Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

No photo description available.

KENYATAAN MEDIA

RSY : Isu Surat Kebenaran Kementerian Pendidikan Kepada YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) dan Rakan Remaja YADIM (RRY) adalah merupakan penjenaaman semula kepada inisiatif Sahabat YADIM yang telah diwujudkan sejak 2013 lagi di 69 buah sekolah menengah dan 76 buah di peringkat IPT yang melibatkan keanggotaan berjumlah 18,146 ahli di seluruh Malaysia .

Penjenamaan semula ini dilakukan bagi menstrukturkan semula hala tuju dan aktiviti RSY dan RRY disetiap peringkat agar menepati objektif yang disasarkan. Sepertimana penubuhan persatuan pelajar yang lain, RSY dan RRY sebenarnya ditubuhkan bagi menggalakkan budaya aktivisme di kalangan para mahasiswa dan pelajar dengan menggunakan landasan dakwah yang menjadi teras kepada penubuhan YADIM sendiri.

Dakwah yang difahami oleh YADIM bukanlah terbatas dalam definisi sempit ‘missionary’ yang cuba dipaksakan oleh kumpulan dan individu rasis.

Sebaliknya dakwah yang dibawa oleh YADIM melalui setiap gerak kerjanya termasuk melalui inisatif RSY dan RRY adalah merangkumi makna yang lebih luas dengan erti kata menyeru ke arah kebaikan (Al-Ma’ruf) dan mencegah kemungkaran (Al-Munkar).

Jiwa pendakwah yang ingin dilahirkan melalui inisiatif RSY dan RRY pada hakikatnya adalah ingin melahirkan agen-agen masyarakat yang berakhlak mulia dan menyeru kearah kebenaran, keharmonian, toleransi, keadilan dan segala sifat-sifat mulia serta menghindari segala bentuk kejahatan sama ada dalam rupa korupsi, penindasan dan kebencian.

Atas pemahaman dakwah yang luas dan universal itu, maka tidak hairanlah apabila jawatankuasa RSY diperingkat kebangsaan yang telah diluluskan baru-baru ini turut dianggotai oleh beberapa pimpinan mahasiswa bukan Islam.

Ini adalah satu mesej yang sangat jelas bahawa agenda yang dibawa melalui inisiatif ini amat inklusif, telus, rahmah dan tiada sebarang agenda tersembunyi sementelah ajaran Islam sendiri yang menegaskan tiada sebarang paksaan dalam soal anutan agama.

Masyarakat khususnya rakan-rakan yang bukan beragama Islam sewajarnya tidak perlu berasa gundah dengan surat yang dikeluarkan oleh YB Menteri Pendidikan baru-baru ini.

Tindakan YADIM bertemu dengan Menteri Pendidikan secara rasmi serta surat daripada beliau kepada ketua-ketua jabatan menandakan bahawa ketelusan kerajaan pada hari ini dalam melaksanakan sesuatu inisiatif mengikut prosedur yang sewajarnya dan bukannya seperti pentadbiran sebelum ini yang melaksanakan keputusan tanpa melalui proses yang telus dan terbuka.

Secara jelasnya surat yang ditularkan tersebut tidak pernah memaksa mana-mana pelajar sama ada Muslim atau bukan Muslim untuk menyertai inisiatif tersebut. Kehadiran RSY di IPT dan RRY di sekolah hanya akan menyuburkan lagi semangat kesukarelawanan, aktvisme dan kekitaan dikalangan mahasiswa dan pelajar.

YADIM komited untuk menggalakkan dialog dan aktiviti silang budaya di kalangan anak muda melalui pelaksanaan RSY dan RRY ini kerana mereka adalah golongan penentu kepimpinan negara pada masa akan datang.

Dialog dan aktiviti silang budaya yang terkandung dalam konsep ‘Li Taarafu’ atau saling mengenali yang amat dianjurkan dalam Islam akan melahirkan generasi muda Malaysia yang saling menghormati, meraikan perbezaan dan melihat kepelbagaian sebagai sumber kekuatan dan bukannya punca kelemahan sepertimana yang ditanggapi oleh golongan yang rasis dan Islamophobik.

Adalah mustahak bagi YADIM memberikan penjelasan agar tidak timbul syak wasangka dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di Malaysia terhadap program yang dijalankan oleh YADIM.

Penting penjelasan ini diberikan supaya persepsi Islamophobia yang cuba dimainkan oleh pihak atau individu yang hanya mahukan publisiti dapat dijernihkan, sekaligus tidak mengheret badan dakwah ini ke polemik picisan.

Tuan Kamarul Arief Tuan Soh
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
24 Disember 2019

DIKELUARKAN OLEH BAHAGIAN MEDIA DAN TEKNOLOGI DAKWAH YADIM

Rakan Siswa YADIM (RSY) di peringkat IPT dan Rakan Remaja YADIM (RRY) di peringkat Sekolah Menengah merupakan penjenamaan semula kepada Sahabat YADIM yang telah diwujudkan semenjak tahun 2013.

Sehingga kini anggota RSY dan RRY mencecah sebanyak 18,146 orang di 69 buah sekolah dan 76 buah IPTA/IPTS seluruh negara.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s