dan merupakan lawannya musibah. Do’a tersebut akan menangkal, menyembuhkan dan juga akan mencegah turunnya musibah. Apabila musibah telah menimpa seseorang, maka doa bisa menghilangkan dan meringankannya. Ingat, do’a adalah senjatanya seorang mukmin.” ㅤㅤ
ㅤㅤ
Al-Jawabul Kafi 1/4
.
Gabung Digrup 👉 Komunitas Nekad Hijrah

Akibat Bermuka Dua / Talam Dua Muka

No photo description available.

2 HADI MENIPU

Nabi bukan hanya mengecam orang yang bermuka dua sebagai orang yang termasuk dalam jajaran orang-orang terburuk di sisi Allah, melainkan beliau juga mengancam mereka dengan neraka. Dalam sebuah hadits disebutkan, bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda,
.
“Barangsiapa yang mempunyai dua muka di dunia, maka pada Hari Kiamat kelak dia akan diberi dua mulut dari api neraka.”
(HR. Abu Dawud dan Ad-Darimi dari Ammar bin Yasir)

Jika seseorang diancam akan diberi dua mulut dari api neraka, artinya orang tersebut pun diancam akan dimasukan ke dalam neraka. Al-Alqami mengatakan,
.
“Orang yang bermuka dua ini diberi dua mulut oleh Allah kelak ketika di neraka, karena dulu saat di dunia dia suka mendatangi dua kelompok berbeda dengan muka yang berbeda pula. Setiap kali datang kepada satu kelompok, dia mengatakan sesuatu yang berbeda dengan apa yang dikatakannya kepada kelompok lain. Dia mempunyai dua mulut. Maka Allah pun membuatkan dua mulut baginya di neraka.” Wallahu a’lam.
.
Gabung Digrup 👉 Komunitas Nekad Hijrah

Warisan umum Karim Bujang calon PRK Kimanis

PRK KIMANIS | Ketua Bahagian Kimanis Parti Warisan Sabah (Warisan) Karim Bujang diumumkan sebagai calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal membuat pengumuman berkenaan pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Warisan, PRK Parlimen Kimanis di Dewan Terbuka Membakut, dekat Kimanis, hari ini.

Karim, 67, ialah calon Warisan bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada Mei 2018 tetapi kalah dengan marjoriti 156 undi kepada bekas menteri luar Anifah Aman, yang ketika itu bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Karim memfailkan petisyen pilihan raya pada 18 Jun tahun lepas untuk mencabar keputusan pilihan raya itu.

Anifah kemudiannya keluar Umno, parti komponen BN dan menjadi wakil rakyat bebas.

Karim pernah menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Bongawan selama lima penggal dari tahun 1990 hingga 2013 selain pernah menjawat jawatan kanan dalam Kabinet negeri Sabah sebagai pembantu menteri.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Mohd Shafie yang juga ketua menteri Sabah berkata Warisan memilih Karim sebagai calon parti itu selepas melihat perjuangan serta pendiriannya untuk mencabar keputusan bagi kerusi Parlimen Kimanis pada PRU ke-14 di mahkamah.

Mohd Shafie berkata Karim adalah seorang pemimpin politik berpengalaman luas dan mempunyai semangat juang tinggi selain tidak pernah kalah dalam pilihan raya sebelum ini kecuali pada PRU14.

“Pada pilihan raya lepas (bagi kerusi Kimanis pada PRU ke-14) ada isu berbangkit dan itu yang masuk mahkamah. Jadi, mahkamah putuskan bahawa perlu ada PRK… maknanya dia (Karim) tidak kalah.

“Jadi, dari segi perjuangan, pengalaman, saya mempertimbangkan secara dalam (untuk memilih Karim sebagai calon Warisan).

“Kita perlukan seorang daripada suku kaum Brunei yang berani bersuara lantang mengenai kepentingan masyarakat Brunei,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Parlimen Kimanis pada 18 Jan ini manakala penamaan calon pada 4 Jan dan pengundian awal pada 14 Jan.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 1 Dis mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan Anifah bagi kerusi itu.

Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu pada 16 Ogos tahun lepas memutuskan bahawa kemenangan Anifah di kerusi itu sebagai tidak sah dan terbatal selepas mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya.

Anifah memperoleh 11,942 undi dalam pertandingan tiga penjuru. Calon lain dari Parti Harapan Rakyat Sabah meraih 1,300 undi.

Terdahulu, Mohd Shafie ketika berucap, mahu ahli Warisan dan parti komponen Pakatan Harapan (PH) di Sabah termasuk Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) bekerjasama dalam memastikan kemenangan Warisan dalam PRK Kimanis.

Sementara itu, Karim ketika ditemui berterima kasih kepada pucuk pimpinan tertinggi Warisan, UPKO dan PH Sabah atas kepercayaan diberikan kepadanya untuk kembali bertanding pada PRK itu.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/505716?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3rbz6au9s8e8KyVqvTXhrpBCLHOg8y3GBXhDBwyRCREQX6r9Zz4AZN92c

 

Puteri, dua pemimpin kanan Umno cabar kompaun RM10j SPRM

Puteri Umno dan dua pemimpin kanan parti itu memohon untuk membatalkan notis kompaun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka kerana didakwa menerima RM10 juta dana 1MDB melalui akaun bank bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

Setiausaha Eksekutif Umno, Mohd Sumali Reduan, Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Maslan dan ketua bahagian Umno Johor Bahru, Shahrir Abdul Samad memfailkan permohonan semakan kehakiman berasingan melalui firma guaman Tetuan Shahrul Hamidi & Haziq, di pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, masing-masing pada 28 Nov, 3 Dis dan 27 Nov tahun lepas.

Sumali bertindak bagi pihak Puteri Umno dalam tindakan undang-undang berkenaan.

Pada sidang akhbar 7 Okt lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dilaporkan berkata badan anti-rasuah itu mengeluarkan notis kompaun kepada 80 individu dan entiti untuk mendapatkan semula lebih RM420 juta wang 1MDB yang didakwa diterima mereka.

Antara nama yang disenaraikan sebagai penerima dana 1MDB termasuk bekas Pengerusi Kumpulan CIMB Nazir Razak, yang juga adik kepada Najib; Anggota Parlimen Pontian, Ahmad Maslan; bekas Ketua bahagian Umno dan bekas pembantu kepada Najib, Mohamad Fatmi Che Salleh; dan bekas pengerusi Felda Shahrir Samad.

Menurut kertas kausa (dokumen mahkamah) yang diperolehi oleh Malaysiakini petang ini, permohonan semakan kehakiman itu menamakan Ketua Pesuruhjaya SPRM (yang tidak dinamakan) serta SPRM sendiri sebagai responden pertama dan kedua.

Ketiga-tiga pemohon memohon perisytiharan mahkamah, perintah certiorari (perintah daripada mahkamah yang lebih tinggi terhadap badan kehakiman yang lebih rendah) dan perintah larangan untuk membatalkan keputusan 7 Okt untuk mengenakan kompaun  menjadi ultra vires, batal, tidak sah, dan tidak boleh dikuatkuasakan.

Ketiga-tiga mereka memohon pengisytiharan mahkamah bahawa keputusan 7 Okt 7 yang dibuat di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pembiayaan Pencegahan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram Akta 2001 (AMLATFPUAA), atas alasan untuk mendapatkan semula dana 1MDB yang dikatakan wang rakyat adalah pra-matang, salah tanggap (misleading) dan salahguna jawatan awam (tort of misfeasance in public office);

Mereka juga memohon kebenaran yang diberikan dan diperintahkan oleh mahkamah berkuatkuasa sebagai satu perintah penggantungan prosiding di bawah Aturan 53 kaedah 3(5) KKM 2012 sementara pelupusan akhir dan muktamad permohonan untuk semakan kehakiman dan;

Jika kebenaran diberikan dan diperintahkan, pemohon memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman dan notis pendengaran permohonan bagi semakan kehakiman dalam masa empatbelas (14) hari dari tarikh perintah kebenaran diberikan oleh mahkamah.

Mereka juga memohon perintah bahawa gantirugi ditaksirkan dan dibayar oleh responden-responden kepada pemohon; kos ditanggung oleh responden dan perintah-perintah selanjutnya atau lain-lain perintah yang difikirkan adil oleh mahkamah.

[Baca berita penuh]

https://www.malaysiakini.com/news/505718?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3Gj52KaE95RMxcyvzxf-bT3QIzfcPvOh3Wo1rOJqXWUQJZJSMUQUg1fIo

Mohd Zuki lapor diri di pejabat KSN

Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang baru Mohd Zuki Ali melapor diri di Pejabat Ketua Setiausaha Negara di Perdana Putra di sini hari ini.

Mohd Zuki, 58, dilantik sebagai KSN ke-15 berkuat kuasa 1 Jan 2020 bagi menggantikan Dr Ismail Bakar yang bercuti sebelum persaraan wajib.

Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan Mohd Zuki mengadakan kunjungan hormat kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya semalam.

Dalam pertemuan itu, Dr Mahathir menyampaikan watikah pelantikan kepada Mohd Zuki dan menyaksikan penyerahan nota serah tugas daripada Ismail kepada KSN baru itu.

Mohd Zuki yang berkelulusan ijazah sarjana pengurusan perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura, mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan awam dan berkhidmat selama 28 tahun.

Sebelum pelantikan terkini, Mohd Zuki ialah Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan.

Beliau pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan Setiausaha Persekutuan Sarawak.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/505723?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1sQ8SaVNKdX63K-G1-5dmx73HW189GKUdJqHE_5trreqWlUfVvwYdXdec