Pas Gesa Singkir MCA Dari Muafakat Nasional

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan mencadangkan agar MCA digantikan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai rakan Muafakat Nasional.

Nasrudin berkata demikian ketika beberapa pihak termasuk MCA mengkritik tindakan polis mendapatkan injunksi mahkamah bagi menghalang kongres membantah Jawi yang dianjurkan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

“Jika MCA tak selesa dengan Muafakat Nasional atau MCA nak jadi rasis macam DAP, Muafakat (Nasional) boleh cari alternatif lain.

“Saya cadang PCM ganti MCA,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Dong Zong yang tidak setuju dengan pengenalan tiga muka surat pelajaran Jawi dalam buku teks Bahasa Malaysia Darjah Empat telah bersetuju untuk membatalkan kongres berkenaan susulan injunksi mahkamah berkenaan.

Semalam, Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon mempertikaikan tindakan polis menghalang kongres Dong Zong.

Cong turut membandingkannya dengan kongres Maruah Melayu yang diadakan pada Oktober lalu.

“Kerajaan boleh menganjurkan Kongres Maruah Melayu, tapi persatuan Cina tak boleh mengadakan perjumpaan tertutup?

“Bukankan orang Cina juga mempunyai hak untuk berhimpun? Adakah menteri Cina sedang bercuti sekarang? Mereka semua senyap dan tidak berani bersuara?” katanya.

Muafakat Nasional adalah pakatan politik antara Umno dan PAS yang telah dirasmikan pada September lalu.

Susulan itu, PAS mengambil pendekatan mesra dengan rakan sekutu Umno dalam BN, iaitu MCA dan MIC. PAS turut berkempen untuk calon MCA pada pilihan raya kecil Tanjung Piai baru-baru ini.

Untuk rekod, PCM ditubuhkan pada 2009 dan dianggotai oleh bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan. Parti itu menjadi “ahli gabungan” BN pada April 2019.

Sumber : https://m.malaysiakini.com/news/505136#.XgbfbQMLL7c.whatsapp

https://www.mhdaily.net/2019/12/pas-gesa-singkir-mca-dari-muafakat.html?fbclid=IwAR25r6Oj3iz8rtaSNSATBWR6CtOw_H7PTZSaGFOt899wOPplA66VEig4O7g

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Presiden Pemantau Malaysia Baru, Datuk Lokman Nor Adam

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Lokman Nor Adam

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Johor menyifatkan kenyataan Datuk Lokman Noor Adam yang tersebar di media sosial baru-baru ini sebagai tindakan serius yang melampau dan keterlaluan.

Ketuanya, Mohd. Hairi Mad Shah berkata, ia merupakan serangan yang tidak wajar terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pucuk pimpinan parti.

Beliau turut menggambarkan Lokman kini umpama anai-anai yang menggigit rapuh keutuhan parti yang telah dibina semula selepas kekalahan Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Ini adalah tindakan kebudak-budakan dan sama sekali tidak mencerminkan keperibadian seorang Ahli MT UMNO.

“Ini bukan kali pertama “serangan” secara terbuka Lokman terhadap kepimpinan parti, bahkan pelbagai tuduhan beliau lemparkan terhadap kepimpinan UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Setiausaha Agung, ketua Pemuda Malaysia dan Pemimpin-pemimpin UMNO lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

Menurutnya, sebagai pimpinan tertinggi parti, beliau perlu menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan bukannya menyerang pucuk pimpinan parti umpama budak tidak matang tanpa sebarang asas.

”Kita boleh berbeza pendapat, tapi perbezaan itu harus diurus dengan baik mengikut saluran parti.

“Beliau boleh mengemukakan pertanyaan ataupun melontarkan kritikan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi mengapa pilih media sosial?

“Tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk merosakkan imej Presiden UMNO dan mengambil peluang untuk merosakkan imej parti seperti parasit,” katanya.

Mohd. Hairi berkata, gerak-geri dan tindakan sebegini tidak boleh dibiarkan lagi kerana jika tidak dibendung ia boleh merosakkan parti.

”Pemuda UMNO Johor menggesa tindakan tegas diambil terhadap Lokman dengan memecat beliau sebagai ahli MT dan juga ahli UMNO.

“Tindakan tegas ini penting kerana ketika UMNO sedang membina kembali kekuatan, ia tidak boleh diganggu gugat ataupun dirosakkan oleh parasit ataupun anai-anai dari dalam parti sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

Lokman parasit UMNO, perlu dipecat

Makin banyak bala yang menggoncang Parti Sarang Penyamun UmNo..
Baguss…..

Mohd. Hairi menambah, sebagai seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa umpama membuka ruang kepada musuh untuk menyerang parti.

 

Arak Masih Dijual Di Serambi Mekah

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks

Sejak berkawan dengan UMNO, jadi khadam setia MCA…arak pon okay je…Hadi Awang mana berani bersuara…si syaitan bisu pembela setia k4pir MCA….

Ahli Pertubuhan Dong Jiao Zong Menggunakan Tulisan Jawi Di Premis Farmasi Mereka.

Imej mungkin mengandungi: 4 orang

Tiada penerangan foto disediakan.

Tahukah anda salah seorang orang kuat Dong Jiao Zong yang bantah tulisan jawi adalah pemilik sebuah farmasi. Yang ironinya premis farmasi beliau pun di signboard ada tulisan jawi.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang, orang duduk

Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, motorsikal dan luaran

Salah sorang orang kuat Dhong Zhong
Yg katanya ada kedai cat di Kuala Lipis
Walaupun anti jawi
Tapi yg kelakornya
Papan tanda kedai tetap ada tulisan jawi
Sembanggggggg

Malaysia Buka Pintu Buat Kaum Muslim Uighur Yang Mencari Suaka

23230027_0

Malaysia tidak akan menghantar pulang masyarakat Uighur yang melarikan diri dari penganiayaan di China, kata Perdana Menteri Mahathir Mohamad.

“Sekiranya Uighur melarikan diri ke Malaysia untuk mendapatkan suaka, Malaysia tidak akan mengekstradisi mereka walaupun terdapat permohonan dari China [untuk berbuat demikian],” lapor agensi berita Malaysiakini.

 HYPE

Mahathir menegaskan bahawa umat Islam Uighur tidak ‘dilindungi dengan adil’ di kampung halaman mereka dan mereka berhak untuk mendapat suaka di negara ini.

China menghadapi isu penindasan hak asasi manusia apabila bertindak menahan kaum Uighur di wilayah barat laut Xinjiang.

Sehingga 1 juta orang, atau kira-kira 7% penduduk Islam di wilayah Xinjiang, telah dipenjarakan dalam satu operasi yang dipanggil “pembahsuhan etnik”, menurut pegawai A.S. dan pakar PBB.

Human Rights Watch menuduh Beijing menjalankan kempen “pelanggaran hak asasi manusia secara sistematik” terhadap kaum Muslim Uighur di Xinjiang, dalam laporan September lalu.

 

https://www.thevocket.com/malaysia-buka-pintu-buat-kaum-muslim-uighur-yang-mencari-suaka/?fbclid=IwAR3mAAqr8GoTyfRl7mULmf70pI8EWzCcnpkDkIqSSy9P4AngatfjRRlnPdc

 

Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan

Mujahid nafi subsidi kepada bakal haji rayuan dihapuskan

MUJAHID: Perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH).

NOTA : KSU2 KEMENTERIAN AKAN TERUS MENYIBUKKAN MENTERI2 PH DENGAN ISU2 YANG SENGAJA DITIMBULKAN SEHINGGA MENTERI2 PH MENGHABISKAN MASA MEREKA UNTUK MENJAWAB ISU2 YANG KSU2 GERAKKAN.

PARIT BUNTAR: Kerajaan tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung penghapusan subsidi kos mengerjakan haji bagi bakal jemaah yang pergi atas tiket rayuan atau sebagai pengiring mahram, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Sebaliknya kata beliau, perkara itu adalah atas budi bicara Lembaga Tabung Haji (TH) yang akan membuat pertimbangan berdasarkan kemampuan individu terbabit.

“Hari ini tular, mungkin berniat jahat, ditulis tiada subsidi kepada yang merayu atau mengiringi. Tiada kenyataan rasmi sedemikian, yang ada untuk yang merayu jika berjaya TH akan ambil kira kemampuan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia daerah Kerian, di sini pada Sabtu.

Mujahid yang juga Anggota Parlimen Parit Buntar mengulas isu tular bahawa individu yang merayu atau pengiring mahram ke Tanah Suci tidak layak mendapat subsidi haji seperti sebelum ini sebagaimana satu jawapan di Facebook Lembaga Tabung Haji.

BACA: Timbang semula dasar baharu subsidi rayuan haji kali pertama – Asyraf Wajdi

Mengulas lanjut, Mujahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan TH bagi mencari mekanisme sesuai untuk menentukan pemberian subsidi bagi yang merayu atau pengiring mahram.

Katanya mekanisme tersebut penting kerana adalah tidak adil jika subsidi turut diberikan kepada mereka yang berkemampuan.

BACA: Hibah Tabung Haji diumum Mac ini – Mujahid 

Pada Khamis, Mujahid mengumumkan bayaran untuk menunaikan haji bagi jemaah haji Muassasah yang menunaikan haji kali pertama kekal RM9,980 dengan kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM12,920.

Kos menunaikan haji tahun ini ialah sebanyak RM22,900 berbanding RM22,450 pada musim lalu.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mujahid-nafi-subsidi-kepada-bakal-haji-rayuan-dihapuskan-198727