Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

Kes curi kambing: Koperal polis menangis teresak-esak rayu ringan hukuman

Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah. – Foto Astro AWANI

SEREMBAN: Padah menerima suapan RM3,000 sebagai dorongan ‘menggelapkan’ kes curi kambing, tahun lalu, seorang anggota polis berpangkat koperal didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban di sini hari ini.

Tertuduh, Shahrul Sufian Mohd Jaini, 33, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan pilihan di hadapan hakim Madihah Harullah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bertugas di Pondok Polis Sungai Kelemah Gemas, Daerah Tampin didapati menerima wang tunai RM3,000 daripada Mohd Azmil Abdul Manaf, 37, yang mana ia ada kaitan dengan tugas rasminya sebagai anggota polis.

Mengikut fakta kes, tertuduh didapati meminta wang rasuah berkenaan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap pengadu berkenaan yang dikatakan bersubahat bersama dua rakan dalam kes mencuri kambing.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah restoran di pekan Gemencheh Baru, Tampin sekitar jam 12 tengahari hingga 1 petang, 10 September tahun lepas.

Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, prosiding yang dikendalikan pegawai pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Zainab yahaya memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun menangis teresak-esak sambil merayu hukumannya diringankan dengan alasan dia menanggung kedua ibu bapa yang menghidap penyakit kronik.

Tambahnya dua anaknya juga akan memulakan sesi persekolahan pada tahun hadapan selain sempat meminta ampun dan penyesalan kepada mahkamah terhadap kesalahan yang pertama kali dilakukan itu.

Madihah pada penghakimannya kemudian menjatuhi hukuman denda RM5,000 terhadap tertuduh serta lapan bulan penjara sekiranya gagal melunaskan jumlah berkenaan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-curi-kambing-koperal-polis-menangis-teresak-esak-rayu-ringan-hukuman-226185

Pencapaian 2019: PH selamatkan negara dari lingkaran ganas hutang

Pencapaian 2019: PH selamatkan negara dari lingkaran ganas hutang

Mengimbas pencapaian PH sepanjang 2019, Ketua Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi menyifatkan kerajaan telah berjaya memelihara kedaulatan negara daripada terperangkap dalam lingkaran hutang yang mengganas.

Menurutnya, hal tersebut dicapai melalui penjimatan daripada projek-projek mega kerajaan terdahulu sekali gus memperoleh kembali wang atau nilaian yang telah diselewengkan.

“Penjimatan daripada projek-projek mega BN termasuk Bandar Malaysia, sekali gus menyelamatkan negara daripada terperangkap dalam lingkaran hutang yang mengganas.

“Salah satu contoh penjimatan adalah projek laluan sistem transit rapid (RTS) dengan kos terbaharu RM3.16 bilion iaitu penjimatan sebanyak 36 peratus atau RM1.77 bilion berbanding kos asal iaitu RM4.93 bilion,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline.

Tahun 2019 juga, jelasnya, menyaksikan Malaysia menduduki tangga ke-12 dalam kalangan 190 ekonomi dunia berbanding kedudukan ke-15 pada 2018 mengikut Laporan Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2020 yang dikeluarkan pada 21 November lalu.

Setiausaha Kehormat Majlis Senator Malaysia itu berkata, pencapaian tersebut sejajar dengan peningkatan pelaburan asing yang sangat mendadak.

“Contohnya, bagi separuh pertama tahun 2019, FDI (Pelaburan langsung asing) yang diluluskan meningkat 97 peratus kepada RM49.5 bilion daripada RM25.1 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Ini khususnya berlaku hasil daripada transformasi ekonomi yang berkaitan dengan pembaharuan fiskal dan sistem kewangan.

“Ini termasuk pewujudan Jawatankuasa Nasional Mengenai Pelaburan (NCI) yang berlaku buat pertama kalinya dalam sejarah negara,” jelasnya.

Menurutnya, usaha mereformasi institusi giat dilaksanakan pada tahun kedua pentadbiran kerajaan PH termasuklah Parlimen yang melibatkan pemerkasaan dan peluasan peranan Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Malaysia sebagai cantuman Sabah, Sarawak dan Semenanjung seiring dengan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) sudah diiktiraf.

“Rule of law (Peraturan perundangan) dikembalikan dengan pemisahan kuasa antara tiga pihak iaitu eksekutif, legislatif dan kehakiman. Kuasa Perdana Menteri dan menteri-menteri dikurangkan.

“Ini dapat dilihat melalui beberapa pindaan RUU yang dibuat di Parlimen termasuk terbaharu pindaan ke atas Akta 77 Perhubungan Perusahaan yang telah memberi kebebasan serta kemerdekaan kepada kelompok pekerja dalam beberapa hal, yang tiada lagi campur tangan kuasa Menteri,” ujarnya.

Aiman Athirah turut menambah pemerkasaan peranan wanita juga berjaya dicapai pada tahap tinggi sepanjang setahun lebih pentadbiran kerajaan PH.

“Buat pertama kalinya Malaysia mempunyai Timbalan Perdana Menteri, Ketua Hakim dan Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) daripada kalangan wanita,” ujarnya lagi.

Berita Asal https://malaysiadateline.com/pencapaian-2019-ph-selamatkan-negara-dari-lingkaran-ganas-hutang/
Baca lagi https://inforakyat.net/2019/12/26/pencapaian-2019-ph-selamatkan-negara-dari-lingkaran-ganas-hutang/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Tan Sri Mohamed Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi ‘kuda tunggangan’ dalam UMNO

[EKSKLUSIF] Apandi Ali umum letak jawatan, tak rela jadi 'kuda tunggangan' dalam UMNO

Mohamed Apandi letak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Displin kerana kecewa prosiding dengan Hishammuddin Hussein dibatalkan pucuk pimpinan

Kuala Lumpur: Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Pengerusi Lembaga Displin UMNO serta-merta.

Keputusan itu diambil beliau ekoran keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam mesej pesanan ringkas kepada Astro AWANI, bekas Peguam Negara itu berkata, pembatalan itu adalah sesuatu yang tidak bertepatan dengan Perlembagaan Parti.

“Hasil perkembangan ini, saya telah arahkan Setiausaha Lembaga Displin untuk menyediakan surat perletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Disiplin Umno dan berkuatkuasa dengan serta-merta.

“Saya tidak rela dijadikan sebagai kuda tunggangan.Maruah saya lebih penting daripada jawatan,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan, Hishammuddin sepatutnya dipanggil mengadap Lembaga Displin hari ini bagi memberi penjelasan berhubung tuduhan melanggar perlembagaan dan tataetika sebagai ahli Umno.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam sebelum ini telah memfailkan surat rasmi kepada Lembaga Displin bagi menyiasat dakwaan bahawa Ahli Parlimen Sembrong itu cuba menjadi ‘orang tengah’ dengan membawa masuk beberapa pemimpin UMNO ke Parti Pribumi Bersatu Malaysia pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas lanjut, Mohamed Apandi berkata, beliau amat kecewa kerana sesi itu telah dibatalkan atas arahan pucuk pimpinan parti.

Arahan itu, katanya, jelas melanggar keluhuran dan kebebasan Lembaga Displin seperti yang termaktub di bawah perlembagaan parti.

“Memang prosiding show cause akan dipengerusikan oleh anggota Lembaga yg lain.Yang saya amat kecewa ialah, ia di batalkan atas arah pucuk pimpinan parti. Ini tiada peruntukan dalam Perlembagaan Umno.

“Lembaga Disiplin adalah suatu badan bebas yang tidak tertakluk kepada apa-apa arahan pimpinan parti.

“Tindakan membatalkan prosiding itu adalah tidak berpelembagaan. Ia tidak sah di sisi undang-undang. Sebagai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dan bekas Peguam Negara, ia adalah tanggungjawab saya untuk menegakkan perlembagaan dan undang-undang,” tegas beliau lagi.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/eksklusif-apandi-ali-umum-letak-jawatan-tak-rela-jadi-kuda-tunggangan-dalam-umno-226378?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=26122019-eksklusif_apandi_ali_umum_

Dong Zong tidak sesuai di Malaysia

Image may contain: 3 people, text

MALAYSIA merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum. Semua memang sedia maklum dan tidak cukup setakat itu semua rakyat perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memelihara keharmonian yang dikecapi selama ini.

Keharmonian negara

Dong Zong sejak sekian lama merupakan pertubuhan yang hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum iaitu kaum Cina semata-mata. Ia tidak sehaluan dengan aspirasi penduduk negara ini yang mahukan keharmonian.

Keharmonian inilah yang menjadi tunggak kepada kejayaan Malaysia selama ini. Kewujudan Dong Zong hanya untuk menggugat dan menghalang pencapaian yang lebih gemilang negara.

Oleh itu adalah wajar kerajaan mengharamkan terus Dong Zong, kerana para pemimpinnya yang membawa fahaman kebencian.

Tindakan tegas

Kerajaan juga perlu mengambil tindakan terhadap para pemimpin Dong Zong. Dan tidak lagi boleh bertolak ansur kerana mereka memilih jalur keras untuk bergerak.

Bayangkan apabila majoriti penduduk negara ini menolak fahaman keras dan melampau, tetapi kerajaan masih melayan pergerakan sedemikian.

Jadi pengajaran

Tindakan tegas ini akan menjadi pengajaran kepada mana-mana pihak yang mahu mewujudkan fahaman yang memecah belah masyarakat dan  melampau.

Dong Zong sebenarnya sengaja mahu menduga apakah kerajaan berani bertindak terhadap mereka.

Banyak pihak telah menyatakan desakan kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap pertubuhan itu  dan terbaharu Persatuan Melayu Negeri Perlis (PEMANIS) .

Mereka mahu kerajaan bertegas dengan Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) yang bercadang menganjurkan kongres bagi membantah pengenalan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohd Zain Hamzah berkata bantahan tersebut tidak seharusnya berlaku kerana kerajaan telah membuat keputusan mengenai perkara tersebut setelah menimbang segala sudut dengan sebaik mungkin dan telah melakukan rundingan  dengan semua pihak.

“Justeru itu, kerajaan perlu bertegas tanpa tunduk kepada mana-mana pihak yang mahu menghalang pelaksanaan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular tersebut,” kepada kepada Bernama di sini hari ini.

Orang Cina tidak sokong Dong Zong

Orang Cina sendiri pastinya tidak menyokong apa yang dibawa oleh Dong Zong. Tindakan yang melampau kekiri akan merosakkan hubungan antara  kaum di negara ini dan ini tidak baik kepada ekonomi negara.

Rakyat negara ini pastinya mahu hidup selesai dan aman serta damai tanpa dibelenggu dengan fahaman perkauman yang semakin menjadi-jadi.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab semua pihak harus menentang Dong Zong dan mendesak pertubuhan itu diharamkan.

Dong Zong tidak sesuai di Malaysia

Adakah kemenangan di Tanjung Piai membuatkan semangat kerjasama Umno & Komunis seperti diberi nafas baru?

https://web.facebook.com/WeAreAllJebonesta/photos/a.500642333653987/974037149647834/?type=3&theater

 

Najib Terejut Kerana Tidak Dibebaskan Daripada 7 Pertuduhan Jenayah SRC.

Image may contain: 2 people, meme and text

“Najib terkejut sebab beliau tidak dilepaskan dan dibebaskan daripada semua 7 pertuduhan berkait SRC. Seperti Zaman Pemerintahan UMNO BN yang Korup Dahulu.

Najib yakin beliau akan dilepas & dibebaskan kerana kami sudah bantah andaian salah terhadap tuduhan ini”, kata peguam Najib Muhammad Shafee Abdullah kepada wartawan selepas Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengarah Najib bela diri kes SRC International.

TAHNIAH #BossKurr..
#SungaiBuloh
#SungaiKajang
#TanjungRambutan

700 murid, pelajar terima bantuan persekolahan

Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my

SERAMAI 700 murid dan pelajar Permatang Pauh menerima bantuan persekolahan daripada Zakat Pulau Pinang dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Ahad lalu.

Bantuan persekolahan berupa beg dan uniform sekolah itu diberikan kepada pelajar dan murid yang kurang berkemampuan di kawasan Penanti, Seberang Jaya dan Permatang Pasir.

Bantuan disampaikan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah berkata, kesemua mereka juga akan menerima baucar bernilai RM150 setiap seorang bagi tujuan membeli alat tulis dan kelengkapan persekolahan lain.

“Bantuan ini sedikit sebanyak menggembirakan murid dan pelajar menjelang sesi persekolahan kelak selain meringankan beban keluarga masing-masing.

“Usaha murni TNB dan Zakat Pulau Pinang ini amat dihargai dan merupakan satu contoh tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang murni kepada masyarakat,” katanya.

Hadir sama Pengurus TNB negeri Norsalizawati Hashmawi @ Yusof.

Nurul Izzah juga mengingatkan kepada murid dan pelajar agar sentiasa berdisiplin dan menjaga kesihatan ketika belajar.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/529279/700-murid-pelajar-terima-bantuan-persekolahan