NAJIB TIDAK TAHU 46 KALI DIA MENIPU RAKYAT MALAYSIA TANPA RASA MENYESAL.

 

Image may contain: 6 people, meme and text

1 2 MAKHLUK ASING

Najib Razak, bekas perdana menteri pertama yang masuk ke kandang tertuduh dalam sejarah negara, selesai membaca pernyataan bertulis bagi kes SRC International di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sepanjang tiga hari yang diperlukan untuk menghabiskan pernyataan bertulis 243 halaman itu, tema yang berulang bagi Najib adalah beliau tidak tahu apa yang berlaku dengan akaun banknya.

Berdasarkan pernyataan bertulis itu, paling kurang 46 kali bekas menteri kewangan itu berkata beliau tidak tahu atau tiada pengetahuan dalam perkara berkenaan kes SRC International terhadapnya.

Selain itu, paling kurang lapan kali Najib berkata beliau “terkejut” apabila maklumat berkenaan perkara itu dimaklumkan kepadanya, kebanyakannya berkenaan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low, yang membuat keputusan berkenaan dalam soal akaun bank beliau.

MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN DS ANWAR IBRAHIM.

1 ANGGOTA TUBUH JADI SAKSI

MEREKA YANG TELAH MENINGGALKAN DS ANWAR IBRAHIM.

Berikut adalah nama2 mereka yang menjadi teman rapat dan hulubalang DS Anwar Bin Ibrahim….bukan calang2 orang…. mereka ini mempunyai kekuatan tersendiri.

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong)

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Anwar Ibrahim)

5. Fairus Khairuddin (ADUN Penanti – Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela Anwar, AJK Parti KeAdilan Nasional)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan dan juga Ketua Penerangan PKR)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Jeffrey Kitingan (Naib Presiden PKR)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan)

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau)

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas)

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang)

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal)

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

Saya ingin bertanya kepada anda sekalian

Jika mereka yang di atas….yang pernah menjadi orang kuat dan panglima terkanan DS Anwar Ibrahim sudah meninggalkan parti PKR dan Pakatan Rakyat

Mengapa anda sekalian yang saya rasa tidak pernah mengenali DS Anwar secara dekat….. yang hanya pernah melihat beliau dari jauh atau hanya dalam TV…..atau mungkin pernah berjabat tangan hanya sekali dua dengan beliau….. masih mahu menyokong DS Anwar…..?

Adakah anda semua pemimpin atau ahli2 politik bahagian PKR…..?

Adakah anda pernah makan tengahari dengan DS Anwar…..?

Anda pernah berceloteh…..bergurau senda dengan beliau…..?

Anda kenal beliau secara dekat sudah bertahun tahun…..?

Anda sering berhubung melalui telefon dengan beliau…..?

Anda begitu rapat dengan DS Anwar Ibrahim hingga boleh dengan senang
keluar masuk banglo mewah milik DS Anwar….?

Tidak pernah kan….?

Jadi mengapa anda masih ingin menyokong DS Anwar Ibrahim tatkala mereka di atas yang begitu rapat sekali dengan beliau…..sudah meninggalkan beliau atas dasar hilang kepercayaan…..?

Apakah bendanya yang membuat anda begitu HADAP sekali dengan DS Anwar Ibrahim….. hinggakan anda sekalian masih mempercayai beliau…… walaupun mereka yang begitu kasihkan DS Anwar suatu waktu dahulu sudah meninggalkan beliau…..?

Image may contain: text

NAFAS jamin semua petani akan dapat bekalan baja minggu depan

1 1.4 B UTK RAKYAT1 SALAHUDDIN HERO

PETALING JAYA: Masalah bekalan subsidi baja dihadapi oleh lebih 900,000 petani di seluruh negara dijangka selesai sepenuhnya menjelang akhir minggu depan.

Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, berkata NAFAS sudah mula mengagihkan bekalan subsidi baja kepada petani di seluruh negara selepas Kementerian Kewangan (MOF) meluluskan peruntukan tambahan kira-kira RM150 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) pada minggu lalu.

“Kita tidak boleh masa terlalu lama untuk mengagihkan subsidi baja kerana kebanyakan petani sudah lama menunggunya. Tambahan pula kilang kita terletak di Gurun Kedah terletak tidak jauh dari kawasan pertanian jadi kita boleh hantar bekalan kepada petani secepat mungkin.

“Jadi insya-Allah, kita akan selesaikan masalah kekurangan bekalan subsidi baja dalam tempoh dua minggu ini,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan ‘Skuad Bantuan Banjir NAFAS 2019’ di sini, hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan MOA masih menunggu kelulusan Kementerian Kewangan bagi membolehkan (NAFAS mengagihkan baja subsidi kepada petani di seluruh negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub, dipetik sebagai berkata, pihaknya memberi jaminan subsidi baja akan diagihkan secepat mungkin selepas permohonan peruntukan kewangan diluluskan.

Berikutan itu, MOF sudah mengagihkan sejumlah peruntukan kewangan kepada MOA bagi membolehkan mereka menyelesaikan isu agihan kekurangan ‘ouput’ pertanian termasuk bekalan subsidi baja dan benih dihadapi petani di seluruh negara sekarang.

Dalam perkembangan lain, Phahrolrazi mengesahkan NAFAS akan memperuntukkan RM1 juta bagi menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa banjir terutama di Kelantan dan Terengganu yang bakal diagihkan kepada penerima menerusi jawatankuasa bencana alam negeri dan daerah terbabit.

Phahrolrazi berkata, NAFAS juga melancarkan ‘Skuad Bantuan Banjir NAFAS’ sebagai salah satu program untuk memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu rakyat Malaysia dilanda bencana alam.

“Sebagai permulaan skuad ini akan turun padang bagi membantu mangsa banjir membersihkan laman dan rumah masing-masing di dua negeri iaitu Kelantan serta Terengganu dan akan digerakkan ke negeri lain untuk bertugas jika kejadian sama berlaku di negeri lain,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/636895/nafas-jamin-semua-petani-akan-dapat-bekalan-baja-minggu-depan?fbclid=IwAR30AoCDGHb97ca5EJhRZmvQd-AbUJ5JrKGTp_jtXuRTihBB_I3jqkyFH8o

Muhyiddin, Shafie dipecat kerana kritik 1MDB di luar Kabinet – Najib Munafik

1 46 x BOHONG1 NAJIB BELANJA ROSMAH1 NAJIB 46 KALI

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dipecat kerana mereka membuat kenyataan di luar Kabinet, berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendakwa pemecatan Muhyiddin yang ketika itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2016 bukan disebabkan tidak bersetuju dengan beliau (Najib) mengenai 1MDB.

Menurut Najib, pemecatan itu adalah kerana Muhyiddin menyuarakan rasa tidak puas hatinya kepada orang ramai dan bukan kepada Kabinet

“Saya tidak pernah pecat menteri kerana dia tidak setuju tetapi kerana membuat kenyataan di luar,” katanya ketika menjawab soalan balas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Najib turut menafikan bahawa penyingkiran Muhyiddin dan Shafie berikutan kedua-dua mereka tidak bersetuju dengannya mengenai syarikat pelaburan negara itu.

Terdahulu, Najib dalam keterangan bela diri dalam kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), berkata kuasa perdana menteri Malaysia adalah tidak mutlak.
Najib bersetuju dengan Thomas bahawa perdana menteri memegang kuasa besar dalam negara, termasuk dalam urusan melantik individu ke jawatan utama dalam syarikat yang berkaitan dengan kerajaan.

Bagaimanapun, Najib menjelaskan bahawa kuasa itu masih mempunyai batasannya.

Menjawab cadangan Thomas bahawa Najib memegang jawatan sebagai menteri kewangan ketika itu untuk membiayai dana kepada 1MDB dengan mengeluarkan jaminan kerajaan, Ahli Parlimen Pekan itu menjawab, “tidak setuju.”

Thomas: Saya cadangkan kamu menjadi menteri kewangan supaya kamu boleh menggunakan Perbendaharaan dan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan dana supaya memberi pinjaman kepada 1MDB dengan mengeluarkan jaminan kerajaan?

Najib: Saya tidak bersetuju.
Thomas: Sebagai perdana menteri, kamu tidak boleh melakukannya (menggunakan perbendaharaan dan MOF untuk dapatkan dana), tetapi sebagai menteri kewangan, kamu boleh berbuat demikian?

Najib: Tidak setuju.

Sementara itu, Najib berkata beliau hanya memberikan persetujuan secara tersirat bagi jaminan kerajaan terhadap pinjaman kedua oleh SRC daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) berjumlah RM2 bilion pada 2012.

https://www.bharian.com.my/…/muhyiddin-shafie-dipecat-keran…

Dr Mahathir akan terima dua anugerah utama di Qatar

DOHA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima dua anugerah utama ketika melakukan lawatan rasmi ke Qatar yang bermula esok.

Perdana Menteri yang melakukan kunjungan pertamanya ke negara ini sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun lalu akan memperoleh anugerah di Doha Forum dan juga Universiti Qatar.

Kuasa Usaha Kedutaan Besar Malaysia di Qatar, Mohamad Shahir Sabarudin, berkata Emir Qatar Sheikh Tamim Hamad Al-Thani akan menyampaikan anugerah kepada Dr Mahathir di Doha Forum pada Sabtu ini.

Ia adalah anugerah pertama yang dikurniakan kepada mana-mana pemimpin atau individu sejak Doha Forum dianjurkan pada tahun lalu.

“Ia bagi menghargai Perdana Menteri dalam aspek kepemimpinan dan juga kejayaannya membangunkan Malaysia dan peranannya di peringkat antarabangsa.

“Kehadiran Tun Dr Mahathir ini juga dinantikan masyarakat Qatar dan Perdana Menteri akan menerima satu lagi anugerah dari Universiti Qatar yang juga universiti terkemuka di negara ini.

“Dr Mahathir akan dianugerah Ijazah Kedoktoran Kehormat dalam bidang falsafah,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini, hari ini.

Dalam lawatan rasmi empat hari ini, Dr Mahathir akan mengunjungi Sheikh Tamin di istananya pada Khamis ini selain jadual yang padat dengan menemui pemain industri di Qatar.

Dr Mahathir juga akan menemui Pengerusi Qatar Foundation, Sheikha Moza Nasser Al Missned yang juga bonda Emir Qatar, pada Khamis ini. Qatar Foundation kini menaja pendidikan pelajar Malaysia di negara ini.

Selain itu, Mohamad Shahir berkata Qatar yang juga rakan niaga kelima terbesar di Asia Barat dan jumlah dagangan Malaysia-Qatar bernilai RM3.72 bilion pada 2018 dan ia meningkat berbanding tahun 2017 (RM3.19 bilion).

Eksport utama Malaysia ke Qatar termasuklah barangan elektrik dan elektronik, mesin, kelengkapan dan peralatan, pengeluaran logam, produk kayu dan makanan diproses.

Dari Qatar, Malaysia mengimport terutamanya petroleum mentah, kimia dan produk kimia dan penghasilan logam.

Qatar kini banyak memberi tumpuan kepada sektor pembinaan dan kemudahan infrastruktur di bandar raya ini terutama sebagai persediaan menjadi hos kejohanan Piala Dunia FIFA pada 2022 membabitkan pembinaan lapan stadium baharu dan menaik taraf beberapa stadium sedia ada.

“Qatar mempunyai hampir 3 juta penduduk dan daripada jumlah itu hanya 300,000 rakyat asal manakala baki adalah warga asing,” katanya.

Malaysia mula menjalin hubungan diplomatik dengan Qatar pada 1974 dan hubungan dua hala itu diperkukuhkan dengan pembukaan pejabat kedutaan di sini pada Ogos 2004, disusuli pembukaan kedutaan Qatar di Kuala Lumpur pada September tahun yang sama.

Mohamad Shahir berkata pada masa ini terdapat 5,000 rakyat Malaysia yang menetap di Qatar dengan kebanyakannya bekerja dengan syarikat penerbangan Qatar Airways, dalam sektor pendidikan serta industri petroleum.

KEUNTUNGAN FELCRA RM72.20 JUTA MEMBERI MANFAAT KEPADA 67 RIBU PESERTA

1 KEUNTUNGAN FELCRA1 BERSYUKUR BONUS1 SYUKUR GETAH1 AZAB PEMBOHONG

Berita Baik Jarang Tegar UMNO dan Lebai PAS Nak Kongsi dan War war kan !

Apabila Diurus dengan bersih dan bebas rasuah maka kejayaan dapat dillihat dan dinikmati

Warga Felcra tak ketinggalan menerima durian runtuh hujung2 tahun macam ni…

Alhamdulillah..

Terbaik PH !

 

NAJIB BERBOHONG 46 KALI DALAM MAHKAMAH – MENGIKUT SUNNAH HADI

1 46 x BOHONG

 

 

62 AHLI PARLIMEN ENGGAN ISYTIHAR HARTA SEMBUNYI APA?

#VuiKeong #Parlimen #IsytiharHarta

1 ULAR PAS

1 PAS PARTI SAMPAH1 BERSYUKUR BONUS1 SYUKUR GETAH

62 AHLI PARLIMEN ENGGAN ISYTIHAR HARTA SEMBUNYI APA?

Ini bermakna mereka berdepan tindakan termasuk digantung daripada menghadiri Dewan Rakyat atau didenda RM1,000 kerana menghina Dewan Rakyat. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, Ahli Parlimen yang belum mengisytiharkan harta adalah 36 daripada UMNO, MCA (1), MIC (1), PAS (18), GPS (3), STAR (1) dan dua Bebas. Sementara itu seramai 160 Ahli Parlimen sudah mengisytiharkan harta mereka iaitu semua wakil rakyat PAKATAN HARAPAN, termasuk dua wakil rakyat UMNO, MCA (1), GPS (15), PSB (1), PBRS (1) dan PBS (1). Dewan rakyat telah meluluskan usul mewajibkan semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang, mengisytiharkan harta mereka serta isteri atau suami, anak dan pemegang amanah dalam Akuan Berkanun pada 1 Julai lalu. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid samad

KUALA LUMPUR: Jam tangan mewah bernilai RM466,330 yang dibeli Najib Razak di Honolulu, Amerika Syarikat sebagai hadiah ulang tahun kelahiran Rosmah Mansor, dipilih sendiri isteri bekas perdana menteri itu.
Najib, 66, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini, pembelian jam tangan itu bertujuan menebus rasa bersalah kerana percutian bersama keluarga terpaksa ditangguh dan kebetulan ulang tahun kelahiran isterinya jatuh pada bulan itu.
Katanya ketika memberi keterangan membela diri terhadap 7 pertuduhan berkaitan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama peguamnya Muhammad Shafee Abdullah.
Najib berkata, jam yang dibeli pada 22 Dis 2014 itu disebabkan beliau perlu pulang segera ke Malaysia selepas Kelantan dilanda banjir teruk. Katanya, percutian bersama keluarganya setiap tahun mengambil masa 10 hari hingga 2 minggu, namun pada 2014, percutian terpaksa dipendekkan susulan banjir luar biasa di Kelantan.
“Keluarga saya begitu sedih saya terpaksa tinggalkan mereka dan balik ke Malaysia serta-merta, padahal percutian hujung tahun itu untuk meraikan ulang tahun isteri.
“Saya kemudian mengambil keputusan membeli sesuatu yang dipilih isteri.”
Pada 11 Nov lepas, Najib diperintah membela diri terhadap 3 pertuduhan pecah amanah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dana SRC International, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
https://malaysiabaru-2018.blogspot.com/2019/12/skandal-src-jam-tangan-rm466330-dipilih.html?fbclid=IwAR1g28gFbyvHgb-9brIYfAMctWqMfSmGNxkmDwwk0oubjjOOvBPPgweAreA