Najib tidak sahkan dengan kementerian luar berhubung derma Arab Saudi

KERLUARGA DIRAJA ARAB SAUDI TERLIBAT DENGAN ROMPAKAN 1MDB DI MALAYSIA

Bekas perdana menteri Najib Razak ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 9 Disember, 2019.

NAJIB Razak tidak membuat semakan sama ada sejumlah besar wang dari Arab Saudi yang didepositkan ke akaun AmBank miliknya adalah daripada keluarga diraja negara itu, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Bekas perdana menteri berkata, beliau tidak pernah membuat semakan dengan Wisma Putra untuk mengesahkan sama ada Raja Abdullah Abdulaziz Al Saud yang memindahkan wang ke akaun bank peribadinya, kerana wang yang didakwa derma itu diterima tidak lama selepas beliau mengadakan pertemuan dengan raja itu pada awal 2010.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/205022?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3oep8GChtwr2mo0QC1s9oCUT-OH-A37rcHP7y0kf4jF6otHdwkHCze1mw

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Berkaitan Istihar Harta

1 TAATLAH KPD TUN1 TUN M DAN PALESTIN1 LARANGAN MEMBERONTAK1 DOA KEBAIKAN PH1 SYUKUR GETAH1 BERSYUKUR BONUS1 AZAB PEMBOHONG1 KENCING AAAAAA

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Berdasarkan perbahasan di atas, dapat kami simpulkan bahawa:

Pengisytiharan harta oleh wakil rakyat dan kepimpinan kerajaan adalah diharuskan dan pada prinsipnya ia tidak bertentangan dengan hukum syarak.

Meski pun kewajipan mendeklarasi harta kepada umum boleh dikira sebagai menjejaskan privasi mereka yang terlibat, namun dari sudut yang lain, ia merupakan satu keperluan memandangkan posisi yang mereka pegang berpotensi menjerumuskan mereka ke dalam amalan rasuah. Oleh itu, maslahah umum untuk membanteras rasuah wajar didahulukan berbanding kepentingan para ahli politik dan pemimpin yang terlibat yang bersifat juz’i.

Apa-apa polisi atau undang-undang yang mewajibkan perkara itu mestilah digubal berdasarkan landasan, punca kuasa dan kajian yang munasabah. Ia tidak boleh diputuskan secara tergesa-gesa.

Fokus pengisytiharan harta perlu diberikan kepada pihak yang dilihat berpotensi melakukan salah guna kuasa pada penilaian pihak berkuasa;

Hifz al-Mal sebagai salah satu objektif syara’ itu asasnya adalah untuk memelihara harta ummah seluruhnya di samping turut memelihara harta setiap individu yang terkandung di dalam ummah itu sendiri.

Maka, individu yang dilantik untuk menguruskan negara, atau secara khusus Parlimen hendaklah mengamalkan konsep transparency agar benar-benar jelas sumber harta yang dimiliki mereka ini tidak ada daripada sumber yang haram.
Setelah ditelusuri sirah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat R.Anhum, kita dapati isu pemilikan harta oleh para pemimpin merupakan satu perkara yang amat dititikberatkan.

Meski pun tiada bukti bahawa pemimpin disyaratkan mengisytiharkan harta kepada awam, namun berdasarkan kaedah masalih mursalah, pemerintah berhak menetapkan syarat yang demikian bagi mencapai objektif yang dikehendaki, iaitu mentahqiqkan ketelusan dan membanteras rasuah dalam kalangan ahli Parlimen dan pemimpin negara.

Kami juga mencadangkan kepada pihak kerajaan agar menubuhkan satu jawatankuasa kerja dalam memperbaiki mekanisme pengisytiharan harta oleh pemimpin, mengambil tindakan terhadap mereka yang menipu dalam pengisytiharan harta dan mereka yang enggan berbuat demikian.

Tuntasnya, kami menyokong langkah yang diperkenalkan oleh kerajaan ini, dan kami mendoakan agar usaha membanteras rasuah pada semua peringkat akan membuahkan hasil, seterusnya menatijahkan kewujudan sebuah negara yang diberkati dan dinaungi rahmat dan maghfirah daripada Allah SWT, baldatun toyyibatun wa rabbun ghafur.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah
SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Azwanddin minta maaf, bayar RM90,000 kepada Waytha

1 ULAR PAS

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah memohon maaf kepada P Waythamoorthy atas kenyataan yang dikeluarkannya kepada menteri di jabatan perdana menteri itu dalam satu himpunan pada 25 Disember tahun lalu.

Azwanddin juga setuju untuk membayar ganti rugi sebanyak RM90,000 kepada Waythamoorthy dalam masa 30 hari.

Permohonan maaf itu dibuat di depan Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dalam satu himpunan di Klang pada 25 Disember lalu, Azwanddin ketika berucap menggelarkan Waythamoorthy sebagai ‘pariah’, satu istilah yang menghina di kalangan masyarakat India.

Dalam himpunan yang diadakan berkenaan kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, Azwanddin turut mendesak kerajaan memecat Waythamoorthy.

Susulan itu, Waythamoorthy memfailkan saman fitnah terhadap Azwanddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pendengaran saman itu dijadual bermula hari ini tetapi kedua-dua pihak setuju dengan penyelesaian itu sebelum prosiding bermula.

Selain itu, Azwanddin yang merupakan defendan tunggal setuju untuk membuat permohonan maaf yang akan disiarkan di akhbar Berita Harian dan Makkal Osai, serta di laman Facebooknya sendiri.

Dia turut dilarang mengulang semula kenyataan yang digunakan itu di mana-mana media, sama ada bercetak atau atas talian.

Sementara itu, Waythamoorthy yang turut hadir di prosiding itu menerima permohonan maaf Azwanddin.

“Saya fikir isu ini sudah selesai, setelah hampir setahun. Dia telah minta maaf dan setuju dengan tuntutan, maka isu ini selesai,” katanya lagi.

Selain Waythamoorthy, Azwanddin juga sebelum ini meminta maaf kepada dua lagi ahli politik, iaitu Liew Chin Tong dan Teresa Kok.

Dalam kes Liew Chin Tong, dia turut perlu membayar RM40,000 kepada timbalan menteri pertahanan itu selepas mendakwa Liew memakai seragam komunis di depan anggota ATM, walaupun ia sebenarnya baju korporat bush jacket yang disediakan kementerian.

Berkenaan Teresa pula, Azwanddin membuat permohonan maaf terbuka selepas mengaitkan menteri industri utama itu dengan rusuhan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 25 Disember lalu.

https://www.malaysiakini.com/news/502963?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0-aqgeq2NSwRP-C14QM-0vSW14Bv-udlKee8epAGboW5Mr9DLk_dheUJ8

Najib belanja AS$130,000 untuk hari jadi Rosmah

1 NAJIB BELANJA ROSMAH

Rosmah Mansor dan Najib Razak. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi pada perbicaraan SRC International bahawa beliau membelanjakan AS$130,625 (RM466,330.11) di Honolulu, Hawaii menggunakan kad kredit untuk membeli seutas jam tangan Chanel sebagai hadiah hari jadi untuk Rosmah Mansor, 5 tahun lalu.

Bekas perdana menteri itu membeli jam tangan untuk hari jadi isterinya iaitu pada 10 Dis, ketika mereka sekeluarga bercuti di Amerika Syharikat pada Dis 2014, dan dalam tempoh itu juga beliau bermain golf dengan presiden ketika itu, Barack Obama.

“Pertemuan sambil bermain golf itu dilaporkan dengan meluas di media,” kata Najib, dan menambah beliau pulang ke Malaysia tidak lama selepas permainan golf itu, apabila beliau diberitahu tentang banjir di Kelantan.

Terdahulu, naib presiden Ambank yang bertanggungjawab ke atas keizinan kad kredit dan pengurusan fraud, Yeoh Eng Leong dalam keterangan berkata caj RM466,330.11 dikenakan ke atas kad kredit Visa Platinum Najib di kedai jenama mewah di Honolulu.

Yeoh juga berkata caj RM127,017.46 dikenakan ke atas kad Visa sama di Hotel Shangri-La, Bangkok pada Januari 2015 dan caj RM3.3 juta dikenakan di kedai De Grisogono di Sardinia, Itali pada 8 Ogos 2014.

“RM127,017.46 itu untuk belanja penginapan saya dan kakitangan sokongan saya di Shangri-La semasa percutian saya.

“Ketika itu saya ambil peluang untuk bertemu rakan sejawat dari Thailand, Prayut Chan-o-cha untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thai boleh bantu kita dalam masalah banjir pada masa itu,” kata Najib hari ini.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau boleh meminta kerajaan membayar balik perbelanjaan hotel itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

Ahli Parlimen Pekan itu juga memberitahu mahkamah mengenai pembelian daripada seorang tukang emas, mengatakan beliau membeli hadiah untuk Noor Abdulaziz Abdulla Turki Al-Subaie, isteri kepada perdana menteri Qatar ketika itu, Sheikh Ahmed Jassim Al Thani.

Najib berkata beliau bertemu pasangan itu semasa percutiannya.

Beliau berkata kedua-dua negara mempunyai hubungan diplomasi yang baik dan pasangan itu juga membeli hadiah untuk Rosmah semasa mereka melawat Malaysia.

“Ia sebagai balasan atas kemurahan hati mereka dan saya percaya pembelian daripada De Grisogono itu dibenarkan bagi tujuan diplomasi,” katanya.

Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Rosli Hussain dalam keterangan berkata suatu surat diatakan surat penghargaan, bertarikh 15 Ogos 2014 daripada Noor kepada Rosmah tidak pernah timbul dalam siasatan.

Terdahulu, Najib di Facebook berkata kad kreditnya digunakan untuk membeli hadiah untuk ahli keluarga diraja, mengatakan memberi hadiah kepada orang-orang kenamaan asing adalah perkasa biasa.

Pendengaran di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali diteruskan.

Najib berdepan 6 tuduhan pengubahan wang dan pecah amanah dalam penyaluran RM42 juta ke akaunnya daripada SRC International, bekas unit 1MDB.

Beliau juga dituduh menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri dengan memberikan jaminan kerajaan ke atas pinjaman RM4 bilion kepada SRC International daripada Kumpulan Wang Persaraan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/12/09/najib-belanja-as130000-untuk-hari-jadi-rosmah/?fbclid=IwAR0GwTXoPS6OKQIcdczjHEU4RXqZdkeRdl32d03N4i-5vC9VGQFeCas-MFQ

Yaakob Azman

Najib membeli seutas jam tangan untuk isterinya 5 tahun lalu.

Jam mewah RM466,330 sempena ulang tahun kelahiran Rosmah

KUALA LUMPUR, 9 DIS: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau menghadiahkan seutas jam tangan berharga RM466,330.11 kepada Datin Seri Rosmah Mansor sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran isterinya pada Disember.

Najib, 66, berkata jam tangan itu dibayar menggunakan kad kreditnya di butik eksklusif Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat, pada 22 Disember 2014.

Ahli Parlimen Pekan itu mendedahkan perkara berkenaan semasa memberi keterangan membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd semasa pemeriksaan utama oleh peguamnya Rahmat Hazlan.

Najib juga memberitahu mahkamah beliau membelanjakan RM127,017.46 di Shangri-La Hotel di Bangkok, Thailand, pada Januari 2015 melalui kad kreditnya untuk percutian peribadinya di negara itu.

“Meskipun perjalanan itu percutian peribadi, saya turut mengambil peluang untuk bertemu dengan rakan sejawat Thailand saya, Prayut Chan-o-Cha, untuk membincangkan bagaimana kerajaan Thailand dapat membantu kita berkenaan dengan banjir teruk yang kita hadapi.

“Pembayaran RM120,000 di Hotel Shangri-La meliputi penginapan saya dan kakitangan sokongan yang menemani saya dalam perjalanan ini, termasuklah perbelanjaan di luar jangkaan dan yang diperlukan sepanjang perjalanan ini,” katanya.

Beliau berkata, transaksi di Shangri-La itu selepas lawatannya ke Kota Bharu, Kelantan, untuk memeriksa keadaan banjir di sana, dan beliau terus menyambung percutian peribadi di Bangkok.

Katanya, ia menjadi haknya untuk menuntut kembali perbelanjaan daripada kerajaan memandangkan beliau membuat kerja sewaktu percutiannya.

“Tetapi, saya memilih untuk menanggung kesemua perbelanjaan atas diri sendiri memandangkan saya tidak mahu merumitkan perkara dan telah melakukan budi bicara saya dengan sewajarnya,” katanya.

Mengenai RM3,282,734.16 yang dikenakan oleh sebuah kedai tukang emas di Sardinia, Itali, pada 8 Ogos 2014, Najib berkata perbelanjaan itu dilakukan untuk membeli barang kemas sebagai hadiah kepada isteri seorang kenamaan Timur Tengah.

Pada 11 November lalu, Najib diperintah membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kedudukan berkaitan dengan dana SRC International setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali sedang berlangsung.

-BERNAMA

Jam mewah RM466,330 sempena ulang tahun kelahiran Rosmah

SHAFIE TEMPATKAN DUA PEGAWAI SPRM DI PEJABAT BELIAU

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA KINABALU: Sabah menjadi negeri pertama meletakkan dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Jabatan Ketua Menteri dalam usaha membanteras aktiviti rasuah daripada berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Penempatan dua pegawai gred 54 dan 44 yang berkuatkuasa serta merta itu diumumkan sendiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sempena sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) Peringkat Negeri Sabah 2019 hari ini.

Dalam ucapannya, Mohd. Shafie berkata, langkah pencegahan seperti itu penting kerana kuasa yang dipegang oleh penjawat awam diibaratkan sebagai ‘power is sexy’ iaitu menjadikan mereka tumpuan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

“Kita tahu bila kita berkuasa seperti ada yang menyatakan power is sexy pasal apa kuasa itu seksi, pasal dulu kelihatan rupa kita sama sahaja ada yang tiada rambut ada yang tinggi ada yang pendek ada yang perutnya buncit ada yang sudah beruban.

“Tapi bila kita berkuasa lepas itu kita kelihatan menarik, kacak, cantik, kenapa jadi begitu bukan sebab penampilan ada tetapi disebabkan kuasa yang ada menjadikan anda begitu menarik kepada kebanyakkan orang,” katanya.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya; Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, pimpinan Kabinet negeri, wakil rakyat serta kakitangan awam Sabah dan Persekutuan.

Selain penempatan dua pegawai SPRM itu, Kerajaan Sabah pimpinan Parti Warisan Sabah (Warisan) juga menjadi negeri pertama yang melancarkan Pelan Antirasuah 2019 – 2023 pada Oktober lalu bagi memastikan pentadbiran kerajaan negeri sifar rasuah.

Mohd. Shafie berkata, pencegahan rasuah bukan setakat kepada penjawat awam semata-mata, malah beliau sendiri walaupun menjadi Ketua Menteri tidak terlepas daripada tindakan undang-undang jika menyalahgunakan kuasa.

“Saya mahu ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri supaya bagi peringatan, kalau Ketua Menteri pun buat salah tangkap dia, pasal apa kita bimbang sangat pasal apa kita takut menempatkan seorang pegawai di pejabat kita kecuali jika anda mempunyai hasrat kalau kita membuat sesuatu perkara yang salah kita takut, tapi kalau kita tidak buat salah kita tidak sepatutnya takut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri meminta SPRM agar turut melakukan sesi penerangan di setiap kementerian bagi memberi panduan kepada pimpinan kerajaan negeri tentang amalan yang baik dan berintegriti.

“Saya mahukan supaya mesti ada sesi dengan para yang berhormat, menteri-menteri, pembantu-pembantu menteri bukan hanya perkhidmatan awam saya mahu semua mereka terlibat supaya tahu keadaan-keadaan ini kerana kita faham ada antara kita tidak tahu, tidak pernah jadi menteri, tidak pernah jadi pegawai kerajaan lepas itu jadi menteri kuasa dia ke mana apa tanggungjawab dia.

“Tidak tahu apa arahan bendahari, tidak tahu prosedur jangan salahkan dia, dia tidak tahu ini yang kadang-kadang kita perlu ada makluman cara-cara kaedah supaya mereka menyedari keadaan yang berlaku di sekeliling dia,” katanya.

Dalam ucapannya, Mohd. Shafie turut memberi khabar gembira apabila bercadang menyemak semula gaji kakitangan awam negeri tidak lama lagi demi memastikan pendapatan mereka bertambah.

Jelasnya, faktor gaji juga merupakan antara faktor yang menjadi penyebab rasuah, justeru langkah menyemak semula kadar gaji itu perlu.

Shafie Tempatkan Dua Pegawai SPRM Di Pejabat Beliau