TERBUKTI PH TELAH MERINGANKAN BEBAN RAKYAT

Image may contain: 2 people, people smiling

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK

2 ROH ALTANTUYA

Hariz Zhafrie

MENJAWAB SI KEPIT YG SERBA SERBI TAK TAHU AKA BODOH SOMBONG

*👉1. Cukai Digital 6%*
Cukai perkhidmatan tersebut HANYA dikenakan ke atas perkhidmatan digital disedia pemberi perkhidmatan asing kepada pengguna Malaysia, sama ada pengguna individu ataupun pengguna perniagaan.

Ia dikenakan selaras polisi Google akan mengenakan caj kepada penggunanya bermula 2020.

*👉2.Cukai Keuntungan Hartanah Naik*
Cukai ini HANYA melibatkan individu hendak jual rumah 2nd hand bukan melibatkan pembeli terutama anak muda dan pembeli rumah pertama, tujuannya supaya tiada aktiviti monopoli beli rumah, 2-3 tahun jual nak untung berlipat ganda, hasrat kerajaan nak rakyat miliki rumah bukan monopoli dan main harga rumah.

*👉3. Ekonomi Merosot*
Ekonomi Malaysia tumbuh 4.4 % pada Suku Ketiga 2019 berbanding 4.9 peratus pada suku sebelumnya.
Dimanakah bukti ekonomi semakin merosot?

Bank Negara berkata ekonomi Malaysia tumbuh 4.6 peratus bagi tempoh 9 bulan pertama tahun ini dan angka itu dijangka kekal sehingga 2020.

*👉4.Cukai Jualan 10%*
SST hasil pendapatan RM4 bilion kepada Negara, ganti GST, hasil digunakan menutup kerugian kerajaan RM21 bilion selepas mansuh GST, SST kena sekali saja pada proses pengeluaran produk berbanding GST dikenakan pada setiap rantaian produk sebelum sampai kepada pengguna.

*👉5.Harga minyak naik 2020*
Minyak tak naik, apa yang dilaksanakan ialah Petrol Subsidi Bersasar kepada kumpulan sasaran B40 dan M40 elak subsidi ini terlepas kepada golongan kaya dan orang asing.

*👉6. Harga air naik*
Terengganu diperintah PAS cadang naik tarif air Tahun 2020. Menurut MB Terengganu kadar itu tidak disemak dalam tempoh lebih 20 tahun di negeri tersebut.

*👉7. Levi pelepasan tambahan*
Menteri Kewangan sebut levi pelepasan udara ke luar negara hanya dikenakan ke atas mereka yang *keluar dari Malaysia melalui udara,* bukan laluan darat dan laut.

Tujuan Kerajaan untuk galak rakyat bercuti dalam negara, merancakkan ekonomi dalam negara serta mengelak pengaliran tunai keluar negara berlebihan.

*👉8. Harga pos naik*
Pos Malaysia Bhd semak semula kadar bayaran pos sejajar peningkatan harga ditetapkan Kesatuan Pos Sedunia (UPU) mulai Januari 2020. Malaysia adalah anggota UPU dan berurusan dengan urusan pos ke luar negara, kalau caj luar negara naik, siapa nak tanggung kos?

*👉9. Caj doktor naik*
7,000 doktor klinik swasta negara ini perlu menunggu lebih lama mendapatkan kebenaran naik caj konsultasi khidmat perubatan ditawarkan mereka, selepas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (MTSHN) dipengerusikan TPM arah kajian baharu terhadap cadangan itu dan tidak dilaksanakan selagi kajian baru tidak dibincangkan dan dimuktamadkan.

*👉10. Cukai minuman karbonat*
Pelaksanaan cukai disokong padu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk kesihatan rakyat.

Lagi banyak nimum Coca-Cola lagi cepat potong kaki kencing manis, naik cukai pengguna dididik elak penggambilan minuman bergas dan bergula, rakyat sihat, kerajaan tak rugi kalau rakyat kurang minum.

*👉11. Tarif elektrik naik*
Kadar tarif elektrik bagi pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia dikekalkan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2020.

Ini ditegaskan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin.

*👉12. Jawatan Tetap Penjawat Awam Dimansuh*
Kerajaan memberi jaminan mereka yang sah dalam perkhidmatan dan mendapat taraf berpencen sebelum ini akan terus kekal menerima faedah serta kemudahan skim pencen.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata faedah persaraan yang dinikmati penjawat awam adalah dilindungi di bawah Perkara 147 Perlembagaan Persekutuan iaitu Perlindungan Hak-hak Pencen dan dikawal selia melalui Akta Pencen 1980 (Akta 227) serta Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan 1980 (Akta 239).

Sekali lagi serangan tak best pun, mudah sangat dijawab dan dipatahkan.

Kilang senjata api pertama di Malaysia dengan kerjasama Turki

 

senjata-api-turki

Pengerusi KOP Mantap Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob (Kanan) bertukar dokumen perjanjian MoU yang dimeterai bersama syarikat senjata api terkemuka Turki Pengerusi TISAS TRABZON, Ahmet Alemdaroglu disaksikan oleh Tun Mahathir dan Presiden Turki Erdogan dalam Sidang Kemuncak KL di Putrajaya hari ini.

KUALA LUMPUR – KOP Mantap Berhad, anak syarikat milik penuh Koperasi Polis Diraja Malaysia (KPDRM) mengorak langkah setapak lagi dalam industri keselamatan dan pertahanan negara dengan termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat pembuat senjata api terkemuka Turki, TISAS-TRABZON.

Majlis pertukaran MOU tersebut diadakan sempena KL Summit 2019 itu disaksikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan di Putrajaya hari ini.

Pada majlis tersebut Pengerusi KOP Mantap Berhad, Dato’ Seri Ayub Yaakob dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KOP Mantap Berhad, Datuk Iskandar Datuk Abdul Malik bertukar dokumen MoU yang ditandatanganinya bersama Pengerusi TISAS TRABZON, Tuan Ahmet Alemdaroglu dan Timbalan Pengerusi TISAS-TRABZON, Tuan Abdullah Ardem.

KOP Mantap dalam kenyataan berkata, menerusi perjanjian itu sebuah kilang pembuatan dan pemasangan senjata api yang pertama bakal dibangunkan di negara ini.

Katanya, ia akan dilaksanakan melalui pertukaran teknologi daripada TISASTRABZON kepada KOP Mantap Berhad dengan kerjasama IDC Technologies Sdn Bhd.

Projek berkenaan bertujuan  memastikan bekalan senjata api untuk kegunaan anggota keselamatan sentiasa mencukupi sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap negara luar.

Selain itu, kata KOP Mantap lagi, projek terbabit juga menyasarkan menembusi pasaran antarabangsa khususnya negara-negara Asean.

KOP Mantap Berhad juga katanya, akan melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) mengikut teknologi semasa serta menyediakan latihan kepada penggiat dalam industri tersebut. – MalaysiaGazette

Kilang senjata api pertama di Malaysia dengan kerjasama Turki

 

7 TERAS UTAMA YANG DIBINCANGKAN – #KLSummit2019

No photo description available.

Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 yang bertemakan “Peranan Pembangunan dalam Akses Kedaulatan Negara” menampilkan lebih 450 pemimpin-pemimpin kerajaan, masyarakat dan para cendekiawan dari 56 buah negara.

Antara perkara-perkara yang dibincang termasuk kekuatan ekonomi dunia Islam dan pembangunan teknologi canggih oleh sumber manusia dunia Islam, selain cabaran-cabaran global yang dihadapi umat Islam seperti kebangkitan Islamofobia, penahanan umat Islam dan penghijrahan besar-besaran umat Islam akibat peperangan.

Saya akan tampil sebagai panelis dalam sesi Plenari 1 pada pukul 9 pagi esok (20 Disember) bagi mengetengahkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang boleh dicontohi negara-negara lain.

#KLSummit2019
#Makmur2030
#MEA

Bukti Umnopas Turut Menzalimi Kaum Muslim Uighur Di China.

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK1 UI TUNDUK1 UI WANITA1 Ui Organ1 UI MATA

Image may contain: text

Tapi malangnya Malaysia tak ambil port pun. Malah mendakwa berita yang tersebar adalah khabar angin dan persepsi sahaja.

2 HADI ULAMAK PALSU

KEBAIKAN YANG KERAJAAN PH LAKUKAN

Sebelum kita percaya dengan gebang pihak pembangkang ni, cuba kita buat perbandingan antara kebaikan2 PH berbanding dengan BN dulu.

Najib Guna RM42 juta Untuk Kepentingan Peribadi

Image may contain: one or more people and text

1 BERIBADAT DGN DUIT HARAM

 

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bertegas bahawa Najib guna RM42 juta dana awam SRC untuk kepentingan peribadi dan manfaat sendiri dengan menggunakan kedudukannya untuk ganjaran.

#BossKurr#Terkejut
#SungaiBuloh
#SungaiKajang
#TanjungRambutan

Zaman Najib banduan akhir pun boleh ke Australia guna paspot dan naik kapalterbang dari KLIA

Zaman Najib banduan akhir pun boleh ke Australia guna paspot dan naik kapalterbang dari KLIA…

Zaman Tun M dipertikaikan banduan akhir buat SD di dalam Penjara Kajang, melalui peguam yang memang dibenarkan dalam peruntukan dan disaksikan oleh Pesuruhjaya Sumpah yang juga petugas di penjara…

Pusing selagi boleh Lobakman.

SEPATUTNYA KETUA POLIS NEGARA DAN KETUA PENGARAH IMIGRESEN DISIASAT KERANA PECAH AMANAH.