ROSMAH BERGAYA BERSAMA HASIL ROMPAKAN 1MDB DENGAN RESTU UMNOPAS.

Image may contain: 1 person

Merajuk beli hadiah ratus ribu, patut rumah ada cash RM114 juta dan hadiah hampir 1 bilion. Siap minta cash komisyen projek sekolah lagi…

15,000 pelajar di Perak terima kelengkapan sekolah

 

Asmuni (tengah) bersama pelajar-pelajar yang menerima set kelengkapan sekolah pada Majlis Penyerahan Sumbangan Back To School kepada 224 pelajar dan 20 Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi hari ini.

IPOH – Seramai 15,000 pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh daerah menerima manfaat daripada Program Back To School yang dikendalikan oleh Yayasan Perak.

Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, ia membabitkan peruntukan sejumlah RM2.25 juta yang turut disumbangkan oleh kerajaan negeri dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Pelajar akan menerima set kelengkapan sekolah seperti uniform lengkap, beg sekolah dan peralatan menulis sebagai persediaan untuk kembali ke sekolah.

“Majlis penyerahan akan diadakan secara berperingkat melibatkan kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga 21 Disember ini,” katanya.

Asmuni berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan ‘Back To School’ kepada 224 pelajar dan 20 Biasiswa Menteri Besar Perak di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Said, Manjoi di sini hari ini.

Asmuni yang juga Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan Perak berkata, jumlah penerima tahun meningkat sebanyak 5,000 berbanding 10,000 penerima tahun lalu.

“Kesemua penerima adalah daripada keluarga asnaf, B40 dan senarai bantuan e-kasih. Pelajar ini dipilih dalam kalangan yang memerlukan tanpa melibatkan pencapaian akademik.

“Bagaimanapun, kita maklum bahawa jumlah itu tidak mencukupi namun, ia sebagai tanda prihatin kerajaan negeri mengikut peruntukan yang sedia ada. Jika ada pertambahan peruntukan tahun depan, kita akan tingkatkan lagi jumlah penerima,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/61173/EDISI/Perak/15000-pelajar-di-Perak-terima-kelengkapan-sekolah?fbclid=IwAR32Kl7e_dpxBEzIop4POEMzA3zIibWu-Gkvq87DJG_f-wQ_rH5PryRQ-RU
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Terbukti Najib Penjenayah 1MDB

Image may contain: 1 person, text

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berharap dapat mencapai penyelesaian di luar mahkamah dengan Goldan Sachs berhubung skandal 1MDB tidak lama lagi.

Bagaimanapun katanya,pampasan sekitar satu billion dolar yang ditawarkan oleh bank berkenaan terlalu kecil.

Malaysia sebelum ini mendakwa Goldman dan 17 pengarah serta bekas pengarahnya mengelirukan pelabur apabila mengatur jualan bon berjumlah $6.5 bilion untuk 1MDB.
Tun Mahathir berkata,kerajaan menuntut $7.5 bilion daripada Goldman dan rundingan masih berjalan.

“Kami ingin mengelak pergi ke mahkamah,tetapi jika mereka datang dengan jumlah wang yang munasabah,saya fikir kita akan setuju”
Kata Tun Mahathir dalam temubual dengan Reuters.

Kredit : Friends Of PARTI AMANAH NEGARA

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

PENCARIAN GURU TAHFIZ BAGI PROJEK KHAS PENGAJIAN TAHFIZ DI ILDAN-YADIM TAHUN 2020

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam proses untuk mewujudkan sebuah institusi tahfiz Al-Quran. Dengan ini, kami mempelawa kepada para guru-guru yang berkelayakan untuk menyertai kami.

Berikut adalah beberapa maklumat berkaitan perkara di atas,

a. Warganegara Malaysia.

b. Lelaki.

c. Kelayakan minima Diploma Tahfiz Al-Quran.

d. Berpengalaman sebagai guru tahfiz satu keutamaan.

——

Di antara tugasan adalah seperti berikut:

– Membantu membangunkan modul tahfiz (modul khas YADIM)

– Mengajar Subjek-subjek Tahfiz dan lain-lain subjek Pendidikan Islam.

– Menyelia kehidupan dan pendidikan para pelajar.

—–

Maklumat Tahfiz YADIM.

– Lokasi maahad tahfiz di Hulu Langat, Selangor.

– Pengambilan kelompok pelajar pertama pada Mac 2020, seramai 30-40 orang, untuk tingkatan 1 (umur 13).

– Dimulakan dengan pelajar lelaki.

Bagaimana nak memohon..?

Sila emailkan resume kepada kami dengan segera sebelum 13 Dis. 2019 kepada: khairrul.fuad@yadim.com.my

Sekian. Terima kasih.

..

#yadimMy #dakwah #sayangiYadim #sayangiMalaysiaku
#yadimdihatiku #rahmatanlilalamin #fastabiqulkhoirot #solidaritikedamaian #unitmediadanpenyiaran #YADIMTV #MALAYSIARAHMAH
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2693860410693213&id=480621232017153

MyInsaniah Monsoon Camp (REMAJA RAHMAH)

MONSOON CAMP

Assalamualaikum wbt.
Sebaran Dalaman
Nunji & Team Myinsaniah akan mengadakan MyInsaniah Monsoon Camp (REMAJA RAHMAH) sebagaimana berikut:

TARIKH : 14-16 Disember 2019
HARI : SABTU-ISNIN
TEMPAT : Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bharu
SASARAN PESERTA : REMAJA berumur 15-18 tahun
BIL PESERTA : 120 orang ( 60 lelaki, 60 perempuan)
BAYARAN : PERCUMA
TEMPAT TERHAD

Sila hubungi untuk booking dan maklumat lanjut
Cikgu Raja Norhisyam, no tel : 0193973770
Cikgu Fikry, no tel : 0136789397

NAMA PENUH PESERTA :
NO KP :
UMUR :
SEKOLAH :
DAERAH :
NAMA IBU/BAPA :
NO TEL :

 

 

Kerajaan Pakatan Harapan Adalah Terbaik Dalam Sejarah Pemerintahan Di Malaysia

1 R 10

1 JANGAN MENCELA PEMERINTAH

1 DOA YDP

Tahukah anda?  Sejak PH ambil alih kerajaan 9 Mei 2018

PH – kembalikan bayaran royalti kpd krjn negeri.
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/151165
BN – sekat bayaran royalti kpd krjn negeri.

PH – buka peluang kebebasan bersuara
BN – sekat kebebasan bersuara.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/05/04/tidak-nampak-tekanan-terhadap-islam-di-bawah-ph-kata-mufti-perak/

PH – benarkan pembangkang masuk berceramah/berdiskusi/berwacana di IPTA.
BN – sekat pembangkang berceramah/ berdiskusi/berwacana di IPTA.

PH – agih peruntukan untuk ADUN pembangkang.
BN – ???

PH – benarkan pembangkang merasmikan mesyuarat Agung PIBG.
BN – sekat pembangkang merasmikan mesyuarat Agung PIBG.

PH – dlm proses mewajibkan ahli politik isytihar harta.
https://www.malaysiakini.com/news/473013
BN – ???

PH – serius memerangi amalan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan.
https://www.malaysiakini.com/news/474341?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN – ???

PH – dlm proses untuk pinda akta 355.
https://www.malaysiakini.com/news/474351#.XMgGA4LVSzo.facebook
BN – ???

PH – SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah parlimen.
https://www.malaysiakini.com/news/432150?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN – SPRM, SPR, Jabatan Audit Negara diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

BN – Mengekalkan Aktal Hasutan 1948.
PH – dalam proses untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948
http://www.kosmo.com.my/terkini/setahun-ph-akta-hasutan-akan-dimansuhkan-1.898161#.XNToeQdE7YI.facebook

PH – hapus hutang pinjaman projek bekalan air kerajaan negeri.
https://www.malaysiakini.com/news/477603?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook
BN – ???

PH – Kerajaan perkenal elaun RM5,000 sebulan untuk Sasterawan Negara.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/577599/sasterawan-negara-terima-elaun-penghargaan-rm5000-sebulan
BN – ???

PH – Kerajaan tubuh unit pantau hina Islam
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/03/430867/jakim-tubuh-unit-pantau-hina-islam-nabi-saw
BN – ???

PH – tubuh (GIACC) Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) yang bertujuan untuk menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti-rasuah di negara ini.

Kerajaan PH tubuh GIACC


BN – ???

PH – Dua lokasi perhimpunan aman akan diwartakan oleh kerajaan iaitu Padang Merbok dan Jalan Raja.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/07/581325/padang-merbok-jalan-raja-jadi-lokasi-perhimpunan-aman
BN – ???

PH – UPSI universiti awam pertama tawar program tahfiz Al-Quran Qiraat
https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/04/551459/upsi-universiti-awam-pertama-tawar-program-tahfiz-al-quran-dan-qiraat/amp
BN – ???

PH – Penyelarasan undang- undang syariah hujung tahun hadapan.
https://www.sinarharian.com.my/article/35821/BERITA/Nasional/Penyelarasan-undang-undang-syariah-hujung-tahun-hadapan-Mujahid
BN – ???

PH – meluluskan Rang Undang-undang Akta Guaman Syarie 2019.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/473796/pencetus-martabat-mahkamah-syariah
BN – ???

PH – Usaha serap jawatan guru KAFA ke jawatan tetap.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/07/13/usaha-serap-guru-kafa-ke-jawatan-tetap-di-tahap-akhir-kata-fuziah/
BN – ???

PH – melancarkan Aplikasi telefon pintar Respons Rakyat (RR 2.0) untuk memudahkan orang awam membuat aduan dan memberi maklum balas berhubung sistem penyampaian perkhidmatan awam.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1747683
BN – ???

PH – SEJARAH TERCIPTA..
Malaysia berada ditempat pertama sebagai negara terbaik di dunia untuk melabur bagi tahun 2019.
– Majalah CEOWORLD
http://www.mediayours.net/cgi-sys/suspendedpage.cgi
BN – ???

PH – Malaysia tangga pertama di Asia Tenggara dalam Indeks Kebebasan Media 2019.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1747892
BN – ???

PH – Satu Jawatankuasa Pilihan Dewan Negara akan ditubuhkan dalam masa terdekat dalam usaha memperkasa institusi Parlimen.
http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1749132
BN – ???

PH – Laksanakan semula SST ganti GST.

SST berjaya turunkan harga 291 barangan


BN – kekal GST

PH – Pelanggan sedia ada Streamyx hanya perlu membayar RM69 sebulan bagi menikmati internet pada kelajuan 8Mbps berbanding RM160 sebelum ini, bermula September ini.
Bagi pelanggan baharu, perlu membayar RM89 sebulan.
https://www.malaysiakini.com/news/485627?utm_source=dlvr.it&utm
BN – Bayaran bulanan rm160 bagi internet berkelajuan 8mbs.

PH – Peruntukan untuk JAKIM ditambah daripada 1.1 juta (2018) kepada 1.2 juta (2019)

Peruntukan untuk Jabatan Kehakiman Syariah ditambah daripada 5.57 juta (2018) kepada 68.4 juta (2019).
Peruntukan untuk Jabatan Pembangunan Syariah ditambah daripada 3.4 juta (2018) kepada 4.14 juta (2019).
Peruntukan untuk Pembangunan untuk Mahkamah Syariah ditambah daripada 19 juta (2018) kepada 22 juta (2019).

Peruntukan untuk agency Halal Industry Development Copration (HDC) yg sebelumnya TIDAK mendapat apa-apa peruntukan (zaman BN) telah diberi peruntukan sebanyak 11.2 juta (2019)

PH – Penubuhan Majlis Tahfiz Negara
https://www.sinarharian.com.my/article/55904/BERITA/Nasional/Majlis-Tahfiz-Negara-bakal-dilancar-tahun-depan

Lembaga Pengarah hanya dilantik selepas SRC mohon pinjaman RM3.95b daripada KWAP

1 2 MAKHLUK ASING

1 46 x BOHONG

 

1 NAJIB BELANJA ROSMAH

 

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Ahli Lembaga Pengarah SRC International Sdn Bhd hanya dilantik selepas syarikat itu membuat permohonan pinjaman RM3.95 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).

Pendedahan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas itu dikemukakan melalui tujuh dokumen dalam perbicaraan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC yang dihadapi Datuk Seri Najib.

Antara dokumen yang dirujuk Tommy ketika menyoal balas Najib adalah surat pelantikan tujuh pengarah SRC, Memorandum dan Artikel Persatuan (M&A) termasuk surat dan e-mel berhubung dua permohonan pinjaman SRC daripada KWAP.

Berdasarkan kepada dokumen berkenaan, Tommy menyatakan bahawa SRC membuat keputusan untuk memohon pinjaman daripada KWAP pada Jun dan Julai sementara Lembaga Pengarah dilantik pada Ogos tahun sama.

Najib bagaimanapun menjawab bahawa bulan Ogos adalah pelantikan rasmi Ahli Lembaga Pengarah.

“Nama mereka mungkin sudah dicadangkan Lembaga Pengarah, …saya perlu menyemaknya, tetapi pelantikan rasmi adalah pada 1 Ogos,” katanya.

Terdahulu, Najib juga turut diminta Tommy mengesahkan butiran dalam dokumen rasmi SRC dan tulisan tangan bekas presiden UMNO itu dalam empat surat yang sebelum itu dikemukakan kepada mahkamah.

Tommy : Berulang kali kamu katakan bahawa peranan kamu adalah sebagai Ketua Lembaga Penasihat SRC. Ia jawapan ‘standard’ kamu di mana semua keputusan (SRC) adalah atas nasihat Lembaga Penasihat SRC. kamu ingat?

Najib: Ya.

Tommy : Bagaimana kamu menerima nasihat berhubung tujuh dokumen (pinjaman dan lantikan pengarah) walaupun Lembaga Pengarah belum wujud lagi?

Najib: Ia dikemukakan oleh CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) pada masa itu.

Tommy kemudian mencadangkan bahawa semua keputusan dibuat atas arahan Najib secara peribadi, bagaimanapun bekas perdana menteri itu tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Sementara itu, Najib mengakui bahawa proses pembentangan Jaminan Kerajaan bagi pinjaman RM2 bilion oleh SRC kepada Kabinet pada tahun 2011 dipercepatkan.

Najib berkata, ia adalah kerana terdapat terdapat peluang pelaburan yang menunggu syarikat itu selaras dengan penubuhan SRC untuk kepentingan negara.

Tommy : Saya katakan keadaan (bagi mendapatkan pinjaman KWAP) adalah tergesa-gesa dan seolah-olah ia penting. Kenapa?

Najib: Syarikat SRC ditubuhkan kerana keperluan dari segi strategi negara dan ia disokong Unit Perancang Ekonomi (EPU). Syarikat itu mempunyai peluang pelaburan jadi keperluan kewangan SRC perlu diusahakan. Sebab itu perkara ini dilakukan.

“Di sini saya mahu jelaskan bahawa ia bukan perkara luar biasa keperluan mana-mana syarikat baharu diusahakan pada masa singkat,” katanya.

https://www.bharian.com.my/…/lembaga-pengarah-hanya-dilanti…

Pendakwa asak Najib mengenai pinjaman SRC walau BOD belum wujud

1 46 X NAJIB MENIPU

KES SRC NAJIB | Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa SRC International telah memohon pinjaman pertama pada tahun 2011 sebelum ahli lembaga pengarah (BOD) dilantik.

Perkara itu diberitahu Peguam Negara Tommy Thomas apabila dia menyoal balas bekas perdana menteri Najib Razak, yang memberi keterangan ketika membela diri dalam perbicaraan melibatkan dakwaan penyelewengan dana SRC International.

Menurut surat yang ditunjukkan di mahkamah, SRC International telah menghantar dua permohonan pinjaman kepada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) pada bulan Jun dan Julai 2011, untuk mendapatkan pinjaman masing-masing berjumlah RM3.95 bilion dan RM2 bilion.

Untuk rekod, semasa perbicaraan sebelum ini mahkamah diberitahu bahawa SRC memohon pinjaman RM2 bilion pada bulan Julai 2011 selepas KWAP menolak permintaan awal untuk mendapatkan pinjaman RM3.95 bilion.

Apabila Najib mengesahkan permohonan pinjaman itu masing-masing bertarikh pada Jun dan Julai 2011, Thomas kemudian merujuk kepada surat Najib bertarikh 1 Ogos 2011 di mana beliau melantik tujuh individu dalam lembaga pengarah SRC.

Menggunakan ini sebagai hujah, pendakwa raya mengasak Najib dengan mengatakan perkara itu bertentangan dengan keterangan awal Najib yang mendakwa semua tindakan beliau selaku pengerusi penasihat lembaga SRC telah dibuat di bawah nasihat BOD syarikat.

Thomas: Kamu setuju tujuh dokumen ini menandakan keputusan berkaitan SRC, dilakukan sebelum pengarah dilantik pada 1 Ogos 2011. Semua adalah sebelum pelantikan para pengarah. Ini adalah suatu fakta.

Najib: Pelantikan Formal. Tetapi ia mungkin dicadangkan oleh Lembaga Pengarah. Saya perlu semak perkara itu. Tetapi pelantikan rasmi adalah pada 1 Ogos.

Thomas: Kamu kata banyak kali apabila saya tanya mengenai peranan kamu sebagai pengerusi lembaga penasihat SRC, jawapan standard kamu semalam adalah bahawa semua langkah-langkah yang diambil (oleh SRC) adalah atas nasihat lembaga pengarah SRC. Kamu ingat?

Najib: Ya. Jika nasihat itu dikehendaki dari lembaga.

Thomas: Bagaimana kamu menerima nasihat sedemikian yang berhubungan dengan tujuh dokumen P356 hingga P372 apabila lembaga pengarah tidak wujud?

Najib: Ia mesti dikemukakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu.

Thomas kemudian menunjukkan bahawa semua keputusan telah dibuat secara peribadi atas arahan beliau.

Bagaimanapun, Najib tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Ketika prosiding hari ini, mahkamah turut mendengar daripada Najib bahawa beliau menyokong permohonan kedua SRC International untuk mendapat jaminan kerajaan bagi memperoleh RM2 bilion pinjaman lain pada tahun 2012.

Najib memberi keterangan bahawa beliau mempunyai keyakinan terhadap syarikat itu, walaupun bersetuju bahawa beliau tidak tahu ke mana perginya pinjaman RM2 bilion yang awal.

Menurut anggota Parlimen Pekan itu, beliau ada bertanya SRC apa yang berlaku kepada bahagian pinjaman pertama, dan diberitahu bahawa syarikat itu telah menetapkannya sebagai  “khas untuk tujuan pelaburan”.

“… Itulah yang saya diberitahu,” katanya.

Ini membuatkan Thomas bertanya kepada Najib jika beliau ada bertanya SRC secara khusus mengenai keberadaan RM2 bilion yang pertama.

Thomas: Adakah ia tunai di dalam bank.

Najib: Saya tidak pasti. Tetapi saya tanya kepada mereka, tetapi mereka kata ia adalah untuk tujuan pelaburan.

Thomas: Adakah kamu bertanya kepada mereka?

Najib: Saya tak tanya kepada mereka ke mana wang itu. Mereka berkata untuk pelaburan.

Thomas kemudian mengatakan bahawa Najib telah bertindak salah dengan tidak bertanya soalan lanjutan kepada SRC tetapi berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan dengan pinjaman pertama.

Najib bagaimanapun tidak bersetuju.

https://www.malaysiakini.com/news/503259?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR28fSr-1oMmHWk0TzH2Fx7e3VEs6lDyH7z4428OzH3EtaVZlcuPK7ynS_w

Najib ‘balik awal’ sebelum prosiding tamat

MGF03122019_NAJIB-RAZAK-SRC-INTERNATIONAL_19-1

1 NAJIB 46 KALI MUNAFIK

JIBLIS ANGKAT KAKI CALIBUT LEPAS KENA SOAL DAN KANTOI TERUK DENGAN PEGUAM NEGARA DI MAHKAMAH PADA HARI INI 😂

KUALA LUMPUR – Akibat salah faham, Datuk Seri Najib Razak meninggalkan Mahkamah Tinggi petang tadi walaupun prosiding belum ditamatkan.

Bekas Perdana Menteri yang juga tertuduh kes SRC International Sdn Bhd menyangka arahan mahkamah menyuruh prosiding berehat beberapa minit itu ditangguhkan ke hari lain.

Sebenarnya, tujuan mahkamah ditangguhkan untuk memberi ruang pasukan pendakwaan mengadakan perbincangan selepas Peguam Negara, Tan Sri Thommy Tommas selesai menyoal balas Najib.

Kata peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Najib tidak boleh kembali ke mahkamah semula kerana sudah ‘terperangkap’ dalam kesesakan lalu lintas di Jalan Tun Razak.

“Dengan persetujuan Yang Arif, Najib akan hadir pada jam 9 pagi (selepas mahkamah menyambung perbicaraan pada Rabu depan),” katanya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerima penjelasan itu namun memberi peringatan agar perkara yang sama tidak berulang.

Terdahulu, Thommy sekitar pukul 4 petang tadi meminta prosiding berehat beberapa minit agar dapat berbincang tentang pemeriksaan seterusnya dengan rakan pasukan pendakwaannya yang lain.

Namun setelah prosiding disambung semula sebelum 5 petang tadi, Najib tiada di kandang saksi.-MalaysiaGazette

Najib ‘balik awal’ sebelum prosiding tamat

 

Mesti lulus agama, moral sebelum jadi polis – Tahniah Kerajaan PH.

1 SYUKUR GETAH

1 BERSYUKUR BONUS

1 ULAR PAS

Mulai tahun depan setiap permohonan untuk menganggotai pasukan polis perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke agensi itu.

Pengarah Pengurusan PDRM, Abd Rahim Jaafar berkata, ia bagi memastikan setiap anggota mempunyai tahap integriti serta nilai moral dan agama yang tinggi.

“Aspek agama ditekankan bagi calon beragama Islam manakala pendidikan moral bagi calon bukan beragama Islam menerusi ujian secara atas talian dan temu duga.

“Kita perlu faham bahawa pendidikan agama penting jika tiada ‘pendinding’ itu akan menyebabkan mereka-mereka ini terlibat dalam perkara-perkara yang tidak sepatutnya,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontinjen Terengganu hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail.

Abd Rahim berkata, pihaknya menjangka seramai 6,000 anggota termasuk 500 pegawai terlibat bagi pengambilan baharu pada tahun depan.

Katanya, selain aspek agama dan moral, PDRM juga akan menjalankan ujian psikometrik yang bersesuaian bagi mengenal pasti sikap dan perilaku mereka sebelum diterima menjadi anggota polis.

“Kita juga akan bekolaborasi bersama universiti untuk mencari kaedah dalam mengesan lebih awal calon-calon bagi anggota polis yang terlibat dalam masalah dadah kerana terdapat juga statistik mengatakan ada antara polis terlibat dengan dadah lebih awal sebelum menjadi anggota.

“Ini antara kaedah yang akan kita laksanakan bagi memastikan anggota baharu yang diambil benar-benar menepati kriteria yang kita mahukan,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/503163?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR2Gu_J1tLNFyilbcGeh2v0AoMFNnLpoWqHJq0A_BYAVGti40VL3EkKdF7w